siti faridah binti mohd sunif - fp.utm.my · pdf filesesi 2007-2011, terima kasih atas ......

29
PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011

Upload: nguyennhu

Post on 03-Feb-2018

286 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA

SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2011

Page 2: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA

SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mei, 2011

Page 3: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan
Page 4: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan
Page 5: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan
Page 6: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

iii

Buat insan yang tersayang . . .

Ayahanda dan bonda, kedua mertua yang disayangi

Serta kanda dan adinda yang diingati

Segala sokongan, dorongan, pengorbanan

dan iringan doa tulus kalian

Membuatkan anakanda masih teguh di sini

Suami dan anak tercinta

Kasih sayang, pengorbanan, bimbingan dan ketenangan yang diberi

Sentiasa menjadi inspirasi hatiku

Kaulah semangat juangku

Guru-guru, Pensyarah dan Pendidik yang dihormati

Ilmu yang dicurah tidak terhingga

Umpama sepohon pokok yang rimbun

Sentiasa memberikan yang terbaik

Dan tidak mengenal erti jemu

Hanya sekalung budi tersemat di jiwa

Jasa kalian amat bernilai pada diriku

Sahabat-sahabat seperjuangan yang dikasihi

Mengenali kalian merupakan saat terindah bagi diriku

Mengenal erti persahabatan, erti kehidupan

Bersama mengharungi cabaran dan dugaan

Semoga ukhuwah fillah yang terbina kekal selamanya

Hingga akhir hayatku

Terima kasih atas segalanya

Page 7: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam

disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-

sahabat baginda. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dengan berkat

pertolongan, taufiq serta inayah-Nya telah mengizinkan saya menyiapkan dengan

jayanya penulisan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Jutaan penghargaan buat Ustaz Mohd Puhad bin Alim selaku penyelia Projek

Sarjana Muda (PSM) ini di atas sumbangan idea, penyemakan, penyeliaan dan

segala susah payah yang telah beliau sumbangkan sepanjang tempoh menyiapkan

projek ini.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada suami tercinta, Faidzal Mahfiz

bin Mohammad Sanusi, kedua ibu bapa serta kedua mertua yang dikasihi lagi

disayangi di atas sokongan, motivasi serta iringan doa kecemerlangan yang tidak

putus-putus buat saya. Kalianlah tunjang inspirasi saya untuk terus maju dan

cemerlang.

Ucapan penghargaan juga diberikan khas buat para pensyarah Fakulti

Tamadun Islam mahupun Fakulti Pendidikan yang telah mencurahkan segala bentuk

ilmu sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia serta jutaan terima

kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Tidak lupa juga

sahabat-sahabat tahun akhir Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

sesi 2007-2011, terima kasih atas sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini.

Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung, ribuan terima kasih diucapkan Segala kerjasama dan pengorbanan masa

yang telah dicurahkan akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Sesungguhnya kudrat yang diberikan hanya Allah SWT sahaja dapat membalasnya.

Semoga kalian berjaya di dunia dan di akhirat.

Page 8: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan suatu tinjauan umum berkenaan persepsi pengguna terhadap

perkhidmatan pengangkutan bas ekspres. Tinjauan ini juga bertujuan untuk

mendapat maklum balas mengenai persepsi pengguna terhadap perkhidmatan

pengangkutan bas ekspres dan tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan

pengangkutan bas ekspres. Selain itu juga, tinjauan ini juga bagi mengenalpasti

penambahbaikan yang diusulkan dari aspek agama, pengurusan dan penguatkuasaan.

Seramai 120 pelajar tahun 1 dipilih secara berkelompok untuk mewakili sampel

kajian yang terdiri daripada pelajar Kolej 9 dan Kolej 10. Set soal selidik

mengandungi 51 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara

deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min dengan

menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 16.0 for

Windows. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α = 0.906. Secara

keseluruhannya, dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan responden

memberikan persepsi yang positif terhadap semua objektif kajian lebih-lebih lagi

dari aspek penambahbaikan dari segi keagamaan, pengurusan serta penguatkuasaan

pemanduan. Di akhir kajian, penyelidik mencadangkan beberapa cadangan agar

pihak yang berkenaan lebih bertanggungjawab dalam meningkatkan mutu

perkhidmatan bas ekspres agar pengguna mendapat keselesaan untuk menggunakan

pengangkutan awam. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan bagi penyelidikan pada

masa akan datang.

Page 9: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

vi

ABSTRACT

A study was conducted about a survey on users perception upon bus transport. This

survey is also to purpose the respond by users’ perception on bus transport service

and the level of service satisfaction by using bus transport. Furthermore, this survey

was also carried out to identify the improvement from the aspects of religion,

administration and enforcement. A total of 120 students from 1st Year students from

9 and 10 College were selected by group to represent as sample of the study. A set

of questionnaire was distributed to the respondents contains 51 item and was

analyzed descriptively in order to get the result of the frequency, percentage and

min using the Statistical Package for Social Science (SPSS) 16.0 for Windows

software. The value of the reliability of the questionnaire was α = 0.906. Overall, the

findings of the study show that the respondent indicates positive perceptions towards

the aspects of improvement on religion, administration and driving enforcement. At

the end of the study, researcher suggested that it is the enforcement responsibility to

improve the quality of bus services so that users feel more comfortable while using

bus transport. Further studies are also proposed for future research in the future.

Page 10: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENDAHULUAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

TRANSLITERASI ARAB xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan dan Skop Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 8

1.9 Kesimpulan 9

Page 11: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

viii

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Sejarah Pengangkutan Awam 11

2.2.1 Definisi Pengangkutan Awam 11

2.2.2 Jenis Pengangkutan Awam 12

2.3 Pengangkutan Bas di Malaysia 13

2.3.1 Fungsi Pengangkutan Awam 14

2.4 Penguatkuasaan Bas Ekspres 15

2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan

Jalan (Pindaan) 2010 16

2.4.3 Kod Etika Pemandu Pengangkutan

Awam (LPKP) 17

2.5 Pengurusan Kod Keselamatan Amalan, Kesihatan

Dan Persekitaran (SHE) 23

2.5.1 Prosedur Operasi Piawaian 23

2.5.1.1 Pengurusan Pemanduan 24

2.5.1.2 Pengurusan Bas Ekspres 25

2.6 Adab Dalam Perjalanan Menurut Islam 28

2.6.1 Adab Menaiki Kenderaan 29

2.6.2 Hukum Wanita Bermusafir 32

2.6.3 Adab Bermusafir 33

2.7 Keringanan Solat Ketika Dalam Perjalanan 34

2.7.1 Solat Bagi Orang Bermusafir 36

2.7.2 Solat Dalam Kenderaan 39

2.8 Kesalahan Undang-Undang Jalan Raya

Mengikut Hukum Islam 41

2.9 Kajian Lepas 43

2.10 Kesimpulan 44

Page 12: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 45

3.2 Rekabentuk Kajian 45

3.2.1 Kajian Perpustakaan 46

3.2.2 Kajian Lapangan 46

3.3 Tenpat Kajian 47

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 47

3.5 Instrumen Kajian 48

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 48

3.5.1.1 Soal Selidik 48

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 50

3.6 Prosedur Kajian 51

3.6.1 Kajian Rintis 51

3.6.2 Kajian Sebenar 52

3.7 Analisia Data 52

3.8 Jangkamasa Kajian 54

3.9 Kesimpulan 54

BAB IV DATA DAN ANALISIS

4.1 Pengenalan 55

4.2 Analisis Data Bahagian A 56

4.3 Analisis Data Bahagian B 58

4.3.1 Persepsi Pengguna Terhadap

Perkhidmatan Bas Ekspres 58

4.3.2 Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap

Perkhidmatan Bas Ekspres 65

4.3.3 Penambahbaikan Dari Segi Agama,

Pengurusan serta Penguatkuasaan 70

4.4 Purata Min Keseluruhan 81

4.5 Kesimpulan 85

Page 13: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

x

BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 86

5.2 Perbincangan 87

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 87

5.2.2 Persepsi Pengguna Terhadap

Perkhidmatan Bas Ekspres 88

5.2.3 Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap

Perkhidmatan Bas Ekspres 89

5.2.4 Penambahbaikan Dari Segi Agama,

Pengurusan serta Penguatkuasaan 90

5.3 Rumusan 93

5.4 Cadangan 96

5.4.1 Pihak Yang Bertanggung jawab 96

5.4.2 Pengurus Syarikat 97

5.4.3 Pengguna 97

5.5 Kajian Lanjutan 98

5.6 Kesimpulan 99

BIBLIOGRAFI 100

LAMPIRAN

Page 14: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pengkelasan Skala Likert 49

3.2 Klasifikasi Item Mengikut Persoalan Kajian 50

3.3 Nilai Skor Min 53

3.4 Perubahan Lima Skala Likert Kepada Dua Peringkat 53

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 56

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 56

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 57

4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 57

4.5 Berapa Kali Anda Naik Bas Ekspres Dalam Setahun 57

4.6 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item :

Menggunakan Bas Ekspres Lebih Selamat. 58

4.7 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Ibu Bapa Merasakan Anak

Mereka Selamat Apabila Menggunakan Bas Ekspres 59

4.8 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item :

Perkhidmatan Bas Ekspres Adalah Selesa 59

4.9 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item :

Saya Selesa Menaiki Bas Ekspres 60

4.10 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Saya Dapat Sampai Ke

Destinasi Dengan Cepat Apabila Menggunakan Bas Ekspres 60

4.11 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Sekiranya Saya

Menggunakan Bas Ekspres, Saya Dapat Sampai Ke Destinasi

Dengan Tepat Pada Masanya 61

4.12 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item :

Menggunakan Bas Ekspres Menjimatkan 61

4.13 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Tambang Bas Ekpres Murah 62

Page 15: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

xii

4.14 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Sebagai Pelajar Saya Rasa

Sesuai Menaiki Bas Ekpres Untuk Pulang Ke Kampung 62

4.15 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Kekerapan Waktu Perjalanan

Bas Sesuai Dengan Saya Sebagai Pelajar 63

4.16 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Perkhidmatan Bas Ekspres

Mudah Didapati 63

4.17 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Perkhidmatan Bas Ekpres

Membantu Saya Berulang Alik Dari Kampus Ke Kampung Halaman 64

4.18 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Syarikat Bas Ekpsres

Menawarkan Perkhidmatan Yang Memuaskan 64

4.19 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item :

Bas Ekspres Di Malaysia Memuaskan 65

4.20 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Saya Berpuas Hati

Dengan Sikap Pemandu Bas Ekspres 65

4.21 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pemandu Bas Ekspres

Mengikut Etika Pemanduan Berhemah 66

4.22 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pemandu Yang Tidak

Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan Jalan Raya 66

4.23 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Harga Tiket Bas

Yang Ditetapkan Berpatutan 67

4.24 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Harga Tiket Bas Naik

Di Musim Perayaan 67

4.25 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Penghawa Dingin

Bas Ekspres Berfungsi Dengan Baik 68

4.26 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Kesesakan Jalan Raya

Punca Bas Ekspres Lewat Sampai Ke Tempat Yang Dituju 68

4.27 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Tempat Menunggu Bas

Yang Disediakan Selesa Dan Selamat 69

4.28 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Layanan Yang Diberikan

Oleh Pemandu Bas Memuaskan 69

4.29 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Mulakan Perjalanan

Dengan Membaca Doa 70

4.30 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Menggalakkan Pengguna

Berdoa Sebelum Memulakan Perjalanan 70

Page 16: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

xiii

4.31 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Mengedarkan Doa

Kepada Pengguna Yang Beragama Islam 71

4.32 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Doa Menaiki Kenderaan

Ditampal Di Dinding Bas 71

4.33 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Panduan Waktu Solat

Disertakan Bersama Tiket Bas 72

4.34 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pemandu Bas Berhenti

Di Tempat Yang Mempunyai Surau Untuk Menunaikan Solat 72

4.35 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item :

Menayangkan Filem Berunsur Keagamaan 73

4.36 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Lagu-Lagu Yang

Diperdengarkan Atau Dipasang Berunsur Keagamaan 73

4.37 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pengasingan Tempat

Duduk Berdasarkan Jantina 73

4.38 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pemandu Sentiasa

Dilatih Mematuhi Peraturan Yang Ditetapkan 74

4.39 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Sebelum Perjalanan Bas

Dipastikan Dalam Keadaan Baik 74

4.40 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Data Pengguna Disimpan

Bagi Memudahkan Urusan Jika Berlaku Kemalangan 75

4.41 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Syarikat Bas Yang

Tidak Mematuhi Peraturan Dikenakan Tindakan 75

4.42 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Langkah Keselamatan

Seperti Kotak Hitam Dan Lampu Had Laju Dalam Keadaan Baik 76

4.43 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pihak Syarikat

Mengadakan Kursus Intensif Kepada Pemandu Bas

Setiap Tiga Bulan Sekali 76

4.44 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pemandu Sentiasa

Mematuhi Syarat Dan Etika Pemanduan 77

4.45 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : LPKP Perlu

Memantau Di Musim Perayaan 77

4.46 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Penguatkuasaan Di

Semua Peringkat Berkesan 78

4.47 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item :

Page 17: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

xiv

Undang-Undang Sedia Ada Mencukupi 78

4.48 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Denda Terhadap

Syarikat Dan Pemandu Apabila Terlibat Dalam Kemalangan 79

4.49 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Syarikat Dan Pemandu

Dikenakan Hukuman Berat Jika Kemalangan Menyebabkan Kematian 79

4.50 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Apabila Kemalangan Melibatkan

Kematian Hukuman Perlu Setimpal Dengan Hukum Islam 80

4.51 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Kemalangan Yang Disebabkan

Kecuaian Manusia Perlu Dikenakan Hukuman Takzir. 80

4.52 Analisis Keseluruhan Min Bagi Item 1-13 81

4.53 Analisis Keseluruhan Min Bagi Item 14-23 82

4.54 Analisis Keseluruhan Min Bagi Item 24-46 83

Page 18: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

xv

TRANSLITERASI ARAB

Kajian ini memuatkan tulisan Transliterasi yang digunakan oleh

Ensiklopedia Islam dengan sedikit perbezaan dengan tulisan biasa.

Konsonan

d (dad) ض ‘ (hamza) ء

t (’ta) ط b (’ba) ب

z (’za) ظ t (’ta) ت

‘ (ayn‘) ع th (’tha) ث

gh (ghayn) غ j (jim) ج

f (’fa) ف h (’ha) ح

q (qaf) ق kh (’kha) خ

k (kaf) ك d (dal) د

l (lam) ل dh (dhal) ذ

m (mim) م r (’ra) ر

n (nun) ن z (zay) ز

w (waw) و s (sin) س

h (’ha) ه sh (shin) ش

y (’ya) ي s (sad) ص

Vowel

a fathah panjang a (fathah) َـ

i kasrah panjang i (kasrah) ِـ

u dammah panjang u (dammah) ُـ

Page 19: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

xvi

SENARAI SINGKATAN

LPKP - Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan

JKJR - Jabatan Keselamatan Jalan Raya

LLM - Lembaga Lebuh Raya Malaysia

SPAD - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

JPJ - Jabatan Pengangkutan Jalan

PDRM - Polis Diraja Malaysia

MIROS - Institut Penyelidikan Keselamatn Jalan Raya Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah

SAW - Sallalluhu `Alaihi Wasallam

SWT - Subhanahu Wa Ta`Ala

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

KS - Kurang Setuju

TK - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

Sdn. Bhd. - Sendirian Berhad

SPSS - Statistical Packages For Social Sciences (SPSS)

ABS - Anti Locking System

EBS - Electronic Brake System

GPS - Global Positioning System

QAS - Sistem Jaminan Kualiti

SHE - Kod Amalan, Kesihatan dan Persekitaran

CVLB - Lembaga Perlesenan Kenderaan Komersial

CCTV - Closed Circuit Television

PBT - Pihak Berkuasa Tempatan

AES - Automated Enforcement system

Page 20: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

C LPKP - Siaran Akhbar

D Kod Etika Pemandu Pengangkutan

Page 21: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Sains dan teknologi bermula sejak dahulu lagi bertepatan dengan revolusi

perindustrian yang bermula pada abad ke 19. Pada abad ini negara ASEAN telah

diiktiraf sebagai negara yang sedang pesat membangun. Ketika revolusi

perindustrian sedang meningkat, telah muncul satu teknologi yang berasaskan

terusan suez yang menghubungkan lautan Atlantik dan Lautan Pasifik dimana

terusan ini telah berjaya memendekkan jarak dari Eropah ke Asia dengan

menggunakan jalan laut melalui kapal-kapal layar yang belayar untuk menuju ke

destinasi yang hendak dituju. Allah SWT berfirman:

Maksudnya :

“ Tuhan kamulah Yang menjalankan untuk kamu kapal-kapal di laut, supaya

kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; Sesungguhnya ia adalah

Maha Mengasihani kepada kamu.”

( Al-Israa` ; 66 )

Berdasarkan ayat di atas menunjukkan, pengangkutan memainkan peranan

penting dalam kehidupan masyarakat manusia sejak zaman berzaman lagi untuk

Page 22: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

2

tujuan mencari rezeki, mengangkut barang dan juga untuk pergerakan manusia dari

satu destinasi ke destinasi yang lain.

Pengangkutan merupakan salah satu alternatif dalam sistem perhubungan di

dunia. Ia dianggap sebagai nadi penggerak dan pendapatan bagi sesetengah

masyarakat. Pembangunan sesuatu tempat berkait rapat dengan sistem

pengangkutan. Di Malaysia, sistem pengangkutan awam merupakan aspek

terpenting di dalam sistem perhubungan sama ada bagi masyarakat bandar mahupun

luar bandar. Sebagai sebuah negara yang makin meningkat maju, sistem

perhubungan di dalam sesebuah negara seharusnya mempunyai kecekapan dan

kemajuan dari segi perkhidmatan dan juga teknologi yang digunakan. Oleh kerana

itu, kerajaan Malaysia telah berusaha membuat pelbagai pembaharuan dan strategi

baru bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pengangkutan awam supaya dapat

menarik minat masyarakat.

Perubahan demi perubahan telah berlaku mengikut peredaran zaman dan

semasa, dimana corak pengangkutan dan lalu lintas sentiasa berubah. Perkhidmatan

bas mini telah bertukar menjadi intrakota, kereta api beralih kepada sistem komuter,

monorel dan jenis perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT). Perkhidmatan

pengangkutan awam ini dikatakan sebagai salah satu alternatif bagi membantu dan

mengatasi masalah kesesakan lalulintas terutamanya di kawasan bandar-bandar.

Oleh itu, tahap penggunaan perkhidmatan ini seharusnya dipertingkatkan bagi

membantu mengurangkan kesesakan jalan raya serta kes kemalangan jalan raya.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau

sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan biasanya ia membawa dengan

jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki. Pengangkutan ini bertujuan bagi

memudahkan sistem perhubungan masyarakat sama ada di kota mahupun di desa.

Walaupun kebanyakan masyarakat mempunyai kenderaan sendiri, pengangkutan

awam masih menjadi pilihan utama bagi mereka yang berpendapatan rendah. Setiap

Page 23: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

3

tahun terdapat banyak aduan dari mereka yang menyatakan ketidakpuashatian

terhadap perkhidmatan dan pengurusan pengangkutan awam di Malaysia.

Faktor keselamatan merupakan masalah utama yang dihadapi oleh para

pengguna pengangkutan awam kerana terdapat segelintir pemandu bas terutamanya

tidak bersopan ketika memandu. Masyarakat sering kali mengadu mengenai

kerakusan pemandu bas di jalan raya khususnya setiap kali tiba musim perayaan

terutama Hari Raya Aidilfitri, tentunya isu kemalangan dan kematian di jalan raya

akan kembali menghiasi dada akhbar dan turut diperkatakan melalui media massa

elektronik. Manakala faktor kemalangan yang sering diperkatakan termasuklah

kecuaian pemandu, cuaca dan juga masalah kenderaan. Ketua Pengarah JPJ, Datuk

Solah Mat Hassan berkata, selain faktor pemandu dan kenderaan, keadaan jalan

adalah salah satu faktor utama berlaku kemalangan maut. (Sinar Harian, 26 Ogos

2010:11)

Selain itu, kos atau tambang yang agak mahal. Kadar tambang bagi

penumpang teksi dan LRT adalah dianggap mahal terutamanya bagi mereka yang

berpendapatan rendah. Kadar tambang bas juga akan naik secara mendadak apabila

tiba musim perayaan atau musim cuti sekolah. Menurut Haniza Hassan (08 Jun

2008), terdapat segelintir pengusaha bas ekspress di Terminal Bas Larkin menaikkan

tambang mereka melebihi 40 peratus dengan alasan kenaikan harga minyak.

Tindakan tersebut membebankan pengguna yang terpaksa membeli tiket yang mahal

itu kerana tidak mempunyai pilihan lain. Mingguan Malaysia juga difahamkan

terdapat penumpang yang membeli tiket untuk perjalanan sehala dari Johor Bahru ke

Kuala Lumpur dikenakan harga RM60 berbanding kadar biasa RM25. Bagi

pengguna yang menjadikan bas sebagai pengangkutan utama, mereka tidak

mempunyai pilihan lain selain terpaksa membeli tiket pada harga yang ditawarkan. (

Utusan Malaysia Online 08 Jun 2008 )

Selain itu, menurut Rasmi Abdullah (17 Jun 2010) rungutan penumpang

terhadap bas yang mereka naiki tiba atau berlepas lewat daripada waktu yang

dijadualkan memang sering kedengaran. Dalam kebanyakan kes seperti di Hentian

Page 24: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

4

Puduraya, kelewatan bas sering berpunca daripada kesesakan jalan yang menuju ke

hentian tersebut atau gangguan semasa dalam perjalanan.(Utusan Malaysia Online

17 Jun 2010 )

Menurut Faizah Izzani Zakaria (25 Jun 2010), masalah kesesakan jalan raya

terutama di bandar-bandar besar sentiasa menghantui penduduknya, sama ada di

negara ini atau di seluruh dunia. Walaupun terdapat pelbagai kemudahan

pengangkutan awam disediakan kerajaan tetapi jumlah mereka yang memandu di

jalan-jalan raya tidak pernah berkurangan. Keadaan ini berlaku di negara ini

terutama di bandar raya Kuala Lumpur kerana disebabkan pelbagai faktor seperti

tiadanya sistem perhubungan yang efisien antara pelbagai jenis pengangkutan awam,

perjalanan lambat disebabkan kesesakan, sikap penduduk yang sangat 'sayang'kan

kenderaan mereka dan sebagainya.(Utusan Malaysia Online 25 Jun 2010)

Menurut Mariatul Qatiah Zakaria (20 Mei 2010), bagi penumpang wanita ia

sudah tentu ia lebih mengazabkan, bukan sahaja perlu bersesak dan kadang-kadang

berebut-rebut dengan lelaki untuk masuk ke gerabak, tetapi terpaksa berhimpit-

himpit. Ada ketikanya disebabkan penumpang terlalu ramai penumpang wanita

dihimpit lelaki. Ia sampai ke tahap dada bersentuh dada dan belakang bergeselan.

Situasi itu cukup meruncing pada waktu puncak iaitu dari pukul 6.30 pagi hingga

9.00 pagi dan pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam. Dalam keadaan sesak dan

berhimpit-himpit itu ada pula insan-insan gatal mengambil kesempatan meraba

penumpang wanita yang tidak mampu berbuat apa-apa. Ini menyebabkan perjalanan

untuk pergi dan balik kerja cukup menyeksakan dan boleh menyebabkan trauma.

Selain gangguan seksual dalam keadaan sesak dan berhimpit itu penumpang wanita

juga terdedah kepada risiko jenayah ragut dan seluk saku Kalau diberi pilihan,

mereka tentunya tidak sanggup berhadapan dengan keadaan itu setiap hari. Bukan

tidak pernah mengalami insiden-insiden kurang menyenangkan seperti diraba,

mangsa seluk saku dan diragut, tetapi apa pilihan yang ada? Ini saja pengangkutan

yang mudah, cepat dan murah. (Utusan Malaysia Online 20 Mei 2010)

Page 25: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

5

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah berkaitan dengan perkhidmatan pengangkutan awam bukanlah

perkara yang baru. Setiap tahun kerajaan membuat kenyataan untuk memperbaiki

dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Tetapi tahun demi

tahun isu tersebut masih menjadi tanda tanya sama ada kerajaan serius dalam

menangani masalah tersebut ataupun ia merupakan sesuatu isu yang tiada jalan

penyelesaiannya. Sejauh mana kecekapan pengurusan perkhidmatan bas ini

dilaksanakan bagi menjamin kebajikan dan keselamatan pengguna.

Fokus utama kajian ini ialah mengenai perkhidmatan pengangkutan bas

ekspres iaitu bas jarak jauh, dimana pengguna selalu menghadapi masalah seperti

keselamatan, dan pengurusan. Ini kerana terdapat segelintir pemandu bersikap cuai,

tidak memikirkan keselamatan pengguna malah pihak syarikat mengambil

kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menaikkan tambang apabila tiba

musim perayaan atau cuti sekolah. Pengguna juga selalu berhadapan dengan

masalah pengurusan ketepatan masa untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Oleh sebab itu, penyelidik ingin membuat kajian berhubung pengangkutan

awam di Malaysia khusus bagi pengangkutan bas ekspres dengan memberi fokus

kepada persepsi, tahap kepuasan dan juga faktor penambahbaikan dari segi agama,

pengurusan dan penguatkuasaan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

i. Mengenalpasti persepsi pengguna terhadap perkhidmatan bas ekspres

ii. Mengenalpasti tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan bas

ekspres

iii. Mengenalpasti faktor penambahbaikan dari segi agama, pengurusan serta

penguatkuasaan.

Page 26: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

6

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang dikaji adalah seperti berikut :

i. Apakah persepsi pengguna terhadap perkhidmatan bas ekspres?

ii. Apakah tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan bas ekspres ?

iii. Apakah faktor penambahbaikan dari segi agama, pengurusan serta

penguatkuasaan ?

1.6 Kepentingan Kajian

i. Pihak Yang Bertanggungjawab

Pihak yang dimaksudkan ialah mereka yang bertanggungjawab

terhadap aspek keselamatan jalan raya seperti JKRJ, JPJ, SPAD dan

yang terlibat dalam menguruskan pengangkutan awam. Penyelidikan

ini diharap dapat membantu pihak berkenaan untuk membuat

penambahbaikan dalam menjamin keselamatan dan kepuasan

pengguna terhadap pengangkutan awam khususnya bas ekspres.

Selain itu, pihak yang bertanggungjawab dapat membuat penilaian

semula ke atas pengusaha syarikat bas sama ada mengikut piawaian

keselamatan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

ii. Pengusaha Syarikat Pengangkutan Bas Ekspres

Melalui penyelidikan ini, pengusaha syarikat pengangkutan bas

ekspres dapat membuat perancangan terhadap keselamatan pengguna

bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin dan kepuasan

pengguna semakin meningkat. Selain itu, ia dapat menjadi garis

panduan kepada syarikat-syarikat tertentu untuk membaiki sistem

pengurusan serta mutu perkhidmatan mereka.

Page 27: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

7

iii. Orang Awam

Dari hasil penyelidikan ini, orang awam dapat mengetahui betapa

pentingnya menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu

sistem pengangkutan harian mereka khusunya kawasan luar bandar.

Di samping itu, ia dapat membantu masyarakat dalam memenuhi

permintaan mereka terhadap tahap kualiti perkhidmatan bas.

iv. Pelajar IPT

Penyelidikan ini dapat membantu pelajar untuk membuat rujukan dan

analisa yang berkaitan dengan aspek pengangkutan awam khususnya

bas ekspres disamping menitikberatkan dengan ajaran yang telah

digariskan dalam Islam.

1.7 Batasan dan Skop Kajian

Kajian ini mempunyai batasan yang tertentu. Antaranya ialah :

i. Kajian ini dijalankan terhadap pengguna yang menggunakan

perkhidmatan bas ekspres iaitu bas jarak jauh

ii. Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia

(UTM),Skudai, Johor.

iii. Kajian ini dijalankan di Kolej 9 dan 10, UTM, Skudai dan

hanya dijalankan keatas pelajar tahun satu sahaja sesi

2010/2011. Pelajar tahun dua, tiga dan empat tidak termasuk

dalam penyelidikan ini.

iv. Jumlah responden adalah sebanyak 150 orang iaitu separuh

dari jumlah sebenar pelajar tahun satu di kolej 9 dan 10.

Skop kajian ini adalah untuk melihat persepsi pengguna perkhidmatan

pengangkutan awam di Malaysia khusus pengangkutan bas ekspres dengan

memfokuskan kepada persepsi, tahap kepuasan dan faktor penambahbaikan dari segi

agama, pengurusan dan penguatkuasaan.

Page 28: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

8

1.8 Definisi / Istilah

Istilah yang digunakan dalam penulisan ini adalah berhubung dengan istilah-

istilah yang spesifik berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Penggunaan istilah ini

adalah untuk mengelakkan dari memahami kajian dari persepsi yang berbeza seperti

mana yang dikehendaki dalam suatu kajian.

1.8.1 Perkhidmatan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000 : 674) perkhidmatan ialah perihal

berkhidmat (bertugas) atau kerja (usaha, kemudahan) untuk kebajikan, keperluan,

kepentingan orang ramai. Perkhidmatan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah

perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan untuk kegunaan orang ramai.

1.8.2 Pengangkutan Awam

Menurut Kamus Pelajar Bahasa Melayu Edisi Kedua (2008 : 29) menyatakan

bahawa pengangkutan awam bermaksud sistem pengangkutan bermotor seperti

teksi, bas dan keretapi yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu

dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. Pengangkutan awam yang

dimaksudkan disini ialah penyelidik ingin mengkaji perkhidmatan pengangkutan bas

yang hanya tertumpu untuk perkhidmatan jarak jauh sahaja iaitu bas ekspres bukan

perkhidmatan harian.

1.8.3 Malaysia

Menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003 : 1701) Malaysia

merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara, terdiri daripada tiga belas

buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan. Penyelidikan ini hanya memfokuskan

kepada pengguna di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Page 29: SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ... 2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan Jalan (Pindaan) ... Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan

9

1.9 Kesimpulan

Bab satu ini telah diterangkan mengenai pengenalan, latar belakang masalah,

pernyataan masalah, objektif kajian, kepentingan kajian, persoalan kajian, batasan

kajian dan kesimpulan.

Dalam bab ini kita dapat memahami apa yang sebenarnya hendak

dibincangkan dan dikaji oleh penyelidik. Hal ini dengan merujuk kepada pernyataan

masalah, objektif dan persoalan kajian. Melalui batasan kajian, penyelidik memberi

fokus kajian dengan terperinci.