nilai ekonomi bahasa melayu

2
Nilai Ekonomi Bahasa Melayu [Translate] Masih banyak orang khususnya dalam kalangan mereka yang berkecimpung dengan dunia perniagaan percaya dongeng bahawa bahasa kebangsaan negara ini iaitu bahasa Melayu tidak mempunyai sebarang nilai ekonomi justeru tidak digunakan bagi tujuan iklan dan perhubungan rasmi dan tidak rasmi dalam urusan perniagaan atau perdagangan sekalipun di peringkat dalaman syarikat sahaja termasuk urusan domestik, apatah lagi di peringkat antarabangsa. Benarkah kenyataan ini? Penulis telah membayangkan jawapannya dengan menggunakan perkataan dongeng. Sejarah kita sendiri telah membuktikan bahawa di alam Melayu atau kepulauan Melayu di nusantara ini, bahasa Melayu telah digunakan sejak berabad-abad dahulu lagi oleh semua pedagang yang berurusan di sini sama ada dari Eropah, China, Gujerat India, Portugis, Belanda dan lain-lain dalam perdagangan rempah-ratus, kain-baju, herba, ubat-ubatan, makanan dan sebagainya. Merenung Melaka sebagai sebuah empayar perdagangan pada suatu ketika dahulu bukanlah untuk tujuan nostalgia tetapi mengambil pengajaran mengapa Melaka maju sebagai pusat perdagangan dan bahasa Melayu berkembang dengan penggunaannya sebagai bahasa perdagangan di samping bahasa perhubungan diplomatik. Bagaimana sesuatu bahasa mendapat nilai yang tinggi? Tidak lain dan tidak bukan apabila penuturnya sendiri menggunakannya pada masa-masa tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Penuturnyalah yang menentukan ( atau undang-undang dan peraturan?) sama ada bahasa itu mahu digunakan di pasar ikan dan peniaga di kaki lima sahaja atau sebenarnya mahu digunakan sehingga di gedung- gedung ternama, di hotel-hotel, dalam mesyuarat, persidangan peringkat kebangsaan sahaja atau hatta peringkat antarabangsa, perniagaan runcit sahaja atau juga dalam urusan perbankan dan perdagangan luar negara. Mengambil contoh mudah, misalnya pada satu ketika dahulu, ulam-ulaman seperti ulam raja dan pegaga hanya tumbuh di bawah-bawah tangga rumah di kampung, tak banyak orang yang beria-ria mencari petai, jering, pucuk paku, air kelapa muda, buah mengkudu, buah durian belanda, kacip fatimah, tongkat ali, daun serapat, daun sirih dan seumpamanya. Tetapi kini segala ulaman tersebut telah memasuki hotel terkemuka. Kajian yang membuktikan khasiat tertentu seperti buah mengkudu, sirih dan lain-lain telah menyebabkan banyak orang bersedia membeli jus mengkudu sekalipun harganya mencecah puluhan malah ratusan ringgit di samping minuman herba tempatan yang sudah dikomersialkan dan menjadi industri yang sangat menguntungkan. Dahulunya orang mencari bahan atau ubatan import seperti kapsul import dari Eropah di gedung farmasi berbanding kapsul herba tempatan yang dipandang rendah. Orang lebih selesa dengan salad dan

Upload: martini-hasan

Post on 04-Oct-2015

10 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

nilai

TRANSCRIPT

Nilai Ekonomi Bahasa Melayu

[Translate]

Masih banyak orang khususnyadalam kalangan mereka yang berkecimpung dengan dunia perniagaan percaya dongeng bahawa bahasa kebangsaan negara ini iaitu bahasa Melayu tidak mempunyai sebarang nilai ekonomi justeru tidak digunakan bagi tujuan iklan dan perhubunganrasmi dan tidak rasmi dalamurusan perniagaan atau perdagangan sekalipun di peringkat dalamansyarikat sahaja termasukurusan domestik, apatah lagi di peringkat antarabangsa. Benarkah kenyataan ini? Penulis telah membayangkan jawapannya dengan menggunakan perkataan dongeng.

Sejarah kita sendiri telah membuktikan bahawa di alam Melayu atau kepulauan Melayu di nusantara ini, bahasa Melayu telah digunakan sejak berabad-abad dahulu lagi oleh semua pedagang yang berurusan di sini sama ada dari Eropah, China, Gujerat India, Portugis, Belanda dan lain-lain dalam perdagangan rempah-ratus, kain-baju, herba, ubat-ubatan, makanan dan sebagainya.Merenung Melaka sebagai sebuah empayar perdagangan pada suatu ketika dahulu bukanlah untuk tujuan nostalgia tetapi mengambil pengajaran mengapa Melaka maju sebagai pusat perdagangan danbahasa Melayu berkembang dengan penggunaannya sebagai bahasa perdagangan di samping bahasaperhubungan diplomatik.

Bagaimana sesuatu bahasa mendapat nilaiyang tinggi? Tidak lain dan tidak bukan apabila penuturnya sendiri menggunakannya pada masa-masa tertentu dandi tempat-tempat tertentu. Penuturnyalah yang menentukan ( atau undang-undang dan peraturan?) sama ada bahasa itu mahu digunakan di pasar ikan dan peniaga di kaki lima sahaja atau sebenarnya mahu digunakan sehingga di gedung- gedung ternama, di hotel-hotel, dalam mesyuarat, persidangan peringkat kebangsaan sahaja atau hatta peringkat antarabangsa, perniagaan runcit sahaja atau juga dalam urusan perbankan dan perdagangan luar negara.

Mengambil contoh mudah, misalnya pada satu ketika dahulu, ulam-ulaman seperti ulam raja dan pegaga hanya tumbuh di bawah-bawah tangga rumah di kampung,tak banyak orang yang beria-ria mencaripetai, jering, pucuk paku, air kelapa muda, buah mengkudu, buah durian belanda, kacip fatimah, tongkat ali, daun serapat, daun sirihdan seumpamanya. Tetapi kini segala ulaman tersebut telah memasuki hotel terkemuka. Kajian yang membuktikan khasiat tertentu seperti buah mengkudu, sirihdan lain-lain telah menyebabkan banyak orang bersedia membeli jus mengkudu sekalipun harganya mencecah puluhan malah ratusan ringgit di sampingminuman herbatempatan yang sudah dikomersialkan dan menjadi industri yang sangat menguntungkan.Dahulunya orangmencari bahan atau ubatan import seperti kapsul import dari Eropah di gedungfarmasiberbanding kapsul herba tempatan yang dipandang rendah. Orang lebih selesa dengan salad dan mayonis. Pernahpada satu ketika santan kelapa sukar dicari kerana buah kelapa tidak sempat menjadi tua keranasejak mudanya telahdiambil orang.