wanita bisu khuatir hilang tempat tinggal - htht.com.sg main 17 ogos 2012.pdf · 1 suami meninggal...

3
1 SUAMI MENINGGAL TANPA WASIAT Wanita bisu khuatir hilang tempat tinggal Mahkamah Syariah tetapkan layak dapat suku harta pusaka dan baki diserah kepada baitulmal Oleh SAINI SALLEH 17 Aug 2012 Singapura MESKIPUN mereka dilahirkan pekak dan bisu serta berlainan bangsa, Cik Siti Aishah dan suaminya, Encik Amali Abdullah, tetap hidup bahagia dan saling menyayangi. Tetapi, kebahagiaan hidup berumah tangga itu dikecapi hanya lima tahun kerana Encik Amali, seorang mualaf Cina, meninggal dunia akibat pendarahan otak pada Mac lalu. Mereka tidak mempunyai anak.

Upload: duongthuy

Post on 18-Aug-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

SUAMI MENINGGAL TANPA WASIAT

Wanita bisu khuatir hilang tempat tinggal

Mahkamah Syariah tetapkan layak dapat suku harta pusaka dan baki diserah kepada

baitulmal

Oleh

SAINI SALLEH

17 Aug 2012

Singapura

MESKIPUN mereka dilahirkan pekak dan bisu serta berlainan bangsa, Cik Siti

Aishah dan suaminya, Encik Amali Abdullah, tetap hidup bahagia dan saling

menyayangi.

Tetapi, kebahagiaan hidup berumah tangga itu dikecapi hanya lima tahun kerana

Encik Amali, seorang mualaf Cina, meninggal dunia akibat pendarahan otak pada

Mac lalu.

Mereka tidak mempunyai anak.

2

Cik Siti Aishah, 46 tahun, terkapai-kapai kerana Allahyarham suaminya, juga 46

tahun, tidak membuat sebarang perancangan ke atas harta peninggalan beliau.

Flat tiga bilik mereka di Paya Lebar dibeli atas nama Allahyarham di bawah skim

bujang.

Allahyarham, seorang teknisyen alat hawa dingin, tidak menamakan Cik Siti Aishah

sebagai penama bagi wang Tabung Simpanan Pekerjanya (CPF).

Akibat tiada nominasi, wang CPF Allahyarham kini diurus oleh Pemegang Amanah

Raya.

Encik Amali juga menyertai Skim Perlindungan Tanggungan (DPS) tetapi juga tidak

membuat sebarang nominasi.

Akaun simpanan bank beliau juga atas namanya sahaja.

Namun, flatnya dilindungi 100 peratus di bawah Skim Perlindungan Rumah (HPS)

dan apabila beliau meninggal dunia, flat berharga sekitar $360,000 itu dibayar habis

menerusi HPS.

Berdasarkan hukum faraid, Cik Siti Aishah, seorang kerani akaun, layak menerima

seperempat daripada setiap harta pusaka peninggalan suaminya itu, sementara baki

tiga perempat diserah kepada baitulmal, yang diurus Majlis gama Islam Singapura

(Muis).

Pengagihan itu ditetapkan oleh Mahkamah Syariah dalam Sijil Warisan (COI) yang

dikeluarkannya bagi Cik Siti Aishah pada Mei lalu.

Menurut Cik Siti Aishah, ia menyebabkan beliau mungkin hilang tempat berteduh dan

kesempitan wang bagi menanggung biaya perubatan ibu mentuanya dan dua anaknya

daripada suami pertama.

Ibu mentua beliau, yang ingin dikenali hanya sebagai Cik June, 77 tahun, lebih

bersedih kerana tidak layak mendapat sesen pun daripada harta peninggalan anak

kesayangannya itu.

Ini kerana Cik June, yang sukar berjalan akibat sakit sendi dan pelbagai penyakit tua,

tidak dikira sebagai waris harta peninggalan Allahyarham kerana beragama bukan

Islam.

Cik Siti Aishah berharap flat tiga bilik arwah suaminya itu dapat dipindah milik

kepada beliau.

"Kalau kena jual kerana ikut hukum faraid, di mana saya nak tinggal?" keluh beliau

menerusi kakak iparnya yang faham bahasa isyarat.

Cik Siti Aishah telah mendapat seperempat daripada wang CPF suaminya. Baki tiga

perempat telah diserah kepada baitulmal.

3

Wang DPS dan simpanan arwah suaminya belum diagihkan.

Cik Siti Aishah berharap kesemua wang CPF, DPS dan simpanan arwah suaminya

dapat dikembalikan kepadanya dengan tujuan mengagihkan 50 peratus kepada dirinya

dan 50 peratus kepada Cik June.

"Saya tidak berniat membelakangkan hukum, tetapi meminta jasa pihak berwena

ng mengambil kira kesulitan yang kami hadapi sejak kematian suami saya.

"Saya perlukan rumah, saya masih jaga ibu mentua saya yang beragama bukan Islam

dan dua anak daripada suami pertama saya," kata beliau.

Atas kesedaran itu, beliau mendapatkan khidmat Encik Sadali Rasban, pemilik HTHT

Advisory Services Pte Ltd, sebuah firma perunding cara yang membantu melakar

surat pengalihan harta, termasuk wasiat dan hibah amanah, serta afidavit dalam kes

pusaka.

Menurut Encik Sadali, yang juga penulis buku-buku mengenai pengalihan harta dan

harta pusaka berlandasan hukum Syariah, beliau tampil membantu selepas seorang

kaunselor Persatuan Darul Arqam merujukkan kes tersebut kepadanya.

"Beliau perlukan rumah dan wang peninggalan suaminya untuk meneruskan

kehidupan.

"Ibu mentuanya pula sakit-sakit dan tentunya mengharapkan wang peninggalan

anaknya untuk biaya bil perubatannya.

"Kalau ikut faraid, mereka akan berputih mata kerana sebahagian besar harta pusaka

suami mualaf ini pergi ke baitulmal. Islam ada bahagian hukum, tauhid dan ihsan. Di

sinilah datangnya peranan ihsan bagi kemaslahatan mereka," kata Encik Sadali.

Beliau telah membantu Cik Siti Aishah mendapatkan surat kuasa (Letter of

Administration) daripada mahkamah dan mengemukakannya kepada Lembaga

Perumahan dan Pembangunan (HDB) bagi membolehkannya mentadbirkan harta

pusaka arwah suaminya.

Copyright © 2012 SPH AsiaOne Ltd. All rights reserved.

Privacy Statement Conditions of Access Advertise @ AsiaOne