n ege r i s ettemap sem bi lan - ns.gov.my · kawasan berkenaan. selain pelaburan, pembangunan...

1
3 31-08-2019 HARIAN METRO n Pembangunan Lembah Wawasan Malaysia bakal tarik pelaburan RM294 bilion dalam tempoh 30 tahun NEGERI SEMBILAN TARIKAN PELABURAN ECRL membabitkan jajaran sepanjang 640 kilometer merangkumi dua stesen di Negeri Sembilan iaitu Jelebu dan Nilai” Aminuddin Raja Noraina Raja Rahim [email protected] Seremban H asrat kerajaan negeri untuk membangunkan Negeri Sembilan sebagai tarikan pelaburan menjadi kenyataan apabila prestasi pelaburan bagi sektorpembuatan dan perkhidmatan menunjukkan peningkatan memberangsangkan sepanjang tahun lalu. Faktor seperti ini dilihat sebagai potensi pelaburan yang lebih besar pada masa akan datang, ditambah pula dengan penubuhan Perbadanan Negeri Sembilan yang berperanan menggalakkan pelaburan berdasarkan pelan pembangunan yang dirancang. Perbadanan Negeri Sembilan juga berperanan mengkaji dan menarik pelaburan berpotensi serta boleh memberi manfaat kepada rakyat terutama mewujudkan pekerjaan serta menambah pendapatan rakyat. Bagi perancangan pembangunan Lembah Wawasan Malaysia 2.0 (MVV 2.0) yang dikemaskini, Perbadanan Negeri Sembilan akan bertindak sebagai agensi pusat bersama pemaju dalam memastikan MVV 2.0 dilaksanakan sebagaimana dirancang dan menjadi katalis kepada pembangunan ekonomi negeri. Selain menarik pelaburan bernilai RM294 bilion dalam tempoh 30 tahun, projek pembangunan metropolis bertaraf dunia yang kompetitif, inklusif dan bersih, bakal mewujudkan lebih 600,000 peluang pekerjaan menjelang 2045. Projek membabitkan kawasan Seremban dan Port Dickson seluas 153,411 hektar turut memberi tumpuan kepada pembangunan pemangkin, faedah ekonomi dan sosial serta aspirasi kelestarian alam sekitar. Pada masa sama, perancangan menyeluruh di daerah lain turut dilaksanakan untuk menarik pelabur dan memastikan pembangunan yang seimbang di seluruh negeri. Pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Negeri Sembilan juga diyakini dapat meningkatkan pelaburan dan nilai hartanah serta pembangunan di kawasan terbabit. ECRL membabitkan jajaran sepanjang 640 kilometer merangkumi dua stesen di Negeri Sembilan iaitu Jelebu dan Nilai. Projek itu menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan di Jelebu, sekali gus mempromosi produk eko-pelancongan sedia ada seperti Taman Negeri Kenaboi dan taman eko rimba lain. Situasi ini mewujudkan pelbagai pembangunan yang berasaskan pelancongan seperti pembinaan hotel, inap desa dan restoran. Malah, nilai hartanah yang berpatutan pasti menarik minat orang ramai untuk mula mencari penempatan di kawasan terbabit dan menarik perhatian syarikat besar berebut membuat pelaburan serta memajukan kawasan berkenaan. Selain pelaburan, pembangunan kawasan luar bandar turut diberi perhatian oleh kerajaan negeri bagi memastikan ia dapat bergerak seiring hala tuju Revolusi Industri 4.0. Kerajaan negeri kini mengambil kira perancangan sedia dibangunkan dan akan meneruskan kesinambungan bagi pelaksanaan Pelan Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan (PPLBNS) 2019-2040. Ia merupakan pelan jangka panjang yang diselaras bersama Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045 dan Pelan Pembangunan Komprehensif MVV 2.0. PPLBNS merupakan inisiatif dilaksanakan kerajaan negeri bagi memastikan kawasan luar bandar terus relevan dan mendasari kepesatan pembangunan negeri. Agenda pembangunan luar bandar memberi keutamaan meningkatkan inklusiviti berasaskan kepada dua prinsip utama iaitu kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan sosial. PPLBNS menyediakan kerangka hala tuju secara umum dan strategi pembangunan secara menyeluruh selari dengan pelan serta dasar di peringkat persekutuan iaitu Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar 2018-2023 dan Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030. Kerajaan negeri komited dalam melaksanakan teras dan strategi yang digariskan di dalam kedua-dua pelan dan dasar itu. setempat A

Upload: others

Post on 28-Oct-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: N EGE R I s ettemap SEM BI LAN - ns.gov.my · kawasan berkenaan. Selain pelaburan, pembangunan kawasan luar bandar turut diberi perhatian oleh kerajaan negeri bagi memastikan ia dapat

3

31 -0

8 -20

19

HARIAN M ETRO

n Pembangunan Lembah WawasanMalaysia bakal tarik pelaburan

RM294 bilion dalam tempoh 30 tahun

N EGE R ISEM BI LANTARI KAN

PE L A BU R A N

ECRL membabitkanjajaran sepanjang 640kilometer merangkumidua stesen di NegeriSembilan iaitu Jelebudan Nilai”Am i nu d d i n

Raja Noraina Raja Rahimr n o r ain a @ hmet r o . co m. my

S eremban

H asrat kerajaannegeri untukm e mba ngu n ka n

Negeri Sembilan sebagaitarikan pelaburan menjadikenyataan apabilaprestasi pelaburan bagisektorpembuatan danp erkhidmatanmenunjukkan peningkatanmemb erangsang kansepanjang tahun lalu.

Faktor seperti ini dilihatsebagai potensi pelaburanyang lebih besar pada masaakan datang, ditambah puladengan penubuhanPerbadanan NegeriSembilan yang berperananmenggalakkan pelaburanberdasarkan pelanpembangunan yangdirancang .

Perbadanan NegeriSembilan juga berperananmengkaji dan menarikpelaburan berpotensi sertaboleh memberi manfaatkepada rakyat terutamamewujudkan pekerjaanserta menambahpendapatan rakyat.

Bagi perancanganpembangunan LembahWawasan Malaysia 2.0(MVV 2.0) yangdikemaskini, PerbadananNegeri Sembilan akanbertindak sebagai agensipusat bersama pemajudalam memastikan MVV2.0 dilaksanakansebagaimana dirancangdan menjadi katalis kepadapembangunan ekonominegeri .

Selain menarik pelaburanbernilai RM294 biliondalam tempoh 30 tahun,projek pembangunanmetropolis bertaraf duniayang kompetitif, inklusifdan bersih, bakalmewujudkan lebih600,000 peluang pekerjaanmenjelang 2045.

Projek membabitkankawasan Seremban danPort Dickson seluas 153,411hektar turut memberitumpuan kepada

pembangunan pemangkin,faedah ekonomi dan sosialserta aspirasi kelestarianalam sekitar.

Pada masa sama,perancangan menyeluruhdi daerah lain turutdilaksanakan untukmenarik pelabur danmemastikan pembangunanyang seimbang di seluruhnegeri .

Pembinaan projek LaluanRel Pantai Timur (ECRL)di Negeri Sembilan jugadiyakini dapatmeningkatkan pelaburandan nilai hartanah sertapembangunan di kawasanterbabit .

ECRL membabitkanjajaran sepanjang 640kilometer merangkumi duastesen di Negeri Sembilaniaitu Jelebu dan Nilai.

Projek itu menjadipemangkin kepada sektorpelancongan di Jelebu,sekali gus mempromosiproduk eko-pelancongansedia ada seperti TamanNegeri Kenaboi dantaman eko rimba lain.

Situasi ini mewujudkanpelbagai pembangunanyang berasaskanpelancongan sepertipembinaan hotel, inapdesa dan restoran.

Malah, nilai hartanahyang berpatutan pasti

menarik minat orangramai untuk mulamencari penempatandi kawasan terbabit danmenarik perhatiansyarikat besar berebutmembuat pelaburanserta memajukankawasan berkenaan.

Selain pelaburan,pembangunan kawasanluar bandar turut diberiperhatian oleh kerajaannegeri bagi memastikania dapat bergerakseiring hala tujuRevolusi Industri 4.0.

Kerajaan negeri kinimengambil kiraperancangan sediadibangunkan dan akanmeneru skankesinambungan bagipelaksanaan PelanPembangunan LuarBandar Negeri Sembilan(PPLBNS) 2019-2040.

Ia merupakan pelanjangka panjang yangdiselaras bersamaRancangan StrukturNegeri Sembilan 2045dan Pelan PembangunanKomprehensif MVV 2.0.

PPLBNS merupakaninisiatif dilaksanakankerajaan negeri bagimemastikan kawasanluar bandar terus relevandan mendasari kepesatanpembangunan negeri.

Agenda pembangunanluar bandar memberikeutamaan meningkatkaninklusiviti berasaskankepada dua prinsip utamaiaitu kemakmuranekonomi dankesejahteraan sosial.

PPLBNS menyediakankerangka hala tuju secaraumum dan strategipembangunan secaramenyeluruh selaridengan pelan serta dasardi peringkat persekutuaniaitu Pelan HarapanPembangunan LuarBandar 2018-2023 danDasar Pembangunan LuarBandar 2030.

Kerajaan negerikomited dalammelaksanakan teras danstrategi yang digariskandi dalam kedua-duapelan dan dasar itu.

s etempatA