nama resos

6
Nama Resos : Turutan Kereta Api Dengan berpandukan Rancangan Pengajaran Harian yang telah dihasilkan, kami bersependapat dalam menghasilkan satu resos Matematik yang mana digunakan untuk mengajar topik turutan menaik dan menurun bagi Tahun 2. Resos ini telah dinamakan “Turutan Keretaapi” memandangkan kami menggunakan model kereta api sebagai landasan kepada susunan nombor-nombor yang diberikan. Konsep awal yang menjadi tunjang kepada binaan model ini adalah garisan nombor. Bahan-bahan yang telah digunakan dalam menghasilkan resos ini ialah: 1. Kertas warna dan kertas A4 2. Sekeping Mounting Board 3. Gam dan Gunting Proses membina resos ini terbahagi kepada dua proses iaitu proses membina garisan nombor dan membuat kad-kad nombor. Dalam proses membina garisan nombor, kami menggunakan pendekatan yang mana menjadikan garisan nombor itu lebih menarik jika dibandingkan dengan garisan nombor yang biasa dilihat oleh murid. Oleh hal yang demikian, kami menambahkan daya tarikan pada garis nombor tersebut dengan menjadikan gerabak kereta api sebagai tempat dan ruang bagi nombor-nombor yang terdapat dalam garis nombor. Selain daripada daya penarik, ia juga bertujuan memudahkan kefahaman konsep turutan

Upload: thamil-vani-ramanjee

Post on 20-Nov-2015

218 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

mts

TRANSCRIPT

Nama Resos : Turutan Kereta Api

Dengan berpandukan Rancangan Pengajaran Harian yang telah dihasilkan, kami bersependapat dalam menghasilkan satu resos Matematik yang mana digunakan untuk mengajar topik turutan menaik dan menurun bagi Tahun 2. Resos ini telah dinamakan Turutan Keretaapi memandangkan kami menggunakan model kereta api sebagai landasan kepada susunan nombor-nombor yang diberikan. Konsep awal yang menjadi tunjang kepada binaan model ini adalah garisan nombor.

Bahan-bahan yang telah digunakan dalam menghasilkan resos ini ialah:

1. Kertas warna dan kertas A4

2. Sekeping Mounting Board

3. Gam dan GuntingProses membina resos ini terbahagi kepada dua proses iaitu proses membina garisan nombor dan membuat kad-kad nombor. Dalam proses membina garisan nombor, kami menggunakan pendekatan yang mana menjadikan garisan nombor itu lebih menarik jika dibandingkan dengan garisan nombor yang biasa dilihat oleh murid. Oleh hal yang demikian, kami menambahkan daya tarikan pada garis nombor tersebut dengan menjadikan gerabak kereta api sebagai tempat dan ruang bagi nombor-nombor yang terdapat dalam garis nombor. Selain daripada daya penarik, ia juga bertujuan memudahkan kefahaman konsep turutan menaik dan menurun. Seperti kebiasaan, murid sudah sedia maklum mengenai pergerakan kereta api sama ada bergerak ke hadapan ataupun mengundur ke belakang. Oleh itu, samalah juga apabila ia diaplikasikan ke dalam konsep turutan nombor menaik dan menurun iaitu menaik bersamaan juga dengan pergerakan kereta api ke hadapan dan menurun sama juga dengan pergerakan kereta api mengundur ke belakang. Apabila murid mulai faham dan jelas mengenai perbezaan konsep menurun dan menaik ini, barulah guru dapat menggunakan garis nombor ini mengikut keselesaan masing-masing. Seterusnya, pembinaan kad-kad nombor adalah seperti biasa di mana kad nombor yang disediakan haruslah mempunyai set-set yang tersendiri. Set-set nombor tersebut haruslah mengikut susunan ataupun mengikut skala yang sama.

Kegunaan resos ini adalah untuk mengajar murid berkaitan topik turutan menaik dan menurun dalam susunan nombor untuk pelbagai angka digit. Resos ini boleh digunakan oleh kedua-dua pihak sama ada guru untuk melakukan demonstrasi ataupun murid iaitu mereka boleh menggunakannya tanpa kawalan guru. Contohnya, apabila murid sudah menguasai susunan nombor ini, mereka boleh bermain teka-teki di dalam kelas secar beramai-ramai. Selain itu juga, resos ini boleh digunakan untuk mengajar kemahiran menambah atau menolak secara berkala atau secara konsisten. Resos ini tidak memerlukan modal yang besar untuk menghasilkannya kerana ia hanya menggunakan beberapa kertas warna dan juga sekeping mounting board sahaja. Di samping itu juga, resos ini mudah dibawa ke mana-mana tanpa memerlukan beban yang berat memandangkan ia hanya diperbuat daripada kertas.

Picture PictureRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Picture Picture Picture Picture Picture Picture Picture PictureRefleksi

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya, Tugasan Projek Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan Dan Peratusan ini dapat disiapkan dengan jayanya dalam tempoh yang diberikan. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah bimbingan saya, Datin Zaiton binti Othman yang banyak memberi tunjuk ajar serta panduan kepada saya. Terima kasih juga diucapkan kepada pasangan saya Anis Shamila binti Ab Salam yang setia memberikan kerjasama. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan yang banyak berkongsi ilmu sepanjang membuat tugasan ini. Tidak dilupakan kepada ibu bapa yang tercinta yang sentiasa memberi sokongan.

Tugasan projek ini mendatangkan banyak manfaat dan impak positif kepada saya dalam melatih daya kreativiti seorang bakal guru pada masa hadapan. Tugasan individu yang merangkumi penulisan akademik tentang Penggunaan Resos Matematik banyak memberi saya ilmu dan pengetahuan baru. Bagi menyiapkan penulisan itu, saya banyak merujuk kepada sumber-sumber dan sekaligus ia membantu saya dari aspek memperoleh ilmu. Pengetahuan mengenai resos ini sangat penting kerana ia dapat diaplikasikan dalam pengajaran di sekolah. Seperti yang sedia maklum, resos merupakan salah satu bahan yang terpenting yang dapat menentukan sama ada sesuatu pengajaran itu menarik atau sebaliknya. Bertitik tolak di situ, saya cuba untuk memahami segala pencerahan yang terdapat di sebalik penggunaan resos supaya saya dapat menggunakan resos dengan yang lebih baik di masa hadapan.

Selain itu juga, tugasan individu juga memerlukan saya untuk membina capaian blog yang akan menjadi salah satu resos bagi subjek Matematik. Tugasan ini membuka mata saya bahawa resos blog ini juga merupakan satu media yang sangat mudah dicapai dan digunakan oleh sesiapa sahaja. Tambahan pula, di era teknologi ini, penggunakan internet sudah menjadi satu keperluan kepada masyarakat pada hari ini. Tanpa disedari dengan membina resos melalui blog ini, saya turut dapat melakukan perkongsian ilmu dengan orang lain. Walaubagaimanapun, sepanjang membina blog ini terdapat juga sedikit cabaran yang mana memberi satu lagi kemahiran baru kepada saya untuk menggunakan ICT. Cabaran tersebut dirasakan apabila rakan-rakan mula menggunakan laman weebly untuk membina blog dan jika dibandingkan sebelum ini saya banyak menggunakan laman blog untuk membina blog. Melalui bantuan dan pendedahan daripada rakan-rakan, saya mendapat kemahiran baru iaitu dengan menggunakan laman weebly untuk membina blog.

Seterusnya adalah berkaitan dengan tugasan berpasangan yang mana ia memerlukan kami untuk membina sebuah Rancangan Pengajaran Harian dan resos yang digunakan. Semestinya, RPH tidak dapat dipisahkan daripada seorang guru. Oleh hal yang demikian, pengetahuan dan kemahiran yang tepat sangat diperlukan dan diaplikasikan dalam pengajaran. Tugasan ini sekali lagi menjadi panduan dan penanda aras kepada saya dalam membina RPH pada masa hadapan. Namun begitu, terdapat beberapa kekangan dalam menghasilkan RPH disebabkan percanggahan ilmu yang diperolehi sebelum ini. Walaubagaimanapun, penerangan yang jelas daripada pensyarah pembimbing banyak memberi penjelasan dan membantu saya untuk menghasilkan RPH yang terbaik. Selepas selesai menghasilkan RPH, saya membina resos yang diperlukan. Dalam masa serentak, semua tugasan ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Daya kreativiti dalam menghasilkan sebuah perancangan mengajar yang menarik, membina resos yang pelbagai.

Melalui tugasan ini juga, saya berpeluang untuk melakukan microteaching yang mana sangat penting dan memberi latihan asas kepada saya untuk mengendalikan kelas dan menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Setelah melakukan microteaching, ia memberi peluang kepada saya untuk membuat reflektif kendiri tentang kelemahan saya untuk mengajar dan apa yang perlu diperbaiki dalam mutu pengajaran saya.

Bagi cadangan untuk penambaikan, saya mencadangkan agar tugasan projek ini dibuat secara individu berbanding berpasangan. Melalui kerja individu, setiap guru pelatih akan melalui pengalaman yang sendiri untuk membina Rancangan Pengajaran Harian secara individu. Selain itu juga, saya mencadangkan agar pensyarah pembimbing yang menentukan topik yang akan diajar dalam pembinaan Rancanagan Pengajaran Harian. Ini memberi peluang kepada guru pelatih supaya kreatif dalam penyampaian pengajaran yang pelbagai.

Kesimpulannya, saya berasa sangat gembira dalam penghasilan tugasan projek ini kerana ia merupakan pendedahan awal kepada saya untuk mengajar murid di dalam kelas secara realiti kelak. Selain daripada proses perancangan mengajar tugasan ini juga memberi pemahaman yang jelas bagaimana caranya untuk menyampaikan satu pengajaran yang baik.