koleksi bahan cg narzuki online · contoh urusniaga - membeli perabot rm850 dengan tunai....

15
MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM KONSEP PERAKAUNAN DENGAN MENGGUNAKAN “KONSEP BADLEH” Oleh RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah Sultan Alam Shah 62520 Putrajaya ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM dalam pemahaman konsep perakaunan. Konsep asas dalam perakaunan amat penting untuk difahami oleh semua pelajar yang mempelajari mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Seramai 10 orang pelajar Tingkatan 5 Bestari, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pertama, peperiksaan pertama dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar masih lemah dalam menjawab ke semua soalan yang diberi dalam masa yang panjang. Perancangan tindakan diteruskan dengan teknik pemahaman yang mudah diingati dan berkesan dengan menggunakan Konsep BADLEH. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 7 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan pelajar lebih mudah menjawab soalan yang diberi dan masa menjawab lebih singkat dengan menggunakan teknik Konsep BADLEH. Guru merasakan kaedah ini boleh diperluaskan kepada semua tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Pelajar-pelajar mengalami kesukaran dalam menjawab soalan yang dikemukakan jika bentuk soalan adalah berbeza dengan latihan yang diberi di dalam kelas. Seterusnya menyebabkan analisa di dalam peperiksaan tidak membanggakan. Saya selalu bertanya di dalam kelas berkaitan dengan konsep asas perakaunan tetapi apa yang saya dapati pelajar tidak ada panduan yang tetap dalam memahami konsep dan prinsip asas sebenar dalam perakaunan. Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Upload: lexuyen

Post on 04-Jul-2019

273 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Koleksi Bahan Cg Narzuki Online · Contoh urusniaga - Membeli perabot RM850 dengan tunai. Penyelesaian : • Perabot ialah contoh aset bukan semasa. • Catatan di dalam BCP ialah

MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM KONSEP PERAKAUNAN DENGAN

MENGGUNAKAN “KONSEP BADLEH”

Oleh

RUSILAWATI BINTI MOIN

Sekolah Sultan Alam Shah

62520 Putrajaya

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah

yang dihadapi oleh pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM dalam

pemahaman konsep perakaunan. Konsep asas dalam perakaunan amat penting untuk

difahami oleh semua pelajar yang mempelajari mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

Seramai 10 orang pelajar Tingkatan 5 Bestari, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dan

seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian

pertama, peperiksaan pertama dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar

masih lemah dalam menjawab ke semua soalan yang diberi dalam masa yang panjang.

Perancangan tindakan diteruskan dengan teknik pemahaman yang mudah diingati

dan berkesan dengan menggunakan Konsep BADLEH. Kajian ini telah diselesaikan

dalam tempoh 7 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan pelajar lebih mudah

menjawab soalan yang diberi dan masa menjawab lebih singkat dengan menggunakan

teknik Konsep BADLEH. Guru merasakan kaedah ini boleh diperluaskan kepada semua

tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pelajar-pelajar mengalami kesukaran dalam menjawab soalan yang

dikemukakan jika bentuk soalan adalah berbeza dengan latihan yang diberi di

dalam kelas. Seterusnya menyebabkan analisa di dalam peperiksaan tidak

membanggakan. Saya selalu bertanya di dalam kelas berkaitan dengan konsep

asas perakaunan tetapi apa yang saya dapati pelajar tidak ada panduan yang

tetap dalam memahami konsep dan prinsip asas sebenar dalam perakaunan.

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 2: Koleksi Bahan Cg Narzuki Online · Contoh urusniaga - Membeli perabot RM850 dengan tunai. Penyelesaian : • Perabot ialah contoh aset bukan semasa. • Catatan di dalam BCP ialah

Pelajar-pelajar sering bertanya soalan-soalan yang hampir sama bagi setiap

pelajar. Pelajar sering mengajukan soalan “Cikgu, akaun ni susah”,“Cikgu,

macamana nak pandai dalam Akaun?”, “Cikgu, nak ingat konsep

macamana?”dan banyak lagi. Saya terfikir satu perkara sekiranya pelajar

dapat memahami konsep dan prinsip asas akaun dengan tepat pasti apa jua

soalan yang dikemukakan pelajar dapat memahami dan menjawabnya dengan

baik. Seterusnya memudahkan saya dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh

sebab itu juga saya terdorong untuk menyediakan kajian tindakan ini.

2.0 ISU KEPERIHATINAN

Keputusan peperiksaan dan masa yang diambil semasa menjawab soalan yang

dikemukakan kepada pelajar menyebabkan saya perlu menyelesaikan dengan

satu teknik yang berkesan. Apa yang saya dapati, ada pelajar yang lebih

mengingat daripada memahami. Bukannya mengingati tidak boleh tetapi

dalam perakaunan apa yang saya dapati jika kita memahami dengan tepat apa

yang dimaksudkan dengan konsep dan prinsip asas perakaunan pasti apa jua

soalan yang diberi akan dapat dijawab dengan baik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

Kajian ini untuk meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar dalam konsep

dan prinsip asas perakaunan dengan menggunakan Konsep BADLEH.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Meningkatkan kefahaman pelajar dalam konsep dan prinsip

asas perakaunan.

3.2.2 Pelajar dapat menggunakan konsep yang diberi dalam semua

topik yang dipelajari dalam Prinsip Perakaunan.

3.2.3 Membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi individu dalam

peperiksaan.

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 3: Koleksi Bahan Cg Narzuki Online · Contoh urusniaga - Membeli perabot RM850 dengan tunai. Penyelesaian : • Perabot ialah contoh aset bukan semasa. • Catatan di dalam BCP ialah

3.2.4 Memudahkan pelajar memahami Prinsip Perakaunan dengan

lebih tepat dan menyeronokkan semasa pembelajaran.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan kepada 10 orang pelajar lelaki Tingkatan 5 Bestari Sekolah

Sultan Alam Shah, Putrajaya.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian di dalam kelas ke atas tingkah

laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

berlangsung sebelum dan selepas kajian dilaksanakan.

Pemerhatian dilaksanakan semasa proses P&P sebelum

menggunakan kaedah dan teknik konsep BADLEH diperkenalkan

dan juga pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa P&P

sedang dilaksanakan serta selepas kajian dilaksanakan.

5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan

sejauh mana kefahaman dan ingatan pelajar mengenai konsep

dan prinsip asas perakaunan. Item ujian pra merupakan soalan

yang merangkumi konsep dan prinsip asas bersama dengan

klasifikasi akaun. Selepas saya menyemak jawapan pelajar, saya

tidak memulangkannya kepada pelajar lagi. Saya

memperkenalkan konsep BADLEH kepada pelajar-pelajar.

Kemudian saya memberikan ujian pos 1 kepada pelajar dengan

soalan yang sama dengan ujian pra tadi. Lebih kurang dalam

masa 5 minggu selepasnya, saya telah membuat ujian pos 2

dengan menggunakan soalan yang berbeza.

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 4: Koleksi Bahan Cg Narzuki Online · Contoh urusniaga - Membeli perabot RM850 dengan tunai. Penyelesaian : • Perabot ialah contoh aset bukan semasa. • Catatan di dalam BCP ialah

5.1.3 Soal Selidik

Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada

pelajar untuk mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan

dengan konsep dan prinsip asas perakaunan sebelum dan

selepas konsep BADLEH diperkenalkan.

5.2 Analisa Tinjauan Masalah

5.2.1 Analisa Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dilaksanakan :

a) Pelajar lebih yakin dalam mempelajari mata pelajaran ini.

b) Pelajar lebih mudah untuk memahami topik-topik

seterusnya dengan mengaplikasikan konsep BADLEH.

c) Pelajar berjaya dengan mudah membetulkan setiap

kesalahan dan kesilapan.

5.2.2 Analisa Ujian Pra dan Ujian Pos

Pelajar Ujian Pra

(100%)

Ujian Pos 1

(100%)

Ujian Pos 2

(100%)

Pelajar A 15 70 77

Pelajar B 55 80 80

Pelajar C 62 90 90

Pelajar D 35 66 72

Pelajar E 20 65 74

Pelajar F 21 68 74

Pelajar G 30 76 85

Pelajar H 45 78 80

Pelajar I 10 63 84

Pelajar J 07 60 71

Jadual 1 :

Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 5: Koleksi Bahan Cg Narzuki Online · Contoh urusniaga - Membeli perabot RM850 dengan tunai. Penyelesaian : • Perabot ialah contoh aset bukan semasa. • Catatan di dalam BCP ialah

Dapatan ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan

dari segi pencapaian pelajar. Dapati pelajar yang pada awalnya

lemah tetapi dapat meningkatkan prestasi bagi ujian seterusnya.

5.2.3 Analisa Soal Selidik

Pelajar telah memberikan respon yang positif bagi soal selidik

yang telah dilaksanakan. Berikut adalah analisa soal selidik yang

telah dijawab oleh pelajar.

Skala : 1. Sangat tidak setuju

2. Tidak setuju

3. Kurang setuju

4. Setuju

5. Sangat setuju

Bil SKALA 1 2 3 4 5

ITEM BILANGAN PELAJAR

1. Prinsip Perakaunan adalah satu

subjek yang mudah 0 0 0 7 3

2. Saya faham konsep dan prinsip asas

perakaunan 0 0 0 8 2

3.

Saya akan menggunakan konsep

BADLEH dalam semua topik yang

dipelajari

0 0 0 0 10

4. Konsep BADLEH membantu

meningkatkan pencapaian saya 0 0 0 0 10

5.

Saya dapat mengklasifikasikan akaun

dengan mudah menggunakan

konsep BADLEH

0 0 0 1 9

6. Saya lebih suka dengan teknik sendiri 8 1 1 0 0

7.

Penguasaan Konsep BADLEH akan

menyeronokkan saya dalam

mempelajari Prinsip Perakaunan

0 0 0 3 7

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 6: Koleksi Bahan Cg Narzuki Online · Contoh urusniaga - Membeli perabot RM850 dengan tunai. Penyelesaian : • Perabot ialah contoh aset bukan semasa. • Catatan di dalam BCP ialah

5.3 Tindakan yang dijalankan

1. Selepas pelaksanaan ujian pra, saya telah memberi penerangan

berkenaan dengan konsep BADLEH dengan mengaitkan dua

perkara iaitu :-

a. konsep dan prinsip asas

b. klasifikasi akaun

2. Saya telah memberikan pembuktian yang nyata berkenaan dengan

konsep BADLEH berdasarkan kepada kitaran perakaunan.

3. Saya membuat penerangan dengan membuat lakonan bagi situasi

dalam menjalankan perniagaan yang sebenar.

4. Selepas penerangan dengan jelas, saya menjalankan ujian pos 1 dan

ujian pos 2. Jawapan pelajar dipulangkan semula dan dibincangkan

sebagai latihan pengukuhan.

5. Setiap kali kelas, saya pasti akan mengingatkan pelajar dengan

menggunakan konsep BADLEH untuk memudahkan menjawab

dalam apa jua soalan yang diberi.

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian

Kajian tindakan ini dilaksanakan dalam tempoh 7 minggu. Semasa

melaksanakan kajian ini saya telah menyelesaikan dua bab iaitu Bab 1 -

Pengenalan kepada Perakaunan dan Bab 2 – Aset, Liabiliti, Ekuiti

Pemilik, Hasil dan Belanja. Sebelum menggunakan konsep BADLEH saya

mendapati pelajar tidak dapat memahami topik yang dipelajari dengan

mudah. Ini dibuktikan dengan ujian pra yang telah dilaksanakan pada

minggu pertama. Selepas penerangan dan pendedahan berkaitan

dengan konsep BADLEH pada minggu kedua, apa yang saya dapati

pelajar telah memahami dengan baik dan ditunjukkan dalam ujian pos

1 yang telah dilaksanakan pada minggu keempat.

Seterusnya pada minggu keenam saya telah menguji pelajar semula

keberkesanan konsep BADLEH dalam mengaplikasikan dalam bab-bab

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 7: Koleksi Bahan Cg Narzuki Online · Contoh urusniaga - Membeli perabot RM850 dengan tunai. Penyelesaian : • Perabot ialah contoh aset bukan semasa. • Catatan di dalam BCP ialah

yang lain. Penilaian memang membanggakan kerana peningkatan

dalam pemahaman perakaunan lebih baik serta masa menjawab soalan

yang diberi dengan lebih cepat. Minggu ketujuh saya telah membuat

tinjauan dengan menggunakan soal selidik terhadap pelajar-pelajar

dalam mempelajari Prinsip Perakaunan dengan pendekatan Konsep

BADLEH.

Pelaksanaan Konsep BADLEH adalah seperti berikut :

1. Pelajar diberi sehelai kertas kosong.

2. Pelajar dikehendaki membahagikan kertas kosong tersebut kepada

lima bahagian iaitu aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja.

3. Guru menerangkan semula kitaran perakaunan kerana ianya akan

dikaitkan dengan konsep BADLEH. Seterusnya guru memberikan

penerangan konsep BADLEH seperti berikut : -

a. APAKAH MAKSUD BADLEH?

B-BELANJA A-ASET D-DEBIT L-LIABILITI E-EKUITI H-HASIL KREDIT

Dalam Prinsip Perakaunan, klasifikasi akaun terbahagi kepada 5 sahaja iaitu belanja,

hasil, aset, liabiliti dan ekuiti pemilik. Setiap akaun ini pelajar mesti kuasai dan faham setiap

kategori. Klasifikasi akaun ini adalah secara umum dan pelajar perlu menguasai apakah yang

• BELANJAB• ASETA• LIABILITIL• EKUITI PEMILIKE• HASILH

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 8: Koleksi Bahan Cg Narzuki Online · Contoh urusniaga - Membeli perabot RM850 dengan tunai. Penyelesaian : • Perabot ialah contoh aset bukan semasa. • Catatan di dalam BCP ialah

dikategorikan secara khusus bagi setiap akaun kerana soalan yang dikemukakan adalah

bukannya secara umum tetapi jawapan yang khusus bagi setiap akaun-akaun tertentu.

AKAUN-AKAUN CONTOH-CONTOH

BELANJA, (B) Sewa, belian, insuran, kadar bayaran, gaji, angkutan

masuk, angkutan keluar, promosi dan lain-lain.

HASIL, (H) Jualan, diskaun diterima, sewa diterima, komisen

diterima, gaji diterima dan lain-lain.

ASET, (A)

ASET BUKAN SEMASA – perabot, alatan pejabat,

kelengkapan, kenderaan, premis dan lain-lain.

ASET SEMASA – SPBT (stok, penghutang, bank, tunai).

LIABILITI, (L) LIABILITI BUKAN SEMASA – pinjaman bank, pajak gadai

LIABILITI SEMASA – pemiutang, overdraf

EKUITI PEMILIK, (E) Modal awal, modal akhir, modal tambahan

(UMUM) (KHUSUS)

INGAT!!!

Nama-nama akaun adalah contoh-contoh (khusus) bagi setiap kategori akaun.

b. APAKAH KEPENTINGAN BADLEH?

1. Mesti dikuasai untuk membantu dalam pemahaman Prinsip Perakaunan.

2. Segala kesilapan dan kesalahan dapat dikesan dengan betul dan tepat.

3. “FAHAM BADLEH CEMERLANG AKAUN” --- terbukti!!!

Mengapa Belanja dan Aset berbaki Debit, Liabiliti, Ekuiti Pemilik dan Hasil berbaki

Kredit?

Bagi membuktikan BADLEH perkara-perkara berikut perlu dipatuhi iaitu :-

1. Mematuhi “konsep, prinsip dan andaian perakaunan” iaitu Prinsip Catatan Bergu(PCB).

• PCB – Setiap urusniaga melibatkan dua atau lebih akaun yang terlibat.

2. Kitaran perakaunan dipatuhi. (cikgu akan menerangkan dengan menggunakan peringkat

pertama hinggalah peringkat yang keempat dalam proses perakaunan)

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 9: Koleksi Bahan Cg Narzuki Online · Contoh urusniaga - Membeli perabot RM850 dengan tunai. Penyelesaian : • Perabot ialah contoh aset bukan semasa. • Catatan di dalam BCP ialah

3. Andaian urusniaga secara tunai. (Bagi melancarkan perjalanan perniagaan, sesuatu

urusniaga itu boleh dijalankan sama ada secara tunai mahu pun kredit/berhutang.

Andaian secara tunai memudahkan pelajar faham maksud BADLEH dengan jelas kerana

urusniaga yang dijalankan sudah tiada komitmen apa-apa kerana kita sudah selesai

segala pembayaran. Barang dapat pembayaran juga selesai.)

PEMBUKTIAN BADLEH!!!

Bagi memulakan sesebuah perniagaan, seseorang pemilik/peniaga biasanya akan:

1. mendapatkan modal sama ada daripada duit simpanan sendiri,

2. membuat pinjaman daripada pihak bank untuk menambahkan kekurangan modal,

3. membeli barang-barang seperti perabot dan kelengkapan,

4. mendapatkan perkhidmatan untuk perniagaannya,

5. mendapatkan barangniaga perniagaannya untuk dijual.

6. dan sebagainya…

BAD

Belanja/Aset = Baki b/b Debit

a) BELANJA – kita perlu keluarkan duit untuk mendapatkan perkhidmatan / barangan

daripada pihak lain.= bayar ($$$ keluar).

Contoh urusniaga - Membayar sewa kedai RM500 secara tunai.

Penyelesaian:

• Catatan di dalam BCP (Buku Tunai – Kt BT).

• Mengikut PCB, di dalam lejar akaun Sewa akan dicatat di sebelah debit.

Kata kunci bayar , beli barangniaga, diberi adalah merujuk kepada BELANJA.

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 10: Koleksi Bahan Cg Narzuki Online · Contoh urusniaga - Membeli perabot RM850 dengan tunai. Penyelesaian : • Perabot ialah contoh aset bukan semasa. • Catatan di dalam BCP ialah

b) ASET – kita perlu keluarkan duit untuk membeli aset = bayar ($$$ keluar).

Contoh urusniaga - Membeli perabot RM850 dengan tunai.

Penyelesaian :

• Perabot ialah contoh aset bukan semasa.

• Catatan di dalam BCP ialah BT – Kt BT.

• Mengikut PCB, di dalam lejar akaun Perabot akan dicatat di sebelah debit.

DOKUMEN

BCP

LEJAR

IMBANGAN DUGA

Dokumen : BIL TUNAI/RESIT RASMI Ayat : Membayar sewa kedai RM500 secara tunai

• Keluarkan $$$ untuk bayar sewa (Kt BT)

Ikut PCB

Nama Perniagaan Imbangan Duga pada ...

Debit RM

Kredit RM

Sewa 500

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 11: Koleksi Bahan Cg Narzuki Online · Contoh urusniaga - Membeli perabot RM850 dengan tunai. Penyelesaian : • Perabot ialah contoh aset bukan semasa. • Catatan di dalam BCP ialah

LEH

Liabiliti/Ekuiti Pemilik/Hasil = Baki b/b Kredit

a. LIABILITI – HUTANG : untuk membuat sesuatu hutang kita akan dapatkan $$$. Duit

yang diperolehi kita perlu jelaskan semula kepada pihak yang kita berhutang

contohnya pihak bank dan pemiutang.

Contoh urusniaga : En Saiful membuat pinjaman bank daripada Bank Islam sebanyak

RM50,000 dan dimasukkan ke dalam Akaun Bank Islam Saiful Enterprise.

Penyelesaian:

• Pinjaman bank adalah liabiliti bukan semasa. Pemilik akan dapat $ daripada pinjaman

tersebut.

• Catatan di dalam BCP akan dicatatkan di sebelah Debit Buku Tunai.

DOKUMEN

BCP

LEJAR

IMBANGAN DUGA

Dokumen : BIL TUNAI/JUALAN TUNAI Ayat : Membeli perabot RM850 secara tunai.

• Keluarkan $$$ untuk beli aset (Kt BT)

Ikut PCB

Nama Perniagaan Imbangan Duga pada ...

Debit RM

Kredit RM

Perabot 850

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 12: Koleksi Bahan Cg Narzuki Online · Contoh urusniaga - Membeli perabot RM850 dengan tunai. Penyelesaian : • Perabot ialah contoh aset bukan semasa. • Catatan di dalam BCP ialah

• Mengikut PCB, di dalam lejar akaun Pinjaman akan dicatat di sebelah Kredit.

b. EKUITI PEMILIK – Pelaburan/modal : untuk menjalankan perniagaan, pemilik akan

melabur sejumlah wang ke dalam syarikat. Syarikat akan dapat $$$ dahulu.

Contoh urusniaga : Pemilik melabur RM20,000 dan dimasukkan ke dalam bank untuk

memulakan perniagaan.

Penyelesaian :

• Pelaburan pemilik merupakan modal perniagaan. Perniagaan akan dapat $ daripada

pemilik.

• Catatan di dalam BCP - BT akan dicatatkan di sebelah Debit.

• Mengikut PCB, akaun modal akan dicatat di sebelah Kredit.

DOKUMEN

BCP

LEJAR

IMBANGAN DUGA

Ikut PCB

Nama Perniagaan Imbangan Duga pada ...

Debit RM

Kredit RM

Pinjaman 50000

Dokumen : BORANG WANG MASUK Ayat : En Saiful membuat pinjaman bank daripada Bank Islam sebanyak RM50,000.

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 13: Koleksi Bahan Cg Narzuki Online · Contoh urusniaga - Membeli perabot RM850 dengan tunai. Penyelesaian : • Perabot ialah contoh aset bukan semasa. • Catatan di dalam BCP ialah

c. HASIL – dapat $$$ daripada perniagaan yang dijalankan.

Contoh urusniaga : En Saiful telah menerima sewa daripada Nur sebanyak RM750.

Penyelesaian :

• Perniagaan akan dapat $ daripada sewa berkenaan.

• Catatan di dalam BCP – BT dicatatkan di sebelah Debit.

• Mengikut PCB, akaun Sewa Diterima akan dicatat di sebelah Kredit.

DOKUMEN

BCP

LEJAR

IMBANGAN DUGA

Dokumen : BORANG WANG MASUK / MEMO Ayat : Pemilik melabur RM20,000 dan dimasukkan ke dalam bank untuk memulakan perniagaan.

Ikut PCB

Nama Perniagaan Imbangan Duga pada ...

Debit RM

Kredit RM

Modal 20000

Kata kunci diterima, dapat, jual barangniaga merujuk kepada HASIL.

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 14: Koleksi Bahan Cg Narzuki Online · Contoh urusniaga - Membeli perabot RM850 dengan tunai. Penyelesaian : • Perabot ialah contoh aset bukan semasa. • Catatan di dalam BCP ialah

Kesimpulan BADLEH

Dengan contoh setiap urusniaga yang diberikan di atas, terbukti BADLEH iaitu Belanja Aset

Berbaki Debit Manakala Liabiliti, Ekuiti Pemilik Dan Hasil Berbaki Kredit.

Namun demikian, pelajar mesti faham dalam perakaunan setiap lejar ada debit dan kredit.

Semua butiran tersebut mempunyai maksud yang tersendiri. Rujuk Jadual 1 di bawah iaitu :

AKAUN DEBIT KREDIT

BELANJA BERTAMBAH BERKURANG

ASET BERTAMBAH BERKURANG

LIABILITI BERKURANG BERTAMBAH

EKUITI PEMILIK BERKURANG BERTAMBAH

HASIL BERKURANG BERTAMBAH

Kesimpulan BADLEH

DOKUMEN

BCP

LEJAR

IMBANGAN DUGA

Dokumen : RESIT RASMI Ayat : En Saiful telah menerima sewa daripada Nur sebanyak RM750.

Ikut PCB

Nama Perniagaan Imbangan Duga pada ...

Debit RM

Kredit RM

Sewa Diterima 750

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Page 15: Koleksi Bahan Cg Narzuki Online · Contoh urusniaga - Membeli perabot RM850 dengan tunai. Penyelesaian : • Perabot ialah contoh aset bukan semasa. • Catatan di dalam BCP ialah

5.5 Refleksi Kajian

Pencapaian pelajar dalam Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 menunjukkan

konsep BADLEH boleh diterima pakai dalam mempelajari Prinsip

Perakaunan dengan lebih mudah. Dapatan juga menunjukkan konsep

BADLEH dapat mengurangkan masa menjawab bagi soalan yang

dikemukakan.

Saya berasa gembira dan terharu apabila seorang pelajar telah

berjumpa dengan saya dan memberitahu konsep BADLEH amatlah

menyeronokkan dan sekarang dia boleh mengetahui kesilapan yang

dibuat dalam menjawab soalan dengan lebih mudah. Dengan konsep

ini juga, pelajar lebih seronok dalam mempelajari ilmu perakaunan.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-

1. Menggunakan konsep BADLEH dalam semua penerangan bagi setiap topik

Prinsip Perakaunan.

2. Mencipta kaedah dan teknik dalam mempelajari topik-topik tertentu

seperti pembubaran dan belanjawan tunai.

Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan

kepada semua pelajar dan guru.

RUJUKAN

Atan bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Adabi Sdn Bhd.

Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke-XIII 2006, 20 – 22

November 2006, Hotel Berjaya Palace, Kota Kinabalu, Sabah.

Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

(BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online