nama : azyantee binti mohd zawawi no. matrik : gs 31451 program: ma ( bahasa melayu )

12
Tajuk: Capaian Lema Dan Leksem Dalam Masyarakat Melayu Minangkabau Mengikut Teori Penghasilan Pertuturan Levelt Nama: Azyantee Binti Mohd Zawawi No. Matrik: GS 31451 Program: MA (Bahasa Melayu) Jawatan Kuasa Penyeliaan: Ketua: Prof. Madya Dr. Noor Aina Dani Ahli: Prof. Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz

Upload: raziya

Post on 17-Jan-2016

63 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tajuk : Capaian Lema Dan Leksem Dalam Masyarakat Melayu Minangkabau Mengikut Teori Penghasilan Pertuturan Levelt. Nama : Azyantee Binti Mohd Zawawi No. Matrik : GS 31451 Program: MA ( Bahasa Melayu ) Jawatan Kuasa Penyeliaan : Ketua : Prof. Madya Dr. Noor Aina Dani - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Nama :  Azyantee Binti Mohd Zawawi No.  Matrik : GS 31451 Program: MA ( Bahasa Melayu )

Tajuk:Capaian Lema Dan Leksem Dalam Masyarakat Melayu Minangkabau Mengikut Teori Penghasilan Pertuturan

Levelt

Nama: Azyantee Binti Mohd ZawawiNo. Matrik: GS 31451

Program: MA (Bahasa Melayu)

Jawatan Kuasa Penyeliaan:Ketua: Prof. Madya Dr. Noor Aina Dani

Ahli: Prof. Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz

Page 2: Nama :  Azyantee Binti Mohd Zawawi No.  Matrik : GS 31451 Program: MA ( Bahasa Melayu )

• LemaLemma ialah leksikal. Leksikal pula membawa maksud

kata atau perkataan.• LeksemLeksem ialah frasa. Frasa ialah unit yang terdiri

daripada satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan.

• Masyarakat Melayu MinangkabauOrang Minangkabau atau Minang adalah kumpulan

etnik Nusantara yang berbahasa dan menjunjung adat Minangkabau.

Definisi Operasional

Page 3: Nama :  Azyantee Binti Mohd Zawawi No.  Matrik : GS 31451 Program: MA ( Bahasa Melayu )

• Teori Penghasilan Pertuturan LeveltMengkaji bagaimana seseorang menguruskan

penghasilan pertuturannya sendiri dan pertuturan orang lain dengan menggunakan cara yang sama.

• Nilai MurniNilai murni ialah amalan mulia yang diamalkan

oleh masyarakat dan dituntut oleh agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan.

Page 4: Nama :  Azyantee Binti Mohd Zawawi No.  Matrik : GS 31451 Program: MA ( Bahasa Melayu )

i. Untuk mengenal pasti capaian lema dan leksem yang terkandung dalam penzahiran puisi masyarakat Melayu Minangkabau

ii. Untuk menganalisis hubungan penghasilan pertuturan mengikut teori Levelt dengan nilai murni dalam masyarakat Melayu Minangkabau

iii. Untuk merumuskan nilai murni yang terkandung dalam puisi masyarakat Melayu Minangkabau berdasarkan lema dan leksem

Objektif kajian

Page 5: Nama :  Azyantee Binti Mohd Zawawi No.  Matrik : GS 31451 Program: MA ( Bahasa Melayu )

Penghasilan Pertuturan

Salah satu daripada model penghasilan pertuturan yang paling berpengaruh dalam bidang psikolinguistik telah dibangunkan oleh Levelt pada tahun 1989. Levelt melihat model tersebut sebagai perkembangan lelurus empat peringkat , iaitu pembentukan konsep, formulator, artikulator, dan pemantauan konsep.

Neuman (1998) pernah mengkaji setiap tingkat model Levelt tanpa menyisihkan fenomena pertuturan sebagai satu proses jujukan langkah demi langkah yang hanya satu daripada beberapa cara untuk manusia berkomunikasi.

Scovel (2000) berpendapat penghasilan pertuturan manusia jauh lebih rumit daripada tanggapan umum. Proses penghasilan pertuturan manusia yang rumit tidak disedari melainkan seseorang mengalami kecederaan alat vokal atau tersasul sewaktu bertutur.

Pada hakikatnya, penghasilan pertuturan merupakan satu aktiviti yang rumit. Justeru, model yang terkandung dalam Teori Penghasilan Pertuturan Levelt diperakui oleh Scovel (2000) sebagai yang terbaik pernah dihuraikan oleh para psikolinguis.

Page 6: Nama :  Azyantee Binti Mohd Zawawi No.  Matrik : GS 31451 Program: MA ( Bahasa Melayu )

Lema & Leksem

Satu kajian susulan oleh Jescheniak & Levelt (1994) mendapati bahawa kekerapan menyebut perkataan terhasil daripada kesan capaian terhadap bentuk-bentuk fonologi perkataan.

Walau bagaimanapun, Shatzman & Schiller (2004) berpendapat bahawa dapatan tersebut telah menyimpang daripada persoalan tentang proses yang mana terlibat sewaktu penutur cuba mendapatkan semula bentuk fonologi sesuatu perkataan.

Kebanyakkan model penghasilan pertuturan mengandaikan capaian leksikal berfungsi melalui dua langkah. Pertama, pengaktifan meluas dari gambaran konsep leksikal ke ruang semantik yang sesuai di dalam medan leksikon. Capai ini disebut sebagai lema manakala prosesnya pula dikenali sebagai pemilihan lema.

Pada tingkat lema, sifat sintaksis sesuatu kata (sprt kata benda atau kata kerja, maskulin atau feminin dll) diaktifkan dan dapat diingat semula. Lema tidak mengandungi sebarang maklumat fonologi sesuatu kata. Hanya pada langkah kedua barulah capaian leksikal untuk bentuk fonologi sesuatu kata, termasuk kandungan ruas dan sifat matranya diperolehi. Gambaran fonologi sesuatu kata dirujuk sebagai bentuk kataatau leksem dan proses capaiannya dirujuk sebagai pengambilan leksem.

Page 7: Nama :  Azyantee Binti Mohd Zawawi No.  Matrik : GS 31451 Program: MA ( Bahasa Melayu )

Masyarakat Melayu

Minangkabau

Page 8: Nama :  Azyantee Binti Mohd Zawawi No.  Matrik : GS 31451 Program: MA ( Bahasa Melayu )

• Masyarakat Melayu Minangkabau• 30% daripada 100% sampel

Populasi Dan Persampelan:

• Kuala Pilah, Negeri SembilanLokasi:

• Kaedah tinjauan lapangan dan analisis kandunganKaedah Kajian:

• Alat perakam dan temubual berstrukturAlat Kajian:

• Menemubual informan dan menganalisis kandungan menggunakan pengekodan binari

Tatacara Kajian:

Page 9: Nama :  Azyantee Binti Mohd Zawawi No.  Matrik : GS 31451 Program: MA ( Bahasa Melayu )

1. Penyelidik merakam puisi Melayu Minangkabau

2. Mengenal pasti lema yang mengandungi nilai murni

3. Mengenal pasti leksem yang mengandungi nilai murni

4. Contoh bidalan: “kok duduk sama rendah, kok berdiri sama tinggi: berat sama dipikul, ringan

sama dijinjing; ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”

5. Lema yang mengandungi nilai murni ialah “sama”, kerana di samping terdapat maksud yang tersirat lema “sama” menzahirkan semangat kerjasama, hidup bermasyarakat, tolong-menolong.

6. Leksem dalam bidalan ini dizahirkan melalui maknanya, iaitu adat Minangkabau membentuk sebuah masyarakat dan sama taraf. Ia berkonsepkan kebersamaan, bekerjasama dan bergotong-royong, dalam makna tersebut, nilai murninya ialah hormat-menghormati, semangat kerjasama, dan tolong-menolong.

Page 10: Nama :  Azyantee Binti Mohd Zawawi No.  Matrik : GS 31451 Program: MA ( Bahasa Melayu )

1. Pengekodan binari digunakan untuk menganalisis data.

2. Nilai yang paling banyak diungkapkan perlu dirumuskan dan persoalan pemakaian bahasa

(nilai) tersebut kerap digunakan dalam masyarakat Melayu Minangkabau perlu dijelaskan.

Cara untuk mencapai objektif ke-3

Page 11: Nama :  Azyantee Binti Mohd Zawawi No.  Matrik : GS 31451 Program: MA ( Bahasa Melayu )

Tajuk: Capaian Lemma Dan Leksem Dalam Masyarakat Melayu

Minangkabau Mengikut Teori Penghasilan Pertuturan Levelt

Objektif:

i. Untuk mengenal pasti capaian lema dan leksem yang

terkandung dalam penzahiran puisi masyarakat Melayu

Minangkabau.

ii. Untuk menganalisis hubungan penghasilan

pertuturan mengikut teori Levelt dengan nilai murni dalam

masyarakat Melayu Minangkabau.

iii. Untuk merumuskan nilai murni yang terkandung dalam

puisi masyarakat Melayu Minangkabau berdasarkan lema

dan leksem.

Teori: Teori Penghasilan

Pertuturan Levelt

Analisis data: Analisis Kualitatif & Analisis Kuantitatif

Dapatan kajian: Rumusan & Cadangan

Kerangka konseptual

Page 12: Nama :  Azyantee Binti Mohd Zawawi No.  Matrik : GS 31451 Program: MA ( Bahasa Melayu )

Sekian, terima kasih.