noor suraya adnan_chapter 4.pdf

42
75 BAB IV ANALISIS DATA Perkara yang paling berguna dan utama mengenai prinsip ialah: sentiasa dapat dikorbankan demi mencapai kecocokan. The most useful thing about principle is that it can always be sacrificed to expediency (Somerset Maugham dipetik daripada Leech, 1997:19) 4.0 Mukadimah Data-data daripada surat-surat (warkah) lama diraja, kaya dengan maklumat linguistik. Bab ini akan membincangkan keputusan daripada analisis yang telah dijalankan terhadap sampel-sampel warkah tersebut. Walaupun terdapat begitu banyak keputusan yang menarik dapat ditemui dalam penyelidikan ini, namun penyelidik hanya akan mengemukakan keputusan kajian dari aspek yang telah dinyatakan dalam bab-bab sebelum ini sahaja. 4.1 Hasil Kajian Dalam kajian ini, penyelidik mendapati warkah sosial diraja kaya dengan perbendaharaan kata asing. Bagaimanapun tidak dinafikan, bahasa Melayu tetap menjadi tonggak penulisan warkah ini. Penyelidik telah menganalisis perubahan bahasa dari aspek perbendaharaan kata asing, khususnya melalui kata pembuka warkah, isi kandungan warkah dan kata penutup warkah. Penelitian tentang perkara

Upload: trinhkhanh

Post on 12-Jan-2017

287 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

75

BAB IV

ANALISIS DATA

Perkara yang paling berguna dan utama mengenai

prinsip ialah: sentiasa dapat dikorbankan demi

mencapai kecocokan.

The most useful thing about principle is that it can

always be sacrificed to expediency

(Somerset Maugham

dipetik daripada Leech, 1997:19)

4.0 Mukadimah

Data-data daripada surat-surat (warkah) lama diraja, kaya dengan maklumat

linguistik. Bab ini akan membincangkan keputusan daripada analisis yang telah

dijalankan terhadap sampel-sampel warkah tersebut. Walaupun terdapat begitu

banyak keputusan yang menarik dapat ditemui dalam penyelidikan ini, namun

penyelidik hanya akan mengemukakan keputusan kajian dari aspek yang telah

dinyatakan dalam bab-bab sebelum ini sahaja.

4.1 Hasil Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik mendapati warkah sosial diraja kaya dengan

perbendaharaan kata asing. Bagaimanapun tidak dinafikan, bahasa Melayu tetap

menjadi tonggak penulisan warkah ini. Penyelidik telah menganalisis perubahan

bahasa dari aspek perbendaharaan kata asing, khususnya melalui kata pembuka

warkah, isi kandungan warkah dan kata penutup warkah. Penelitian tentang perkara

Page 2: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

76

ini ditunjukkan oleh penyelidik dalam memperkatakan perubahannya dari aspek kata

pinjaman seperti dicatatkan dalam rajah-rajah di bab ini.

Sementara itu dalam aspek-aspek yang lain, penyelidik akan membuat perbandingan

secara terus berdasarkan contoh-contoh yang relevan. Seterusnya penyelidik akan

membuat rumusan secara menyeluruh dalam Bab V, dengan mengemukakan alasan-

alasan yang relevan.

Justeru dalam mencapai objektif penyelidikan, kajian ini akan meneliti dengan

mendalami perubahan-perubahan perbendaharaan kata pada sela tahun yang telah

ditetapkan dalam aspek-aspek berikut;

4.1.1 Kata sapaan

4.1.2 Kata lewah

4.1.3 Kata melampau

4.1.4 Kata halus

4.1.5 Kata kiasan/metafora

4.1.6 Kata pinjaman Arab/Parsi

4.1.7 Kata pinjaman Inggeris/Eropah

4.1.8 Kata pinjaman Siam

4.1.9 Kata pinjaman Sanskrit/Hindi/India

4.1.10 Kata arkaik (purba)

Page 3: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

77

Tidak dinafikan kosa kata dalam warkah sosial diraja bersifat unik dan istimewa

kerana tiada kaedah untuk menyekatnya daripada berubah ataupun kekal, kerana

sesungguhnya sultan/raja berkuasa dalam tindak-tanduk bahasanya. Tiada kuasa

untuk menolak atau merantai bahasa diraja ini. Lalu, benarkah masa yang merubah

bahasa? Atau kedudukan sosiopolitik sultan yang menentukan perubahan bahasa

persuratan baginda? Ada pelbagai jawapan untuk mengungkap persoalan ini.

Antaranya, perubahan bahasa dalam warkah sultan/raja sangat bergantung pada

kekuatan politik baginda. Hal ini merujuk sama ada baginda mampu mengekalkan

kedaulatan bahasa dan kebangsawanan bahasa baginda untuk mengekal

‘perbendaharaan kata istana’ daripada terus berubah. Sekiranya pengekalan bahasa

itu akan terus memantapkan institusi diraja dan kesinambungan kedaulatannya, jadi

untuk alasan apa pula bahasa diraja harus berubah! Apatah lagi sama ada bahasa

berubah ke depan atau ke belakang juga bergantung pada kehendak peribadi

raja/sultan tersebut. Bolehkah pernyataan ini dibuktikan? Untuk itu penyelidik akan

menjawab persoalan ini dengan menunjukkan perbezaan dan perubahan melalui rajah

yang telah diringkaskan dalam bahagian ini. Selain itu penyelidik akan memberikan

alasan-alasan kenapa hal demikian terjadi.

4.1.1 Kata Sapaan

Kata sapaan dalam warkah sosial diraja ialah frasa Arab yang digunakan sebelum

kata pembuka warkah yang berupa puji-pujian berlangsung. Dalam Warisan

Manuskrip Melayu, Abdul Razak Abdul Karim (2002:223) menandainya sebagai

Page 4: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

78

kepala surat. Menurut beliau lagi kepala surat (penyelidik menandainya sebagai, kata

sapaan) ini dapat ditulis dalam tiga cara iaitu menggunakan:

(a) nama Tuhan

(b) bentuk kiasan pada cakerawala seperti bulan, bintang dan matahari

(c) kepala-kepala surat yang lain

Hal ini dapat dirujuk dalam rajah perbandingan berikut:

Tahun 1786-1794 Tahun 1886-1894 Catatan

Sampel Kata Sapaan Sampel Kata Sapaan

L1 - tiada - H1 - tiada - Frasa Arab untuk

menunjukkan

kegagahan dan

keunggulan

sesebuah negeri

atau pemerintahan.

Kata sapaan tidak

digunakan

langsung dalam

surat-surat diraja

pada tahun 1886-

1894.

L2 Al-sham wa-al qamar H2 - tiada -

L3 Ya Fattah al-qulub H3 - tiada -

L4 Qawlul al- haqq wa

kalamah al-sidq

H4 - tiada -

L5 Al-sham wa-al-qamar

wa-al-nujum

H5 - tiada -

L6 Al-mustahaqq H6 - tiada -

Rajah 4.0 – Penggunaan Kata Sapaan Antara Surat-Surat Light (SSL) dengan

Surat-Surat Sultan Abdul Hamid (SSAH)

Bagaimanapun dalam kajian ini penyelidik akan mengklasifikasikan kepala surat

pada pembuka warkah ini sebagai kata sapaan. Penggunaan kata sapaan seperti ini

hanya wujud dalam warkah sosial diraja dan bukannya surat-surat biasa. Ini

bertujuan untuk menunjukkan kegagahan dan keunggulan sesebuah negeri atau

sesebuah pemerintahan ataupun kedekatan pemerintah itu kepada Tuhannya dan

Page 5: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

79

agamanya. Konsep khalifah telah digambarkan dengan jelas dalam warkah sosial

diraja apabila sultan/raja menggunakan kata sapaan begini dalam kata pembuka

warkah baginda. Misalnya, raja-raja atau sultan menggunakan perlambangan

‘matahari dan bulan’ (al-sham wa-al qamar) seperti yang ditunjukkan dalam L2 surat

daripada Sultan Selangor dan L5 (dengan tambahan kepada ‘bintang-bintang’) iaitu

surat daripada Sultan Terengganu. Selain itu penggunaan nama-nama Allah seperti

dalam sampel L3 (surat daripada Sultan Perak) iaitu Ya Fattah al-Qulub (Hai Yang

Membuka Segala Hati) juga digunakan sebagai kata sapaan ini. Ataupun sebagai

Qawlul al-haqq wa kalamah al-sidq yang diterjemahkan sebagai ‘Kata-katanya

Benar dan Ucapannya Tulus’ tulisan Sultan Johor-Pahang untuk warkahnya kepada

Francis Light.

Keunikan Surat-Surat Light 1786-1794 (yang ditandakan dengan simbol ‘L’) ialah

terletak pada penggunaan kata sapaan pada kata pembuka warkahnya. Hal ini dapat

dikesan dalam surat L2, L3, L4, L5 dan L6, sebagaimana yang tercatat dalam Rajah

4.0 tersebut. Bagaimanapun teknik begini tidak diguna pakai lagi dalam Surat-Surat

Sultan Abdul Hamid 1886-1894 (sila rujuk data-data pada label ‘H’). Selain itu juga

itu SSAH tidak terikat dengan puji-pujian untuk mengagungkan diri dan takhtanya

sendiri sebagaimana warkah raja-raja Melayu pada tahun 1786-1794 itu. Perubahan

bahasa dengan penghilangan kata sapaan yang ketara ini mungkin juga dapat

dikaitkan dengan kedudukan Kedah yang telah menjadi negeri naungan Siam pada

sekitar tahun 1821-1842. Sedangkan dalam Surat-Surat Light 1776-1794, sultan atau

raja mempunyai entiti dan kedaulatan mutlak apatah lagi pada ketika itu, Pulau

Page 6: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

80

Pinang sekadar disewakan kepada Inggeris oleh Kedah. Terma ‘disewakan’ jika

dibandingkan dengan terma ‘dijajah atau di bawah naungan’ telah memberi implikasi

yang besar dan berbeza pada perubahan perbendaharaan kata dalam penggunaan kata

sapaan ini.

Justeru, keutuhan sosiopolitik ini juga telah mempengaruhi penggunaan kata sapaan

untuk raja-raja menyapa ‘rakan dagangnya atau rakan sejawatnya’ dan bukan untuk

menyapa ‘musuh-politik atau penjajahnya’. Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas,

apabila ketiga-tiga pucuk warkah daripada Sultan Abdul Hamid (H1, H2 dan H3)

kepada Siam tidak menggunakan kata sapaan langsung. Malah tiada kata puji-pujian

pun daripada baginda untuk surat-surat kepada kerajaan Siam itu.

Kata sapaan juga sudah tidak digunakan dalam SSAH kepada Inggeris (sila rujuk,

H4, H5 dan H6) pada waktu itu. Namun begitu, tanpa menggunakan kata sapaan

pun, Sultan Abdul Hamid masih menulis kata puji-pujian untuk Residen dan Residen

Konsular itu pada kata pembukaan warkahnya. Hal ini tidak wujud dalam surat-surat

kepada wakil Siam. Dengan melihat enam surat tanpa kata-kata sapaan untuk

menunjukkan keagungan kerajaan, ini telah mengesahkan yang kata sapaan tidak

digunakan lagi pada waktu itu kerana faktor politik. Bagaimanapun kata sapaan ini

digunakan semula selepas negara mencapai kemerdekaan. Dengan merujuk petikan

kepada surat dari Istana Alam Shah, 27 November 1992, didapati kata sapaan

Qulahul-Haq menjadi kata pembuka balasan warkah Sultan Selangor kepada Sultan

Kedah (sila rujuk pada Bab II, di halaman 45).

Page 7: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

81

Pernyataan ini dapat disesuaikan dengan pendirian Yusoff Hashim (1988:176) yang

dipetik daripada Abdul Razak Abdul Karim (1998:129) iaitu, “...setelah Melaka

menjadi empayar, ia sangat berhati-hati menggunakan istilah-istilah... dalam warkah-

warkahnya untuk berhubung dengan negeri-negeri asing, sebab istilah-istilah ini

melambangkan kedudukan politik Melaka.” Sehubungan itu, ini salah satu alasan

kenapa kata sapaan dihilangkan sebagai kepala surat selepas sela seratus tahun

kemudian, dan kembali semula digunakan selepas Persekutuan Tanah Melayu (1957)

terbentuk.

4.1.2 Kata Lewah

Kata lewah wujud dalam warkah diraja dengan tujuan yang tersendiri. Pertama

untuk menunjukkan kemewahan berbahasa seseorang sultan/raja yang begitu luas

perbendaharaan katanya, dan dapat menggunakannya seluruh kata-katanya tanpa ada

sekatan. Selain itu, kata lewah dapat memberi kesan kepada penerima warkah akan

betapa indahnya susunan bahasa sultana. Ini kerana dalam menggunakan kata lewah,

secara tidak langsung baginda juga menggunakan kemahiran bahasa bertimbal.

Kecenderungan menggunakan kata lewah (berlebihan-lebihan) dalam surat-surat

kepada Light dapat dilihat pada petikan frasa berikut:

L1 – ada beta beri, ada beta taruh

L1 – putih hati tulus

L2 – hati yang putih jernih

L2 – negeri yang di barat dan negeri yang di timur

Page 8: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

82

L2 – bersahabat dulu hingga sampai sekarang juga

L4 – suci yang hati hening jernih itu

Selepas seratus tahun kemudian, didapati penggunaan kata lewah semakin

berkurangan dengan kadar yang banyak dan boleh juga disimpulkan semakin hilang

daripada perbendaharaan kata persuratan diraja. Ini dapat dibuktikan setelah enam

sampel kajian diteliti, penyelidik mendapati hanya surat H4 mengandungi perkataan

‘gharib-gharib’. Penggunaan kata ‘gharib-gharib’ ini datangnya daripada perkataan

Arab yang membawa maksud ‘aneh’ dan ini tidak perlu digandakan. Penggandaan

kata pada perkataan yang tidak wajar dianggap sebagai lewah. Tiada kata lewah

pada frasa-frasa yang lain.

4.1.3 Kata Melampau

Penggunaan kata melampau, didapati banyak digunakan dalam surat-surat kepada

Francis Light. Misalnya Gabenor Inggeris itu juga diberi jolokan ‘kekasih kita’ oleh

Sultan Mansur (L5). Begitu juga dengan kata jolokan lain untuk Francis Light dalam

surat yang sama sebagai ‘anak kita’. Selain itu Sultan Abdul Hamid juga

membuang kata ‘beta’ menggantikan dengan ‘saya’ dalam satu frasanya, “Saya tiada

memutus akan shahifah,” apabila baginda menulis surat kepada Residen Selangor

(H4). Walaupun penggunaan kata ‘saya’ bukannya sesuatu yang aneh, namun bagi

seorang raja yang berdaulat kedengarannya agak janggal. Penggunaan kata ‘kami’

atau ‘kita’ adalah lebih sesuai. Ini kerana dalam perbendaharaan kata Melayu, kata

‘saya’ datangnya dari kata akar ‘sahaya’ yang membawa maksud hamba. Justeru

Page 9: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

83

adalah tidak berpadanan jika baginda menggunakan perkataan itu untuk meraikan

atau merendahkan diri dengan William Edward Maxwell yang tidak setaraf dengan

baginda. Kemungkinan juga, penggunaan ‘saya’ ini adalah suatu kesilapan sewaktu

mentransliterasikan. Ini kerana dalam sampel H4, sejumlah 26 kali kata ‘beta’

muncul sebagai ganti nama untuk raja, dan perkataan ‘saya’ hanya ditemui sekali

sahaja.

Begitu juga perenggan berikut yang menggunakan kata melampau (ditandai dengan

huruf tebal) dan digabungkan dengan sedikit kata lewah (ditandai italik), iaitu:

barang disampaikan Tuhan seru sekalian alam apalah

kiranya pada Gurnadur yang memerintahkan tadbir

dalam negeri kota Pulau Pinang, yang arif bijaksana

pada jalan melakukan kesukaan dan muafakat serta

berkasih-kasihan yang tiada berhingga dan

berkeputusan antara kita kedua pihak ini akan

menjadi kebajikan (ma)s(y)rik dan magrib. (L3)

Kata melampau ini juga ditemui dalam surat Sultan Ibrahim dari Selangor kepada

Francis Light. Baginda mengklasifikasikan imam sebagai ‘padri’ (ejaan baku:

paderi) dalam frasa selengkapnya, “Padri kita bernama Haji Kasim....”

Menyamaratakan kedudukan ‘padri’ setaraf dengan ‘imam’ dianggap sebagai kata

yang melampau kerana raja telah menyalahgunakan perbendaharaan katanya untuk

menyesuaikan dirinya dengan kata Eropah itu. Padahal perkataan ini tidak perlu

digantikan kerana raja mempunyai perbendaharaan Melayu untuk menyatakannya

dalam bahasa ibundanya sendiri. Lebih-lebih lagi, sejak awal bahasa Melayu telah

digunakan secara menyeluruh untuk menulis warkah kepada Inggeris. Pengetahuan

Page 10: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

84

bahasa Melayu Francis Light tidak seharusnya diragui sehinggakan sultan perlu

menyamakan kata ‘padri’ sebagai ‘imam’, kerana ini jelas ia satu kesalahan dari

sudut semantik juga.

Kesimpulannya, dengan membandingkan Surat-Surat Light dengan Surat-Surat

Sultan Abdul Hamid didapati kata melampau berkurangan dengan kadar yang banyak

pada sela tahun 1886-1894 ataupun boleh dikatakan sudah tidak begitu menonjol

lagi.

4.1.4 Kata Halus

Bunga-bunga bahasa seperti peredaran atau perkitaran cakerawala terdapat dalam

kedua-dua zaman. Bagaimanapun dalam warkah Sultan Abdul Hamid, kata ini tidak

digunakan langsung untuk mengirim surat kepada Siam. Tiga daripada enam surat

yang dikaji dalam SSL menggunakan kata kunci ‘cakerawala’, ‘matahari’ dan

‘bulan’. Surat L2 menggunakan kata kunci yang sama tetapi disebut dalam bahasa

Arab pada kata sapaan. Sementara itu, dalam SSAH (sila rujuk H4 dan H6) juga

menggunakan bunga-bunga bahasa yang sama:

L4 – selagi ada peredaran cakrawala matahari dan bulan perkisaran malam

dan siang

L5 – selama ada cakerawala matahari dan bulan

L6 – selagi ada perkitaran cakrawala matahari dan bulan

H4 – selagi ada peredaran cekerawala matahari dan bulan

H6 – selagi ada peredaran cekerawala matahari dan bulan

Page 11: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

85

Walaupun penggunaan bunga bahasa ‘cakerawala matahari’ dan ‘bulan ini’, kurang

digunakan dalam surat Sultan Abdul Hamid, namun ini bukannya bermakna kata itu

sudah tidak popular dan akan ditinggalkan oleh si penulis surat. Seperti yang

dinyatakan sedari awal, Surat-Surat Sultan Abdul Hamid melalui proses tekanan

ekoran ‘penjajahan’ Siam (disebut naungan), ke atas Kedah, menjadikan kaedah

menulis surat beradat tidak dapat disempurnakan dengan baik seperti warkah-warkah

baginda sebelumnya.

Selain itu, SSL lebih banyak menggunakan bunga-bunga bahasa dan dalam maksud

dan maknanya berbanding dengan SSAH. Berikut adalah sebahagian daripada kosa

kata yang membentuk bunga-bunga bahasa dalam warkah sosial diraja. Hal ini sukar

ditemui dalam SSAH.

L2 – melayangkan sekeping kad

L4 – hanyalah berdoa daripada tiap2 hari malam dan siang

L5 – masygul hati serta kesusahan dengan percintaannya

L5 – beroleh sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya

L5 – ke negeri yang fana ke negeri yang baka

SSL lebih banyak menggunakan kata bertimbal untuk melahirkan impak pada

penggunaan bunga-bunga bahasa. SSAH kecuali H4, meninggalkan aspek bunga-

bunga bahasa ini. Penggunaan bunga-bunga bahasa ini, bertujuan untuk memperkaya

dan mengagungkan budaya surat beradat dalam Kesultanan Melayu.

Page 12: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

86

4.1.5 Kata Kiasan/Metafora

Kata kiasan lebih banyak digunakan dalam SSL berbanding SSAH. Sultan Abdul

Hamid lebih bersikap berterus terang dan terus kepada persoalan apabila menulis

surat kepada gabenor. Sesuatu yang indah untuk diperhatikan di sini ialah

penggunaan perlambangan negeri Perak sebagai seorang perempuan. Sultan Perak

cuba melahirkan perasaan tidak senang hati kepada campur tangan Inggeris dengan

memilih bahasa kiasan yang dalam maksudnya. Perhatikan dalam petikan (L3) ini:

Adapun akan negeri Perak ini adalah umpama

perempuan yang elok tetapi sungguhpun elok ada pula

lakinya, maka lakinya itu terlalu cemburu {n}nya.

Dalam pada itu pun ada pula orang berkehendak akan

perempuan itu, maka iaitu terlalu suka, tetapi lakinya

itu terlalu amat karas apalah dianya perempuan itu.

Maka negeri Perak pun demikian itulah, maka

hendaklah Gurnadur baik2 bicara, adapun yang karas

itu d q-nya pun di atas karas juga. Gurnadurlah yang

lebih tahu akan perintah itu.

Selain itu, bahasa kiasan juga digunakan oleh Sultan Terengganu (L5) untuk

menyatakan bahawa pemberiannya (kain) untuk Light dan Kapitan Scot sebagai, “

...tiadalah sepertinya umpama bunga setangkai juga.” Kerendahan hati raja

dinyatakan secara berkias dan indah sekali. Hal ini dapat disandarkan pada

penggunaan bahasa sangat cocok berdasarkan waktu warkah-warkah ini ditulis.

Penghujung abad ke-18, adalah waktu di mana sultan masih terikat dengan

kesusasteraan tradisi menjadikan bahasa diraja juga menjadi halus dan menarik serta

penuh dengan kiasannya.

Page 13: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

87

4.1.6 Kata Pinjaman Arab/Parsi

Peminjaman kosa kata atau frasa Arab/Parsi digunakan dengan meluas pada kata

pembuka warkah dalam SSL. Bagaimanapun peminjaman kata Arab/Parsi langsung

tidak digunakan sama sekali apabila Sultan Abdul Hamid menulis warkah kepada

Gabenor Siam. Keadaan ini demikian kerana Sultan Abdul Hamid ‘terpaksa’

menggunakan kata-kata daripada bahasa Siam dalam kata pembuka warkah baginda.

Malah sultan tidak juga dapat menggunakan namanya sendiri yang berbau pengaruh

Arab dan Parsi dalam perenggan pembuka warkah tersebut. Hal ini mungkin juga

dapat dikaitkan yang wakil Raja Siam sekadar orang kebanyakan dan sultan tidak

perlu berlebih-lebihan dalam memuji wakil tersebut dalam surat-menyuratnya.

Alasan yang kedua, Siam juga ingin menunjukkan ciri-ciri penjajah, ini membuat

sultan ‘tidak mahu merapatkan diri’ sebagaimana sikapnya yang lebih terbuka

apabila berutus surat dengan Gabenor/Pembesar Inggeris.

Sila rujuk sampel H1, H2 dan H3, seperti yang tertera dalam Rajah 4.1 untuk

perbincangan berikut:

Tahun 1786-1794 Tahun 1886-1894 Catatan

Sampel Kosa Kata/Frasa Sampel Kosa Kata/Frasa

L1 - tiada - H1 - tiada - Digunakan

dengan meluas

dalam kata

pembuka surat.

L2 warkat al-ikhlas,

hadrat, Darulkhusus,

masyhur dan miskin

H2 - tiada -

L3 Salam lillah ta’ala al-

dawam ma damat al-

layl wa-al-ayyam,

H3 - tiada -

Page 14: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

88

Tahun 1786-1794 Tahun 1886-1894 Catatan

Sampel Kosa Kata/Frasa Sampel Kosa Kata/Frasa

sayid al-anam, berkat,

doa, maulana,

Khalifah al-rahim,

berdaulat, zill Allah fi

al-alam, arif,

syahadan, (ma)s(y)rik

dan magrib

Sultan Abdul

Hamid tidak

menggunakan

kata pinjaman

Arab/Parsi

apabila menulis

kepada gabenor/penguasa

Siam.

Penggunaan

Gelaran dan

pengenalan

Sultan melalui

nama Arab/Parsi

baginda,

ditonjolkan secara

terang-terang dalam surat-surat

Sultan Abdul

Hamid (H3, H4,

H5) kepada

gabenor atau

residen.

L4 ikhlas, diwasilkan,

Hannan al-Mannan,

izzat, saadat, afiat, al-

mubarak, masyhur,

taulan, muafakat,

walafiat, saadat,

sultan, syahadan, dan

al-mubarak

H4 Warkatul ikhlas,

tahfadul Janas,

termaktub, taslim dan

tahshim, tahmitul

afkham, tahsitul azim,

walatuhim, ibni,

Almarhum,

Mukarram, Shah,

Darulaman,

diwasilkan, wajadal

ikramalla wajidil akzal

arashad, majlis, arif,

masyhur, uthan,

dimaklumkan,

baladan, gharib-gahrib

(gharib), ajiab, karib,

baaid dan wa baadah,

Page 15: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

89

Tahun 1786-1794 Tahun 1886-1894 Catatan

Sampel Kosa Kata/Frasa Sampel Kosa Kata/Frasa

L5 warkat al-ikhlas, fuad

al-zakiah, diwasilkan,

ibn, al-Marhum,

diwasilkan, Khaliq al-

alam, istikam

(istifham), syahadan,

afiat, arif, khayr dan

Allah

H5 ahwal dan faham

L6 ikhlas, dan masyhur H6 ikhlas, syak, ibni,

Almarhum, Mukarram

Shah, Darul Aman,

diwasilkan, arif,

mashyur, karib, baaid

dan wa baadaa

Rajah 4.1 – Penggunaan Kata Pinjaman Arab/Parsi dalam Kata Pembuka

Bagaimanapun kata pinjaman Arab/Parsi masih digunakan oleh sultan dalam sampel

H4 dan H6, apabila sultan dengan panjang lebar memuji sahabatnya dalam kata

pembuka. Hal ini demikian kerana, dalam sampel H4 misalnya, sultan menulis

dengan penuh emosi apabila mendapat tahu sahabat baginda, Tuan William Edward

Maxwell (Residen Selangor) mendapat kurniaan pangkat daripada Queen Victoria.

Dalam melahirkan perasaan dengan keindahan berbahasa, baginda sedar bahasa Arab

mempunyai kosa kata yang banyak dan cantik serta halus untuk mengungkap seluruh

perasaan terharu baginda itu. Hal ini dibuktikan lagi, dengan sampel H4 mempunyai

Page 16: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

90

dua kata pembuka warkah. Kosa kata Arab Parsi (huruf tebal dalam Rajah 4.2)

menguasai sebahagian besar kata puji-pujian.

SAMPEL KATA PEMBUKA

H4 Pujian-pujian 1

Warkatul ikhlas dan tahfadul Janas yang termaktub di dalam

taslim dan tahshim yang ditakrifkan dengan tahmitul afkham dan

tashitul azim kasih sayang yang sangat mesra serta suci hati bala ribu

walatuhim selagi ada peredaran cekerawala matahari dan bulan.

Daripada Beta Sultan Abdul Hamid ibni Almarhum Yang Dipertuan

Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah yang

memerintah Kerajaan Negeri Kedah Darulaman serta jajahan

takluknya.

Puji-pujian 2

Barang yang diwasilkan oleh Tuhan seru sekalian alam kiranya datang

ke hadapan wajadal ikramalla wajidil akzal arashad majlis Sahabat

Beta Tuan William Edward Maxwell C.M.G. Berhormat British

Residen Negeri Selangor serta sekalian jajahan takluknya yang sangat

arif bijaksana masyhur kepujian sampai kepada sekalian uthan dan

baladan yang sangat mahir mengaturkan perkataan yang gharib-

gharib dengan ibarat yang ajiab serta mesra berpatutan pula di atas

jalan berkasih-kasihan dan bertolong-tolongan pada sekalian sahabat

handai karib dan baaid wa baadah dari itu barang dimaklumkan jua

kiranya.

Rajah 4.2 – Kata Pembuka Warkah dalam Surat Sultan Abdul Hamid kepada

Residen Selangor, 2 Syaaban 1309

Ini menunjukkan sultan menguasai kata-kata dan bahasanya sama ada untuk berubah

atau mengekalkannya. Penggunaan gelaran dan pengenalan sultan melalui nama

Arab/Parsi, telah ditonjolkan dengan jelas lagi terang seperti dalam perenggan kata

Page 17: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

91

pembuka SSL (L2, L3, L4 dan L5) daripada raja-raja Melayu dan juga di perenggan

kata pembuka SSAH (H4, H5 dan H6) kepada Gabenor/Residen Inggeris. Dengan

merujuk kepada sampel H5, tidak dinafikan puji-pujian dalam kata-kata Arab/Parsi

pada pembukaan kata dilihat semakin berkurangan. Bagaimanapun ini tidak dapat

dijadikan kayu pengukur yang penggunaan bahasa Arab/Parsi semakin merosot.

Adalah lebih tepat jika dikatakan, sultan mempunyai kecenderungan untuk memilih

kata pinjaman yang lain, di luar kebiasaan warkah sosial diraja. Malah sudah wujud

suatu aliran pada sultan untuk menggunakan bulan Masihi dan tidak lagi bulan

Hijriah, sila rujuk petikan kata pembuka warkah H6 pada perenggan pembukaan

surat ini.

Ahwal maka adalah surat Sahabat Beta beri mari

kepada Beta yang tertulis kepada 30 haribulan Mei

1892 itu sudahlah sampai kepada Beta dengan

selamatnya dan fahamlah Beta segala yang tersebut di

dalamnya.

Keadaan ini bercanggah sekali dengan SSL (1786-1794) di mana sultan seolah-olah

melengah-lengahkan akan tujuannya menulis surat (kepada Francis Light) dengan

penggunaan pinjaman bahasa Arab yang banyak untuk memuji diri sendiri mahupun

memuji Francis Light. Sebagai memperjelas hal ini sila rujuk perkataan yang

berhuruf tebal hasil pinjaman frasa atau kosa kata Arab/Parsi seperti dalam contoh-

contoh berikut:

L2 – ...warkat yang ikhlas yang terbit daripada hati yang putih lagi jernih iaitu

daripada Maulana Sultan Ibrahim Raja...

L3 – Khalifah al-rahim johan berdaulat zill Allah fi al-alam yang di atas

Page 18: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

92

takhta...

L4 – ...barang diwasilkan Tuhan Hannan al-Mannan...

L5 – ...bahawa warkat al-ikhlas yang terbit daripada fuad al-zakiah...

Seterusnya, sila rujuk Rajah 4.3 untuk melihat penggunaan kata pinjaman Arab/Parsi

dalam isi kandungan warkah. Secara umumnya isi kandungan telah memperlihatkan

pengurangan penggunaan kosa kata Arab/Parsi dalam tahun 1886-1894. Dan yang

keduanya pula, apabila sultan menulis kepada Siam (rujuk H1, H2 dan H3), sultan

seolah-olah cuba meletakkan jarak antara mereka. Surat-surat baginda berbau formal

dan terus kepada persoalan yang ingin dikemukakan. Justeru dalam surat kepada

Siam, penggunaan kosa kata Arab hanya tertumpu pada tarikh sahaja, misalnya

penggunaan kata Sabtu, Muharam, Sanah dan Safar dalam sampel H1. Begitu juga

kata Sabtu, Safar dan Sanah (H2); serta Arba dan Rabiulakhir (H3). Sementara itu

kata pinjaman lazim yang sudah sebati dalam budaya persuratan diraja seperi kata

fasal, tamat, maklum, fikir dan rial masih digunakan.

Tahun 1786-1794 Tahun 1886-1894 Catatan

Sampel Kosa Kata/Frasa Sampel Kosa Kata/Frasa

L1 muafakat dan awal H1 ahwal, Sabtu, kurnia,

Muharam, Sanah,

kurnia, fasal, fikir,

maklum, dan

muafakat

Penggunaan

perkataan

Arab/Parsi dalam

isi kandungan

surat semakin kurang pada sela

tahun 1886-1894

ekoran daripada

pengaruh Inggeris

dan Siam.

L2 ammabada, ehwal,

ikhlas, dan haj

H2 ahwal, Sabtu, Safar,

kurnia dan Sanah

Page 19: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

93

Tahun 1786-1794 Tahun 1886-1894 Catatan

Sampel Kosa Kata/Frasa Sampel Kosa Kata/Frasa

L3 ehsan, dan intaha al-

kalam

H3 ahwal, Arbaa, rial dan

Rabiulakhir

Warkah kepada

Gabenor/Penguasa Siam hanya untuk

menyatakan

‘hari/tarikh’

tertentu sesuatu

peristiwa/perkara

masih

menggunakan kata

pinjaman

Arab/Parsi.

L4 wabadahu, istifham,

warkat al-ikhlas,

waad, takdir, Allah

taala, azzawajallalah,

masyhur, bada,

saudagar, dan rasul.

H4 ahwal, warkah,

termaktub, shahifah,

masyghul, maklum,

dan dikurniai

L5 wabadahu, mafhum,

rahmatullah, fana,

baka (baqa),

masyghul, saudagar,

syeikh, Syaaban,

Allah, insya-Allah,

inya-Allah taala,

Allah taala, bada, rial,

muafakat, wabada

rasul, hajat, rial,

ditakdirkan, ikhtiar

dan ehwal.

H5 pasal dan muafakat

L6 ehwal, wasil, alif,

sanat, rial, dan

Ramadan.

H6 ahwal, pasal (fasal),

dan faham

Rajah 4.3 – Penggunaan Kata Pinjaman Arab/Parsi dalam Isi Kandungan

Page 20: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

94

Penggunaan kosa kata Arab/Parsi yang digunakan pada sampel seratus tahun

kemudian (yakni, SSAH), ialah istilah atau perkataan yang sudah menjadi kebiasaan

dalam warkah-warkah sebelum ini, dan kosa kata ini telah pun menjadi sebati dalam

seni penulisan warkah diraja Melayu misalnya perkataan; muafakat, warkah, fasal

dan masyghul. Selain itu dapat dikesan juga frasa-frasa yang panjang dalam

Arab/Parsi sudah semakin berkurangan.

Adalah tidak dinafikan yang penggunaan kata-kata pinjaman Arab/Parsi ini

diminimumkan penggunaannya dengan menyembunyikan ‘maksud tersiratnya’

ketika sultan menulis surat kepada kerajaan Siam dan bukannya kepada Inggeris.

Hal ini dapat disaksikan, dalam sampel H3 misalnya, dalam perenggan ketiga sultan

menulis sebagai:

Perhamba pinta yang menjadi alam dipanjangkan umur dan ditambahkan

pangkat darjat pada Chukum pergi ke hadapan.

Sedangkan dalam surat baginda kepada Residen Inggeris dalam H4 pula, dinyatakan

sebagai:

Maka jikalau dikurniai Allah bila-bila waktu bolehlah berjumpa antara Beta

dengan Sahabat Beta lagi.

Perbandingan perubahan kata pinjaman Arab/Parsi ini boleh dilihat dalam dua

senario yang utama. Pertamanya, kata ‘ditambah’ untuk warkah kepada Siam,

digantikan dengan kata ‘dikurniai’ dalam surat kepada Inggeris, memperlihatkan

Page 21: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

95

sikap sultan terhadap Siam dan Inggeris sangat berbeza. Ini dapat disimpulkan

sebagai kata-kata Arab/Parsi hanya ditulis untuk ‘sahabat’ dan bukannya kepada

‘penjajah’. Keduanya, apabila diteliti penggunaan frasa ‘yang menjadi alam’ dengan

‘Allah’ pula, jelas betapa sultan lebih suka berterus-terang dengan Inggeris

berbanding dengan Siam. Kecenderungan ini menunjukkan sultan bagaikan

menyembunyikan nama ‘Allah’ daripada wakil Siam, tetapi dengan penuh berbangga

menunjukkan pegangannya agamanya kepada Inggeris.

Sikap ini sangat ketara, apabila kita mengkaji semula hubungan Kedah-Siam dengan

Kedah-Inggeris mengikut kaca mata sejarah. Harus difahami, Inggeris menduduki

Pulau Pinang (sebahagian dari Kedah) hanya untuk tujuan ekonomi (Buyong Adil,

1980). Sementara Siam berhasrat untuk menyebarkan agama Buddha di negeri

naungannya (Hall, 1955). Misi taat setia kepada Siam ini ditunjukkan dengan jelas

secara material dengan pengiriman ufti yang berupa bunga emas perak untuk

kerajaan Siam – sebagai ‘hadiah’ perlindungan – tetapi tidak melalui bahasa dalam

persuratan. Untuk memahami hal bunga emas perak ini, sampel H2 iaitu ‘Kepada

Raja Senggora Fasal Beri Tunku Hamid Bawa Emas’ boleh dijadikan rujukan

khusus. Sikap dan pendirian sultan tertulis dalam bahasanya yang sederhana

sehinggakan tiada satu perkataan Arab/Parsi (kecuali seperti lima kosa kata yang

tercatat dalam Rajah 4.3) digunakan untuk melahirkan emosi baginda.

Justeru dalam hal pengiriman warkah diraja ini juga, sultan dilihat mengambil sikap

penuh diplomasi untuk tidak menyebut kata-kata Arab/Parsi yang berbau agama

Page 22: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

96

Islam ketika berurusan dengan Siam. Selain itu, sultan menggunakan frasa seperti

‘yang menjadi alam’ untuk tidak bersekongkol dengan fahaman yang dianuti Siam,

berbanding pegangan agama baginda.

Dari ketiga-tiga sampel surat kepada Siam (H1, H2, H3), perkataan Allah tidak

tercatat di situ. Begitu juga dalam sampel H5 dan H6. Sedangkan kata Allah muncul

sebanyak 12 kali dalam sampel L2 sehingga L6. Sultan seolah-olah ‘menyimpan’

kata-kata Arab/Parsi untuk persahabatan yang lebih bermakna. Sultan juga membuat

justifikasi sendiri sama ada kata-kata Arab/Parsi yang cantik susunan bahasa dan

maknanya itu layak dipersembahkan kepada Siam. Justeru, kita dapat melihat

perubahan bahasa yang melibatkan penggunaan kata pinjaman Arab, hanya merosot

dalam warkah diraja untuk Siam tetapi tidak untuk Inggeris secara menyeluruh.

Tambahan pula begitu banyak kosa kata Arab/Parsi diserap pakai dalam tahun sela

tahun 1886-1894, kadang-kadang tanpa disedari perkataan yang digunakan itu

etimologi datang dari bahasa Timur Tengah tersebut.

Penggunaan perbendaharaan kata Arab/Parsi dalam komponen penutup untuk dua

belas surat diraja ini dapat diringkaskan seperti dalam Rajah 4.4 berikut:

Tahun 1786-1794 Tahun 1886-1894 Catatan

Sampel Kosa Kata/Frasa Sampel Kosa Kata/Frasa

L1 Jamadiawal dan tamat H1 Rabiulakahir dan

tamat

Frasa-frasa/kosa

kata Arab atau

Parsi untuk kata

penutup kurang

popular kecuali untuk pengesahan

tarikh surat itu.

Page 23: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

97

L2 Tammat al-kalam,

Jamadiakhir, sanat,

Isnin

H2 Ahad dan Safar

Penggunaan bulan

Inggeris sudah

mulai meresap

dalam surat-surat

diraja selepas

seratus tahun.

L3 Syawal, Isnin, sanat

dan loha (zuhur)

H3 Arbaa, Rabiulakhir,

Sanah (sanat) dan

tamat

L4 Tamat al-kalam,

warkat, sanat dan

Muharam

H4 Syakban dan tamat

L5 Tamat al-kalam,

Jamadilakhir, sanat

dan Jumaat

H5 Zulkaedah

L6 Khamis, Syawal,

sanat dan lif(alif)

H6 Zulkaedah dan tamat

Rajah 4.4 – Penggunaan Kata Pinjaman Arab/Parsi dalam Kata Penutup

Peristilahan tamat al-kalam yang digunakan dalam sampel L2, L3 dan L4 (dicatatkan

di baris terakhir sebelum kata penutup) bukan lagi sesuatu istilah yang popular, baik

pada SSL apatah lagi dalam SSAH. Sudah mula wujud kecenderungan yang bahasa

diraja ini, cuba meninggalkan tradisi yang dimulai sejak awal dengan meletakkan

kata penutup yang semakin ringkas dan bermaklumat. Sejak 400 tahun dahulu, surat-

surat raja-raja Melayu menggunakan bahasa yang agak serupa untuk bahagian

penutupnya yakni kosa kata Arab/Parsi menguasai perenggan penutup sepenuhnya,

terutama pada ‘hari’, ‘tarikh’ dan ‘tahun’.

Page 24: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

98

Sehubungan itu, dapatlah disimpulkan tiada perubahan yang ketara dalam memilih

kata pinjaman ini untuk kata penutup warkah sosial raja. Namun begitu, SSAH telah

memperlihatkan penutup yang lebih ringkas (dari segi penggunaan bahasa

Arab/Parsi) dengan meninggalkan istilah yang sering digunakannya seperti kata

‘sanah’ (terdapat dalam L2, L3 dan L4) yang membawa makna ‘tahun’ dalam bahasa

Melayu. Sedangkan dalam sampel H1 – H6, hanya dalam H3 sahaja perkataan

‘sanat’ muncul, itu pun dicatatkan sebagai ‘Sanah Melayu’ dan di luar kebiasaan

istilahnya disebutkan begitu. Penggunaan frasa ‘Sanah Melayu’ sekadar untuk

menegaskan yang sultan tetap ingin mempamerkan kesenangan baginda

menggunakan tarikh Melayu (sebenarnya Islam) di bahagian penutup untuk bersaing

dengan penguasaan Siam dalam menentukan pemilihan perkataan pada peringkat

awalnya. Bagaimanapun perkataan ‘sanat atau sanah’ ini tidak pula dicatatkan dalam

bahagian penutup SSAH kepada Gabenor Inggeris seperti dalam H4, H5 dan H6.

Sementara itu perkataan ‘tamat’ terus digunakan dengan kadar yang agak seimbang

dalam kedua-dua sela tahun tersebut. Bulan-bulan Islam tetap menjadi keutamaan

dalam bahagian penutup warkah sosial diraja, dan keadaan ini berterusan sehingga

kini.

4.1.7 Kata Pinjaman Inggeris/Eropah

Dengan merujuk kepada data-data L1 sehingga L6 dan H1 sehingga H6, boleh

dikatakan kosa kata Inggeris dan Eropah tidak pernah wujud dalam kata pembuka

Page 25: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

99

warkah diraja. Bagaimanapun penggunaan kata Inggeris pada perenggan pembuka

digunakan untuk menghormati penerima warkah dengan gelarannya sahaja.

Hal ini ditunjukkan dalam Rajah 4.5 berikut:

Tahun 1786-1794 Tahun 1886-1894 Catatan

Sampel Kosa Kata Sampel Kosa Kata

L1 Gurnadur H1 - tiada - Kata-kata

Inggeris/Eropah

tidak mampu

menguasai dalam

kata pembuka

L2 Gurbernadur,

Kompeni Inggeris

H2 - tiada -

L3 Gurnadur H3 - tiada -

L4 Senyur Gurnadur H4 - tiada -

L5 Gurnadur H5 Residen

L6 Gurnadur H6 Residen Konsular

Rajah 4.5 – Penggunaan Kata Pinjaman Inggeris/Eropah dalam Kata Pembuka

Justeru penggunaan kata gelaran ‘Gurnadur’ atau Gurbernadur (iaitu Gabenor) dalam

L1-L6 adalah sekadar panggilan hormat untuk menyapa Francis Light. Penambahan

‘Senyur’ (dalam bahasa Portugis) yang membawa maksud ‘encik’ juga tidak

memberi apa-apa pengertian yang lebih luas dalam hal ini. Oleh itu, keadaan ini

tidak menunjukkan yang pada peringkat permulaan warkah, bahasa diraja telah

dipengaruhi bahasa Inggeris. Kesimpulannya, tiada sebarang perubahan bahasa

dalam komponen kata pembuka warkah ini yang menunjukkan peningkatan

penggunaan bahasa Inggeris. Kata pembuka warkah diraja bersifat statik dari sela

tahun 1786-1794 dan begitu juga seratus tahun kemudian, dari mana-mana pengaruh

Page 26: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

100

bahasa luar kecuali pengaruh bahasa Arab/Parsi dan Siam (akan diterangkan lebih

lanjut).

Beralih kepada isi kandungan pula, penyelidik mendapati sedikit keunikan dan juga

keanehan berlaku dalam SSAH. Walaupun waktu telah berubah sehingga seratus

tahun, dan sepatutnya bahasa persuratan diraja ‘boleh’ dipengaruhi oleh Inggeris,

kerana selepas pembahagian Asia Tenggara kepada dua kuasa besar – ekoran

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Hall, 1955) – secara teorinya sudah pasti bahasa

Inggeris akan menguasai banyak perubahan perbendaharaan kata dalam isi

kandungan surat-surat diraja ini. Apatah lagi kenyataan ini diperkuat lagi dengan

kenyataan Holmes yang bahasa disebarkan daripada kumpulan kepada kumpulan.

Menurut Holmes (2001:200): linguistic changes infiltrate groups from the speech of

people on the margins between social or regional groups – via the ‘middle’ people

who have contact in more than one group. These people seem to act as linguistic

stockbrokers or entrepreneurs.

Dalam hal ini siapa yang lebih dekat dengan Inggeris? Dan siapa pula yang

sepatutnya menjadi ‘broker saham’ (stockbrokers) bahasa atau ‘usahawan’

(entrepreneurs) bahasa kalau tidak sultan yang begitu rapat dan dekat dengan

Inggeris, dan tambahan pula Sultan Abdul Hamid sendiri mendapat pendidikan dari

Barat. Namun hal begini tidak terjadi. Sultan masih mengekalkan tradisi penulisan

warkah mengikut ‘cara’ dirajanya yang tersendiri. Oleh yang demikian perubahan

Page 27: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

101

bahasa dengan menggunakan entri-entri Inggeris tidak begitu memberangsangkan

walaupun wujud sedikit kecenderungan ke arah perubahan itu.

Setelah meneliti Surat-Surat Sultan Abdul Hamid; penyelidik mendapati seolah-olah

SSAH terbahagi kepada dua pengaruh bahasa dalam isi kandungan. Sampel-sampel

H1, H2 dan H3, dipengaruhi kosa kata Siam. Sementara sampel-sampel H4, H5 dan

H6 terdapat sedikit Inggeris. Sultan seakan-akan menggunakan code switching

apabila menulis kepada Gabenor Siam dan kemudiannya apabila menulis kepada

Inggeris pula, sultan menggunakan ‘nada’ yang tidak sama. Selain itu surat baginda

pula bercampur dengan banyak peristilahan bahasa Siam seakan-akan wujudnya code

mixing. Hal ini akan dibincangkan dengan terperinci dalam 4.1.4. Perlu ditegaskan

sekali lagi yang bahasa Inggeris/Eropah tidak begitu banyak mempengaruhi

penulisan SSAH, kecuali pada perkara yang tiada dalam bahasa Melayu, misalnya

kata waran dan gabenor yang telah dimelayukan sepenuhnya.

Kata pinjaman Inggeris/Eropah dalam isi kandungan dapat dirujuk dalam Rajah 4.6

berikut:

Tahun 1786-1794 Tahun 1886-1894 Catatan

Sampel Kosa Kata Sampel Kosa Kata

L1 jeneral, loji dan

kompeni

H1 Government Inggeris Kata pinjaman

Inggeris/Eropah

menggunakan dua

kaedah;

(a)pinjaman lazim, (b)pinjaman tetap

L2 padri, dan kompeni H2 - tiada -

L3 gurnadur H3 Eropah, konsul

Page 28: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

102

Tahun 1786-1794 Tahun 1886-1894 Catatan

Sampel Kosa Kata Sampel Kosa Kata

L4 Senyur Gurnadur,

jeneral, komandan,

Inggeris, Kompeni

Welanda

H4 residen, Februari, Her

Majesty Queen

Penggunaan kata

sastera

lama/arkaik

(purba) iaitu

petur� digantikan

dengan (penolong)

residen

L5 mister H5 gabenor, Konsul

Engineer, Straits

Settlement

L6 kompeni, AD H6 Residen Konsular,

Mei, dan waran

Rajah 4.6 – Penggunaan Kata Pinjaman Inggeris/Eropah dalam Isi Kandungan

Penggunaan bahasa Inggeris/Eropah lebih tertumpu pada kata gelaran ataupun nama

khas tertentu. Walaupun begitu, tidak dinafikan kata pinjaman ini memberi kesan

kepada perubahan bahasa SSAH dalam tahun 1886-1894. Perubahan yang paling

ketara sekali ialah, istilah ‘gurnadur’ yang disebut dan dieja sebagai ‘gabenor’ telah

digunakan untuk disesuaikan dengan lidah Melayu. Perkataan ini adalah contoh

pinjaman lazim yang kekal sehingga kini, sebagai kosa kata bahasa Melayu dan

diterima pakai sebagai bahasa baku.

Kebanyakan perkataan-perkataan Inggeris/Eropah ditukarkan menjadi bahasa Melayu

sepenuhnya melalui proses peminjaman ini. Dengan merujuk kepada data-data SSL

dan SSAH, berikut adalah antara kosa kata Inggeris yang telah diserap guna

sepenuhnya (sebelum ditukarkan secara rasmi kepada Sistem Ejaan Melayu 1972):

Page 29: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

103

company � kompeni, general � jeneral, English � Inggeris,

priest/padre � padri (paderi), commandant � komandan, Europe �

Eropah, counsel � konsul, governor � gurnadur (gabenor), dan

warrant � waran

Surat-Surat Light ditutup dengan ringkas dengan mencatatkan tarikh warkah tersebut

ditulis. Surat-Surat Sultan Abdul Hamid juga menggunakan kaedah yang sama,

kecuali penggunaan kata ‘tamat’ sebagai penutup ayat. Kata ‘tamat’ menjadi seal

kepada warkah Sultan Abdul Hamid. Hal ini ditunjukkan dalam H1, H3, H4, dan

H6. Sedangkan dalam Surat-Surat Light, istilah ’tamat al-kalam’ yang diambil

daripada bahasa Arab digunakan sebagai penutup warkah dalam sampel L2, L4 dan

L5. Walaupun begitu istilah ini belum menjadi seal warkah, kerana masih ada

beberapa perkataan ditulis sebelum surat ditamatkan. Penggunaan kata ‘tamat’

sebagai seal juga ditemui pada surat L1 dan H6.

Bagaimanapun telah wujudnya keinginan untuk memanjangkan penutup dengan kata-kata

lain, misalnya seperti yang dikesan dalam H2, H3, H4. Selain berbasa-basi, penggunaan kata

‘tabik’ yang makna konotatif daripada perlakuan Inggeris digunakan sebagai bahasa

persuratan. Misalnya, pengulang ayat ‘Tiadalah lain-lain lagi hanya berbanyak-banyak

tabik Beta kepada Sahabat Beta’ digunakan dalam H4, H5 dan H6. Frasa/Ayat begini tidak

digunakan sama sekali dalam surat kepada kerajaan Siam. Selain itu, perkataan ‘tabik’ ini

tidak wujud dalam penutup SSL 1786-1784. Perubahan bahasa ini dipengaruhi budaya

Inggeris yang menyerap dalam kalangan raja-raja Melayu ketika itu; kata ‘tabik’ itu kalau

masa kini digantikan dengan kata ‘angkat topi’ dan sepatutnya tidak digunakan dalam bahasa

persuratan. Penggunaan kata ‘tabik’ (dieja tabek) digunakan sekali dalam sampel L1 di

perenggan isi kandungan (I): Maka pada surat beta dahulu pun sudah beta nyatakan,

Page 30: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

104

jika tiada kesukaan pada Jenderal seperti kehendak beta sudah beta pinta tabek,

tiadalah beta suka. Bagaimanapun penggunaan kata ‘tabik’ pada teks isi kandungan

tidak sama maksud semantik dengan ‘tabik’ pada kata penutup.

4.1.8 Kata Pinjaman Siam

Secara umumnya warkah Sultan Abdul Hamid terbahagi kepada dua fasa yang sangat

jelas. Pertama walaupun warkah tersebut ditulis pada tempoh dan zaman yang sama,

namun wujudnya perbezaan ‘nada’ dan perbendaharaan kata (apatah lagi dari sudut

semantiknya) antara SSAH kepada Siam berbanding SSAH kepada Inggeris.

Apabila merujuk bahasa yang digunakan dalam H1, H2 dan H3 (iaitu, SSAH kepada

Siam) dengan sampel H4, H5 dan H6 (iaitu SSAH kepada Inggeris), didapati sultan

lebih santai menulis kepada Kerajaan Inggeris berbanding kerajaan Siam. Ketika

menulis kepada wakil Kerajaan Inggeris, baginda menggunakan kata pembuka surat

yang panjang lebar dengan memuji diri sendiri dan memuji penerima suratnya

dengan panjang lebar juga.

Sedangkan dalam sampel H1, H2 dan H3, baginda bukan sahaja tidak boleh memuji

diri sendiri malah ‘terpaksa’ menggunakan gelaran yang telah diberikan oleh

kerajaan Siam kepada pemerintah di bawah naungan Siam. Seolah-olah telah wujud

suatu ‘kasta’ antara bahasa yang memerintah dengan ‘raja’ yang diperintah. Secara

rasmi telah wujud format pembuka kata yang seragam antara warkah kepada Siam

berbanding warkah kepada pihak yang lain. Permulaan kata seperti, ‘Perhamba

Phya Reti Songkram Ramphakdi Sri Sultan Muhammad Ratana Rajmutin Trasurin

Page 31: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

105

Troyongse...’ digunakan bukan sahaja di Kedah, juga di negeri-negeri naungan Siam

yang lain iaitu, Kelantan dan Terengganu. Bagaimanapun untuk negeri Kedah

tambahan kata ‘Phya Ceraiburi’ pada penghujung ayat itu sekadar membezakan

negeri sahaja. Perkataan ‘Ceraiburi’ adalah nama bagi negeri Kedah mengikut

peristilahan Siam. Sepatutnya, sultan menggunakan kata ‘Saiburi’ (seperti yang

ditetapkan oleh Siam) iaitu yang bermakna negeri-negeri yang terpisah (Wan

Shamsudin, 2002) dalam surat-menyurat baginda. Bagaimanapun Sultan Abdul

Hamid cuba mempertahankan kedaulatannya melalui kata ‘Ceraiburi’ yang bermakna

Negeri Jerai (bersempena nama gunung tertinggi di Kedah). Bagaimanapun

mengikut sejarahnya (Wan Shamsudin, 2002), Siam berjaya juga memaksa sultan

menggunakan istilah ‘Saiburi’ pada surat-menyurat selepas pendudukan Siam kali

kedua (1943-1945) semasa Perang Dunia Kedua.

Kesan daripada tekanan politik sebenarnya telah membawa perubahan bahasa dalam

surat-menyurat diraja ini. Walaupun sela tahunnya sama tetapi apabila berbeza

penerimanya (dari segi hubungan sosiopolitik), bahasa boleh juga berubah. Sampel

H1, H2 dan H3 adalah surat Sultan Abdul Hamid kepada kerajaan Siam, sedangkan

H4, H5 dan H6 penerimanya ialah wakil-wakil Inggeris. Teliti perbezaan kata

pembuka surat pada Rajah 4.7 (akibat tekanan politik) dan bandingkan pula dengan

Rajah 4.8. Sikap Sultan Abdul Hamid dapat dikesan pada perubahan bahasa yang

tercatat dalam warkah tersebut dan juga keseluruhan isi suratnya. Bagaimanapun

dalam perenggan pembukaan ini, penggunaan istilah-istilah Siam sekadar untuk

memperkenalkan penulis surat dan penerima surat sahaja. Tiada sepatah kata puji-

Page 32: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

106

pujian pun dipilih dan digunakan sebagaimana kebiasaan warkah sultan kepada

Gabenor Inggeris.

SAMPEL KATA PEMBUKA

H1 Perhamba Phya Reti Songkram Ramphakdi Sri Sultan Muhammad

Ratana Rajmutin Trasurin Troyongse Phya Ceraiburi. Maklum mari

pada Chukun Phya Monthri Suriwong Damrong Reti Hamtat Mutia

Tebodi Chola Kechi Martatun Setapon Peria ganti Semuhak Phrak

Kalahom.

H2 Perhamba Phaya Reti Songkram Ramphakdi Sri Sultan Muhammad

Ratana Rajmutin Tersurin Troyongse Phaya Cheraiburi. Mari sampai

pada Chukun Phaya Wicham Kehiri Si Sumut Wisut Ti Sakda Maha

Pichi Songkram Ramphakdi Opi Piri Yura Serom Tahni yang

menyelesaikan pekerjaan Negeri Senggora.

H3 Perhamba Phya Reti Songkram Ramphakdi Sri Sultan Muhammad

Ratana Rajmutin Tersurin Troyongse Phaya Cheraiburi. Mari sampai

pada ChukunWicham Kiri Si Sumut Wisut Ti Sakda Maha Pechi

Songkram Ramphakdi Opi Piri Yurakom Pehuk yang menyelesaikan

pekerjaan Negeri Senggora ketahui.

Rajah 4.7 – Pembuka Kata dalam Warkah kepada Wakil Siam

Page 33: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

107

SAMPEL KATA PEMBUKA

H4 Puji-pujian 1

Warkatul ikhlas dan tahfadul Janas yang termaktub di dalam taslim dan

tahshim yang ditakrifkan dengan tahmitul afkham dan tashitul azim

kasih sayang yang sangat mesra serta suci hati bala ribu walatuhim

selagi ada peredaran cekerawala matahari dan bulan. Daripada Beta

Sultan Abdul Hamid ibni Almarhum Yang Dipertuan Paduka Seri

Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah yang memerintah Kerajaan

Negeri Kedah Darulaman serta jajahan takluknya.

Puji-pujian 2

Barang yang diwasilkan oleh Tuhan seru sekalian alam kiranya datang

ke hadapan wajadal ikramalla wajidil akzal arashad majlis Sahabat

Beta Tuan William Edward Maxwell C.M.G. Berhormat British

Residen Negeri Selangor serta sekalian jajahan takluknya yang sangat

arif bijaksana masyhur kepujian sampai kepada sekalian uthan dan

baladan yang sangat mahir mengaturkan perkataan yang gharib-gharib

dengan ibarat yang ajiab serta mesra berpatutan pula di atas jalan

berkasih-kasihan dan bertolong-tolongan pada sekalian sahabat handai

karib dan baaid wa baadah dari itu barang dimaklumkan jua kiranya.

H5 Ahwal maka adalah surat Sahabat Beta beri mari kepada Beta yang

tertulis kepada 30 haribulan Mei 1892 itu sudahlah sampai kepada Beta

dengan selamatnya dan fahamlah Beta segala yang tersebut di

dalamnya.

H6 Puji-pujian 1

Surat tulus ikhlas kasih sayang serta sangat mesra yang tiada menaruh

syak dan berkesudahan selagi ada peredaran cekerawala matahari dan

bulan iaitu daripada Beta Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni

Almarhum Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah yang

memerintah Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Page 34: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

108

SAMPEL KATA PEMBUKA

Puji-pujian 2

Barang yang diwasilkan oleh Tuhan seru sekalian alam apalah kiranya

datang ke hadapan majlis Sahabat Beta Tuan Berhormat Henry Truter

yang memangku pekerjaan Residen Konsular pada masa ini di dalam

Bandar Pulau Pinang serta segala takluk jajahannya yang sangat arif

bijaksana gah mashyur kepujian sampai ke mana-mana serta sangat

pandai melakukan jalan berkasih kasihan dan bertolong-tolongan pada

sekalian sahabat handai karib dan baaid wa baadah dari itu barang

dimaklumkan Sahabat Beta.

Rajah 4.8 – Pembuka Kata dalam Warkah kepada Wakil Inggeris

Perubahan bahasa yang ketara pada kata pembuka surat ini dapat dihubung kait

dengan kedudukan atau status raja, yang tidak sama ketika baginda menulis kepada

wakil Siam berbanding dengan wakil Inggeris. Memandangkan ketika itu Kedah di

bawah naungan Siam, ini bermakna raja tidak dapat menggunakan kata ganti nama

‘beta’, sebaliknya baginda hanya dapat membahasakan dirinya sebagai ‘Perhamba’

sahaja.

Perbendaharaan kata Melayu itu menjurus ke arah pengiktirafan kedaulatan Siam

ekoran Kedah berada dalam naungan Siam. Kata ‘perhamba’ berakar kata daripada

perkataan ‘hamba’. Penulisan kata ganti diri ini tentu sahaja membuat sultan berasa

tidak selesa. Inilah yang mendorong nada sultan dalam isi kandungan surat H1, H2

dan H3 lebih formal dan terus kepada persoalan yang ingin ditanyai atau

dimaklumkan sahaja. Sebaliknya, sultan dengan senang hati menulis dengan tulus

ikhlas apabila bersahabat dengan Inggeris. Inilah yang merubah kosa kata bahasa

Page 35: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

109

persuratan diraja. Justeru, apabila ‘terpaksa’ menulis kepada wakil (atau Gabenor

Wilayah) Siam, sultan seperti terpaksa merendahkan diri dengan menggunakan kosa

kata/frasa berikut:

H 1 – jemala ubun-ubun Perhamba

H2 – ampun kurnia atas ubun-ubun

H2 – menaruh harap dengan belas kasihan Chukun kepada Perhamba

H2 – Surat ini boleh di tulis jadi huruf Siam sepucuk, Melayu sepucuk

Keterpaksaan ketika menulis surat kepada Siam dapat diperhatikan juga dalam ‘puji-

pujian’ ini: Perhamba minta yang menjadikan alam dipanjangkan umur dan

ditambahkan darjat pada Chukun pergi ke hadapan (H2). Sedangkan dalam warkah

kepada Inggeris baginda tidak perlu merendahkan diri dengan menggunakan ayat-

ayat begini. Baginda dengan kekuasaan bahasa istana, dalam keadaan ini nampaknya

tidak mampu untuk melawan kedudukan ‘bahasa’ Siam yang lebih dominan. Justeru

dalam hal ini, dapat disimpulkan bahawa, walaupun sultan dapat ‘mengawal’ dan

‘memilih’ bahasa baginda, namun terdapat pemboleh ubah yang menghalang

‘kekuasaan berbahasa’ yang baginda miliki.

Rajah 4.9 berikut menunjukkan sebahagian peristilahan Siam yang digunakan dalam

SSAH kepada Gabenor Wilayah Siam:

Bil Perkataan Siam Terjemahan

1. Ceraiburi Negeri Cerai atau Kedah

2. Negeri Senggora Negeri Siam

Page 36: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

110

Bil Perkataan Siam Terjemahan

3. Singhakhom Ogos (bulan lapan)

4. Phya Pemerintah (Raja)

5. Phrak Kalahom Menteri Terkanan/Luar/Pertahanan

6. Chukun

Gelaran untuk wakil Raja Siam (Gabenor

Wilayah)

7. Perhamba

Ganti nama sultan apabila membahasakan

diri kepada pemerintah Siam

8. Nai Gelaran isteri kepada Chukun

9. Krongtib Maha Nakorn Bangkok, Bandar Maha Bahagia

10. Tersuk Tahun

Rajah 4.9 – Kosa Kata/Frasa Siam dan Terjemahan ke Bahasa Melayu

Sumber: Terjemahan ini dijalankan dengan bantuan Dato’ Haji Wan Shamsudin

Mohd Yusuf

Selain itu, kosa kata/frasa Siam juga digunakan dalam mencatatkan tarikh, misalnya,

25 Singhakom Ratana Kusin Tersuk 109 (H1) dan 27 Singhakom Ratana Kosin

Tersuk 110 (H2) digunakan secara meluas. Selain itu pada bahagian penutup sampel

H2, yang berbunyi: Surat ini boleh tulis jadi huruf Siam sepucuk, Melayu sepucuk

telah menunjukkan kekuasaan politik Siam dalam mempengaruhi lenggok persuratan

Sultan Abdul Hamid. Ayat yang seakan-akan sama ini juga digunakan dalam

perenggan penutup sampel H1 dan H3. Penulisan dua pucuk surat yang berbeza

bahasa dan tulisan ini menunjukkan betapa Siam telah berjaya memaksa sultan

menulis (atau menterjemah) warkah ke dalam bahasa Siam. Hal yang sebegini tidak

wujud dalam hubungan baginda dengan Inggeris.

Page 37: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

111

4.1.9 Kata Pinjaman Sanskrit/Hindi/Tamil

Penggunaan kata pinjaman kelompok ini semakin berkurangan dalam tahun 1886-

1894. Didapati kata ini berkurangan sehingga separuh dalam SSAH, berbanding

SSL. Kosa kata ini digunakan dalam kata pembuka, khusus, penggunaan kata

‘cakerawala’ yang ditemui dalam L4, L6, H4 dan H6. Selain itu perkataan ‘beta’

digunakan dalam sampel L1, L6, H4, H5, dan H6.

Sila rujuk Rajah 4.10 untuk melihat taburan penggunaan kata pinjaman Sanskrit/

Hindu/ Tamil dalam isi kandungan warkah:

Tahun 1786-1794 Tahun 1886-1894 Catatan

Sampel Kosa Kata Sampel Kosa Kata

L1 kapal, laksamana, dan

beta

H1 hari, dan harta Penggunaan kosa

kata ini

berkurangan

separuh dalam

warkah sultan/raja L2 kepala, raja, dan

negeri

H2 hari, emas, kepala, dan

kapal

L3 raja, dan negeri H3 hari

L4 raja, negeri, dan hasta H4 beta

L5 kapal, bahasa, negeri,

bedil, harta, dan emas

H5 beta

L6 laksa dan beta H6 kepala, dan beta

Rajah 4.10 – Perbandingan Penggunaan Kata Pinjaman Sanskrit/Hindi/Tamil

dalam Isi Kandungan

Kosa kata ini meresap masuk ke dalam bahasa Melayu sehinggakan agak sukar untuk

dikenal pasti akar umbinya. Misalnya perkataan ‘laksa’ masih lagi diklasifikasikan

Page 38: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

112

sebagai asal bahasa Sanskrit dan pada masa yang sama diterima pakai sebagai bahasa

arkaik (bahasa purba).

4.1.10 Kata Arkaik

Kata arkaik atau kata purba lebih banyak digunakan dalam SSL berbanding SSAH.

Antara perkataan yang boleh dikenal pasti dalam sampel-sampel ini ialah kata ‘petur’

(penolong residen), ‘masyrik’ (timur), ‘laksa’ (bilangan sepuluh ribu), ‘kapitan’

(ketua kaum), ‘pinta’ (minta), darjat dan ‘apiun’ (candu). Secara beransur-ansur

warkah sosial raja meninggalkan kebiasaan penggunaan bahasa arkaik ini. Ini dapat

dilihat, cuma sepuluh kata arkaik yang ditemui dalam Surat-Surat Light. Sementara

itu jumlah ini berkurangan dengan banyak, sehinggakan hanya satu sahaja yang

ditemui dalam Surat-Surat Sultan Abdul Hamid.

Sebenarnya telah wujud kecenderungan untuk menukar istilah arkaik ini kepada

perkataan yang lebih pasti maksudnya atau lebih moden dalam era 1886-1894 ini.

Misalnya, apabila sultan ingin berkata tentang jumlah bilangan dan mata wang, kata

‘laksa’ tidak praktikal untuk digunakan. Justeru dalam SSAH angka sebenar

dinyatakan dengan jelas. Selain itu, penggunaan kata ‘kapitan’ juga digantikan

dengan ‘kapten’ pada awal abad ke-20. Perkataan captain akhirnya diserap guna

sebagai kata pinjaman lazim, dan istilah ‘kapitan’ yang membawa maksud berbeza

dari sudut semantik dengan ‘kapten’ beransur hilang. Kini perkataan ‘kapitan’

sekadar tercatat dalam buku sejarah sahaja, atau nama-nama jalan sahaja. Sebagai

contohnya, Yap Ah Loy seorang Kapitan Cina atau Jalan Kapitan Keling (di Pulau

Page 39: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

113

Pinang). Begitu juga dengan perkataan ‘petur’ yakni kosa kata asal bahasa Melayu

untuk maksud pembantu residen ditukar menjadi ‘Pembantu Residen’ apabila Sistem

Residen dimulakan di Tanah Melayu.

Bagaimanapun tidak dinafikan juga, terdapat perkataan arkaik yang terus kekal.

Misalnya, kata ‘pinta’ dalam L1 dan H1, walaupun daripada kata arkaik masih kekal

sehingga kini. Malah kata ‘pinta’ dilihat lebih halus maknanya berbanding ‘minta’

(bahasa baku) yang digunakan masa kini. Menurut Raja Mashitah (2001:259), kata

‘minta’ berlaku setelah mengalami proses penyengauan ‘m’ pada awal kata. Raja

Mashitah menambah kaedah ini kerap berlaku pada zaman silam untuk menghasilkan

maksud kata kerja.

Secara umumnya, peminjaman kosa kata/frasa (seperti yang dibincangkan dalam

perkara 4.1.6 sehingga 4.1.10) dari aspek isi kandungan dalam SSL dan SSAH boleh

dilihat dengan jelas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1.11 dan 4.1.12 berikut.

Bilangan perkataan dikira hanya sekali bagi setiap sampel:

Page 40: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

114

Arab/Parsi

54%

Inggeris/Eropah

15%

Sanskrit/

Hindi/Tamil

19%

Arkaik

12%

Siam

0%

Rajah 4.11 – Pecahan Peratus Pinjaman Kosa Kata/Frasa dalam

Surat-Surat Light 1786-1784

Page 41: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

115

Arab/Parsi

41%

Inggeris/Eropah

16%

Sanskrit/Hindi/

Tamil

15%

Arkaik

1%

Siam

27%

Rajah 4.12 – Pecahan Peratus Pinjaman Kosa Kata/Frasa dalam

Surat-Surat Sultan Abdul Hamid 1886-1894

Dengan membandingkan kedua-dua data ini, dapat disimpulkan perkataan daripada

kosa kata/frasa Siam hanya digunakan dalam tahun-tahun 1886-1894 dengan

peratusan yang memberangsang iaitu 27%, untuk hanya tiga sampel (H1, H2 dan

H3). Sementara itu kata arkaik berkurangan dengan mendadak sehingga 11%.

Bagaimanapun kosa kata/frasa Arab/Parsi tetap mengungguli bahasa persuratan

diraja untuk tempoh sela tersebut. Walaupun terdapat sedikit susutan bahasa, namun

perbendaharaan kata ini masih besar pengaruhnya. Kemerosotan ini hanya

disebabkan dengan kemunculan bahasa Siam secara mendadak dalam sampel-sampel

terpilih. Ini ditambah pula dengan ‘keengganan’ sultan mempamerkan kosa

Page 42: Noor Suraya Adnan_Chapter 4.pdf

116

kata/frasa Arab/Parsi dalam warkah baginda kepada Siam kerana tekanan politik

seperti yang telah dibincangkan dalam pecahan 4.1.8.

4.2 Kesimpulan

Dalam bab ini, penyelidik sudah menyenaraikan sepuluh item yang sama ada

berubah, atau kekal ataupun baharu muncul dalam persuratan diraja dalam sela tahun

1786-1794 dan 1886-1894. Secara umumnya perubahan perbendaharaan kata ini

dapat dibahagikan kepada tiga bentuk: berubah dengan pesat, berubah dengan kadar

yang sederhana ataupun susutan perbendaharaan kata. Sehubungan itu

perbendaharaan kata dalam SSAH pula menunjukkan dua bentuk perbezaan yang

sangat ketara yakni dengan pengaruh Siam yang kuat dan pengaruh ‘kekuatan bahasa

istana’ ketika raja berkirim warkah kepada Inggeris. Walaupun sultan sedaya upaya

cuba mengekalkan bahasa persuratannya, namun faktor politik lebih dominan

berbanding dengan keinginan sultan.

.