nahu melayu moden

4
2.1.3 Nahu Melayu Moden (1998) Penulis Nahu Melayu Moden (1998) menggunakan istilah kata sifat merujuk kepada kata adjektif. Darjah perbandingan kata sifat dapat dibahagikan kepada tiga tahap perbandingan iaitu tingkat biasa, tingkat perbandingan (komparatif) dan tingkat paling atas (superlatif). Menurut nahu Melayu Moden (1998), kata sifat ialah perkataan yang bertingkat dan berdarjah. Maka, tingkat perbandingan kata adjektif boleh diterangkan oleh kata keterangan seperti sangat, amat atau sungguh dan tergolong dalam tingkat superlatif. a. Tingkat biasa Tingkat biasa ialah kata adjektif yang menunjukkan darjah perbandingan terhadap dua kata nama yang mempunyai tahap atau darjat yang setaraf atau sama. Ini bermaksud, tiada unsur perbezaan antara dua kata nama. Misalnya, 1. Birung itu jinak. 2. Budak itu pandai. 3. Kereta saya baru. 4. Orang itu boros. Perbandingan pada tingkat biasa boleh menggunakan imbuhan awalan se-. Misalnya, Baju Siti dan Aminah sewarna. Imbuhan awalan se- mempunyai makna ungkapan sama dengan, seperti, bagai, laksana dan lain-lain. Misalnya, 1. Baju Siti sama merah dengan baju Aminah.

Upload: bong-poh-kim

Post on 20-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kata sifat

TRANSCRIPT

Page 1: Nahu Melayu Moden

2.1.3 Nahu Melayu Moden (1998)

Penulis Nahu Melayu Moden (1998) menggunakan istilah kata sifat merujuk

kepada kata adjektif. Darjah perbandingan kata sifat dapat dibahagikan kepada tiga

tahap perbandingan iaitu tingkat biasa, tingkat perbandingan (komparatif) dan tingkat

paling atas (superlatif). Menurut nahu Melayu Moden (1998), kata sifat ialah perkataan

yang bertingkat dan berdarjah. Maka, tingkat perbandingan kata adjektif boleh

diterangkan oleh kata keterangan seperti sangat, amat atau sungguh dan tergolong

dalam tingkat superlatif.

a. Tingkat biasa

Tingkat biasa ialah kata adjektif yang menunjukkan darjah perbandingan

terhadap dua kata nama yang mempunyai tahap atau darjat yang setaraf atau sama.

Ini bermaksud, tiada unsur perbezaan antara dua kata nama. Misalnya,

1. Birung itu jinak.

2. Budak itu pandai.

3. Kereta saya baru.

4. Orang itu boros.

Perbandingan pada tingkat biasa boleh menggunakan imbuhan awalan se-.

Misalnya,

Baju Siti dan Aminah sewarna.

Imbuhan awalan se- mempunyai makna ungkapan sama dengan, seperti,

bagai, laksana dan lain-lain. Misalnya,

1. Baju Siti sama merah dengan baju Aminah.

2. Rambut perempuan itu perang seperti rambut kakak.

3. Lariannya cepat bagai kilat.

4. Hatinya kusut laksana benang.

b. Tingkat perbandingan (komparatif)

Tingkat perbandingan atau komparatif ialah tingkat perbandingan terhadap

darjat lebih atau kurang. Ungkapan lebih, kurang, lebih … lagi, lagi, makin dan

bertambah digunakan untuk membezakan tingkat perbandingan dua kata nama.

Struktuk pembinaan nya adalah seperti:-

1. lebih + kata sifat = Huda lebih cantik daripada Hawa.

2. Kurang + kata sifat = Azilah kurang pandai berbanding Jannah.

Page 2: Nahu Melayu Moden

3. lebih (kata sifat) lagi = Chong lebih tinggi lagi daripada ayahnya.

4. Kata sifat +lagi = Bilik tidur Shimah teratur lagi berbanding bilik tidur kakaknya.

5. Makin + Kata sifat = Mukanya makin lama makin cengkung.

6. Bertambah + kata sifat = Zana bertambah cantik apabila memakaikan pemerah

bibir.

c. Tingkat paling atas (Superlatif)

Tingkat paling atas ialah tingkat perbandingan terhadap darjat yang paling

tinggi antara dua kata nama. Darjah perbandingan pada tingkat paling atas atau

superlatif dinyatakan oleh frasa yang paling, yang ter-…, atau yang se-…, se-… -

nya. Misalnya,

1. Antara beberapa buah restoran makanan laut yang pernah saya kunjungi,

restoran Ah Seng yang paling baik.

2. Yang terpenting bagi ibu ialah anak-anak selamat pulang ke rumah.

3. Jalan yang seelok-eloknya ialah mendengar nasihat kedua orang tua kita.

4. Sesudah makan, Maimun pun mengenakan pakaian seindah-indahnya.

Selain itu, kata sifat yang disertakan dengan kata keterangan darjat

seperti sangat, amat dan sungguh boleh digunakan dan hadiri di hadaopan kata

sifat untuk menilai darjah perbandingan sesuatu kata sifat. Kata keterangan ini

menunjukkan darjah perbandingan tingkat yang paling atas atau superlatif.

Misalnya,

1. Tindakan John menyelamatkan mangsa lemas itu sangat berani.

2. Banglo Patrick amat besar,

3. Suara Dato Siti apabila menyanyi sungguh merdu.

Di samping itu, penanda kata sifat seperti sekali, betul dan benar juga

boleh digunakan untuk menilai tingkat perbandingan kata sifat. Ketiga-tiga kata

keterangan ini akan hadir selepas kata sifat dan menunjukkan darjah

perbandingan kata sifat yang paling atas. Misalnya,

1. Bangunan KLCC tinggi sekali.

2. Budak lelaki itu rajin betul.

3. Suanana di pasar malam riuh benar.