faktor-faktor yang dapat menarik minat dan · pdf filesetinggi-tinggi ucapan penghargaan...

35
FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN MENINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR-PELAJAR YANG BERADA DALAM PROFESION PERGURUAN DI UTM. MOHD. NUR ALHAM BIN NORHASIM AP 050118 4 SPJ 860101-01-5755 FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2009

Upload: nguyenmien

Post on 07-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN MENINGKATKAN

MOTIVASI PELAJAR-PELAJAR YANG BERADA DALAM PROFESION

PERGURUAN DI UTM.

MOHD. NUR ALHAM BIN NORHASIM

AP 050118

4 SPJ

860101-01-5755

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2009

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN MENINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR-PELAJAR YANG BERADA DALAM PROFESION PERGURUAN DI UTM.

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya: MOHD. NUR ALHAM BIN NORHASIM

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: 24, JALAN KASAWARI 3, DR. NOORAINI BINTI OTHMAN TAMAN PERTAMA, SUNGAI ABONG, 84000 MUAR, JOHOR DARUL TAKZIM. Tarikh :______________________ Tarikh:_________________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).”

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penyelia : Dr. NOORAINI BINTI OTHMAN

Tarikh : ………………………………….

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN MENINGKATKAN

MOTIVASI PELAJAR-PELAJAR YANG BERADA DALAM PROFESION

PERGURUAN DI UTM.

MOHD. NUR ALHAM BIN NORHASIM

Laporan ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuteraan Mekanikal)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2009

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

i

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………………

Nama Penulis : MOHD. NUR ALHAM BIN NORHASIM.

Tarikh : …………………………………

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

ii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayah dan ibu,

Norhasim bin Mohd. Tahar dan Robiah bte Ahmad,

Terima kasih atas segala pengorbananmu membesar dan mengasuhku. Aku takkan

berjaya tanpa bantuan dan iringan doa darimu. Walau kejayaan ini tidak mampu

membalas segala jasamu, namun ku harap sedikit sebanyak dapat membahagiakan

hatimu.

Buat kakak-kakakku yang dikasihi,

Nur Ezany binti Norhasim dan Nur Idayu binti Norhasim.

Aku tidak lupakan tunjuk-ajarmu dan cara kau mendidik adikmu ini sehingga berjaya ke

tahap ini. Sesungguhnya kejayaanmu selalu menjadi pembakar semangat kepadaku

untuk terus berjaya di masa hadapan untuk membanggakan kedua-dua ibu bapa kita.

Buat adinda-adindaku,

Nur Fazreen binti Norhasim dan Nur Asyikin binti Norhasim,

Moga kejayaanku ini mampu menyuntik semangat kepada kalian untuk terus berjuang

mencapai kejayaan seterusnya membahagiakan hati ayah dan emak kita.

Semoga Allah S.W.T membuka pintu rahmat dan memberi hidayah kepada kita.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

iii

PENGHARGAAN

Segal puji kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta inayah-Nya,

penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang diharapkan. Selawat dan salam ke

atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta seluruh ahli keluarga dan sahabat

handai baginda.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini

binti Othman yang telah menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk-ajar dan nasihat

tanpa jemu. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui dan mampu membalas jasa-jasa

beliau.

Kerjasama daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pendidikan Malaysia, Fakulti Pendidikan, UTM, para pelajar tahun 3

pendidikan di UTM amatlah dihargai.

Terima kasih juga buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam penyelidikan ini. Tanpa bantuan semua pihak, belum tentu kajian ini

dapat disiapkan dengan sempurna.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

iv

ABSTRAK

Motivasi dan minat setiap individu dipengaruhi oleh motif-motif tertentu. Setiap

individu melakukan sesuatu disebabkan oleh keinginan mereka untuk memenuhi

keperluan mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang dapat

meningkatkan minat dan motivasi pelajar-pelajar dalam bidang perguruan di UTM. Satu

set borang soal-selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data. Sebanyak

200 set borang soal-selidik telah diedarkan kepada responden. Data yang dikumpul telah

dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social

Science) Version 12.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor yang dapat menarik

minat pelajar-pelajar dalam profesion perguruan adalah faktor persekitaran tempat kerja

manakala faktor-faktor yang dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam profesion

perguruan kepuasan kerja, kasih-sayang, cintakan ilmu pengetahuan, sumbangan kepada

masyarakat, dorongan keluarga, pengaruh rakan sebaya dan jaminan masa depan.

Beberapa cadangan telah diberikan bagi meningkatkan motivasi dan minat pelajar-

pelajar yang berada dalam bidang perguruan.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

v

ABSTRACT

Motivation and interest of every individual is influenced by certain motives.

Every individual is doing something that derives from his or her desire to fulfill his or

her needs. The purpose of this research is to identify what factors that can boost interest

and motivation of students in teaching profesion, in UTM. A set of questionnaire was

used as an instrument for the data collection. Two hundreds questionnaires were

distributed to the respondents. Data collected was analyzed using SPSS software version

12.0. The result of this research shows that factors which attract the students’ interest in

teaching profession were influenced by working environment while factors that can

boost students’ motivation in teaching profession were the satisfaction in workplace,

love, knowledge, contribution to community, family motivation, peer influence and

secure career in a future. Several suggestions were offered to enhance motivation and

interest of the students in teaching profesion.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA

SURAT

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 10

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Profesion 11

1.8.2 Minat 11

1.8.3 Pelajar 11

1.8.4 Motivasi 12

1.8.5 Faktor 12

1.9 Rumusan 13

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

vii

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Minat 15

2.2.1 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Minat Pelajar

dalam Profesion Perguruan

16

2.2.1.1 Persekitaran Tempat Kerja 18

2.3 Motivasi 19

2.3.1 Faktor-faktor Membangkitkan Motivasi 21

2.3.1.1 Faktor Motivasi Intrinstik 21

2.3.1.1.1 Faktor Kasih-sayang 22

2.3.1.1.2 Faktor Memberi Sumbangan

Kepada Masyarakat

23

2.3.1.1.3 Faktor Kepuasan Kerja 24

2.3.1.1.4 Faktor Cintakan Ilmu Pengetahuan 25

2.3.1.2 Motivasi Ekstrinstik 26

2.3.1.2.1 Faktor Jaminan Masa Depan 27

2.3.1.2.2 Faktor Keluarga 28

2.3.1.2.3 Faktor Rakan Sebaya 29

2.4 Penutup

30

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 31

3.2 Reka bentuk Kajian 31

3.3 Model Kajian 32

3.4 Tempat Kajian 34

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

viii

3.5 Populasi 34

3.6 Sampel Kajian 36

3.7 Instrumen Kajian 38

3.8 Prosedur Kajian 39

3.9 Kajian Rintis 40

3.10 Analisis Data 41

3.10.1 Analisis Data Bahagian A 41

3.10.2 Analisis Data Bahagian B dan Bahagian C 41

3.11 Jangka Masa Kajian 43

3.12 Penutup 43

IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 45

4.2 Analisis Data Bahagian A 46

4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 47

4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Status Pelajar. 47

4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Umur. 48

4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 48

4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan Pendapatan

Ibubapa

49

4.2.6 Taburan Responden Berdasarkan Kursus di Fakulti

Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai.

50

4.2.7 Taburan Responden Berdasarkan Pendidikan

Tertinggi Ibubapa.

51

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

ix

4.2.8 Taburan Responden Berdasarkan CGPA Terkini 52

4.2.9 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan Bapa 52

4.2.10 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan Ibu 53

4.3 Analisis Data Bahagian B 54

4.3.1 Persoalan Kajian 1: Apakah faktor-faktor yang dapat

menarik minat pelajar dalam profesion perguruan?

54

4.3.1.1 Faktor Persekitaran Tempat Kerja 54

4.4. Analisis Data Bahagian C 56

4.4.1 Persoalan Kajian 2(i): Apakah faktor-faktor yang

dapat meningkatkan motivasi instrinstik pelajar

dalam profesion perguruan?

57

4.4.1.1 Faktor Kasih-sayang 57

4.4.1.2 Faktor Kepuasan Kerja 58

4.4.1.3 Faktor Sumbangan Kepada Masyarakat 59

4.4.1.4 Faktor Cintakan Ilmu Pengetahuan 60

4.4.2 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 2(i) : Apakah

Faktor-faktor Yang Dapat Meningkatkan Motivasi

Instristik (dalaman) Pelajar Yang Berada Dalam

Profesion Perguruan?

61

4.4.3 Persoalan Kajian 2(ii): Apakah Faktor- faktor Yang

Dapat Meningkatkan Motivasi Ekstrinstik (luaran)

Pelajar Yang Berada Dalam Profesion Perguruan?

62

4.4.3.1 Faktor Jaminan Masa Depan 62

4.4.3.2 Faktor Dorongan Keluarga 64

4.4.3.3 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya 65

4.4.4 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 2(ii): Faktor-

faktor Yang Dapat Meningkatkan Motivasi

66

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

x

Ekstrinstik Pelajar Yang Berada Dalam Profesion

Perguruan.

4.5 Penutup

68

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 68

5.2 Perbincangan 68

5.2.1 Faktor yang dapat Menarik Minat Pelajar dalam

Profesion Perguruan.

69

5.2.1.1 Faktor Persekitaran Tempat Kerja 69

5.2.2 Faktor-faktor Yang Dapat Meningkatkan

Motivasi Instrinstik Pelajar dalam Profesion

Perguruan.

70

5.2.2.1 Faktor Kasih-sayang 70

5.2.2.2 Faktor Kepuasan Kerja 70

5.2.2.3 Faktor Sumbangan Kepada Masyarakat 72

5.2.2.4 Faktor Cintakan Ilmu Pengetahuan 72

5.2.3 Faktor-faktor Yang Dapat Meningkatkan Motivasi

Ekstrinstik Pelajar dalam Profesion Perguruan

73

5.2.3.1 Faktor Jaminan Masa Depan 73

5.2.3.2 Faktor Dorongan Keluarga 74

5.2.3.3 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya 75

5.3 Rumusan 75

5.4 Cadangan 76

5.4.1 Cadangan Kepada Pihak Kementerian Pelajaran 77

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

xi

Malaysia (KPM)

5.4.1.1 Perlindungan dan Kebajikan Guru-guru 77

5.4.2 Cadangan kepada Pihak Universiti dan Institut

Perguruan

78

5.4.2.1 Penganugerahan dan Biasiswa 78

5.4.3 Cadangan Kepada Pihak Sekolah 79

5.4.3.1 Program Suka-rela Anjuran Bersama Guru

dan Bekas Guru.

79

5.4.4 Cadangan kepada guru 80

5.4.4.1 Mengadakan Jamuan, Kenduri dan Doa

Selamat.

80

5.4.5 Cadangan Kajian Lanjutan 81

5.5 Implikasi Kajian 81

5.5.1 Implikasi Kepada Kementerian 81

5.5.2 Implikasi Kepada Guru 82

5.5.3 Implikasi Kepada Pelajar 82

5.5.4 Implikasi Kepada Ibubapa 83

5.6 Kesimpulan 83

BIBLIOGRAFI 85

LAMPIRAN

A. Borang Soal-selidik

B. Analisis Kebolehpercayaan

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

xii

SENARAI JADUAL DAN RAJAH

TAJUK

MUKA

SURAT

Rajah 3.1 Model Kajian bagi Menunjukkan Pembolehubah Tak

Bersandar dan Pembolehubah Bersandar.

33

Jadual 3.1 Bilangan Populasi Responden Penyelidik Mengikut Kursus-

kursus yang ditawarkan oleh UTM.

35

Jadual 3.2 Bilangan sampel yang akan digunakan oleh penyelidik. 37

Jadual 3.3 Skala 5 Mata Bersandar Skala Likert 39

Jadual 3.4 Pengubahsuaian skala Likert 5 Mata kepada 3 keadaan bagi

mempermudahkan proses penganalisaan maklumat

penyelidik.

42

Jadual 3.5 Tahap Penilaian penyelidik berdasarkan min. 42

Jadual 4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 47

Jadual 4.2 Taburan Responden Berdasarkan Status Pelajar 47

Jadual 4.3 Taburan Responden Berdasarkan Umur 48

Jadual 4.4 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 48

Jadual 4.5 Taburan Responden Berdasarkan Pendapatan Ibubapa 49

Jadual 4.6 Taburan Responden Berdasarkan Kursus 50

Jadual 4.7 Taburan Responden Berdasarkan Pendidikan Tertinggi

Ibubapa.

51

Jadual 4.8 Taburan Responden Berdasarkan CGPA Terkini. 52

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

xiii

Jadual 4.9 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan Bapa. 52

Jadual 4.10 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan Ibu. 53

Jadual 4.11 Taburan Responden Berdasarkan Faktor Persekitaran Tempat

Kerja Berdasarkan Persoalan Kajian 1.

54

Jadual 4.12 Taburan Responden Berdasarkan Faktor Kasih-sayang. 57

Jadual 4.13 Taburan Responden Berdasarkan Faktor Kepuasan Kerja. 58

Jadual 4.14 Taburan Responden Berdasarkan Sumbangan Kepada

Masyarakat.

59

Jadual 4.15 Taburan Responden Berdasarkan Faktor Cintakan Ilmu

Pengetahuan.

60

Jadual 4.16 Taburan Min Keseluruhan bagi Faktor-faktor Yang Dapat

Meningkatkan Motivasi Intrinsik Pelajar yang berada Dalam

Profesion Perguruan.

61

Jadual 4.17 Taburan Responden Berdasarkan Faktor Jaminan Masa

Depan.

62

Jadual 4.18 Taburan Responden Berdasarkan Faktor Dorongan Keluarga 64

Jadual 4.19 Taburan Responden Berdasarkan Faktor Pengaruh Rakan

Sebaya.

65

Jadual 4.20 Taburan Min Keseluruhan bagi Faktor-faktor Yang Dapat

Meningkatkan Motivasi Ekstrinsik Pelajar yang berada dalam

Profesion Perguruan.

66

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

xiv

SENARAI SINGKATAN

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia

IPT : Institut Pengajian Tinggi.

IPG : Institut Pendidikan Guru.

BISP : Bayaran Insentif Subjek Pendidikan.

SSM : Sistem Saraan Malaysia.

KPLI : Kursus Perguruan Lepasan Ijazah.

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

A Borang Kaji Selidik

B Analisis Kebolehpercayaan

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Negara Malaysia telah menyasarkan untuk menjadi sebuah negara perindustrian

dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Ini adalah berdasarkan kepada

kertas dasar yang telah ditulis oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad pada 28 Febuari

1991 kepada Majlis Perniagaan Malaysia yang berjudul “Laluan ke Depan” atau “The

Way Forward”. Kertas dasar ini kemudiannya dikenali sebagai Wawasan 2020 yang

menghuraikan sembilan matlamat utama untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah

negara maju dengan mengikut acuan sendiri (Berita Harian, 30 April 1997).

Wawasan 2020 ialah wawasan yang merangkumi semua aspek bukan sahaja

bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi serta

perpaduan nasional dan sosial. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial,

kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah

bangsa, serta juga keyakinan. Berdasarkan sembilan matlamat utama Wawasan 2020,

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

2

terdapat satu matlamat yang mengharapkan Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang

mempunyai masyarakat yang berpengetahuan dalam bidang sains dan juga teknologi.

Matlamat ini tertulis dalam matlamat yang ke-enam dalam Wawasan 2020.

Menurut Ibrahim (2001) matlamat yang dimaksudkan itu ialah

“Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya

perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi

pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi

masa depan.”

Bagi menyediakan Malaysia ke arah itu, Pendidikan di Malaysia telah mula

untuk menitik beratkan dan menekankan kurikulum yang lebih bertumpu kepada

akademik terutamanya dalam bidang sains dan teknologi untuk melahirkan teknokrat

yang bertaraf dunia. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

melalui Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional telah menaikkan taraf semua

Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik pada tahun 1997

(Berita Harian, 7 Julai 1997).

Selaras dalam merealisasikan Dasar Wawasan Negara (DWN), pihak kerajaan

perlulah melaksanakan langkah-langkah tertentu terutamanya melatih lebih ramai guru

dengan pengkhususan dalam bidang sains dan teknologi supaya masalah kekurangan

guru tidak timbul dan menjadikan profesion ini diiktiraf seterusnya mengangkat darjat

dan martabat profesion perguruan itu sendiri.

Guru merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan

keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran

peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan “murabbi”,”muallim”,” muaddib”,

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

3

“alim” atau “ulamak”. Sebagaimana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad

Badawi: “Kejayaan anak muda kita banyak bergantung kepada kualiti guru mereka.

Untuk itu, kita perlu berusaha secara serius dan merancangkan bersama bagi

meningkatkan sistem pendidikan dengan melipat ganda motivasi serta memperbaiki

kedudukan bidang perguruan” (Berita Harian, 14 Mei 2004).

Guru berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah

juga masyarakat berkaitan hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah sebagai

khalifah-Nya di muka bumi ini. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru

menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak

mengira bangsa dan agama.

Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa

golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh

bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat menjadikan guru sebagai idola dan

pakar rujuk dalam segala hal. Pada zaman dahulu, guru terpaksa berhadapan dengan

pihak penjajah secara terang-terangan, namun kini, jajahannya diterjemahkan dalam

bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran,

budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.

Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran

Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah

memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka

lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya

hendak ditubuhkan di Singapura (1949) terdapat satu symposium mengenai ‘Pendidikan

Universiti’ dan ‘Laporan Carr-Saunders’. Di dalam simposium tersebut perbincangan

mengenai peranan universiti dan kedudukan profesion perguruan turut diadakan (Lim

Tay Boh, 1948). Di antara perkara utama yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

4

sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal

dididik akan mempunyai mutu pendidikan yang baik dan berkualiti. Pendidikan guru

yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang

kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa

kini.

Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan.

Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk

memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan.

Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi

satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu

yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan,

kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan

dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani.

1.2 Latar Belakang Masalah

Baru-baru ini tanggapan negatif masyarakat terhadap pengajaran guru-guru

lepasan ijazah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berbanding guru-guru lepasan

Institut Pendidikan Guru (IPG) telah memberikan impak yang mendalam kepada pelajar-

pelajar yang mengikuti kursus pendidikan di universiti (Khaled Nordin, 2008). Perkara

ini seolah-olah menafikan pendidikan dan latihan yang diberikan oleh pensyarah di

universiti. Sehubungan dengan itu, kerajaan akan mengambil langkah-langkah untuk

mengatasi masalah 'diskriminasi' yang dialami guru lepasan IPT yang dibebankan

dengan pelbagai syarat ketat sebelum dibenarkan mengajar di sekolah. (Utusan

Malaysia, 29 Julai 2008).

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

5

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (2008),

antara isu-isu dalam masalah ‘diskriminasi’ yang dimaksudkan itu ialah berkaitan

sebilangan kecil pelajar perguruan di IPTA yang mendapat pembiayaan Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) berbanding pelajar perguruan di IPG yang semuanya

diberikan pembiayaan. Selain itu, adalah isu ketidakseragaman syarat kemasukan pelajar

untuk layak mengambil ujian dan ditemu-duga sebelum diterima menjadi guru antara

guru lepasan IPT dan juga guru lepasan IPG. Syarat minimum bagi pelajar untuk

menghadiri temuduga dan mengambil ujian sebelum menjadi guru ialah mesti lulus

dengan purata gred kumulatif (CGPA) minimum 2.75. Namun begitu menurut beliau,

syarat ini akan dikaji semula berikutan guru-guru lepasan (IPG) yang begitu mudah

ditempatkan di sekolah tanpa mematuhi syarat tersebut.

Sementara itu isu-isu seperti masalah-masalah sosial dan keruntuhan moral yang

dihadapi oleh segelintir guru telah menyebabkan nama baik profesion perguruan

tercemar. Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd. Khir

ketika menjawab satu soalan di Parlimen dengan memberitahu bahawa dari tahun 1995

hingga kini, terdapat 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan. Antara kes

keruntuhan moral yang disebutkan adalah dua kes persetubuhan haram, empat kes liwat

atau perbuatan sumbang, 11 kes cabul, 12 kes khalwat, tiga kes berpoligami tanpa

kebenaran, satu kes bersekedudukan, enam kes hubungan sulit dengan isteri orang atau

pelajar, satu kes membawa pelajar perempuan tidur di luar asrama dan satu kes

membogel serta merotan pelajar perempuan. Media massa juga, melaporkan kes-kes lain

yang melibatkan guru seperti memukul murid, guru besar menyembunyikan kes-kes

disiplin, guru menyebarkan ajaran anti-kerajaan dan sebagainya yang telah menarik

perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion itu.(Utusan Malaysia, 7 September

2008).

Seterusnya adalah masalah tekanan yang dialami oleh guru yang terpaksa

memikul tanggungjawab dan peranan yang besar ke atas perubahan tingkahlaku pelajar-

pelajar. Ibu bapa sering menuding jari kepada guru sekiranya anak-anak mereka gagal

dalam persekolahannya. Kesan daripada itu, guru-guru berasa tertekan dengan

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

6

pengharapan yang diberikan oleh ibu bapa. Justeru itu, Timbalan Perdana Menteri,

Datuk Seri Najib Tun Razak (2005), menyarankan kepada ibu bapa untuk mengadakan

hubungan yang baik dengan guru bagi sama-sama membincangkan tentang masalah

anak-anak mereka di sekolah. Ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang baik

antara guru dan ibubapa untuk mendapatkan maklum balas yang positif (Utusan

Malaysia, 27 Mac 2005).

Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar

atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam

profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang,

pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Sebagai pentadbir ataupun

pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu

tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan. Perubahan-

perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu

digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, tetapi

jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam

pentadbiran, mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program.

Faktor kerja yang melibatkan tanggungjawab yang berat menyebabkan graduan

tidak berminat untuk memilih profesion perguruan terutamanya di kalangan lelaki.

(Musak Matrak, 1995). Antara isu-isu lain yang diketengahkan ialah seperti isu gaji dan

juga status rendah serta kemudahan yang diperolehi.(Straker, 1988, Musak Matrak 1993

dan 1995, dan Subramaniam, 1995). Kewujudan banyak peluang pekerjaan ekoran

daripada pertumbuhan ekonomi pesat telah membawa kepada banyak peluang pekerjaan,

terutamanya dalam bidang sains dan

teknologi serta perdagangan dan industri.

Selain itu, kelahiran guru-guru siswazah yang terlalu ramai telah menyebabkan

persaingan yang sengit untuk mendapatkan tempat sebagai seorang guru. Ini berlaku di

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

7

sekolah-sekolah menengah teknik apabila graduan-graduan pendidikan teknikal telah

terlalu ramai dan menyebabkan kekosongan untuk jawatan tersebut tiada. Keadaan yang

berbeza berlaku pada zaman 1960-an dan 1970-an, guru-guru yang berkelulusan

universiti akan dapat menjadi guru besar atau timbalan guru besar sebaik sahaja

berkhidmat selama lebih kurang tiga atau empat tahun. Namun kini, peluang mereka

untuk menjawat jawatan tersebut adalah terhad dan terpaksa menunggu lebih kurang

sepuluh tahun atau lebih.

1.3 Pernyataan Masalah

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari

bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan

menerajui negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah

pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan

tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha

melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah.

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang dapat menarik minat

dan meningkatkan motivasi pelajar-pelajar untuk terus belajar dan berusaha menghadapi

cabaran yang lebih besar apabila mereka mengajar nanti. Memandangkan masalah untuk

mengekalkan minat dan meningkatkan motivasi pelajar sepanjang semester bukanlah

satu perkara yang mudah diharapkan kajian ini dapat memberikan penyelesaian dalam

bagaimana untuk menjadikan tumpuan pelajar jelas dengan objektif dan matlamatnya

untuk menjadi seorang guru.

Page 27: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

8

1.4 Objektif kajian:

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1.4.1 Mengenalpasti faktor yang dapat menarik minat pelajar-pelajar dalam pofesion

perguruan.

1.4.2 Mengenalpasti faktor-faktor untuk meningkatkan motivasi di kalangan

pelajar-pelajar dalam profesion perguruan

a) Mengenalpasti faktor motivasi instrinsik (dalaman)

b) Mengenalpasti faktor motivasi ekstrinsik (luaran).

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan seperti:

1.5.1 Apakah faktor yang dapat menarik minat pelajar dalam profesion perguruan?

1.5.2 Apakah faktor-faktor yang dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam profesion

perguruan?

Page 28: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

Lampiran A

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG SOAL SELIDIK

FAKTOR-FAKTOR YANG MENINGKATKAN MINAT DAN MOTIVASI DI

KALANGAN PELAJAR YANG BERADA DALAM PROFESION PERGURUAN.

Arahan:

1. Soal selidik ini adalah sebahagian daripada kajian saya untuk mendapatkan maklum

balas tentang faktor-faktor yang meningkatkan minat dan motivasi di kalangan pelajar

yang berada dalam profesion perguruan.

2. Terdapat tiga bahagian dalam borang soal selidik ini Bahagian A yang merupakan

butiran diri responden manakala Bahagian B dan Bahagian C mengandungi soalan-

soalan yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan.

3. Pada Bahagian A tandakan ( / ) pada petak yang disediakan dan pada Bahagian B

pula bulatkan jawapan yang anda pilih.

4. Apabila selesai menjawab, sila kembalikan borang ini kepada penyelidik.

5. Segala butir-butir yang terkandung di dalam soal selidik ini akan dirahsiakan dan

digunakan untuk kajian semata-mata.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Disediakan oleh:

MOHD. NUR ALHAM BIN NORHASIM

860101-01-5755

Page 29: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

Lampiran A

BAHAGIAN A

Arahan:

Sila tandakan ( / ) dan isikan maklumat yang dikehendaki pada bahagian yang berkenaan.

Anda diminta menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan tepat dan jujur. Segala

kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, saya ucapkan berbanyak-banyak terima

kasih.

Maklumat Pelajar.

1. Jantina

a) Lelaki ( )

b) Perempuan ( )

2. Status

a) Bujang ( )

b) Telah Berkahwin ( )

3. Umur : ..................................

4. Bangsa

a) Melayu ( )

b) Cina ( )

c) India ( )

d) Lain-lain, nyatakan ………………

Page 30: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

Lampiran A

5. Pendapatan ibubapa

a) RM1000 - 1500 ( )

b) RM1500 – 2000 ( )

c) RM2000 - 2500 ( )

d) RM2500 – 3000 ( )

e) RM300 ke atas ( )

6. Kursus

a) SPA ( ) g) SPK ( )

b) SPE ( ) h) SPC ( )

c) SPJ ( ) i) SPM ( )

d) SPF ( ) j) SPT ( )

e) SPP ( ) k) SPI ( )

f) SPL ( ) l) SPS ( )

7. Pendidikan tertinggi ibubapa

a) SPM ( )

b) Sijil ( )

c) Diploma ( )

d) Ijazah Sarjana Muda ( )

e) Ijazah Sarjana ( )

8. CGPA terkini pelajar

a) 2.00 – 2.49 ( )

b) 2.50 – 2.99 ( )

c) 3.00 – 3.49 ( )

d) 3.50 – 4.00 ( )

9. Pekerjaan Bapa:

a) Peniaga ( )

b) Petani ( )

Page 31: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

Lampiran A

c) Nelayan ( )

d) Buruh ( )

e) Guru ( )

f) Badan Swasta ( )

g) Lain-lain ( ) Nyatakan : ……………………….

10. Pekerjaan Ibu

a) Suri rumah ( )

b) Peniaga ( )

c) Petani ( )

d) Guru ( )

e) Badan Swasta ( )

f) Lain-lain ( ) Nyatakan : …………………………….

Page 32: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

Lampiran A

BAHAGIAN B : Faktor Minat

Arahan:

Sila tandakan ( / ) pada jawapan yang anda rasakan paling sesuai berdasarkan skala yang

disediakan pada setiap soalan yang diberikan. Pilih satu jawapan sahaja.

1. Sangat tidak setuju

2. Tidak setuju

3. Tidak pasti

4. Setuju

5. Amat setuju

Bil. Item 1 2 3 4 5

1. Saya suka bekerja di tempat yang menyeronokkan.

2. Saya akan memilih persekitaran kerja yang selamat.

3. Saya suka bekerja di tempat yang mempunyai suasana

yang harmonis

4. Saya suka bekerja di tempat yang mempunyai

organisasi yang teratur.

5. Saya suka bekerja dengan pihak atasan yang

mendengar pendapat pekerja bawahan.

6. Saya suka berinteraksi dengan pekerja-pekerja lain

7. Saya suka bekerjasama dengan pekerja-pekerja yang

ramah.

8. Saya akan memilih pekerjaan yang mempunyai waktu

pekerjaan yang tetap.

9. Saya gembira bekerja di tempat yang mempunyai

kemudahan yang baik dan canggih.

10. Saya suka tempat kerja yang sistematik dan teratur.

Page 33: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

Lampiran A

11. Saya suka tempat kerja yang mempunyai pengurusan

yang baik.

12. Saya akan memilih pekerjaan yang menyediakan

kemudahan tempat tinggal.

13. Saya akan memilih kerja yang menyediakan elaun

lebih masa.

14. Saya akan memilih pekerjaan yang prihatin terhadap

kebajikan

15. Saya akan memilih pekerjaan yang menyediakan

kursus untuk saya menambah ilmu pengetahuan

Bahagian C : Faktor Motivasi

Arahan:

Sila tandakan ( / ) pada jawapan yang anda rasakan paling sesuai berdasarkan skala yang

disediakan pada setiap soalan yang diberikan. Pilih satu jawapan sahaja.

1. Sangat tidak setuju

2. Tidak setuju

3. Kurang setuju

4. Setuju

5. Amat setuju

1) Faktor Instrinstik

Bil. Item 1 2 3 4 5

1. Saya prihatin terhadap pencapaian pelaajar-pelajar

saya.

2. Saya mengambil berat terhadap masalah-masalah

pelajar saya.

3. Saya berusaha sebaik mungkin untuk mendidik pelajar-

Page 34: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

Lampiran A

pelajar saya.

4. Saya berasa puas sekiranya objektif pengajaran saya

berjaya disampaikan kepada pelajar-pelajar saya.

5. Saya berasa puas apabila pelajar-pelajar saya

memberikan tumpuan sepenuhnya ketika pengajaran

dalam kelas.

6. Saya berbangga dengan pelajar saya yang cemerlang.

7. Saya gembira sekiranya hasil kerja saya dihargai

8. Saya berasa bangga sekiranya saya dapat menyumbang

sesuatu kepada sekolah

9. Saya rela membuat kelas tambahan untuk membantu

pelajar saya yang lemah.

10. Saya membuat kelas tambahan tanpa meminta bayaran

daripada pelajar.

11. Saya tidak keberatan mengeluarkan derma untuk

membantu pelajar saya.

12. Saya ikhlas terhadap segala kerja-kerja yang saya

sumbangkan.

13. Saya sering bertanyakan kepada guru-guru lain tentang

sesuatu perkara yang saya kurang mahir

14. Saya tidak malu untuk bertanyakan pendapat pelajar-

pelajar saya di sekolah tentang sesuatu soalan.

2) Faktor Ekstrinstik

Bil. Item 1 2 3 4 5

1. Saya mempunyai masa depan yang cerah sekiranya

saya memilih profesion perguruan

2. Saya dapat membantu keluarga saya dengan menceburi

bidang perguruan.

Page 35: FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENARIK MINAT DAN · PDF fileSetinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan buat penyelia, Dr. Pn. Noraini ... 5.4.4 Cadangan kepada guru 80 5.4.4.1 Mengadakan

Lampiran A

3. Peluang untuk menikmati kenaikan pangkat dalam

masa yang singkat telah mendorong saya untuk

memilih bidang ini

4. Kenaikan gaji dalam masa yang singkat telah

menaikkan semangat saya untuk memilih bidang ini.

5. Keluarga saya sentiasa memberi dorongan kepada saya

6. Keluarga saya menggalakkan saya memilih profesion

perguruan

7. Keluarga saya bangga sekiranya saya menceburi

profesion perguruan

8. Dorongan yang diberikan oleh rakan-rakan membantu

meningkatkan keyakinan diri saya.

9. Kejayaan rakan-rakan saya telah menaikkan semangat

saya untuk terus berusaha.

10. Saya dan rakan-rakan mengamalkan persaingan yang

positif dan sihat.

11. Saya menanam semangat untuk lebih berjaya daripada

rakan-rakan dalam bidang yang saya lakukan.