muka 10 muka 12 s baca puisi kl menampilkan tokoh pelbagai ... · kekeliruan dan dendam kesu-mat...

1
BH PILIH L1 18 emel S iri Kedua program Baca Puisi Kuala Lumpur yang bertemakan “Didaktisme dan Kebenaran” yang berlang- sung pada 23 Mei lalu bukan hanya menonjolkan para penggiat seni tanah air malah menampilkan pengamal poli- tik dan tokoh agama negara. Majlis yang berlangsung di Ruang Legar Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur itu dihoskan oleh Pensyarah Universiti Malaya yang juga penggiat seni tanah air, Profesor Rahman Shahri. Tokoh agama yang mendekla- masikan puisi sekali gus merin- tis dunia berdakwah mela- lui pendekatan baru ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr. Asri Mohd Zainul Abidin. Melalui puisi ciptaannya Orang Benar Tetap Benar menyeru khalayak "berkata benar walaupun sukar kerana pada yang benar adanya sinar, yang benar tidak boleh ditukar ganti sekalipun cuba dilontar kerana yang benar itu benar sekalipun ada yang ber- sikap hambar." Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Abdul Rahim Abu pula cuba mengungkapkan perlunya kesedaran terhadap perpaduan bangsa untuk menge- kalkan keamanan negara bagi menghalang penjajah daripada kembali berkuasa dalam puisi- nya yang bertajuk Keluargaku. "...gemakanlah bersama jiwa perjuangan agar gumpalan-gumpalan perjuangan itu terus bersemarak di setiap jiwa untuk lantas menerjang segala cabaran untuk pasti melihat keluargaku ceria dan tidak mengeluarkan air mata darah kerana derita." Majlis ini antaranya bertu- juan untuk mengetengahkan tokoh penyair tempatan dan memasyarakatkan puisi untuk penghayatan "puisi milik kita". Di samping menonjolkan pera- nan puisi melalui penghasilan karya oleh penyair tanah air untuk memajukan, memba- ngunkan dan membudayakan masyarakat, bangsa dan negara selaras dengan kemajuan negara merealisasikan Wawasan 2020. Ketua Pengarah Dewan Ban- daraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Haji Salleh Yusup turut menunjukkan bakat berpuisi me- lalui karya SN Datuk A. Samad Said, Angin Hemah Sebuah Kota di hadapan kira-kira 250 orang hadirin. Puisi sememangnya sangat halus dan sentimental sehingga amanat yang didukung berjaya mengetuk hati dan pintu rasa pendengarnya. Selaras dengan itu, Pensyarah Institut Bahasa Melayu Malaysia, Raja Rajeswary Seetha Raman ber- kias melontarkan perpaduan kaum di Malaysia dinodai oleh kekeliruan dan dendam kesu- mat melalui puisi yang bertajuk Membaca Dedaktika Semesta. Dalam majlis yang berlang- sung setiap hari Jumaat minggu ketiga ini, turut diperdengarkan lapan buah puisi melalui persem- bahan secara dekon oleh hos, Profesor Rahman Shaari yang antaranya menjelaskan tentang perlunya persediaan mengha- dapi ketidakjujuran seorang sahabat. Selain itu turut dimeri- ahkan oleh persembahan kanak- kanak dan remaja Anjung Seni Bingkas Kebayan. Program anjuran bersa- ma Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Ke- senian dan Warisan Malaysia (KPKKW), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini diacarakan oleh Mansor Abu Bakar (Juruhebah Klasik Nasional). Turut dija- yakan oleh penyair Rogayah A. Hamid Timang Tinggi- tinggi , Rahimidin Zahari Kusembunyikan Engkau, Rasdi Daud Melayu karya SN Dr. Usman Awang dan Adik Norain A. Rahman Kitalah Tuan karya Profesor Dr. Hashim Yaakub. MUNSYI Bahasa, Sastera dan penerbitan terus dimartabat DBP sudah berusia 52 tahun Penulis: Surtahman Kastin Hasan Penerbit: DBP Tahun Terbitan: 2008 Harga: RM15.00 Kerjasama bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai dan diprak- tikkan. Kerjasama memerlukan pe- ngorbanan yang dewasa ini kesediaan untuk melakukannya telah luntur dan rata-ratanya tiada siapa yang sanggup memikulnya. Oleh sebab itulah, penulis menjadikan akidah sebagai dorongan utama yang mampu mendekatkan individu (Islam dan negara Islam) kepa- da semangat persaudaraan yang sejati dengan memadamkan sifat angkuh dan pentingkan diri sendiri. Ketahuilah bahawa kejahilan, salah faham terhadap Islam, kepercayaan ciptaan manusia, musuh dalam selimut, kemunculan ulama su’, kelemahan pemimpin, pergerakan dan diayah Yahudi, Kristian dan kuasa besar dunia merupakan faktor dalaman dan luaran yang akan membawa umat Islam terus berpecah. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh diperoleh daripada Kedai Buku Koperasi DBP Sdn. Bhd. dengan menghubungi talian 03-21485869/ 21433505/21433504. Oleh Nur Syahirah M. Saifullah MENGHIDUPKAN SUASANA: Prof. Rahman Shaari sebagai hos program pada malam itu turut mendeklamasikan puisi. Bil: 49 RABU, 18 JUN 2008 MESTI BELI... TERBAHARU DI PASARAN Menawarkan: Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) Membantu menyelesaikan pel- bagai masalah penggunaan baha- sa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. Khidmat Nasihat Sastera (KNS) Menjawab pelbagai pertanyaan mengenai aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara; bimbing- an dan bengkel penulisan/pe- nyuntingan sastera kanak-kanak dan remaja. Turut menyediakan ca- rian pantun dan biodata penulis/ penyair serta penyemakan bahasa Melayu klasik. Khidmat Nasihat Penerbitan (KNP) Menyediakan perkhidmatan pe- rundingan dan khidmat nasihat yang meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti, penyediaan manuskrip dan proses penerbitan. Khidmat Nasihat Korporat (KNK) Rujukan tentang dasar yang ber- kaitan dengan DBP, pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP dan pelibatan masyarakat dengan ak- tiviti DBP. Untuk mendapatkan khidmat ini, sila layari www.dbp.gov.my KERJASAMA EKONOMI UMAT ISLAM: POTENSI DAN CABARAN Meraikan Penerima Anugerah S.E.A Write Awards Muka 10 Muka 12 Baca Puisi KL Menampilkan Tokoh Pelbagai Bidang BERI TUMPUAN: Antara hadirin yang memeriahkan majlis (barisan depan dari kiri: Pengarah Jabatan Sastera, Puan Hajah Izzah Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah DBP, Encik Kamarul Zaman Shaharudin). BERBAKAT: Mufti Kerajaan Perlis. "Seronoknya membaca" di Kuala Selangor

Upload: trantruc

Post on 09-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Muka 10 Muka 12 S Baca Puisi KL Menampilkan Tokoh Pelbagai ... · kekeliruan dan dendam kesu-mat melalui puisi yang bertajuk Membaca Dedaktika Semesta. Dalam majlis yang berlang-sung

BH PILIH L1 18 emel

S iri Kedua program Baca Puisi Kuala Lumpur yang bertemakan “Didaktisme

dan Kebenaran” yang berlang-sung pada 23 Mei lalu bukan hanya menonjolkan para penggiat seni tanah air malah menampilkan pengamal poli-tik dan tokoh agama negara. Majlis yang berlangsung di Ruang Legar Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur itu dihoskan oleh Pensyarah Universiti Malaya yang juga penggiat seni tanah air, Profesor Rahman Shahri.

Tokoh agama yang mendekla-masikan puisi sekali gus merin-tis dunia berdakwah mela-lui pendekatan baru ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr. Asri Mohd Zainul Abidin. Melalui puisi ciptaannya Orang Benar Tetap Benar menyeru khalayak "berkata benar walaupun sukar kerana pada yang benar adanya sinar, yang benar tidak boleh ditukar ganti sekalipun cuba dilontar kerana yang benar itu benar sekalipun ada yang ber-sikap hambar."

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Abdul Rahim Abu pula cuba mengungkapkan perlunya kesedaran terhadap perpaduan bangsa untuk menge-kalkan keamanan negara bagi menghalang penjajah daripada kembali berkuasa dalam puisi-nya yang bertajuk Keluargaku.

"...gemakanlah bersama jiwa perjuangan agar gumpalan-gumpalan perjuangan itu terus bersemarak di setiap jiwa untuk lantas menerjang segala cabaran untuk pasti melihat keluargaku ceria dan tidak mengeluarkan air mata darah kerana derita." Majlis ini antaranya bertu-

juan untuk mengetengahkan tokoh penyair tempatan dan memasyarakatkan puisi untuk penghayatan "puisi milik kita". Di samping menonjolkan pera-nan puisi melalui penghasilan karya oleh penyair tanah air untuk memajukan, memba-ngunkan dan membudayakan masyarakat, bangsa dan negara selaras dengan kemajuan negara merealisasikan Wawasan 2020.

Ketua Pengarah Dewan Ban-daraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Haji Salleh Yusup turut menunjukkan bakat berpuisi me-

lalui karya SN Datuk A. Samad Said, Angin Hemah Sebuah Kota di hadapan kira-kira 250 orang hadirin. Puisi sememangnya sangat halus dan sentimental sehingga amanat yang didukung berjaya mengetuk hati dan pintu rasa pendengarnya. Selaras dengan itu, Pensyarah Institut Bahasa Melayu Malaysia, Raja Rajeswary Seetha Raman ber-kias melontarkan perpaduan kaum di Malaysia dinodai oleh kekeliruan dan dendam kesu-mat melalui puisi yang bertajuk Membaca Dedaktika Semesta.

Dalam majlis yang berlang-sung setiap hari Jumaat minggu ketiga ini, turut diperdengarkan lapan buah puisi melalui persem-bahan secara dekon oleh hos,

Profesor Rahman Shaari yang antaranya menjelaskan tentang perlunya persediaan mengha-dapi ketidakjujuran seorang sahabat. Selain itu turut dimeri-ahkan oleh persembahan kanak-kanak dan remaja Anjung Seni Bingkas Kebayan.

Program anjuran bersa-ma Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Ke-senian dan Warisan Malaysia (KPKKW), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini diacarakan oleh Mansor Abu Bakar (Juruhebah Klasik Nasional). Turut dija-yakan oleh penyair Rogayah A. Hamid Timang Tinggi-

tinggi, Rahimidin Zahari Kusembunyikan Engkau, Rasdi Daud Melayu karya SN Dr. Usman Awang dan Adik Norain A. Rahman Kitalah Tuan karya Profesor Dr. Hashim Yaakub.

MUNSYI

Bahasa, Sastera dan penerbitanterus dimartabat

DBP sudahberusia 52 tahun

Penulis: Surtahman Kastin Hasan Penerbit: DBP Tahun Terbitan: 2008 Harga: RM15.00Kerjasama bukan sesuatu yang

mudah untuk dicapai dan diprak-tikkan. Kerjasama memerlukan pe-ngorbanan yang dewasa ini kesediaan untuk melakukannya telah luntur dan rata-ratanya tiada siapa yang sanggup memikulnya. Oleh sebab itulah, penulis menjadikan akidah sebagai dorongan utama yang mampu mendekatkan individu (Islam dan negara Islam) kepa-da semangat persaudaraan yang sejati dengan memadamkan sifat angkuh dan pentingkan diri sendiri.

Ketahuilah bahawa kejahilan, salah faham terhadap Islam, kepercayaan ciptaan manusia, musuh dalam selimut, kemunculan ulama su’, kelemahan pemimpin, pergerakan dan diayah Yahudi, Kristian dan kuasa besar dunia merupakan faktor dalaman dan luaran yang akan membawa umat Islam terus berpecah.

Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh diperoleh daripada Kedai Buku Koperasi DBP Sdn. Bhd. dengan menghubungi talian 03-21485869/ 21433505/21433504.

Oleh Nur Syahirah M. Saifullah

MENGHIDUPKAN SUASANA: Prof. Rahman Shaari sebagai hos program pada malam itu turut mendeklamasikan puisi.

Bil: 49 RABU, 18 JUN 2008

MESTI BELI... TERBAHARU DI PASARAN

Menawarkan:

Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) Membantu menyelesaikan pel-bagai masalah penggunaan baha-sa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa.

Khidmat Nasihat Sastera (KNS) Menjawab pelbagai pertanyaan mengenai aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara; bimbing-an dan bengkel penulisan/pe-nyuntingan sastera kanak-kanak dan remaja. Turut menyediakan ca-rian pantun dan biodata penulis/penyair serta penyemakan bahasa Melayu klasik.

Khidmat Nasihat Penerbitan (KNP) Menyediakan perkhidmatan pe-rundingan dan khidmat nasihat yang meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti, penyediaan manuskrip dan proses penerbitan.

Khidmat Nasihat Korporat (KNK) Rujukan tentang dasar yang ber-kaitan dengan DBP, pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP dan pelibatan masyarakat dengan ak-tiviti DBP.

Untuk mendapatkan khidmat ini, sila layari www.dbp.gov.my

Kerjasama eKonomi Umat islam: Potensi dan Cabaran

Meraikan Penerima Anugerah S.E.A Write Awards Muka 10 Muka 12

Baca Puisi KL MenampilkanTokoh Pelbagai Bidang

BERI TUMPUAN: Antara hadirin yang memeriahkan majlis (barisan depan dari kiri: Pengarah Jabatan Sastera, Puan Hajah Izzah Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah DBP, Encik Kamarul Zaman Shaharudin). BERBAKAT: Mufti Kerajaan Perlis.

"Seronoknya membaca"di Kuala Selangor