nama inovas: portable dental treatment unit -...

17
Nama Inovas: PORTABLE DENTAL TREATMENT UNIT - CAT Ringkasan Inovasi: 1. Perlaksanaan projek inovasi Portable Dental Treatment Unit- CAT (Compact And Tough) dalam tempoh yang singkat telah memberi perkhidmatan yang berkesan kepada ATM. Perkhidmatan Kesihatan di dalam sesebuah angkatan bersenjata merupakan satu perkhidmatan yang unik. Ia tidak boleh di samakan seperti perkhidmatan pergigian untuk masyarakat awam. Ini di sebabkan tuntutan corak perkhidmatan yang lebih kepada tugasan medan (field dental services) di mana faktor lokasi, persekitaran, masa dan cuaca sepatutnya tidak menjadi penghalang terhadap akses perkhidmatan pergigian. Bagi memenuhi keperluan perkhidmatan medan ini, peralatan yang digunakan hendaklah mempunyai ciri – ciri seperti mudah alih (portable), lasak, mempmpunyai mobiliti yang tinggi dan mampu berfungsi dengan lengkap. 2. Ia telah mencapai tujuan perlaksanaannya bagi membangunkan sebuah unit peralatan rawatan pergigian mudah-alih yang berkonsepkan peralatan yang lengkap, kompak, ringan, tahan lasak, mempunyai mobiliti yang tinggi, mesra pengguna dan secara relatifnya berkos rendah. 3. Hasil projek inovasi ini dijangka mampu meningkatkan mutu perkhidmatan selaras dengan visi, misi, matlamat dan peranannya kepada Kementerian Pertahanan dan negara. 4. Sebagai perancangan masa hadapan, PPATM telah mengeluarkan sebanyak 26 unit CAT dengan 8 model baru hasil penambahbaikan oleh Tim Projek CAT . 5. Perkhidmatan Pergigian ATM sedang membuat kajian kesesuaian penggunaan sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar dan rechargable battery bagi menjana peralatan-peralatan portable. 6. Ini akan meningkatkan keupayaan penggunaan peralatan-peralatan tersebut di kawasan yang tidak mempunyai kuasa bekalan elektrik dan mengurangkan penggantungan terhadap generator. Terutamanya di kawasan pendalaman dalam Projek Jiwa Murni oleh pihak ATM dengan kerjasama negeri dibawah NBOS.

Upload: trinhthuy

Post on 06-Mar-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Nama Inovas: PORTABLE DENTAL TREATMENT UNIT - CAT

Ringkasan Inovasi:

1. Perlaksanaan projek inovasi Portable Dental Treatment Unit- CAT

(Compact And Tough) dalam tempoh yang singkat telah memberi

perkhidmatan yang berkesan kepada ATM. Perkhidmatan Kesihatan di dalam

sesebuah angkatan bersenjata merupakan satu perkhidmatan yang unik. Ia

tidak boleh di samakan seperti perkhidmatan pergigian untuk masyarakat

awam. Ini di sebabkan tuntutan corak perkhidmatan yang lebih kepada

tugasan medan (field dental services) di mana faktor lokasi, persekitaran, masa

dan cuaca sepatutnya tidak menjadi penghalang terhadap akses

perkhidmatan pergigian. Bagi memenuhi keperluan perkhidmatan medan ini,

peralatan yang digunakan hendaklah mempunyai ciri – ciri seperti mudah alih

(portable), lasak, mempmpunyai mobiliti yang tinggi dan mampu berfungsi

dengan lengkap.

2. Ia telah mencapai tujuan perlaksanaannya bagi membangunkan

sebuah unit peralatan rawatan pergigian mudah-alih yang berkonsepkan

peralatan yang lengkap, kompak, ringan, tahan lasak, mempunyai mobiliti

yang tinggi, mesra pengguna dan secara relatifnya berkos rendah.

3. Hasil projek inovasi ini dijangka mampu meningkatkan mutu

perkhidmatan selaras dengan visi, misi, matlamat dan peranannya kepada

Kementerian Pertahanan dan negara.

4. Sebagai perancangan masa hadapan, PPATM telah mengeluarkan

sebanyak 26 unit CAT dengan 8 model baru hasil penambahbaikan oleh Tim

Projek CAT .

5. Perkhidmatan Pergigian ATM sedang membuat kajian kesesuaian

penggunaan sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar dan rechargable

battery bagi menjana peralatan-peralatan portable.

6. Ini akan meningkatkan keupayaan penggunaan peralatan-peralatan

tersebut di kawasan yang tidak mempunyai kuasa bekalan elektrik dan

mengurangkan penggantungan terhadap generator. Terutamanya di kawasan

pendalaman dalam Projek Jiwa Murni oleh pihak ATM dengan kerjasama

negeri dibawah NBOS.

Kluster:

Punca:

Status Inovasi: Anugerah KEMENTAH tempat ke 2 tahun 2008 kategori

Inovasi.

Anugerah KEMENTAH tempat Pertama tahun 2011 kategori

Pengurusan Pelanggan.

Anugerah Inovasi Negara 2016 kategori Perkhidmatan.

Calon bagi Anugerah Perdana Menteri tahun 2017.

Latar Belakang:

1. Inovasi yang diperkenalkan merupakan sebuah portable dental

treatment unit (PDTU). Unit ini merupakan unit peralatan rawatan pergigian

yang lengkap tetapi boleh diaturgerakkan ke mana-mana sahaja berdasarkan

konsep mudah-alih (portable). Unit ini direkabentuk dan dibina sendiri oleh

Juruteknologi Pergigian PPATM. Idea bagi membangunkan unit ini adalah

berdasarkan kesedaran dan keperluan berkenaan keunikan tugasan rawatan

pergigian di dalam ATM yang tidak mengira lokasi, persekitaran, masa dan

cuaca.

2. Komponen-komponen utama unit ini adalah bersamaan atau setaraf

dengan unit rawatan kerusi pergigian statik yang terdapat di PGAT dan HAT. Ini

bermakna semua rawatan asas pergigian seperti pemeriksaan gigi, tampalan,

cabutan dan scaling boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Unit ini

dilengkapkan dengan modul-modul high-speed handpiece, slow-speed

handpiece, air syringe, scaling unit, light curing unit dan kompressor angin

mudah-alih. Unit rawatan ini sesuai digunakan oleh pegawai pergigian,

jururawat pergigian (rawatan terhadap kanak-kanak) dan higinis pergigian.

Secara amnya, unit boleh disimpan dan dipasang dengan mudah. Dimensi

modul ini dalam keadaan tersimpan di dalam beg sewaktu pergerakan adalah

47 cm x 34 cm x 16 cm dan berat adalah 10 kg.

Kumpulan Sasar Dan Skop Liputan:

1. Telah digunapakai di lokasi-lokasi seperti kem dan pangkalan Tentera

Darat, Laut dan Udara untuk memberi rawatan pergigian kepada anggota

tenetra dan keluarga tentera. Ini termasuk di kawasan operasi ketenteraan

termasuk di pos-pos operasi Rejimen Sempadan, penempatan Rumah Keluarga

Angkatan Tentera, projek bersama masyarakat di kawasan luar bandar, asrama

anak-anak yatim dan tidak ketinggalan di sebuah Istana DiRaja.

Objektif:

1. Objektif inovasi ini adalah untuk merekabentuk dan membina sebuah

PDTU yang kompak, ringan, lengkap, tahan lasak, mempunyai mobiliti yang

tinggi, mesra pengguna dan secara relatifnya berkos rendah. Ianya hendaklah

mampu digunakan sewaktu penugasan di luar pasukan seperti eksesais dan

operasi ketenteraan, rawatan di kem atau pangkalan yang tidak mempunyai

kemudahan klinik statik, kegunaan sewaktu program-program ADS, PPR, PJW,

rawatan kemanusiaan sewaktu bencana alam dan penugasan bersama misi

PBB.

Kreativiti:

1. Inovasi bagi merekabentuk dan membina sebuah PDTU merupakan suatu

idea yang asli. PPATM telah mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh

unit-unit mudah-alih sedia ada dengan terperinci dan mendapati terdapat

keperluan untuk membangunkan sebuah PDTU berkonsepkan peralatan yang

lengkap, kompak, tahan lasak, mempunyai mobiliti yang tinggi, mesra

pengguna dan secara relatifnya berkos rendah. Merekabentuk dan

membangunkan unit ini menuntut daya kreativiti yang tinggi dan kemahiran

teknikal dari tim yang dipertanggungjawabkan.

2. Rekabentuk. PDTU yang dibangunkan adalah berasaskan sebuah

platform handpiece control unit (HCU). Bagi membolehkan unit ini mempunyai

fungsi yang lengkap dan independent, ia hendaklah memiliki 4 modul utama

iaitu:

a. Modul High Speed Handpiece. High speed handpiece adalah drill

pergigian yang mempunyai kuasa minima 35,000 rpm (pusingan seminit).

Ia mampu melakukan potongan ke atas enamel gigi iaitu sejenis tisu

badan manusia yang paling keras. Potongan enamel dilakukan bagi

semua rawatan tampalan, restoratif dan endodontik (rawatan akar).

b. Modul Slow Speed Handpiece. Slow speed handpiece juga adalah

drill pergigian tetapi mempunyai kuasa yang lebih rendah dari high

speed handpiece iaitu yang antara 20,000 hingga 30,000 rpm (pusingan

seminit). Ia digunakan untuk penyingkiran bahagian gigi yang

mempunyai karies dan bagi tujuan pembersihan gigi (polishing).

c. Modul Ultrasonic Scaler dan Light Curing Unit. Ultrasonic scaler

merupakan modul yang digunakan bagi tujuan pengskleran gigi (scaling)

bagi menyingkirkan kalkulus atau karang disekeliling gigi bagi mencegah

penyakit periodontitis (penyakit tisu sokongan gigi). Modul light curing unit

pula menghasilkan cahaya ultra-violet bertujuan untuk mengeraskan

tampalan gigi yang berasaskan resin komposit. Modul ini membolehkan

peralatan ultrasonic scaler dan light cure digunakan secara tukar ganti

bergantung kepada keperluan.

d. Modul Air Syringe. Modul ini menghasilkan pancutan angin dan air

pada tekanan tinggi bagi tujuan pembersihan dan pengeringan

permukaan gigi semasa pemeriksaan pergigian dan rawatan.

3. Kotak dan kerangka asas HCU dibina dari bahan polimer komposit.

Bahan polimer komposit dipilih memandangkan ia adalah ringan, tahan lasak

dan berkos rendah. Komponen sistem bekerja dibina dan disusunatur di dalam

kerangka ini.

4. Bahagian tiang penyokong HCU adalah berasaskan sistem tripod yang

diperbuat dari aluminium yang ringan dan boleh menampung bebanan

sehingga 10 kilogram. Ia menyediakan ketinggian sehingga 80 cm yang

memberi keselesaan kepada operator semasa penggunaan iaitu semasa

rawatan dilakukan. Ia berada di kedudukan garis pusat graviti yang rendah

dan stabil dengan sokongan 3 kaki penyokong Tripod. Tripod ini juga boleh

dilaraskan ketinggian bagi memudahkan penyimpanan dan pergerakan unit

ini. Komponen-komponen utama unit rawatan ini adalah seperti di Gambar 2

dan Gambar 3 menunjukkan modul-modul di handpiece holder.

Gambar 2: Komponen Utama PDTU

Gambar 3: Modul-modul Di Handpiece Holder

5. Sistem Bekerja HCU. Sistem bekerja HCU alat adalah berasaskan sistem

gabungan electro-pneumatic (kuasa elektrik dan angin) yang dipacu oleh

sebuah blok kawalan yang kompak. Melalui sistem pneumatik, angin yang

dibekalkan dari kompressor angin melalui tubing angin bersaiz 8 mm akan

masuk ke dalam air regulator separator. Sila rujuk Kembaran B yang

menunjukkan gambarajah schematic sistem bekerja peralatan ini dan Gambar

4 yang menunjukkan susunan komponen HCU .

Gambar 4: Komponen HCU

6. Alat bekerja air regulator separator berfungsi sebagai pintu kawalan

utama mengawal jumlah aliran tekanan angin yang dikehendaki oleh

pengguna. Jumlah tekanan angin boleh diselaraskan dari 1 Bar hingga 8 Bar.

7. Seterusnya angin akan mengalir pula ke air coolant button yang

bertujuan mengawal kelajuan setiap modul handpiece yang akan digunakan.

Sistem bekerja unit ini hanya menggunakan satu air coolant button bagi

mengawal semua modul handpiece. Pada kebiasaannya, bagi unit rawatan

mudah-alih sedia ada, setiap modul handpiece memerlukan air coolant button

yang berasingan. Sistem air coolant button tunggal mempunyai kelebihan di

mana ia menggunakan hanya satu control block di mana terdapat penjimatan

dari segi kos dan memudahkan senggaraan.

8. Selepas melalui air regulator, angin akan dialirkan kepada tiga

komponen. Komponen pertama adalah water syringe control valve yang

mengawal tekanan angin masuk ke water syringe. Komponen kedua yang

dimasuki oleh aliran angin dari air regulator ialah foot control. Apabila foot

control valve dibuka, angin akan dipacu ke blok automatik. Modul-modul yang

terletak di handpiece holder menggunakan sistem kawalan automatik. Ini

bermaksud apabila setiap modul handpiece diangkat dari handpiece holder,

handpiece tersebut akan boleh terus berfungsi tanpa perlu menekan atau

membuka sebarang butang pelaras seperti peralatan komersial yang sedia

ada. Selain dari itu, apabila salah satu modul diangkat dari handpiece holder,

modul-modul lain tidak boleh berfungsi. Konsep ini memberi kemudahan

kepada pengguna dan merupakan satu aspek penting dari segi keselamatan.

9. Pada peringkat ketiga, aliran angin dialirkan kepada air coolant button

dan suis mikro. Air coolant button akan mengawal tekanan angin yang masuk

ke water bottle. Pelarasan angin yang masuk ke water bottle akan mengawal

pengeluaran air ke modul-modul handpiece dan scaler. Kelebihan pada sistem

ini di mana pelarasan air hanya menggunakan satu unit kawalan sahaja bagi

tiga modul handpiece. Suis mikro berfungsi memberi isyarat kepada blok

automatik untuk melepaskan angin dan air kepada modul-modul handpiece

jika modul tersebut diangkat dari handpiece holder.

10. Sistem pneumatik atau sistem kuasa angin merupakan satu alat bekerja

yang menggunakan bahan-bahan rubber silicone atau dikenali sebagai

diaphragm bagi mengawal setiap aliran angin yang masuk dan keluar di

dalam blok kawalan utama bagi setiap modul handpiece. Sistem ini dipilih

sebagai sistem bekerja alat ini memandangkan ia mempunyai kelebihan-

kelebihan seperti berikut:

a. Senggaraan yang mudah dilakukan. Ini berdasarkan pengalaman

penggunaan salah satu jenis kerusi pergigian yang mempunyai sistem

yang sama dan digunakan dalam PPATM sekarang. Juruteknologi

pergigian ATM adalah terlatih dalam penggunaan dan senggaraan

sistem ini. Ini menyumbang kearah jangka hayat yang lebih panjang

bagi unit rawatan tersebut.

b. Kos senggaraan yang rendah disebabkan alat ganti mudah

diperolehi dan pada kos yang berpatutan.

c. Sistem pneumatik yang disusun atur di dalam kotak kawalan

adalah lebih kecil berbanding dengan sistem yang menggunakan sistem

selonoid magnetic yang menggunakan ruang yang besar.

d. Sistem pneumatik juga mengutamakan aspek keselamatan

pengguna di mana sekiranya berlaku gangguan kepada sistem bekerja

ia akan berhenti secara automatik.

e. Sistem pneumatik mudah digabungkan dengan sistem elektrik alat

di mana sebuah alatubah voltan (transformer) digunakan bagi

mengawal dan mengubah aliran arus elektrik dari 240V kepada 24V. Ini

adalah bagi menjana modul ultrasonic scaler dan light curing unit.

11. Berdasarkan rekabentuk unit rawatan pergigian mudah-alih ini, tim yang

bertanggungjawab membangunkan unit ini juga telah menunjukkan kreativiti

apabila menamakan unit tersebut Compact and Tough atau singkatannya

CAT. Penerangan seterusnya di dalam laporan inovasi ini akan merujuk kepada

PDTU buatan PPATM sebagai CAT.

Keberkesanan:

Keberkesanan kegunaan CAT di pelbagai lokasi menunjukkan peralatan ini

mempunyai daya adaptasi yang tinggi. Ia sesuai digunakan di kawasan-

kawasan pendalaman atau kawasan yang mempunyai sistem pengangkutan

dan jalanraya yang terhad. CAT memberikan mobiliti yang tinggi bagi

membolehkan pengguna memberikan rawatan pergigian di mana sahaja

Berdasarkan kepada keupayaan CAT semasa fasa pelaksanaan penuh, unit ini

amat sesuai untuk digunapakai oleh agensi-agensi lain seperti:

a. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). CAT boleh ditawarkan

kepada KKM yang bertanggungjawab menyediakan rawatan kesihatan

pergigian di seluruh negara. Ia amat sesuai bagi Program Pergigian

Sekolah di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai klinik statik. Ia juga

sesuai bagi penempatan penduduk kawasan pedalaman dan luar

bandar terutama yang tidak dihubungi oleh sistem pengangkutan dan

jalanraya.

b. Unit Kesihatan Pergigian Jabatan Orang Asli. Agensi ini

dipertanggungjawabkan bagi menyediakan rawatan pergigian bagi

masyarakat Orang Asli. Kebanyakan penempatan Orang Asli terletak

jauh dari kemudahan kesihatan. CAT mampu mengatasi masalah ini dan

memberi lebih akses kepada rawatan pergigian.

c. Fakulti Pergigian Universiti-Universiti Tempatan. Institusi-institusi ini

memerlukan unit rawatan pergigian yang mempunyai mobiliti yang tinggi

bagi memenuhi keperluan program outreach rawatan pergigian kepada

masyarakat luar bandar yang dianjurkan oleh pensyarah dan penuntut

pergigian.

d. Badan Bukan Kerajaan (NGO). Pada masa ini terdapat beberapa

NGO yang terlibat dalam kerja-kerja kebajikan dalam dan luar negara

sewaktu berlakunya bencana alam, konflik dan peperangan. CAT

dengan konsep mudah-alih dan daya mobiliti yang tinggi sesuai

digunakan di khemah-khemah pelarian sementara.

Penggunaan unit ini semasa fasa pelaksanaan penuh menunjukkan

penggunaan CAT tidak terhad kepada pegawai pergigian sahaja tetapi sesuai

juga digunakan oleh jururawat dan higinis pergigian. Keadaan ini

mempamerkan keupayaan CAT untuk berfungsi di pelbagai lokasi dan dalam

masa yang sama boleh digunakan pelbagai jenis pengguna.

Relevan:

Perlaksanaan projek inovasi CAT dalam tempoh yang singkat telah memberi

perkhidmatan. Ia telah mencapai tujuan perlaksanaannya bagi

membangunkan sebuah unit peralatan rawatan pergigian mudah-alih yang

berkonsepkan peralatan yang lengkap, kompak, ringan, tahan lasak,

mempunyai mobiliti yang tinggi, mesra pengguna dan secara relatifnya berkos

rendah. Hasil projek inovasi ini dijangka mampu meningkatkan mutu

perkhidmatan selaras dengan visi, misi, matlamat dan peranannya kepada

Kementerian Pertahanan dan negara seperti di Gambar 1 beberapa model

baru CAT berjaya dihasilkan sebanyak 10 unit dari pegangan asal 22 unit.

Signifikan:

1. Penghasilan inovasi unit CAT mampu dan terbukti memenuhi ciri-ciri

signifikan sesebuah peralatan. Ia akan memberi impak yang besar kepada

sistem penyampaian perkhidmatan awam. Impak dan signifikannya peralatan

ini dapat dilihat dari segi penyampaian dan penawaran perkhidmatan

kesihatan pergigian secara menyeluruh ke semua kawasan yang memerlukan

seperti di Gambar 1 kepulauan Sabah “OP PASIR”.

Gambar 1 : Model baru

CAT

2. Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini, kos penghasilan yang

rendah bermakna lebih banyak unit peralatan ini boleh diperolehi. Konsep

mudah, ringan, kecil dan lasak membolehkan unit ini beroperasi di mana-mana

sahaja tanpa mengira lokasi dan masa. Ini bermakna lebih ramai anggota

tentera dan masyarakat awam akan mempunyai akses kepada perkhidmatan

rawatan pergigian.

3. Konsep yang diketengahkan adalah sekiranya pesakit tidak

berkeupayaan untuk datang mendapatkan rawatan disebabkan oleh faktor

pengangkutan, perhubungan atau lokasi, rawatan boleh dibawa kepada

pesakit. Secara jangka masa panjang, kesihatan pergigian secara keseluruhan

akan dapat diperbaiki. Kesihatan pergigian adalah salah satu komponen

penting yang menyumbang kearah kesihatan tubuh dan minda secara

keseluruhan.

4. Sekiranya unit CAT ini diperkenalkan kepada agensi-agensi berkaitan

yang lain seperti KKM, impak kepada kesejahteraan dan kesihatan masyarakat

adalah lebih besar. Bilangan penduduk yang boleh menerima rawatan akan

bertambah secara lebih signifikan. Konsep unit CAT bermakna pesakit tidak lagi

dinafikan peluang untuk menerima rawatan kesihatan pergigian. Gambar 2

kerjasama dibawah NBOS antara PPATM dan KKM bantuan teknikal

pembangunan CAT.

Gambar 1: Pengangkutan CAT

melalui jalan laut

5. Bagi PPATM, unit CAT akan menjadi satu elemen penting dalam

menjalankan tugas dan peranan termasuk mencapai misi dan visi PKAT seperti

mengadakan angkatan yang cergas, sihat dan dilindungi (Deliver a fit, healthy

and medically protected force), menyediakan bantuan dan sokongan operasi

yang pantas (Rapid Operational Deployment / Support), menyampaikan

penjagaan bermutu di semua tempat (Deliver Quality Care Anywhere) dan

membina komuniti yang sihat (Building Healthy Communities).

6. Penggunaan CAT melalui program rawatan dan pencegahan penyakit

pergigian secara berterusan di semua kem dan pangkalan tentera mampu

mengurangkan bilangan anggota yang perlu meninggalkan tugas akibat

masalah pergigian. Kehadiran CAT juga diharap dapat membantu PPATM

untuk mencapai taraf dentally fit di kalangan anggota tentera ke paras yang

maksima. Ini akan membantu menyediakan tenaga tempur yang boleh

dikerahkan untuk bertugas pada bila-bila masa yang diperlukan.

7. Konsep rekabentuk unit CAT membolehkan rawatan pergigian disediakan

di kawasan opreasi dan latihan iaitu bersama barisan hadapan. Ini bermakna

anggota tidak perlu meninggalkan kawasan operasi atau latihan dan

kehilangan tenaga kerja boleh diminimakan. Gambar 10 dan 11 menunjukkan

Gambar 2 kerjasama dibawah NBOS antara PPATM dan KKM bantuan

teknikal pembangunan CAT.

perbezaan dan perbandingan semasa pergerakan antara peralatan mudah-

alih sedia-ada dan CAT.

Gambar 11: Pergerakan Lebih Mencabar Menggunakan Peralatan kormesil

8. Unit CAT juga boleh membantu lebih banyak program-program kesihatan

bersama masyarakat awam terutama di kawasan luar bandar. Selain dari

menyumbangkan ke arah kesihatan pergigian yang lebih baik, program ini juga

mampu menaikkan imej ATM dan Kementerian Pertahanan.

Pencapaian:

43. Perlaksanaan projek inovasi CAT ini telah mendapat pengiktirafan dari pelbagai

pihak. Melalui beberapa pertandingan Anugerah Inovasi peringkat kementerian dan

negara seperti berikut:

a. Tempat kedua tahun 2008 bagi Pertandingan Anugerah Kualiti Kategori

Inovasi Kementerian Pertahanan.

b. Tempat pertama tahun 2011 bagi Pertandingan Anugerah Kualiti

Kategori Pengurusan Pelanggan Kementerian Pertahanan.

c. Tempat pertama tahun 2016 bagi Pertandingan Anugerah Inovasi (AIN)

Negara 2016 Kategori Perkhidmatan Kementerian Sains Dan Teknologi

(MOSTI) seperti di Gambar 1.

Gambar 1 : Tempat

pertama AIN 2016