keselamatan makmal.pptx

46
NURUL NAZIFAH BINTI MANSOR NURUL JANAH ABD WAHAB PENSYARAH: TN. HJ. RASID BIN ABD SAMAT PERATURAN & KESELAMATAN DALAM MAKMAL

Upload: brian-stanley

Post on 25-Jul-2015

113 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: keselamatan makmal.pptx

NURUL NAZIFAH BINTI MANSORNURUL JANAH ABD WAHAB

PENSYARAH: TN. HJ. RASID BIN ABD SAMAT

PERATURAN & KESELAMATAN DALAM

MAKMAL

Page 2: keselamatan makmal.pptx

PERATURAN & UNDANG-UNDANG MAKMAL

Page 3: keselamatan makmal.pptx

Peraturan makmal • Semua pelajar dilarang masuk ke dalam

makmal tanpa kebenaran guru.• Beg pelajar, makanan dan minuman tidak

boleh dibawa masuk ke dalam makmal.• Bahan dan radas tidak boleh dibawa keluar

dari makmal tanpa kebenaran guru.• Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa

kebenaran guru.• Jangan buang bahan pepejal ke dalam sinki.

Page 4: keselamatan makmal.pptx

• Pelajar dilarang bermain dan berlari di dalam makmal

• Segala kerosakan radas perlu dilaporkan kepada guru dengan segera.

• Tutup pili air dan gas serta suis elektrik selepas digunakan.

• Bahan kimia yang berlebihan tidak boleh dituang semula ke dalam botol asalnya.

• Semua radas perlu dibersihkan dan diletakkan ke tempat asalnya selepas digunakan.

Page 5: keselamatan makmal.pptx

• Bersihkan tempat anda selepas eksperimen.• Jangan bazirkan bahan kimia, air, gas atau

elektrik

Page 6: keselamatan makmal.pptx

Langkah keselamatan • Jangan rasa sebarang bahan kimia

tanpa kebenaran guru.• Sebarang kemalangan atau kecederaan perlu

dilaporkan kepada guru secepat mungkin.• Batang mancis yang bernyala perlu

dipadamkan dengan air sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

• Baca semua label dengan teliti terlebih dahulu sebelum menggunakan suatu bahan kimia.

Page 7: keselamatan makmal.pptx

• Bahan kimia pepejal mesti dikendalikan dengan menggunakan spatula.

• Kendalikan semua bahan kimia meruap yang beracun dalam kebuk wasap.

• Nyalakan Penunu Bunsen dengan menggunakan pemetik api atau mancis. Jangan gunakan kertas.

Page 8: keselamatan makmal.pptx

Pertolongan cemas • Jika asid atau alkali terkena pada

kulit atau mata, basuh segera dengan air yang banyak.

• Jika bahan kimia termasuk ke dalam mulut, kumuh dengan air yang banyak.

• Jika tertelan bahan kimia, minum air yang banyak dan laporkan kepada guru dengan segera.

Page 9: keselamatan makmal.pptx

• Jika terkena renjatan elektrik, matikan suis elektrik utama dengan segera.

• Jika berlaku kebakaran, laporkan kepada guru dengan segera.

• Jika pakaian terbakar, gulingkan badan dengan cepat di atas lantai sehingga api padam.

Page 10: keselamatan makmal.pptx

Peti pertolongan cemas• Peti pertolongan cemas yang lengkap

hendaklah disediakan di setiap makmal dan bilik persediaan.

• Saiz peti pertolongan cemas mesti sesuai untuk mememuatkan semua kelengkapan yang disenaraikan. (rujuk slide 12)

• Peti hendaklah dicatkan warna putih dan perkataan ‘PETI PERTOLONGAN CEMAS’ ditulis dengan cat merah dibahagian hadapannya.

Page 11: keselamatan makmal.pptx

• Jangan kunci peti ini pada bila-bila masa. • Peti ini hendaklah di letakkan di bahagian

hadapan bilik makmal dan di tempat yang sesuai di bilik makmal .

• Senaskah buku panduan pertolongan cemas hendaklah di masukkan dalam peti ini.

Page 12: keselamatan makmal.pptx

Kandungan peti pertolongan cemas • Tiap-tiap barang yang berada dalam peti

pertolongan cemas hendaklah dilabel dengan terang dan kegunaanya hendaklah dinyatakan dan pastikan bahawa barang-barang yang disimpan dalam keadaan bersih.

• Peti pertolongan cemas sekurang-kurangnya hendaklah mengandungi benda-benda seperti berikut:

Page 13: keselamatan makmal.pptx

a) Antiseptic

i) Acraflavine yang di gunakan untuk luka baru

ii) Cetavlon (salvon) yang di gunakan sebagi pencuci luka

ii) Eusol yang di gunakan untuk luka lama

b) Cream

i) Burnol

ii) Paraffin Gauge

• Kedua-dua untuk rawatan terbakar atau melepuh

Page 14: keselamatan makmal.pptx

c) Jenis pembalut i) Pembalut kain kasa 1 inci, 2 inci dan 3 inci lebar masing-masing ii) Kain kasa iii) kapas iv) Andoh tiga segi

d) Zinc Oxide Plaster

e) Penyepit dan gunting

Page 15: keselamatan makmal.pptx

KESELAMATAN DI DALAM

MAKMAL

Page 16: keselamatan makmal.pptx

PERLU SEDAR TENTANG BAHAYA YANG MUNGKIN BERLAKU SUPAYA KEMALANGAN DAPAT DIHINDARI DILAKSANAKAN TANPA SEBARANG BAHAYA DI SAMPING MENDAPAT FAEDAH DARIPADA AKTIVITI.

GURU PELAJAR

MESTILAH MENGAMBIL LANGKAH

SUPAYA SEGALA AKTIVITI DAPAT

DILAKSANAKAN TANPAKEMALANGAN

Page 17: keselamatan makmal.pptx

Mengapa kemalangan berlaku??

• Kajian-kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar kemalangan di dalam makmal sains berlaku antaranya kerana:– Kurang kefahaman tentang bahan, proses dan

peralatan yang digunakan.– Guru gagal memberi arahan dan menyelia

secukupnya.– Guru tidak merancang aktiviti dengan baik.

Page 18: keselamatan makmal.pptx

– Peralatan perlindungan/peralatan yang betul tidak digunakan.

– Tidak mematuhi arahan-arahan/peraturan-peraturan.

– Guru meninggalkan makmal semasa pelajar menjalankan amali.

– Tergesa-gesa dalam melakukan amali.– Sikap “tidak apa” pengguna makmal.

Page 19: keselamatan makmal.pptx

Keselamatan makmal – tanggungjawab siapa?

Page 20: keselamatan makmal.pptx

• Menyediakan kemudahan peralatan dan penyelenggaraan supaya wujud suasana kerja yang selamat.

SEKOLAH DAN KAKITANGAN

MAKMAL

• Merancang aktiviti makmal dengan baik. Memberi arahan yang jelas termasuk langkah keselamatan dan memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan dan peraturan.

GURU

• Mempelajari bahaya terhadap kesihatan dan keselamatan yang berpunca dari bahan kimia, peralatan, dan teknik yang digunakan supaya bahaya adalah minimum.

• Sedar bahawa ia bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan semasa di makmal

PELAJAR

Page 21: keselamatan makmal.pptx

Aspek-aspek keselamatan di dalam makmal

RUANG• Stor• makmal

PERALATAN• Api• Spesimen • Elektrik• Kaca• Bahan kimia

PENGGUNA• Guru• Pelajar• Pembantu makmal

LANGKAH• Peraturan• Arahan keselamatan• Prosedur kecemasan• rawatan

JENIS KEMALANGAN• Luka• Kejutan• Bahan beracun• Bahan kimia• kebakaran

Page 22: keselamatan makmal.pptx

JENIS KEMALANGAN

DAN PROSEDUR PERTOLONGAN

CEMAS

Page 23: keselamatan makmal.pptx

Rawatan Kecemasan

• Pengetahuan tentang rawatan kecemasan sangat penting dalam langkah memberi rawatan awal sebelum mangsa mendapat rawatan profesional. Empat perkara asas dalam rawatan kecemasan ialah:– AMALKAN LANGKAH KESELAMATAN.– JANGAN CEMAS.– TAHU PUNCA KEMALANGAN.– TAHU BAGAIMANA MEMBERI RAWATAN AWAL

Page 24: keselamatan makmal.pptx

Jenis dan punca kemalanganJENIS PUNCAKEBAKARAN Penunu bunsen

Lintar pintasUnsur-unsur logam reaktif

KERACUNAN Bahan kimiaGasSpesimen biologi

LUKA Alatan radasAlatan kacaradas

KEJUTAN Alat elektrikPendawaianPunca kuasapalam

Page 25: keselamatan makmal.pptx

TERBAKAR

Mengurangkan kesan habaMengurangkan kesakitanMengurangkan bengkak . Memastikan mangsa mendapat cukup minumanMententeramkan mangsaMengurangkan kejutan

Page 26: keselamatan makmal.pptx

PUNCA CARA MENGATASI

API Rendamkan bahagian yang terbakardalam air sejuk (ais) dengan segerauntuk mengurangkan kesakitan. ika luka, balutkan dengan pembalutyang steril untuk mengelakkan infeksi. Dapatkan rawatan profesional.

BAHAN KIMIA

Tanggalkan pakaian dan barang-barangyang terkena bahan . Basuh dengan airmengalir selama 15 minit. Dapatkan rawatan profesional. Jikamelecur ringan, beri rawatan awal.

Page 27: keselamatan makmal.pptx

ASID · Basuh dengan air.· Sapukan larutan natrium bikarbonat 1 %.· Basuh dengan air.

ALKALI · Basuh dengan air.· Sapukan asid asetik 1 %.· Basuh dengan air.

BROMIN · Basuh dengan air.· Sapukan larutan ammonia cair(1 bahagian ammonia : 15 bahagian air)

Page 28: keselamatan makmal.pptx

NATRIUM & KALIUM

· Buang logam dengan menggunakanpenyepit.· Rendam dalam air selama 20 minit.· Keringkan dan balut dengan pembalutyang steril.

FOSFORUS · Basuh dengan air.· Basuh dengan larutan kuprum sulfat 1%.· Balut dengan pembalut yang lembap.

Page 29: keselamatan makmal.pptx

C) Kebakaran i) Kebakaran bahan uji 

• Adalah mustahak untuk memadam api secepat yang mungkin demi

mencegah berlakunya kecederaan yang lebih teruk. Tutup semua

penunu gas, tutup litar elektik disekitar dan pindah atau keluarkan

apa-apa benda yang boleh terbakar. Kawalan api adalah bergantung

kepada saiz dan jenis kebakaran. 

• Kebakaran kecil (misalnya kebakaran alkohol dalam bikar) biasanya

boleh dipadam dengan menutupnya dengan kain lembab yang bersih.

Api akan padam apabila kekurangan udara. 

Page 30: keselamatan makmal.pptx

• Api yang lebih besar biasanya boleh disimbah dengan pasir kering .

Pasir yang telah disimbahi hendaklah dibuang kerana ia mungkin

menggandungi bahan meruap yang mudah terbakar.Selaian daripada

itu api boleh dipadam dengan menggunakan pemadam api karbon

dioksida atau busa. 

i) Kebakaran pakaian

• Jangan biarkan sesorang yang pakaiannya terbakar berlari dengan mengibas-

ngibaskan api. Suruh ia merebahkan badannya dan balut badannya sekejap-

kejap dengan gebar kalis api hingga padam.Rawat mana bahagian kulit yang

melepuh.

Page 31: keselamatan makmal.pptx

D) KECEDERAAN MATA

i) Benda pepejal dalam mata

jika benda itu tajam atau merupakan kaca.

JANGAN cuba mengeluarkannya. Minta pesakit

supaya jangan mengosokkan mata. Tutup mata itu

dengan pedap kain kasa yang tebal dan lembut.

Bawa pesakit berjumpa doktor dengan serta-

merta.

Page 32: keselamatan makmal.pptx

ii) Kekotoran melekat di mata

Lentokkan kepala pesakit dan kemudian alirkan air ke

dalam mata dari botol basuh. Juga boleh meminta pesakit

buka dan tutup matanya berulangkali di dalam basin yang

mengandungi air yang bersih. Jika ini berjaya untuk

mengeluarkan kekotoran. Gunakan bucu saputangan yang

dibasahkan. Jika perlu kelopak mata bawah boleh ditarik ke

bawah dan kelopak mata atas diterbalikkan. Sekiranya

masih gagal, ikuti cara (i) di atas.

Page 33: keselamatan makmal.pptx

iii) Mata dimasuki asid atau alkali Dengan serta-merta, basuh mata dengan air mengalir secukupnya atau membuka dan menutup mata berulang-ulang dalam basin yang mengandungi air bersih. Tutup mata dengan penutup lembut dan bawa berjumpa doktor.

Page 34: keselamatan makmal.pptx

Merawat kecederaan ringan

RINGAN DAN SEDIKIT BERDARAH• Buang kekotoran / kaca.• Basuh dengan air.• Balut dengan pembalut yang

bersih dan steril.• Dapatkan rawatan doktor.

Suntikan antiteta diberiakn jika perlu.

JIKA BANYAK DARAH• Hentikan pendarahan

dengan• menekan tempat yang luka.• Jika luka pada tangan atau

kaki,• tekan pada titik tekanan.

Page 35: keselamatan makmal.pptx

PATAH

• Jangan gerakkan pesakit kecuali jika terdapat wasap atau kebakaran.

• Berikan rawatan untuk luka dan kejutan.• Dapatkan rawatan profesional.

Page 36: keselamatan makmal.pptx

AMARAN!!!!

Jika sesorang yang ditimpa kemalangan itu disyaki patah tulang atau cedera dalam badan, panggil ambulan atau doktor dengan serta merta. JANGAN alihkan pesakit dari tempatnya.segala kemalangan yang berlaku dalam makmal yang disyaki serius hendaklah mendapat rawatan perubatan daripada doktor.

Page 37: keselamatan makmal.pptx

MELEPUHi) Melepuh terkena asid atau alkali.

• Basuh secukupnya dengan air, misalnya dengan membasuh di bawah air paip

yang terbuka selama 10 minit.

• Semasa merawat melepuh terkena asid atau alkali adalah penting

menggunakan air yang banyak bagi membasuhnya dan bahan peneutral tidak

digunakan sehingga selepas bahagian terjejas dibasuh dengan air. Jika

pengawasan ini diabaikan, haba dari larutan bahan peneutral mungkin akan

merosakan lagi bahan yang terjejas.

Page 38: keselamatan makmal.pptx

ii) Melepuh terkena bahan panas

• Jika tidak teruk letakkan bahagian anggota yang terjejas itu di bawah

air yang mengalir selama beberapa minit, kemudian biarkan terdedah

kepada udara.

• Jika teruk sebahagian besar anggota yang melepuh atau kulit

mengelupas lekatkan badan yang terjejes itu dengan pedap kain kasa

yang kering dan bersih.Jangan sapu apa-apa minyak, ubat serbuk.

Balut disekeliling pedap ini dengan kain pembalut dan tentukan

bahawa pembalut tidak terlalu ketat.

Page 39: keselamatan makmal.pptx

KERACUNANDALAMMULUT

· Keluarkan dengan segera dan basuhkandengan air yang banyak.· Dapatkan rawatan doktor.

TERLELAN · Jika sedar, berikan 2 – 4 gelas air/susudengan segera.· Panaskan badan mangsa.· Panggil doktor dengan segera.

TERHIDU · Bawa mangsa ke tempat yang lapang.· Berikan oksigen (jika ada alat).· Panaskan badan mangsa.· Dapatkan bantuan doktor.· Jika boleh, kenal pasti jenis bahantoksik.· Jika pernafasan berhenti, berikanpernafasan buatan.

Page 40: keselamatan makmal.pptx

PENCEGAHAN KECEDERAAN

DAN KEMALANGAN

Page 41: keselamatan makmal.pptx

• Peraturan makmal – Satu senarai tentang apa yang pelajar patut patuhi semasa bearada dan bekerja di dalam makmal sains. Pastikan setiap pelajar memahami peraturan berkenaan Penerangan tentang peraturan diberi semasa pelajarpertama kali mengunakan makmal. Tampalkan peraturan makmal ditempat yang mudah dilihat oleh pelajar.

Page 42: keselamatan makmal.pptx

• Kemahiran manipulatif – Pastikan pelajar tahu menggunakan teknik yang betul semasa mengendalikan alat radas dan bahan kimia serta sentiasa mematuhi arahan guru tentang prosedur amali.

• Kotak pertolongan cemas – Pastikan kotak pertolongan cemas tidak berkunci dan mengandungi peralatan untuk rawatan kecemasan.

Page 43: keselamatan makmal.pptx

• Peralatan keselamatan – Pastikan semua peralatan keselamatan, misalnya alat pemadam kebakaran berada dalam keadaan baik dan berfungsi serta diletakkan di tempat yang mudah diambil. Pastikan juga semua pelajar tahu menggunakan peralatan berkenaan.

• Petunjuk – Pamerkan petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA di tempat yang mudah dilihat dalam setiap mmakmal.

Page 44: keselamatan makmal.pptx

• Kebersihan – Makmal hendaklah sentiasa bersih dan tidak licin. Bekas sampah hendaklah disediakan.

• Rancangan untuk keadaan kecemasan – Pastikan pelajar tahu prosedur menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran.

• Pencahayaan dan pengudaraan – Pastikan cukup pencahayaan dan pengudaraan di dalam makmal.

• Panduan keselamatan – Sediakan panduan keselamatan makmal dan pastikan guru dan kakitangan makmal memahami isi kandungannya serta dapat mengambil langkah-langkah keselamatan bila perlu.

Page 45: keselamatan makmal.pptx

• Peralatan- Pastikan semua peralatan, termasuk pendawaian dan palam elektrik berada dalam keadaan baik.

• Pelupusan bahan sisa – Pastikan bahan sisa makmal dilupuskan dengan cara yang betul.

• Rawatan kecemasan – Pastikan guru dan kakitangan makmal tahu tentang cara-cara memberi rawatan kecemasan apabila diperlukan.

Page 46: keselamatan makmal.pptx

SEKIAN TERIMA KASIH..