moral karangan

Upload: ng-wan-lin

Post on 02-Jun-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Moral Karangan

    1/2

  • 8/11/2019 Moral Karangan

    2/2

    peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang penyayang pada alaf

    globalisasi ini.

    Jika kita tinjau dari perspektif yang berbeza pula, ibu bapa juga harus menjaga

    keharmonian rumah tangganya. Hal ini dikatakan demikian kerana kerharmonian rumah

    tangga dapat mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia dan hidup dengan penuh limpahankasih sayang. Ikatan kasih sayang yang teguh daripada ibu bapa sudah pasti dalam

    membentuk jiwa anak-anak dengan nilai kasih sayang dan sekali gus mereka akan

    mencontohi sikap penyayang ibu bapa mereka kerana kepimpinan melalui teladan. Ibu bapa

    seyogianya memastikan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga erat bagi melahirkan

    keluarga yang penyayang. Hal ini dapat dipraktikkan dengan mengelakkan sebarang

    pergaduhan dan pertengkaran di hadapan anak-anak yang masih belum keras ubun-

    ubunnya dan sentiasa menghormati pasangan hidup masing-masing. Dengan adanya sikap

    toleransi dan hormat-menghormati ditambah lagi dengan kasih sayang maka impian kita

    untuk melahirkan masyarakat yang penyayang dapat dilahirkan.

    Secara deduksinya, ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam melahirkan

    masyarakat yang penyayang. Namun begitu, tindakan mengharapkan ibu bapa semata-mata

    juga tidak akan berkesan kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.Setiap individu

    dalam kalangan masyarakat harusnya mengambil inisiatif untuk melakukan anjakan

    paradigma bagi merealisasikan pembentukan masyarakat penyayang dalam kalangan rakyat

    Malaysia. Dengan cara ini, masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa

    yang bukan sahaja maju dari aspek kebendaannya, justeru kaya dengan budaya penyayang.

    Secara tidak langsung juga, imej negara akan harum di persada dunia dan masyarakat

    Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya bak

    kata pujangga,Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh. Jika

    akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap.