mohd narzuki bin yaacob - prinsip perakaunan...

35
BIL.1/2009 KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BILIK DARJAH BIL. 2/2009 KEPELBAGAIAN KAEDAH PENGAJARAN BIL. 3/2009 PENGURUSAN DAN PEMBINAAN PEMBELAJARAN BERKESAN BIL. 4/2009 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJARAN BIL. 5/2009 KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN BIL. 6/2009 6 KAEDAH KE ARAH PENGAJARAN BERKESAN BIL. 7/2009 GURU BERKESAN BIL. 8/2009 ANIMASI BANTU CERAPAN INGATAN PELAJAR BIL. 9/2009 12 PENDEKATAN MEMOTIVASIKAN PELAJAR Disediakan Oleh : MOHD NARZUKI BIN YAACOB SMK DATO’ MAHMUD PADUKA RAJA 2

Upload: doannga

Post on 26-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

BIL.1/2009

KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BILIK DARJAH

BIL. 2/2009

KEPELBAGAIAN KAEDAH PENGAJARAN

BIL. 3/2009

PENGURUSAN DAN PEMBINAAN PEMBELAJARAN BERKESAN

BIL. 4/2009

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

BIL. 5/2009

KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN

BIL. 6/2009

6 KAEDAH KE ARAH PENGAJARAN BERKESAN

BIL. 7/2009

GURU BERKESAN

BIL. 8/2009

ANIMASI BANTU CERAPAN INGATAN PELAJAR

BIL. 9/2009

12 PENDEKATAN MEMOTIVASIKAN PELAJAR

Disediakan Oleh :

MOHD NARZUKI BIN YAACOB SMK DATO’ MAHMUD PADUKA RAJA 2

Page 2: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 1/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BILIK DARJAH Oleh : Puan Norzilah Mazahar

KOMUNIKASI ialah satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua pihak iaitu penghantar dan penerima. Konteks dalam bilik darjah : Perhubungan di antara orang dengan orang, iaitu guru dengan murid atau murid dengan murid yang berlaku dalam bentuk percakapan atau gerak geri. KOMUNIKASI VERBAL Definisi : Komunikasi lisan Berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau tidak. Penggunaan bahasa : Guru menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar dengan cara bertutur. KOMUNIKASI NON-VERBAL Definisi : Semua bentuk tingkah laku yang bukan lisan. Contoh : bunyi, gerakan badan atau mimik muka. Konteks dalam bilik darjah : Guru mengangguk kepala sebagai tanda setuju dengan jawapan pelajar. KOMUNIKASI BERKESAN Komunikasi berkesan berlaku apabila mesej yang disampaikan oleh penyampai dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Jika maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua individu tersebut. Komunikasi berkesan amat penting bagi menjamin P&P yang efektif. AMALAN KOMUNIKASI BERKESAN 1. Bersikap positif / percaya kepada pelajar 2. Bersifat ramah dan mesra 3. Hormat terhadap pandangan pelajar 4. Ketahui latar belakang pelajar 5. Pendengar yang aktif 6. Tunjuk mimik muka berseri 7. Guna bahasa yang mudah dan difahami 8. Arahan yang jelas dan jitu 9. Bersemangat tinggi dalam pengajaran 10. Galakkan pelajar supaya memberi idea atau pandangan 11. Guna nama pelajar ketika berinteraksi 12. Gunakan gerak fizikal, gerak isyarat dan mimik muka ketika memberi penjelasan 13. Kaitkan pelajaran baru dengan pengetahuan yang sudah diketahui oleh pelajar

Page 3: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 1/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2

GANGGUAN/HALANGAN DALAM KOMUNIKASI 1. Kebisingan : Suasana kelas bising menyebabkan pelajar sukar mendengar pelajaran yang disampaikan. Anggapan umum terhadap guru Lazimnya berlaku pada guru baru kerana pelajar menganggap guru baru kurang berpengalaman. 2. Emosi guru atau murid : Penumpuan akan terjejas jika emosi guru/ pelajar kurang stabil. 3. Pemikiran tertutup : Umpamanya, pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu subjek mungkin enggan mendengar penjelasan guru atau guru yang kurang senang dengan sebilangan pelajar dalam sesuatu kelas, mungkin akan mengurangkan komunikasi terbuka. 4. Kurang tumpuan : Pelajar-pelajar kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. 5. Masalah Komunikasi Dalam Bilik Darjah 6. Kritikan : Pelajar akan mendiamkan diri apabila dikritik. 7. Melabel pelajar : Pelajar yang dilabel suka mendiamkan diri supaya lebih selamat. 8. Ancaman : Ancaman boleh menghadkan komunikasi terbuka. 9. Memberi arahan : Arahan yang memaksa akan menghalang komunikasi dua hala. 10. Mimik muka : Mimik muka yang serius atau garang akan menyebabkan pelajar takut untuk bercakap. 11. Kurang perhatian : Kurang perhatian daripada guru menyebabkan pelajar tidak berminat untuk bercakap. 12. Penyampaian : Guru yang sentiasa bercakap akan menghalang komunikasi dua hala. 13. Bahasa : Guru menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh pelajar. 14. Kelajuan : Guru yang bercakap laju akan menyebabkan pelajar sukar untuk faham. 15. Kurang persediaan : Kekeliruan ketika penyampaian pengajaran menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat menerima mesej dengan jelas. 16. Aktiviti pembelajaran kurang menarik : Minat pelajar untuk belajar akan berkurangan dan cenderung ke arah kebisingan.

Page 4: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 2/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

KEPELBAGAIAN KAEDAH PENGAJARAN

Perlunya Pelbagaian Kaedah Mengajar

"Mahir hanya dalam satu penggunaan kaedah pengajaran sahaja tidak menjamin seseorang guru itu boleh menangani secara bijak segala masalah dalam bidang

pengajara dan pembelajaran oleh kerana tidak ada satu pendekatan pun yang boleh dianggap terbaik da;lam semua aspek, setiap masa dan dengan semua pelajar.

Sesungguhnya mengetahui satu jenis teknik mengajar sahaja ATAU menghadkan kepada penggunaan suatu kaedah pengajaran tertentu akan menjejaskan

kecekapan /keberkesanan guru dan justeru itu pembelajaran pelajar."

(I.N.Thut & J.R. Gerberich: Foundations of methods in Secondary schools)

Antara PEDAGOGI Dan Kurikulum

"Pedagogi, sebagai satu sans dan seni pengajaran merupakan sebelah "kaki" yang menyokong pengajaran berkesan sementara sebelah "kaki" lagi ialah kurikulum.

Mengajar secara terbaik perkara-perkara yang tidak berguna ATAU mengajar secara buruk perkara-perkara yang penting. Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam

pendidikan." (M.Hunter: Knowing Teaching and Supervising)

KEPELBAGAIAN KAEDAH PENGAJARAN MEMBOLEHKAN GURU: 1. Mengenalpasti dan memilih kaedah-kaedah pengajaran yang dijangka berkesan

dalam mencapai objektfi-objektif pengajaran yang dirancang, berdasarkan kepada keperluan pelajar, mata pelajaran yang dipelajari dan persekitaran institusi.

2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar, lantas

meningkatkan masa untuk tugasan pembelajaran yang produktif. 3. Mengelakkan diri daripada dibelenggu oleh buku teks dan kaedah "chalk & talk"

semata-mata. 4. Meningkatkan "repertoire" pengajarankerana penguasaan pelbagai kaedah

pengajaran menjadikan guru berdaya lentur, dapat mengubah kaedah pengajaran bila dan dimana perlu, mengikut situasi.

5. Mengamalkan prinsip kepelbagaian sebagai rempah hidup di bilik darjah yang

dijangka dapat mewujudkan keseronolan dalam pembelajaran dan seterusnya keberkesanan pembelajaran pelajar itu sendiri.

Page 5: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 2/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN STRATEGI KAEDAH PENGAJARAN 1. Latar Belakang Pelajar: peringkat umur, pengalaman/ pengetahuan sedia ada,

minat 2. Stail Pembelajaran (kesediaan pembelajaran) 3. Isi Kandungan Pelajaran : Tajuk - Konkrit? Abstrak? Mudah? Kompleks? Teori?

Amali? Ulangan? Perkara baru? 4. Objektif Pengajaran : berapa dan bentuknya? Dalam domain taksonomi apa

dan peringkat mana? 5. Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (ABM) : yang didapati dari institusi,

yang boleh didapati dari luar institusi atau yang boleh disediakan oleh guru dan pelajar.

6. Peruntukan Masa : berapa waktu? Berapa minit? Bila? Pagi? Tengah hari?

Petang? 7. Latar Belakang Guru : pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan

iltizan/kemahuan (kesediaan pengajaran)

PENTINGNYA KAEDAH PENGAJARAN

"Perbezaan dalam pembelajaran yang berlaku kepada pelajar berkait rapat dengan

BAGAIMANA bahan bahan pelajaran dikemukakan. ‘BAGAIMANA’ diertikan sebagai teknik pengajaran ini dapat menghasilkan perbezaan yang signifikan kepada

kejayaan pembelajaran pelajar."

(P.B. Guild and S. Garger: Marching to Different Drums) BEBERAPA KAEDAH PENTING PENGAJARAN 1. Kaedah Menyoal 2. Kaedah Kuliah/Syarahan 3. Kaedah Perbincangan 4. Kaedah Sumbang Saran 5. Kaedah Perbahasan 6. Kaedah Kajian Kes 7. Kaedah Projek 8. Kaedah Demonstrasi 9. Kaedah Penyelesaian Masalah 10. Kaedah Permainan 11. Kaedah Simulasi

Page 6: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 2/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 3

1. KAEDAH MENYOAL

wahana utama interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran

untuk menerokai pengalaman/pengetahuan pelajar

untuk meningkatkan ingatan isi-isi pelajaran yang penting

untuk tujuan ulangkaji

untuk merangsang pemikiran pelajar dari tahap pengetahuan hingga tahap penilaian dan domain kognitif

perlu wujud dalam semua proses pengajaran dan pembelajaran "Seni pengajaran sebahagian besarnya seni mengutrakan sebanyak tugasan yang

mungkin kepasda pelajar. Dia belajar dengan membuat dan berfikir, dan satu daripada wahana pengajaran yang berkesan untuk mewujudkan keadaan ini ialah

penyoalan."

(L.Gartside (1970): Teaching Business Subject) Pentingnya Soalan-Soalan Daripada Pelajar

"Sebenarnya satu cara menilai keberkesanan sesuatu pengajaran ialah dengan mengira bilangan soalan yang baik yang diutarakan oleh pelajar-pelajar daripada

yang diutarakan oleh guru."

(L.S. Kenworthy (1972): A Guide to Social Studies Teaching)

Beberapa Pertimbangan Penting dalam kaedah menyoal

soalan-soalan jelas dan tepat

selepas sesuatu soalan berhenti sekejap, memberi masa kepada pelajar berfikir (wait-time)

taburan soalan secara rambang

peneguhan melalui maklum balas segera mengenai jawapan

pelbagai tahap kesukaran dan jenis item soalan diutarakan

pelajar-pelajar sendiri perlu digalakkan mengutarakan soalan Jenis-jenis Soalan Yang perlu dielakkan/diminimumkan:

Soalan "Ya-Tidak"

Dua soalan sekali gus

Solaan kabur

Soalan yang memberi jawapan

Page 7: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 2/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 4

2. KAEDAH SYARAHAN / KULIAH

untuk menyampaikan maklumat yang telah dirancang

lebih sesuai untuk sekolah menengah atas

pelbagai ABM yang relevan digunakan

diselang-seli dengan kaedaah menyoal

dicatat isi-isi penting di papan tulis

bahasa dan intonasi yang baik digunakan

digunakan "sense of humor"

ada perbincangan pada akhir sesi kuliah

intisari isi (fakta-fakta, data-data, istilah-istilah) dan soalan-soalan pokok disediakan

penyampaian dibuat secara informal dan tenang

ditentukan dulu pelajar tahu mengambil nota yang penting

kerja susulan diberikan: penilaian bertulis, kerja rumah atau tugasan tambahan, rujukan tambahan

Kebaikan Kaedah Syarahan/Kuliah

saiz kelas tidak terhad

banyak maklumat dapat disampaikan dalam masa yang singkat

topoik-topik baru dapat diperkenalakan dengan mudah

dapat digunakan untuk meringkaskan sesuatu topik

dapat memberi contoh "pidato umum" kepada pelajar, jika disampaikan dengan baik

berkesan kalau dibantu dengan alat-alat bantu teknologi pendidikan yang sesuai

Kekurangan kaedah syarahan/kuliah;

cepat membosankan

tidak pasti pelajar memahami maklumat yang disampaikan

bersifat monolog --- tidakada penglibatan aktif pelajar-pelajar

pembentukan konsep-konsep yang salah mungkin berlaku dikalangan pelajar, jika tidak cukup penerangan

tendensi guru membaca teks syarahan/kuliah 3. KAEDAH PERBINCANGAN

untuk menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam pertukaran idea secara bebas

Sebahagian besar daripada pelajar mengambil bahagian

Sesuatu idea yang disumbangkan/ dikemukakan terus diberi reaksi(dinilai)

Page 8: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 2/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 5

Beberapa Pertimbangan Dalam Keadah Perbincangan

ada isu utama berdasarkan topik dan objektif-objektif pengajaran

dirancang engan rapi - isu dan soalan-soalan pokok disediakan untk memberi fokus kepada pelajar-pelajar terlebih dahaulu; ada peraturan asas dan tatacara perbincanagan termasuk masa dan corak persembahan hasil perbincangan

guru bertindsak sebagai penggerak/fasilitator

menentukan penglibatan pelajar seramai yang mungkin dan mengelak monopoli segelintir pelajar

penilaian setiap idea yang di sarankan dibuat secara objektif tanpa emosi/menyentuh peribadi

rumusan atau ringkasan idea-idea dan kesimpulan perbincanagan disediakan dan dikemukakan oleh waki-wakil setiap kumpulan

berkesan digunakan dengan kaedah-kaedah lain

elok diberikan nama kepada setiap kumpulan terlebih dahulu agar dapat memberi dorongan / semangat kepada pelajar

4. KAEDAH SUMBANG SARAN

menggalakkan penggunaan daya imiginasi / pemikiran kreatif pelajar

idea-idea dikemukakan secara bebas dan spontan tetapi difokuskan kepada isu yang ditetapkan

untuk mencari idea-idea yang baru - dalam penyelesaian sesuatu masalah - dalam mencari idea-idea baru untuk bertindak dalam sesuatu situasi

-dalam membuat pelbagai interpretasi bagi sesuatu peristiwa

beberapa orang pelajar dilantik sebagai pencatat semua idea yang dikemukakan (pada paapn tulis/kertas saiz besar

2 pilihan setelah tamat sesi sumbang saran; - memberi masa kepada pelajar memikirkan idea-idea atau maklumat-

maklumat tambahan penilaian idea-idea ditangguhkan ATAU

- menilai idea-idea yang disaranakan bagi menentukan yang mana berpotensi bagi mencapai objektif sumbang saran

Peraturan Sumbang Saran

sebarang idea diteriama

dilarang mengkritik sebarang idea

sebanyak idea yang mungkin diperlukan

idea-idea disarankan secara spontan

idea-idea yang dikemukakan boleh diguanakan/diperkembangkanoleh pelajar- pelajar lain

Page 9: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 2/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 6

Keberkesanan Sesi Sumbang Saran Bergantung Kepada;

siakp positif gur dalam menggalakkan pemikiran kreatif pelajar-pelajar

suasana terbuka untuk membolehkan pelajar-pelajar berani mengemukakan idea wlaupun dianggap tidak penting

guru bertindak sebagai penyederhana (moderator) memastikan idea-idea diutarakan secara bebas,tanpa kritikan

idea-idea yang dipilih / diperkemaskan dan diguanakan sebaik-baiknya 5. KAEDAH PERBAHASAN

kaedah formal untuk menggalakkan perbincangan perkara/isu kontraversial

suasana persaingan sihat untuk menganalisis/menilai sesuatu isu secara rasional

melatih mengemukakan pendapat secara terbuka (latihan "pidato umum")

faedahlebih kepada pembahas-pembahas -- pihak pencadang dan pembangkang

tajuk ditentukan dulu

perbincangan sebelum oleh ahli-ahli setiap pasukan

penyelidikan perlu dibuat 6. KAJIAN KES

memberikan penekanan kepada pelajar-pelajar menggunakan maklumat/data sebagai asas pemikiran.Pembelajaran melalui perbicangan dan soal jawab mengenai apa yang apa yang tersurat dan tesirat dalam kes-kes yang diutarakan. Idea dihasilkan oleh pelajar-prlajar dan guru bertindak sebagai pemudah cara dan penyederhana,

Penglibatan aktif pelajar-pelajar dalam pemikiran, menganalisis serta membuat generalisasi dan kesimpulan.

digunakan sebagai satu kaedah P&P untuk mengkaji aspek-aspek/ciri-ciri penting sesuatu personaliti/unit/bahagian/tugasan seluruh institusi peniagaan, pemasaran dan sebagainya.

setiap kes yang dikaji perlu pendek, iaitu melibatkan dua atau tiga isu sahaja. Beberapa soalan pokok disediakan sebagai fokus kepada isu-isu yang ditimbulkan dalam kes tersebut.

kajian kes boleh diasaskan kepada; *dokumen-dokumen *petikan-petikan daripada buku/majalah/akhbar/intrnet *data-data kajian *naratif-naratif benar/rekaan mengenai individu/institusi *lawatan-lawatan pendidikan *pita video

kajian kes sesebuah institusi peniagaan boleh dibuat daripada perspektif berikut:

- sejarah penubuhan - status semasa perniagaan - sumber-sumber perniagaan

Page 10: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 2/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 7

- pemilikan - pesaingan - strategi pemasaran -- keluaran, harga, agihan, promosi. - dasar perlindungan daripada risiko-risiko - kemudahan komunikasi/pengangkutan - rancanagan pekembangan masa hadapan (masalah-masalah dan kekuatan-kekuatan institusi diambil kira)

Prosedur-Prosedur Kajian Kes

1. Fasa penjelasan melalui perbincangan mengenai fakta-fakta kes yang dikemukakan.

2. Fasa pengenalpastian isu-isu yang kontroversi (yang mempunyai pelbagai interpretasi) mengenai masalah,kekuatan dan peluang yang wujud secara tersurat/tersirat.

3. Fasa membuat keputusan berdasarkan kepada isu-isu yang ditimbulkan bagi menentukan langkah-langkah/strategi-strategi/ dasar-dasar efektif yang boleh diambil dan mengapa, untuk memperbaiki keadaan.

Page 11: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 3/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

PENGURUSAN DAN PEMBINAAN PEMBELAJARAN BERKESAN

1. PENGURUSAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN BERKESAN

1.1 Mewujudkan iklim pembelajaran yang positif

Guru yang bagus dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan

merangsang pelajar ke tahap pembelajaran maksimum. Ramsden (1992)

menggariskan ciri-ciri berikut sebagai asas kepada pengajaran yang baik ke arah

menghasilkan suasana pembelajaran yang positif:

A desire to share your love of the subject with students

An ability to make the material being taught stimulating and interesting

A facility for engaging with students at their level of understanding

A capacity to explain material plainly

A commitment to making it absolutely clear what has to be understood,

at what level and why

Showing concern and respect for students

A commitment to encouraging student independence

An ability to improve and adapt to new demands

Using teaching methods and academic tasks that require students to

learn actively, responsibly, and cooperatively

Using valid assessment methods

Giving the highest quality feedback on students work

A desire to learn from students and other sources about the effects of

teaching and how it can be improved.

Ciri-ciri di atas selaras dengan dapatan kajian penilaian terhadap pengajaran iaitu

apabila pelajar diminta mengenal pasti ciri-ciri guru yang bagus mereka

menyenaraikan ciri berikut: penyusunan (organization), menimbulkan minat

(stimulation of interest), penjelasan yang boleh difahami (understandable

explanations), berempati dengan keperluan pelajar (empathy with students’ needs),

Page 12: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 3/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2

maklum balas terhadap kerja pelajar (feedback on work), matlamat yang jelas (clear

goals), dan menggalakkan belajar berfikir (encouraging independent thought). Ciri

paling bawah yang disenaraikan adalah personality guru dan sense of humour.

Mengikut Ramsden (1992), dapatan-dapatan ini menyangkal pandangan umum

bahawa pelajar tidak dapat membezakan antara guru popular dengan guru bagus.

Berdasarkan kesemua ciri-ciri di atas, Ramsden (1992) mengenal pasti enam prinsip

utama pengajaran berkesan (effective teaching) iaitu yang dapat menghasilkan

suasana pembelajaran positif.

Prinsip 1: Minat dan penjelasan (Interest and explanation)

Telah diakui semua guru mesti berupaya memberi huraian yang jelas tentang isi

kandungan (subject matter). Malah, lebih penting lagi adalah keupayaan menjadikan

isi kandungan menarik sehingga pelajar merasa seronok mempelajarinya. Apabila

pelajar berminat terhadap sesuatu subjek, mereka akan berusaha bersungguh-

sunggu. Ini merupakan ciri penting pendekatan mendalam dalam pembelajaran

(rujuk modul 3A).

Prinsip 2: Keprihatinan dan hormat terhadap pelajar dan pembelajaran pelajar

(Concern and respect for students and student learning)

Satu lagi ciri penting guru bagus adalah memberi perhatian dan menghormati pelajar

serta pembelajaran mereka. Mengikut Ramsden (1992), “it is sad that they are often

scarce commodities in higher education. The archetypical arrogant professor, secure

in the omnipotent possession of boundless knowledge, represents a tradition that

dies hard. Certain lecturers, especially new ones, seem to take a delight in trying to

imitate him” (hlm. 97).

Kajian-kajian tentang pendidikan tinggi seperti meta-analisis terhadap penilaian

pelajar menegaskan kepentingan menghormati dan memberi pertimbangan kepada

pelajar dalam menghasilkan pembelajaran berkesan.

Page 13: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 3/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 3

Prinsip 3: Penilaian dan maklum balas yang sesuai (Appropriate assessment

and feedback)

Memberi maklum balas terhadap kerja-kerja pelajar adalah juga penting. Kajian

mendapati pelajar kerap mengenal pasti aspek ini sebagai ciri guru yang bagus.

Mengikut Ramsden (1992, hlm. 99), “Setting appropriate tasks . . . is evidently a

difficult but crucial skill. It implies questioning in a way that demands evidence of

understanding, the use of a variety of techniques for discovering what students have

learned, and an avoidance of any assessments that require stdeunts to rote-learn or

merely to reproduce detail”.

Prinsip 4: Matlamat yang jelas dan mencabar intelek (Clear goals and

intellectual challenge)

Dapatan dari kajian pengajaran berkesan peringkat sekolah telah mengenal pasti

kepentingan guru mempunyai jangkaan akademik yang tinggi bagi menghasilkan

pencapaian pelajar yang tinggi. Oleh sebab prinsip ini boleh diaplikasikan bagi

pendidikan tinggi, guru perlulah mengemukakan tugasan dan soalan yang mencabar

intelek pelajar.

Prinsip 5: Kebebasan, kawalan, dan penglibatan aktif (Independence, control

and active engagement)

Pembelajaran berkualiti tinggi bermakna pelajar terlibat secara aktif, mempunyai

pilihan terhadap cara mereka belajar dan mempunyai kawalan terhadap aspek yang

dipelajari. Mengikut Ramsden (1992, hlm. 100), “[g]ood teaching fosters this sense

of student control over learning and interest in the subject matter”.

Prinsip 6: Belajar daripada pelajar (Learning from students)

Guru yang bagus adalah yang sentiasa sanggup menerima dan melakukan

perubahan. Ini termasuklah kesanggupan untuk mengenal pasti kesan pembelajaran

kepada pelajar dan mengubahsuai pengajaran berdasarkannya. Untuk itu guru perlu

menyediakan peluang bagi pelajar untuk memberikan maklum balas berhubung

dengan pembelajaran mereka. Contohnya, guru boleh bertanya pendapat pelajar

dan meneliti hasil pembelajaran mereka.

Page 14: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 3/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 4

1.2 Pengurusan kelas

Mengikut Biggs (1999), isu pengurusan menjadi semakin penting apabila saiz kelas

adalah besar kerana dari segi guru, saiz kelas menghalang penggunaan strategi

mewujudkan hubungan rapat dengan pelajar (close contact) sementara dari segi

pelajar, saiz kelas bermakna mereka tiada identiti (anonymous). Walaupun bahagian

berikut membincangkan pengurusan kelas besar, prinsip yang dihuraikan boleh

diaplikasi juga bagi pengurusan semua saiz kelas.

Bagi menguruskan kelas besar secara berkesan, di samping perkara yang

dibincangkan dalam modul tentang kaedah kuliah, pengajaran hendaklah mengambil

kira perkara berikut:

Persediaan – kelas besar memerlukan persediaan terperinci dan teliti; perubahan

kelas secara tiba-tiba sukar dilaksanakan; bahan dan teknologi pengajaran

seperti nota, transparensi, dan mikrofon perlu disediakan bersesuaian dengan

saiz kelas dan memerlukan masa yang secukupnya untuk persediaan,

Semasa kuliah – kepentingan eye-contact dengan pelajar; pastikan kejelasan

suara sehingga boleh didengar di belakang kelas; dalam berinteraksi dengan

pelajar dalam bilik kuliah, fokus kepada susunan „U‟ (barisan belakang dan tepi)

bukan kepada „T‟ (barisan depan dan tengah) terutama apabila menanyakan

soalan atau mendapatkan penglibatan pelajar; apabila guru ingin pelajar

mencatat nota secara verbatim, beritahu pelajar dan bacakan (dictate) atau

gunakan OHP serta berikan masa yang mencukupi untuk pelajar menyalin; jika

ingin memberi nota edaran, berikan pada awal atau akhir pengajaran dengan

meletakkannya di hadapan kelas supaya pelajar boleh mengambilnya semasa

masuk atau keluar.

Menyoal – prosedur menanyakan soalan dalam kelas besar berbeza daripada

dalam kelas kecil. Guru perlu menjelaskan kepada pelajar peraturan yang

digunakan, sama ada dikemukakan pada akhir kuliah, pada bila-bila masa

sahaja, ketika guru berhenti dari masa ke masa untuk membolehkan pelajar

bertanya, atau secara satu-sama-satu selepas kelas. Jika kelas sangat besar,

mungkin lebih baik meminta pelajar menuliskan soalan mereka dan pass soalan

Page 15: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 3/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 5

ke hadapan (daripada meminta pelajar menjeritkan soalan) – guru boleh

menjawabnya ketika itu atau sebagai pengenalan sesi yang berikutnya.

Personalizing the class – satu ciri pengajaran kelas besar yang tidak digemari

pelajar adalah tiadanya hubungan rapat antara guru dengan pelajar

(impersonality); bagi mengatasi perkara ini guru boleh menggunakan cadangan

berikut:

Berdiri di hadapan rostrum dari masa ke masa, jangan membaca daripada

nota, bergerak ke serata bilik kuliah – kesemua ini memberi gambaran

accessibility bukan jarak. Walau bagaimanapun, berdiri tegak apabila

menyampaikan isi-isi penting.

Jika sesi merupakan aktiviti keseluruhan kelas (whole-class activity) seperti

kuliah, semasa anda bergerak ke sekeliling bilik kuliah, jangan hanya

bercakap secara individu dengan pelajar yang berdekatan apabila ia

kemukakan pertanyaan. Semua persoalan mestilah dilayan sebagai soalan

yang datang daripada seluruh kelas dengan mengulangi soalan itu melalui

mikrofon sementara melihat kepada kedudukan „U‟.

Pada permulaan kelas, minta pelajar yang duduk bersebelahan

memperkenalkan diri kepada satu sama lain.

Datang ke kelas lebih awal atau tinggalkan kelas lewat untuk membolehkan

pelajar berjumpa anda jika ada kemusykilan.

Selitkan unsur jenaka yang relevan bagi menghidupkan suasana kelas.

1.3 Refleksi

Sejauh manakah anda telah menggunakan prinsip dan petua untuk menghasilkan

persekitaran berkesan yang dibincangkan di atas dalam kelas anda?

Page 16: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 3/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 6

2. PEMBINAAN PERSEKITARAN PENGAJARAN BERKESAN

2.1 Pengajaran kolaboratif/berpasukan

Pengajaran berpasukan mempunyai pelbagai istilah seperti; team teaching, shared

teaching, collaborative teaching. Bagaimanapun kesemua istilah ini mempunyai

makna yang sama iaitu berkaitan dengan pengurusan pengajaran yang melibatkan

dua orang guru atau lebih bagi satu-satu kursus. Pasukan yang dibentuk ini boleh

melibatkan sama ada guru daripada bidang pengkhususan/disiplin yang sama atau

merentas bidang/disiplin tetapi berkaitan dengan khusus yang diajar. Pada asasnya

terdapat tiga bentuk pengajaran berpasukan:

a) Guru yang terlibat bertanggung jawab terhadap penyediaan kandungan

kursus, pengajaran bersama dan membuat penilaian bagi kursus yang diajar.

Mereka mengajar bersama di dalam kelas, membincangkan spesifik tajuk

daripada perspektif yang berbeza;

b) Guru yang terlibat bertanggung jawab terhadap penyediaan kandungan dan

penilaian. Pengurusan pengajaran pula adalah mengikut giliran berdasarkan

kepada bidang pengkhususan guru. Ada kalanya guru yang tidak terlibat

dalam pengajaran boleh bertindak sebagai pemerhati dalam konteks

pemerhatian rakan sebaya dan berperanan untuk memberi komen atau

cadangan bagi mempertingkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran

kursus berkaitan;

c) Seorang penyelaras diberi tanggungjawab untuk menyediakan kandungan

kursus dan penilaian. Kursus dikendalikan oleh guru jemputan dan panel

yang dipilih bersesuaian dengan tajuk tertentu.

Kekuatan pengajaran berpasukan

perkongsian tanggungjawab dan peranan –meringankan beban tugas dan

memudahkan perbincangan

himpunan pelbagai kepakaran yang boleh dirujuk oleh pelajar

potensi kreatif – pelbagai perspektif dikemukakan berdasarkan

pengalaman guru yang terlibat

menyediakan sokongan – dapat membantu pengendalian teknik

pengajaran secara berkumpulan.

Page 17: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 3/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 7

Kelemahan

menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar sekiranya terdapat perbezaan

pandangan antara guru

perancangan awal diperlukan bagi memudahkan pengajaran

keserasian antara guru

Panduan menjalankan pengajaran secara berpasukan dengan berkesan:

Rancang dengan teliti kursus yang dilaksanakan secara berpasukan

kerana keserasian antara guru diperlukan bagi menjamin kejayaan

pelaksanaan

Beritahu pelajar tentang tujuan pengajaran secara berpasukan.

Guru yang terlibat tidak boleh bersaing antara satu sama lain terutamanya

bagi mendapat perhatian pelajar.

Penentuan tajuk atau sesi pengajaran hendaklah disusun mengikut

kepakaran guru

Sokongan daripada pentadbir diperlukan bagi melicinkan

perjalanan kursus.

2.2 Amalan Reflektif

Pelbagai strategi pengajaran diperlukan bagi menghasilkan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan khususnya di peringkat pendidikan tinggi.

Dalam mempraktikkan pelbagai strategi ini berkemungkinan ada guru yang

merasakan kurang selesa dengan sesetengah strategi yang digunakan. Cara

terbaik bagi menilai gaya pengajaran adalah dengan melakukan refleksi

kendiri. Fry et al. (2003) mengatakan bahawa refleksi memainkan peranan

penting in transforming and integrating new experiences and understanding

with previous/existing knowledge. Ini bermakna refleksi menjadi kunci kepada

pembelajaran melalui pengalaman. Untuk memahami gaya pengajaran dan

belajar cara mengajar bagi menjadi guru yang aktif dan mempunyai arah tuju

yang jelas, amalan reflektif dapat membantu menilai pencapaian kendiri.

Kemahiran refleksi boleh diperolehi melalui pelbagai latihan:

menyediakan dairi/catatan selepas setiap pengajaran

Page 18: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 3/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 8

menggunakan analisis kritikal insiden semasa pengajaran

menyediakan soalan tentang aspek yang ingin diperhati/dikaji dan

menjawab persoalan tersebut selepas pengajaran

menggalakkan pemerhatian rakan sebaya dan berkongsi maklumat

selepas pengajaran

menggunakan pandangan, cadangan dan komen pelajar sama ada

yang melibatkan aspek kognitif, afektif atau hubungan interpersonal

khususnya selepas satu-satu tajuk

membuat rakaman video dan menilai aspek yang ingin diperbaiki

sama ada selepas satu tajuk atau sesuatu program tamat

Menjadi pengamal reflektif (reflective practitioner) amatlah penting bagi

seorang guru yang menjadi pakar dalam tugas pengajaran. Aktiviti

reflektif ini boleh dilaksanakan secara berterusan dalam tiga peringkat:

i. Sepanjang masa aktiviti pengajaran berjalan

ii. Selepas tamat satu modul/kursus/tajuk

iii. Selepas tamat satu program

Bagi membantu mengubah atau menambahbaik amalan pengajaran

setiap apa yang dinilai perlu direkodkan. Rekod ini boleh dilaksanakan

secara penyediaan log pembelajaran. Log/diari ini perlu mencatatkan

perkara berikut:

Dapatan daripada refleksi kendiri

Perubahan yang diperlukan/dicadangkan

Perkara tertentu yang perlu diberi perhatian untuk memperbaiki

pengajaran

Rancangan bagi memperbaiki pengajaran

Tindakan susulan yang patut dilaksanakan

2.3 Refleksi Pernahkah anda membuat refleksi kendiri terhadap pengajaran anda? Jika

ya, apakah cara yang anda gunakan dan apakah kesannya terhadap

pengajaran anda? Jika tidak, mengapa?

Page 19: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 4/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

1. APA DIA PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA INDIVIDU?

Kaedah mengajar seorang guru dan seorang pelajar,

Untuk mengatasi kelemahan mengajar secara seluruh kelas

Sebuah kelas mempunyai pelajar yang berbagai kebolehan dan keupayaan,

kaedah kelas menguntungkan sebilangan kecil pelajar sahaja dan tidak semua

individu, maka kaedah individu perlu,

belajar untuk mengembangkan kebolehan individu,

guru harus mengenal potensi murid-murid mereka, mengenalpasti masalah

pembelajaran, merancang dan menyampaikan bahan pengajaran beasaskan kebolehan

individu,

2. APA DIA KAEDAH PENGAJARAN SECARA seluruh KELAS?

penyampaian guru kepada seluruh kelas,

isi pelajaran yang sama kepada semua pelajar dalam masa yang sama, serta latihan

yang sama

3. APA DIA PENGAJARAN SECARA KUMPULAN?

strategi pengajaran berpusatkan murid,

murid boleh menjalankan aktiviti pembelajaran melalui kumpulan mengikut

kebolehan ,

dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sepadan

dengan kebolehan mereka,

dua cara membentuk kumpulan ,

o berdasarkan kebolehan/pencapaian yang sama, dan

o kedua kumpulan pelbagai kebolehan/pencapaian

4. JENIS-JENIS KUMPULAN

MENGIKUT KEBOLEHAN

a. Satu kumpulan kecil murid cerdas

b. Satu kumpulan kecil murid sederhana

c. Satu kumpulan kecil murid lambat

PELBAGAI KEBOLEHAN

a. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil,

b. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil

c. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil

Page 20: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 4/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2

5. APA DIA PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF?

Belajar secara kerjasama dalam kumpulan berbagai kebolehan,

Berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran

Tujuan mencapai kemajuan dan prestasi cemerlang

Murid melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam pembelajaran kumpulan,

Murid bertanggung jawab terhadap diri dan kumpulan (5-6 orang)

6. APA DIA PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA KOLABORATIF?

Berusaha bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama

Pembelajaran secara kumpulan kecil, berbagai kebolehan

Matlamat intelek, sosial dan penyelesaian masalah disiplin bilik darjah,

Pembelajaran dapat ditingkatkan, kerjasama dapat dipupuk, masalah disiplin dapat

dikurangkan.

7. BAGAIMANA PELAKSANAAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA

KOPERATIF DAN KOLABORATIF?

Aktiviti pembelajaran sekumpulan murid dibawah bimbingan guru, bertukar-tukar

idea melalui perbincangan, menyumbang kemahiran masing-masing dalam mencapai

matlamat kumpulan,

Kumpulan pelbagai kebolehan bekerjasama dan tolong menolong bagi menyelesaikan

sesuatu projek pembelajaran

Sekumpulan murid yang mempunyai semangat bekerjasama dapat mencapai objektif

pembelajaran dengan lebih cepat dan berkesan daripada uasaha secara sendiri,

Empat kriteria asas untuk pelaksanaan pembelajaran koperatif dan kolaboratif

o Semangat kebergantungan

o Kemahiran sosial

o Kesedaran pertanggungjawaban individu

o Penilaian kumpulan

Membahagikan murid dalam kumpulan yang sesuai dan beri nama setiap kumpulan,

Kumpulan terdiri murid pelbagai kebolehan,

Nyatakan objektif pelajaran, bahan-bahan pelajaran dan langkah-langkah

melaksanakan aktiviti,

Nyatakan kemahiran kerjasama yang diperlukan,

Tegaskan panilaian kumpulan, kerjasama diperlukan dalam pembelajaran

berkumpulan,

8. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJRAN

PEMUDAHCARA

o Proses memudahkan sesuatu tindakan,

o Kemahiran memotivasikan murid,

o Membimbing murid menjalani aktiviti pembelajaran dengan lancar,

o Kemahiran lisan dan bukan lisan, teknik menyoal dan bakat kepimpinan,

o Sesuai untuk aktiviti kumpulan,

o kemahiran teknik menyoal, tunjuk cara, penerangan dll,

o Teknik pemudahcaraan – perbincangan, perbahasan, seminar, forum,

sumbangsaran, sesi buzz dll.

Page 21: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 4/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 3

PERBINCANGAN

o Aktiviti perbualan di antara guru dan murid-murid dalam kelas,

o Bertukar-tukar fikiran/idea dan berkongsi maklumat

o Peranan guru sebagai penyelia/pemudahcara

o Mengemukakan topik perbincangan dan soalan,

o Galakkan murid main peranan aktif dalam memberi pandangan,

o Guru memberi panduan / bimbingan

o Guru atau murid membuat rumusan

o Perbincangan seluruh kelas atau perbincangan kumpulan.

PERBAHASAN

o Suatu jenis perbincangan yang formal,

o kompleks melibatkan murid yang menguasai kemahiran lisan, pengetahuan

yang cukup, memberi pandangan/pendirian terancang dan spontan,

o Murid boleh berhujah secara rasional, logik dan bernas,

o Dua kumpulan kecil terdiri daripada tiga / empat orang murid,

o kumpulan penyokong dan kumpulan pembangkang

o pengerusi di adakan bagi mengendalikan aktiviti,

o penjaga masa dan hakim-hakim

SEMINAR

o Satu jenis perbincangan melibatkan penceramah dengan sekumpulan murid,

o Penceramah menyediakan kertas kerja berasaskan sesuatu topik dan

membentangkan kepada murid sebagai audiens,

o Penceramah – kemahiran merancang, mengumpul data, menyediakan dan

membentang kertas kerja serta melayan soalan-soalan,

o Murid sebagai pengdengar, mengambil nota & membuat pertanyaan,

o Soalajawab diakhir pembentangan kertas kerja,

o Guru pemerhati, penasihat dan memberi komen

FORUM

o Satu jenis perbincangan melibatkan panel penceramah (pakar),

o Seorang pengerusi diperlukan mengendalikan forum,

o Penel menyampaikan idea/pendapat bernas berasaskan soalan yang

dikemukakan oleh pengerusi,

o Soalan-soalan berlandaskan topik perbincangan yang ditetapkan terlebih

dahulu,

o Ahli panel membuat persediaan berasaskan topik yang diberikan terlebih

dahulu,

o Aktiviti perbincangan melalui majlis forum ini adalah sesuai bagi murid-murid

yang mempunyai pengalaman yang cukup serta mempunyai kemahiran

bertutur yang baik.

o Murid-murid dilatih berfikir secara analitis dan kritis serta berkeyakinan

tinggi.

SUMBANGSARAN

o Salah satu kaedah penyelesaian masalah

o Juga dikenali sebagai pecambahan fikiran tentang sesuatu topik,

o Ahli kumpulan memberi pendapat/idea terhadap sesuatu topik perbincangan,

Page 22: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 4/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 4

o Sesi buzz boleh digunakan untuk mendapatkan idea yang boleh menyelesaikan

masalah,

o Guru mengemukakan satu/beberap topik perbincangan berbentuk soalan

bermasalah,

o Guru memberi garis panduan untuk mengadakan perbincangan,

o Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (6-10 orang)

o Setiap kumpulan akan diberikan satu topik perbincangan,

o Semua ahli digalakkan menyumbangkan idea / pendapat berkaitan dengan

topik tersebut oleh pengerusi kumpulan,

o Semua idea-idea dicatatkan oleh seorang pelapor/murid dalam kumpulan kecil

itu,

o Selepas selesai, kumpulan-kumpulan kecil akan bergabung semula bagi

mempertimbangkan dan menilai setiap cadangan yang dikemukakan.

o Pada peringkat akhir, guru akan membimbing murid membuat

keputusan/rumusan yang kemudian direkodkan dalam buku nota mereka.

SESI BUZZ

o Suatu aktiviti perbincangan yang terdiri daripada beberapa kumpulan kecil,

o Setiap kumpulan kecil biasanya mengandungi seorang pengerusi, seorang

pelapor dan beberapa orang ahli.

o Sesi buzz biasanya dimulakan selepas guru mengajar sesuatu pelajaran.

o Murid akan membincangkan topik yang diberikan oleh guru dalam sesi buzz,

o Dalam proses perbincangan, ahli kumpulan digalakkan menyumbangkan idea /

pendapat berkaitan dengan topik yang diberikan,

o Semua idea-idea dicatatkan oleh seorang pelapor/murid dalam kumpulan kecil

itu,

o Selepas perbincangan, kumpulan-kumpulan kecil akan berkumpul semula

dalam kumpulan besar untuk mengadakan satu perbincangan am,

o Murid-murid akan membentangkan pendapat kumpulan masing-masing,

o Pendapat-pendapat diselaraskan dan dipersetujui akan dikemukakan kepada

guru yang akan membuat rumusan dipapan putih untuk catatan murid,

TUNJUK CARA (DEMONSTRASI)

o Satu teknik pengjaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru

melakukan tunjuk cara,

o Tunjuk cara melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi guru bersama

aktiviti pendengaran, penglihatan dan percubaan murid.

o Sebelum demonstrasi – topic, objektif, alatan, radas, tujuan demonstrasi.

o Semasa demonstrasi – guru memandang murid, menerangkan, menyoal, murid

melihat dsb.

o Selepas demonstrasi – bincangkan bahagian demonstrasi yang penting, tujuan

demonstrasi dan aktiviti pengukuhan.

o Jenis-jenis tunjuk cara – model hidup, model simbolik dan model persepsi.

o Model hidup – model sebenar contoh demonstrasi guru dalam bermain alat

muzik,

o Model simbolik – berlandaskan langkah-langkah secara bertulis contoh murid-

murid mengikuti langkah-langkah yang dihuraikan dalam resepi untuk

membuat kuih.

o Model persepsi – penggunaan video contoh menggerakkan tangan semasa

berlari 100m. Gerakan tangan secara perlahan melalui video.

Page 23: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 4/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 5

PENYELESAIAN MASALAH

o Aktiviti-aktiviti melibatkan masalah berbentuk pekataan, teka teki, kuiz,

kemahiran tertentu dsb.

o Dikehendaki menlaksanakan kerja penyelesaian dengan strategi tertentu

o Strategi penyelesaian masalah harus melibatkan pelaksanaan suatu set aktiviti

yang boleh memberi penyelesaian.

o Proses penyelesaian masalah memerlukan aplikasi kemahiran, prinsip yang

telah dikuasai terlebih dahulu.

o Jenis-jenis penyelesaian masalah ialah kaedah penyelesaian kendiri, kaedah

inkuiri, kaedah dapatan dan kaedah sumbangsaran.

SIMULASI

o Menjalankan sesutau aktiviti yang mencerminkan keadaan realiti

o Melakonkan sesuatu situiasi atau peristiwa dalam sustu keadaan yang teratur

o Masalah yang berlaku dialam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar,

sekolah, tempat awam dsb.

o Sosiodrama dan main peranan adalah contoh simulasi

o Sosiodrama ialah aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap, skrip

lakonan disediakan terlebih dahulu e.g Hang Tuah & Hang Jebat

o Main peranan ialah lakonan spontan yang boleh dilakukan dalam bilik darjah,

o Aktiviti lakonan ini biasanya berdasarkan kepada sesuatu situasi atau masalah

yang timbul,

o Murid-murid membayangkan situasi yang timbul, kemudian melakonkankan

nya mengikut situasi yang yang dibayangkannya itu.

BERCERITA

o Satu kaedah mengajar yang boleh menarik minat murid belajar

o Isi disampaikan dengan kaedah bercerita

o Kemahiran bercerita adalah diperlukan guru

o Pelbagai gaya bercerita boleh digunakan untuk penyampaian pengajaran

o Secara lisan, melalui pita rakaman, melalui patung-patung, melalui pita video,

VCD, komputer dsb.

BERMAIN

o Melakukan aktiviti berpura-pura dibawah keadaan terkawal,

o Aktiviti permaianan memberi peluang kepada kanak-kanak mengembangkan

potensi jasmani, intelek, rohani dan social

o Menghilangkan bosan dan menggalakkan keseronokan belajar

o Biasanya dijalankan sebagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.

o Permainan bahasa, kuiz, teka teki, silang kata, penyelesaian masalah,

memadan, demonstrasi dsb.

o Individu, berpasangan, kumpulan & secara kelas.

PROJEK

o Pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang dikemukakan

oleh John Dewey,

o Hasil pembelajaran murid akan jadi lebeih berkesan jika mereka menaruh

minat dan bersedia untuk melasanakan aktiviti pembelajaran yang

dirancangkan degan menarik,

Page 24: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 4/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 6

o Murid-murid belajar melalui aktiviti permainan, kerja praktik, kajian dan

lawatan.

o Kemahiran-kemahiran asas perlu dikuasai dahulu seperti mengira purata,

memerhati dan merekod.

o Projek boleh dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil,

o kaji selidik adalah contoh projek – memerhati, mengumpul maklumat,

menganalisis, mentafsir data dan membuat rumusan.

LAWATAN

o Aktiviti sokongan membolehkan murid memerhati apa yang hendak dipelajari

di dalam buku seperti situasi sebenar.

o Membawa murid-murid ke kilang, museum, ladang dan tempat-tempat awam

untuk membuat pemerhatian/kajian.

o Pelajaran sejarah, geografi, sains dsb.

INKUIRI-PENEMUAN

o Gabungan kaedah inkuiri dan kaedah penemuan

o Aktiviti pembelajaran ini melibatkan aktiviti mengenalpasti, memerhati,

mengkaji, mengumpul data, menganalisis, mentafsir dan merumus.

o Penemuan adalah proses mendapat tahu sesuatu prinsip, fenomena atau ciri

sesuatu perkara yang sedia wujud,

o Kaedah dapatan ini melibatkan murid menggunakan daya usaha dan akal

fikiran bagi menjalankan satu siri aktiviti supaya menemui prinsip, fenomena

atau ciri sesuatu perkara yang hendak dikaji.

BERPASUKAN

o Satu kaedah pengajaran yang dikendalikan oleh sepasukan guru yang

mempunyai kepakaran mengajar dalam pelbagai bidang,

o Pasukan ini sama-sama merancang, melaksanakan dan menilai segala aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dari peringkat awal hingga akhir,

untuk satu kumpulan murid yang sama.

PENGAJARAN MODUL

o Modul merupakan unit pelajaran dirancangkan berdasarkan sukatan pelajaran

sesuatu mata pelajaran

o Modul dirancang mengikut keperluan individu

o Ia boleh digunakan untuk pengajaran terancang atau pembelajaran individu

dalam pengajaran berpasukan.

PENGAJARAN TERANCANG

o Satu jenis modul pengajaran berpogram dengan menggunakan panduan

bercetak yang menekankan pembelajaran secara individu berdasarkan

kebolehan masing-masing

o Bahan-bahan pelajaran dirancangkan dan disediakan dalam bentuk buku dan

risalah atau dalam bentuk pekej kad-kad aktiviti.

o Sekiranya pengajaran terancang dibantukan komputer, bahan pelajaran

diprogramkan dalam perisian CD/disket dan ditayangkan melalui monitor

o Bahan pelajaran disediakan dalam bentuk langkah-langkah kecil melibatkan

satu siri soalan berpanduan dan jawapan.

Page 25: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 4/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 7

o Murid mengikut panduan dan arahan yang diberikan menjawab soalan demi

soalan hingga semua pakej soalan diselesaikan.

PENGAJARAN TERANCANG BERBANTUAN KOMPUTER

o pengajaran diprogramkan dalam disket/perisian

o Ditayangkan dalam monitor komputer

o Pengajaran terancang dijual secara komersial

o Latih-tubi, tutorial, inkuiri-dialog, simulasi, permainan, penyelesaian masalah,

pemulihan, pengayaan & penilaian.

o Murid belajar sendiri, masa fleksibel.

o Berdikari, melatih kemahiran berfikir

Page 26: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 5/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN 1. Kemahiran menjawab soalan peperiksaan adalah penting untuk pelajar anda

mendapat markah yang lebih tinggi. 2. Guru harus mengkaji soalan-soalan peperiksaan awam pada tahun-tahun

yang lepas untuk mengetahui:

i. Format dan peraturan bagi peperiksaan mata pelajaran itu termasuk format dan peraturan menjawab soalan atau mengisi kertas jawapan.

ii. Bilangan, bentuk dan susunan soalan-soalan iii. Masa untuk peperiksaan mata pelajaran itu. iv. Fakta, konsep, kemahrian berfikir dan kemahiran lain yang selalu diuji.

3. Guru harus melatih pelajar sepanjang tahun dalam teknik menjawab soalan

peperiksaan supaya mereka tahu bagaimana serta merasa yakin untuk menjawab soalan peperiksaan awam.

4. Dalam proses melatih pelajar:

i. Guru harus membimbingan pelajar dalam cara menjawab soalan peperiksaan dengan contoh-contoh yang sesuai.

ii. Kemudian, guru harus memberi banyak latihan sehingga pelajar mahir menjawab soalan peperiksaan.

5. Soalan peperiksaan untuk sesuatu mata pelajaran mungkin berbentuk

objektif, subjektif atau kedua-duanya. 6. Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif, guru harus

menentukan pelajar boleh:

i. tenangkan hatinya supaya tidak panik ii. baca, faham dan ikut arahan sebelum menjawab soalan-soalan. iii. tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas jawapan iv. jawab seboleh-bolehnya semua soalan dalam masa yang diberi v. hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan vi. jawab soalan-soalan yang mudah dahulu. vii. baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya. viii. pilih jawapan daripada pilihan beraneka ix. tandakan jawapan dalam kertas jawapan dengan cara yang betul x. semak semua jawapan

Page 27: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 5/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2

7. Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk subjektif atau esei guru harus menentukan pelajar boleh:

i. tenangkan hatinya supaya tidak panik ii. baca, faham dan ikut arahan sebelum menjawab soalan-soalan. iii. tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas jawapan iv. jawab semua soalan dalam masa yang diperuntukkan. v. pilih soalan-soalan yang mudah dahulu. vi. jawab soalan-soalan yang mudah dahulu vii. hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan viii. baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya ix. rancang jawapan (3-5 min) sebelum menjawab. x. tulis jawapan dengan laju serta boleh dibaca xi. semak semua jawapan.

Sumber : http://www.teachersrock.net

Page 28: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 6/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

6 KAEDAH KE ARAH PENGAJARAN BERKESAN 1. Memberi bantuan klinikal Kebolehan guru utk mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kebolehan menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang boleh memenuhi keperluan mereka secara individu. Guru hendaklah bertindak sebagai seorang doktor iaitu merawat dan menyediakan ubat untuk pesakitnya. Oleh itu peranan guru adalah membantu, memulih dan membimbing sesuatu kemahiran sehingga mereka mampu menguasainya. 2. Merancang pengajaran Memilih objektif pengajaran, memberikan pengalaman pembelajaran yg sesuai utk pelajar dan membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar. Perancangan yg teliti terhadap perkara-perkara itu diharapkan akan menghasilkan kejayaan seperti yg dirancang. 3. Melaksanakan pengajaran Kaedah PnP hendaklah menarik dan memberi kesan kpd pelajar. Kemahiran dan keupayaan guru melaksanakan pengajaran melalui teknik yg betul dan terkini akan merangsang diri pelajar menggunakan kaedah pembelajaran yg betul. 4. Pengurusan bilik darjah Menyediakan suasana pembelajaran dan persekitaran yg sesuai, menarik dan selesa dalam bilik darjah. Suasana yg baik ini akan menyeronokkan pelajar. Keadaan itu akan memudahkan guru melaksanakan pengajaran mereka. 5. Memantau kemajuan Menilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian setiap pelajar termasuk catatan maklumat dan latar belakang peribadi. Pelaporan ini berguna kpd guru, ibubapa dan pelajar sendiri bagi memantau dan menilai peningkatan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa. Penilaian secara bertulis ini juga akan dapat digunakan oleh guru lain utk mdapatkan maklumat awal mengenai diri pelajar. 6. Menyayangi pelajar Perbuatan, tuturkata dan tingkahlaku guru yg menggambarkan sifat penyayang dan nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai, membimbing, memberi sokongan dan pengiktiarafan, dapat menolong dan membantu guru melaksanakan tugas dgn perasaan gembira dan menyeronokkan.

Page 29: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 7/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

GURU BERKESAN Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang

berkesan itu? Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr. Abdul Shukor

Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut :

1. Bersikap profesional.

2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

3. Kaya ilmu.

4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

5. Bermoral teguh.

6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai

pendidik unggul pada setiap masa.

11. Mempastikan situasi ‘Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.

12. Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai

kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.

14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri

(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan

situasi tertentu).

15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat

profesionnya.

16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah

bahagi.

17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Page 30: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 8/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

ANIMASI BANTU CERAPAN INGATAN PELAJAR

Ditulis oleh Syahrul Nizam Junaini

SEJAK beberapa dekad lalu, perkembangan pesat teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) mengubah kehidupan manusia. Aspek pendidikan turut merasa

tempias perkembangan ICT dan ini termasuk teknologi animasi. Kehebatan

teknologi animasi membolehkan proses interaksi dalam bilik darjah dilakukan dalam

bentuk yang lebih efisien, efektif dan interaktif.

Di dalam proses pembelajaran dan pembelajaran (P&P), penggunaan gambar, rajah

atau imej yang tepat adalah sangat penting. Hal ini bagi memastikan pelajar benar-

benar dapat ‘melihat’ satusatu teori. Penggunaan animasi dalam menyampaikan

maklumat menepati pendekatan belajar melalui melihat. Ia menggabungkan grafik

dan teks yang mampu mengukuhkan ingatan pelajar.

Proses memahami sesuatu konsep sukar akan dapat dimudahkan dengan bantuan

animasi. Ia bertindak sebagai peranti ingatan untuk membantu proses mengingat

sesuatu prinsip, sistem atau teori. Dengan mengaplikasikan animasi dalam

pembelajaran, pelajar dihidangkan dengan senario pembelajaran yang lebih menarik

dan memberangsangkan.

Dalam bidang berkaitan teknologi pengajaran dan pedagogi, animasi turut

digunakan untuk menghasilkan ilustrasi bagi topik tertentu. Ia berperanan

memperkukuh proses pengajaran di mana pensel dan kertas tidak mampu

memberikan kesan yang sama. Dalam kes ini, animasi boleh digunakan untuk

menghasilkan visual tertentu terutama dalam memperkenalkan konsep baru.

Sumber : Majalah Pendidik Mac 2009.

Page 31: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 9/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

12 PENDEKATAN MEMOTIVASIKAN PELAJAR Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

1. Penerangan Yang Jelas. Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Guru sepatutnya memberikan sedikit masa untuk menjelaskan perkara berikut: a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting? b. Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan? c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap. d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai. 2. Ganjaran. Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini dilain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas harian, dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang diberikan. Berikan insentif agar pelajar berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain. Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman pelajar. 3. Tetapkan Matlamat. Setiap pelajar mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk setiap mata pelajaran yang diambil. Ikuti perkembangan pelajar dan pastikan setiap pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing. 4. Ambil Berat. Pelajar akan memberikan tindakbalas yang positif terhadap guru yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik dari menghukum. Ada ketikanya guru perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan, dan lain-lain sebagai suatu teladan untuk pelajar. Dengan cara ini wujud kemesraan antara guru dan pelajar. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggung jawab. Sekiranya mereka lakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan. Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana progres mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya.

Page 32: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 9/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2

“Pelajar tidak prihatin sejauh mana anda tahu sehinggalah mereka tahu sejauh mana anda prihatin terhadap mereka”. Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar secara personal untuk membuktikan yang mereka benar-benar ambil berat tentang mereka. Malah usahakanlah untuk dari semasa ke semasa mengatur sessi perbincangan personal ini dengan semua pelajar. 5. Penglibatan Pelajar. Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Berdiri di depan kelas dan memberi syarahan untuk memotivasikan mereka lambat laun tidak akan meninggalkan sebarang kesan. Rangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara pelajar dan saling membantu. Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja guru seperti mencari bahan rujukan, mencari biografi orang tertentu, menyusun atur bilik darjah mengangkat buku dan sebagainya. 6. Penuhi Keperluan Pelajar. Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan peluang pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan, atau satu dari beberapa aktiviti untuk mereka terlibat, memberikan mereka kuasa memilih. Adakan juga aktiviti pembelajaran yang mereka rasa seronok kerana bebas menyumbang sebarang ide. 7. Lebihkan Pembelajaran Visual. Berikan penerangan dalam bentuk yang visual agar pelajar mampu memahami dan mengingati dengan lebih berkesan. Gunakan bahasa visual, gambar, lakaran. Graf, carta, imej 3D dan sebagainya. Berikan gambaran jelas dengan peta konsep agar pelajar tahu apa kandungan penting sesuatu bab dan dapat melihat kaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam bab tersebut. Ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap satu-satu topik baru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan pemahaman mereka. 8. Gunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan motivasi. Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Pelajar akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsur-unsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik minat pelajar terhadap apa yang mahu anda sampaikan. Sebagai guru, hakikat siapa anda tidak penting yang penting ialah siapa mereka 10 – 15 tahun yang akan datang. Setiap pendekatan emosi yang diambil sama ada marah, menghiburkan, tegas dan sebagainya tidak lain hanya sekadar lakunan yang tujuannya untuk membentuk dan mendidik.

Page 33: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

------------------------------------------------------------------------ P&P Berkesan (Bil. 9/2009)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 3

9. Ajarkan Mereka Strategi Dan Teknik. Ajarkan mereka teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam fikiran pelajar bahawa „Belajar Itu Mudah‟. Pecahkan sebarang halangan mental terhadap mata pelajaran akibar terpengaruh oleh pendapat orang lain – Misalnya ramai pelajar percaya bahawa „Kimia itu susah‟. 10. Terima Pelajar Seadanya. Ramai guru yang berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar mereka semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup terima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu. Mereka memandang pelajar yang bermasalah ini dengan sebelah mata. Pelajar ini tidak dipedulikan sebab mereka rasa mereka sukar dibentuk. Disinilan berbezanya antara guru biasa dengan guru cemerlang. Guru cemerlang akan terima pelajar seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini. Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja maka seorang guru akan merasa puas dengan kariernya. Ramai pelajar gagal kerana guru mereka telah meramalkan kegagalan mereka. Guru mesti sentiasa faham, mengajar bukan sekadar memberikan maklumat dan penerangan semata-mata. Mereka juga perlu mempengaruhi pelajar dari segi budaya, pemikiran dan tingkah laku. Guru juga perlu berhati-hati dengan ucapan dan pandangan yang dilontarkan kepada pelajar kerana kesannya sangat besar dalam hidup pelajar. Anda hanya ada dua cara untuk membuatkan anda sentiasa diingati oleh pelajar – sebagai seorang guru yang disayangi; atau sebagai seorang guru yang paling dibenci. Mana-mana guru yang berada diantara dua kategori ini pasti akan dilupakan. Apa pilihan anda? 11. Berikan Kata Perangsang – Cipta beberapa kata jaya yang menjadi perangsang kepada pelajar anda. Ulangi kata-kata ini. Lekatkan kata-kata ini dalam kelas akan ia lazim dalam pemikiran pelajar. 12. Amalkan Prinsip ‘3F’ – iaitu „Firm‟, „Fair‟ dam „Friendly‟ atau Tegas, Saksama, dan Mesra. Sumber : Laman MAP

Page 34: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

---------------------------------------------------------------------- P&P Berkesan (Bil. 10/2010)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1

Pengajaran Berkesan Dan Mampu Menarik Minat Oleh: Osman Affan

Ketika membuka laman Facebook saya (Osman Affan) hari ini, saya mendapat satu soalan daripada Puan Hamymuharniza berkenaan tips pengajaran berkesan. Sebenarnya saya sudah kerap kali mendapat soalan sebegini terutamanya daripada guru-guru yang bersungguh-sungguh untuk memajukan cara mereka mengajar dan guru-guru yang bersemangat untuk melihat anak didik mereka berjaya. Ini adalah soalan Puan Hamymuharniza: Assalamualaikum….sebagai motivator yang disukai ramai, tentunya tuan mempunyai tips bagaimana untuk menyampaikan sesuatu pengajaran dengan berkesan dan bagaimana untuk menarik minat pelajar untuk tekun belajar serta membantu mereka memahami apa yang tengah diajarkan kepada meraka yang boleh dikongsikan…..sekian, terima kasih ~Hamymuharniza, Facebook~ Waalaaikumsalam. Puan, jawapan untuk soalan ini agak panjang sebenarnya. Di dalam soalan Puan (saya telah hitamkan di dalam soalan di atas) ini ada 3 elemen utama yang perlu difikirkan: 1. Teknik penyampaian guru. 2. Menarik minat pelajar. 3. Memudahkan pelajar faham. Bagi saya ketiga-tiga elemen ini adalah sangat berbeza dan perlu dikuasai satu persatu. Apa yang jelas, jika pelajar langsung tidak berminat mendengar seseorang guru mengajar (sedangkan mereka boleh menunjukkan minat apabila guru lain mengajar), besar kemungkinan guru ini kurang mahir dalam ketiga-tiga elemen di atas. Saya berikan satu contoh bagaimana seorang guru kurang mahir dalam ketiga-tiga elemen ini. Bayangkan seorang guru yang masuk ke kelas tanpa sebarang alat bantu mengajar. Dia hanya berlenggang masuk ke kelas dengan sebuah buku atau beberapa keping kertas nota. Semasa mengajar pula, tidak ada interaksi dengan pelajar. Suaranya tidak berapa jelas. Semasa mengajar, tidak ada contoh-contoh menarik atau cerita yang boleh dikongsikan bersama pelajar. Akibatnya pelajar menjadi mudah bosan dan mengantuk. (Saya masih ingat lagi beberapa orang guru yang memenuhi ciri-ciri ini di zaman persekolahan dulu). Saya sendiri tidak dapat bayangkan diri saya pergi ke program motivasi dan teknik belajar hanya berbekalkan mikrofon sahaja. Jika saya diberi hanya mikrofon, sudah tentu saya hanya boleh menarik perhatian pelajar dalam masa yang sangat singkat. Tetapi apa yang saya bawa juga ialah slide powerpoint bersama beberapa gambar-gambar dan video-video yang mampu menarik minat pelajar. Disamping itu saya

Page 35: MOHD NARZUKI BIN YAACOB - Prinsip Perakaunan SPMcgnarzuki.com/wp-content/plugins/downloads-manager/upload/Buletin... · Kedua-duanya merupakan "dosa" dalam pendidikan." (M.Hunter:

---------------------------------------------------------------------- P&P Berkesan (Bil. 10/2010)

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2

berikan soalan-soalan terbuka kepada pelajar agar mereka turut serta dalam program saya. Saya juga kongsikan beberapa cerita (daripada pengalaman sendiri atau orang lain) untuk menarik minat pelajar mendengar. Bagi saya, ini semua terbukti boleh mengekalkan minat dan konsentrasi pelajar sepanjang program (beberapa perkara lain juga perlu ada untuk ini berlaku seperti dewan tidak terlalu terbuka dan tidak terlalu panas). Walau apa pun, saya ucapkan tahniah kepada Puan Hamymmuharniza kerana mengajukan soalan ini. Ini menunjukkan Puan sangat berminat untuk meningkatkan kemahiran diri. Jika semua pendidik mempunyai minat seperti Puan, saya percaya tahap penguasaan ilmu di kalangan anak didik kita di seluruh Malaysia pasti akan meningkat. Buat masa ini, saya cuma mencadangkan agar sahabat saya semua para guru melihat kepada ketiga-tiga elemen tadi dan cari jalan bagaimana ia boleh ditingkatkan lagi. Sumber : Laman Motivasi Belajar