mssdkk2020 e-buletin...rekod 13.87meter oleh earl isaac mitzler dari sjkc st peter, telipok telah...

7
MSSDKK2020 E-BULETIN PENGELOLA BERSAMA MSSDKK 2020 SM STELLA MARIS KK (PLC1) DENGAN SK BABAGON TOKI (PLC INANAM)

Upload: others

Post on 03-May-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MSSDKK2020 E-BULETIN...rekod 13.87meter oleh Earl Isaac Mitzler dari SJKC St Peter, Telipok telah berjaya memadamkan rekod 12.15m yang dicatat pada tahun 2009. Rekod ini sesungguhnya

MSSDKK2020 E-BULETIN

PENGELOLA BERSAMA MSSDKK 2020

SM STELLA MARIS KK (PLC1) DENGAN SK BABAGON TOKI

(PLC INANAM)

Page 2: MSSDKK2020 E-BULETIN...rekod 13.87meter oleh Earl Isaac Mitzler dari SJKC St Peter, Telipok telah berjaya memadamkan rekod 12.15m yang dicatat pada tahun 2009. Rekod ini sesungguhnya

2

RENTAK JUARA!!

Acara Lontar Peluru Kategori L15 juga

mencatatkan rekod baharu dengan lontaran

12.59m yang dicipta oleh Mohd Fakhrulrazzi Nor

Sham dari SM Sains Sabah berjaya memadamkan

rekod pada tahun 2018

Kategori L18 dalam acara 400m juga turut

menyaksikan catatan rekod baharu oleh Rey Dern

SM Lok Yuk Kota Kinabalu 51.53s yang mana

rekod lama direkodkan pada tahun 2010. Di arena

1500m juga melakarkan catatan baharu oleh

Muhammad Dzulfikri Bin Matin 4:36.91 dari SMK

Agama Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu.

Beberapa lagi catatan pecah rekod dicatatkan

sepanjang hari kejohanan MSSDKK berlangsung

seperti acara Lontar Peluru kategori L18,

Heptathlon Perempuan Terbuka, 3000m Lelaki

Terbuka

Kemeriahan paluan gendang dan drum menyerikan

lagi suasana MSSDKK 2020 Edisi 52. Dengan

gabungan antara kumpulan sorak SM Lok Yuk Kota

Kinabalu dan SM All Saint sangat meriah dan dapat

meningkatkan semangat kesukanan para atlet.

Jeritan dan laungan semangat begitu “catchy” dan

menghiburkan para penonton warga Stadium.

Turut menjadi viral akan kumpulan sorak ini dan

mendapat pujian daripada netizen.

CATATAN REKOD BAHARU 2020

.

Sepanjang Kejohanan Temasya Sukan Olahraga

MSSDKK Kali Ke-52 telah mencatatkan beberapa rekod

baharu dalam acara Lontar Peluru Kategori L12 pada 15

Februari 2020 lalu di Padang SK Tanjung Aru 1 dengan

rekod 13.87meter oleh Earl Isaac Mitzler dari SJKC St

Peter, Telipok telah berjaya memadamkan rekod 12.15m

yang dicatat pada tahun 2009. Rekod ini sesungguhnya

sangat menakjubkan dan mampu untuk merubah catatan

rekod MSSN dan MSS Kebangsaan.

Acara 4 X 100m Kategori L12 turut melakar sejarah dengan

catatan rekod baharu 0:53.70 oleh SJKC Shan Tao yang

mana dicipta oleh pasukan dari sekolah yang sama pada

tahun 2011 dengan rekod sebelumnya adalah 0:54.41.

Di arena 200m Berpagar Kategori P15 juga turut

menyaksikan catatan rekod pada tahun 2016 oleh

Shekinah Leong 33.54s kini telah dipadamkan oleh Elvie

Binti Lorin dari SMK Likas, Kota Kinabalu dengan catatan

rekod baharu 33.19s

Page 3: MSSDKK2020 E-BULETIN...rekod 13.87meter oleh Earl Isaac Mitzler dari SJKC St Peter, Telipok telah berjaya memadamkan rekod 12.15m yang dicatat pada tahun 2009. Rekod ini sesungguhnya

3

HARI KETIGA MSSDKK 19 FEB 2020

(RABU)

Stadium Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu

dimeriahkan lagi dengan beberapa acara yang

dipertandingkan pada hari ini dengan beberapa siri

saringan dalam setiap acara yang diadakan. Turut

mencuri tumpuan apabila raptai penuh persembahan

daripada SM Shan Tao Kota Kinabalu dengan kekuatan

seramai 1200 orang pelajar di tengah padang yang

bakal menghiburkan kepada semua warga stadium di

hari Perasmian Penutupan pada hari kelima kejohanan

nanti.

Kelibat para petugas Teknikal Padang dan anggota

BSMM dan St John Ambulance tidak lekang daripada

perhatian. Mereka melaksanakan tugas dengan

cemerlang tanpa mengira keadaan cuaca yang berubah-

ubah. Kesungguhan mereka patut dipuji kerana sentiasa

memberikan perkhidmatan dan kepakaran mereka

sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Page 4: MSSDKK2020 E-BULETIN...rekod 13.87meter oleh Earl Isaac Mitzler dari SJKC St Peter, Telipok telah berjaya memadamkan rekod 12.15m yang dicatat pada tahun 2009. Rekod ini sesungguhnya

4

“Kemenjadian

pelajar melalui

aktiviti

kokurikulum

terserlah”

KEMENJADIAN PELAJAR.

Page 5: MSSDKK2020 E-BULETIN...rekod 13.87meter oleh Earl Isaac Mitzler dari SJKC St Peter, Telipok telah berjaya memadamkan rekod 12.15m yang dicatat pada tahun 2009. Rekod ini sesungguhnya

5

Page 6: MSSDKK2020 E-BULETIN...rekod 13.87meter oleh Earl Isaac Mitzler dari SJKC St Peter, Telipok telah berjaya memadamkan rekod 12.15m yang dicatat pada tahun 2009. Rekod ini sesungguhnya

6

Upacara Perasmian Penutupan turut menyaksikan

persembahan hebat daripada acara akhir 200m, 4 x 200m dan

4 x 400m dalam semua kategori.

Turut diserikan lagi dengan Battle of the battle dengan

gabungan 3 jenis genre muzik yang sangat mengagumkan

yang memperlihatkan kepelbagaian dan keunikan SM Shan

Tao yang diterajui oleh Pengetua Pn Lee Li Leng yang

mencerminkan pembelajaran abad ke-21 literasi masa kini

seramai 1020 orang pelajar.

Kesungguhan dan iltizam yang ditunjukkan menarik perhatian

Puan Tah Nia Binti Hj Jaman A.M.N,,A.S.D.K, Pegawai Pendidikan

Daerah Kota Kinabalu Cemerlang, JUSA C.

Turut sama menyatakan hasrat yang sama oleh YDH ACP

Habibi Bin Haji Majinji, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu,

teksnya dibacakan oleh DSP Lee Nyuk Kin, sikap terpuji

para atlet dan kontinjen dalam menjayakan kejohanan ini

menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Pengorbanan dan dedikasi para guru dalam apa jua bentuk

tugasan yang diberikan samada sebagai Pegawai Teknikal,

Hakim dan Pengurus Pasukan dalam kejohanan ini

merupakan satu bentuk amanah selain daripada tugasan di

dalam bilik darjah sememangnya amat membanggakan

demi kemenjadian pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS)

Kejohanan Temasya Sukan Olahraga Daerah Kota

Kinabalu Edisi Ke-52 bagi tahun ini memperlihatkan

pencapaian yang meberansangkan

Kedudukan Rasmi Sekolah Rendah:

Kedudukan Sekolah Emas Perak Gangsa

Johan SJKC Shan Tao, KK 4 3 2

Naib Johan SK Mutiara, KK 2 1 1

Ketiga SJKC Lok Yuk Likas 2 1 0

Kedudukan Rasmi Sekolah Menengah

Kedudukan Sekolah Emas Perak Gangsa

Johan Sm Tshung Tsin 14 10 6

Naib Johan SM Lok Yuk KK (CF) 14 6 5

Ketiga SM LaSalle 6 4 4

Page 7: MSSDKK2020 E-BULETIN...rekod 13.87meter oleh Earl Isaac Mitzler dari SJKC St Peter, Telipok telah berjaya memadamkan rekod 12.15m yang dicatat pada tahun 2009. Rekod ini sesungguhnya

7

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA

PEMENANG…

Olahragawan dan Olahragawati MSSDKK2020

KATEGORI NAMA

L12 Earl Isaac Mitzler (SJKC St Peter, Telipok)

P12 Angee Ng Chek Ying (SJKC Shan Tao, KK)

L15 Muhammad Isyhan Bin Thomas Demon

(SM lok Yuk Kota Kinabalu (CF))

P15 Elvie Binti Lorin (SMK Likas)

L18 Rey Dern (SM Lok Yuk Kota Kinabalu (CF))

P18 Mitchelle Leong (SM Tshung Tsin Sabah)

Kesediaan mental dan fizikal…

RUJUKAN:

1. http://mssdkk.ppdkk.edu.my

2. http://sites.google.com/kkhs.edu.my/

olahragamssdkk2020