noraini hayati bt ahmad - fp.utm.my · kesejahteraan (barker, wahler dan watson, 1995). ini...

22
GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN MOTIVASI GURU: KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON TANGKAK, LEDANG NORAINI HAYATI BT AHMAD FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: doanlien

Post on 17-May-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN MOTIVASI GURU: KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH

KEBANGSAAN ZON TANGKAK, LEDANG

NORAINI HAYATI BT AHMAD

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN

MOTIVASI GURU: KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN ZON TANGKAK, LEDANG

SESI PENGAJIAN: 2006/2009

Saya _________ NORAINI HAYATI_BT AHMAD____________________

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknoogi Malaysia. 2. Perpustakaan dibenarkan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan Untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

Disahkan oleh

SULIT

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TIDAK TERHAD

_________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 75, JALAN CEMPAKA, DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN TAMAN TANGKAK JAYA, Nama Penyelia 84900 TANGKAK, JOHOR. Tarikh: 07 NOVEMBER 2008 Tarikh: 07 NOVEMBER 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kuirsus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan”

Tandatangan : ................................................... Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASSIN Tarikh : 07 NOVEMBER 2008

Page 4: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

GAYA KOMUNIKASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN

MOTIVASI GURU: KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN

ZON TANGKAK, LEDANG

NORAINI HAYATI BT AHMAD

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

07 NOVEMBER, 2008

Page 5: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ...................................................

Nama Penulis : NORAINI HAYATI BT AHMAD

Tarikh : 07 NOVEMBER 2008

Page 6: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

iii

Istimewa untuk;

Bonda yang dikasihi;

HJH. SIPANG BT MASALAM

yang sentiasa mendokan kesejahteraan anakanda.

Suami tercinta;

HJ. NGARISAN BIN JURIMI

Doa, kasih sayang serta pengorbananmu sentiasa dalam ingatanku

Anak-anak tersayang;

NOOR AFZIHA, NOOR SYAZANA, NOOR IZYAN,

MUHAMMAD HANIF & NOOR HANANI

terima kasih atas sokongan anakanda

Sekalung penghargaan buat rakan-rakan seperjuangan sekalian

yang banyak membantu sepanjang pengajian

... Terima Kasih Daun Keladi ...

Page 7: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulilah segala pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. dan salam

serta selawat buat junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. dengan limpah kurnia Allah

S.W.T. dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia projek, Dr. M. Al-

Muz-Zammil bin Yasin atas bimbingan dan dorongan yang diberikan dalam menjayakan

projek dan penulisan tesis ini. Jasa beliau akan tetap dikenang.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengurusan serta para guru di Sekolah-

sekolah Kebangsaan Zon Tangkak Ledang atas kerjasama yang diberikan.

Akhir sekali sekalung penghargaan buat ahli keluarga, sahabat-handai dan setiap

individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di sepanjang tempoh

pelaksanaan kajian ini.

Page 8: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya komunikasi Guru Besar dan

hubungannya dengan motivasi guru di sebelas buah sekolah kebangsaan zon Tangkak

Ledang. Responden terdiri daripada 159 orang guru yang mengajar di SK. Bandar

Tangkak, SK. Seri Tangkak, SK. Ledang, SK. Sagil Kampong, SK. Payamas, SK.

Sialang, SK. Bukit Banjar, SK. Puteri Ledang, SK. Seri Ma’amor, SK. Pengkalan Besar

dan SK. Bekoh. Data dikumpulkan menggunakan instrumen borang soal-selidik yang

mengandungi 24 item. Prosedur analisis data kajian melibatkan pengiraan statistik

deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistic Packages for Social

Science (SPSS) Versi 11.5. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya komunikasi

penyertaan paling banyak diamalkan oleh Guru Besar di sekolah dan min yang

diperolehi ialah sebanyak 4.39 (tahap tinggi), sementara gaya komunikasi konsultasi

paling kurang diamalkan iaitu memperolehi min sebanyak 3.99 tetapi masih ditahap

tinggi. Analisis data bagi gaya komunikasi memberitahu memperolehi min sebanyak

4.16 (tahap tinggi) dan gaya komunikasi memujuk memperolehi min 4.13 (tahap tinggi).

Analisis data juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya

komunikasi memberitahu, memujuk, konsultasi dan penyertaan dengan motivasi guru-

guru di sekolah. Nilai korelasi Pearson yang diperolehi bagi gaya komunikasi

memberitahu, memujuk, konsultasi dan penyertaan dengan motivasi guru-guru ialah

0.247, 0.247, 0.215 dan 0.270. Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya menepati

objektif dan menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan.

Page 9: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

vi

ABSTRACT The purpose of this study was to find out the level of communication styles among

school headmasters in 11 primary schools in Ledang, Johor. The respondents consisted

of 159 teachers at SK (P) Bandar Tangkak, SK. Seri Tangkak, SK. Ledang, SK. Sagil

Kampong, SK. Payamas, SK. Sialang, SK. Bukit Banjar, SK. Puteri Ledang, SK. Seri

Ma’amor, SK. Pengkalan Besar and SK. Bekoh. A questionnaire consisted of 24 items

was distributed for the respondents. The data analyses were done using the Statistical

Packages for the Social Sciences (SPSS) Version 11.5. The findings showed that the

participation communication style was the most practiced style with the mean value of

4.39 (high level), whereby the consultation communication was the least practiced style

with the mean value of 3.99 (high level). The data analysis also showed that there were

significant relationships between informing, persuasion, consultation and participation

style, and teachers’ motivation. The Pearson correlation values between staff’s

motivation, and headmasters’ communication styles i.e. informing, persuasion,

consultation, and participation were 0.247, 0.247, 0.215, and 0.270 respectively. As a

whole, the study has successfully answered the research questions and achieved the

stated objectives.

Page 10: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

vii

JADUAL KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

JADUAL KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL viii

SENARAI RAJAH ix

SENARAI LAMPIRAN x

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 7

viii

Page 11: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Batasan Skop Kajian 7

1.9 Definisi Pengoperasian Konsep 8

1.10 Penutup 9

BAB 11 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Teori yang berkaitan 11

2.3 Kajian Terdahulu 16

2.4 Rumusan 17

BAB 111 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 18

3.2 Reka Bentuk Kajian 18

3.3 Kerangka Operasi Kajian 19

3.4 Tempat Kajian 22

3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 23

3.5 Instrumen Kajian 24

3.7 Prosedur Kajian 27

3.8 Kajian Rintis 28

3.9 Analisis Data 30

3.10 Rumusan 32

BAB 1V ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 33

4.2 Analisis Data 33

4.2.1 Kebolehpercayaan Instrumen 34

4.2.2 Maklumat Diri Responden 35

ix

Page 12: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

4.3 Analisis Dapatan Kajian 40

4.3.1 Amalan Gaya Komunikasi Memberitahu 40

4.3.2 Amalan Gaya Komunikasi Memujuk 42

4.3.3 Amalan Gaya Komunikasi Konsultasi 43

4.3.4 Amalan Gaya Komunikasi Penyertaan 44

4.3.5 Korelasi Antara Gaya Komunikasi

dengan Motivasi 46

4.3.6 Dapatan Keseluruhan 46

4.4 Penutup 47

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Rumusan 48

5.3 Perbincangan 51

5.3 Cadangan Penambahbaikan 54

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 55

5.5 Penutup 56

RUJUKAN LAMPIRAN

x

Page 13: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK HALAMAN

JADUAL

3.1 Taburan soalan gaya komunikasi mengikut setiap persoalan 26

3.2 Skala Likert 27

3.3 Pemeringkatan skala Likert 27

3.4 Item-item yang diubahsuai 30

3.5 Penganalisian data demografi 31

3.6 Penganalisian data kajian 31

3.7 Kekuatan hubungandalam kaedah korelasi 32

4.1 Nilai keseluruhan Alpha Cronbach 34

4.2 Demografi responden 35

4.3 Interpretasi skor min 40

4.4 Taburan kekerapan dan peratusan gaya komunikasi memberitahu 41

4.5 Taburan kekerapan dan peratusan gaya komunikasi memujuk 42

4.6 Taburan kekerapan dan peratusan gaya komuikasi konsultasi 43

4.7 Taburan kekerapan dan peratusan gaya komunikasi penyertaan 45

4.8 Korelasi antara gaya komunikasi dengan motivasi 46

4.9 Analisis keseluruhan peratusan dan min responden 47

Page 14: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

xi

SENARAI RAJAH

NO TAJUK HALAMAN

RAJAH

2.1 Model Simetrik Dua-Hala 11

2.2 Model Asas Proses Motivasi 13

2.3 Perbandingan Di antara Teori Doringan Maslow dan Herzberg 14

2.4 Model Komunikasi Kepemimpinan Hubungan Insan 15

3.1 Kerangka Operasi Kajian 21

4.1 Jantina Sampel 36

4.2 Peringkat Umur Sampel 37

4.3 Kategori Sampel 38

4.4 Tempoh Pengalaman Mengajar 39

4.5 Bangsa 39

Page 15: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

xii

SENARAI LAMPIRAN

NO. TAJUK

LAMPIRAN

A Soal selidik

B Analisis Kebolehpercayaan

C Analisis Data Bahagian A

D Analisis Data Bahagian B

E Analisis Data Bahagian C

F Surat kebenaran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan

G Surat kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Page 16: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

BAB 1

PENGENALAN 1.1 Pendahuluan

Komunikasi merupakan asas utama kepada interaksi manusia. Marsh (1996)

memberikan definisi komunikasi sebagai berkongsi mesej atau sikap yang menghasilkan

suatu tahap kefahaman antara pengantar dan penerima mesej. Komunikasi juga dalam

bahasa yang mudah bermaksud proses yang digunakan oleh manusia untuk saling

bertukar mesej yang bermakna serta perkongsian idea dan perasaan antara satu sama

lain.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa beberapa faktor telah mempengaruhi

komunikasi iaitu motivasi, sikap dan kepercayaan, persepsi, perhatian, peranan dan

jangkaan (Abd. Halim, 1994). Amalan-amalan komunikasi yang berlaku di sekolah yang

melibatkan perhatian (attention) seperti komunikasi antara guru dengan guru atau Guru

Besar dengan guru boleh bertindak sebagai alat motivasi atau sebaliknya iaitu suatu

teknik yang berkesan bagi menggerakkan seseorang itu sama ada ianya seorang guru

atau murid. Pertemuan mata (eye contact), sebutan nama pada ketika-ketika tertentu

yang betul atau keprihatinan seseorang terhadap seseorang adalah antara kaedah-kaedah

perhatian yang patut diutamakan (Abd Halim, 1994).

Dalam konteks sosialisasi, kewujudan kumpulan dan masyarakat, secara fitrahnya

menuntut keperluan adanya ketua selaku pemimpin atau tokoh. Lazimnya ketua

mempunyai pengikut dan kumpulan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan

memimpin mereka ke arah pencapaian aspirasi tertentu atau hala tuju khusus demi

Page 17: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

2 kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap

kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi antara dua

kumpulan ini merupakan satu mekanisme semulajadi tetapi masih tertakluk kepada

kemahiran kepemimpinan samada yang dipelajari atau dari penghayatan bakat

karismatik individu itu sendiri.

Sehubungan itu, komunikasi berkait rapat dengan gaya (Shukri, 1998 & 2004),

kaedah dan strategi yang digunakan oleh pemimpin semasa menjalankan tugas formal

dan tidak formal mereka (Ezhar Tamam, 1999). Gaya komunikasi kepemimpinan

(Shukri, 2000 & 2002), (Zainuddin Zakaria, 2006) gaya komunikasi mestilah sesuai

dengan objektif yang ditetapkan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Interaksi dan komunikasi merupakan satu bentuk perhubungan yang harmoni,

baik dan bersefahaman sesama manusia, melalui ciri-ciri keikhlasan, keadilan, kejujuran,

bertimbang rasa dan berperikemanusiaan. Pujian bagi seseorang merupakan senjata yang

cukup berguna untuk menaikkan motivasi.Tempat bekerja wajar dijadikan sebahagian

daripada dunia kehidupan pekerja yang di dalamnya penuh komitmen, rasa seronok,

memupuk minat, kegembiraan dan juga tempat membina masa depan yang lebih baik

serta tidak merasa bosan atau jemu bekerja.

Penghargaan, perhatian dan pujian merupakan satu cara atau teknik untuk

menaikkan minat atau semangat para staf dalam melakukan tugas yang diamanahkan

kepada mereka. Ketua yang bijak, bagus dan profesional mempunyai kemahiran atau

kebolehan komunikasi yang baik dan berkesan. Kebolehan dan kemahiran

berkomunikasi dengan orang lain atau staf amat berguna seperti pertuturannya jelas,

lancar dan fasih, tutur katanya lembut, menarik, tidak meninggikan suara, tidak

memperlihatkan ciri-ciri kesombongan sebagai seorang ketua yang berkuasa.

Page 18: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

3

Di dalam kebanyakan organisasi, masalah yang berkaitan dengan komunikasi

kepemimpinan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ketua yang memandang

ringan peranan komuikasi dengan warga organisasinya selalu mengaitkan faktor

kesibukan dan perbezaan status sebagai alasan (Bateman & Snell, 1996). Kesibukan

mendorong ketua lebih gemar berkomunikasi secara autoritatif mutlak; iaitu dengan

mengeluarkan rangkaian arahan kepada warga organisasi semata-mata untuk dipatuhi

dan dilaksanakan. Ini menjadikan gaya kepemimpinan ketua juga bersifat autoritarian.

Situasi ini menjelaskan bahawa antara komunikasi dan kepemimpinan terdapat suatu

kesatuan interaksi yang tidak terpisah.

Dalam konteks organisasi pendidikan seperti institut perguruan dan sekolah;

Shukri (2002) menganggap bahawa komunikasi kepemimpinan merupakan salah satu

entiti pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dan kepengurusan yang mencerminkan

ketrampilan Guru Besar selaku pemimpin organisasi. Komunikasi kepemimpinan Guru

Besar di sekolah menimbulkan persoalan sama ada kepemimpinan Guru Besar

mengamalkan pendekatan komunikasi kepemimpinan autoritatif mutlak atau

menyesuaikannya dalam acuan komunikasi kepemimpinan autoritatif membina.

Gaya kepemimpinan dan komunikasi ketua dalam organisasi pendidikan

lazimnya melibatkan amalan komunikasi berorientasikan tugas. Staf dan guru selaku

warga sekolah melalui pengalaman dan proses perhubungan dengan ketua mengikut

matlamat dan gaya komunikasi yang berbeza. Tumpuan arahan berbentuk pengurusan

kurikulum dan pelaksanaan misi, visi dan matlamat organisasi menunjukkan komunikasi

kepemimpinan lebih menekankan implimentasi tugas. Aspek penglibatan staf dan guru

sering terbatas kepada ‘apa’ tatacara implimentasi, bukannya ‘mengapa’ dan

‘bagaimana’ membina keputusan dan dasar yang berkaitan implimentasi berkenaan. Ini

bermakna pendekatan komunikasi ke bawah menjadi pilihan utama ketua dalam

organisasi.

Sehubungan itu, amalan komunikasi kepemimpinan autoritatif membina dan

kolaboratif terbuka perlu diberi perhatian serius oleh ketua sebagai salah satu wahana

Page 19: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

4 yang menurut Pace dan Faules (1989) mampu memotivasikan warga organisasi ke arah

tercapainya tahap kepuasan dan kejelekitan yang positif kepada organisasi mereka.

Amalan komunikasi yang mengenepikan faktor hubungan manusia

mempertanggungjawabkan pelbagai gelagat tidak sihat dalam kalangan warga

organisasi. Ini kelihatan dalam bentuk konflik interpersonal yang mengakibatkan

terjejasnya moral bekerja untuk organisasi. Ini akan mempengaruhi sikap motivasi

mereka untuk menghayati dan menjayakan wawasan organisasi ke arah kecemerlangan.

Justeru itu, kajian ini berusaha untuk menjawab beberapa persoalan berkaitan amalan

komunikasi kepemimpinan Guru Besar dan hubungannya dengan motivasi guru-guru.

Antaranya ialah untuk mendapat jawapan adakah komunikasi kepemimpinan

gaya memberitahu dan memujuk serta gaya konsultasi dan penyertaan diamalkan dalam

organisasi. Malah, adakah warga sekolah yang terdiri daripada staf dan guru-guru

mempuyai motivasi yang tinggi terhadap organisasi mereka? Seterusnya kajian cuba

meninjau sama ada amalan komunikasi kepemimpinan sedia ada oleh Guru Besar

membuatkan warga organisasi menyenangi (kejelekitan) organisasi mereka? Disamping

itu, soalan khusus kajian ialah adakah terdapat perbezaan tahap motivasi warga

organisasi berdasarkan ciri-ciri geografi terpilih seperti jantina, umur dan kategori warga

organisasi.

Kajian ini bertujuan meneliti hubungan di antara gaya komunikasi Guru Besar

dengan motivasi guru-guru terhadap organisasi. Kajian ini dapat menentukan jika ada

perhubungan di antara dua pembolehubah ini dan jika jawapannya ya, apa ciri-ciri

perhubungan ini dan setakat mana perhubungan ini adalah signifikan. Berikut adalah

hasil kajian pengkaji-pengkaji yang lepas seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di

bawah.

Page 20: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

5

Jadual 1.1 : Kajian Tentang Komunikasi

Pengkaji Hasil kajian

Shukri bin Haji Zain (2004)

Komunikasi kepemimpinan mempunyai hubungan

yang signifikan dan positif ke atas motivasi

ekstrinsik warga organisasi.

Bateman, T.S dan Snell (1996)

Menyatakan ketua lebih gemar berkomunikasi

dengan mengeluarkan rangkaian arahan kepada

warga organisasi semata-mata untuk dipatuhi dan

dilaksanakan.

Norhannan Ramli dan Jamaliah

Abdul Hamid (2006)

Persepsi guru terhadap tahap motivasi guru tidak

menunjukkan perbezaan yang signifikan

berdasarkan faktor-faktor demografi guru kecuali

faktor umur. Walau bagaimanapun terdapat

hubungan yang signifikan antara tahap motivasi

guru dengan persepsi guru terhadap gaya

kepimpinan.

Abd. Halim (1994)

Beberapa faktor yang telah mempengaruhi

komunikasi iaitu motivasi, sikap dan kepercayaan,

persepsi, perhatian, peranan dan jangkaan.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini bertujuan meneliti hubungan di antara gaya komunikasi Guru Besar

dengan motivasi guru-guru terhadap organisasi. Kajian ini dapat menentukan jika ada

perhubungan di antara dua pembolehubah ini dan jika jawapannya ya, apa ciri-ciri

perhubungan ini dan setakat mana perhubungan ini adalah signifikan.

Page 21: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

6

Justeru itu, kajian ini berusaha untuk menjawab beberapa persoalan berkaitan

amalan komunikasi kepemimpinan Guru Besar dan hubungannya dengan motivasi guru-

guru. Antaranya ialah untuk mendapat jawapan adakah komunikasi kepemimpinan gaya

memberitahu dan memujuk serta gaya konsultasi dan penyertaan diamalkan dalam

organisasi. Malah, adakah warga sekolah yang terdiri daripada staf dan guru-guru

mempunyai motivasi yang tinggi terhadap organisasi mereka? Seterusnya kajian cuba

meninjau sama ada amalan komunikasi kepemimpinan sedia ada oleh Guru Besar

membuatkan warga organisasi menyenangi (kejelekitan) organisasi mereka? Disamping

itu, soalan khusus kajian ialah adakah terdapat perbezaan tahap motivasi warga

organisasi berdasarkan ciri-ciri geografi terpilih seperti jantina, umur dan kategori warga

organisasi.

1.4 Objektif Kajian

Objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah seperti berikut:-

:

1.4.1 Mengenalpasti gaya komunikasi Guru Besar di Sekolah-Sekolah Kebangsaan di

Zon Tangkak, Ledang.

1.4.2 Mengenalpasti hubungan antara gaya komunikasi Guru Besar dan motivasi guru

di sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Sejauhmanakah Guru Besar mengamalkan gaya komunikasi memberitahu di

sekolah.

1.5.2 Sejauhmanakah Guru Besar mengamalkan gaya komunikasi memujuk di

sekolah.

1.5.3 Sejauhmanakah Guru Besar mengamalkan gaya komunikasi konsultasi di

sekolah.

1.5.4 Sejauhmanakah Guru Besar mengamalkan gaya komunikasi penyertaan di

sekolah.

Page 22: NORAINI HAYATI BT AHMAD - fp.utm.my · kesejahteraan (Barker, Wahler dan Watson, 1995). Ini bermakna, dalam setiap kumpulan ada orang yang dipimpin (Ezhar Tamam, 1999). Proses interaksi

7 1.5.5 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya komunikasi Guru Besar

dengan motivasi guru di sekolah.

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis 1:

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya komunikasi memberitahu,

gaya komunikasi memujuk, gaya komunikasi konsultasi dan gaya komunikasi

penyertaan Guru Besar dengan motivasi guru.

1.7 Kepentingan Kajian

Penyelidikan ini penting untuk mengetahui adakah terdapat hubungan yang

signifikan antara gaya komunikasi yang diamalkan oleh Guru Besar iaitu gaya

komunikasi memberitahu, gaya komunikasi memujuk, gaya komunikasi konsultasi dan

gaya komunikasi penyertaan dengan motivasi guru-guru di sekolah. Hasil kajian ini

akan memberi manfaat kepada pengurus sekolah iaitu Guru Besar di mana hasil yang

diperolehi akan memberi peluang kepada mereka untuk memilih gaya komunikasi yang

digemari oleh guru-guru di sekolah. Guru Besar juga boleh memilih gaya komunikasi

yang lebih memberikan motivasi kepada guru-guru agar mereka dapat memberikan

komitmen yang lebih tinggi terhadap organisasi masing-masing.

1.8 Batasan Skop Kajian

Kajian ini akan difokuskan kepada guru-guru yang mengajar di sekolah -sekolah

kebangsaan yang terletak di Zon Tangkak, Ledang. Populasi dihadkan kepada sekolah-

sekolah kebangsaan sahaja berdasarkan kepada faktor kos dan geografi. Oleh itu

keputusan kajian hanya boleh diguna pakai di sekolah-sekolah tersebut sahaja.