spesifikasi bahan api diesel

Click here to load reader

Post on 26-Jul-2015

294 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA TEMERLOH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA DIESEL ENGINE DCE 1063

NAMA KURSUS : DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF PENYELENGGARAAN KOD KURSUS : DAY04

NAMA :MUHAMAD SYARIF BIN HUSSIN MUHAMMAD NAJMI BIN MUHAMMAD SUHAIMI MUHAMAD LUTFI BIN RAHIM MOHD AZIZI BIN MAT ARIF MUHD IKRAM BIN MOHD ZAID

(DA 208032) (DA 208034) (DA 208050) (DA208005) (DA208038)

NAMA PENSYARAH : EN. FAIZUL

Spesifikasi Bahan Api DieselKualiti pembakaran Suhu pembakaran Nilai kalori Takat kilat Takat curah Takat awan Kelikatan Graviti tentu Kandungan sulfur Sisa karbon Kandungan abu Kandungan air

KEBAIKAN ENJIN DIESEL Penggunaan bahan api lebih menjimatkan. Sesuai untuk kerja @ perjalanan yang lasak. Tidak memerlukan perkakas elektrik. Tahap keselamatan yang tinggi kerana risiko letupan dan kebakaran lebih rendah. Mampu memberi pacuan lebih baik. Kandungan karbon monoksida pada gas ekzos lebih rendah.

Jenis Single Hole Nozzle jenis Single hole seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah 2 dan 3 dibawah. Lubang mestilah bergaris pusat daripada 0.008 ke atas bersesuaian dengan saiz enjin dan arah pancitan. Dan boleh jadi kecondongan khas sperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 3 sebelah kanan. Operasi tekanan jenis ini adalah tinggi, kadang kala melampaui 2,250 lb.per sq. inc (150 atmosfera). Ianya sesuai untuk Direct Injection Combustion Chamber.

Jenis Multi HoleKedudukan susunan sama seperti Single Hole tetapi ada banyak lubang ditebuk pada Dome dibawah mulut nozzle (Nozzle Mouth). rujuk gambarajah . Lubang-lubang pada mulut nozzle ini biasanya disusun di sekeliling (Circle) dengan bintik hitam, yang berpaksi daripada nozzle. Jumlah nozzle, ukuran dan sudut lubang (Hole Angle) bergantung pada keperluan enjin. Long Stem Nozzle ditunjukkan disebelahnya. Multi Hole nozzle sesuai untuk enjin Direct Injection Combustion Chamber

Jenis Pintaux Pintaux nozzle adalah hasil kemajuan dari teknologi nozzle jenis Pintle. Jenis ini ada mempunyai lubang semburan tambahan (Auxialiary Spray Hole) untuk membantu memudahkan menghidupkan enjin ketika sejuk - Rujuk gambarajah . Ketika enjin dihidupkan needle valve tidak cukup dinaikkan, dimana terlalu sedikit lubang pintle dilapangkan (To clear), dengan itu bahan api dipancitkan sedikit melalui Auxliary Hole. Pada keadaan kelajuan biasa, needle valve ditarik keluar daripada pintle hole. Dengan ini mengizinkan sejumlah besar bahan api dipancitkan keluar melaluinya.

Jenis Combines Metering Sistem injector GM adalah kombinasi metering (Combines Metering), pemancit dengan nozzle disatukan dalam satu unit. Satu untuk satu selinder dan kebanyakannya digunakan pada enjin 2 lejang. Prinsip operasi adalah sama dengan bahagian unit pam C.A.V. iaitu sistem kawalan rack (Rack System Of Control). Satu rack dengan pinion dalam setiap injector seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Check Valve dan Spray Tip adalah sama seperti direct injection nozzle C.A.V. dan binaan nozzle sims.

Pam pancitan bahan api (Fuel Injection Pump);( a ) Fungsinya untuk mengagihkan bahan api diesel dalam keadaan yang sekata ke pemancit mengikut pemasa pembakaran yang sempurna. pada FIP ini terdapat governer, di mana ianya bertindak sebagai pemasa pembakaran mengikut firing order (153624). mengkadarkan bahan api diesel. mewujudkan tekanan bahan api diesel. merupakan otak bagi sesebuah enjin diesel. memberhentikan kendalian enjin diesel.

-

-

( b ) Jenis jenisnya Jenis Sebaris (In Line Type). Jenis Pengagih (Distributor Type).

In-Line Type ( Jenis Sebaris ) Biasanya digunakan bagi kenderaan diesel yang besar. Mempunyai satu elemen untuk satu selinder / pemancit.

Distributor Type ( Jenis Pengagih ) Biasanya digunakan pada kenderaan ringan atau enjin diesel berkelajuan tinggi. Binaannya padat, ringan dan mudah dikendalikan. Menggunakan satu elemen untuk membekalkan bahan api ke selinder.

Operasi kitar pembakaran pancitan terus.

Kitaran kuasa terdiri daripada mampatan adiabatik, penambahan haba seisipadu, pengembangan adiabatik serta penyingkiran haba seisipadu, diwakili dengan perwatakan empat lejang, atau gerakan naik-turun omboh di dalam silinder: 1. Lejang masukan - Injap masukan terbuka. Omboh bergerak ke bawah dan menyedut campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel) ke dalam kebuk pembakaran. 2. Lejang mampatan - Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel). Pada penghujung lejang mampatan, palam pencucuh dinyalakan bagi membakar campuran udara-bahan api tetapi dalam enjin Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam silinder pada penghujung lejang mampatan.

3. Lejang kuasa - Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran campuran tersebut menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran mengembang dan seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada enjin. 4. Lejang ekzos - Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos keluar dari kebuk pembakaran.

-Pemancit yang ditempatkan diatas rongga omboh menyembur kedalam rongga. -oleh sebab kelegaan antara puncak omboh dengan kepala silinder sangat sempit, hampir kesemua udara termampat bertumpu didalam rongga. -apabila omboh menghampiri pma ketika lejang mampatan,sebahagian besar udara didalam silinder akan termampat didalam rongga omboh. -Oleh sebab itu,udara akan mengalami halaju tinggi semasa ia bergerak menghala rongga omboh. -percampuran udara dan bahan api menjadi cekap kerana pemancit bahan api ditempatkan diatas omboh.