- review copy€¦ · jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu...

17
- REVIEW COPY Versi Penuh di: notakerjaya.com/ Disclaimer

Upload: others

Post on 16-Oct-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: - REVIEW COPY€¦ · Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah

- REVIEW COPY – Versi Penuh di:

notakerjaya.com/

Disclaimer

Page 2: - REVIEW COPY€¦ · Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah

Peperiksaan Akauntan W41 – Sesi 6 MEI 2014

notakerjaya.com 2

Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Akauntan W41 ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Infokerjaya Resources (Tim Infokerjaya). Ianya diterbitkan

untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang

liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Akauntan W41 ini adalah tepat pada

masa ianya diterbitkan.

Infokerjaya Resources, Julai 2012 1st revision, April 2014

Page 3: - REVIEW COPY€¦ · Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah

Peperiksaan Akauntan W41 – Sesi 6 MEI 2014

notakerjaya.com 3

Kenapa GAGAL?

Ada beberapa sebab yang menyumbang kepada kegagalan calon-calon ujian bertulis ini tak

kiralah PTD atau skim-skim yang lain. Anda boleh rujuk dalam ebook PERCUMA “27 Sebab kenapa

Calon GAGAL Ujian. Kenalpasti sebab gagal dan anda cuba pastikan ianya tidak berlaku pada anda.

Anda harus baca ebook tersebut!

Untuk tindakan pantas, kami senaraikan beberapa sebab penting yang mana antara lainnya,

calon gagal sebab terlalu gemuruh! Apabila terlalu gemuruh, maklumat yang ada di kepala anda

hilang dan tidak keluar. Anda mungkin memandang remeh isu ini tetapi inilah hakikat yang berlaku.

Seringkali ada sahaja calon yang berpeluh satu badan dan tak senang duduk semasa exam lantas

pulang awal sebab tak mampu lagi meneruskan exam tersebut. Kenapa mereka gemuruh? Kalau

ianya memang satu symptom kebiasaan anda, anda perlu kepada ubat. Ada beberapa ubat

penenang yang anda boleh dapatkan di farmasi untuk tindakan pantas. Tapi untuk jangkamasa

panjang, kami sarankan anda mengambil ubat penenang yang merupakan ‘tissue salt’ dari klinik

perubatan homeopathy. Perubatan homeopathy memberikan tindakbalas yang sedikit lambat, tapi

jika anda mengalami masalah gemuruh, eloklah mengamalkannya dan ianya selamat serta tiada

kesan sampingan berbanding ubat penenang yang dijual di farmasi.

Sebab lain yang menyumbang kepada gemuruh ini ialah disebabkan kecuaian calon

tersebut. Calon tersesat dan tak jumpa jalan ke tempat peperiksaan ataupun tersekat dalam traffic

jam lalu lewat ke tempat peperiksaan. Ada juga lupa peralatan yang diperlukan termasuk IC dan

lain-lain, tersilap masuk dewan peperiksaan, berada ditempat yang salah dan lain-lain. Semua ini

perkara remeh dan tak sepatutnya berlaku kepada anda. Siapkan diri anda awal-awal, ini adalah

persediaan fizikal yang perlu diselesaikan awal. Kalau boleh anda pergi melihat tempat peperiksaan

sehari awal atau sebelum peperiksaan, jadi anda tak gelabah tersesat dan sebagainya. Tolong ambil

perhatian perkara ini kerana ianya penting dan selalu diabaikan. Pastikan semua kelengkapan alat

tulis ada, IC dan surat panggilan juga ada. Cuba tiba awal di pusat peperiksaan dan biarkan diri anda

ber’asimilasi’ dengan suasana pusat peperiksaan tersebut. Tarik nafas dalam-dalam dan cuba

bermeditasi seketika. Bacalah doa-doa yang anda belajar untuk menenangkan diri. Kami ada

kongsikan doa di blog tipsptd untuk anda amalkan sebelum peperiksaan.

Faktor kegagalan yang lain ialah anda terperanjat dengan soalan yang ditanya. Soalan

terlalu banyak, diluar jangkaan, masa terhad dan sebagainya. Dalam kata lain ianya disimpulkan

Page 4: - REVIEW COPY€¦ · Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah

Peperiksaan Akauntan W41 – Sesi 6 MEI 2014

notakerjaya.com 4

sebagai calon gagal sebab tak tahu format dan bentuk soalan yang bakal ditanya. Kami yakin setelah

anda membaca nota peperiksaan Akauntan ini, masalah ‘terkejut’ ini sudah tiada harapnya sebab

anda tahu apa yang bakal anda lalui. Fahami dan tahu apa skop yang bakal ditanya juga jumlah

soalannya supaya anda dapat ‘bajet’ masa anda untuk peperiksaan ini. Jangan ambil ringan isu ini,

walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-

soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah lebih awal, tahu format, tahu skop yang bakal ditanya

dan harapnya kejayaan menanti anda.

Tiada persediaan rapi adalah faktor umum kegagalan anda dalam apa bidang sekalipun.

Terlalu yakin atau sekadar pergi mencuba nasib merupakan attitude yang berbeza tapi menyumbang

ke satu natijah yang sama iaitu KEGAGALAN. Satu fakta yang anda kena tahu ialah, jumlah calon yang

layak menduduki peperiksaan bertulis untuk skim kerajaan sangat banyak Sebagai contoh untuk

jawatan PTD sahaja setiap tahun ialah lebih kurang antara 70 ribu ke 80 ribu orang dan calon yang

dipanggil ke sesi PAC adalah sekitar 6 ribu ke 7 ribu calon sahaja. Jadi soalan yang dirangka ialah

untuk menyingkirkan hampir 90% calon yang menduduki peperiksaan!! Anda akan dapati ada

soalan yang tak masuk akal langsung seperti pengatahuan tentang jenis gendang kaum Penan dan

sebagainya. Apa yang kami cuba sampaikan ialah tidak kiralah anda graduan kelas pertama ke

kelas ketiga ke, anda tiada kelebihan masa itu. Anda perlu bersaing dengan semua orang yang

dipanggil ke peperiksaan tersebut. Kebanyakan calon terlalu yakin dan pergi tanpa persediaan yang

rapi. Kenapa anda harus jadi seperti mereka? Buat persediaan rapi, siapkan diri anda dengan

maklumat yang diperlukan, hampir pasti anda bakal berada dalam kelompok yang bakal dipanggil ke

PAC. Sekali lagi kami suka tegaskan, anda perlu bersedia, jangan pergi untuk sekadar mengambil

peperiksaan sahaja, tapi pergi dengan persediaan yang rapi, ilmu penuh di dada dan untuk berjaya,

bukan untuk menjadi ‘calon kebanyakan’!

Faktor lain ialah, sangkut pada ujian Matematik. Tentang ujian Matematik, untuk graduan

aliran Sains, tidak menjadi masalah utama, tapi untuk graduan aliran Sastera, ada sedikit masalah.

Soalan bahagian ini sebenarnya tidak memerlukan anda memiliki kemahiran matematik yang tinggi,

silibus nya hanya sekadar matematik tingkatan 5 yang anda lulus dengan cemerlang 5-10 tahun yang

lalu. Itu yang dinyatakan oleh pihak SPA, tapi bagi kami soalan hanya mencakupi silibus tingkatan 3,

(campur, tolak, darab, bahagi, pecahan) dan tambahan kepada skil penyelesaian masalah. Yang

selebihnya adalah ‘analytical’ yang tak memerlukan anda membuat pengiraan langsung. Tak usah

gelabah, anda baca soalan matematik tersebut dengan sedikit teliti dan kami pasti anda boleh

menjawabnya. Jawab soalan dibahagian IQ dengan pantas dan luangkan lebih masa untuk bahagian

Page 5: - REVIEW COPY€¦ · Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah

Peperiksaan Akauntan W41 – Sesi 6 MEI 2014

notakerjaya.com 5

matematik. Buatlah satu dua set ujian peperiksaan PMR dan cari beberapa soalan analitikal

penyelesaian masalah dari internet. Tak susah, percayalah!

Faktor lain ialah gagal menjawab soalan esei. Ini faktor kritikal, anda harus tahu isu semasa

untuk menjawab soalan esei ini. Banyakkan membaca akhbar dan ambil peduli tentang isu-isu

nasional sekarang. Luangkan masa menonton berita setiap malam mulai sekarang. Penting untuk

anda mengetahui isu semasa, jangan main hentam sahaja dan akhirnya anda memberikan satu

gambaran yang salah tentang isu tersebut. Sebolehnya kami tak nak membebel tentang isu ini, anda

seorang graduan universiti, jadi anda harus tahu apa yang perlu anda lakukan untuk memperkayakan

diri anda dengan maklumat-maklumat ini. Dalam rujukan Akauntan ini dilampirkan juga bagaimana

menulis esei dengan baik dan senarai tajuk-tajuk yang telah diperincikan mengikut kumpulan

tertentu dan semua ini terserahlah kepada anda untuk ambil tindakan.

Page 6: - REVIEW COPY€¦ · Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah

Peperiksaan Akauntan W41 – Sesi 6 MEI 2014

notakerjaya.com 6

Pengenalan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dan diterajui oleh Akauntan Negara

Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Mengikut

rekod dalam sebaran umum JANM, jawatan Akauntan Negara yang pertama telah disandang oleh

En. G.G.T Browne dalam tahun 1946. Sehingga kini, JANM telah diterajui oleh seramai 13 orang

Akauntan Negara. Sejak tahun 1967, kepimpinan JANM telah diambil alih oleh anak tempatan.

Bermula 29 November 2010 sehingga sekarang Akauntan Negara adalah Datuk Wan Selamah binti

Wan Sulaiman menggantikan Dato’ Mohd Salleh bin Mahmud.

Akauntan Negara adalah

1. Ketua Perkhidmatan bagi perkhidmatan

a. Akauntan

b. Penolong Akauntan

c. Pembantu Akauntan

2. Pendaftar Wang Tak Dituntut

3. Akauntan Utama bagi Kerajaan Persekutuan dan

4. Ketua Bahagian Akaun Perbendaharaan persekutuan

o yang mempunyai kuasa dalam perkara-perkara mengenai tatacara-tatacara

perakaunan berkenaan dengan akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri-negeri.

VISI JANM

“Menjadi Sebuah organisasi terbilang dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan sektor

awam”

MISI JANM

Merekabentuk, membangun dan melaksanakan sistem perakaunan kerajaan yang terbaik.

Memberi khidmat nasihat dan meluluskan sistem perakaunan dan kewangan selaras dengan

amalan terbaik.

Menasihati pembuat keputusan berkaitan perakaunan dan kewangan.

Memajukan kerjaya dan mempertingkatkan kompetensi sumber manusia dalam

perkhidmatan perakaunan.

Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965.

Objektif JANM

Mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan kewangan

Kerajaan Persekutuan.

Mempertingkatkan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan agensi Kerajaan.

Membantu Kerajaan dalam membuat keputusan yang berkesan.

Page 7: - REVIEW COPY€¦ · Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah

Peperiksaan Akauntan W41 – Sesi 6 MEI 2014

notakerjaya.com 7

Membangun dan melaksanakan sistem pengurusan sumber manusia bagi perkhidmatan

perakaunan.

Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965

Penerangan Jawatan

Jawatan Akauntan W41 adalah di bawah jawatan di bawah Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang

diletakkan di bawah Kementerian Kewangan (MOF)

Diskripsi Tugas;

Bertanggungjawab mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan

pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kewangan serta fungsi

perbendaharaan.

Syarat Lantikan;

Calon memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunnan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada

institute pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

o [ Gaji Permulaan P1 : RM2,650.63 ]

Ahli Penuh badan-badan ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan

o [Gaji Permulaan P1: RM2,650.63]

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli PPenuh

badan-badan ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan

o [Gaji Permulaan P1: RM2,754.41]

Ahli penuh Institut Akauntan Malaysia

o [Gaji Permulaan P1: RM2,858.19]

Page 8: - REVIEW COPY€¦ · Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah

Peperiksaan Akauntan W41 – Sesi 6 MEI 2014

notakerjaya.com 8

[SYARAT WAJIB] Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

kerajaan.

Nota Ringkas – Rujukan Pantas

Semua maklumat ini adalah dalam skop jawatan

Akauntan dan bukan sekadar maklumat umum

Nota 1 : Aset Aset dalam perniagaan dan perakaunan merupakan sumber ekonomi yang dimiliki oleh seseorang individu atau sesebuah perniagaan atau syarikat. Sebarang harta tanah atau barangan berharga yang dimiliki, yang biasanya dianggap boleh guna sebagai bayaran hutang seseorang, biasanya dianggap sebagai satu aset. Secara mudah, aset merupakan benda yang mudah ditukarkan kepada tunai. Nota 2 : Liabiliti Liabiliti merupakan apa yang dihutangi oleh sesebuah perniagaan dan perlu dijelaskan dengan wang, barang atau perkhidmatan. Nota 3 : Ekuiti Pemilik Ekuiti pemilik ialah hutang perniagaan kepada pemilik perniagaan yang terdiri daripada modal yang dilaburkan oleh pemilik dan untung yang diperoleh. Ringkasnya: Pelaburan pemilik dalam perniagaan. Tanggungan perniagaan kepada pemilik; jumlah modal yang dilaburkan oleh pemilik dalam

perniagaan dan untung yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan. Keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik. Kerugian akan mengurangkan ekuiti pemilik. Ambilan akan mengurangkan ekuiti pemilik. MODAL AKHIR = MODAL AWAL + MODAL TAMBAHAN + UNTUNG BERSIH - RUGI BERSIH -

AMBILAN Nota 4 : Aset Bukan Semasa Aset tahan lama yang digunakan untuk menjalankan aktiviti bagi jangka masa yang panjang. Contohnya, kenderaan, peralatan, perabot, tanah, dan mesin. Nota 5 : Aset Semasa

Page 9: - REVIEW COPY€¦ · Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah

Peperiksaan Akauntan W41 – Sesi 6 MEI 2014

notakerjaya.com 9

Aset yang boleh bertukar menjadi tunai dalam tempoh perakaunan. Contohnya, bank, tunai, stok, dan penghutang. Nota 6 : Liabiliti Bukan Semasa Dikenali sebagai ……………………………………..

Institut Akauntan Malaysia (Malaysia Institute of Accountants) – MIA

Ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah Akta Akauntan 1967.

Bertujuan untuk memperkembangkan profesion di Malaysia dan bertindak sebagai pendaftar akauntan.

Ahli-ahli MIA digelar akauntan awam (PA), akauntan berdaftar (RA) dan akauntan berlesen (LA).

Huraian Format

Format untuk peperiksaan 6 MEI 2014 ini seperti ………………..

Seksyen A: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan

Alam Sekeliling

Huraian Seksyen A: Pecahan 1- “Sejarah Malaysia”

Pada 5 sesi peperiksaan SPA yang lepas (PTD Julai 2011, Dadah November 2011, Penguasa Kastam Februari 2012, Juruaudit Mac 2012, Akauntan Ogos 2012, Pegawai Belia Februari 2014 dan Teknologi Maklumat Mac 2014) tiada soalan khusus berkaitan SEJARAH dikeluarkan. Begitu juga peperiksaan TERKINI Pegawai Arkib (1 APRIL 2014) tiada soalan sejarah ‘khusus’ ditanya.

Page 10: - REVIEW COPY€¦ · Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah

Peperiksaan Akauntan W41 – Sesi 6 MEI 2014

notakerjaya.com 10

Tetapi ini tidak bermakna persediaan berkaitan sejarah harus diabaikan kerana tidak mustahil ianya akan ditanya untuk sesi kali ini. Luangkan sedikit masa untuk membuat rujukan pantas berkaitan sejarah (tidak perlu terlalu tumpu)

JIKA DITANYA untuk bahagian Sejarah Malaysia, persediaan anda, ABAIKAN bab-bab yang

berhubungkait dengan

Huraian Seksyen A: Pecahan 2 - “Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat”

Soalan pecahan ini ditanya dalam peperiksaan sebelum ini dan ada kemungkinan soalan pecahan Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat juga akan ditanya dalam peperiksaan kali ini.

Pada peperiksaan kemasukan kerajaan pada 2012 - 2013 yang lalu beberapa soalan dari pecahan ini ditanya berkaitan Mahkamah Tertinggi di Malaysia dan beberapa soalan lain TETAPI pada sesi terkini APRIL 2014 tiada soalan dalam pecahan ini ditanya!

Bahagian ini menuntut anda memahami secara umum tentang bagaimana pembahagian

Huraian Seksyen A:

Pecahan 6 - “Tarikh dan Fakta Penting”

Pecahan seksyen ini merupakan satu faktor yang boleh menyebabkan anda tergelincir. Anda

tidak boleh menggunakan logik akal dalam pecahan ini. Ianya merupakan fakta yang harus diketahui.

Selalunya ianya bersangkutan dengan tarikh-tarikh peristiwa penting yang besar dan juga fakta

penting dalam Negara. Persediaan untuk pecahan ini hanyalah melalui pembacaan dan pengetahuan

umum anda. Mungkin anda boleh melihat sedikit sebanyak mengenai penganjuran sukan Komanwel

dan Olimpik di mana dan tahun berapa; sekadar memberi cadangan. Berikut adalah antara soalan

pecahan ini yang pernah ditanya dalam soalan-soalan sesi lepas;

1. Di manakah lokasi Piala Dunia 2014 bakal diadakan?

a. Afrika Selatan

b. Brazil

c. Copenhagen

Page 11: - REVIEW COPY€¦ · Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah

Peperiksaan Akauntan W41 – Sesi 6 MEI 2014

notakerjaya.com 11

d. Perancis

e. England

2. Siapakah pemenang pingat Olimpik pertama Malaysia?

a. Rabuan Pit

b. Razif/Jalani Sidek

Huraian Seksyen A: Pecahan 7 - “Berkaitan Perakaunan”

Pecahan ini yang ………………………………………………………………….

………………………………………………..

Soalan tidak mempunyai skop ………………………………………………………… …………Contoh soalan berkaitan

akaun di dalam Seksyen A;

1. Antara berikut, yang manakah SALAH tentang perniagaan milikan tunggal?

I Pengumpulan modal daripada terbitan saham kepada orang ramai

II Liabiliti tidak terhad

III Laporan penyata kewangan hendaklah disiarkan melalui surat khabar

IV Seorang pemilik perniagaan sahaja

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Penerangan Format

Seksyen C:

Esei Bahasa Melayu

Page 12: - REVIEW COPY€¦ · Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah

Peperiksaan Akauntan W41 – Sesi 6 MEI 2014

notakerjaya.com 12

Penerangan Format

Seksyen ini menghendaki anda mengarang

Seksyen D: Esei Bahasa Inggeris

Penerangan Format

Tips Khas:

Skor Seksyen C dan D

Seksyen ini menuntut anda untuk mempunyai maklumat selalunya berkaitan

- TAMAT REVIEW COPY -

Dapatkan Versi Penuh di;

Page 13: - REVIEW COPY€¦ · Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah

Peperiksaan Akauntan W41 – Sesi 6 MEI 2014

notakerjaya.com 13

notakerjaya.com/

Langkah Pembelian

STEP 1 of 4 Terus ke laman www.peperiksaanAkauntan.com dan pilih pakej pilihan anda. Anda akan dibawa ke laman ini setelah pakej dipilih. Isikan EMAIL ANDA

Page 14: - REVIEW COPY€¦ · Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah

Peperiksaan Akauntan W41 – Sesi 6 MEI 2014

notakerjaya.com 14

Page 15: - REVIEW COPY€¦ · Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah

Peperiksaan Akauntan W41 – Sesi 6 MEI 2014

notakerjaya.com 15

STEP 2 of 4 Isikan maklumat anda di sini dan pilih mode pembayaran (Bank Tempatan / Kad Kredit)

Page 16: - REVIEW COPY€¦ · Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah

Peperiksaan Akauntan W41 – Sesi 6 MEI 2014

notakerjaya.com 16

STEP 3 of 4 Selepas klik ‘PAY NOW’, anda akan di bawa ke laman ini untuk maklumat pembayaran

Page 17: - REVIEW COPY€¦ · Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi bersedialah

Peperiksaan Akauntan W41 – Sesi 6 MEI 2014

notakerjaya.com 17

STEP 4 of 4 Selesai isi maklumat pembayaran di boring pada STEP 3, anda akan mendapat email dalam tempoh 3-5 minit. Semak email anda. REPLY email tersebut dengan bukti pembayaran dan selepas itu Tim Infokerjaya akan buat semakan dan hantarkan akses dalam tempoh 24 – 48 jam