muamalat, hibbah

5
SYARIAH. MUAMALAT, HIBBAH. PENGERTIAN HIBBAH. © Merupakan perkataan Arab yang bermaksud PEMBERIAN. © DARI SEGI ISTILAH SYARAK : Seseorang pada ketika hidupnya memberikan sesuatu yang menjadihak miliknya yang berupa harta atau barangan kepada seseorang lain dengan cara percuma, tidak mengharapkan pulangan atau tukaran atau pertolongan tanpa paksaan dan tidak mempunyai sebarang maksud lain. © Kalau pemberian itu dilakukan sesuadah pemberi itu mati, maka ia bukan dinamakan hibbah tetapi WASIAT. © Kalau pemberian itu berkehendakkan bayaran atau tukaran maka ianya dinamakan JUAL BELI. © Sekiranya pemberian itu diberikan kepada hakim atau pihak berkuasa untuk tujuan meminta pertolongan dinamakan RASUAH dan dihukumkan HARAM. © Sekiranya pemberian itu atas perintah agama seperti zakat tidak dinamakan hibbah kerana zakat merupakan kewajipan sedangkan hibbah dibuat secara sukarela (sunat). CONTOH HIBBAH. © Seorang bapa semasa hidupnya telah berkata kepada kedua-dua orang anaknya, seorang daripada anaknya lelaki dan seorang perempuan, “Bapa berikan separuh pada setiap kamu berdua tanah 3 hektar.” Jawab anak-anaknya “Kami terima.” PERBEZAAN ANTARA HIBBAH, SEDEKAH & HADIAH. PERKARA. HIBBAH. SEDEKAH. HADIAH. PERSAMAAN. Pemberian harta kepada seseorang ketika masih hidup secara Pemberian harta kepada seseorang ketika masih hidup secara Pemberian harta kepada seseorang ketika masih

Upload: jimoh370

Post on 26-Jun-2015

842 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

nota syariah tingkatan enam.

TRANSCRIPT

SYARIAH.MUAMALAT, HIBBAH.

PENGERTIAN HIBBAH.

© Merupakan perkataan Arab yang bermaksud PEMBERIAN.

© DARI SEGI ISTILAH SYARAK :

Seseorang pada ketika hidupnya memberikan sesuatu yang menjadihak miliknya yang berupa harta atau barangan kepada seseorang lain dengan cara percuma, tidak mengharapkan pulangan atau tukaran atau pertolongan tanpa paksaan dan tidak mempunyai sebarang maksud lain.

© Kalau pemberian itu dilakukan sesuadah pemberi itu mati, maka ia bukan dinamakan hibbah tetapi WASIAT.

© Kalau pemberian itu berkehendakkan bayaran atau tukaran maka ianya dinamakan JUAL BELI.

© Sekiranya pemberian itu diberikan kepada hakim atau pihak berkuasa untuk tujuan meminta pertolongan dinamakan RASUAH dan dihukumkan HARAM.

© Sekiranya pemberian itu atas perintah agama seperti zakat tidak dinamakan hibbah kerana zakat merupakan kewajipan sedangkan hibbah dibuat secara sukarela (sunat).

CONTOH HIBBAH.

© Seorang bapa semasa hidupnya telah berkata kepada kedua-dua orang anaknya, seorang daripada anaknya lelaki dan seorang perempuan, “Bapa berikan separuh pada setiap kamu berdua tanah 3 hektar.” Jawab anak-anaknya “Kami terima.”

PERBEZAAN ANTARA HIBBAH, SEDEKAH & HADIAH.

PERKARA. HIBBAH. SEDEKAH. HADIAH.

PERSAMAAN.Pemberian harta

kepada seseorang ketika masih hidup

secara percuma tanpa paksaan.

Pemberian harta kepada seseorang ketika masih hidup

secara percuma tanpa paksaan.

Pemberian harta kepada seseorang ketika masih hidup

secara percuma tanpa paksaan.

PERBEZAAN (TUJUAN).

Tidak memerlukan balasan (percuma).

Menolong orang yang berhajat.

Memuliakan, menghormati dan

menghargai.

DALIL HIBBAH.

DALIL AL-QURAN.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat tetapiitu ialah berimannya kepada Allah dan hari kiamat, sekalian malaikat dan segala kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang melontar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi.”

HADITH RASULULLAH.

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w bersabda :

“Beri memberilah (hibbah) kamu, kerana sesungguhnya pemberian itu menghilangkan sakit (dengki) dan janganlah satu keluarga menghinakan keluarga yang lain walaupun yang diberikan itu sebelah kuku kambing.”

(Riwayat Bukhari dan Tarmizi)

HIKMAH PEMBERIAN (HIBBAH, SEDEKAH & HADIAH).

© Hibbah, sedekah dan hadiah adalah suatu amalan kebajikan yang akan diberi ganjaran pahala di akhirat kepada pemberinya.

© Hibbah dapat mengeratkan silaturahim antara pemberi dan penerima, sedangkan silaturahim adalah amalan yang sunat seperti memberi kepada kaum kerabat, sahabat dan jiran tetangga.

© Hibbah dapat membantu meringankan penderitaan orang yang memerlukan bantuan terutama keada golongan miskin dan anak-anak yatim.

© Hibbah dapat membentuk individu yang prihatin dan tahu berterima kasih.

© Hibbah merupakan satu tanda syukur atas nikmat yang dikurniakan Allah.

RUKUN HIBBAH.

1. Pemberi.2. Penerima.3. Barang.4. Sighah.

SYARAT PEMBERI.

© Hendaklah pemberi hadiah itu orang yang sah menguruskan hartanya dan terdiri daripada orang yang baligh, berakal dan tidak ditegah dari mempergunakan hartanya seperti muflis atau safih.

© Hendaklah pemberi hibbah itu memiliki akan barangan yang diberikan itu (hak miliknya).

© Bukan dipaksa.

SYARAT PENERIMA.

© Hendaklah penerima hibbah itu orang yang boleh memiliki barangan yang diberikan kepadanya itu. Anak dalam kandungan TIDAK SAH menerima hibbah.

© Kanak-kanak yang masih kecil SAH menerima hibbah dan penerimanya adalah penjaganya.

SYARAT BARANG HIBBAH.

© Suci (bukan barangan najis.

© Ada manfaat dari segi syarak.

© Barangan dapat diserahkan dari pemberi kepada penerima.

© Barangan itu ada dalam milik dan kekuasaan pemberi.

© Barangan yang diberikan dimaklumi oleh pemberi dan penerimanya.

SYARAT SIGHAH.

© Bersamaan ijab dan qabulnya.

© Lafaz qabul itu mengiringi lafaz ijab dengan segera.

© Tidak dita’likan dengan sesuatu perkara.

© Tidak bertempoh.

BEBERAPA MASALAH HIBBAH.

※ HIBBAH SEBELUM MENYERAHKAN DAN PENERIMAAN.

Sesuatu barangan yang dihibbahkan belum lagi sah menjadi milik penerimanya selagi belum berlangsung penyerahan dan penerimaan dan sebelum adanya sighah izin daripada pemberinya atau wakilnya.

Tiada disyaratkan dengan segera.

Jika mati salah seorang daripada pihak pemberi hibbah dan penerima hibbah antara sighah hibbah hendaklah diganti dan diurus oleh warisnya pada penyerahan dan penerimaannya.

※ HUKUM MENUNTUT BALIK HIBBAH.

Hukum hibbah berkuatkuasa serta erta, barangan hibbah pemberinya tidak berhak menuntut semula hibbah yang telah diberikan apabila hukum hibbah telah sah sepertimana yang ditetapkan.

※ BAPA ATAU DATUK MENARIK BALIK HIBBAH DARIPADA ANAK ATAU CUCU.

Bagi bapa atau datuk, kedua-duanya berhak atau harus mengambil balik sesuatu barangan pemberian hibbah daripada anak atau cucu dengan syarat barang tersebut masih ada dalam kekuasaan anak atau cucunya.

※ HIBBAH ‘UMRA DAN HIBBAH RUQBA.

Sah hibbah ‘umra dan hibbah ruqba kerana berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud,“Hibbah ‘umra diharuskan untuk pemiliknya dan ruqba itu diharuskan pemiliknya.”

‘UMRA ? Contoh kata pemberi hibbah “Saya hibbahkan rumah itu kepada awak

selama awak masih hidup, jika awak mati kembalikan semua kepada saya.” SAH hibbahnya tetapi syaratnya tiada makna apa-apa atau tidak diguna

pakai.

RUQBA ? Contoh kata pemberi hadiah “Saya berikan rumah ini kepada awak, jika awak

mati sebelum saya, kembalikan semula kepada saya dan jika saya mati dahulu daripada awak tetaplah rumah itu bagi awak.”

Maka SAH hibbahnya tetapi syaratnya adalah tiada makna apa-apa atau tidak diguna pakai.

※ HIBBAH DENGAN MELUPUSKAN HUTANG.

Jika seseorang menghibbahkan wangnya yang sebelum dihutangkan kepada seeorang kemudiannya hutang itu dihibbahkan kepada penghutangnya ataupun melapaskan orang itu dari tanggungan hutangnya, maka sah hibbahnya dan tiada berhajat kepada qabul penerimanya dan terlepaslah yang menerima hibbah itu daripada membayar hutangnya.

※ HIBBAH KEPADA IBU BAPA.

Sah melakukan hibbah kepada kedua ibu bapa dan menjadi kewajipan anak kepada ibu bapa berbuat baik kepada mereka seperti memberikan nafkah jika keduanya memerlukan dan disunatkan selalu memberikan kepada keduanya.

Hasil kerja Jimoh S. ♥