mujur tidak hilang tempat berteduh - htht

4
1 Mujur tidak hilang tempat berteduh Seorang wanita mualaf berketurunan Cina kini boleh menarik nafas lega selepas mahkamah meluluskan permohonannya bagi mendapatkan surat probet yang membolehkan beliau bertindak selaku wasi atau 'executor' bagi memindahkan pemilikan flat tiga bilik ibu angkatnya di Bukit Batok. Kesemua itu dibolehkan kerana ibu angkatnya, juga mualaf keturunan Cina, telah membuat surat hibah amanah sebelum meninggal dunia. SAINI SALLEH <[email protected]> , yang menemu bual beliau baru-baru ini, turut menyorot trend penggunaan hibah yang semakin diterima masyarakat Islam. 20 Jul 2012 Singapura

Upload: others

Post on 08-Nov-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mujur tidak hilang tempat berteduh - HTHT

1

Mujur tidak hilang tempat berteduh

Seorang wanita mualaf berketurunan Cina kini boleh menarik nafas lega selepas

mahkamah meluluskan permohonannya bagi mendapatkan surat probet yang

membolehkan beliau bertindak selaku wasi atau 'executor' bagi memindahkan

pemilikan flat tiga bilik ibu angkatnya di Bukit Batok. Kesemua itu dibolehkan kerana

ibu angkatnya, juga mualaf keturunan Cina, telah membuat surat hibah amanah

sebelum meninggal dunia. SAINI SALLEH <[email protected]> , yang menemu bual

beliau baru-baru ini, turut menyorot trend penggunaan hibah yang semakin diterima

masyarakat Islam.

20 Jul 2012

Singapura

Page 2: Mujur tidak hilang tempat berteduh - HTHT

2

Mualaf warisi flat ibu angkat melalui hibah amanah

CIK Nur Aniza Abdullah tidak tahu apa yang harus dilakukan sekiranya ibu

angkatnya yang sakit melarat akibat diserang angin ahmar pergi buat selama-lamanya.

Mualaf berketurunan Cina berusia 43 tahun itu mungkin tiada lagi tempat berteduh

kerana statusnya sebagai anak angkat tidak membolehkannya mewarisi flat ibu

angkatnya itu mengikut hukum faraid.

Ini kerana hukum faraid menetapkan 100 peratus hasil penjualan flat itu disalurkan ke

baitulmal.

Tidak terlintas dalam fikirannya cara lain bagi beliau mewarisi flat tiga bilik di Bukit

Batok itu lebih-lebih lagi ibu angkatnya sendiri mahu menyerahkan pemilikan rumah

itu kepadanya.

Atas saranan seorang rakan, beliau mendapatkan khidmat Encik Sadali Rasban,

penulis buku-buku mengenai pengalihan harta dan harta pusaka berlandaskan hukum

syariah yang juga pemilik HTHT Advisory Services Pte Ltd, sebuah firma perunding

cara bagi membantu melakarkan surat-surat pengalihan harta termasuk wasiat dan

hibah amanah.

Firmanya juga membantu waris mendapatkan surat-surat Letter of Administration

atau Letter of Probate , pembahagian harta pusaka dan membantu peguam dalam isu-

isu pusaka Islam yang mereka kendalikan.

Ibu angkat Cik Nur Aniza, Cik Fatimah Ismail, seorang mualaf keturunan Cina juga,

tidak mempunyai anak kandung hasil pernikahan dengan suaminya, juga mualaf

keturunan Sri Lanka, dalam 1960-an.

Beliau, yang sakit terlantar sejak 2010, meninggal dunia pada Julai 2011 pada usia 72

tahun.

Suaminya meninggal dunia pada 1991 selepas kembali semula kepada agama asalnya,

Kristian.

Cik Aniza, guru bahasa Melayu sambilan, adalah satu-satunya anak angkat mereka.

Encik Sadali, yang menyedari terdapatnya peruntukan hukum Islam yang

membolehkan ibu angkatnya memberikan hak pemilikan flatnya kepada Cik Aniza,

tampil membantu dengan menyiapkan dokumen sewajarnya.

Dokumen berupa surat-surat wasiat dan Hibah Amanah itu telah ditandatangani oleh

Cik Fatimah, Cik Anizah, seorang peguam dan dua saksi termasuk Encik Sadali pada

Disember 2010.

Surat itu, antara lain, menyebut bahawa Cik Fatimah mahu menghadiahkan flatnya

kepada Cik Aniza semasa hidup beliau dan pengalihan tukar milik akan berlaku

apabila beliau meninggal dunia.

Page 3: Mujur tidak hilang tempat berteduh - HTHT

3

Selepas Cik Fatimah meninggal dunia, Cik Aniza - yang berbekalkan surat-surat

wasiat dan hibah amanah itu - kembali menghubungi Encik Sadali untuk

melaksanakan wasiat dan hibah amanah ibu angkatnya.

"Saya masih samar-samar sama ada wasiat hibah amanah arwah ibu angkat saya itu

boleh dilaksanakan.

"Ini kerana saya tidak pernah mendengar kes anak angkat boleh mewarisi pusaka ibu

angkatnya," tambah Cik Aniza.

Menurut Encik Sadali, untuk melaksanakan hibah amanah itu, beliau telah membantu

Cik Aniza memfail afidavit bagi memohon mendapatkan surat probet di Mahkamah

Rendah pada Februari lalu.

Surat probet itu memberi hak kepada Cik Aniza sebagai wasi atau executor untuk

melaksanakan wasiat dan hibah amanah ibu angkatnya itu.

Antara dokumen yang dikemukakan termasuk surat hibah amanah, surat wasiat

terakhir dan pengakuan Allahyarhamha Fatimah mengenai pusakanya itu.

Dalam pada itu, Cik Aniza juga mendapatkan sijil warisan daripada Mahkamah

Syariah yang menetapkan harta pusaka estet Allahyarhamha Fatimah hendaklah

diagihkan secara faraid - diserahkan kepada baitulmal.

Encik Sadali kemudian merujuk kepada mahkamah sivil yang mempunyai kuasa

membuat keputusan terhadap kes-kes seumpama itu mengikut hukum negara.

Mentelah lagi, Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) menetapkan pembahagian

harta pusaka seorang Muslim mesti diagih mengikut hukum syariah.

Tiada mana-mana bahagian Amla yang menyatakan harta pusaka mesti diagih

mengikut faraid, kata Encik Sadali.

Namun, tugas tersebut tidak semudah disangka.

Cik Aniza, janda tanpa anak, dengan bantuan Encik Sadali, berjaya menjelaskan

kepada mahkamah mengenai pembahagian pusaka Allahyarhamha ibu angkatnya itu

berdasarkan hibah amanah itu.

"Pembahagian secara hibah amanah itu adalah salah satu cara pembahagian harta

secara syariah yang berlaku apabila ada kematian, bukan semata-mata secara faraid,"

tegas Encik Sadali.

Selepas agak lama menunggu, Cik Aniza akhirnya lega apabila pihak mahkamah

meluluskan permohonannya bagi mendapatkan surat probet.

Surat Probet hanya dikeluarkan apabila mahkamah menerima surat-surat wasiat dan

Hibah Amanah.

Page 4: Mujur tidak hilang tempat berteduh - HTHT

4

Dengan surat probet itu, beliau mengemukakan permohonan kepada pihak Lembaga

Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk diiktiraf sebagai executor (wasi) dan

memindahkan pemilikan flat ibu angkatnya kepada dirinya sendiri.

Copyright © 2012 SPH AsiaOne Ltd. All rights reserved.

Privacy Statement Conditions of Access Advertise @ AsiaOne