mpc datang lagi…. bersedialah warga pmm!! 2010.pdf · laporan kajiselidik amalan 5s (lawatan...

4
BULETIN AMALAN 5S MAC 2010 VOL. 2 PMM telah berjaya mencapai matlamatnya untuk menjadi Politeknik pertama di Malaysia yang memperolehi persijilan 5S pada 31 Mac 2009 lalu yang diakreditasi oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Persijilan 5S yang diperolehi oleh PMM haruslah dikekalkan secara berterusan. Sehubungan itu, Audit Pemantauan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) oleh MPC akan diadakan lagi pada 8 April 2010. Sayugia diingatkan agar warga PMM sentiasa bersedia dan memastikan persekitaran kerja dipraktikkan berlandaskan amalan 5S secara berterusan dan menyeluruh. Bagi mencapai sesuatu kejayaan adalah mudah tetapi untuk mengekalkannya sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi dan menyeluruh daripada seluruh warga PMM. AMALAN 5S BUDAYA BERSAMA MPC DATANG LAGI…. BERSEDIALAH WARGA PMM!! Gambar Fail: Majlis Pelancaran 5S (27 Ogos 2008) dan Audit Persijilan 5S PMM (31 Mac 2009) PERUBAHAN MATLAMAT 5S Menjadi penandaaras pelaksana 5S yang diiktiraf Mendapat pengiktirafan dalam Konvensyen/Pertandingan 5S peringkat negeri/kebangsaan Menghasilkan sekurang-kurangnya satu projek inovasi 5S dalam setahun PERTANDINGAN POSTER AMALAN 5S Bermula 22 Mac sehingga 31 Ogos 2010. Terbuka kepada semua staf dan pelajar PMM Hadiah menarik menanti setiap pemenang. Tempat Pertama : RM200 & sijil penyertaan Tempat kedua : RM100 & sijil penyertaan Tempat Ketiga : RM50 & sijil penyertaan Hebahan pertandingan beserta syarat pertandingan akan diletakkan di papan notis sekitar PMM.

Upload: others

Post on 13-Sep-2019

34 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BULETIN AMALAN 5S

MAC 2010 VOL. 2

PMM telah berjaya mencapai matlamatnya untuk menjadi Politeknik pertama di Malaysia yang memperolehi persijilan 5S pada 31 Mac 2009 lalu yang diakreditasi oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Persijilan 5S yang diperolehi oleh PMM haruslah dikekalkan secara berterusan. Sehubungan itu, Audit Pemantauan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) oleh MPC akan diadakan lagi pada 8 April 2010. Sayugia diingatkan agar warga PMM sentiasa bersedia dan memastikan persekitaran kerja dipraktikkan berlandaskan amalan 5S secara berterusan dan menyeluruh. Bagi mencapai sesuatu kejayaan adalah mudah tetapi untuk mengekalkannya sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi dan menyeluruh daripada seluruh warga PMM.

AMALAN 5S BUDAYA BERSAMA

MPC DATANG LAGI…. BERSEDIALAH WARGA PMM!!

Gambar Fail: Majlis Pelancaran 5S (27 Ogos 2008) dan Audit Persijilan 5S PMM (31 Mac 2009)

PERUBAHAN MATLAMAT 5S

Menjadi penandaaras pelaksana 5S yang diiktiraf

Mendapat pengiktirafan dalam

Konvensyen/Pertandingan 5S peringkat negeri/kebangsaan

Menghasilkan sekurang-kurangnya

satu projek inovasi 5S dalam setahun

PERTANDINGAN POSTER AMALAN 5S

Bermula 22 Mac sehingga 31 Ogos 2010. Terbuka kepada semua staf dan pelajar PMM Hadiah menarik menanti setiap pemenang. Tempat Pertama : RM200 & sijil penyertaan Tempat kedua : RM100 & sijil penyertaan Tempat Ketiga : RM50 & sijil penyertaan Hebahan pertandingan beserta syarat pertandingan akan diletakkan di papan notis sekitar PMM.

MAC 2010 VOL. 2

AMALAN 5S BUDAYA BERSAMA

“Amalan 5S adalah satu konsep mewujudkan persekitaran berkualiti secara sistematik dan praktikal. Melalui amalan ini, tempat kerja menjadi lebih teratur dan selesa sepanjang masa. Oleh itu kerja akan menjadi lebih proaktif, cekap, selamat dan menjimatkan kos. Justeru, “5S Adalah Asas Kepada Peningkatan Produktiviti dan Kualiti” dan seterusnya menjadikan tempat bekerja lebih efisien dan produktif ke arah kecemerlangan organisasi.”

- MPC

5S: SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM & SENTIASA AMAL

Tips Amalan 5S: Kepentingan Mengurus Ruang Kerja

Kejayaan tidak dicapai hanya kerana anda mengorbankan banyak masa atau bekerja keras. Sebaliknya kejayaan datang setelah segala perkara penting dilakukan mengikut perancangan dan berhasil. Langkah awal menikmati hasil: Bersihkan meja tempat anda bekerja. Kebanyakan pekerja tidak menghiraukan keadaan meja. Fail tidak teratur, kertas tidak tersusun dan nota kecil ditampal sana sini. Keadaan ini berlaku kerana anda perlu mengingati dan kala hilang atau tertindih kertas lain. Apabila ada orang menelefon atau bertanya mengenainya, waktu itu anda akan berasa bersalah kerana tidak dapat menyempurnakan tugas diberi. Apabila anda sudah selesa berkeadaan kemas, pasti mudah mengekalkannya. Cuba luangkan masa sekurang-kurangnya sejam dalam sebulan (mengikuti kesesuaian) mengemas meja anda. Elakkan gangguan, misalnya meletakkkan tanda *jangan ganggu* dan mematikan talian telefon. Cara mudah mengemas meja pejabat: Pilih sebarang kertas di atas meja dan tanya: kertas apa ini? Apa yang ingin saya lakukan mengenainya? Kenapa saya menyimpannya? Jika anda tidak dapat memberi jawapan, buang sahaja. Sediakan sekeping kertas besar, menyalin semula sebarang nota yang memerlukan tindakan segera. Cara itu anda hanya menyimpan sekeping nota utama dan tidak lagi menampal nota kecil di serata tempat. Jangan lupa mengemas laci meja. Teliti setiap fail, asingkan fail yang perlu dan buang yang tidak berkaitan. Fail lama atau kotor perlu diganti baru. Susun fail penting atau yang sering diambil pada bahagian depan laci dan yang kurang penting, di belakang. Anda juga boleh menyimpan mengikut pangkal abjad atau perkara. Sumber: ebendahari.utm.my/bendaharionline/BuletinBend/

FAEDAH-FAEDAH PELAKSANAAN 5S

Tempat menjadi lebih bersih, kemas dan tersusun rapi.

Operasi organisasi menjadi lebih mudah, pantas dan selamat.

Hasilnya lebih nyata dan lebih banyak menjanakan idea yang bernas.

Kerumitan kerja dapat dikurangkan. Kadar kerosakan mesin dapat dikurangkan. Kesilapan kerja dikurangkan melalui kalis

kesilapan (mistake proofing). Kaedah dan standard kerja lebih jelas. Kawalan stok yang lebih cekap. Pengurusan stok yang lebih berkesan. Penggunaan ruang kerja yang maksimum. Rungutan pelanggan dapat dikurangkan. Meningkatkan semangat kerja berpasukan. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian. Meningkatkan imej organisasi.

MAC 2010 VOL. 2

LAWATAN PENANDAARASAN PMM tidak pernah sunyi daripada kunjungan pelawat-pelawat bagi tujuan penandaarasan 5S dalam tempoh September 2009 hingga Mac 2010. Di antara organisasi yang terlibat termasuklah: Politeknik Kota, Melaka (PKM) 28 Okt 2009 Penjara Dusun Dato’ Murad, Melaka 10 Feb 2010 Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, 24 Mac 2010 Pahang (POLISAS) ILP Ledang 31 Mac 2010 ADTEC Batu Pahat, Johor 31 Mac 2010

AKTIVITI SEPT 2009 – MAC 2010

Audit Dalaman 5S Bil 3/2009 8&9 Okt 2009 Pertandingan Tandas (3K) 27 Okt 2009 Hari 5S 16 Nov 2009 Gotong Royong Fasa 3 2009 18 Nov 2009 Konvensyen Amalan Persekitaran 08 Dis 2009

Berkualiti Kebangsaan, Grand Dorsett Hotel Subang Jaya

Lawatan Pengarah ke Zon Palmwood 29 Dis 2009 Gotong Royong Bersama Pelajar Baru 22 Jan 2010 Kursus Fasilitator 5S 18 Feb 2010 Pertandingan Meja Staf (Emerald) 22–25 Feb 2010 Taklimat 5S kepada kontraktor luar 03 Mac 2010 Gotong Royong Fasa 1 2010 06 Mac 2010 Projek Hijaukan Laman (Emerald) 17 Mac 2010 Audit Dalaman Bil 1/2010 Mac 2010

Sebahagian gambar-gambar aktiviti 5S yang telah dijalankan

AKTIVITI-AKTIVITI 5S

AMALAN 5S BUDAYA BERSAMA

Laporan Kajiselidik Amalan 5S (Lawatan Penjara Dusun Dato’ Murad, Melaka pada 10 Februari 2010: Sebanyak 9 borang soal selidik telah diterima dan keseluruhannya menunjukkan pelaksanaan 5S adalah 78%

cemerlang dan 22% sangat baik.

POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA. http://www.pmm.edu.my

MAC 2010 VOL. 2

J/KUASA PROMOSI 5S

Pengerusi

SURINA BT HUSSIN

Editor Eksekutif LAILA BINTI MUSA

Editor Bersama

ZURYA BINTI ALIAS HALIZAH BINTI ALWI

ZAINATUN NISA BINTI SAPAAT WAN MALINI BINTI WAN ABD RAZAK

TAHNIAH!! (HARI 5S 2009)

Anugerah Penyeliaan Makmal Terbaik: Makmal GCL-1, JMSK Anugerah Penyeliaan Bengkel Terbaik: Bengkel M-3-EML, JKE Anugerah Kualiti Ruang Kerja Staf JKA : Pn. Siti Amirah binti Mohtaram JKE : Cik Rodzah binti Hj. Yahya JKM : Cik Nor Azrin binti Nozmi JP : Pn. Surianie binti Md. Som JPA : Pn. Naimah binti Ghazali JMSK : Pn. Norhafizah binti Ismail UKP : En. Hamzah bin Kamarudin Pertandingan Tandas (3K) Pertama: UMS Kedua : UHEPP Ketiga : UKamsis

Pertandingan Bilik Kuliah (21 April 2010)

Pertandingan Ruang Kerja Pegawai Kanan (05 Ogos 2010)

Pertandingan Ruang Menunggu/ Kaunter

(20 Okt 2010)

AMALAN 5S BUDAYA BERSAMA