nabi muhammad teladan sepanjang zamanjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/khutbah nabi... ·...

8
1 Nabi Muhammad Teladan Sepanjang Zaman Oleh : Syeikh Mohd Sa’di Bin Md Said

Upload: truongthuy

Post on 13-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nabi Muhammad Teladan Sepanjang Zamanjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Nabi... · 2018-11-22 · dan di luar ibadat. ... Justeru, dalam memperingati bulan atau hari

1

Nabi Muhammad Teladan Sepanjang Zaman

Oleh :

Syeikh Mohd Sa’di Bin Md Said

Page 2: Nabi Muhammad Teladan Sepanjang Zamanjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Nabi... · 2018-11-22 · dan di luar ibadat. ... Justeru, dalam memperingati bulan atau hari

2 Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

23 November 2018/15 Rabiul Awwal 1440

Nabi Muhammad Teladan Sepanjang Zaman

إ ذ ةاهلل ي ونشمره، ونع دي وتعال ونست ده ستدا د هلل ن ن ال

يضون د اهلل فل مضن ل وي الا، ي ي ع سـيـئات أ ا وي نفس

ور أ ش

يك ل ول يثين ل و ن ل هلإ إل اهلل وخده ل شد أ ش

ادي ل، وأ ل ضد فل

ل دا عتده ورس ا وقائدا م ا وعظي د أن سيدا وختيت شول د ل، وأ

ا خي ث فجزاه اهلل ع يياث وصح ال

، ةوغ الرساهث وأدى ال وختيت وصفي

بيائ أ ا . يا جزى بيا ي ا خاجات د صلة تقض ة امهلل صن لع سيدا م

ولع ءال سليا ا، وسوى عوي عدائا ش أ ا ة ا وتكفي ا لربات ج ة وتفر

لثيا ي م ادل .إل ي

ى اهلل فقد فاز وصيكى وإياي ةتقا اهلل أ ق ا بعد، فيا عتاد اهلل ات ي

أ

ن تق . ال

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan menyeru kepada sidang jemaah

sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT,

dengan melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya.

Mudah-mudahan kita sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah SWT serta

mendapat perlindunganNya di dunia mahu pun di akhirat.

Page 3: Nabi Muhammad Teladan Sepanjang Zamanjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Nabi... · 2018-11-22 · dan di luar ibadat. ... Justeru, dalam memperingati bulan atau hari

3

Perayaan Maulidur Rasul SAW yang diadakan saban tahun jelas merupakan satu

penzahiran rasa cinta dan hormat kita kepada Nabi Muhammad SAW. Bukan sahaja

dimuliakan oleh umatnya, malahan Allah SWT sendiri telah pun memuliakan

Baginda, meninggikan kedudukan dan menyematkan nama Baginda SAW di dalam

lafaz syahadah, azan, iqamat, bacaan dalam solat, serta namanya tersemat indah di

dalam kitab al-Quranul Karim. .

Nama Baginda sering disebut dan disanjung oleh segenap kaum muslimin, di dalam

dan di luar ibadat. Sanjungan dan doa sesungguhnya melebihi segala bentuk

penghormatan dan penghargaan. Martabat dan kedudukan Nabi SAW yang mulia

dan tinggi itu bukan sesuatu yang dapat dicapai dengan ikhtiar dan usaha. Tidak

juga mungkin diperolehi melalui didikan dan latihan. Tetapi, martabat itu adalah

semata-mata hibah Ilahiyyah, iaitu anugerah daripada Allah SWT kepada Junjungan

Besar Nabi Muhammad SAW.

Justeru, dalam memperingati bulan atau hari ulang tahun kelahiran Baginda Nabi

SAW, ia hendaklah diperingati dan dirayakan dengan penuh bererti, dengan tujuan

untuk menghidupkan sunnah, budi pekerti dan menghayati perjuangan Baginda

dalam membela hak dan kebenaran, serta memisahkan perkara batil dan kedustaan.

Para tetamu Allah yang berbahagia,

Usaha menghidupkan sunnah nabi dan ajaran-ajaran Baginda hendaklah dibuktikan

dengan menzahirkan kesetiaan dan kecintaan terhadap Baginda melebihi kecintaan

terhadap yang lain. Hal ini adalah bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad SAW:

جعني وادله وودله والاس أ ي خب إل

كن أ

خدكى، خت أ

أ 1ل يؤي

____________________________________ 1) Sahih al-Bukhari, No. 15. Sahih Muslim, No.70.

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

23 November 2018/15 Rabiul Awwal 1440

Page 4: Nabi Muhammad Teladan Sepanjang Zamanjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Nabi... · 2018-11-22 · dan di luar ibadat. ... Justeru, dalam memperingati bulan atau hari

4

Maksudnya: “Tidak dianggap beriman seseorang di kalangan kamu sehinggalah dia

mencintaiku melebihi kecintaannya terhadap bapanya, anaknya dan manusia

keseluruhannya”.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Rasulullah SAW yang kita ingati, menjadi tokoh idola sepanjang zaman, disambut

ulang tahun kelahirannya setiap tanggal 12 Rabiul Awwal, bukan hanya pandai

berkata-kata dan banyak bicaranya, tetapi Baginda lebih suka bertindak dan

melaksanakan sesuatu. Perbuatan dan tindakan Baginda melebihi tutur katanya,

memandangkan Allah SWT sangat murka kepada orang yang hanya pandai berkata-

kata tetapi tidak mampu untuk menyempurnakannya. Allah SWT berfirman dalam

Surah al-Saff, ayat 3:

ڃ ڃ ڃ چ چ

٣: الصف چۀ ۀ ہ ہ ہ ہ ھ ھ ھ ھ چ

Maksudnya : “Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan

sesuatu yang kamu tidak melakukannya”.

Umat Islam yang cemerlang adalah insan yang hebat dalam pengurusan masa.

Mereka tidak akan membuang masa dengan bercakap tentang perkara yang sia-sia

atau bertengkar sesama sendiri, tetapi kita dituntut agar banyak bekerja dan

berusaha sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Taubah, ayat 105:

ڃ ڃ ڃ چ چ

ې ى ى ائ ېۋ ۅ ۅ ۉ ۉ ې ېچ

٥٠١: اتلوبةچ ائ ەئ ەئ وئ وئ ۇئ

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

23 November 2018/15 Rabiul Awwal 1440

Page 5: Nabi Muhammad Teladan Sepanjang Zamanjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Nabi... · 2018-11-22 · dan di luar ibadat. ... Justeru, dalam memperingati bulan atau hari

5

Maksudnya: “Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala

yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman

akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah)

yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia

menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

Setiap apa yang kita kerjakan pasti akan dinilai untuk diberi ganjaran dan balasan.

Amalan bertengkar sesama sendiri, apatah lagi sehingga membawa kepada

permusuhan adalah dilarang oleh agama Islam kerana agama yang suci ini

menganjurkan supaya umat Islam bersatu padu”.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat 103.

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڃچ ڄ ڄ ڄ ڄ چ ڃڦ چ چ چ ڃ ڃ

٥٠٣: آل غىرانچ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ

Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Agama

Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada

kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah

menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat

Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang

bersaudara”.

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

23 November 2018/15 Rabiul Awwal 1440

Page 6: Nabi Muhammad Teladan Sepanjang Zamanjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Nabi... · 2018-11-22 · dan di luar ibadat. ... Justeru, dalam memperingati bulan atau hari

6

Firman Allah SWT lagi :

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڇچ ڇ چ چ چ چ ڃ ڃ ڃ ڃ ڇ ڇڄ

٥٣: احلجراتچ ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڎڍ ڍ ڌ ڌ

Maksudnya : “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu

dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan

bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu

dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang

lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan

keadaan dan amalan kamu)”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Jelaslah, agama yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW,

menganjurkan umat manusia supaya saling mengenal di antara satu sama lain,

berusaha mencari titik persefahaman dan berbaik-baik di antara satu sama lain,

bukan dengan beza-membeza, rendah-merendah, atau hina-menghina. Malahan,

hendaklah memandang semua insan adalah sama. Kita semua merupakan makhluk

Allah SWT yang berketurunan daripada satu bapa iaitu Nabi Adam AS yang asalnya

dijadikan oleh Allah SWT dari tanah. Hanyasanya orang yang mulia di sisi Allah

SWT adalah mereka yang banyak berbakti. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-

Ma’idah, ayat 2:

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

23 November 2018/15 Rabiul Awwal 1440

Page 7: Nabi Muhammad Teladan Sepanjang Zamanjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Nabi... · 2018-11-22 · dan di luar ibadat. ... Justeru, dalam memperingati bulan atau hari

7

ڃ ڃ ڃ چ چ

ۈئ ېئ ۇئەئ وئ وئ ۇئچ ی ىئېئ ىئ ېئۆئ ۆئ ۈئ ىئ

چی ی ی

Maksudnya : “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan

dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa

(maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya

Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”.

Sempena memperingati bulan yang berkat ini, iaitu bulan Rabiul Awwal yang

dimulakan dengan sejarah kelahiran seorang utusan Allah SWT, hendaklah kita

memperbanyakkan mengingati Nabi SAW dengan berselawat kepadanya, melakukan

kerja-kerja mulia yang mendatangkan faedah dan kebajikan demi menjamin

kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, dilimpahi berkat, di bawah naungan

rahmat Allah SWT.

ڃ ڃ ڃ چ چ

ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ چ

٦٩: األغراف چڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ

Maksudnya : “Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman

serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan)

yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan

(Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang

mereka telah usahakan”.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

23 November 2018/15 Rabiul Awwal 1440

Page 8: Nabi Muhammad Teladan Sepanjang Zamanjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Nabi... · 2018-11-22 · dan di luar ibadat. ... Justeru, dalam memperingati bulan atau hari

8

وي إ بارك اهلل ل ومكه ىف امقرآن امػظيه، ونفػن و ياكه بىا فيىيع و الس إ ووكه تلوت كر احلكيه، وتقبل ون يات واذل

األ

ستغفر اهلل امػظيه ل ومكه ولسائر . امػنيه ذا وأ قول قول

أ

ني والىؤوات، فاستغفروه، فيا فوز الىسنىني والىسنىات والىؤو .الىستغفريي ويا ناة اتلائبني

23 November 2018/15 Rabiul Awwal 1440

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018