muqaddimah sains, teknologi dan undang · web viewbab 1 mengapa mengkaji sains, teknologi dan...

9
MUQADDIMAH SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG-UNDANG BAB 1 MENGAPA MENGKAJI SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG-UNDANG? 1.1 PENGENALAN Sains adalah satu ‘way of life’ dan pencarian yang tiada berkesudahan dalam mengkaji ilmu dan kebenaran. Kebiasaannya sains dikaitkan dengan ilmu. Akan tetapi ilmu di sini, adalah pengetahuan yang khusus, mempunyai ciri-ciri, tanda-tanda dan syarat-syarat yang khas atau lebih tepat disebut sebagai ilmu pengetahuan. (Endang Saifudin Anshari; 1982: 43). Pengertian mudah sebegini digunakan sebelum kemunculan sains moden, iaitu perbendaharaan ilmu yang diperakui benar setelah diolah mengikut kesesuaian zaman berzaman. 1.2 DEFINISI SAINS, TEKNOLOGI, UNDANG-UNDANG 1.21 Sains Pelbagai tafsiran dan makna telah diberikan kepada sains. Akar kata sains itu bermaksud kebijaksanaan istimewa dalam bahasa Sanskrit dan pengetahuan dalam bahasa Latin yang disebut sebagai scientia. (UNESCO :1982:7). Dalam bahasa Jerman sains dipanggil dengan Wissenschaft yang bermaksud pertanyaan teoritikal yang sistematik. Makna sains juga diberi maksud seperti berikut (Wan Fuad Wan Hassan; 1996:3) :- a) Sains ialah apa yang dilakukan oleh ahli sains. b) Pengetahuan bersistem yang diperolehi daripada cerapan, kajian dan eksperimen. c) Perbendaharaan ilmu, terutama yang menuju ke arah pembinaan dan pensisteman fakta. d) Kepakaran berdasarkan latihan yang bersistem. e) Sebarang disiplin atau kegiatan yang melibatkan alam jasmani serta fenomena dan cerapan yang tidak berat sebelah, serta eksperimen yang bersistem. Umumnya, sains melibatkan pencarian ilmu, mencakup kebenaran atau hukum alam asas yang diperolehi dan diuji dengan kejituan yang amat tinggi (New Encyclopaedia Britannica Micropaedia 1985). f) Sains berupa analisis fenomena secara bersistem, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai (Shaharir Mohamad Zain, 1987). Robert E. McGinn(1991:15) pula mentakrifkan sains itu terdiri daripada empat makna utama iaitu :- a) Sains itu sebagai ilmu pengetahuan b) Sains itu sebagai satu bidang pertanyaan sistematik kepada tabie c) Sains adalah satu bentuk aktiviti kebudayaan manusia di mana ia juga selalu dirujuk sebagai satu perbezaan bentuk atau cara aktiviti kebudayaan manusia yang diamalkan oleh manusia sekarang digelar saintis, tetapi dahulunya dikenali ahli falsafah tabie dan orang berilmu. d) Sains sebagai satu perusahaan kemasyarakatan secara keseluruhannya yang meliputi ilmu pengetahuan yang kompleks, manusia, kemahiran-kemahiran, organisasi, kemudahan, teknik, sumber fizikal, kaedah, dan teknologi yang diambil bersama dan mempunyai pertalian di antara satu dengan yang lain, yang menumpukan kepada pembelajaran dan pemahaman tentang alam tabie. 2.22 Sains Moden Terdapat juga beberapa istilah-istilah lain yang diberikan kepada sains seperti sains moden dan sains Islam. Sains moden merujuk kepada ilmu sains seperti yang terdapat pada hari ini. Disebabkan sains moden ini lahir daripada tamadun Barat, maka sains moden juga dikenali sebagai sains Barat.(Wan Fuad Wan Hassan: 1996; 5). Manakala takrifan sains moden yang biasa terdapat dalam kamus ialah :- “Suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau dengan fakta-fakta yang ditinjau dan disusun secara bersistem dan dihimpunkan dalam bentuk hokum-hukum umum, dan ia termasuklah kaedah-kaedah yang boleh dipercayai untuk menghasilkan kebenaran baru dalam lapangannya sendiri”. (Oxford Dictionary) Makna sebegini membuktikan bahawa sains adalah satu proses untuk sampai kepada satu kebenaran yang disebabkan oleh manusia menanyakan asal usul dan tujuan kewujudannya di alam semesta ini. Oleh itu, sains tidaklah hanya suatu susunan pencapaian yang menakjubkan, tetapi implikasinya adalah lebih besar daripada itu. Seorang ahli falsafah sains moden kontemporari Profesor C.H. Waddington telah menegaskan; “sains adalah satu pandangan atau sikap terhadap dunia dan satu cara hidup”. (Shaharir Mohamad Zain: 1985; 5). 2.23 Sains Islam Sarjana Barat tidak memberi penekanan kepada sains Islam dan pengaruhnya terhadap perkembangan dunia masa kini. Bagi mereka, perkembangan ilmu-ilmu kimia, fizik, matematik dan perubatan yang berlaku sewaktu kegemilangan Islam itulah sains Islam. Nama Sains Islam setaraf dengan ilmu-ilmu sains daripada tamadun yang lain seperti Cina dan Yunani. Bagaimanapun, penulis Muslim telah memberi penekanan kepada aspek keislaman ini. Osman Bakar(1988) menyebut, sains Islam yang lahir daripada tamadun Islam pada abad ke-8M, mempunyai sifat- sifat kerohanian yang tersendiri, dikembangkan oleh sarjana-sarjana Muslim umumnya dan sains tersebut berharmoni dengan prinsip-prinsip agama Islam. Syed Hossein Nasr (1976:9) pula menulis bahawa sains Islam itu lahir daripada gabungan antara ajaran al-Quran dan ilmu sains tamadun lain di bawah takluk kerajaan Islam pada zaman kegemilangan Islam. Sains Islam yang lahir secara demikian adalah baru dan merupakan rentetan tetapi berlainan dari segi jiwanya daripada sains sebelumnya. Menurut Zaki Kirmani (1987) asas sains Islam itu terdiri daripada tiga perkara utama iaitu:- i) Sains Islam itu hendaklah selaras dengan Syariah Waqar Husaini (1980) menganggap cirri syariahlah yang menjadi asas kepada sains Islam. Bagi beliau sains dan teknologi moden yang tidak bercanggah dengan syariah Islam boleh diterima oleh masyarakat Muslim bagi manfaat ummahnya. Ini bermakna setiap kegiatan sains perlu dipertimbang dari segi syariahnya. ii) Sains yang perlu diislamkan Sarjana Muslim mengakui bukan semua ilmu sains Eropah itu selari dengan ajaran dan prinsip- prinsip Islam. Ilmu-ilmu barat hari ini perlu diislamkan terlebih dahulu sebelum diambil manfaat daripadanya. Pengislaman ilmu mengkehendaki umat Islam menguasai bukan sahaja ilmu-ilmu sains moden, tetapi juga ilmu-ilmu asas bidang agama Islam dan kemudian membuat sintesis bagi melahirkan sebuah ilmu yang bercorak Islam. iii) Sains Islam berlandaskan tauhid Sains Islam sangat menekankan tauhid sebagai teras ilmu dengan menjadikannya sebagai ilmu sepadu iaitu tiada pemisahan antara ilmu dengan nilai. Al-Ghazali (1058-1111) dalam kitabnya, Ihya Ulumuddin mengkategorikan ilmu kepada tiga perkara asas iaitu; I Punca Ilmu (a) Ilmu yang diturunkan (revealed knowledge) (b) Ilmu yang diperolehi (acquired knowledge) seperti ilmu sains moden II Hukum 1

Upload: lamthu

Post on 18-Mar-2018

264 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: MUQADDIMAH SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG · Web viewBAB 1 MENGAPA MENGKAJI SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG-UNDANG? 1.1 PENGENALAN Sains adalah satu ‘way of life’ dan pencarian yang tiada

MUQADDIMAH SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG-UNDANG

BAB 1MENGAPA MENGKAJI SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG-UNDANG?

1.1 PENGENALAN Sains adalah satu ‘way of life’ dan pencarian yang tiada berkesudahan dalam mengkaji ilmu dan kebenaran. Kebiasaannya sains dikaitkan dengan ilmu. Akan tetapi ilmu di sini, adalah pengetahuan yang khusus, mempunyai ciri-ciri, tanda-tanda dan syarat-syarat yang khas atau lebih tepat disebut sebagai ilmu pengetahuan. (Endang Saifudin Anshari; 1982: 43). Pengertian mudah sebegini digunakan sebelum kemunculan sains moden, iaitu perbendaharaan ilmu yang diperakui benar setelah diolah mengikut kesesuaian zaman berzaman. 1.2 DEFINISI SAINS, TEKNOLOGI, UNDANG-UNDANG1.21 SainsPelbagai tafsiran dan makna telah diberikan kepada sains. Akar kata sains itu bermaksud kebijaksanaan istimewa dalam bahasa Sanskrit dan pengetahuan dalam bahasa Latin yang disebut sebagai scientia. (UNESCO :1982:7). Dalam bahasa Jerman sains dipanggil dengan Wissenschaft yang bermaksud pertanyaan teoritikal yang sistematik. Makna sains juga diberi maksud seperti berikut (Wan Fuad Wan Hassan; 1996:3) :-

a) Sains ialah apa yang dilakukan oleh ahli sains.b) Pengetahuan bersistem yang diperolehi daripada cerapan, kajian dan eksperimen.c) Perbendaharaan ilmu, terutama yang menuju ke arah pembinaan dan pensisteman fakta.d) Kepakaran berdasarkan latihan yang bersistem.e) Sebarang disiplin atau kegiatan yang melibatkan alam jasmani serta fenomena dan cerapan yang tidak berat

sebelah, serta eksperimen yang bersistem. Umumnya, sains melibatkan pencarian ilmu, mencakup kebenaran atau hukum alam asas yang diperolehi dan diuji dengan kejituan yang amat tinggi (New Encyclopaedia Britannica Micropaedia 1985).

f) Sains berupa analisis fenomena secara bersistem, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai (Shaharir Mohamad Zain, 1987).

Robert E. McGinn(1991:15) pula mentakrifkan sains itu terdiri daripada empat makna utama iaitu :-a) Sains itu sebagai ilmu pengetahuanb) Sains itu sebagai satu bidang pertanyaan sistematik kepada tabiec) Sains adalah satu bentuk aktiviti kebudayaan manusia di mana ia juga selalu dirujuk sebagai satu perbezaan bentuk

atau cara aktiviti kebudayaan manusia yang diamalkan oleh manusia sekarang digelar saintis, tetapi dahulunya dikenali ahli falsafah tabie dan orang berilmu.

d) Sains sebagai satu perusahaan kemasyarakatan secara keseluruhannya yang meliputi ilmu pengetahuan yang kompleks, manusia, kemahiran-kemahiran, organisasi, kemudahan, teknik, sumber fizikal, kaedah, dan teknologi yang diambil bersama dan mempunyai pertalian di antara satu dengan yang lain, yang menumpukan kepada pembelajaran dan pemahaman tentang alam tabie.

2.22 Sains ModenTerdapat juga beberapa istilah-istilah lain yang diberikan kepada sains seperti sains moden dan sains Islam. Sains moden merujuk kepada ilmu sains seperti yang terdapat pada hari ini. Disebabkan sains moden ini lahir daripada tamadun Barat, maka sains moden juga dikenali sebagai sains Barat.(Wan Fuad Wan Hassan: 1996; 5). Manakala takrifan sains moden yang biasa terdapat dalam kamus ialah :-

“Suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau dengan fakta-fakta yang ditinjau dan disusun secara bersistem dan dihimpunkan dalam bentuk hokum-hukum umum, dan ia termasuklah kaedah-kaedah yang boleh dipercayai untuk menghasilkan kebenaran baru dalam lapangannya sendiri”. (Oxford Dictionary)

Makna sebegini membuktikan bahawa sains adalah satu proses untuk sampai kepada satu kebenaran yang disebabkan oleh manusia menanyakan asal–usul dan tujuan kewujudannya di alam semesta ini. Oleh itu, sains tidaklah hanya suatu susunan pencapaian yang menakjubkan, tetapi implikasinya adalah lebih besar daripada itu. Seorang ahli falsafah sains moden kontemporari Profesor C.H. Waddington telah menegaskan; “sains adalah satu pandangan atau sikap terhadap dunia dan satu cara hidup”. (Shaharir Mohamad Zain: 1985; 5). 2.23 Sains IslamSarjana Barat tidak memberi penekanan kepada sains Islam dan pengaruhnya terhadap perkembangan dunia masa kini. Bagi mereka, perkembangan ilmu-ilmu kimia, fizik, matematik dan perubatan yang berlaku sewaktu kegemilangan Islam itulah sains Islam. Nama Sains Islam setaraf dengan ilmu-ilmu sains daripada tamadun yang lain seperti Cina dan Yunani. Bagaimanapun, penulis Muslim telah memberi penekanan kepada aspek keislaman ini. Osman Bakar(1988) menyebut, sains Islam yang lahir daripada tamadun Islam pada abad ke-8M, mempunyai sifat-sifat kerohanian yang tersendiri, dikembangkan oleh sarjana-sarjana Muslim umumnya dan sains tersebut berharmoni dengan prinsip-prinsip agama Islam. Syed Hossein Nasr (1976:9) pula menulis bahawa sains Islam itu lahir daripada gabungan antara ajaran al-Quran dan ilmu sains tamadun lain di bawah takluk kerajaan Islam pada zaman kegemilangan Islam. Sains Islam yang lahir secara demikian adalah baru dan merupakan rentetan tetapi berlainan dari segi jiwanya daripada sains sebelumnya. Menurut Zaki Kirmani (1987) asas sains Islam itu terdiri daripada tiga perkara utama iaitu:-

i) Sains Islam itu hendaklah selaras dengan SyariahWaqar Husaini (1980) menganggap cirri syariahlah yang menjadi asas kepada sains Islam. Bagi beliau sains dan teknologi moden yang tidak bercanggah dengan syariah Islam boleh diterima oleh masyarakat Muslim bagi manfaat ummahnya. Ini bermakna setiap kegiatan sains perlu dipertimbang dari segi syariahnya.

ii) Sains yang perlu diislamkanSarjana Muslim mengakui bukan semua ilmu sains Eropah itu selari dengan ajaran dan prinsip-prinsip Islam. Ilmu-ilmu barat hari ini perlu diislamkan terlebih dahulu sebelum diambil manfaat daripadanya. Pengislaman ilmu mengkehendaki umat Islam menguasai bukan sahaja ilmu-ilmu sains moden, tetapi juga ilmu-ilmu asas bidang agama Islam dan kemudian membuat sintesis bagi melahirkan sebuah ilmu yang bercorak Islam.

iii) Sains Islam berlandaskan tauhidSains Islam sangat menekankan tauhid sebagai teras ilmu dengan menjadikannya sebagai ilmu sepadu iaitu tiada pemisahan antara ilmu dengan nilai. Al-Ghazali (1058-1111) dalam kitabnya, Ihya Ulumuddin mengkategorikan ilmu kepada tiga perkara asas iaitu;I Punca Ilmu

(a) Ilmu yang diturunkan (revealed knowledge)(b) Ilmu yang diperolehi (acquired knowledge) seperti ilmu sains moden

1

Page 2: MUQADDIMAH SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG · Web viewBAB 1 MENGAPA MENGKAJI SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG-UNDANG? 1.1 PENGENALAN Sains adalah satu ‘way of life’ dan pencarian yang tiada

II Hukum(a) Fardhu Ain(b) Fardhu Kifayah

III Tugas masyarakat(a) Ilmu kebaikan seperti kejuruteraan dan kedoktoran(b) Ilmu keburukan seperti ilmu astrologi, ilmu hitam, kejuruteraan genetik dan ilmu perjudian

Tujuan sains Islam memang luhur, suci dan bersepadu yang menggabungkan di antara unsur duniawi dan uhkrawi. Ini jelas boleh kita saksikan melalui firman Allah yang berbunyi :-

“Sesungguhnya, di dalam penciptaan segala langit dan bumi dan silih berganti di antara malam dan siang, terdapat ayat-ayat (tanda-tanda kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir. Yaitu bagi orang-orang mengingati Allah sambil berdiri, duduk, dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan segala langit dan bumi seraya berkata : “Wahai Tuhan kami. Tidak Engkau ciptakan semuanya ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka.” (Ali-Imran : 190-191).

2.3 TeknologiTeknologi ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem. Ia sering dikaitkan dengan proses industri, tetapi boleh digunakan juga untuk mana-mana kegiatan dan berkait rapat dengan sains kejuruteraan. Ia juga dikaitkan dengan peralatan dan teknik bagi menjalankan sesuatu perancangan.(Wan Fuad Wan Hassan: 1996; 13). Teknologi juga merujuk kepada keseluruhan atau bahagian organik saintifik dan ilmu empirikal yang merujuk kepada aktiviti industri, material dan sumber tenaga, mod kenderaan dan komunikasi dan bidang lain yang sama selagimana ia menjurus kepada aplikasi secara langsung kepada produk atau pembaikan barang-barang dan perkhidmatan.(UNESCO:1982). Robert E. McGinn (1991; 14) membahagikan teknologi kepada empat makna seperti berikut :-

a) Teknologi sebagai teknik-teknikTeknologi selalunya dirujuk sebagai produk-produk material buatan manusia atau rekaannya.b) Teknologi sebagai satu teknologic) Teknologi sebagai satu bentuk aktiviti kebudayaan manusiad) Teknologi sebagai satu perusahaan kemasyarakatan yang menyeluruh

Dalam konteks polisi kerajaan, konsep sains dan teknologi digunapakai pada aktiviti-aktiviti asas berikut :-i) Penyelidikan saintifik dan teknologi atau pembelajaran, eksperimen, pengkongsepsian

dan ujian teori yang melibatkan penemuan-penemuan atau perkembangan aplikasi baru.

ii) Perkembangan eksperimen di mana terkandung dalam proses penyesuaian, ujian dan penapisan yang membawa kepada aplikasibiliti yang praktikal.

iii) Perkhidmatan saintifik dan teknologi (STS) yang mewakili satu kumpulan pelbagai dalam aktiviti-aktiviti penting kepada kemajuan penyelidikan dan kepada aplikasi praktikal sains dan teknologi. Servis ini mengumpul, memproses dan menyebar maklumat saintifik dan teknologi yang diperlukan bagi tujuan tersebut.

iv) Inovasi atau perkembangan produk baru atau proses dengan pandangan bahawa idea-idea segar dan penciptaan digunakan secara efektif di dalam ekonomi negara. Inovasi termasuk perpindahan teknologi yang melibatkan kepada pengenalan produk atau proses ke dalam negara di mana ia tidak diketahui sebelumnya.(UNESCO : 1982; 7).

2.4 Undang-Undang Perkataan undang-undang ditakrifkan dengan pelbagai makna dan tafsiran. Ada terdapat undang-undang sains, undang-undang ekonomi, undang-undang moral, undang-undang tabie, undang-undang negara dan sebagainya. Secara mudah, undang-undang itu boleh difahami dengan maksud sebarang himpunan prinsip-prinsip yang diseragamkan. Apabila undang-undang digunakan dalam konteks hubungannya dengan masyarakat ia dirujuk sebagai satu himpunan prinsip-prinsip yang mentadbir dan mengatur tabiat manusia. (Anwarul Yaqin:1996; 1)

Kamus Undang-Undang Osborn Concise mendefinisikan undang-undang sebagai satu kewajipan peraturan tingkahlaku (rule of conduct). Ia merupakan satu perintah oleh dia atau mereka yang mempunyai kuasa memaksa(Hobbes). John Austin pula mengatakan bahawa undang-undang adalah satu peraturan tingkahlaku yang dikenakan dan dikuatkuasakan oleh Sovereign atau dalam konteks kita adalah Yang DiPertuan Agung melalui Parlimen. Akan tetapi, Salmond pula berpendapat undang-undang adalah badan prinsip-prinsip yang diiktiraf dan digunapakai oleh negeri di dalam pentadbiran keadilan. Manakala Blackstone tegas dengan pandangan bahawa satu peraturan undang-undang yang dibuat oleh adat pra-wujud(purba) dianggap sebagai undang-undang positif yang merupakan sebahagian daripada legislator atau hakim.(Roger Bird: 1983; 197). Seterusnya, Glanville Williams menganggap undang-undang adalah simen kepada masyarakat dan juga menjadi saluran utama kepada perubahan dalam diri atau masyarakat.

2.41 AktaTerdapat juga beberapa istilah lain bagi undang-undang seperti Akta, Ordinan, Enakmen, Perkara dan Polisi.

Tafsiran Akta ialah undang-undang yang digubal di parlimen selepas kemerdekaan Malaysia iaitu pada tanggal 31 Ogos 1957. Kamus Osborn Concise mendefinisikan akta sebagai dekri(perintah) perundangan yang dibahaskan di Parlimen atau panggilan lain adalah statut.

2.42 OrdinanOrdinan ialah undang-undang yang digubal selepas tahun 1946 dan digunapakai sehingga sebelum kemerdekaan Malaysia pada tanggal 31 Ogos 1957. Tetapi, undang-undang yang terdapat di Sarawak yang diluluskan di bawah kuasa negeri samada sebelum atau selepas merdeka juga dipanggil Ordinan sehingga ke hari ini. Umpamanya, Ordinan Undang-Undang Sarawak 1928. (Lee Mei Pheng : 1990; 12).

2.43 EnakmenEnakmen pula adalah undang-undang negeri yang digubal di Dewan Undangan Negeri kecuali (di Sarawak) ditadbir dan diluluskan di bawah kuasa negeri-negeri di Malaysia. Enakmen yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri di Malaysia misalnya, Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Melaka 1959. (Lee Mei Pheng : 1990; 12)

2.44 PerkaraPengertian Perkara(Articles) adalah klausa yang dirujuk di dalam sesuatu dokumen. Maka dalam konteks Malaysia lazimnya, perkara dirujuk kepada perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang agung(supreme law) di negara ini. Contohnya, di dalam perkara 4 perlembagaan persekutuan 1957, menerangkan bahawa perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang agung dalam negara Malaysia dan sebarang undang-undang lain yang bertentangan dengannya, maka dianggap terbatal dan tidak sah serta Perlembagaan Persekutuan hendaklah mengatasinya(prevail). Jika sesuatu undang-undang itu yang diluluskan sebelum merdeka

2

Page 3: MUQADDIMAH SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG · Web viewBAB 1 MENGAPA MENGKAJI SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG-UNDANG? 1.1 PENGENALAN Sains adalah satu ‘way of life’ dan pencarian yang tiada

dan/atau sebelum wujudnya Perlembagaan Persekutuan, maka ia akan diperbaiki(modify) sesuai dengan konteks dan manhaj Malaysia. Istilah Perkara juga digunakan dalam istilah perundangan Kontrak. Misalnya istilah Articles of Association.

2.45 Polisi Kebangunan sesebuah negara banyak bergantung kepada polisi yang jelas, mantap dan telus. Wahana ampuh ini menjadi dasar, panduan yang menentukan rentak dan halatuju negara pada masa hadapan. Lazimnya, konsep Polisi dan penafsirannya sangat diperlukan terutama dalam membincangkan perancangan sains dan teknologi serta polisi negara. Terdapat banyak tafsiran dalam mendefinisikan Polisi yang sebahagiannya berbentuk umum dan sebahagian yang lain merujuk kepada makna dalam bidang aplikasi yang spesifik. Yang dimaksudkan dengan Polisi, adalah keputusan-keputusan jangka panjang di mana memberi pengaruh kepada sejumlah besar kelompok-kelompok pelbagai yang mempunyai nilai-nilai yang berbeza. (Delp et alii, 1977 : 271). Pelaksanaan keputusan jangka panjang ini bertujuan untuk mengubah beberapa situasi yang tidak diperlukan lagi kepada yang lebih diperlukan bagi sesebuah negara.

Dalam konteks Malaysia, Polisi adalah dasar atau panduan atau pelan tindakan negara dalam mengukuhkan pengurusan negara. Dasar menjadi landasan dan panduan utama projek yang diwujudkan. Dasar juga menjadi asas panduan pelaksanaan dan operasi projek-projek yang telah dikenalpasti. (INTAN. 1991. Malaysia Kita. Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur ; 707).

Manakala Polisi Awam pula ditakrifkan sebagai satu halatuju atau tindakan yang mempunyai matlamat dan tujuan yang diikuti oleh seorang pelaku atau sekumpulan pelaku-pelaku di dalam usaha dan percubaan untuk menangani permasalahan umum. Menurut Barke (1987 : 11-12), definisi polisi sains dan teknologi adalah satu tindakan kerajaan yang bertujuan untuk memberi sokongan, gunapakai atau menyelaraskan ilmu pengetahuan saintifik atau inovasi teknologi. (F. Bilich: 1989; 11).

Perkembangan Sains dan Teknologi di Malaysia mengikut transformasi dan perubahan struktural daripada ekonomi yang berasaskan pertanian kepada ekonomi yang berasaskan pengeluaran. Pada peringkat awal pasca kemerdekaan, perkembangan Sains dan Teknologi dikendalikan oleh beberapa badan berkanun dan jabatan daripada pelbagai kementerian dalam bentuk ad-hoc, yang selalunya menghasilkan tindakan dan strategi yang tidak selaras, dengan setiap institusi mempunyai objektif mereka yang tersendiri. Penubuhan Majlis Nasional Penyelidikan dan Pembangunan Saintifik (NCSRD) pada tahun 1975 dan kemudian Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada tahun 1976 yang telah menyediakan banyak keperluan nasihat dan koordinasi polisi, memberi peruntukan terus kepada sumber Sains dan Teknologi awam dalam meningkatkan pembangunan Sains dan Teknologi di negara ini. (NSTP II: Julai 2000; 5).

2.451 Polisi Sains dan Teknologi Nasional (NSTP) (1986-2000)Kepentingan sains dan teknologi(S&T) dalam konteks pembangunan Malaysia mula terserlah pada awal tahun 80an apabila Polisi Sains dan Teknologi Nasional (NSTP) pada tahun 1986 ditubuhkan yang telah menyediakan rangkakerja asas kepada pembangunan S&T Malaysia. Di antara matlamat NSTP negara pada tahun 1986 ialah memastikan pembangunan S&T yang berterusan di mana membantu merangsangkan pertumbuhan ekonomi, menggalakkan perkembangan industri dan mempromosikan masyarakat maju yang saintifik dan berteknologi tinggi. (NSTP II: Julai 2000; 6).

Pengurusan S&T di Malaysia adalah berpusat dan dikoordinasikan oleh pihak kerajaan. Struktur dan kandungan pembuat polisi(policy-making) S&T telah melalui transformasi pada pertengahan 80an melalui koordinasi berpusat dan sasaran strategik bagi membantu pelbagai program industri. Pada tahun 1984, Penasihat Sains telah dilantik di Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab sebagai pusat koordinasi polisi dan meneroka inisiatif baru. Akademi Sains Malaysia juga ditubuhkan yang juga bertindak sebagai komponen penasihat dalam sistem S&T negara. Dalam usaha mengkoordinasikan lagi pembangunan S&T, beberapa institut teknologi industri utama termasuk MIMOS, SIRIM, MINT dan Technology Park Malaysia telah ditukar ke bawah penyeliaan MOSTE’s. NCSRD juga diperbaharui dengan memasukkan lebih ramai wakil daripada sektor swasta. Badan pembuat dasar baru seperti MIGHT dan Majlis Perniagaan Malaysia dibentuk. (NSTP II: Julai 2000; 7).

Kotak 1 : Pencapaian S&T di Malaysia

Polisi Sains dan Teknologi Nasional I (NSTP) yang diperkenalkan pada tahun 1986 telah berjaya membangunkan S&T Malaysia dalam satu sistem yang padu dan kukuh. Dalam tempoh kurang daripada 20 tahun, pencapaian S&T Malaysia adalah seperti berikut:-

~Integrasi- elemen S&T di dalam perancangan pembangunan nasional (5 th, 6th, 7th Plans; OPP2,IMP2, Wawasan 2020)

~Sistem Penasihat S&T- kemasukan maklumat di antara sektor S&T dengan sektor lain (Pejabat Penasihat Sains, NDPC, MPKSN, ASM, MIGHT, MAPEN dan lain-lain).

~Koordinasi Perkembangan S&T- Koordinasi pelaksanaan dan perancangan (NDPC, EPU, ICU, MOSTE dan lain-lain).

~Infrastruktur S&T-Infrastruktur dalaman dan luaran termasuk mempopularkan sains (Pejabat Penasihat Sains, Inisiatif inCERT, MSC, MOSTE dan pelbagai kementerian).

~Pembiayaan dan pengurusan pembangunan dan perkembangan(R&D)-IRPA, cess industri.

~Mekanisma untuk pengkomersialan penyelidikan dan teknologi – institusi dan mekanisma pemboleh (MTDC, TPM, Inkubator Universiti, Geran pelbagai- IGS, TAF, MGS, MESDAQ, Industri Perbankan dan teknologi).

~Integrasi pembangunan manusia- pendidikan, latihan, perolehan kemahiran (Kementerian pelbagai, agensi-agensi dan institusi-institusi antarabangsa).

~Perkongsian pintar – sektor awam dan swasta bekerjasama dalam mempromosikan praktikal yang terbaik pengurusan teknologi, perkongsian sektor swasta (nasional dan antarabangsa) perolehan dan pemindahan teknologi dan pembangunan perniagaan (CPTM, MIGHT).

Sumber : Polisi Sains dan Teknologi Nasional (NSTP II) (2001-2010)(Membina Persaingan Dalam Memacu K-Ekonomi)

Beberapa pusat dan komiti telah ditubuhkan bagi tujuan meningkatkan aktiviti berorentasikan teknologi. Ini termasuk penubuhan Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan, Pengarahan Bioteknologi, Akademi Sains, Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC), Pusat Sains Udara, Pusat Penilaian Kebangsaan di Taman Teknologi Malaysia dan Pusat Penyelidikan Material Tinggi di Taman Hi-Tech Kulim. (NSTP II: Julai 2000; 9).

2.452 Polisi Sains dan Teknologi Nasional II (NSTP II) (2001-2010)(Membina Persaingan Dalam Memacu K-Ekonomi)

3

Page 4: MUQADDIMAH SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG · Web viewBAB 1 MENGAPA MENGKAJI SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG-UNDANG? 1.1 PENGENALAN Sains adalah satu ‘way of life’ dan pencarian yang tiada

Agenda Polisi Sains dan Teknologi Nasional I adalah berperanan untuk pembangunan sosial, alam sekitar dan kesihatan rakyat secara mapan. Sekarang, negara ini sedang rancak dalam melaksanakan agenda pelaksanaan Polisi Sains dan Teknologi Nasional II. Agenda ini yang bertemakan “Membina Persaingan Dalam Memacu K-Ekonomi” dijangka akan membawa satu ledakan dan halatuju baru dalam memacu Malaysia ke pentas persaingan arena antarabangsa. Selepas Bryan S. Turner meramalkan abad ke 21 sebagai alaf pascamodenisma, maka negara ini tidak ketinggalan dengan usaha mengenengahkan konsep K-Ekonomi ataupun ekonomi yang berasaskan ilmu(knowledge based economy) supaya mampu bersaing dalam pasaran ekonomi global dan mendepani alaf baru dengan jayanya.

Barangkali kita masih teringat dengan sebuah novel pertama bercorak IT yang bertajuk Neuromencer karya seorang novelis bernama Mel Gibson dan telah dikarang pada tahun 1984, yang banyak menceritakan tentang kehebatan dunia teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) dan kecanggihan rangkaian sistem di bawahnya. Ramai yang tidak percaya dan sangsi dengan idea dan imaginasi novelis tersebut, tetapi akhirnya dunia kontemporari mengesahkan bahawa idea dan ramalan novelis tersebut adalah kenyataan dan realistik. Kemudian, Nicholas Negroponte membina mekanisma dunia ICT tersebut dalam bukunya yang cukup tersohor bertajuk “Being Digital”. Memandangkan kepesatan pembangunan ICT pada millenium ini, kita merasakan bahawa kewujudan Polisi Sains dan Teknologi Nasional II berada pada tahap penting dan kritikal dalam memandu dan memantau halatuju masa depan negara. Sebagai langkah proaktif, beberapa hambatan-hambatan yang telah diidentifikasikan dalam sistem sains dan teknologi negara yang perlu segera diatasi adalah seperti berikut :-

Ketiadaan bidang-bidang keutamaan Sains dan Teknologi yang jelas dan mantap. Pada tahap sekarang ini masih lagi banyak ambiguiti.

Rangkaian Sistem Inovasi Nasional yang telus dan luwes(longgar). Kelemahan institusi dan strategi penyelidikan dan pembangunan(R&D) termasuk korporat.

Atas premis tersebut, dengan mengambil kira pendekatan negara Jepun dalam memajukan agenda Sains dan Teknologi negaranya, yang memberi banyak ruang dan peluang kepada firma atau syarikat swasta untuk bergerak aktif, seiring dengan agensi kerajaan dalam memberi rangsangan kepada Polisi Sains dan Teknologi negara yang mantap lagi unggul. Dalam Polisi Sains dan Teknologi Nasional II beberapa pendekatan strategik dalam membangunkan S&T di Malaysia telah dirangka adalah seperti berikut :-

a) Pengintensifan Generasi ilmu dan perolehan(acquisition).b) Mengembang dan mempromosikan keupayaan S&T dalam menghadapi arus K-Ekonomi.c) Membina kapasiti dan keupayaan untuk hari esok.d) Membina persaingan dalam industri.e) Mengukuhkan institusi S&T dan mekanisma-mekanisma pengurusan kerajaan(governance)f) S&T untuk masyarakat : Mempromosikan S&T yang mantap lagi kuat dan budaya inovatif.g) Kerjasama dan muafakat antarabangsa : Mempromosi hubungan antarabangsa S&T.h) Mengukuhkan pengumpulan maklumat S&T.i) Mengukuhkan budaya R&D : Strategi baru R&D – IRPA dan masa hadapan. (NSTP II: Julai 2000; 19-31).

KRONOLOGI PERKEMBANGAN POLISI NEGARA

Gambarajah kronologi Rancangan Pembangunan Malaysia dan Polisi

Rancangan-Rancangan Pembangunan

a) Rancangan Malaya Pertama (RM1) (1956-1960)b) Rancangan Malaya Kedua (RM2) (1961-1965)c) Rancangan Malaysia Pertama (RMP) (1966-1970)d) Rancangan Malaysia Kedua (RMD) (1971-1975)e) Rancangan Malaysia Ketiga (RMT) (1976-1980)f) Rancangan Malaysia Keempat (RME) (1981-1985)g) Rancangan Malaysia Kelima (RML) (1986-1990)h) Rancangan Malaysia Keenam (RME) (1991-1995)i) Rancangan Malaysia Ketujuh (RMT) (1996-2000)j) Rancangan Malaysia Kelapan (RML) (2001-2005)

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) (1971-1990) Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) (1991-2000) Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) (2001-2010)

2.1 KEPENTINGAN UNDANG-UNDANG KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA

Undang-undang bertindak sebagai mekanisma integratif dengan berperanan dalam mempertahan dan mengembangkan integrasi sosial. Tetapi sebilangan penulis melihat masyarakat itu terdiri daripada individu dan kelompok yang pelbagai dan konflik kepentingan dalam mencapai matlamat kepentingan diri masing-masing.Undang-undang digunakan sebagai mekanisma paksaan dan terbina dengan nilai-nilai dan tindakan kumpulan-kumpulan yang mempunyai ekonomi, sosial dan kuasa politik.(Akers, Ronald L. and Hawkins Richard:1975;41). Kedua-dua pandangan ini mempamerkan bahawa di dalam masyarakat terdapat dua model yang berbeza iaitu model persepakatan dan model konflik.

a) Model PersepakatanAsas pembinaan masyarakat itu adalah persepakatan dan bukan konflik. Masyarakat itu dikendalikan dengan ideal-ideal asas seperti persamaan, kebebasan, peluang bagi pencapaian individu, kesucian harta, kebebasan berkontrak, saksama dan tanggungjawab moral.(Cotterrell, Roger:1984;73-87,104-108). Ahli-ahli teori yang percaya dengan perspektif persepakatan masyarakat berhujah bahawa masyarakat pada dasarnya adalah satu susunan dan kesepaduan entiti. Kesepaduan dimulai dengan kerjasama dan persepakatan. Undang-undang menjamin kesepaduan sosial dan perubahan sosial yang tersusun dengan mengimbangi konflik kepentingan.

Menurut Roscoe Pound, masyarakat itu terdiri dari kumpulan yang kepentingannya selalu berkonflik di antara satu dengan yang lain. Akan tetapi, ada terdapat penyatuan fundamental di sebalik konflik tersebut. Talcon Parsons berpandangan bahawa masyarakat sebagai satu, yang berpandukan kepada nilai-nilai dan norma-norma tertentu yang menjadi kebiasaan dalam ahli kumpulan mereka. Undang-undang muncul bagi mencapai integriti sosial dan harmoni, dengan menyumbang dalam mengurangkan elemen-elemen yang didapati berpotensi untuk berkonflik dan bagi melicinkan jentera hubungan sosial.(Parsons, Talcott:1962;57). Bagi Durkheim pula, asas dalam bermasyarakat itu adalah kesepaduan dan persepakatan. Tugas undang-undang dalam masyarakat adalah bagi menjamin, mengekal dan mencambahkan sosial solidariti. (Durkheim, Emile:1964;367). Tokoh-tokoh seperti Ross(Ross,Edward Alsworth:1901), Ehrlich(Ehrlich,Eugene:1936) dan Friedman(Friedman,W:1959) adalah turut mewakili pandangan model persepakatan ini. Model persepakatan ini amat dominan pada awal kurun ke-20 ini, berbanding dengan sekarang.

4

Page 5: MUQADDIMAH SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG · Web viewBAB 1 MENGAPA MENGKAJI SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG-UNDANG? 1.1 PENGENALAN Sains adalah satu ‘way of life’ dan pencarian yang tiada

b) Model KonflikAhli teori berhujah, fenomena masyarakat adalah terdiri dari individu dan kelompok yang mempunyai konflik kepentingan yang masing-masing berjuang untuk kepentingan sendiri, dalam melebarkan jurang dominasi dan mendapatkan kuasa. Oleh itu, keperluan memelihara kestabilan dalam masyarakat memerlukan desakan dan paksaan, dan undang-undang digunakan sebagai wahana untuk paksaan dan tekanan. Marx dan para pengikutnya cenderung dalam menggunakan mekanisma paksaan dalam mengubah sifat kelas masyarakat. Richard Quinney berhujah, ciri-ciri fundamental dalam masyarakat adalah cenderung kepada kepelbagaian, konflik, paksaan dan perubahan berbanding dengan persepakatan dan kestabilan. Undang-undang digunakan sebagai alat bagi lapisan pemerintah, memelihara perintah yang sedia wujud. Kebiasaannya, konflik kepentingan boleh berlaku di antara lapisan pemerintah dengan orang lain, kerana mereka menguasai sepenuhnya pengawalan undang-undang dan boleh bertindak hanya mengikut kepentingan mereka semata-mata.(Quinney, Richard:1977;10). Chambliss pula mempertahankan bahawa, undang-undang mencerminkan kepentingan kelas sosial yang didapati dominan dalam masyarakat.(Chambliss, William J.:1969).

Akers menulis bahawa undang-undang yang ada sekarang dan dalam masyarakat moden akan datang adalah hasil daripada kedua-dua model persepakatan dan konflik, kerana ia berasal daripada kedua-dua norma yang menyokong persepakatan dan yang disokong oleh kelompok sosial, politik dan ekonomi tertentu dalam masyarakat. (Sellin, Thorsten dan Marvin Wolfgang:1964;45).

2.31 FUNGSI SOSIAL UNDANG-UNDANG DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

Undang-undang mempunyai pelbagai fungsi di dalam masyarakat. Ia melibatkan fungsi sosial secara spesifik dan umum. Oleh kerana fungsi sosial secara spesifik mengundang sedikit kerumitan, fokus ini akan menjurus kepada fungsi sosial dalam masyarakat secara umum.

a) KAWALAN SOSIALUndang-undang bertindak sebagai pengawal kepada tingkahlaku masyarakat samada berbentuk positif atau negatif dengan menjurus kepada ketaatan, keharusan dan larangan. Undang-undang juga menjadi pelengkap kepada kaedah tidak rasmi di mana masyarakat menggunakannya untuk mengawal tingkahlaku yang tidak digemari dan ia bertindak sebagai alternatif kepada perseteruan yang bersifat peribadi dan dendam. Undang-undang menyediakan satu set peraturan-peraturan yang rasmi dan rasional yang dikuatkuasakan melalui satu ancaman kepada hukuman. Kebiasaannya, fungsi kawalan sosial dilaksanakan melalui undang-undang Jenayah yang mana mengisytiharkan jenis-jenis perlakuan tertentu dianggap sebagai seharusnya dihukum (punishable). Tujuan undang-undang jenayah ini diperkenalkan bagi memastikan bahawa hak-hak dan kebebasan-kebebasan individu dipelihara dalam usaha mewujudkan kestabilan sosial dan kehidupan berpolitik yang sihat. Oleh yang demikian, undang-undang bertindak sebagai instrumen kepada pengawalan sosial yang membantu kepada usaha memelihara pemerintahan sosial.(Anwarul Yaqin: 1996;17).

b) PENYELESAIAN KONFLIK Konflik dan pertindihan kepentingan selalunya boleh menyebabkan pelbagai tuntutan. Percanggahan undang-undang timbul apabila penyelesaian konflik kepentingan menemui jalan buntu. Pihak berkonflik akan beralih kepada undang-undang apabila gagal mencapai penyelesaian secara baik atau di luar mahkamah.(Lempert, Richard and Sanders, Joseph: 1986;137). Oleh itu, fungsi penting undang-undang ialah menyediakan wahana undang-undang sebagai jalan penyelesaian bagi kedua-dua belah pihak yang berkonflik. Dengan prosidur undang-undang yang telah diatur dan digubal, segala hak dan liabiliti seseorang akan dipertahan dan dikuatkuasa melalui institusi yang telah dirangka seperti mahkamah, tribunal, arbitrator bagi mengendali dan memutuskan tuntutan pihak yang berkonflik. Penyelesaian kaedah secara undang-undang juga menyediakan perintah dan pengganti rasional untuk dendam yang bersifat peribadi, bantuan diri atau konflik terbuka. Mahkamah dan tribunal akan cuba memutuskan sesuatu setelah menyemak segala fakta dan bukti kukuh(prima facie), dengan menggunakan peraturan undang-undang yang sesuai dan mendamaikan tuntutan dengan cara pengadilan(trial) atau pendengaran(hearing) di hadapan hakim di mana melibatkan peluang kedua-dua belah pihak untuk hadir mempertahankan kes masing-masing. Di sini, undang-undang terwujud secara konsepsual dan rangkakerja institusi(institutional framework) yang boleh memastikan setiap individu boleh menyertai urusan perniagaan dengan selamat dan tenteram dengan anggapan segala konflik akan diselesaikan dan sebarang perlanggaran perjanjian, undang-undang akan dikuatkuasakan dan beroleh diganti rugi sekiranya berhak.(Anwarul Yaqin:1996;18).

c) FUNGSI PEMUDAHCARAFungsi undang-undang adalah bersifat pemudahcaraan dan bukan secara paksaan. Ia diatur dengan menyediakan satu himpunan peraturan-peraturan tingkahlaku, di mana melaluinya perhubungan boleh distrukturkan. Umpamanya, dalam undang-undang persendirian, yang mengatur undang-undang kontrak, instrumen perundingan (negotiable instrument), harta persendirian, perkongsian, bank, kesatuan sekerja dan perkahwinan sememangnya diwujudkan ke arah fungsi pemudahcaraan.(Raz, Joseph: 1979; 1969). Di sini, undang-undang bertindak sebagai rangkakerja peraturan yang memberi keutamaan dalam menentukan perniagaan yang sah dan mungkin boleh diamalkan. Fungsi undang-undang juga memperkenalkan ketentuan(certainty) dan ramalan dalam perniagaan dan lain-lain bidang, di samping mengukuhkan amanah dalam kehidupan sosial dengan mengakui dan menguatkuasakan susunan persendirian.(Oslo, Wiliam Aubert: 1986;31). Oleh itu, undang-undang menyediakan individu dengan kemudahan-kemudahan bagi merealisasikan keinginan dan matlamat mereka. Di sini, fungsi undang-undang lebih bersifat pemudahcaraan daripada bercorak paksaan.(Dugdale A.M.:1992;229).

d) FUNGSI INTEGRATIFFungsi undang-undang adalah bertindak sebagai satu instrumen pengurusan konflik dan mengajak masyarakat kepada kesepaduan sosial.(Roscoe Pound: 1954;62). Karl Llewellyn menulis bahawa satu daripada kerja undang-undang adalah aktiviti-aktiviti organisasi dan harmonisasi di dalam kumpulan yang menyediakan arahtuju dan insentif kepada ahli-ahli mereka. Undang-undang membantu dalam perkembangan dan penunaian matlamat yang spesifik atau mempertahankan nilai-nilai dalam kumpulan. Justeru, undang-undang mengekalkan sosial yang sewajarnya dan hubungan emosi di antara ahli-ahli kumpulan dalam masyarakat.(Llewellyn:1940;355-400). Talcott Parsons menulis bahawa rakyat mempunyai nilai-nilai asas (fundamental) tertentu tentang bagaimana maysrakat sepatutnya berfungsi. Ia mengatur satu fungsi integratif dalam usaha mencuba mengurangkan elem-elemen yang berpotensi menimbulkan konflik di dalam kumpulan dan sistem-sistem di bawahnya.

e) REKAYASA SOSIALUndang-undang bertindak sebagai alat rekayasa sosial di mana ia berfungsi untuk memenuhi kepentingan komuniti secara maksimum dan mewarawarakan kelicinan jentera persatuan. Keselamatan pertubuhan, harta, reputasi dan kebebasan bersuara adalah termasuk dalam kepentingan maksud tersebut.(Pound, Roscoe:1941; 1-26). Undang-undang selalunya digunakan sebagai instrumen kepada perubahan dan reformasi dalam usaha memelihara persamaan peluang dan status di dalam masyarakat. Kesemua undang-undang ini diwujudkan di negara ini dengan hasrat dan objektif meminimakan ketidakseimbangan ekonomi, terutama di antara Bumiputera Melayu Islam dengan kumpulan etnik kaum lain seperti kaum Cina, supaya masyarakat Melayu dapat mengecapi nikmat kemakmuran dan kestabilan negara ini setanding dengan kaum yang lain, disamping mengelakkan ketegangan kaum di kalangan rakyat berbilang bangsa di negara ini. Usaha sebegini dianggap sebagai melaksanakan tugas rekayasa sosial.(Anwarul Yaqin:1996;20).

f) KEBAJIKAN SOSIAL

5

Page 6: MUQADDIMAH SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG · Web viewBAB 1 MENGAPA MENGKAJI SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG-UNDANG? 1.1 PENGENALAN Sains adalah satu ‘way of life’ dan pencarian yang tiada

Fungsi undang-undang adalah untuk mengangkat martabat kebajikan rakyat dalam masyarakat. Konsep negeri kebajikan (welfare state) atau masyarakat penyayang mengatur pelbagai tugas dan tanggungjawab untuk kebaikan rakyatnya. Sesebuah negeri menggunakan undang-undang bagi menyediakan kemudahan asas seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, membela nasib rakyat miskin dan lemah, (kanak-kanak, fakir, wanita dan orang-orang tua), membasmi gejala sosial, eksploitasi ekonomi, persekitaran yang bersih dan sihat dan pelbagai perkhidmatan sosial untuk kebajikan rakyatnya. Sesebuah negara cenderung akan menggunakan undang-undang dalam keadilan sosial seperti cukai pendapatan, zakat, keselamatan sosial terhadap golongan yang kurang upaya dan orang-orang tua, faedah persaraan dan bantuan guaman kepada orang miskin. Umpamanya dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja-Pekerja 1969 (semakan 1987) menyediakan bayaran kepada pekerja-pekerja jika mengalami kemalangan atau kecederaan sewaktu bertugas. Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951(semakan 1982) mengkehendaki para pekerja dan para majikan menyumbang wang kepada satu tabung. Wang yang tersimpan tersebut akan dibayar apabila bersara atau mati otak, tidak upaya, atau disebabkan oleh keadaan semasa tertentu dan berperanan sebagai satu keselamatan kewangan kepada pekerja dan tanggungan mereka. Akta Bantuan Guaman 1971 menyediakan khidmat guaman secara percuma golongan perseorangan yang didapati tidak mampu untuk menanggung kos perbelanjaan mahkamah. Objektif undang-undang ini, adalah bagi memastikan keadilan undang-undang berhak kepada semua peringkat golongan masyarakat. Akta-akta seperti Akta Pampasan Pekerja 1952, Akta Mesin dan Kilang 1967(semakan 1980) dan Akta Keganasan Rumahtangga 1994 diwujudkan bagi mencapai keadilan sosial dan kebajikan masyarakat.(Anwarul Yaqin:1996; 21).

2.4 SAINS, TEKNOLOGI DAN PENGARUHNYA KEPADA KEHIDUPAN MANUSIA

2.41 Sejarah PerkembanganSesungguhnya, tidak dinafikan bahawa sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam memaju dan memacu umat manusia ke arah kegemilangan hidup di samping menyumbang kepada pemantapan tamadun insani. Kelestarian sains dan teknologi mempunyai sejarah panjang dan meriah jika dikaji secara teliti. Tetapi, kali ini, kita cuba melakukan penerokaan dengan menyingkap sejarah perkembangannya untuk setengah abad terkini bermula dari perang dunia kedua. Ini adalah kerana, kemuncak kesedaran mengenai kepentingan mempelajari sains dan teknologi hanya bermula di pertengahan abad ke-20.

Jika diselongkar episod sejarah Perang Dunia Kedua, aksi Projek Mega Mahattan telah membuka tirai, apabila kemuncaknya membawa kepada tercetusnya tragedi ngeri yang tidak pernah luput dalam sejarah dunia moden iaitu Peristiwa Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki di negara Jepun pada bulan Ogos 1945 oleh tentera Amerika Syarikat. Babak episod ini ditambah lagi dengan kemunculan penyertaan secara aktif saintis dan jurutera Jerman dalam perang Nazi yang mengakibatkan keadaan menjadi semakin gawat dan tidak terkawal. Akibatnya, masyarakat mula menyedari tentang kepentingan penerapan pemahaman sains dan teknologi dan menyarankan unsur–unsur murni seperti tanggungjawab sosial perlu dirangka segera bagi menyelamatkan keadaan supaya tragedi lebih dahsyat daripada itu, tidak akan berulang lagi. Perkara ini diakui oleh J. Robert Oppenheimer, Pengarah Projek Mega Mahattan, dalam ungkapannya yang berbunyi, ‘pada akhirnya ahli fizik mengetahui dosa dan kelemahannya’.(R. E. McGinn: 1991; 9)

Seterusnya, pada tahun 1945 hingga 1960, kesedaran tersebut mula kendur dan membeku sementara. Tetapi usaha membiayai projek saintifik dan teknologi terus berkembang dengan pantas kerana mendapat dokongan dan dorongan yang kuat dari kerajaan persekutuan di kebanyakan negara-negara maju. Kemudian di tahun 1960an, persepsi masyarakat telah mula berubah. Mereka mula prihatin dan mengkritik beberapa program dan dasar pembangunan sains dan teknologi yang tidak teratur dan membawa kefasadan. Umpamanya, dalam isu peningkatan suhu persekitaran dunia, telah mendapat dokongan yang begitu kuat daripada masyarakat umum. Ini adalah hasil dari rangsangan Rachel Carson's, dalam karya klasiknya Silent Spring yang membangkitkan persoalan betapa perlunya pemantauan perkembangan sains dan teknologi ini dirangka, supaya kebangunannya itu dapat dipandu dan dikawalselia dengan aspek kemanfaatan dan kemurnian. Kesedaran ini telah merebak dengan begitu meluas ke dalam masyarakat dunia pada ketika itu. Mereka sudah mula prihatin tentang isu pencemaran, udara, tumpahan minyak, pembuangan sisa toksid dan penggunaan bahan kimia. Mereka juga sudah berhikmah, apabila mengutuk pencabulan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam, yang pada ketika itu rakyat Vietnam telah dijadikan mangsa sebagai bahan eksperimen dalam ujian keberkesanan penciptaan senjata-senjata canggih oleh pihak barat. Sebagai menunjukkan reaksi masyarakat telah berkembang, pada sekitar lewat tahun 1960an dan 1970an di barat umpamanya, Kerajaan Amerika Syarikat telah meluluskan Akta Polisi Alam Sekitar Kebangsaan 1969 dan Akta Penilaian Teknologi 1972. Melalui akta-akta tersebut, projek awam dan swasta dikehendaki mendapat kebenaran perancangan atau peruntukan negeri atau sebarang lesen, kebenaran dan pertolongan mestilah dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

Kemudian, bermula pada awal tahun 1980an sehinggalah masa kini, masyarakat telah mula mengakui bahawa kajian sains dan teknologi perlu dikaji, dipelajari dan dijadikan subjek di pusat-pusat pengajian tinggi, institut penyelidikan dan swasta. Di Amerika Syarikat contohnya, pada awal 1980an, subjek ini telah mula diperkenalkan di beberapa buah pusat pengajian tinggi terkemuka, antaranya di Cornell, Penn State, Universiti Negeri, New York, Intitut Teknologi Massachusetts, Universiti Washington, Michigan dan Universiti Stanford. Sekarang penubuhannya sudah tidak terkira dan perkembangannya begitu menakjubkan. Namun, di Malaysia perkara ini masih baru dan belum mendapat sambutan yang begitu membanggakan di kalangan masyarakat kita tetapi tetap mempunyai peluang yang cerah untuk dimajukan. Isu sains dan teknologi dalam masyarakat ini amat wajar dipelajari kerana ia melibatkan soal polisi pembangunan negara, kehidupan masyarakat di dalamnya dan kemampuan kita mengawalnya.(Sabri Mohamad Sharif :2000; 25)

2.42 Isu-isu terkiniSesungguhnya, jika kita perhatikan sejak dua dekad kebelakangan ini, menyaksikan bahawa arus kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memahami sains dan teknologi sungguh luar biasa. Ini semua berpunca daripada berlakunya beberapa peristiwa malapetaka yang menggerunkan masyarakat dunia antaranya ialah pendedahan berani di dada akhbar Semenanjung San Francisco, bertarikh 23 Mac, 1986, di mana tragedi kebocoran gas toksid yang berlaku kepada syarikat pembuatan racun perosak Bhopal India, yang telah mengorbankan lebih dari 2,000 nyawa rakyat yang tidak berdosa dan menyebabkan 200,000 menderita korban dan kecederaan. Selepas itu, kita dapat lihat kes tak bermoral, peletupan bom nuklear di dasar bawah gurun Nevada yang telah mengundang pelbagai reaksi protes masyarakat setempat dan antarabangsa di mana keupayaan senjata canggih yang diuji ketika itu didapati mempunyai kekuatan 10 kali lebih hebat daripada bom atom yang telah memusnah dan menukarkan bandar Hiroshima dan Nagasaki, di Jepun menjadi 'padang jarak padang terkukur'. (R.E. McGinn:1991; 1) Yang terbaru, isu perlumbaan senjata oleh dua buah kerajaan bersengketa iaitu India dan Pakistan di mana mereka telah menjalankan ujian peletupan bom nuklear bagi menguji kekuatan pengaruh masing-masing di rantau tersebut.

2.43 Kepentingan sains & teknologiHakikat sebenarnya, terlalu banyak manfaat dan kepentingannya dalam kita mempelajari sains dan teknologi dalam masyarakat. Tetapi, kita cuba memfokus kepada tiga perkara utama, yang bagi kita mempunyai kerelevanan yang begitu tinggi dalam masyarakat kontemporari dan memberi impak yang besar dalam sejarah perkembangan tamadun teknologi manusia.

2.431 KetenteraanJika kita tinjau dari sudut ketenteraan, kita boleh menilai kepentingannya melalui fakta yang terdapat dalam sejarah perang dunia kedua di mana kehebatan aksi saintifik yang digabungkan dengan keupayaan aksi teknologi (technological-based) telah memberikan suatu cetusan kekuatan yang luar biasa kepada tentera Amerika Syarikat dan sekutunya sehingga dapat mengawal dunia pada ketika itu melalui kecanggihan penciptaan sains dan teknologi. Pendek kata, keupayaan dan kecanggihan sains dan teknologi, telah menjadi lambang kepada kemajuan dan kemakmuran dalam sesebuah negara. Hingga ke hari ini, sumber saintifik dan kecanggihan teknologi

6

Page 7: MUQADDIMAH SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG · Web viewBAB 1 MENGAPA MENGKAJI SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG-UNDANG? 1.1 PENGENALAN Sains adalah satu ‘way of life’ dan pencarian yang tiada

terus memainkan peranan besar dalam soal isu keselamatan negara bagi beberapa buah kerajaan besar masa kini. Hinggakan kerajaan persekutuan Amerika telah memperuntukkan tiga perempat daripada belanjawannya pada tahun 1988 kepada aktiviti-aktiviti dan projek-projek pembangunan ketenteraan.

2.432 Ekonomi Di sudut ekonomi pula, telah dibuktikan sains dan teknologi mengetuai sebagai peranan utama dalam meningkatkan produktiviti bagi sesebuah negara membangun atau maju. Misalnya, di Amerika Syarikat sumbangan sains dan teknologi didapati telah jauh mengatasi sumbangan modal, pendidikan dan peruntukan sumber. Ia juga dikesan telah membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi bagi jangka panjang dan berjaya meningkatkan taraf hidup penduduknya di sana. Pernyataan ini dibuktikan dengan merujuk kepada 10 buah syarikat industri gergasi Amerika Syarikat yang telah mencapai jualan tertinggi pada tahun 1987, di mana kita dapat menyaksikan 7 daripadanya adalah syarikat yang berasaskan sains ataupun teknologi. Ini sesungguhnya, telah menguatkan lagi kenyataan kita bahawa sains dan teknologi berkeupayaan meningkatkan produktiviti negara di samping berjaya meningkatkan daya saing dalam dunia perniagaan antarabangsa.

2.433 PerubatanMerujuk kepada bidang perubatan pula, perkembangan sains dan teknologi telah meningkatkan usia hayat bagi seseorang manusia melalui penemuan ubat-ubatan baru, vaksin dan formula penjagaan kesihatan yang betul. Penemuan-penemuan terbaru seperti vaksin pencegahan malaria, denggi, barah dan sebagainya di samping penciptaan teknologi canggih khususnya dalam bidang pembedahan dan x-ray telah memodenkan dunia perubatan masa kini. Ini sejajar dengan konsep yang diketengahkan oleh agama melalui sabda nabi (s.a.w.) bahawa setiap penyakit itu ada ubat dan kesembuhannya kecuali penyakit tua dan mati.

Secara tuntas, kita dapat simpulkan bahawa sains dan teknologi memang memainkan peranan utama dalam pembangunan dan kemajuan masyarakat moden masa kini. Ia bertindak menjadi pemangkin kepada perkembangan tamadun baru dalam dunia masyarakat moden. Dalam konteks negara ini, kita menyarankan bahawa kajian sains dan teknologi perlu disemarakkan dan wajar menjadi agenda utama kerajaan jika kita ingin bersaing dengan dunia maju. Namun, tamadun yang berasaskan sains dan teknologi yang hendak kita bangunkan, mestilah mempunyai kerangka yang murni, sejagat, harmoni dan sesuai dengan nilai-nilai murni tempatan. Ia juga perlu dijuruskan kepada hajatuju yang terarah, unggul dan lengkap dengan peradaban manusiawi yang tinggi.

Ini sangat penting supaya tamadun yang dibangunkan di negara kita mempunyai nilai akhlak dan sentimentalnya yang tersendiri, di samping berkonsepkan ummatik sifatnya. (Sabri Mohamad Sharif: 2000; 26)

BAB 2

KESEPADUAN DAN KONFLIK HUBUNGAN SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG-UNDANG

BICARA ANTARA SAINS DAN UNDANG-UNDANG : HUBUNGAN SIMBIOSIS ATAU PERTEMBUNGAN

Fenomena hubungan simbiosis antara sains dan undang-undang di Malaysia masih tahap awal. Sains dan undang-undang di negara ini berkembang secara berasingan dan terpisah oleh sempadan disiplin masing-masing. Sains berkembang mengikut caranya tersendiri dan begitu juga sebaliknya, terjadi kepada undang-undang. Hubungan kedua-dua bidang ini, tidak seakrab dan seintim hubungan sains dan teknologi, walaupun pada hakikatnya hubungan sains dan undang-undang amat perlu bagi sebuah negara yang ingin mengejar status negara maju menjelang tahun 2020. Negara maju yang lain, seperti Amerika Syarikat, sedang rancak dalam percubaan menyatukan hubungan sains dan undang-undang ini. Rungutan banyak ditimbulkan apabila sistem perundangan mengendalikan masalah yang berkaitan dengan sains dan teknologi, hinggakan muncul dua istilah utama dalam analisis tradisi polisi sains di Amerika Syarikat, iaitu “sains dalam polisi” dan “polisi untuk sains”.(Robert Gilpin and Christopher Wright:1964;76).

Projek “sains dalam polisi” merangkumi cadangan bagi memperbaiki penggunaan sains dalam membuat keputusan dengan melakukan reformasi kepada pemilihan saksi-saksi pakar(expert witnesses) memberi didikan semula kepada hakim dan juri dan mengubah piawai bagi kesahihan bukti teknikal. Kritikan banyak diterima terhadap hakim, juri dan peguam Amerika kerana mempunyai pengetahuan yang agak kurang dalam organisasi sosial, proses-proses sains dan konsep asas saintifik seperti ‘makna statistik’ dan hampir tiada tentang kandungan substantif dalam bidang saintifik yang khusus. Kekurangan pendedahan dan latihan tersebut akan menyebabkan sistem perundangan terdedah kepada apa yang dipanggil sebagai “junk science” 1 di mana kebenaran dan rasionaliti akan menjadi mangsa kepada dinamik manipulatif di dalam proses pertentangan( adversary) di mahkamah. (Galileo’s Revenge: Junk Science in the Courtroom(New York:Basic Books,1991). Soalan balas(cross examination) dan peraturan bukti undang-undang(legal rules of evidence) hanya digunakan sebagai resepi bagi menimbulkan kekeliruan, sedangkan pendakwa yang mengawal kemunculan saksi pakar dalam membawa sesuatu kes ke mahkamah, hanya memfokus kepada yang paling ekstrim dan pendapat yang tidak diwakili, tentang isu teknikal sewaktu dalam pendakwaan.(Sheila Jasanoff:1995;5). Daniel Koshland, adalah seorang editor jurnal “science” yang merupakan jurnal utama bagi sains bioperubatan di Amerika Syarikat, selalu mengambil peluang dengan menggunakan kalimah satiranya terhadap sistem perundangan. Melalui petikan di bawah, mengambarkan kejahilan atau kenaifan “science” yang hanya belajar fakta kehidupan undang-undang daripada Dr. Noitall adalah seperti berikut :-

“Science. So the judicial system is not a system to get at the truth as simply as possible. Noitall. Finally you understand. The judicial system is an adversarial system in which clever lawyers match wits with one another. If a lawyer defending a mobster murderer can show a technical discrepancy that gets his client free, the lawyer is widely admired even though a killer has been freed.” (Daniel E. Koshland: Science 266;1994;1787).

Berdasarkan pemahaman ini, terdapat garis sempadan dalam penyelenggaraan di antara sains dan undang-undang. Journal sains ini juga cuba menyatakan kononnya sains lebih komited kepada kebenaran, manakala undang-undang dilihat kononnya lebih berminat bagi memastikan kemenangan dalam perlawanan(adversarial games) di mahkamah dengan apa cara sekalipun.

Manakala projek “polisi untuk sains” lebih memfokus kepada ketidakcekapan pengadilan kehakiman dalam membuat keputusan, yang bertindak sebagai instrumen penguruskan teknologi. Pemerhati bagi kem ini, membangkitkan soalan sama ada kehakiman mempunyai keupayaan institusi atau kuasa perlembagaan untuk membuat polisi di dalam isu seperti bioteknologi, kuasa nuklear atau rawatan baru dan teknologi reproduktif. Disebabkan oleh hambatan bidang kuasa samada di mahkamah negeri atau mahkamah rendah persekutuan Amerika, tidak melayakkan mereka untuk membangunkan polisi dalam skala nasional. Tambahan pula, kaedah menghakimi secara kes demi kes dan retrospektif, menyebabkan fundamentalnya tidak sesuai kepada keperluan negara dalam memberi reaksi hadapan terhadap sains dan teknologi. Impak dari mahkamah terhadap inovasi, liabiliti, pemilihan dan pembiayaan program penyelidikan substantif dan penyusunan risiko teknologi, muncul sebagai hambatan dan kekangan utama kepada kemajuan di bidang ini.(Sheila Jasanoff:1995;6).

Perbezaan di antara undang-undang dan sains adalah, kaedah sains mencari kebenaran, manakala kaedah undang-undang melaksanakan keadilan, konsep sains adalah deskriptif, manakala konsep undang-undang adalah preskriptif, bicara sains menekankan soal kemajuan(progress), manakala bicara undang-undang lebih memfokuskan kepada proses. (Jenkins, “Experts Day in Court,”:105). Perbezaan fundamental ini telah menarik minat pengamal undang-undang, di mana tema terkini dalam penulisan

1 Istilah “junk science” telah dipopularkan oleh Peter Huber yang merupakan seorang peguam-jurutera.

7

Page 8: MUQADDIMAH SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG · Web viewBAB 1 MENGAPA MENGKAJI SAINS, TEKNOLOGI DAN UNDANG-UNDANG? 1.1 PENGENALAN Sains adalah satu ‘way of life’ dan pencarian yang tiada

undang-undang tentang sains adalah “pertembungan budaya” di antara para peguam atau para biokrat yang berlatarbelakangkan undang-undang dengan sainstis. Seharusnya, budaya undang-undang perlu cuba sedaya upaya untuk mengasimilasikan ia, dengan budaya sains sewaktu berhadapan dengan isu-isu saintifik. Perbezaan budaya ini menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan saintis terutama sewaktu diminta terlibat memberi pandangan terhadap pengadilan yang bersifat teknikal dalam kes-kes yang berat dan mencabar oleh pihak pendakwaraya atau sewaktu disoal balas oleh peguam yang lebih berhasrat untuk menimbulkan keraguan, syak wasangka dan seterusnya berhasrat untuk menggoncang kredibiliti pandangan pakar. Bagi mengatasi masalah pertembungan budaya ini telah disarankan supaya dilantik perantara profesional seperti ahli biokrat yang berlatarbelakangkan sains atau kaunselor sains yang berupaya membina jambatan persefahaman di antara kedua-dua bidang yang berbeza ini.(Steven Goldberg:1996;103-108).

R. Austin Freeman, yang merupakan seorang penulis misteri British telah memberi komennya tentang sains dan undang-undang. Dipetik daripada novelnya pada tahun 1911 menyebutkan bahawa “Pandangan sains sangat berbeza dengan pandangan undang-undang. Seorang ahli sains amat bergantung kepada ilmu pengetahuannya sendiri, melalui pemerhatian(observation), pertimbangan atau keputusannya dan menolak konsep testimoni… Manakala mahkamah undang-undang mesti memutuskan penghakiman berdasarkan kepada bukti yang dikemukakan di hadapannya, dan pada lazimnya bukti tersebut adalah dalam bentuk testimoni sumpah. Jika sekiranya, seorang saksi bersedia untuk membuat pengakuan bersumpah tentang hitam putih sesuatu kes, dan tiada bukti lain yang dikemukakan untuk menyokong bukti yang telah sedia ada, bermakna bukti yang telah sedia ada di hadapan mahkamah tersebut, dianggap sebagai hitam putih dalam menilai dan memutuskan sesuatu fakta atau kes. Ini adalah kerana, mahkamah perlu memutuskan sesuatu pengadilan sewajarnya”. (R. Austin Freeman:1911; Cetakan semula Carrol and Graf:1986;123-124). Walaupun kenyataan Freeman ini berbentuk satira, tetapi di sekitar intisari kebenaran.

Sekiranya sains dan undang-undang tidak berjalan seiring dan dan selari, ini akan menimbulkan gangguan sosial dan ketidakadilan kepada masyarakat. Ini dibuktikan di dalam kes sibil berkenaan kes kebapaan (paternity) Charles Chaplin pada tahun 1946, iaitu kes Berry vs. Chaplin 2 , para juri telah memutuskan bahawa pelakon tersebut bertanggungjawab untuk membayar nafkah ke atas anak tersebut, walaupun bukti kumpulan darah menunjukkan bahawa dia bukan bapa kepada budak tersebut. Walaupun kes ini dianggap ganjil, kepada pengetahuan saintifik oleh Francisco Ayala seorang ahli biologi yang terkenal dan Bert Back seorang peguam-jurutera.(Ayala and Black, “Science and the Court,”; 230). Tetapi ada juga anggapan bahawa dalam kes ini, keputusan mahkamah menolak bukti saintifik tentang ketidakbapaan Chaplin adalah sebagai kebijaksaan sosial daripada anggapan kejahilan saintifik, memandangkan Chaplin adalah seorang yang mempunyai ekonomi yang kukuh pada ketika itu.(Sheila Jasanoff:1995;11).

Secara gigih, usaha ke arah menjambatani penyatuan di antara dua bidang yang berbeza iaitu sains dan undang-undang perlu dibina segera. Projek subur umpama “to scientize the judges or juries” dan “to juristize the scientists” perlu mendapat sokongan dan kerjasama yang erat daripada segenap lapisan masyarakat di negara ini, terutama masyarakat saintis dan masyarakat perundangan dalam supaya cadangan tersebut dapat diterjemahkan dalam bentuk yang lebih konkrit dan praktikal. Konsep “jurispruden” yang telah sedia wujud dalam pembelajaran undang-undang, perlu ditambah dengan konsep “juriscience”, manakala konsep “falsafah sains” yang telah sedia wujud dalam pembelajaran sains perlu ditambah dengan konsep “falsafah undang-undang”. Badan-badan berpengaruh yang terlibat dalam menyelenggara sistem perundangan dan sains negara, seperti Majlis Peguam Malaysia dan Akademi Sains Malaysia perlu berusaha membina persefahaman dan dialog yang lebih kerap, supaya berlaku interaksi yang subur, tasawwur yang jelas dan hubungan simbiosis di antara kedua-dua bidang yang berbeza ini. Ini sesuatu yang semesti dilakukan, terutama dalam mendepani cabaran alaf baru, atau lebih dikenali dengan era teknologi tinggi(hightech technology) dan zaman sains dan maklumat oleh Nicholas Negroponte dalam bukunya Being Digital.

2.6 MATLAMAT POLISI SAINS & TEKNOLOGI Dalam Polisi Sains dan Teknologi Kebangsaan II (2001-2010) yang bertemakan “Membina Persaingan Dalam Memacu K-Ekonomi” cuba mengetengahkan gagasan K-Ekonomi sebagai asas kemajuan dan membina daya saing negara, terutama dalam mengurus dan mengendali keupayaan penguasaan teknologi tinggi seperti Teknologi Komunikasi dan Maklumat(ICT). Konsep K-Ekonomi ataupun ekonomi yang berasaskan ilmu pengetahuan dimajukan, supaya mampu membina daya saing negara dalam pasaran ekonomi global dan sebagai persiapan dalam menghadapi cabaran era globalisasi.

Matlamat utama Polisi Sains & Teknologi negara ialah untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan negara dalam pembangunan dan perolehan(acquisition) teknologi demi memastikan negara mampu mengekalkan pertumbuhan ekonominya.

Matlamat kedua adalah bagi mengurangkan pergantungan negara kepada teknologi luar di mana pada kebiasaannya tidak ada kesan pemindahan teknologi dan termasuk juga bagi mengelak mendedahkan negara daripada kesan negatif hasil daripada teknologi impot yang cenderung untuk membantutkan perkembangan kapasiti teknologi tempatan, dan mengurangkan potensi ke arah pertumbuhan ekonomi mapan di dalam ekonomi Malaysia. Sepatutnya, fokus lebih banyak ditumpukan kepada kemampuan teknologi yang bercorak membangun bersama(co-develop) dan lebih bersifat interdependen di dalam perolehan teknologi dan aplikasinya dengan rakan-rakan negara luar.

Matlamat ketiga ialah bagi mengekploitasi K-Ekonomi di dalam setiap sektor ekonomi dan memperbaiki penuaian manfaat hasil daripada peningkatan tambahan nilai (value addition) yang berkait rapat dengan aplikasi kandungan teknologi tinggi di dalam segenap industri.

Matlamat keempat adalah untuk memenuhi hasrat dan kehendak wawasan 2020 yang bertekad untuk menjadikan Malaysia bukan hanya sekadar pengguna kepada teknologi, tetapi menjadi penyumbang teknologi kepada tamadun mendatang di dalam bidang strategik K-industri seperti bioteknologi, material maju, pembuatan maju, mikroelektronik, teknologi maklumat (IT) dan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), industri angkasa dan bidang farmasi.

Matlamat kelima ialah membangunkan industri yang berasaskan ilmu pengetahuan ataupun lebih dikenali dengan istilah K-based industri. (Akademi Sains Malaysia: 2000; 14). 2.7 PENUTUP

Secara tuntas, interaksi dan hubungan simbiosis antara undang-undang, sains, teknologi dan polisi perlu dibina dan diseragamkan di bawah satu sistem pengurusan yang mantap dan institusi yang berwibawa. Dalam konteks Malaysia, percubaan ini dianggap sebagai tapak mula bagi membina suatu dasar negara yang mantap, terutama dalam bidang sains dan teknologi dan dibentuk secara berpolisi, dengan merangkumkan kesemua aspek yang perlu dalam memastikan hubungan integratif multidisiplin tersebut terbina secara kukuh dan erat menjelang tahun 2020.

2 74 Cal. 2d 652 (1946).

8