nilai-nilai murni dalam bahan pengajaran bahasa melayu intensif
TRANSCRIPT
Nilai-Nilai Murni Dalam Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Intensif
Kepada Pelajar Asing: Kes Universiti Utara Malaysia
Ibrahim Ahmad & Halim Din
Jabatan Bahasa Moden, Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden,
Universiti Utara Malaysia
1.0 PENDAHULUAN
Pengajaran bahasa kepada sesiapa sahaja, sama ada murid sekolah rendah, pelajar
sekolah menengah atau pelajar institusi pengajian tinggi, penutur jati atau bukan
penutur jati dilaksanakan untuk mencapai matlamat yang sama, iaitu untuk
membolehkan mereka menguasai bahasa tersebut dan dapat menggunakannya
secara berkesan dalam komunikasi harian, sama ada dalam bentuk lisan atau
tulisan. Ini bertepatan dengan fungsi bahasa itu sendiri. Tidak ada sesiapa pun di
dunia ini yang mempelajari bahasa untuk tujuan lain selain untuk melakukan
perhubungan, sama ada secara antar muka atau pun sebaliknya. Cuma yang
berbeza dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa terletak pada pendekatan,
perkaedahan dan teknik pengajaran sahaja. Unsur pedagogi penting kerana tahap
kebolehan penguasaan bahasa antara setiap individu pada setiap peringkat amat
berbeza.
Walau bagaimanapun, sebagaimana yang telah rata-rata difahami, dalam mana-
mana pengajaran dan penguasaan bahasa, aspek kebudayaan yang menjadi
. tumang atau teras pelahiran bahasa sememangnya digunakan, sama ada secara
formal atau tidak formal, dikehendaki atau tidak. Ini berlaku kerana sesuatu
bahasa itu bersifat kompleks. Ia melibatkan jaringan komunikasi dan nteraksi dan
ia memainkan peranan penting untuk mengukuhkan dan mengekalkan sesebuah
kebudayaan. Pemerolehannya amat berkait rapat dengan keperluan psikologi dan
sosial setiap individu. Pendek kata, bahasa dan kebudayaan membina satu
kerangka yang membolehkan individu membentuk jati diri masing-masing
1
(Romain, 1955, Kanka Mallick, 1997). Ini bermakna bahawa pengajaran dan
pembelajaran bahasa tidak dapat memisahkan aspek kebudayaan daripada bahasa.
Ini bersesuaian dengan pandangan beberapa ahli bahasa yang mengatakan bahawa
bahasa adalah cerminan budaya sesebuah masyararakat (Wilga M. Rivers 1968-
202-203;Whorf.B.L, 1956). Misalnya seseorang yang mempelajari penggunaan
ganti nama dalam sesuatu bahasa hendakiah mempelajari dan memahami susun
lapis masyarakat berkenaan untuk membolehkan mereka memilih kata ganti nama
yang sesuai dengan kehendak budaya bangsa tersebut, dan dalam penggunaan
tersebut, nilai-nilai mumi bangsa yang menggunakan bahasa tersebut terkait atau
terlibat. Nilai bersopan santun, lemah lembut, pandai berbahasa, tidak kurang ajar
secara tidak langsung dikaitkan dengan penguasaan penggunaan kata ganti nama
diri. Tegasnya, seseorang yang dilabel sebagai mahir dalam sesuatu bahasa,
biasanya mahir juga dengan selok-belok kebudayaan bangsa yang bahasanya
dipelajari. Dan apabila disebut budaya, terdapat di dalamnya unsur-unsur nilai
yang menjadi ikutan para pendukung bahasa tersebut yang diamalkan secara
langsung sebagai satu identiti bangsa tersebut.
2. 0 NILAI-NILAI MURN1
Banyak pandangan yang boleh kita dapati tentang konsep nilai mumi. Wamock
(1981) member penekanan bahawa aspek emosi adalah penting dalam
kemoralan. Sifat. bertimbang rasa, simpati, empati, altruisme, rasa bersalah, malu
dan sebagainya adalah nilai-nilai yang berkaitan dengan emosi. Derek Wright
mengaitkan bahawa sifat-sifat mumi (virtues) berkaitan dengan sifat atau perangai
semula jadi manusia yang harus dipupuk, sementara Rokeach (1973) menyatakan
bahawa nilai berkaitan dengan kepercayaan atau fahaman dan mengandungi
komponen kognitif, afektif dan tingkah laku. Daripada pandangan beberapa
saijana yang memperkatakan tentang nilai seperti Allport (1961), Mukerjee
(1969), Rokeach (1973), Pugh (1978), Seyyed Hossein Nasr (1979) dan Suzanne
Haneef (1985), Suffean (1995) membuat kesimpuian bahawa domain nilai
antaranya fizikal, material, ekonomi, moral, sosial, politik, estetika, agama,
2
intelek, profesional dan sentimental membentuk sistem nilai yang dikategorikan
kepada nilai instrumental dan nilai mutakhir, Segala nilai mumi ialah nilai
instrumental atau alatan untuk mencapai nilai mutakhir iaitu perlakuan baik dan
mulia.
Kalau dilihat kepada buku-buku kesuasateraan yang ditulis untuk kegunaan
masyarakat daripada peringkat kanak-kanak sehingga dewasa, hampir kesemuanya
menggunakan cara didaktik untuk menyampaikan mesej moral atau nilai-nilai
mumi yang cuba diterapkan, antaranya melalui cerita-cerita mengenai
kepincangan masyarakat, anak-anak yang malang, konflik atau famili yang
bobrok.
Selain itu, kalau diperhatikan dalam mana-mana agama d dunia ini, semua
agama mempunyai nilai-nilai mumi yang tersendiri yang kalau disatukan, kita
akan mendapat satu konsep nilai mumi yang sarwajagat. Antara mesej atau risalah
yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w, selain tauhid, tersurat pada sabda
baginda yang bermaksud:” Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempumakan
akhlak yang mulia.” Akhlak yang mulia di sini mencakupi nilai-nilai mumi.
Kementerian Pendidikan Malaysia, selepas merujuk kepada ciri-ciri agama di
dunia, merumuskan bahawa nilai mumi merujuk kepada tanggapan mengenai
perkara-perkara yang baik, mulia dan tetap. Ia bersifat luhur dan kudus. Setiap
kepercayaan di dunia ini, sama ada berbentuk falsafah moral (seperti
Confucionisme dan Taoisme) atau agama mempunyai misi untuk membentuk
kehidupan penganut-penganutnya menjadi baik dan berakhlak mulia. (Wan Zahid
1993:179-181). Berlandaskan agama, tradisi, kebudayaan, nilai-nilai masyarakat
berbilang bangsa dan prinsip Rukun Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia
telah bersetuju untuk menerapkan 16 nilai mumi dalam semua pelajaran yang
diajar di semua institusi pengajian, terutama sekolah rendah dan menengah iaitu
baik hari, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kasih sayang,
3
keadilan, kebebasan, kebersihan fizikai dan mental, keberanian, kejujuran,
kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional serta semangat
bermasyarakat.
2.1 KEPENTINGAN NILAI-NILAI MURNI
Penyemaian dan penerapan nilai-nilai mumi melalui apa-apa wadah pun pada
akhir-akhirya akan membentuk pengamalnya menjad: insan yang berperibadi mulia
dan dapat membuat keputusan serta mengambil tindakan yang berdasarkan nilai-
nilai mumi yang diterima.
Daripada nilai-nilai yang dipersetujui, matlamat penerapannya ialah untuk
melahirkan insan dan juga warga negara yang baik serta memilik:. akhlak mulia.
Antara objektif-objektif yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan ialah:
(i) menanam kesedaran, keyakinan dan juga kesyukuran(ii) menghormat’ kebaikan dan membenci keburukan(iii) menghormati kebaikan dan membenci keburukan(iv) menanam semangat cintakan nilai-nilai suci(v) membentuk sikap positif dan berguna kepada agama, bangsa dan juga sewaktu
menj alankan tugas serta tanggungj awab.(vi) menghapuskan sikap negatif dalam kehidupan dan juga sewaktu menjalankan
tugas serta tanggungj awab.(vii) menjalankan amanah dengan dedikasi(viii) melatih diri dengan disiplin(ix) meningkatkan produktiviti(x) berusaha untuk mencapai kecemerlangan
Intan ( Intan 1991:75) membuat kesimpuian bahawa penghayatan nilai-nilai mumi
dapat membimbing pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam membentuk akhlak
yang mulia yang berfungsi menggerakkan Perkhidmatan Awam dengan berkesan
bagi meningkatkan kesejahteraan hidup. Ia berupa satu tenaga yang menggerakkan
seseorang melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Penghayatan nilai-nilai
mumi akan dapat memudahkan usaha memajukan berbagai-bagai sektor yang
dipikul oleh sesebuah negara seperti perkhidmatan, pendidikan, ekonomi,
4
pembangunan, kesihatan, undang-undang dan sebagainya. Matlamat penerapan
nilai-nilai mumi ini ialah untuk mencapai keamanan, keadilan dan kesejahteraan
hidup masyarakat. Ia mesti diamalkan dengan penuh kesedaran supaya
menghasilkan output yang dapat mencapai matlamat pembangunan yang
bersepadu antara rohani dan jasmani sebagaimana yang diperlukan oleh setiap
manusia. (Intan 1991:75)
3.0 PENERAPAN NILAI MURNI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
INTENSIF DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Di Universiti Utara Malaysia, pengajaran Bahasa Melayu kepada pelajar asing
mula dilaksanakan pada semester pertama sesi 2000/2001. Lulus kursus bahasa
Melayu Intensif dengan Gred B dalam semua komponen lisan, karangan,
kefahaman, rumusan/meringkas karangan dan tatabahasa menjadi syarat wajib bagi
membolehkan pelajar-pelajar asing mengikuti program yang dipilih.
Kursus ini ditawarkan pada dua peringkat, iaitu peringkat awalan (BK1010) dan
penngkat lanjutan (BK1020). Pelajar yang lulus ujian penempatan dibenarkan
mengikuti kelas lanjutan manakala yang tidak lulus diletakkan dalam kelas
peringkat awalan. Pada penghujug semester, semua pelajar, tidak kira pada
peringkat awalan atau lanjutan dibenarkan untuk menduduki peperiksaan akhir.
Jika mereka lulus dengan gred B dalam semua komponen mereka dibenarkan
untuk mendaftar bagi mengikuti program yang ditawarkan kepada mereka.
Matlamat utama kursus-kursus ini ialah untuk membolehkan pelajar-pelajar
memahami kandungan teks yang dibaca dalam bidang-bidang berkaitan,
memahami dan membuat rumusan 1 si kuliah yang disampaikan, membuat
perbincangan, membuat persembahan dalam kelas sebagai salah satu keperluan
kursus dan yang penting boleh menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang
5
Sebagaimana yang dinyatakan pada perenggan 1.0, untuk semua pengajaran dan
pembelajaran bahasa, seseorang itu tidak dapat lari daripada mengajar dan
mempelajari budaya masyarakat yang menjadi penutur jati bahasa tersebut. Cuma
kadar pemberatan atau tumpuan yang diberikan untuk mengajar nilai-nilai mum
agak berbeza daripada yang diberikan kepada penutur-penutur jati. Hal ini adalah
kerana di samping mengajar pelajar menguasai kemahiran bahasa, pelajar-pelajar
asing perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang ada dalam masyarakat kita yang
akan memudahkan mereka bergaul dan berinteraksi dalam masyarakat silang
budaya. Bahasa Melayu adalah di antara bahasa-bahasa di dunia yang banyak
bentuk hormatannya yang biasanya ditentukan oleh situasi sosial sewaktu
menggunakannya (Asmah Hj Omar 1980; Ahmad Johari 1989). Kasar atau
halusnya penggunaan bahasa menggambarkan tahap nilai diri penggunanya. Oleh
sebab itu, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang kami gunakan
melibatkan bahan-bahan yang berkait rapat dengan kebudayaan Malaysia,
khususnya kebudayaan Melayu. Bahan-bahan yang terpilih adalah bahan-bahan
kesusasteraan yang bahasanya bersifat didaktik dan mengajar. Ini bertepatan
dengan pandangan yang diberikan Meriel Downey yang mengatakan bahawa guru-
guru sastera (bahasa) tidak boleh lari daripada berbincang dengan pelajar-
pelajamya tentang unsur-unsur nila yang terdapat dalam cerita yang digunakan
untuk mengajar (Meriel Downey & A.V.Kelly (1982). Kementerian Pendidikan
Malaysia juga telah membuat dasar supaya tumpuan khas bagi mengajar nilai-nila'
mumi akan dilakukan melalui Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Semua
mata pelajaran lain berperanan menerapkan nilai-nilai mumi secara tidak
langsung. Seluruh kurikulum bersifat ‘morally biased’. Sementara itu, ka; an
yang dilaksanakan oleh Robiah Binti Kulop Hamzah (1995) mencadangkan jenis
nilai yang selalu ditanamkan oleh guru daripada senarai 16 nilai mumi KBSM
untuk disemai dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah kerajinan, horniat
menghormati, kerjasama, baik hati, kasih sayang, kebersihan flzikal dan
mental, berdikari, dan berhemah tinggi. Namun begitu, oleh kerana matlamat
pengajaran bahasa Melayu kepada penutur-penutur asing di Universiti Utara
6
Malaysia ini berbeza sifatnya daripada yang digalurkan secara umum oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia, kami telah bersetuju supaya nilai-nilai hemah
tinggi, kebebasan, keberanian, kejujuran, kerjasama, kesyukuran, rasional,
semangat bermasyarakat dan menghargai pemimpin juga dimasukkan.
menjadikan nilai yang cuba diterapkan termasuklah kerajinan, hormat
menghormati, kerjasama, baik hati, kasih sayang, kebersihan fizikal dan
mental, berdikari, berhemah tinggi, kebebasan, keberanian, kejujuran,
kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat walaupun tidak semua nilai
dapat diberi tumpuan sewajamya.
Nilai-nila, hemah tinggi, kebebasan, keberanian, kejujuran, kerjasama,
kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat dimasukkan kerana melalui
nilai-nilai inilah, pelajar-pelajar asing itu dapat hidup dengan lebih selesa dalam
masyarakat yang berbeza daripada masyarakat sendiri walaupun tidak pula kita
nafikan bahawa semua nilai mumi yang disenaraikan itu adalah bersifat sarwajagat
yang diamalkan oleh semua kaum.
Satu strategi yang dilaksanakan di Universiti Utara Malaysia ialah dengan
menentukan mentor bagi setiap pelajar. Mentor setiap pelajar yang terdir daripada
guru atau pensyarah bahasa Melayu bertanggungj awab untuk cuba menerapkan
nilai-nilai mumi selain membantu mereka dalam penguasaan bahasa.
Selain itu, pelajar-pelajar asing ini diletakkan bersama-sama pelajar lain di kolej-
kolej kediaman untuk membolehkan mereka bergaul, selain daripada
menggunakan bahasa Melayu secara amali, mereka boleh juga menerapkan nilai-
nilai mumi yang diperolehi dalam kelas. Ini sejajar dengan pandangan Wan Mohd
Zahid (Wan Mohd Zahid, 1993) bahawa budaya sekolah haruslah diwujudkan bag
membolehkan pelajar mengamalkan nilai-nilai mumi yang telah diterapkan
‘diperkukuhkan dengan kesedaran, keyakinan dan amalan’. Selain itu penerapan
nilai-nilai mumi mementingkan amalan hidup harian yang sebenar. Oleh sebab itu,
7
guru tidak boleh menyampaikan pelajaran pendidikan nilai-nilai mumi dengan
cara penerangan tetapi menyemai nilai-nilai moral dengan contoh-contoh cerita
moral atau peristiwa-peristiwa harian. Melalui aktiviti pembelajaran yang berkaitan
dengan nilai moral, pelajar akan dapat membezakan dan membandingkan yang
baik dan yang buruk dan seterusnya mengamalkan nilai yang baik dalam kehidupan
harian mereka, (Mok Soon sang & Lee Shok Mee 1986: 240)
4.0 LANGKAH PENGAJARAN
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di Universiti Utara Malaysia
dilakukan selama 5 jam sehari, 5 hari seminggu selama 14 minggu (350 jam satu
semester). Dalam masa 25 jam seminggu itu, pengajaran dan pembelajaran
dibahagikan kepada lisan, karangan, kefahaman, rumusan/meringkas karangan dan
tatabahasa. Setiap bahagian itu dipecahkan pula kepada bahagian-bahagian kecil
yang lain yang diisi dengan pengetahuan yang dapat membantu mereka menguasai
bahasa dengan baik.
4.1 PENGAJARAN LISAN
Pada peringkat permulaan, dalam kursus awalan, tidak banyak nilai mumi yang
dapat diterapkan. Yang dapat kami lakukan ialah selepas kemahiran penyebutan
bunyi, suku kata dan kata, kosa kata yang dipilih untuk latihan menyebut,
membma perkataan, frasa, klausa dan ayat ditentukan daripada kata-kata yang
membawa nilai, misalnya kasih, sayang, hormat-menghormati, jujur, ikhlas, rajin,
tenang, tegas, berani, bijaksana, ramah, mesra, adil, saksama, pemurcih dan
sebagainya. Misalnya dalam pengajaran suku kata, kata, rangkai kata dan ayat,
kata-kata yang dipilih itu dapat menyemai nilai-nilai mumi, contohnya kata-kata
seperti kasih, bend, indah, jelita, aman, tenang dan sebagainya. Daripada kata-
kata yang membawa nilai tertentu, dibina pula kata-kata berimbuhan atau
digunakan dalam pembinaan rangka' kata dan ayat, contohnya pengasih,
berkasih-kasihan, kasih- mengasihi dan ayat “Semua rakyat negara ini patut
kasih mengasihi “ dan sebagainya.
8
Pada peringkat permulaan juga, kami memilih untuk membacakan cerita-eerita
rakyat yang terpilih yang membawa nilai-nilai mumi tertentu, umpamanya cerita-
cerita Sang Kancil dan cerita legenda seperti Hang Tuah dan Hang Jebat. Selain
belajar tatabahasa, memahami isi cerita, mereka juga dengan secara tidak
langsung, mencari dan menerapkan nilai-nilai mumi yang terdapat daripada
cerita.( Sila lihat Lampiran untuk beberapa contoh cerita rakyat yang digunakan).
Selepas minggu ke tujuh, setelah pelajar boleh menguasai sejumlah kosa kata,
proses pembentukan kata yang mudah dan beberapa struktur dan pola ayat,
mereka diperkenalkan dengan bacaan puisi dan pantun. Kebanyakan pantun dan
syair membawa pengajaran tertentu. Pantun-pantun popular rakyat, pantun nasihat
dan pantun kasih sayang digemari oleh pelajar dan mudah dihayati pengajaran
nilai-nilai muminya. Selain pantun dan syair, pelajar juga diajar dengan seloka,
gurindam serta perbidalan yang menggambarkan amalan hidup budaya Melayu
yang dengan secara langsung atau tidak langsung menyemaikan nilai-nilai mumi
bangsa Melayu yang harus difahami dan dihayati untuk membolehkan para pelajar
bergaul atau bermasyarakat tanpa sebarang halangan dan kekangan kebudayaan.
Tegasnya, puisi yang dipilih, sama ada pantun, sajak atau seloka selain membantu
pelajar menguasai langgam pengucapan puisi, dapat pula menyemai nilai-nilai
mumi yang sememangnya menjadi fungsi utama penciptaan puisi. Ini dilakukan
secara gabungialin dengan pengajaran bahagian-bahagian lain seperti tatabahasa
dan karangan.
Pada peringkat lanjutan, pelajar-pelajar diajar berpidato dan berbahas dengan
menggunakan tajuk-tajuk yang dapat membantu pelajar mencan isi-isi yang
berkaitan dengan moral. Antara tajuk-tajuk yang dipilih ialah yang behubungan
dengan kebaikan dan keburukan sesuatu perlakuan, misalnya ‘Baik dan buruknya
pergaulan bebas ‘Belajar di dalam negeri lebih baik daripada belajar di dalam
negeri ’ dan seumpamanya.
9
Pada akhir setiap kursus, sama ada peringkat awalan atau lanjutan, untuk acara
tahunan kemuncak kam mengendalikan pertandingan drama/lakonan antara
kumpulan-kumpulan kecil. Pelajar-pelajar dalam kelas lisan diberi tunjuk ajar
tentang vanasi bahasa dalam lakonan. Tajuk drama biasanya dipersetujui bersama
oleh pelajar dengan pengajar dan sebagaimana biasa, setiap persembahan lakonan
walau di mana sahaja dibuat mempunyai nilai-nilai mumi yang dijadikan tema
atau mesej yang hendak disampaikan.
4.2 PENGAJARAN KEFAHAMAN
Dalam pengajaran kefahaman, guru lebih mudah untuk memilih dan mengolah
bahan yang dapat dengan secara langsung atau tidak langsung nilai-nilai mumi
yang mahu diterapkan. Misalnya eerpen “ Buku Catatan Farid Badrul"
mennyemai nilai-nilai kerajinan, hormat menghormati, keijasama, baik hati, kasih
sayang, kebersihan mental, berdikari, berhemah tinggi, kesyukuran dan rasional,
Petikan Kefahaman ‘Etika’, “Aktiviti Perkhemahan’ dan Perpaduan Kaum'
dalam Lampiran C mengandung' nilai-nilai muri tersendiri. Selain menjawab
soalan kefahaman, membina ayat-ayat dengan menggunakan perbendaharaan kata
bam, pelajar juga boleh mencari nilai-nilai mumi yang tersirat di dalam teks yang
dibaca. (Sila lihat Lampiran untuk teks lengkap).
4.3 PENGAJARAN TATABAHASA
Tatabahasa boleh diajar secara terns atau tidak terus. Melalui secara terus, pelajar
mungkin bosan kerana pengajaran lebih bersifat didaktif bukan induktif. Melalui
pengajaran tatabahasa, biasanya kam* menggunakan teks terpilih yang telah
diubahsuai supaya menepati kehendak pengajaran. Teks yang dipilih itu biasanya
teks yang mempunyai nilai-nilai mumi tertentu. Misalnya melalui teks yang
digunakan untuk pengajaran lisan dan kefahaman, teks yang sama digunakan
untuk mengajar tatabahasa secara gabungjalin. Dalam teks ‘Kematian Rusa
(Lampiran B) terdapat banyak kata ganda yang boleh digunakan untuk mengajar
10
rumus-rumus pembentukan dan makna kata ganda. Bagi pembentukan atau
pembinaan kata ganda baru oleh guru atau pelajar, bolehlah dimasukkan kata-
kata yang membawa unsur nilai-nilai mumi. Dengan demikian, secara tidak
langsung, selain mempelajari tatabahasa, pelajar juga dapat menghayati nilai-nilai
mumi yang terpancar daripada ayat-ayat yang dibina guru dan juga pelajar.
4.4 PENGAJARAN KARANGAN
Pengajaran karangan diajar bermula dengan menulis perkataan, diikuti oleh frasa,
klausa dan ayat. Seterusnya, ayat-ayat itu digabungkan menjadi sebuah karangan
bermula dengan yang berbentuk mudah kepada yang berbentuk kompleks.
Pada peringkat permulaan, kata-kata yang dipilih terdiri daripada kata-kata yang
membawa konotasi nilai, terutama kata adjektif, selain kata-kata biasa yang lain.
Pada peringkat pertengahan dan lanjutan, tajuk karangan boleh diberi dalam
pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk penceritaan, pendedahan fakta, syarahan,
perbahasan, peribahasa dan sebagainya. Tajuk-tajuk itu dipilih berdasarkan
kemampuan pelajar dan jenis nilai yang mahu diterapkan. Di samping mengajar
format karangan, semasa mencari isi karangan, pengajar membantu pelajar
memasukkan nilai-nilai yang difikirkan perlu, bersesuaian dengan tajuk karangan.
Misalnya untuk mengarang sebuah karangan yang berjudul “Bagaimana saya
membalas jasa negara ”, pelajar dengan bantuan pengajar akan dapat memasukkan
beberapa nilai mumi seperti kerajinan, hormat menghormati, keijasama, baik hati,
kasih saying berhemah tinggi, kebebasan, keberanian, kejujuran, kesyukuran,
rasional dan semangat bermasyarakat dalam huraian isi,
4.5 PENGAJARAN SURAT KIRI MAN
Pendekatan dan teknik mengajar surat kiriman hampir-hampir sama dengan
mengajar menulis karangan kerana surat kiriman juga dapat digolongkan sebagai
salah satu daripada bentuk karangan. Bantuan dan panduan guru untuk
11
menentukan tema atau tajuk surat kiriman amat penting untuk menyemai nilai-
nilai mumi. Surat kiriman biasa (surat tidak rasmi) kepada kaum keluarga dan
handai taulan banyak membantu untuk memupuk nilai-nilai kasih sayang, hormat
menghormati, berhemah tinggi, kesyukuran dan semangat bermasyarakat. Surat-
surat rasmi sepert: surat aduan, surat permohonan dan sebagainya dapat
membantu pelajar menyemai nilai-nilai hormat-menghormati, berhemah tinggi,
baik hati dan kejujuran dan sebagainya. Untuk menyemai nilai-nilai mumi, yang
penting bukanlah terletak pada pengajaran format tetapi lebih terletak pada
pengisian kandungan atau isi surat yang ditulis.
4.6 PENGAJARAN MERINGKAS KARANGAN/RUMUSAN
Dalam tatatingkat pengajaran bahasa Melayu Intensif, pengajaran meringkas
karangan atau membuat rumusan diajar selepas pelajar-pelajar mempunyai kosa
kata yang agak banyak dan sudah menguasai tatabahasa dengan baik. Kebolehan
meringkas karangan atau membuat rumusan amat penting kepada pelajar bagi
membolehkan mereka memahami bahan kuliah serta merumuskannya supaya
mengandungi hanya isi-isi penting.
Sebagaimana yang disebut dalam perenggan di atas tadi, dalam pengajaran
karangan atau surat kiriman, faktor yang penting untuk membolehkan pelajar-
pelajar menghayati dan menerapkan nilai-nilai mumi bukanlah terletak pada
pengajaran format tetapi amat bergantung pada isi teks yang dipilih untuk dibuat
rumusan atau ringkasan. Misalnya teks yang berjudul “Kebendaan” dalam
Lampiran D dapat membantu pelajar-pelajar menghayati nilai-nilai mumi seperti
baik hati, kejujuran, berhemah tinggi dan hormat-menghormati.
Selain teks, graf dan carta yang dipilih juga boleh terdiri daripada yang membawa
tema atau topik yang berhubung dengan pembentukan nilai-nilai mumi. Contohnya
graf tentang ponteng sekolah, penganiayaan wanita, penyakit beijangkit,
penglibatan remaja dalam dadah dan seumpamanya. Untuk membuat rumusan,
12
pelajar-pelajar terpaksa terlebih dahulu membaca graf dan membuat interpretasinya
dalam bentuk tulisan dan biasanya unsur-unsur pendapat yang berkaitan dengan
nilai akan terlibat.
5.0 PENUTUP
Menerapkan nilai tidaklah semudah mengajarkannya. Para pengajar boleh memilih
teks atau bahan pengajaran yang mempunya' nilai-nilai yang dikenalpasti,
kemudian menyampaikannya secara langsung atau secara tidak langsung. Secara
langsung ia dilaksanakan melalui pelajaran Pendidikan Agama atau Pendidikan
Moral dan secara tidak langsung melalui mata-mata pelajaran yang lain, termasuk
kokurikulum. Melalui bahasa Melayu, peranan guru untuk menyema; nilai-nilai
mumi yang terdapat dalam budaya Melayu melebihi mata-mata pelajaran yang lain
kerana nilai-nilai dalam sesuatu budaya itu terpancar melalui bahasanya. Dengan
menggunakan bahasa Melayu, budaya Melayu dapat disampaikan dan menguasai
budaya Melayu bermaksud menguasai nilai-nilai murni yang didokongnya.
Menerapkan nilai-nilai yang terdapat di dalam sesuatu budaya itu bukanlah
semudah mengajarkannya kerana penerapan nilai adalah penerapan konsep dan
untuk membolehkan sesuatu konsep atau nilai atau tanggapan itu tertancap di
dalam amalan hidup individu, ia memerlukan masa yang lama melalui latihan-
latihan pengukuhan yang dilakukan di bawah pengawasan yang terancang. Tanpa
langkati pengukuhan, pelajar hanya akan mengetahui, memahami nilai-nilai mumi
sesuatu bangsa tetapi tidak dapat menerapkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan
dengan jayanya.
13
PENGAJARAN LISAN
PANTUN DUA KERATSiakap senohong gelama ikan duri-duri Bercakap bohong lama-lama mencuri
Mengaku dulang paku serpih Mengata orang aku yang lebih
Banyak udang banyak garam Banyak orang banyak ragam
Gendang gendut tali kecapi Kenyang perut senang hati
Mentimun bongkok di balik tiang Ayam berkokok alamat nak siang Sudah gaharu eendana pula Sudah tahu bertanya pula
Dahul parang sekarang besi Dahulu sayang sekarang benci
Tokok takal muka pintu Orang nakal memang begitu
Secupak padi setahil berangan Tersepak kaki terkehel tangan
Kapal belayar dalam semak Perut lapar semua lemak
(Permatang Budi 1991 Fajar Bakti Sdn Bhd)
PANTUN BUDI LAMPIRAN A
Tenang-tenang air di laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung
Pulau pandan jauh ke tengah Gunung daik bercabang tiga Hancur badan di kandung tanah Budi baik dikenang juga
Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati
Tanam serai tanam halia Tanam juga pokok sengkuang Orang berbudi disanjung mulia Ke mana pergi tiada terbuang
Kalau ada jarum yang patah Jangan disimpan di dalam peti Kalau ada s lap dan salah Jangan disimpan di dalam hati
Puisi Melayu Klasik, Oscar Book International
11
LAMPIRAN B
PENGAJARAN 1.1S A N/T AT A B All AS A/KEF AH AM AN/KARAN GAN
PKRIBVll ASA
1, Berat sama dipikul ringan sama di*’njing2, Seperti aur dengan tiling3, Menatang minyak yang penuh4, Menahan lukah dipergentmgan % , Belinda minta tanah6, Ukur baju di badan sendiri?. Ular nmriyusur akar tak akan hilang bisanya '8. Bulat air kerana penibetung, bulat manusia kerana muafakat % Biar lambat asalkan selamat Wl Sedikit-iedikit laina-lamajadi bukit ! t , iksal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya f t fnpkt sementara. belum kena, jiraat sementara belrnn habis 1-1 Sesal di laijung jalan, balik ke pangkal jalan14, Mata batayuh perahu hanyut, nrnlu bertanya sesat jalan15, J&uh beijata banyak peitiandangan, lama hidup banyak dirasa14 >Sip«lgfesft anak langan-tangankan, sayangkan bioi tinggal-tinggaikaii rfk Orrnfi eiaSfi seribu daya,. orang tak mahu seribu dalih15, Hendak serifen IHE, tak hendak seribu reneana Ii, Hati hendak sMlsajadi
Bi-ai'pe«al.ai»kaivha'li sukaII. R®pla (atoii faiiilw f :&«mMtanj, hati lam-lain M . MtSftfeuat mahu m aw fe tidak B, 1@M» w iig ^ S p ia li M, Tdkmt kerama salah, te a t i fceratiafeenar 2S- €fer®t\ tak tmahng tak feerbauM. Q r « t fecsfewfi M k Wrbahasa (Orang metafeeri Mta meiasa)W% feaoft Wk. teoptdaHpada, Baal jahat Jangan sekali M, Calaft M k fewat te Wm, kalau tak baik bust sempadan16. Haik l s a $ a n a k besar (nak ramai) beitafeur uni
UfeyJl asal, feakasainenuiijvikkaa bangsaJU Hia^Wmsatayapfeaiiiigsa 32. f e M d h 1M tf§ i p m hgkhm ®fei Iw M , pamggali tafesrat ^ TMpth Jkaffi pimMa pp a55. T̂ ik &Aa »ori®«Y Wife $&m, tak «ta. tela baik merela M. l&asptt i iw ^ Hwratt jsbSE foerat twlaang raigan perut 37. top® ttvltoja/amtitlih Mwpt l i . C iw g iw a y ig * timkaaM -iWa ipaii ̂ nsttalcajajaii, Ma te a s setmaa torjja (fam
LAMPIRAN B
MATA AYAH
Kujabat mesra tangan ayah urat-urat daging tua dan keras terasa mataku tersenyum, matanya menyapa anak yang pulang disambut mesra
Kelibat senyum matanya masih jua ramah akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang memintaku pulang menikmati beras baru
Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akuiah.
Tapi matanya mat a yang menatapku kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi garis-garis putih lesu melingkari hitam-suram suatu kelesuan yang tak pemah dipancarkan dulu
Merasakan kepedihan yang tercermin di mata meski kain pelikatnya bersih dalam kesegaran wuc'uk dan ia tidak pemah merasa, sebab derita itu adaliti dia.
Us nun AwangSeuntai Kata untuk Dirasa Z)BP:2000
PENGAJARAN LISAN/TATABAHASA/KEFAHAMAN/KARANGAN
LAMPIRAN B
SAJAK
Raj in
Dedikasi
Kutinggalkan tekad
Kukorbankan masa dan tenaga
Demi memajukan
Rohani dan jasmaniku
Untuk agama, bangsa dan negara.
Gigih
Kuteruskan
Dengan semangat
Supaya cita-cita
Kan tercapai akhimya
PENGAJARAN LISAN/TATABAHASA/KEFAHAMAN/KARANGAN
Tekun
Perlu kutanamkan
Sabar ketabahan
Sematkan di dada
Baru ketenangan
Berarak muncul
Menghadapai cabaran melanda
LAGU SETIA
Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara.
Kepada pemimpin, kepada rakyat
Khidmat diber. penuh taat
Sama bekeija, sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua
Demi negara yang tercinta
Dicurahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi
Lagu: Ahmad Dasilah Lirik : Kementerian Penerangan Malaysia
LAMPIRAN B
PENGAJARAN LIS AN/T AT AB AH AS A/KEFAH AMAN/KARAN GAN
KEMATIAN RUSA
Di dalam sebuah gua, terdapat seekor rasa yang telah jatuh sakit. Ia terbaring dalam
keadaan yang lemah di atas rumput-rampai. Berita tentang rasa itu jatuh sakit ini telah
diketahui saudara-mara dan saliabat-hand ainya.
Mereka datang menziarahinya secara bergilir-gilir. Bagaimanapun, semua yang
melawatinya itu akan makan sedikit rumputnya sebelum pulang. Oleh itu, makanannya
lama-kelamaan habis dimakan oleh mereka yang datang menziarahinya.
Selepas beberapa hari, rusa itu sembuh. Ia masih lemah hingga tidak berupaya untuk
berdiri semula dan langsung tidak dapat keluar mencari makanan. Akhimya, rusa itu mati
kelaparan. Sebenamya, kematian rusa itu adalah disebabkan oleh saudara-mara dan
sahabat hand ainya yang tidak bertimbang rasa.
MANUSIA DENGAN SINGA
Pada suatu hari, seekor singa mengembara dengan seorang lelaki dewasa. Mereka
menyeberang sungai dan meredah hutan. Sepanjang peijalanan, mereka sering
bermegah-megab dengan keberanian dan kuasa mereka masing-masing.
Pada suatu hari, orang dan singa itu melalui sebuah patung yang menunjukkan singa
dicekik pada lehemya oleh seorang pahlawan. Orang itu menunjuk kepada patung itu,
lalu berkata,’’Lihat! Patung itu menunjukkan betapa beraninya manusia! Raja binatang
pun dikalahkan manusia!”
Singa melihat patung dengan lebih dekat lagi lalu berkata. “Memang, patung itu dibuat
oleh manusia. Jika kam’ dapat mengukir, kami akan membuat patung yang
menunjukkan manusia mati di bawah kaki singa.”
VI
LAMPIRAN B
PENGAJARAN LISAN/TATABAHASA/KEFAHAMAN/KARANGAN
CAWAN DENGAN PIRING
Cawan berkata kepada piring yang mengalasnya. “Saya tidak tahu sebab kamu hendak
mengalas saya. Saya yang diisikan minuman panas dan sejuk tetapi apakah yang kamu
buat? Saya fikir kamu tidak dikehendaki. Oleh itu lebih baik kalau kamu tiada di sini!”
Sebentar kemudian, seseorang menu an g air panas ke dalam cawan lalu meletak cawan
itu di atas meja, Tiba-tiba seorang budak yang tidak cermat terambil cawan itu untuk
minum air. Malangnya, cawan yang panas itu melecurkan tangannya Dia menjerit
kesakitan. Cawan itu teijatuh lalu pecah.
Piring melihat pada cawan yang pecah itu dengan perasaan belas kasihan, lalu
berkata,’’Kalau saya mengalas kamu, tangan budak itu tidak akan melecur dan kamu
tidak akan terj atuh dan pecah.”
ANAK JIRAN MENCURIKAPAK
Pada suatu masa dahulu, seorang penduduk kampung telah kehilangan sebilah kapak.
Walaupun telah berfikir habis-habisan, dia masih tidak tahu bagaimana kapaknya boleh
hiiang. “Kapak tidak berkepak, tak mungkin boleh terbang,” kata orang itu dalam hati.
“Kapakku mesti dicuri orang.”
Sambii berfikir, orang :tu menuduh anak jirannya yang mencuri kapak itu. Sejak har itu,
dia mula memerhati gerak-geri anak jirannya itu. Dia mendapati gerak-geri anak jiran
tersebut seakan-akan mencur kapaknya. Air muka anak jirannya juga seakan-akan
pencuri kapak. Orang itu mula membuat kesimpuian. Dengan memerhati gerak-ger. serta
air muka anak jirannya, dia menuduh anak iirannya telah mencuri kapaknya.
Tidak berapa lama kemudian, orang kampung itu terjumpa kapak yang dikatakan hiiang
itu ketika dia menggali lubang. Pada keesokan harinya, orang kampung itu bertemu
dengan anak jirannya itu. Dia memerhati dengan teliti. Dia mendapati gerak-geri, air
muka serta percakapannya tidak lagi menyerup?1' orang yang telah mencuri kapak.
LAMPIRAN C
CERPEN “BUKU CATATAN FARID BADRUL”
27 November, Jumaat
Pagi itu, aku tidak ke mana-mana. Aku meminta Hamzah mengajar aku untuk membaca doa iftitah dan tahyat. Setiap patah bacaan Hamzah kuikuti dengan setia. Ayat-ayat bertulisan jawi itu kubaca dengan merangkak-rangkak. Malu pula rasnya apabila selalu bertanya kepada Hamzah. Aku ,mencari jalan keluarku sendiri. Di bawah setiap tulisan jawi itu kutuliskan rangkap tulisan rumi. Bunyinya biarlah sama dengan bunyi tulisan jawi. Dengan cara ini, senanglah aku membacanya.
Selepas makan tengah hari, aku rnenghafaz lagi ayat-ayat yang diberikan oleh Hamzah. Sebentar lagi, Pak Cik Sani akan membawa kami ke masjid untuk sembahyang Jumaat. Aku mahu sembahyang dengan betul. Aku tidak mahu jadi pak turut lagi. Aku tidak mahu berpura-pura. Orang sujud, aku sujud, tetapi aku tidak tahu apa yang patut dibaca.
Pada pukul lima petang, aku terdengar bunyi enjin kereta di halaman rumah Pak Cik Sani. Aku cam benar dengan bunyi itu. Bunyinya macam bunyi enjin kereta Volvo Papa. Aku bangun dari lantai anjung rumah. Benar sekali tekaanku. Papa datang dengan Mama.
Pak Cik Sani muncul di muka pintu. Dia menyambut kedatangan Papa dan Mama. Mak Cik Som bergegas pulang dari sawah apabila Hamzah memberitahu Papa dan Mama datang ke nimahnya.
28 November, Sabtu
Papa memberitahu aku, dia datang untuk mengambil aku pulang ke Kuala Lumpur. Kata Mama, kawan-kawan di sekolajh muzik selalu bertanya tentang diriku. Kata Mama juga, Papa sudah membeli sebuah orgam baru untukku.
‘Baliklah, Rid boleh main organ sendiri!” Pujuk Mama.Aku tidak member sebarang jawapan. Mama risau dengan sikapku. Papa pun demikian juga. Mungkin Papa dan Mama menyangka aku sudah merajuk kerana sudah lama berjanj: untuk membeli organ tetapi tidak ditunaikan.
Papa memberitahu Pak Cik Sani tentang rancangannya untuk membawa aku pulang ke Kuala Lumpur. Pak Cik Sani tidak melarang tetapi katanya, aku sedang belajar agama dengan Hamzah di sekolah. Muka Papa dan Mama berubah corak. Aku tidak mengerti kenapa wajah Papa dan Mama jadi begitu. Malam ini aku akan memberitahu keputusanku kepada Papa dan Mama.
“Saya tak akan pulang ke Kuala Lumpur. Saya nak belajar agama dengan Ustaz Ramli sampai habis. Sepanjang tujuh minggu bercuti ini, saya akan tinggal di kampung.”
(Nukilan cerpen “Buku Catatan Farid Badrul". Mohd Tajuddin A. Rahman dim. Seuntai Kata untuk Dirasa. DBP: 2000)
KEFAHAMAN/TATABAHASA
KEFAHAMAN/TATABAHASALAMPIRAN C
AKTIVITI PERKHEMAHAN
Banyak aktiviti rekreasi yang dapat kita sertai baik bersama-sama dengan rakan mahupun keluarga. Salah satu aktiviti rekreasi yang menyeronokkan alah aktiviti perkhemahan. Berkhemah bersama-sama dengan rakan atau keluarga merupakan satu pengalaman yang menarik kerana seseorang itu akan dapat menjalinkan hubungan mesra dengan rakan- rakan atau keluarga. Anda bukan sahaja dapat berseronok, tetapi juga dapat menyaksikan keindahan flora dan faunanya. D : samping Itu, anda juga akan dapat menghirup udara segar dan nyaman serta dapat menikmati kedinginan air sungai yang mengalir di situ. Sebelum memulakan aktiviti perkhemahan, anda mestilah memastikan segala peralatan untuk aktiviti tersebut dibawa secukupnya. Peralatan seperti khemah kalis air, peralatan memasak, makanan, lampu suluh, ubat-ubatan dan sebagainya mestilah lengkap supaya tidak mengalami masalah semasa berkhemah. Kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Tempat atau lokasi untuk berkhemah hendakiah ditentukan agar selamat semasa berkhemah. Anda dapat berkhemah sama ada di tepi pantai atau di tepi sungai. Janganlah berkhemah di tempat yang terpencil atau berbahaya. Carilah tempat yang lapang dan agak jauh daripada air atau kawasan cur am.Sekiranya anda ingin mengadakan aktiviti rekreasi lain, pastikan bahawa aktiviti tersebut diadakan tidak jauh dari tempat perkhemahan. Aktiviti yang dapat anda lakukan ialah kembara, menjelajah hutan, berenang, dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat membina mental dan fizikal yang sihat. Aktiviti perkhemahan sebenamya dapat memupuk keijasama di kalangan ahli serta menanamkan sikap bertanggungjawab terhadap tugas yang diberi. Di samping itu, aktiviti ini dapat melahirkan individu yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal.Haruslah diingatkan bahawa bagi menjamin aktiviti perkhemahan berjalan lancar, perancangan awal serta pengurusan amatlah penting dan harus diberi keutamaan. Bagi menjayakan aktiviti ini,, kita memerlukan pemimpin yang cekap dan berwibawa. Sungguhpun demikian, aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti yang amat menyeronokkan.
LAMPIRAN C
ETIKA
Etika merupakan unsur penting dalam pengurusan organisasi untuk memastikan matlamat organisasi itu tercapai dalam erti kata yang sebenamya. Etika merupakan unsur dalaman dan kerohanian yang merupakan faktor utama yang menyempumakan faktor-faktor lain ke arah tercapai matlamat pengurusan.Matlamat yang canggih dan baik semata-mata belum lagi menjamin tercapai matlamat pengurusan sesebuah organisasi. Etika itulah yang merupakan neraca dan pemandu yang memastikan cara, prosedur, budaya keija cemerlang dan pengurusan tidak semua cara dihalalkan dan boleh dilakukan. Bagi memastikan cara itu menepati hakikat yang sebenamya, maka etika pengurusan diperlukan.Etika kini dirasakan kepentingannya pada zaman yang semakin canggih perkembangan ilmu, sains dan teknologi. Kelulusan akademik yang tinggi, kemahiran dan kepakaran bekeija belum lagi menjamin penghasilan kakitangan pengurusan organisasi yang ikhlas, jujur, amanah dan sebagainya. Alat teknologi yang canggih seperti teknologi maklumat yang mengagomkan belum tentu akan menjamin penghasilan kesempumaan hasil keija, perkhidmatan cemerlang dan berkualiti Sebaliknya kecanggihan teknologi itu pulalah yang memudahkan golongan elit dan berpendidikan tinggi melakukan pelbagai jenayah kolar putih. Justeru itulah etika pengurusan diperlukan.Keperluan itu bukan sahaja terbatas kepada sektor awam atau' kerajaan yang perkhidmatannya diharap dan diutamakan oleh masyarakat, malah sektor swasta, korporat,industri dan pemiagaan juga tidak ketinggalan. Dengan adanya etika pengurusan dalam setiap bidang organisasi, maka peristiwa seperti rasuah, ponteng kerja, curi tulang, cuai dalam pekerjaan, menipu dan sebagainya dapat dielakkan.Etika itu merupakan perkara teori dan di atas kertas sahaja. Ia tidak mempunyai apa-apa erti jika tidak dihayati, dipatuhi dan diamalkan oleh semua kakitangan yang terlibat dengan pengurusan organisasi dari peringkat tinggi hingga peringkat rendah. Undang- undang sahaja belum lagi cukup untuk memastikan tidak berlakunya jenayah dalam pengurusan organisasi. Etika pengurusanlah yang mengambil kira dorongan itu cadi. Dengan mengawal akal fikiran dan naluri manusia. maka terselamatlah manusia daripada melakukan perkara-perkara curang kerana hatinya tidak akan menggerakkan diri dan anggota badannya untuk melakukan jenayah.
KEFAHAMAN/TATABAHASA
(Dipetik dan disesuaikan daripada Mustafa Hj Daud (1996). Etika Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications)
LAMPIRAN C
PERPADUAN KAUM
Perpaduan kaum merupakan satu keadaan yang menggambarkan wujddnya kerjasama, keamanan,
permuafakatan dan tolak ansur antara masyarakat yang berbilang kaum di sesebuah negara. Ciri-
ciri ini membolehkan setiap kaum tersebut bersatu untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu. Masyarakat Malaysia terdin daripada kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Justeru,
perpaduan kaum amat perlu untuk membolehkan keamanan dan kestabilan negara dikekalkan.
Bagi mewujudkan perpaduan kaum di kalangan masyarakat majmuk, sikap toleransi,
bekexjasama dan muafakat amat diperlukan. Hal ini perlu kerana dengan adanya semangat
perpaduan, keamanan dan kestabilan negara dapat dikekalkan. Kewujudan perpaduan kaum akan
mendorong setiap rakyat mengetepikan kepentingan kaum masing-masing, sebaliknya mereka
kan lebih mengutamakan kepentingan bersama demi keutuhan negara.
Kepentingan perpaduan kaum kepada masyarakat yang berbilang kaum disesebuah negara
memang tidak dapat dinafikan lagi. Perpaduan kaum penting kerana masyarakat yang bersatu
padu dapat mengelakkan persengketaan dan perselisihan faham antara satu sama lain.
Sehubungan itu, segala program untuk kemajuan dan pembangunan negara dapat dilaksanakan
bersama-sama.
Selain itu, perasaan dengki dan buruk sangka antara kaum juga dapat dielakkan. Sekiranva
persefahaman saling wujud antara masyarakat berbilang kaum, mudahlah pihak pentadbir negara
menjalankan sebarang program atau aktiviti ekonomi yang dapat membangun dan meningkatkan
pendapatan negara. Perpaduan kaum juga penting untuk menjamin kemakmuran politik, sosial
dan ekonomi. Aktiviti ekonomi berialan lancar tanpa sebarang kesulitan, manakala pihak
pentadbir tidak menghadapi masalah dalam melaksanakan dasar-dasar pembangunan.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita hendakiah mengekalkan perpaduan demi keamanan dan
kesejahteraan negara. Perselisihan antara kaum perlu dielakkan kerana jika terjadinya
pergaduhan antara kaum, maka segala program pembangunan akan terbantut, sekali gus
mencemarkan imej negara. Keadaan ini akan menyebabkan pelabur asing tidak berminat untuk
melabur di negara kita. Akibatnya, pertumbuhan ekonom’ negara menjadi lembab dan negara
juga akan terus mundur.
KEFAHAMAN/TATABAHASA
xi
LAMPIRAN D
RUMUSAN/MERINGKAS KARANGAN
KEBENDAAN
Kepentingan kebendaan yang menjadi matlamat kehidudapan dewasa ini banyak mengorbankan nilai-nilai tradisi. Antaranya ialah adab kesopanan dan tatatertib terutamanya di kalangan muda- mudi. Bagi kebanyakan mudi-mudi, hilangnya nilai-nilai demikian tidak merugikan mereka selagi tidak menolak unsur-unsur inisiatif, gigih, dedikasi dan aktif dalam diri seseorang yang sangat berguna dalam situasi yang serba mencabar. Keadaan ini jauh berbeza dengan pandangan golongan txia yang melihat nilai-nilai tersebut sebagai sesuatu yang ideal dan harus dipertahankan. Bagi mereka, nilai-nilai tersebut dapat membentuk peribadi yang mulia dalam diri seseorang malahan menjadi benteng kepada generasi muda daripada terjerumus ke kancah pelbagai jenis penyakit sosial.Apa yang menyedihkan, masyarakat kita pada hari ini begitu terdedah kepada pengaruh dan peradaban asing yang mempuyai nilai-nilai yang sama sekali berbeza daripada budaya kita. Lazimnya, kita menerima bulat-bulat tanpa menimbangnya dengan lebih mendalam. Walaupun bukan semua nil?. asing itu buruk dan bukan semua nilai budaya kita baik tetapi kita haruslah memikirkan kesan-kesan dan akibatnya kepada budaya nenek moyang kita pada masa sekarang dan akan datang.Lazimnya, generasi pada zaman sains dan teknologi mudah dipengaruhi tarikan kebendaan begitu kuat. Mereka meletakkan aspek kebendaan itu pada tingkat yang tinggi, malah kadangkala lebih tinggi daripada maruah dan budaya sendiri. Disebabkan tarikan ini, golongan muda berlumba- lumba mengejar kekayaan dunia dan mengetepikan nilai-nilai mumi yang dianggap sudah lapuk. Mereka juga sanggup mengatakan bahawa unsur-unsur falsafah kebudayaan yang dicipta oleh para cendekiawan pada masa dahulu seperti simpulan bahasa, pepatah, bidalan dan sebagainya sudah ketinggalan zaman serta tidak mengikut arus pemodenan.
Di samping itu, kelonggaran adab sopan di kalangan generasi hari ini juga timbul akibat desakan ekonomi. Jika material yang menjadi matlamat hidup mereka, maka teijadilah ketidakseimbangan dalam tatacara hidup. Dalam apa jua agama sekalipun, kebahagiaan tidak hanya wujud dengan adanya material, tetapi juga daripada keseimbangan peribadi itu sendiri.Masalah ini bertambah rumit dengan cara hidup anak-anak muda itu sendiri. Kebanyakannya tinggal di kota yang jauh terpisah daripada kawalan ibu bapa dan orang yang berpengetahuan dalam bidang agama. Situasi ini berbeza dengan kehidupan d kampung yang masih kukuh dengan nilai-nilai sosial dan hubungan kemasyarakatan. Hasil tinjauan yang dibuat, kebanyakan anak muda yang berhijrah ke bandar-bandar besar akan berhadapan dengan masalah penyesuaian diri. Oleh itu, apabila mereka terlepas daripada sebarang pengawasan, maka dengan mudah mereka melakukan sesuatu yang melanggar batas-batas adab kesopanan dan ajaran agama.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana “Nilai Kesopanan yang Semakin Diabaikan” Dewan Budaya, Ogos 1981)