muzik di malaysia

Upload: malin30

Post on 08-Apr-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Muzik Di Malaysia

    1/2

    MUZIK DI MALAYSIA

    Menurut Misroni ( 2000 : 94 ), faktor penghijrahan penduduk Asia Barat, benua India, China dan

    Siam telah membawa bersama budaya mereka dan tukang tukang khusus dalam pelbagai

    kesenian, tinggal menetap di negara ini dan bergaul dengan penduduk tempatan. Di sinilah

    bermulanya daya kreativiti dan penciptaan peralatan muzik tradisinal diantaranya seperti rebab,

    kompang, rebana dan sebagainya.

    Profesor Madya Tan Sooi Beng & Patricia Matusky ( 1997 : 43 ) pula menyatakan bahawa,

    sejarah perkembangan muzik Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga zaman mengikut tiga

    zaman penting dalam sejarah Malaysia : zaman sebelum penjajahan British yang

    memperlihatkan kewujudan muzik rakyat dan klasik : zaman penjajahan British yangmemperlihatkan pengenalan muzik popular pertama : dan zaman selepas kemerdekaan

    Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia yang memperlihatkan kemunculan seni

    dan muzik popular Malaysia

    Dalam konteks muzik di Malaysia, menurut Profesor Madya Tan Sooi Beng & Patricia Matusky

    ( 1998 : 2 3 ), muzik di Malaysia dikategorikan kepada lima kategori iaitu :

    ( i ) Muzik Klasik Ia melibatkan muzik yang berkait dengan kawasan bandar atau istana.

    Tradisi muzik klasik itu biasanya diketahui oleh sebahagian sahaja komuniti tertentu. Contoh

    muzik ini seperti joget gamelan, gamelan Jawa dan nobat.

    ( ii ) Muzik Rakyat Terdapat di kalangan masyarakat desa dan komuniti petani. Ia merupakan

    pengucapan biasa dan tidak mudah berubah ubah kerana dipercayai bahawa muzik rakyat

    mencerminkan dengan tepat nilai dan dasar kebudayan di mana ianya wujud. Contohnya muzik

    seperti dikir barat yang popular di Kelantan, rodat ( Terengganu ), cak lempung ( Negeri

    Sembilan ) dan sebagainya..

    ( iii ) Muzik Sinkretik Ia kerap kali terdapat dalam budaya bandar, dapat juga didengar di

    kawasan desa yang mana unsur unsur asli daripada muzik rakyat dan klasik digabungkan

    dengan unsur unsur luar seperti muzik Arab, India, Cina, Portugal dan lain lain negara barat.

    Ia juga juga bersifat fleksibal dari segi perubahan dan penyerapan unsur-unsur seperti alat muzik,

    melodi, tekstur, skel, tema dan bahasa senikata. Cara persembahan pula berasal dari pelbagai

    sumber seperti rentak zapin, inang, masri, joget, muzik dondang sayang, ghazal dan keroncong.

  • 8/6/2019 Muzik Di Malaysia

    2/2

    ( iv ) Muzik Popular Ia adalah muzik komersial yang disebarkan melalui media massa iaitu

    piring hitam, radio, video, TV yang mana ia mengutamakan alat muzik barat dan ciri-ciri muzik

    barat. Muzik ini fleksibel dari segi penyerapan unsur-unsur muzik yang berasal daripada

    pelbagai sumber. Muzik ini selalu berubah dalam jangka masa yang pendek dan wujud seketika

    sahaja.

    ( v) Muzik Seni Kontemporari Ia merujuk kepada muzik yang berasaskan ciri-ciri muzik barat

    yang mengutamakan alat-alat muzik barat atau gabungan alat dan ciri muzikal barat serta

    tempatan. Ia juga mempunyai asas teori dan menonjolkan ciri-ciri kehalusan serta profesional

    dan ditulis dengan sistem notasi tertentu.

    Muzik sinkretik yang menggabungkan unsur unsur muzik luar dan tempatan memberi makna

    kepada kita bahawa proses muzik multi cultural yan ingin diperkenalkan di negara kita

    sebenarnya telah lama diimplementasikan dalam konteks muzik di negara ini. Contohnya

    beberapa lagu asli yang mengandungi frasa yang didapati dalam muzik rakyat Cina seperti lagu

    Mas Merah, manakala lagu Seri Mersing pula mempunyai frasa melodi dari Timur Tengah. ( Tan

    Sooi Beng & Matusky P. 1998 : 71 )

    Contoh lain seperti muzik joget yang dipercayai wujud pada abad ke 16 semasa penjajahan

    Portugis di Melaka. Ianya adalah muzik sinkretik yang menggabungkan ciri ciri muzik Portugis

    dan Melayu ( Tan Sooi Beng & Patricia Matusky ,1998 : 73 ). Ciri muzik ini didapati dalam

    muzik Portugal dan Sepanyol contohnya lagu Jingkly Nona. Zapin Melayu merupakan adaptasi

    zapin Arab yang menyerupai tarian Arab dari Hadhramaut yang berhijrah ke Asia tenggara pada

    abad ke 19. Alat alat muzik yang dimainkan sudah cukup jelas menggambarkan bahawa alat

    alat muzik tersebut adalah berasal dari Asia Barat. ( Tan Sooi Beng & Matusky P., 1998 : 14 ).