hakikat 5- hilang kebahagiaan di tangan kemaksiatan

29
HAKIKAT 5: DI DALAM KEMAKSIATAN TIADA KEBAHAGIAAN a. DOSA DAN MAKSIAT Maksiat adalah suatu perbuatan buruk, keji dan mungkar yang membawa kepada dosa dan menghampirkan si pelakunya kepada azab neraka. Allah swt menghiaskan maksiat dengan sifat-sifat yang hina dan disebabkan itu, dilihat hina juga orang yang melakukannya. Apabila seseorang melakukan maksiat, maka harga dirinya yang tinggi dahulu akan jatuh hina dan ramai yang akan hilang hormat terhadap dirinya. Kerana takut akan rasa terhina itu, maka mereka akan bersembunyi dan menyorokkan diri apabila ingin melakukan maksiat. Berkata Saiyidina Umar r.a., “Sesungguhnya kita dahulu adalah kaum yang hina, maka Allah telah muliakan kita dengan Islam, maka tatkala kita mula mencari kemuliaan dengan apa yang bukan Allah muliakan kita dengannya, Allah akan jadikan kita hina!” (al-Hakim fil-Mustadrak) Maksiat itu hina sehingga setiap manusia ingin menjauhi daripada kehinaan maksiat sekalipun mereka sendiri adalah seorang ahli maksiat. Seorang yang suka mencuri pasti tidak suka barangnya dicuri, seorang pembunuh pasti tidak suka dirinya dibunuh dan seorang penzina pasti tidak suka anaknya juga berzina. Lalu mengapa ahli maksiat tetap melakukan maksiat dan

Upload: sitrahaslee

Post on 20-Jan-2016

59 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

HAKIKAT MENYENTUH HAT1

TRANSCRIPT

Page 1: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

HAKIKAT 5: DI DALAM KEMAKSIATAN TIADA KEBAHAGIAAN

a. DOSA DAN MAKSIAT

Maksiat adalah suatu perbuatan buruk, keji dan mungkar yang

membawa kepada dosa dan menghampirkan si pelakunya kepada azab

neraka. Allah swt menghiaskan maksiat dengan sifat-sifat yang hina dan

disebabkan itu, dilihat hina juga orang yang melakukannya. Apabila

seseorang melakukan maksiat, maka harga dirinya yang tinggi dahulu

akan jatuh hina dan ramai yang akan hilang hormat terhadap dirinya.

Kerana takut akan rasa terhina itu, maka mereka akan bersembunyi dan

menyorokkan diri apabila ingin melakukan maksiat.

Berkata Saiyidina Umar r.a., “Sesungguhnya kita dahulu adalah

kaum yang hina, maka Allah telah muliakan kita dengan Islam, maka

tatkala kita mula mencari kemuliaan dengan apa yang bukan Allah

muliakan kita dengannya, Allah akan jadikan kita hina!” (al-Hakim fil-

Mustadrak)

Maksiat itu hina sehingga setiap manusia ingin menjauhi daripada

kehinaan maksiat sekalipun mereka sendiri adalah seorang ahli maksiat.

Seorang yang suka mencuri pasti tidak suka barangnya dicuri, seorang

pembunuh pasti tidak suka dirinya dibunuh dan seorang penzina pasti

tidak suka anaknya juga berzina. Lalu mengapa ahli maksiat tetap

melakukan maksiat dan mengganggu hidup orang lain sedangkan mereka

juga tidak mahu perkara itu mengganggu hidup mereka?

Maksiat merupakan perkara yang menggelapkan hati si pelakunya.

Maksiat menyebabkan seseorang tidak dapat melihat makna ilmu yang

sebenar dan tidak pula dia berupaya mengamalkannya. Semakin maksiat

itu dilakukan, semakin gelap hatinya dan semakin kejam sifatnya.

Page 2: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

IBADAH MENJINAKKAN NAFSU

Tolakan yang mendorang seseorang melakukan maksiat adalah

hawa nafsu. Nafsu tidak pernah puas dan sentiasa ingin mencari

kepuasan. Ubat bagi membendung segala kemaksiatan hanya akan

dijumpai sekiranya kita berjaya menjumpai ubat dalam membendung

nafsu tersebut. Apabila seseorang berjaya membendung nafsu dan

menjadi tuan kepadanya, maka hidup pasti akan dijauhi daripada

melakukan maksiat. Namun, bagaimanakah caranya untuk membendung

nafsu?

Iman Ghazali berkata, “nafsu umpama kuda liar, jangan kamu

bunuh nafsumu tetapi jinakkanlah ia dengan ibadah.”.

Ibadah merupakan suatu perbuatan memperhambakan diri kepada

Allah. Ibadah akan mensucikan hati dan pemikiran. Walaupun di dalam

diri ini terdapat nafsu yang sama seperti mana nafsu yang diperolehi oleh

orang lain, namun, sekiranya kita taat dalam melaksanakan ibadat, maka

hati ini akan menjadi takut dan gementar kepada Allah. Kemudian

ketakutan ini akhirnya akan menundukkan nafsu dan menjinakkannya.

Lain pula bagi mereka yang tidak melakukan ibadah. Hatinya akan

kotor dan gelap sehingga hatinya tidak mampu melihat balasan Allah

kepadanya selepas mati. mereka hanya boleh mengucapkan bahawa

mereka takut kepada Allah, walhal hatinya tidak merasai ketakutan

bersama-sama ucapannya itu dan hatinya tidak memperdulikannya.

Hati yang gelap ialah jenis hati yang paling mudah dijerat nafsu dan

terjatuh dalam kehinaan. Mereka tidak dapat diselamatkan melainkan

mereka kembali semula untuk beribadah kerana ibadah itu mensucikan

hati yang gelap dan menjinakkan nafsu.

Page 3: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

Rasulullah saw telah bersabda “tidak sempurna iman salah

seorang daripada kamu sehingga keinginan hawa nafsu kamu tidak

mengikuti agama yang aku bawa.”

Apabila manusia tidak melaksanakan ibadah, maka manusia tidak

mengetahui cara membendung nafsunya. bukan sahaja pemikiran,

bahkan setiap anggota badannya akan digunakan untuk melayan gelora

nafsunya, lalu menjadikannya manusia yang lemah dan hina.

Kesilapan kita yang sering kali berulang ialah selalu ingin

mencuba-cuba perkara maksiat. Janganlah cuba untuk bermain-main

dengan maksiat dan janganlah cuba untuk diuji dengan maksiat. Kerana

jika ia datang menguji, jarang sekali manusia mampu menolaknya.

Sekiranya kita cuba untuk bermain-main dengan perkara maksiat,

ia adalah permulaan kepada bersungguh-sungguh melakukan maksiat

kerana awalnya seorang perogol hanya seronok menonton videi lucah,

awalnya seorang pencuri hanya seronok menipu, awalnya seorang

pembunuh hanya seronok bergaduh dan bertumbuk. Allah swt juga telah

berfirman:

“Sesiapa yang berpaling dari pengajaran ar-Rahman, Tuhan yang Maha

Pemurah (Al Quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkannya)

Maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu bersamanya. Dan

Sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan

yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.

Surah az-Zukhruf: 36-37.

Maka sibukkanlah diri dengan ibadah untuk menjinakkan nafsu dan

menjauhi kemaksiatan. Sesungguhnya telah ribuan hidup manusia hancur

kerana maksiat dan ribuan hidup manusia telah bahagia kerana Ibadah.

ADAKAH ANDA BAHAGIA DENGAN MAKSIATNYA?

Page 4: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

Apabila terlibat dengan dosa dan maksiat, mungkin seseorang itu

akan dibenci dan akan di jauhi masyarakat. Tidak mungkin masyarakat

memujinya dan berbangga dengan perbuatan dosanya. Kemudian, dia

akan dikenali sebagai seorang yang teruk dan bermasalah di dalam

rumah ataupun di tempat kerja. sekiranya berlaku kecurian di dalam

rumah atau di tempat kerja tersebut, maka dia menjadi orang pertama

akan disyaki walaupun dia tidak melakukannya. Mata-mata disekelilingnya

seolah-olah memandang serong kepadanya dan hidupnya sudah tidak

tenteram lagi. Maka di mana bahagia di dalam dosa dan maksiat yang

telah dilakukannya?

Sesungguhnya Allah menutup keburukan seorang hamba daripada

diketahui orang ramai setiap kali hamba tersebut melakukan dosa.

Namun, jika sekali sahaja Allah mahu membuka aibnya yang selama ini

ditutup, maka pasti tiada ruang tempat yang hamba itu mampu sorok

kerana terlalu malu di atas perbuatannya yang telah diketahui oleh orang

ramai.

Kehidupan bahagia, suci dan aman adalah kehidupan yang

diidamkan oleh semua orang walaupun mereka seorang penjenayah atau

raja yang zalim. Hidup yang suci dan bersih ini pula hanya diperoleh oleh

mereka yang amalakan kehidupan yang suci serta bersih. Namun,

kebahagiaan yang mereka cari itu tidak mungkin dapat diperolehi

sekiranya mereka jauh daripada cara hidup yang suci dan mengamalkan

cara hidup yang kotor..

Penzina hidupnya penuh dengan berzina, pencuri hidupnya penuh

dengan mencuri dan penjenayah hidupnya sentiasa penuh dengan

kegiatan jenayah. Cara hidup yang begini akan membinasakannya sedikit

demi sedikit sedangkan mereka sentiasa menunggu kebahagiaan akan

datang.

Page 5: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

Seronok dan bahagia kelihatan seakan-akan sama, tetapi

hakikatnya ia sangat berbeza. Kekeliruan antara kedua-duanya akan

menyebabkan seseorang silap melalui jalan hidupnya. mereka

menyangka dirinya sedang mengejar kebahagiaan yang kekal, walhal

yang dikejarnya hanyalah keseronokan yang sementara. Apakah yang

lebih malang daripada manusia yang inginkan bahagia, namun

penderitaan pula yang datang? Maka sangat penting untuk kita

mengetahui apakah yang sedang kita kejarkan sama ada keseronokan

ataupun kebahagiaan.

Seronok itu tidak kekal sifatnya, hanya sementara dan ia tidak

mampu melupakan seseorang daripada kesedihan. Umpamanya

seseorang yang bersedih sedang menonton rancangan lawak. Dia hanya

mampu seronok ketika sedang menonton rancangan itu, tetapi dia akan

kembali bersedih apabila rancangan itu telah habis. sama juga seperti

seorang yang melakukan kemaksiatan. mereka ingin penuhi hatinya yang

kosong dengan keseronokan tetapi keseronokan itu kemudiannya hilang

dan pastinya hati menjadi kosong kembali.

dosa dan maksiat hanya membina keseronokan yang sementara

dan meruntuhkan kebahagiaan yang kekal. Pernah seseorang meluahkan

perasaan apabila ditanya tentang kehidupan selepas menjadi seorang

pencuri. Katanya, “selepas memasuki rumah yang terkunci dan mencuri

barang berharga, walaupun saya telah berjaya melepaskan diri dari rumah

itu, tetapi hati serta kebahagiaan saya telah pun terperangkap di

dalamnya untuk selama-lamanya.”

‘Bahagia’ berbeza daripada ‘seronok’ kerana ‘bahagia’ itu kekal

sifatnya dan ia mampu melupakan seseorang daripada seluruh kesedihan

hidup. Allah swt hanya memberikan kebahagiaan kepada orang-orang

yang bertaqwa dalam mengamalkan agama. Cukup dengan ini sahaja,

maka diri dan jiwa akan bahagia tanpa perlu menonton cerita lucu,

melakukan maksiat, berhibur, memperolehi harta yang banyak, memiliki

Page 6: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

rumah yang mewah dan sebagainya. Mereka ini sekiranya diuji dengan

kesusahan ataupun musibah, tetap kekal kebahagian itu menjadi miliknya.

Marilah merenung sejenak dan menyemak buku amalan kita

seharian, adakah kita memilih kehidupan untuk bahagia yang bersifat

kekal atau memilih kehidupan yang seronoknya bersifat sementara?

Sunnun bin hamzah seorang sufi yang hebat pernah berkata, “sekiranya

emas itu boleh berkarat, dan perak itu kekal sifatnya, nescaya orang

cerdik akan memilih perak berbanding memilih emas.”

70 DOSA BESAR

Mengikut Imam Azzahabiyy dalam kitabnya “Al-Kabaair” beliau

cuba menghimpunkan jenis-jenis dosa besar sebanyak 70 perkara:

1. Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan

2. Bersaksi palsu

3. Berjudi

4. Bersumpah palsu dan bohong

5. Berbohong

6. Bergambar di baju (bila solat)

7. Berperempuan pelacur

8. Berbuat buruk terhadap yang lemah

9. Berdebat dan memusuhi

10.Bersidat dayus

11. Bercakap kasar dengan orang tua

12. Dusta nama Allah dan RasulNya

13. Derhaka pada suaminya

14. Derhaka pada hamba Allah anggap baik dirinya

15. Hakim derhaka

16. Homosex (seagama sejenis)

17. Kurang timbangan

18. Lari seorang hamba dari tuannya

Page 7: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

19. Lelaki menyerupai wanita

20. Lari dari medan perang di jalan Allah

21. Membunuh manusia

22. Membunuh diri sendiri

23. Mengamalkan sihir

24. Meninggalkan solat lima waktu

25. Meninggalkan solat jumaat

26. Menderhaka kepada ibu bapa

27. Memutuskan hubungan silaturahim

28. Melakukan zina

29. Makan harta anak yatim secara tidak betul

30. Makan dari kekayaan yang haram

31. Memberi rasuah dan mengambil rasuah

32. Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong

33. Makan riba

34. Minum arak

35. Mencuri

36. Merompak

37. Melakukan kezaliman

38. Melakukan pengkhianatan

39. Menyebut-nyebut pemberian

40. Mengingkari janji

41. Memfitnah

42. Mengutuk orang Islam

43. Merasa aman dari kemurkaan Allah

44. Menipu harta rampasan

45. Melampui batas

46. Menuduh zina terhadap orang baik

47. Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)

48. Mempercayai nujum dan sihir

49. Menjadi bapa sanggup

Page 8: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

50. Mencari kesalahan orang lain

51. Menganggu orang lain

52. Menganggu tetangga

53. Menyakiti dan memaki orang Islam

54. Mengintip rahsia dan membuka rahsia orang

55. Mencaci sahabat-sahabat Nabi

56. Mengurangi wasiat

57. Meningkari takdir

58. Putus asa dari rahmat Allah

59. Penipuan kezaliman terhadap rakyat

60. Riak mempamerkan diri

61. Sombong serta angkuh

62. Sembelih untuk selain Allah

63. Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain

64. Tidak mengeluarkan zakat

65. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan

66. Tidak haji jika mampu

67. Tidak beristibrak kencing

68. Tidak mendengar cakap ibu bapa

69. Tipu daya

70. Wanita menyerupai lelaki

MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA DOSA

1) Suasana

Perubahan anak-anak atau keluarga kepada menjadi lebih baik tidak akan

begitu mudah hanya dengan pendidikan di sekolah. Suasana sekeliling juga

banyak member pengaruh dalam membantu seseorang mengawal nafsu atau

hilang kawalan nafsu.

Page 9: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

Memang benar untuk mengubah sikap seseorang adalah sukar, oleh itu,

jangan terlalu memikirkan mengubah seseorang, tetapi ubahlah suasana di

sekeliligmu kerana itu lebih mudah dan ia adalah paling mujarab untuk

mengubah sikap seseorang.

Kasih sayang Allah akan dapat dilihat juga dengan di mana Allah letakkan

kita. Sekiranya kita membenci dan jauh daripada Allah, maka awalnya kita akan

berada di tempat atau suasana yang mudah untuk hilang kawalan nafsu seperti

di disko, pub, pusat judi, wayang dan sebagainya. Kemudian apabila Allah

sayang pada kita setelah kita jauh daripadNya, maka Allah letakkan kita di

tempat yang tidak melalaikan dan mampu untuk mengawal nafsu seperti dia

masid atau di tempat-tempat yang ada majlis zikrullah.

Adapun dikalangan kita mempunyai sifat yang sangat kejam dan

merbahaya, maka mereka akan diletakkan di dalam penjara kerana ia adalah

tempat yang sesuai bagi mereka dalam mengawal tingkah laku negatifnya selain

daripada masjid atau surau. Walau apa pun nama tempat atau label yang

diberikan, sekiranya tempat itu membawa kepada kurangnya kita melakukan

maksiat, maka itulah tempat yang sepatutnya kita bersyukur untuk

memasukinya.

2) ilmu

Dalam Islam, terdapat perintah-perintah Allah dan larangan-larangan Allah

yang kita perlu jelas dan wajib ambil tahu tentangnya. Adalah satu kesilapan

yang sangat besar dan bahaya sekiranya tidak mengetahui apa yang diperintah

dan apa yang dilarang dalam agama. Apabila tidak tahu perintah dan larangan

dalam agama, kita akan lebih-lebih lagi akan melakukan perbuatan dosa tanpa

kita sedar.

Orang yang sedar tentang perbuatannya adalah berdosa, pasti dia akan

bertaubat sekiranya dia ada kekuatan untuk bertaubat. Tetapi sekiranya manusia

tidak sedar perbuatan yang mereka buat itu berdosa, maka sehingga mati pun

manusia tidak akan terdetik di hati untuk bertaubat. Berapa ramaikah yang

Page 10: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

melakukan dosa dan dia merasakan ia bukan satu perbuatan yang salah lalu

mati tanpa bertaubat?

Antara punca kesilapan orang islam di atas muka bumi ini ialah mereka

tidak ambil tahu apakah perintah dan larangan Allah yang perlu dilaksanakan

dan perlu ditinggalkan dalam setiap perkara yang ingin dilakukan. Bagaimanakah

kita ingin berniaga, tetapi tidak tahu bagaimana cara berniaga yang Allah

perintahkan dan apakah cara berniaga yang Allah larang? Bagaimanakah kita

ingin berkeluarga, tetapi tidak tahu bagaimana cara berkeluarga yang Allah

perintahkan dan apakah cara berkeluarga yang Allah larang? Bagaimanakah kita

ingin bekerja, tetapi tidak tahu bagaimana cara bekerja yang Allah perintahkan

dan apakah cara bekerja yang Allah larang?

Kadang kala kita terpengaruh dengan amalan orang di sekekliling. Apabila

suatu perbuatan salah dan dosa telah biasa dilakukan oleh kawan dan keluarga,

maka perbuatan itu sudah tidak terasa berdosa lagi. Sedangkan hukum haram

ataupun wajib di dalam agama tidak akan berubah walaupun setiap manusia

yang ada di atas muka bumi ini tidak mampu mentaatinya.

Telah berkata Saidina Ali r.a, “Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu

menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan

harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila

dibelanjakan.”

Penerangan ini menunjukkan bahawa ilmu hukum hakam adalah sangat

penting. Sekiranya hendak melakukan sesuatu perbuatan yang kita tidak

mengetahui akan perintah serta larangan Allah di dalamnya, maka kita perlulah

bertanya atau belajar dahulu tentang perkara itu dengan ulama yang muktabar.

Janganlah sehingga perbuatan itu telah dibuat barulah hendak bertanya kepada

ustaz sama ada ia berdosa atau tidak.

Pernah ada satu peristiwa yang berlaku semasa seorang ustaz

memberikan seminar mengenai hukum hakam. Maka telah bertanya salah

seorang daripada penonton kepada ustaz yang memberi ceramah, “saya telah

Page 11: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

meninggalkan puasa sejak saya baligh sehingga sekarang selama 45 tahun,

berapakah bilangan puasa dan fidyah yang perlu saya bayar?”

Mendengar soalan itu, ustaz itu tersentak lalu mengira fidyah yang perlu

dibayar. Selepas dikira-kira, ustaz itu terus berkata, “pakcik perlu mengantikan

puasa selama 45 bulan dan membayar fidyah lebih kurang satu lori beras!”

Pakcik tadi menangis teresak-esak dan berkata, “kalaulah aku bertanya

dari dahulu lagi tidaklah ia menjadi beban sebegini.”

Seorang yang muslim memperolehi peluang untuk memasuki syurga dan

terselamat daripada azab neraka di akhirat kelak. Namun yang menghalang

dirinya daripada syurga dan membawa dirinya ke neraka adalah ujian dan

godaan dunia yang datang kepada mereka. Untuk menyelamatkan diri daripada

perkara tersebut, ilmu tauhid, tassawuf dan feqah wajib dipelajari. Ilmu tauhid

membantu kita berpegang dengan pegangan aqidah yang tepat, ilmu tasawwuf

membantu kita menjaga iman di dalam hati dan ilmu feqah membantu kita

mengetahui cara yang betul dalam mengamalkan agama.

JANGAN BERPUAS HATI DENGAN AMALAN SENDIRI

Saidina ‘Ali pernah berkata, “Bahaya kepandaian adalah berbuat

sekehendak hati. Bahaya keberanian adalah melampaui batas. Bahaya toleransi

adalah menyebut-nyebut kebaikannya. Bahaya kecantikan adalah sombong.

Bahaya ucapan adalah dusta. Bahaya ilmu adalah lupa. Bahaya pemurah adalah

berlebih-lebihan (Tengku Abdul Wahab)

Seseorang yang telah dapat melaksanakan perintah solat, puasa, zakat

dan haji dengan baik jangan terlalu berpuas hati dengan amalan sendiri

sekiranya masih belum mampu menjaga diri daripada melihat aurat orang lain,

bercakap sia-sia, mengumpat, dan lain-lain. Dosa-dosa ini adalah dosa yang

dilakukan tanpa sedar dalam kehidupan seharian dan telah menyebabkan ramai

mati tanpa bertaubat akannya.

Page 12: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

Muhammad Bin Sirin pernah mendengar seseorang memaki Hajjaj bin

Yusuf setelah matinya, beliau mendekati orang itu dan berkata, “Tahanlah wahai

putra saudaraku, Hajjaj sudah kembali ke sisi Rabb-nya. Saat engkau datang

kepada Rabb-mu, akan kau dapati bahawa dosa terkecil yang kau lakukan di

dunia lebih kau sesali daripada dosa yang dilakukan Hajjaj. Masing-masing dari

kalian akan bertanggung jawab terhadap dirinya sendiri.”

Iman Hassan al-Basri berkata “Janganlah Anda tertipu dengan banyaknya

amal ibadah yang telah anda lakukan, kerana sesungguhnya anda tidak

mengetahui apakah Allah menerima amalan anda atau tidak. Jangan pula anda

merasa aman dari bahaya dosa-dosa yang anda lakukan, karena sesungguhnya

anda tidak mengetahui apakah Allah mengampuni dosa-dosa anda tersebut atau

tidak.”

JAGA DIRIMU DARIPADA DOSA

Telah berkata ulama, “Takutlah kamu akan perbuatan dosa di saat

sendirian, di saat inilah saksimu adalah juga hakimmu.”

Perlulah kita sebagai orang Islam untuk senantiasa menjaga diri daripda

dosa-dosa besar ataupun kecil. Ini kerana perkara-perkara dosa ini terlalu

mudah untuk di dapati di luar rumah mahupun di dalam rumah. Sesuatu perkara

yang haram untuk di cakapkan, haram juga ia untuk di dengar, sesuatu perkara

yang haram untuk didedahkan, haram juga ia untuk dilihat dan dipandang.

Perkara seperti pergaulan, aurat, pandangan mata, pendengaran dan

percakapan adalah perbuatan yang sangat sukar untuk dijaga pada zaman ini.

Apabila kita tidak menjaganya, bukan sahaja akhirat kita akan rosak, bahkan

dunia juga akan rosak kerananya.

1. Menjaga aurat

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya

menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan

memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan

Page 13: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah

mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka

dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka

melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua

mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-

saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,

atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau

perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang

gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada

perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat

perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui

orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan

bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang

beriman, supaya kamu berjaya.”

(Surah an-Nur: 31)

Muslim lelaki dan muslim wanita hendaklah menghindarkan diri

daripada memuaskan nafsu syahwat secara haram dan juga daripada

membuka aurat mereka di hadapan orang lain. Walaupun perintah kepada

lelaki adalah sama dengan wanita dalam hal ini, tetapi sempadan aurat

untuk wanita adalah berbeza daripada yang diperintahkan kepada lelaki.

Allah telah sembunyikan kecantikan wanita di dalam perintah-

perintahnya. Apabila wanita menjaga auratnya di hadapan orang yang di

haramkan melihat auratnya, maka Allah pula akan menjaga diri mereka

daripada perkara yang mereka benci. Dan apabila mereka meninggalkan

kecantikan tidak menutup aurat kepada menutup aurat, Allah pula akan

mencantikkan mereka dengan kecantikan yang lebih baik lagi iaitu

kecantikan ahklak. Pasti mereka akan lebih disayangi dan lebih disanjungi

daripada sebelum mereka tidak menutup aurat.

Page 14: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

Tidak berguna cantik rupa paras sekiranya hilang kecantikan

akhlak, dan apabila hilang kecantikan akhlak, maka hilanglah kehormatan

dan kemuliaan seseorang wanita itu. jika seorang lelaki atau wanita

memandang diri kita, kita mahu mereka memandang kita dengan rasa

hormat akan agama yang ada pada diri kita dan bukan memandang kita

dengan perasaan yang memberahikan atau pandangan syaitan kerana

terbukanya aurat kita.

Kesan daripada masalah tidak menutup aurat hanya akan difahami

apabila berada di dalam negara yang kesemua rakyatnya tidak menutup

aurat. Kita akan melihat di sana adanya masalah penzinaan, masalah

anak luar nikah dan masalah rogol yang telah berleluasa dan tidak

terkawal. Aurat umpama tembok kepada malu, dan musnahnya tembok

malu ini apabila seseorang itu tidak lagi menutup auratnya. Sekiranya

malu telah musnah, maka malu dalam melakukan kemaksiatan juga akan

musnah.

2. Menjaga pandangan

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman

supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang

haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi

mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa

yang mereka kerjakan.

(Surah an-Nur: 30)

Nikmat penglihatan adalah suatu nikmat yang indah tetapi ia perlu

dijaga dengan baik kerana kenikmatan ini mungkin akan membawa pelbagai

musibah di hari akhirat kelak. Jauhilah diri dari memandang perkara yang

Page 15: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

diharamkan seperti aurat dan wanita. Jika kita tidak menjaga pandangan

mata daripada memandang wanita ketika di dunia, maka ditakuti pandangan

mata itu tidak dapat lagi melihat wanita ketika di akhirat.

Sifat seseorang dapat diketahui berdasarkan apa yang mereka suka

untuk lihat. Ini kerana seseorang itu lebih mudah mencontohi apa yang

mereka telah lihat berbanding apa yang mereka telah dengar. Sekiranya

mata ini gemar memandang yang haram, maka dapat diketahui betapa buruk

sifatnya dan betapa rosak hatinya kerana pandangannya itu. Ali r.a pernah

berkata, “Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya”

Mata dapat dijaga dengan baik sekiranya ia disibukkan untuk melihat

perkara-perkara yang baik seperti melihat al-Quran, buku-buku agama, wajah

ibu bapa, kaabah dan kebesaran Allah. Jika kita tidak membiasakan untuk

melihat kesemua perkara tadi, maka sangat mudah ia untuk melinau ke sana

ke sini untuk mencari-cari perkara yang haram.

Bertaqwalah terhadap apa yang kamu seolah-olah gunung yang

hendak menghempas ke atasmu. Belajarlah daripada orang-orang terdahulu

ketika mereka ingin menjaga pandangan mereka dan ketika mereka

terpandang aurat seseorang. Pernah sahabat nabi terpandang aurat

seseorang ketika dia meninggikan pandangannya ke langit, lalu dia menyesal

dan telah mengharamkan dirinya untuk memandang lagi ke langit.

Terdapat juga kisah yang sangat baik berkenaan seorang pemuda dari

kaum Ansar yang bernama Tsa’labah bin Abdurrahman. Beliau merupakan

sahabat Nabi. Beliau juga sangat setia melayani Rasulullah SAW. Pada

suatu hari, Rasulullah SAW mengutusnya untuk suatu keperluan.

Di dalam perjalanan, beliau telah melalui sebuah rumah kepunyaan

salah seorang dari kaum Ansar,dengan tidak sengaja beliau terlihat seorang

wanita Ansar yang sedang mandi. Disebabkan terlalu takut akan turunnya

wahyu kepada Rasulullah SAW berkaitan perbuatan yang telah dilakukan

Page 16: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

itu,beliau telah pergi ke sebuah gunung yang berada di antara Mekkah dan

Madinah untuk menyembunyikan dirinya.

Selama empat puluh hari Rasulullah SAW tidak mendengar khabar

tha’labah. Lalu Jibril AS turun kepada Nabi SAW dan berkata, “Wahai

Muhammad! Sesungguhnya Tuhanmu menyampaikan salam buatmu dan

berfirman kepadamu, “Sesungguhnya seorang lelaki dari umatmu berada di

gunung ini sedang memohon perlindungan kepada-Ku.”"

Maka Nabi SAW berkata, “Wahai Umar dan Salman! Pergilah cari

Tsa’laba bin Aburrahman, lalu bawa kemari.”

Mereka pergi menyusuri perbukitan Madinah untuk mencari tha’labah.

Sewaktu pencariannya itu, mereka telah bertemu dengan salah seorang

penggembala Madinah yang bernama Dzufafah.

Umar bertanya kepadanya, “Apakah engkau tahu seorang pemuda di

antara perbukitan ini?”

Penggembala itu menjawab, “Jangan-jangan yang engkau maksud itu

adalah seorang lelaki yang lari dari neraka Jahanam?”

“Bagaimana engkau tahu bahwa dia lari dari neraka Jahanam?” tanya

Umar. Dzaufafah menjawab, “Kerana, apabila malam telah tiba, beliau keluar

kepada kami dari perbukitan ini dengan meletakkan tangannya di atas

kepalanya sambil berkata, “Mengapa tidak cabut sahaja nyawaku dan

Engkau binasakan tubuhku, dan tidak membiarkan aku menanti keputusan!”

“Ya, dialah yang kami maksud,” tegas Umar. Akhirnya mereka bertiga

pergi bersama-sama.

Ketika malam menjelang, keluarlah beliau dari antara perbukitan itu

dengan meletakkan tangannya di atas kepalanya sambil berkata, “Wahai,

Page 17: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

seandainya saja Engkau cabut nyawaku dan Engkau binasakan tubuhku, dan

tidak membiarkan aku menanti-nanti keputusan!”

Lalu Umar menghampirinya dan mendakapnya. Tsa’labah berkata,

“Wahai Umar! Apakah Rasulullah telah mengetahui dosaku?”

“Aku tidak tahu, yang jelas kemarin beliau menyebut-nyebut namamu lalu

mengutus aku dan Salman untuk mencarimu.”

Tsa’labah berkata, “Wahai Umar! Jangan kau bawa aku menghadap

baginda kecuali baginda dalam keadaan solat”

Ketika mereka menemukan Rasulullah SAW tengah melakukan solat,

Umar dan Salman segera mengisi saf. Tatkala Tsa’labah mendengar bacaan

Nabi saw, beliau jatuh pengsan. Setelah Nabi mengucapkan salam, beliau

bersabda, “Wahai Umar! Salman! Apakah yang telah kau lakukan terhadap

Tsa’labah?”

Keduanya menjawab, “Ini dia, wahai Rasulullah saw!”

Maka Rasulullah berdiri dan menggerak-gerakkan Tsa’labah yang

membuatnya tersedar. Rasulullah SAW berkata kepadanya, “Mengapa

engkau menghilang dariku?”

Tsa’labah menjawab, “Dosaku, ya Rasulullah!”

Beliau mengatakan, “Bukankah telah kuajarkan kepadamu suatu ayat

yang dapat menghapus dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan?”

“Benar, wahai Rasulullah.”

Rasulullah SAW bersabda, “Katakan Ya Tuhan kami, berilah kami

kebaikan di dunia dan di akhirat serta peliharalah kami dari azab neraka.”

Tsa’labah berkata, “Dosaku, wahai Rasulullah, sangat besar.”

Page 18: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

Beliau bersabda,”Akan tetapi kalamullah lebih besar.” Kemudian

Rasulullah menyuruh agar pulang ke rumahnya. Di rumah dia jatuh sakit

selama lapan hari. Mendengar Tsa’labah sakit, Salman pun datang

menghadap Rasulullah SAW lalu berkata,

“Wahai Rasulullah! Masihkah engkau mengingati Tsa’labah? Dia

sekarang sedang sakit keras.” Maka Rasulullah SAW datang menemuinya

dan meletakkan kepala Tsa’labah di atas pangkuan beliau. Akan tetapi

Tsa’labah menyingkirkan kepalanya dari pangkuan beliau.

“Mengapa engkau singkirkan kepalamu dari pangkuanku?” tanya

Rasulullah SAW.

“Kerana penuh dengan dosa.” Jawabnya.

Beliau bertanya lagi, “Bagaimana yang engkau rasakan?” “Seperti

dikerubuti semut pada tulang, daging, dan kulitku.” Jawab Tsa’labah.

Beliau bertanya, “Apa yang kau inginkan?” “Ampunan Tuhanku,”

Jawabnya.

Maka turunlah Jibril as. dan berkata, “Wahai Muhammad!

Sesungguhnya Tuhanmu mengucapkan salam untukmu dan berfirman

kepadamu, “Kalau saja hamba-Ku ini menemui Aku dengan membawa

sepenuh bumi kesalahan, niscaya Aku akan temui dia dengan ampunan

sepenuh itu pula.” Maka segera Rasulullah SAW memberitahukan hal itu

kepadanya. Mendengar berita itu, terpekiklah Tsa’labah dan langsung ia

meninggal.

Lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar Tsa’labah segera

dimandikan dan dikafani. Setelah selesai disolatkan, Rasulullah SAW

berjalan sambil berjengket-jengket. Setelah selesai pemakamannya, para

Page 19: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

sahabat berkata, “Wahai Rasulullah! Kami lihat engkau berjalan sambil

berjingkat-jingkat.”

Beliau bersabda, “Demi Zat yang telah mengutus aku sebagai seorang

nabi yang sebenarnya! kerana, banyaknya malaikat yang turut menziarahi

Tsa’labah.”

Inilah sifat yang ada di dalam diri sahabat yang sangat menjaga

pandangannya kerana takutkan Allah. Hanya pandangan haram yang tidak

disengajakan itu, sahabat terus melarikan dirinya dan bersembunyi di tempat

lain mengharapkan keampunan Allah dan takut jika Allah meletakkannya di

dalam neraka kerana pandangannya itu. Jauh sekali jika dibandingkan

dengan diri kita, terlalu senang dan tenang terhadap apa yang dipandang dan

menyangka Allah telahpun mengampuni apa yang dilihatnya tanpa rasa

berharap atau takut.

Menjaga percakapan

Satiap perkataan yang diucapkan oleh anak Adam, adalah beban bagi

dirinya di hari akhirat kelak. Percakapan adalah perkara yang perlu untuk

dijaga kerana ramainya manusia nanti akan masuk ke dalam neraka hanya

disebabkan tidak menjaga percakapannya. Pernah Muaz bertanya kepada

Rasulullah, “adakah kesemua perkara yang kami perkatakan akan dicatat di

dalam buku catitan amalan?”

Rasulullah telah bersabda, “semoga ibumu meratapimu! Ketahuilah

bahawa ucapan-ucapan buruk dari lidahlah yang menyebabkan manusia

tersungkur di dalam neraka di atas hidung masing-masing. Dan selama mana

kamu diam, kamu terselamat dari bencana lidah. Apabila kamu mula

mengata sesuatu, maka akan tertulis bagimu pahala ataupun dosa.”

“kata-kata” yang keluar daripada lidah adalah perbuatan yang mampu

mempengaruhi keadaan diri sendiri, orang lain dan suasana. Hanya dengan

Page 20: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

kata-kata sahaja, sebuah persahabatan yang kuat boleh berpecah belah,

sesebuah Negara boleh berperang, sekumpulan parti politik mampu

mempengaruhi ramai orang dan seseorang pesakit boleh dirawat.

Ulama’ berkata, “Sembilan dari sepuluh dosa berasal dari lidah.”

Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali telah membahagikan dosa yang

disebabkan lidah sahaja sebanyak sepuluh bab.

Diriwayatkan bahawa Abu Bakar ra memegang lidahnya sambil

berkata, “sungguh lidah ini telah menjerumuskan aku ke dalam marabahaya.”

(HR Malik, Abu Ya’la dan Ibnu Syaibah)

Dalam kitab Jami’ al Ulum Wa al-Hikam disebutkan bahawa Ibnu

Mas’ud berkata, “ Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, tak ada sesuatu

yang harus lebih lama ditahan selain lidah.”

Ali R.a pernah berkata, “Barangsiapa yang banyak bicara, maka

banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga

dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang

yang tidak wara’ itu berarti hatinya mati.”

Kata-kata ini menjadi buruk jika banyak membawa manusia itu kepada

dunia dan ia akan menjadi baik jika banyak membawa manusia itu

mengingati Allah.Percakapan dunia ini membawa mereka lebih mengenali

dunia dan lebih faham akan dunia dan keperluannya tetapi menghindarkan

mereka daripada mengenali akhirat serta memahami keperluan akhiratnya.

Disebabkan ini juga manusia sangat sukar mencintai Allah dan sukar pula

baginya untuk memahami kehebatan-Nya dan kehendak-Nya.

Abdullah bin Abbas menangis di bukit Safa sambil memegang lidahnya

dan berkata, “wahai lidah, berkatalah dengan baik agar engkau beruntung

atau diam dari kejahatan agar engkau selamat.”

Umat kini tidak melapangkan masanya untuk berbicara mengenai

kebesaran Allah kerana mereka telah memperkhususkannya hanya kepada

Page 21: Hakikat 5- Hilang Kebahagiaan Di Tangan Kemaksiatan

ustaz-ustazah sahaja sedangkan ia sebenarnya merupakan percakapan

setiap orang islam. percakapan ini adalah percakapan yang mampu

membawa diri sendiri mahupun orang lain menjadi lebih dekat kepada Allah.

Menjaga Pergaulan

Menyayangi manusia, berbuat baik sesama manusia, menghindarkan

diri dari pertelingkahan sesama manusia dan bersangka baik dengan

manusia adalah perintah Allah. Kita menyayangi manusia bukan kerana

mereka ibu kita atau adik beradik kita atau isteri kita atau kawan kita atau

guru kita, tetapi kita menyayangi manusia kerana Allah perintah kita supaya

menyayangi manusia.

Sekiranya kita menyayangi manusia kerana di suruh oleh Allah, maka

kita akan menyayangi manusia seperti mana yang dikehendaki Allah. Namun,

sekiranya kita menyayangi manusia kerana keinginan kita sendiri, maka kita

akan menyayangi manusia mengikut cara sendiri. Dan apabila kita mengikut

cara sendiri, maka ia berlandaskan kepada hawa nafsu dan banyak silap.

Inilah punca kepada penzinaan, pencabulan, rogol, sumbang mahram, gay,

lesbian dan lain-lain.

Imam as syafie rah pernah berkata “janganlah kamu berzina,

sekiranya kamu berzina, maka di zina kamu pula hingga dinding rumah kamu

pun akan dizina.”

Menjaga pendengaran

Menjaga hati