muhamad hasri bin mohd hashim · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 perkembangan pengajaran 19 ......

25
MAKLUM BALAS MURID TERHADAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PEDAGOGI DI KALANGAN GURU PELATIH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN MEKANIKAL) SESI 2005/2006 MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lamkhanh

Post on 06-Mar-2019

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

MAKLUM BALAS MURID TERHADAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PEDAGOGI DI KALANGAN GURU PELATIH SARJANA MUDA TEKNOLOGI

SERTA PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN MEKANIKAL) SESI 2005/2006

MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

`

Tarikh: ___ ___________ Tarikh: __ ____________ ________________ 17 APRIL 2006 _______________ 17 APRIL 2006

___ ___ Nama Penyelia ______________________________ 48300 RAWANG, SELANGOR

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. * * Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(HURUF BESAR)

________________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap:

_ _______ ____________________________ M-4-35 APT. KENANGA,

____________________________________ TMN. BUNGA RAYA BKT. BERUNTUNG, ________ ___ _________________________ENCIK YUSOF BIN BOON

Saya ______ ______ _______________________________________________________MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM ( 801114-14-6439 )

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: ___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

_______________________________________________________________

____

SESI PENGAJIAN: ___ ____

MAKLUM BALAS MURID TERHADAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

PEDAGOGI DI KALANGAN GURU PELATIH SARJANA MUDA TEKNOLOGI

SERTA PENDIDIKAN ( KEJURUTERAAN MEKANIKAL ) SESI 2005/2006

____________2005 / 2006 / 2

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)”

Tandatangan : ................................................

Nama Penyelia : ENCIK YUSOF BIN BOON

Tarikh : 17 APRIL 2006

Page 4: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

iii

MAKLUM BALAS MURID TERHADAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

PEDAGOGI GURU PELATIH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA

PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN MEKANIKAL)

SESI 2005/2006

MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM

Tesis ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : .........................................................................

Nama Penulis : MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM

Tarikh : 17 APRIL 2006

Page 6: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

v

DEDIKASI

Teristimewa buat...

En Mohd Hashim B. Ujang dan Pn Siti Khotijah Bt Dimyati

Kelahiran ku ke muka bumi Tuhan ini amat ku hargai

Namun memiliki ayahanda dan bonda seperti kalian amat anakanda syukuri

Sesungguhnya... Jasa, dorongan dan sokongan kalian

Meneguhkan anakanda di pentas kehidupan ini

Terima kasih ayahanda dan bondaku...

Zahrina Bt. Hanif

Kehadiran diri mu sebagai suri dalam hidupku

Bagaikan menjadi sumber inspirasi dan kekuatan nadiku

Buat anakanda yang bakal lahir ke dunia yang fana ini

Moga menjadi anak yang soleh dan patuh serta berguna

Pada agama, bangsa dan negara...

Muhamad Yusri, Muhamad Saari, Muhamad Nazri, Muhamad Fitri,

Seri Idayu, Seri Afiza dan Seri Nazua

Kekanda dan adinda tersayang yang banyak memberi dorongan

Serta membantu dalam merintis kejayaan ku

Dalam mengejar impian dan cita-citaku..

‘Sejambak kasih dan penghargaan di atas segala dorongan

dan sokongan yang kalian curahkan.

Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan manis buat kita bersama...”

Page 7: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

vi

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dan juga selawat dan salam ke atas junjungan

besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya maka

dapatlah saya menyiapkan laporan tesis ini dengan jayanya.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya buat Encik Yusof Bin Boon

yang bertindak selaku pensyarah pembimbing di atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan

nasihat berguna dalam saya menyiapkan projek sarjana muda saya ini.

Ribuan terima kasih juga kepada Jabatan Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan,

Fakulti Pendidikan, UTM kerana memberi peluang dan kesempatan kepada saya untuk

menyediakan penulisan ilmiah ini serta tidak dilupakan kepada Ketua Jabatan PTK, Dr

Muhammad Shukri Bin Saud, Penasihat Akademik, Dr Baharin Bin Abu, pensyarah-

pensyarah dan warga kerja Fakulti Pendidikan.

Tidak dilupakan rakan-rakan sekursus yang banyak memberikan komen yang

bernas serta dorongan bukan saja sepanjang menyiapkan penulisan ilmiah ini tetapi

sepanjang pengajian saya di UTM ini. Akhir sekali buat ayahanda, bonda, isteri tercinta

dan keluarga yang memberi dorongan dan restu kalian amat dihargai. Sesungguhnya

hanya Allah sajalah yang dapat membalasnya. Sekian, wassalam…

Page 8: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

vii

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau tahap kemahiran mengajar di

kalangan guru pelatih Sarjana Muda Tekonologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Mekanikal) sesi 2005/2006. Data bagi penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif dan

diperolehi melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 360 orang pelajar

tingkatan empat di sembilan buah sekolah teknik dan empat buah sekolah menengah

kebangsaan beraliran teknikal yang dipilih berdasarkan kepada penempatan guru-guru

pelatih ketika menjalani latihan mengajar. Soal selidik yang dikumpulkan dianalisis

dengan kaedah perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS Ver.12) dan

segala data yang diperolehi dianalisis mengikut kaedah peratusan dan min. Dapatan

kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa guru pelatih SPJ mempunyai

pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang baik di mana mereka mempunyai empat

aspek penting dalam menjadikan mereka sebagai seorang guru yang bersedia untuk

mengajar iaitu penguasaan mata pelajaran yang hendak diajar (min 4.04), pengetahuan

terhadap psikologi murid (min 4.0), kemahiran menyampaikan pengajaran (min 4.03)

serta memiliki sahsiah yang baik (min 4.31).

Page 9: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

viii

ABSTRACT

The purpose of this research is to observe the level of teaching skills among

teacher trainees of Bachelor of Technology with Education (Mechanical Engineering)

2005/2006 session. The data for this research is be descriptive form and distribution of

questionnaires to 360 form four students of nine technical schools and four technical

streamed secondary schools, based on the placement of the teacher trainees during their

practical training. The questionnaires gathered were analyzed using Statistical Packages

for Social Science (SPSS Ver. 12) and all data had achieve then analyzed according to

their percentage and min. Findings indicate that in overall, Bachelor of Technology with

Education (Mechanical Engineering) 2005/2006 teacher trainees possess knowledge and

pedagogical competence based on four aspects, which are, the mastery of the subject

content (mean 4.04), knowledge of students’ psychology (mean 4.0), delivery skills and

good conduct (mean 4.03) and disposition (mean 4.31).

Page 10: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

ix

KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN TESIS i

PERAKUAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PERAKUAN PENULIS iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI LAMPIRAN xv

SENARAI SINGKATAN xvi

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

Page 11: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

x

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Kemahiran 10

1.8.2 Pengajaran 10

1.8.3 Guru Pelatih 11

1.8.4 Latihan Mengajar 11

BAB II SOROTAN PENULISAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Penguasaan Isi Mata Pelajaran Yang 14

Hendak Diajar

2.3 Pengetahuan Mengenai Psikologi Pelajar 14

2.4 Kemahiran Menyampaikan Pengajaran 16

2.4.1 Pengenalan 17

2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19

2.4.2.1 Kaedah Kuliah 23

2.4.2.2 Kaedah Penemuan 24

2.4.2.3 Kaedah Demonstrasi / Tunjuk 24

Cara

2.4.2.4 Kaedah Simulasi 25

2.4.2.5 Kaedah Socrates 25

2.4.2.6 Kaedah Latih Tubi 26

2.4.3 Penutup 26

2.5 Sahsiah Yang Baik 27

Page 12: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

xi

BAB III METODOLOGI KAJIAN 31

3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka bentuk Kajian 31

3.3 Tempat Kajian 32

3.4 Sampel Kajian 33

3.5 Instrumen Kajian 33

3.6 Kajian Rintis 35

3.7 Prosedur Kajian 36

3.8 Analisis Data 37

3.9 Penutup 37

BAB IV ANALISIS DATA 39

4.1 Pengenalan 39

4.2 Penganalisaan Bahagian A 40

- Biodata Responden

4.3 Penganalisaan Bahagian B 43

- Analisis Persoalan Kajian

4.4 Min Bagi Keseluruhan Persoalan Kajian 53

Page 13: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

xii

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 55

CADANGAN

5.1 Pendahuluan 55

5.2 Perbincangan 56

5.2.1 Penguasaan Guru Pelatih Mengenai Isi 56

Mata Pelajaran Yang Hendak Diajar

5.2.2 Pengetahuan Guru Pelatih Terhadap 57

Psikologi Murid

5.2.3 Kemahiran Guru Pelatih 59

Menyampaikan Pengajaran

5.2.4 Sahsiah Guru Pelatih 61

5.3 Kesimpulan 63

5.4 Cadangan 64

5.4.1 Guru Pelatih 65

5.4.2 Universiti Teknologi Malaysia 65

5.4.3 Sekolah 66

5.5 Kajian Lanjutan 66

BIBLIOGRAFI 68

LAMPIRAN 70

Page 14: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Skala Likert 34

3.2 Taburan Item Dalam Borang Soal Selidik 35

3.3 Pekali Alfa Cronbach 35

4.1 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 40

Sekolah

4.2 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 41

Jantina

4.3 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 42

Agama

4.4 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 42

Bangsa

Page 15: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

xiv

4.5 Taburan Kekerapan Responden Terhadap 44

Penguasaan Isi Mata Pelajaran Oleh Guru

Pelatih

4.6 Taburan Kekerapan Responden Terhadap 46

Pengetahuan Guru Pelatih Terhadap Psikologi

Murid

4.7 Taburan Kekerapan Responden Terhadap 48

Kemahiran Guru Pelatih Menyampaikan

Pengajaran

4.8 Taburan Kekerapan Responden Terhadap 52

Sahsiah Guru Pelatih

4.9 Min Persoalan Kajian 54

Page 16: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Set Borang Soal Selidik

B Surat Pengesahan EPRD

Page 17: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

xvi

SENARAI SINGKATAN

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

SMT - Sekolah Menengah Teknik

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

STP - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteran Mekanikal)

SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteran Awam)

SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteran Elektrik)

SPSS - Statistical Package Of Science

PTK - Pendidikan Teknik Kejuruteraan

ABM - Alat Bantu Mengajar

Page 18: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan adalah begitu penting dan besar peranannya di dalam kehidupan

seorang manusia samada pada masa kini atau pun masa depan. Pendidikan menurut

Hutchins (1972) ialah satu harapan masyarakat kerana melalui sistem pendidikan akan

memberi sesuatu kemajuan yang ideal kepada generasi akan datang tanpa melakukan

apa-apa revolusi atau kecacatan. Syed Muhamad Naquid (1980) melihat pendidikan

sebagai …the process of instilling something into human being… . Oleh itu, kandungan

pendidikan ialah ilmu dan proses pendidikan merujuk kepada perintisan ilmu ke dalam

diri manusia. Menurut Hadzri (1999), pendidikan diertikan seperti berikut :

Pendidikan itu adalah mempersiapkan seseorang supaya ia dapat hidup dengan

sempurna, bahagia, cinta kepada tanah airnya, kuat jasmaninya, sempurna budi

pekertinya, sistematik pemikirannya, halus perasaannya, cekap dalam karyanya dan

bekerjasama dengan orang lain.

Page 19: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

2

Ini bermaksud tujuan pendidikan ialah untuk memupuk dan membentuk sahsiah

yang bersifat lengkap dan menyeluruh. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

yang bertujuan melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelek.

Sekolah adalah merupakan suatu institusi yang berfungsi untuk mengembangkan

sosialisasi dalam nilai, intelektual dan kemahiran fizikal para pelajar sebagaimana yang

diperlukan oeh masyarakat. Guru pula adalah bertindak sebagai pendokong kepada

peranan ini. Ini sejajar dengan pernyataaan Mok (1995), bahawa guru adalah pendidik

yang berilmu pengetahuan, dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar dan diberi

tugas untuk menyampaikan ilmu kepada muridnya.

Guru merupakan tunjang dan pelaksana yang paling utama untuk menjayakan

reformasi pendidikan, pembangunan sumber manusia dan Falsafah Pendidikan Negara.

Peranan pendidikan tidak lagi ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran

tenaga manusia semata-mata. Sebaliknya peranan pendidikan turut ditumpukan kepada

pembentukan peribadi insan selaras dengan pembangunan kemanusiaan ( Wan Mohd.

Zahid, 1994). Ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi :

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara individu dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

negara.

Menurut Mok (1995), seorang guru terlatih hendaklah mempunyai pengetahuan

yang luas, kemahiran dan teknik penyampaian pengajaran yang cekap serta mempunyai

Page 20: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

3

sahsiah yang baik. Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

guru yang cemerlang. Guru perlu mengetahui dengan mendalam mata pelajaran yang

hendak diajar. Guru yang kurang pengetahuan tentang isi pelajaran yang hendak diajar

akan mendatangkan rasa tidak percaya kepada dirinya dan berasa bimbang dan

seterusnya akan menghilangkan kepercayaan murid terhadap guru.

Dengan hanya mempunyai banyak pengetahuan dalam mata pelajaran yang

hendak diajar juga tidak mencukupi kerana kita seringkali terdengar bahawa seorang

guru itu benar-benar tahu mata pelajaran yang hendak diajarkan tetapi tidak berjaya

menyampaikannya dengan baik. Maka ini menunjukkan di samping pengetahuan

tentang mata pelajaran yang hendak diajar, guru juga perlu menguasai kaedah

penyampaian pengajaran supaya dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru. Di

samping itu, guru mestilah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta

dicontohi oleh murid.

Sahsiah guru termasuklah tingkah laku dan sikap yang baik, bersabar, bermurah

hati dan sentiasa bersifat tenang (Mok, 1995). Kebanyakan kualiti kecerdasan dan

sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru

menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan ini termasuk kefahaman

terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian

pelajaran (Mok dan Lee, 1988).

Pendidikan Perguruan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertujuan untuk

membolehkan guru melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan menguasai

kemahiran profesional keguruan bagi melahirkan guru yang efisyen bagi menghasilkan

pengajaran yang berkesan yang mencakup aspek-espek psikologi dan kemahiran

mengajar yang betul.

Page 21: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

4

Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (STP) di UTM telah

dimulakan pada sesi 1986/1987 sewaktu berada di Kuala Lumpur. Kursus STP ini

terbahagi kepada tiga bidang iaitu Kejuruteraan Mekanikal (SPJ), Kejuruteraan Awam

(SPA) dan Kejuruteraan Elektrik (SPE).

Secara amnya, kursus ini dilaksanakan untuk mengeluarkan bakal guru yang

berdaya saing, berpengetahuan tinggi dalam bidang teknikal, berketrampilan dan

berteknologi tinggi serta berkemahiran dalam bidang masing-masing mengikut

perkembangan teknologi yang canggih, di samping memiliki sahsiah yang baik.

Dalam bidang ikhtisas, guru pelatih didedahkan dengan teori pengajaran dan

pembelajaran. Manakala dari segi amali pula, pengajaran mikro dan latihan mengajar di

bawah penyeliaan pensyarah yang mahir diadakan sewaktu mengikuti kursus perguruan.

Bagi membina sahsiah pula diadakan seminar dan bengkel. Semua ini bertujuan untuk

membina kemahiran, sahsiah dan pengetahuan asas perguruan yang kukuh meliputi

aspek teori dan praktikum (Omardin, 1996).

Dalam pendidikan perguruan ini, pelajar yang mengikuti kursus Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal (SPJ) dikehendaki mengambil

mata pelajaran umum (wajib universiti), mata pelajaran asas pendidikan, mata pelajaran

teras Pendidkan Teknik Kejuruteraan (PTK), mata pelajaran Teknologi Pendidikan dan

Teknologi Maklumat serta mata pelajaran pengkhususan Kejuruteraan Jentera.

Di UTM, Pengajaran Mikro telah diadakan bagi semua guru pelatih sebelum

mereka keluar manjalani latihan mengajar (Khyasudeen, 1989). Format yang digunakan

dalam pengajaran mikro ini adalah sama seperti dalam Latihan Mengajar. Setiap pelajar

dikehendaki membuat persediaan pelajar untuk satu waktu iaitu kira-kira 40 minit.

Page 22: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

5

Pensyarah akan membuat penilaian dari segi penilaian mengajar dan juga penyampaian

isi pelajaran. Pada ahkir sesi pengajaran mikro, pensyarah akan memberi komen dari

segi tingkah laku dan kemahiran penyampaian pengajaran.

Latihan Mengajar merupakan salah satu syarat penganugerahan ijazah kepada

pelajar yang mengikuti program pendidikan. Dalam Buku Tahunan Ke-43 Persatuan

Guru Pelatih (1964) di USA, jelas dinyatakan konsep Latihan Mengajar (Ismail, 1989)

yang antara lain menyebut :

The student teacher is trying to put into practice the teory that he has learned in

education courses and he needs individual help in applying (emphasis added) his

knowledge to the situation in which he finds himself.

Matlamat umum Latihan Mengajar di UTM ialah supaya guru pelatih dapat

menguasai dan mengamalkan segala konsep, prinsip, kemahiran dan nilai yang

diperlukan oleh seorang guru yang profesional di dalam dan di luar bilik darjah selain

membantu perkembangan potensi guru pelatih supaya mempunyai ketabahan diri dalam

menghadapi pebagai suasana. (Kertas Kerja Untuk Pertimbangan Senat, 1995/1996).

Latihan mengajar akan digunakan oleh guru pelatih untuk mempraktikkan segala

teori, kaedah mengajar, kefahaman dan kemahiran yang teklah dipelajari di bilik kuliah

ke dalam suasana sebenar bilik darjah. Menurut Goh (1988), latihan mengajar bertujuan

menanamkan keyakinan diri kepada guru pelatih melalui latihan sebenar.

Page 23: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

6

1.2 Latar Belakang Masalah

Universiti Teknologi Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang

menawarkan kursus pendidikan di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah.

Penubuhan Fakulti Pendidikan pada Ogos 1993 sehingga kini telah menawarkan tiga

program Ijazah Sarjana Muda dalam beberapa bidang pengkhususan seperti Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan, Sarjana Muda

Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fakulti Pendidikan, 1999).

Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan telah dimulakan pada sesi

1986/87 semasa kampus induknya berada di Kuala Lumpur dengan kerjasama daripada

Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Kejuruteraan

Elektrik. Kini program pengajian Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan terbahagi

kepada empat bidang pengkhususan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Awam) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Pelajar yang mengikuti program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(STP) diberikan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi membolehkan bakal guru

mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion

perguruan. Kurikulum yang didedahkan kepada pelajar terdiri daripada empat

komponen yang utama iaitu mata pelajaran Wajib Universiti, Pengkhususan, Profesional

dan Teknologi Maklumat dan Multimedia Dalam Pendidikan. Selain itu bakal guru juga

dikehendaki menjalani latihan mengajar selama 15 minggu dan dijalankan di sekolah

yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan (Panduan Akademik Ijazah Sarjana Muda

Fakulti Pendidikan, 1998).

Page 24: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

7

Semasa mengikuti latihan mengajar ini, guru pelatih dikehendaki mengamalkan

segala teori dan kaedah mengajar yang telah dipelajari untuk diaplikasikan di sekolah.

Selain itu bakal guru juga perlu mengikuti kuliah pengajaran mikro bagi memastikan

guru pelatih mempunyai kemahiran mengajar dan mendidik selaras dengan keperluan

etika perguruan sebagai persediaan sebelum menjalani latihan mengajar. Robiah (1994),

dalam bukunya yang bertajuk “Pendidikan Di Malaysia Cabaran Untuk Masa Depan”

berpendapat bahawa kualiti guru bergantung kepada kerelevanan dan keberkesanan

kurikulum yang digunakan dalam program latihan.

Menurut Ibrahim (1990), memandangkan pelbagai perubahan dan cabaran

dalam pendidikan guru, penyelidikan yang terus-menerus harus dilakukan mengenai

semua aspek pendidikan guru. Ini adalah penting untuk meningkatkan mutu pendidikan

yang diterima oleh bakal guru yang bakal mencorakkan kehidupan masyarakat.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang dikenal pasti, pengkaji ingin

menyelidik dan mengenal pasti sama ada guru pelatih SPJ lulusan Universiti Teknologi

Malaysia yang menjalani laihan mengajar pada sesi 2005/2006 mempunyai pengetahuan

dan kemahiran pedagogi merangkumi empat aspek penting iaitu penguasaan isi mata

pelajaran yang hendak diajar, pengetahuan terhadap psikologi murid, kemahiran

menyampaikan pengajaran serta memiliki sahsiah yang baik atau sebaliknya.

Page 25: MUHAMAD HASRI BIN MOHD HASHIM · terhadap psikologi murid ... 2.4.2 Perkembangan Pengajaran 19 ... Aspek-aspek ini merupakan aspek yang penting dalam pembentukan

8

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mandapatkan maklum balas daripada murid sama ada

guru pelatih SPJ yang menjalani latihan mengajar pada sesi 2005/2006 mempunyai

pengetahuan serta kemahiran pedagogi. Berikut adalah objektif kajian berdasarkan

pernyataan masalah yang diberi :

i. Mengenal pasti penguasaan guru pelatih mengenai isi mata pelajaran yang

hendak diajar.

ii. Mengenal pasti pengetahuan guru pelatih terhadap psikologi murid.

iii. Mengenal pasti kemahiran guru pelatih menyampaikan pengajaran.

iv. Mengenal pasti sahsiah guru pelatih.

1.5 Persoalan Kajian

Berikut adalah soalan kajian yang digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan

maklumbalas daripada murid mengenai pengetahuan dan tahap kemahiran pedagogi

yang terdapat pada guru pelatih SPJ yang menjalani latihan mengajar bagi sesi

2005/2006 :

i. Adakah guru pelatih menguasai isi mata pelajaran yang hendak diajar kepada

pelajar?

ii. Adakah guru pelatih mempunyai pengetahuan terhadap psikologi murid?

iii. Adakah guru pelatih mempunyai kemahiran menyampaikan pengajaran?

iv. Adakah guru pelatih mempunyai sahsiah yang baik?