sastera penggerak bahasa aktiviti sastera cinta … · membuka tirai bacaan puisi “kita tak tahu...

1
Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 16 Julai 2008 BH PILIH L10 16 emel SASTERA PENGGERAK BAHASA D alam kehidupan, kadang kala kita merasakan se- olah-olah kita pernah mela- lui pengalaman itu atau seperti pernah mengenali seseorang, walhal itulah pertama kali kita melalui pengalaman tersebut atau mengenali orang itu. Perasaan itu ada kalanya membuat kita keliru antara yang nyata dengan khayal- an. Oleh itu, teater Bukan Dejavu yang ditayangkan di Dewan Ba- hasa dan Pustaka (DBP) pada 9 hingga 13 Julai lalu mengungkap- kan kenyataan dan kebenaran yang hakiki. Dejavu ialah perkataan Perancis yang secara literal bermaksud already seen dan penayangan Bukan Dejavu kali ini merupakan sequel daripada tiga pementasan Dejavu yang pernah ditayangkan sebelum ini. Teater Bukan Dejavu mengetengahkan isu dan perma- salahan berat yang berlegar-legar dalam kehidupan masyarakat kini. Isu GRO, haruan makan anak, penagihan dadah, anak menderhakai ibu bapa, gengste- risme diketengahkan sebagai jalan cerita. Jalan cerita yang berat dan serius itu berjaya diolah sehingga mampu menggeletek hati penon- ton hasil lakonan para pelakonnya yang lucu dan bersahaja. Tetapi ini tidak bermakna pengarang- nya, Ismail Kassan yang meme- nangi tempat pertama dalam Pertandingan Menulis Skrip 50 tahun DBP menghasilkan sesuatu yang tidak serius atau main-main. Narti, digambarkan sebagai seorang yang bermulut bising, ceria dan suka mengusik, namun kata-kata dan nasihat Narti lebih dihormati daripada Norma Hamimah, anak Nora yang berke- lulusan tinggi dan juga Presiden Majlis Dakwah. Selain itu, simpati Narti yang melimpah ruah kepada Jamilah, kekasih Sulaiman, yang menjadi mangsa perkosaan bapa tirinya yang tidak berperike- manusiaan. Narti dan suaminya Yanto, Ustazah Salmi dan Pak Jamal ber- ganding bahu membantu Jamilah dan adiknya, Siti daripada ceng- kaman bapa tirinya yang kejam bernama Tahir. Pengorbanan Sulaiman juga tidak harus dilupakan yang ikhlas menerima Jamilah walaupun tahu akan keadaan Jamilah pada ketika itu. Begitu juga dengan watak Parjo dan rakan-rakannya yang lain. Kata-kata mereka walaupun berjenaka tetapi tetap pedas dan sinis. Kehadiran mereka bukan sebagai badut atau tempelan tetapi mereka menjadi hero kam- pung apabila berjaya menewaskan Tahir, ketua gangster yang men- jaga Kelab Karaoke Semarak hati, tempat Nora bekerja. Pengajaran dalam teater ini bukan sahaja dari segi luaran, emosi marah dan sedih penonton dilihat melalui adegan-adegan yang menyayat hati ketika Nora begitu sedih dihina oleh anak- nya. Bukan kehendak Nora untuk bekerja sebagai GRO tetapi demi menyara pengajian anaknya yang menuntut di luar negara. Norish Karman, yang memegang watak Nora, ketika ditanya memberitahu dia mengalirkan air mata ketika membaca skrip teater tersebut. Impak Bukan Dejavu R asa cinta dan kasih sayang yang mendalam terhadap kehidupan dan kemanusiaan dalam semangat nasionalisme terus disuarakan dalam siri Baca Puisi Kuala Lumpur (BPKL) yang berlangsung pada 20 Jun yang lalu. Siri ketiga program yang berkonsep santai dan terbuka ini menampilkan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad, Pengerusi Lembaga Pe- ngelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Anding AF2 yang mewakili golongan artis mendeklamasikan puisi. Majlis yang diadakan di Ruang Legar, Balai Tun Syed Nasir, DBP Kuala Lumpur ini dihoskan oleh penyair Sutung Umar RS yang membuka tirai bacaan puisi “Kita Tak Tahu Gelandangan Khuldi” dan “Ketukan di Pintu” karya Dinsman. Datuk Noraini yang juga Ketua Puteri UMNO memukau penonton pada malam itu dengan emosi dan penghayatannya meng- heret suasana puisi “Warkah Si Ibu Tua” karya sahabatnya, MS Zain. Antara bait-baitnya ialah; “Ingatlah antara kaca dan permata pilihan duniawi antara sembah sujud pada satu yang lebih hakiki usah kau kejar cinta pada dunia yang tiada noktahnya usah kau kejar pada ringgit dan bertuhankannya usah kau cinta pada manusia sampai dirimu diperhamba.” Pengerusi Lembaga Pengelola DBP pula mengajak penonton menghayati semangat nasio- nalisme melalui puisi “Do- ngeng Ketipang Payung”. Di samping itu pula, penerima Anugerah SEA Write 2002, Da- tuk Dr. Anwar Ridhwan menge- tengahkan ketabahan wanita dalam mengharungi pancaroba kehidupan lewat puisi “Mariam”. Majlis anjuran bersama Per- satuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), Kementerian Perpa- duan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW), DBP dan Dewan Bandaraya Kua- la Lumpur (DBKL) ini turut me- ngetengahkan bakat Timbalan Ketua Pengarah KPKKW, Mohd Zaki Din yang mendeklamasikan puisi “Jika Kita Cinta”. Manakala yang mewakili golongan artis, Anding mendeklamsikan puisi karya ayahnya Mantan Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Zaini Ozea yang bertajuk “Cinta Bukan Sekadar Pak Pong” dan “Gudang- gedung”. Penyair muda bersuara lantang, Marsli N.O melontar rasa cinta dan kasih sayang melalui puisi “Negeri Ini Anak”. Pensyarah Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM), Mohd. Fauzi Abdullah pula menyelami pengorbanan ibu dan ayah melalui nazam berjudul ”Kasih Ayah dan Ibu”. Wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Faridah Hanim Hassan memukau hadirin dengan puisi “Suara Jeritan”. Kelab Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) di bawah bimbingan Pensyarah Haslinda Saad, menampilkan empat orang pelajar dengan persembahan puisi berjudul “Pindah Dari Cinta Itu Untuk Dia”. Persembahan program yang memukau sekitar 400 khalayak ini turut diserikan oleh Sani Sudin daripada Kumpulan Kopratasa dengan dua buah lagu puisi “Ke Pintu Kasih” dan “Kita ini Semua Saja”. Johan Sayembara Mencipta Lagu Puisi 2006, Badrul Hisham Abdul Hamid pula memikat hadirin dengan karyanya “Air” dan “Permata”. TEATER Cinta dan Kemanusiaan dalam BPKL AKTIVITI SASTERA Oleh Mattaib Nordin Oleh Zaidah Ahmad Rosly D alam usaha meningkatkan produk penerbitan yang berkualiti, perancang- an yang rapi seawal peringkat pemerolehan manuskrip perlu dilakukan. Menyedari hakikat tersebut, Unit Penerbitan DBP Wilayah Timur mengambil lang- kah melaksanakan siri Bengkel Pemantapan dan Pemurnian Karya Penulis Wilayah Timur. Siri pertama bengkel diadakan pada 9 hingga 11 Ogos 2007 di Brinchang, Cameron Highlands, dan telah menghimpunkan sera- mai 22 orang penulis. Bengkel ini telah berjaya melahirkan seba- nyak 14 buah manuskrip yang kemudiannya dimurnikan dalam siri bengkel seterusnya pada 1 hingga 3 Jun yang lalu, di Villa Danialla Beach Resort, Bachok, Kelantan. Menerusi bengkel pertama, penulis didedahkan dengan teknik penulisan yang betul dan berkesan. Manakala menerusi bengkel kedua pula, karya yang terhasil daripada cernaan ilmu yang diperoleh daripada bengkel pemantapan melalui dua pering- kat pemurnian. Peringkat perta- ma ialah ulasan karya daripada rakan-rakan penulis yang mem- baca dan mengkaji karya rakan peserta yang lain. Manakala peringkat kedua pula ialah ulas- an dan bimbingan daripada pakar yang dipilih, Prof. Datuk Dr. Salleh Yaapar, Prof. Dr. Rahman Shaari, Dr. Rahimah Abd. Hamid, dan Tuan Haji Hamdan Yahya. Pembimbing bengkel ini me- nyorot setiap karya yang diberi- kan kepada mereka untuk membantu peserta menghasil- kan karya bermutu. Selain itu, pembimbing juga mendedahkan kejayaan karya besar seperti Harry Potter oleh J.K. Rowling dan Bumi Manusia serta Keluarga Gerilya oleh Pramoedya Ananta Toer. Bengkel Pemantapan dan Pemurnian Karya Oleh Ariza Che Ismail dan Zarilawati Mamat PENUH MINAT: Ketua Bahagian Sastera Kebangsaan, Zalilah Sharif (kiri), Datuk Noraini Ahmad dan Johan Jaaffar dalam BPKL. MENGHAYATI: Sani Sudin ketika menden- dangkan lagu puisi. MENYENTUH PERASAAN: Bersahaja tetapi menyentuh perasaan penonton. GANDINGAN HEBAT: Norish Karman dan Jalaluddin Hassan mendukung watak utama dalam Bukan Dejavu.

Upload: hadien

Post on 27-Mar-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SASTERA PENGGERAK BAHASA AKTIVITI SASTERA Cinta … · membuka tirai bacaan puisi “Kita Tak Tahu Gelandangan Khuldi” dan “Ketukan di Pintu” karya Dinsman. Datuk Noraini yang

Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 16 Julai 2008

BH PILIH L10 16 emel

SASTERA PENGGERAK BAHASA

Dalam kehidupan, kadang kala kita merasakan se-olah-olah kita pernah mela-

lui pengalaman itu atau seperti pernah mengenali seseorang, walhal itulah pertama kali kita melalui pengalaman tersebut atau mengenali orang itu. Perasaan itu

ada kalanya membuat kita keliru antara yang nyata dengan khayal-an. Oleh itu, teater Bukan Dejavu yang ditayangkan di Dewan Ba-hasa dan Pustaka (DBP) pada 9 hingga 13 Julai lalu mengungkap-kan kenyataan dan kebenaran yang hakiki.

Dejavu ialah perkataan Perancis yang secara literal bermaksud

already seen dan penayangan Bukan Dejavu kali ini merupakan sequel daripada tiga pementasan Dejavu yang pernah ditayangkan sebelum ini. Teater Bukan Dejavu mengetengahkan isu dan perma-salahan berat yang berlegar-legar dalam kehidupan masyarakat kini. Isu GRO, haruan makan anak, penagihan dadah, anak menderhakai ibu bapa, gengste-risme diketengahkan sebagai jalan cerita.

Jalan cerita yang berat dan serius itu berjaya diolah sehingga mampu menggeletek hati penon-ton hasil lakonan para pelakonnya yang lucu dan bersahaja. Tetapi ini tidak bermakna pengarang-nya, Ismail Kassan yang meme-nangi tempat pertama dalam Pertandingan Menulis Skrip 50 tahun DBP menghasilkan sesuatu yang tidak serius atau main-main.

Narti, digambarkan sebagai seorang yang bermulut bising, ceria dan suka mengusik, namun kata-kata dan nasihat Narti lebih dihormati daripada Norma Hamimah, anak Nora yang berke-lulusan tinggi dan juga Presiden Majlis Dakwah. Selain itu, simpati Narti yang melimpah ruah kepada Jamilah, kekasih Sulaiman, yang menjadi mangsa perkosaan bapa tirinya yang tidak berperike-manusiaan.

Narti dan suaminya Yanto, Ustazah Salmi dan Pak Jamal ber-ganding bahu membantu Jamilah dan adiknya, Siti daripada ceng-kaman bapa tirinya yang kejam bernama Tahir. Pengorbanan

Sulaiman juga tidak harus dilupakan yang ikhlas menerima Jamilah walaupun tahu akan keadaan Jamilah pada ketika itu. Begitu juga dengan watak Parjo dan rakan-rakannya yang lain. Kata-kata mereka walaupun berjenaka tetapi tetap pedas dan sinis.

Kehadiran mereka bukan sebagai badut atau tempelan tetapi mereka menjadi hero kam-pung apabila berjaya menewaskan Tahir, ketua gangster yang men-jaga Kelab Karaoke Semarak hati, tempat Nora bekerja.

Pengajaran dalam teater ini bukan sahaja dari segi luaran, emosi marah dan sedih penonton dilihat melalui adegan-adegan yang menyayat hati ketika Nora begitu sedih dihina oleh anak-nya. Bukan kehendak Nora untuk bekerja sebagai GRO tetapi demi menyara pengajian anaknya yang menuntut di luar negara. Norish Karman, yang memegang watak Nora, ketika ditanya memberitahu dia mengalirkan air mata ketika membaca skrip teater tersebut.

Impak Bukan Dejavu

Rasa cinta dan kasih sayang yang mendalam terhadap kehidupan dan kemanusiaan

dalam semangat nasionalisme terus disuarakan dalam siri Baca Puisi Kuala Lumpur (BPKL) yang berlangsung pada 20 Jun yang lalu. Siri ketiga program yang berkonsep santai dan terbuka ini menampilkan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad, Pengerusi Lembaga Pe-ngelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Anding AF2 yang mewakili golongan artis mendeklamasikan puisi.

Majlis yang diadakan di Ruang Legar, Balai Tun Syed Nasir, DBP Kuala Lumpur ini dihoskan oleh penyair Sutung Umar RS yang membuka tirai bacaan puisi “Kita Tak Tahu Gelandangan Khuldi” dan “Ketukan di Pintu” karya Dinsman. Datuk Noraini yang juga Ketua Puteri UMNO memukau penonton pada malam itu dengan emosi dan penghayatannya meng-heret suasana puisi “Warkah Si

Ibu Tua” karya sahabatnya, MS Zain. Antara bait-baitnya ialah;

“Ingatlahantara kaca dan permatapilihan duniawiantara sembah sujud pada satuyang lebih hakikiusah kau kejarcinta pada duniayang tiada noktahnyausah kau kejar pada ringgitdan bertuhankannyausah kau cinta padamanusia sampaidirimu diperhamba.”Pengerusi Lembaga Pengelola

DBP pula mengajak penonton menghayati semangat nasio-nalisme melalui puisi “Do-ngeng Ketipang Payung”. Di samping itu pula, penerima Anugerah SEA Write 2002, Da-tuk Dr. Anwar Ridhwan menge-tengahkan ketabahan wanita dalam mengharungi pancaroba kehidupan lewat puisi “Mariam”.

Majlis anjuran bersama Per-satuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), Kementerian Perpa-duan, Kebudayaan, Kesenian dan

Warisan Malaysia (KPKKW), DBP dan Dewan Bandaraya Kua-la Lumpur (DBKL) ini turut me-ngetengahkan bakat Timbalan Ketua Pengarah KPKKW, Mohd Zaki Din yang mendeklamasikan puisi “Jika Kita Cinta”. Manakala yang mewakili golongan artis, Anding mendeklamsikan puisi karya ayahnya Mantan Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Zaini Ozea yang bertajuk “Cinta Bukan Sekadar Pak Pong” dan “Gudang-gedung”.

Penyair muda bersuara lantang, Marsli N.O melontar rasa cinta dan kasih sayang melalui puisi “Negeri Ini Anak”. Pensyarah Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM), Mohd. Fauzi Abdullah pula menyelami pengorbanan ibu dan ayah melalui nazam berjudul ”Kasih Ayah dan Ibu”. Wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Faridah Hanim Hassan memukau hadirin dengan puisi “Suara Jeritan”. Kelab Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Kolej Universiti Islam

Antarabangsa (KUIS) di bawah bimbingan Pensyarah Haslinda Saad, menampilkan empat orang pelajar dengan persembahan puisi berjudul “Pindah Dari Cinta Itu Untuk Dia”.

Persembahan program yang memukau sekitar 400 khalayak ini turut diserikan oleh Sani Sudin daripada Kumpulan Kopratasa dengan dua buah lagu puisi “Ke Pintu Kasih” dan “Kita ini Semua Saja”. Johan Sayembara Mencipta Lagu Puisi 2006, Badrul Hisham Abdul Hamid pula memikat hadirin dengan karyanya “Air” dan “Permata”.

TEATER

Cinta dan Kemanusiaan dalam BPKLAKTIVITI SASTERA

Oleh Mattaib Nordin

Oleh Zaidah Ahmad Rosly

Dalam usaha meningkatkan produk penerbitan yang berkualiti, perancang-

an yang rapi seawal peringkat pemerolehan manuskrip perlu dilakukan. Menyedari hakikat tersebut, Unit Penerbitan DBP

Wilayah Timur mengambil lang-kah melaksanakan siri Bengkel Pemantapan dan Pemurnian Karya Penulis Wilayah Timur. Siri pertama bengkel diadakan pada 9 hingga 11 Ogos 2007 di Brinchang, Cameron Highlands, dan telah menghimpunkan sera-mai 22 orang penulis. Bengkel ini telah berjaya melahirkan seba-

nyak 14 buah manuskrip yang kemudiannya dimurnikan dalam siri bengkel seterusnya pada 1 hingga 3 Jun yang lalu, di Villa Danialla Beach Resort, Bachok, Kelantan.

Menerusi bengkel pertama, penulis didedahkan dengan teknik penulisan yang betul dan berkesan. Manakala menerusi

bengkel kedua pula, karya yang terhasil daripada cernaan ilmu yang diperoleh daripada bengkel pemantapan melalui dua pering-kat pemurnian. Peringkat perta-ma ialah ulasan karya daripada rakan-rakan penulis yang mem-baca dan mengkaji karya rakan peserta yang lain. Manakala peringkat kedua pula ialah ulas-an dan bimbingan daripada pakar yang dipilih, Prof. Datuk Dr. Salleh Yaapar, Prof. Dr. Rahman

Shaari, Dr. Rahimah Abd. Hamid, dan Tuan Haji Hamdan Yahya.

Pembimbing bengkel ini me-nyorot setiap karya yang diberi-kan kepada mereka untuk membantu peserta menghasil-kan karya bermutu. Selain itu, pembimbing juga mendedahkan kejayaan karya besar seperti Harry Potter oleh J.K. Rowling dan Bumi Manusia serta Keluarga Gerilya oleh Pramoedya Ananta Toer.

Bengkel Pemantapan dan Pemurnian KaryaOleh Ariza Che Ismaildan Zarilawati Mamat

PENUH MINAT: Ketua Bahagian Sastera Kebangsaan, Zalilah Sharif (kiri), Datuk Noraini Ahmad dan Johan Jaaffar dalam BPKL.

MENGHAYATI: Sani Sudin ketika menden-dangkan lagu puisi.

MENYENTUH PERASAAN: Bersahaja tetapi menyentuh perasaan penonton.

GANDINGAN HEBAT: Norish Karman dan Jalaluddin Hassan mendukung watak utama dalam Bukan Dejavu.