module penggabungjalinan (kumpulan 10)

Upload: satishsatish

Post on 05-Mar-2016

105 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Study and understand

TRANSCRIPT

PENGAJARAN SAINS DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH KRP 6024

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIAPENGAJARAN SAINS DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAHKRP 6024

MODUL PENGGABUNGJALINAN ILMU DENGAN MATAPELAJARAN SAINS: SAINS DAN BAHASA,SAINS DAN MATEMATIK,SAINS DAN SEJARAH,SAINS DAN SENI DAN LAIN-LAIN SUBJEK.TUGASAN KUMPULAN

RHEMALINA A/P THAYALAN (M20142002038)SRI DEVI A/P BALASUBRAMANIAM (M20142002002)VASANDI A/P APPANNA(M20142002026)ASMANIRA YAACOB (M20142001990) NAMA PENSYARAH : DR. NORAZILAWATI BINTI ABDULLAH

PENGGABUNGJALINAN ILMU DENGAN MATAPELAJARAN SAINS: SAINS DAN BAHASA,SAINS DAN MATEMATIK,SAINS DAN SEJARAH,SAINS DAN SENI DAN LAIN-LAIN SUBJEK.KANDUNGAN1.2HASIL PEMBELAJARAN1.3PENGENALAN1.4TUJUAN STRATEGI PENGGABUNGJALINAN 1.4.2PRINSIP-PRINSIP PENGGABUNGJALINAN 1.4.3BENTUK-BENTUK PENGGABUNGJALINAN.1.4.4PENGGABUNGJALINAN AKTIVITI1.4.5PENGGABUNGJALINAN BAHAN1.4.6CIRI-CIRI PENGGABUNGJALINAN1.4.7LANGKAH-LANGKAH PENGGABUNGJALINAN1.4.8PROSES PENGGABUNGJALINAN1.4.9KEBAIKAN PENGGABUNGJALINAN1.4.10KAEDAH PENGGABUNGJALINAN1.5MODEL DAN TEORI PENGGABUNGJALINAN1.5.1 KONSEP 5P1.6AKTIVITI-AKTIVITI P&P1.6.1PENGGABUNGJALINAN MATAPELAJARAM SAINS DENGAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN MATAPELAJARAN LAIN.1.7SOALAN-SOALAN DAN LATIHAN DALAM BUKU TEKS1.8RINGKASAN DAN PETA KONSEP1.8.1LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN PIC MELALUI GELAS1.8.2LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHASILKAN TEKNIK ASEMBLAJAPLIKASI SENI1.8.3LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHASILKAN TEKNIK ASEMBLAJ1.8.4SAINS DENGAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGILANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN PROJEK1.8.5KEMAHIRAN PROSES SAINS1.8.6MATAPELAJARAN SAINS DAN TEKNOLOGI1.8.7SAINS DAN PENDIDIKAN MORAL1.9KATA KUNCI1.1PENILAIAN AKHIR UNIT1.11RUMUSAN

UNIT 61.1 PENGGABUNGJALINAN ILMU DENGAN MATAPELAJARAN SAINS: SAINS DAN BAHASA,SAINS DAN MATEMATIK,SAINS DAN SEJARAH,SAINS DAN SENI DAN LAIN-LAIN SUBJEK.

1.2 HASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini,anda diharap dapat: 1. Membincangkan maksud Penggabungjalinan. 2. Menjelaskan maksud Penggabungjalinan ilmu. 3. Menghuraikan bentuk-bentuk Penggabungjalinan. 4. Menjelaskan tujuan Penggabungjalinan.5. Menerap dan mengaplikasikan Penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Apakah maksud Penggabungjalinan? Apakah maksud Penggabungjalinan ilmu? Apakah bentuk-bentuk Penggabungjalinan? Pada pendapat anda,apakah tujuan Penggabungjalinan? Bagaimanakah penggabungjalinan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran?

PENGENALAN

?

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan penggabungjalinan?

1.3PENGENALAN Apakah maksud Penggabungjalinan?Penggabungjalinan merupakan proses penyampaian beberapa kemahiran dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran .Satu strategi yang telah disarankan untuk mencapai taraf pencapaian murid yang maksimum ialah penggabungjalinan.Pengabungjalinan ialah satu proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh dan ia merupakan intergrasi beberapa kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh dalam satu proses P&P.Penggabungjalinan bertujuan membantu murid dalam penguasan pelbagai kemahiran secara serentak dalam satu proses P&P dan meningkatkan keberkesanan proses P&P..Penggabungjalinan juga penting untuk menarik minat murid terhadap proses P&P dan menjadikan proses P&P lebih bermakna kepada murid.Proses pengabungjalinan ini juga memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan seimbang dan menyeluruh melalui aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas yang melibatkan murid secara aktif. Penggabungjalinan akan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Apakah maksud Penggabungjalinan Ilmu?

Maksud penggabungjalinan ilmu adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk membina dan mengukuhkan minat murid-murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka supaya bersedia menerima pelajaran seterusnya berupaya pula meneruskannya sendiri.Satu strategi yang telah disarankan untuk mencapai taraf pencapaian murid yang maksimum ialah penggabungjalinan ilmu.Strategi ini memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Bahan-bahan yang digunakan pada strategi ini adalah daripada unsur lain.Misalnya, mata pelajaran Sains,BahasaInggeris, Bahasa Melayu,Matematik dan sebagainya.Setiap ilmu dalam mata pelajaran lain akan digabungkan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.2.4TUJUAN STRATEGI PENGGABUNGJALINAN

Kemahiran dapat dikuasai secara serentak. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.

Apakah yang anda faham tentang prinsip-prinsip penggabungjalinan?

1.4.2PRINSIP-PRINSIP PENGGABUNGJALINAN Mudah ubah,bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai. Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinankan. Kemahiran focus dan sampingan hendaklah dirancangkan dengan baik. Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar. Terdapat prinsip-prinsip dalam strategi penggabungjalinan.Antaranya ialah guru harus menentukan terlebih dahulu kemahiran utama yang mahu ditekankan dalam sesuatu pengajaran, Guru hendaklah memikirkan kemahiran sampingan yang bersesuaian untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Kemahiran utama akan menjadi focus utama pembelajaran,manakala kemahiran sampingan akan menjadi focus sampingan pembelajaran. Aras pengajaran dan aktiviti pelajaran berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid. Guru boleh menggabungjalinkan apa jua sekalipun yang bersesuaian,berdasarkan sukatan pelajaran,asalkan mencapai objektif.

Apakah bentuk-bentuk penggabungjalinan?

1.4.3 BENTUK-BENTUK PENGGABUNGJALINAN. Strategi penggabungjalinan dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu penggabungjalinan kemahiran,bahan dan aktiviti (Kamarudin Haji Husin,1990).Terdapat dua jenis gabungjalinan,iaitu penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu pelajaran dan penggabungjalinan kemahiran dalam satu pelajaran kepada beberapa mata pelajaran. Guru menggabungkan semua atau beberapa kemahiran ke dalam satu pengajaran dan memastikan aktiviti pengajaran saling berkait rapat dan berjalan dengan lancar (Suradi Salim 1980).Bagi penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu pelajaran,contohnya seperti dalam satu pelajaran sains,kemahiran mengelas digabungjalinan dengan kemahiran Matematik dan Pendidikan Jasmani. Kemahiran mengelas menjadi kemahiran fokus , manakala kemahiran Matematik dan Pendidikan Jasmani menjadi kemahiran sampingan.Kamus Dewan Edisi 4 menyatakan bahawa penggabungjalinan ialah perihal menggabung jalinkan. Huraian sukatan pelajaran menyarankan penggabungjalinan dilakukan dengan lebih sistematik dan teratur.Kemahiran dapat digabungjalinankan sama ada kemahiran yang terdapat di dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.Seorang guru harus menitik beratkan objektif yang hendak dicapai,kemahiran yang hendak digabungjalinkan serta jumlah penggabungjalinan dalam satu masa.

Terdapat tiga jenis bentuk penggabungjalinan iaitu:

A) Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran.a.Melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan,membaca,menulis,mengira,melukis,mewarna dan lain-lain. b.Memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang digabungkan dalam sesuatu proses P&P.K1-Kemahiran SaintifikK2-Kemahira Kemahiran Proses SainsK3-Kemahiran ManipulatifK4-Kemahiran Berfikir.SN-SAINSK1K2K4 SNK3

B) Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain.a.Memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang diajar. K1-Kemahiran Bahasa(Membaca)K2-Kemahiran Matematik(Mengira)K3-Kemahiran Seni(Melukis)SN-SAINSK1K2K3SN

C) Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum.a.Melibatkan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar untuk proses pembelajaran murid,kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran penyelesaian masalah.Contoh;1)Penggabungjalinan Matematik: Penggunaan nombor mengukur isipadu cecair,mengukur luas yang telah dilakukan oleh pelajar A semasa mengajar kemahiran proses sains.2)Penggabungjalinan kemahiran Sains dan Pendididkan Jasmani:Guru menerangkan tujuan badan direndahkan semasa mengajar kemahiran hantaran-Permainan Hoki.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa,Sains dan Teknologi,Pendidikan Alam Sekitar,Nilai Murni dan Patriotisme. Elemen merentas kurikulum yang baharu,iaitu Kreativiti dan Inovasi,Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Guru hendaklah memastikan sesemua elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.4.4 PENGGABUNGJALINAN AKTIVITI

Boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.KEMAHIRAN SAINTIFIK

KEMAHIRAN MANIPULATIFKEMAHIRAN PROSES SAINS

Mengguna dan mengendali peralatan sains dan bahan dengan betulMenyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamatMembersihkan peralatan sains dengan cara yang betulMengendali specimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermatMelakar specimen bahan dan peralatan sains dengan tepat.

Memerhati MengelasMengukur&Menggunakan nombor Membuat inferenseMeramalBerkomunikasiMenggunakan perhubungan ruang & masaMentafsir maklumatMendefinisi secara operasiMengawal pemboleh ubahMembuat hipotesisMengeksperimen

1.4.5PENGGABUNGJALINAN BAHAN Penggabungjalinan memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan,pengalaman dan tahap pencapaian murid.. Pengabungjalinan bahan -bahan boleh dilakukan mengikut keperluan masa yang diperuntukkan,pertalian bahan dan urutan aktiviti yang bersesuaian. BAHAN

BAHAN UTAMABAHAN SOKONGANPROSES SAINS

Pengenalan kepada Sains1.Kemahiran Saintifik2.Peraturan Bilik Sains

Sains Hayat3.Proses hidup haiwan4.Proses hidup tumbuhan

Sains Fizikal5.Tenaga6.Sifat Cahaya7.Elektrik8.Haba

Sains Bahan9.Jirim10.Asid dan Alkali

Bumi dan Sains Angkasa11.Bumi,Bukan dan Matahari

Teknologi dan Kehidupan Lestari12.Teknologi

GambarDataRajahGrafCarta

Memerhati

Mengelas

Mengukur&Menggunakan Nombor Membuat inferense

Meramal

Berkomunikasi

Menggunakan perhubungan ruang & masa

Mentafsir maklumat

Mendefinisi secara operasi

Mengawal pemboleh ubah

Membuat hipotesis

Mengeksperimen

1.4.6 CIRI-CIRI PENGGABUNGJALINAN Merupakan gabungan beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran.Proses ini berlaku secara disiplin,iaitu kemahiran-kemahiran adalah bidang-bidang yang berlainan.Proses ini boleh berlaku secara intradisiplin.Contohnya, dalam matematik beberapa kemahiran juga dipelajari serentak.Pelajar bukan sahaja belajar untuk mengira,malahan dia juga belajar untuk menaakul serta menggunakan atau mengaplikasikan konsep-konsep yang dipelajari dalam keadaan yang sebenar. Organisasi pembelajaran adalah fleksibel iaitu tekanan terhadap kemahiran-kemahiran sampingan boleh berubah-ubah dan tidak mengikut satu urutan yang tertentu.Walaubagaimanapun,kemahiran utama tetap diberi penekanan yang lebih.Oleh sebab pelbagai kemahiran digabungjalinkan,interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar adalah lebih mesra

1.4.7 LANGKAH-LANGKAH PENGGABUNGJALINAN

Pastikan terlebih dahulu jenis kemahiran yang hendak ditekankan. Sediakan bahan -bahan yang diperlukan bagi kemahiran tersebut. Cari apakah kemahiran-kemahiran sampingan yang lain yang berkaitan dengan kemahiran utama . Guru perlu mempertimbangkan : a)Kemahiran sampingan yang dipilih itu telah ditanamkan pada pelajar pada satu masa dahulu. b)Kemahiran sampingan itu dipilih supaya dapat memperkukuhkan lagi objektif pembelajaran. c)Kemahiran sampingan yang dipilih itu tidak memerlukan bahan tambahan. d)Ketika mengajar,kemahiran sampingan boleh digunakan diperingkat permulaan,perkembangan dan penutup.

1.4.8 PROSES PENGGABUNGJALINAN

Proses penggabungjalinan berlaku antara kemahiran yang berkaitan secara bersepadu dan menyeluruh. Penggabungjalinan Kemahiran Secara Merentas Kurikulum - Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum adalah melibatkan kemahiran- kemahiran seperti: Kemahiran belajar untuk belajar

Kemahiran membaca pantas,mencari dan memilih maklumat,merujuk,membuat nota,menulis ringkasan,berkomunikasi di khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

Pemikiran kritis membolehkan pelajar menganalisi persoalan dan mencari jalan untuk membuat penyelesaian yang tepat. Pelajar akan berfikir dengan lebih kreatif dan mampu menjana idea,mengeluarkan cadangan,membina jalan penyelesaian dan menghasilkan satu produk atau inovasi baru.

Kemahiran generik

Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan,mahir dalam penggunaan teknologi,kebolehan membuat perancangan dan mengelolakan aktiviti,mampu melakukan kerja dalam kumpulan,berupaya untuk menyelesaikan masalah,berkebolehan mengurus,memilih dan menganalisis maklumat,berkebolehan menggunakan idea dan teknik matematik,kebolehan memahami budaya dan mempunyai literasi maklumat.

Kemahiran pelbagai kecerdasan

Kemahiran pelbagai kecerdasan. Howard Gardner menyenaraikan lapan kecerdasan iaitu: kecerdasan bahasa kecerdasan lagik-matematik kecerdasan muzik kecerdasan ruang kecerdasan kinestetik kecerdasan interpersonal kecerdasan intrapersonal kecerdasan naturalistic

1.4.9 KEBAIKAN PENGGABUNGJALINAN

Terdapat beberapa kelebihan jika penggabungjalinan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terlaksana. Antara kebaikan tersebut ialah: Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperolehi daripada mata pelajaran lain. Kemahiran sampingan yang etrdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus seperti yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Pelajar berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan. Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara seimbang,harmonis dan bersepadu.

1.4.10 KAEDAH PENGGABUNGJALINAN Mengenalpasti kemahiran utama& kemahiran sampingan. Kemahiran utama diberikeutamaan/focus. Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama. Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran,kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran,kebolehan & pencapaian murid. Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai.Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara logikal.

1.5MODEL DAN TEORI PENGGABUNGJALINAN

Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR,merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu,kemahiran dan nilai.Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek dan social. Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu,kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif,kritis dan inovatif.Tunjang tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara explicit bidang ilmu,kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Salah satu tunjang yang berhubung kait dengan proses penggabungjalinan adalah Tunjang Sains dan Teknologi.Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:i)pengetahuan sains,kemahiran dan sikap saintifikii)pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam matematikiii)pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi.1.5.1KONSEP 5PLatihan 1Apakah yang dimaksudkan dengan konsep 5P?

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep 5P? Konsep ini merupakan strategi pangajaran dan pembelajaran Sains.Konsep 5P juga merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan.Konsep 5P menekankan penggabungjalinan,penyerapan,penilaian,pengayaan dan pemulihan.Salah satu elemen ini adalah Penggabungjalinan.

Penggabungjalinan adalah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang kemahiranyang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuhkan dan bahan pengajaran saling melengkapi. Konsep ini merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Sains. Konsep 5P juga merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak berasingan. Salah satu Konsep 5P menekankan penggabungjalinan. 1.6 AKTIVITI-AKTIVITI P&PCONTOH RPH BAHASA MELAYU (PEMULIHAN) PENGGABUNGJALINAN MATAPELAJARAN LAIN DENGAN SAINS

Matapelajaran : Bahasa MelayuTarikh : 12 Oktober 2012Hari : JumaatMasa : 9.10 10.10 amKelas : PemulihanBilangan murid : 6 orangTajuk : Haiwan LiarKandungan kemahiran : 4.0 membaca 4.1 membina dan membaca suku kata kv 4.1.1 suku kata ( mengeja perkataan )Pengetahuan sedia ada: Murid pernah melihat haiwan di televisyen dan zoo.Hasil pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :

a) Menyatakan beberapa nama haiwanb) Mengeja dan membunyikan suku kata kv dengan bimbingan guru.c) Menulis dan menyalin suku kata kv di tempat kosong.Penggabungjalinan: Sains.Unsur terapi : Terapi motor kasarBBM: video haiwan, kad gambar, kad perkataan, lembaran kerja.Penerapan nilai: bersungguh sungguhKemahiran bahasa: menulis, membaca.

Langkah/ MasaIsi PelajaranAktivti Pengajaran PembelajaranCatatan

Aktiviti GuruAktiviti Murid

Set Induksi( 3 minit )Tontonan video Anak ayam1.Guru menayangkan video Anak ayam.2.Guru menonton video bersama murid.3.Guru menyanyi bersama guru.4.Guru menyoal murid berdasarkan video tersebut.

1.Murid ditayangkan video Anak ayam.2.Murid menonton video tersebut bersama guru.3.Murid menyanyi bersama guru sambil menepuk tangan.4. Murid bersoal jawab dengan guru.a)Apakah haiwan yang terdapat dalam video tersebut.BBM : video Anak ayam Nilai: keseronokan Belajar.

Perkembangan 1(10 minit)Haiwan liar

Kad bergambar :

1.Guru menyoal murid.a)Apakah nama haiwan yang kamu ketahui?2.Guru memberitahu murid tentang pembelajaran hari ini.3.Guru menunjukkan kad bergambar yang mengandungi gambar haiwan liar.4.Guru menyoal murid.a)Apakah nama haiwan ini?b)Bagaimanakah bunyi haiwan ini?1.Murid menyenaraikan nama haiwan yang mereka ketahui.2.Murid mendengar penerangan guru mengenai proses pembelajaran hari ini iaitu haiwan liar.3.Murid diimbas kad yang mengandungi gambar haiwan liar.4.Murid menyebut nama haiwan berdasarkan kad bergambar tersebut.5.Murid mengajuk bunyi haiwan berdasarkan gambar.BBM : kad gambar

Perkembangan 2( 12 minit)Kad perkataan :1.Guru menampal kad perkataan berdasarkan gambar haiwan liar di hadapan.2.Guru membaca perkataan nama haiwan berdasarkan kad perkataan di hadapan.3.Guru mengeja setiap suku kata berdasarkan perkataan.4.Guru memilih seorang murid untuk mengaja 1 perkataan nama haiwan liar yang terdapat di hadapan.1.Murid melihat guru menampal kad perkataan berdasarkan gambar haiwan liar yang sesuai di hadapan.2.Murid mengulangi sambil melihat kad perkataan nama haiwan dengan bimbingan guru.3.Murid mengeja suku kata perkataan dengan bimbingan guru.4.Murid dipilih oleh guru untuk mengeja dan membaca perkataan nama haiwan liar di hadapan.BBM : Kad bergambar, kad perkataan

Penutup(5 minit)

Imbas kembali 1.Guru memilih murid untuk melengkapkan perkataan di hadapan.2.Guru memberi pujian dan menepuk tangan untuk murid yang dapat menjawab dengan betul.1.Murid menulis jawapan di hadapan.2.Murid menepuk tangan bersama guru..

Refleksi:

1.6.1PENGGABUNGJALINAN MATAPELAJARAM SAINS DENGAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN MATAPELAJARAN LAIN. Cara Menggunakan Penggabungjalinan

Tajuk : Udara dan angin(Sains)Rasional : Bahasa Melayu

i. Apakah keperluan-keperluan manusia

ii. Bagaimanakah manusia mengubah alam

iii. Bagaimana alam mengubah manusiaObjektif :i.Di akhir pelajaran murid-murid dapat menyatakan isipelajaran dengan baik.ii. Murid dapat menjawab soalan-soalan yang disediakaniii.Murid dapat membaca dengan baik(intonasi dan sebutan)Kemahiran Bahasa :i.Lisan (mendengar dan bertutur)ii. Membacaiii.MenulisPenggabungjalinan :i. Kemahiran bahasaii. Kemahiran pendidikan seniiii. Kemahiran muzik i.Isi mata pelajaran Bahasa Melayu ii. Isi mata pelajaran Sejarahiii. Isi mata pelajaran Geografi iv. Isi mata pelajaran Kesihatan

Langkah-langkah penyampaian :i. Set induksiii. Langkah-langkah perkembangan isiiii. Aktiviti guru dan muridiv. Pendekatan, kaedah, dan teknikv. PenilaianHuraian Petikan Angin dan Udarai. Sains (konsep)- Angin ialah udara yang bergerak- Angin boleh :* menyejukkan benda* menggerakkan benda* mengeringkan benda* membesarkan api dan ombak* merosakkan bendaii. Manusia (keperluan)* Ingin sejuk (kipas)* Ingin bergerak (layar)* Ingin mengeringkan (kipas)* Ingin membesarkan api (kipas)* Ingin terpelihara daripada ribut (lari atau berlindung) k

iii. Geografi (cuaca)* Dalam udara ada air* Wap air jadi embun, kabus, awan* Awan jadi hujan* Angin bawa sejuk dan panas* Angin kuat merbahaya* Arah tiupan anginiv. Sejarah* Kenderaan dan layar* Kipas* Lawatan ke bulan* Tenaga angin* Alat-alat penyejuk, pengering, dan lain-lain yang digunakan dahulu dan sekarangv. Kesihatan (bersih dan kotor)*Udara bersih dan pernafasan* Pencemaran udara (debu, kuman, dan bahan-bahan kimia)* Udara barsih dan tumbuh-tumbuhan* Kesan udara ke atas badan manusiavi. Muzik (nyanyian)* Menyanyikan lagu tentang udara dan anginvii. Lukisan* Melukis gambar yang menunjukkan manusia menggunakan kuasa angin untukmemenuhi keperluannya (misalnya kipas, kapal terbang, kapal layar, dll)viii. Drama* Melakonkan cerita Angin dan Udara

1.7SOALAN-SOALAN DAN LATIHAN DALAM BUKU TEKS SAINS DALAM BAHASA MALAYSIAJenis- jenis rumput hiasan yang biasa ditanam di Negara kita.Rumput Permaidani (Carpet Grass) Lebih cepat tumbuh secara menegak berbanding dengan mendatar. Teksturnya agak keras daripada rumput lain. Kelebihan rumput ini tahan lasak dan tahan serangan serangga perosak.

Rumput Mutiara (Pearl Grass)Rumput ini berwarna hijau gelap dan membebaskan oksigen lebih daripada rumput biasa. Penjagaan perlu rapi, terutama siraman dan pembajaan . Mudah dijangkiti virus atau serangga perosak dan tidak tahan cuaxa panas. Rumput ini tidak perlu dipotong kerap, memadai dengan cantasan ringan.Rumput Padang ( Cow Grass) Rumput ini tahan lasak. Kebaikannya, tahan daripada segala serangan perosak, penyakit, cuaca dan rumput liar serta cepat membiak. Walau bagaimanapun, rumput ini perlu dipotong dua minggu sekali.

SAINS DALAM BAHASA INGGERISMAKING SALTED FISH

In the old days,people did not have refrigerators or freezers.Fishermen made salted fish when they had caught more than enough fish.They did thisto preserve the fish.People could eat the salted fish later.Here are the steps to make salted fish.Step 1: Cut open and clean the fish

Step 2: Sprinkle the fish with a lot of salt.

Step 3: Arrange the fish and dry them under the sun for a few days.

VenusVenus is the second planet from the Sun. It is located between Mercury and Earth. Venus and Earth are almost the same size. It is the closest planet to Earth. It is the closest planet to Earth. However, it does not have seas or living things.The weather on Venus is very different from ours. The thick clouds over Venus keep the heat in. The temperature during the day is so hot that even metal can melt. The surface of Venus is covered in dried lava from old volcanoes. These volcanoes are not active anymore.Venus is special because it spins slowly and in opposite direction from the other planets. The clouds on Venus also reflect sunlight. That is why Venus looks so bright from Earth.

Exploring Space Rocket Sends people and things into space. Powerful enough to escape our gravity. Needs a lot of fuel to launch.Rockets are used to launch: Space Telescope Takes photos of things in space. A lot can be learnt by looking at the photos. The most famous space telescope is the Hubble. Space Station Launched in separate parts and put together in space. Astronauts live on space stations for long periods of time. All kinds of research is done there. Satellite Sends communication signals

Useful for conducting research and gathering information. Can be used to forecast weatherThe Inventor of USB flash drive

Pua Khein Seng is a young Malaysian who invented the flash drive. A flash drive is a memory device for storing information to or from a computer. He invented the flash drive when he was 27 years old. Khein Seng is from Sekinchan, Selangor. He left Malaysia at the age of 19 to pursue a degree in electrical control engineering at Chiao Tung University, Taiwan. It was during his third year in university that he began conducting research into flash memory technology. Khein Seng was a top student. After he finished his studies, he set up a company with his friends. Khein Sengs success has brought him a lot of awards. His advice to people who want to be successful is to have patience with the things they are doing. He also added that one must not give up but keep improving themselves.

SAINS DALAM MATEMATIK

Mengira Isi Padu Bentuk Sekata Kita boleh mengukur isi padu pepejal sekata menggunakan kaedah sesaran air dan rumus.Isi padu objek sekata dapat dikira menggunakan kaedah sesaran air, iaitu dengan mengukur isi padu air yang tersesar apabila sesuatu objek dimasukkan ke dalam silinder penyukat yang mengandungi air. Isi padu air yang tersesar ialah isi padu objek tersebut.

SAINS DALAM AGAMA Kebersihan adalah separuh daripada iman, agama Islam amat mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, setiap manusis wajib membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis. Bersih dan suci merupakan salah satu syarat untuk menunaikan ibadah serta mengabdikan diri kepada Allah.

Pengertian najis dalam Islam Pengertian najis dari segi bahasa ialah benda- benda kotor dan jijik.

Dari segi istilah ialah kotoran yang menyebabkan tidak sah solat sekiranya hadir pada badan, pakaian dan tempat untuk mengerjakan solat.

KEJADIAN NAJIS

Keluar daripada dubur dan qubul dalam keadaan cair atau lembut. Contohnya, tahi, air kencing, anjing dan khinzir atau keturunanya. Keluar dari saluran lain contohnya air liur basi atau muntah Benda-benda lain yang telah ditetapkan hukumnya sebagai najis contohnya susu daripada binatang yang tidak boleh dimakan, arak, anjing dan semua keturunannya.

BAHAGIAN- BAHAGIAN NAJIS

Najis Mukhafaffah najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu selain daripada susu ibunya.

Najis Mutawassitah najis pertengahan yakni selain daripada najis mukhaffafah dan najis mughallazah.

Najis Mughallazah najis berat seperti anjing dan babi serta keturunannya dan barang-barang yang diperbuat daripadanya.

CARA- CARA MENYUCIKAN NAJISNAJIS MUKHAFFAFAH Basuh bahagian yang terkena najis dan lap. Percikkan air di tempat yang terkena najis Lap dengan kain bersih sehingga keringNAJIS MUTAWASSITAH Buang najis dari tempat yang terkena kotoran Basuh tempat yang terkena najis dengan air mutlak Pastikan bahagian yang terkena najis tadi hilang bau, warna dan rasa nais tersebut.

NAJIS MUGHALLAZAH Bersihkan bahagian yang terkena najis. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang di campur dengan air. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga warna, bau, dan rasa najis tersebut hilang.

SAINS DALAM SENI VISUAL Seni visual merupakan seni yang menghasilkan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan,keseronokan dan kesenangan estetik. Konsep kesenangan estetik merujuk kepada konsep yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keimdahan seni visual. Seni merupakan satu disiplin ilmu yang sama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslim seperti jujur, rajin, taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek. Seni visual melibatkan lukisan dan warna. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna dan warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi dan maksud dalam karya seni visual.

PENGHASILAN TEKNIK ARCA ASEMBLAJ Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik atau cara perletakan yang menimbulkan sesuatu makna. Walaupun pada kebiasaanya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilakn dalam bentuk tiga dimensi. Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabil.

Contoh Arca Asemblej

LANGKAH-LANGKAH MENGHASILALKAN TEKNIK ASEMBLAJ 6. Hasil arca teknik asemblaj5. Cantumkan dan hiaskan 2. Sediakan media 4. Lakarkan dan guntingkan bahagian lain yang diperlukan

3.Guntingkan botol plastik

1.Lakarkan idea

SAINS DALAM REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)

Penggabungjalinan sains dengan reka bentuk dan teknologi ialah dari segi elektrik dan elektronik. Elektrik ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil dari kewujudan dan aliran cas elektrik. Melalui tindak balas ia akan membentuk elektromagnet. Tenaga elektrik merupakan tenaga yang terhasil akibat aliran cas elektrik melalui pengalir elektrik. Elektrik merupakan sumber tenaga kepada manusia. Draw the diagram1. Litar Pendawaian

.

SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATANJenis kecedaraan ringan adalah seperti luka,calar,lebam dan terseliuh.Kenal pasti jenis kecederaan ringan berserta keterangan ringkas dalam gambar dibawah.

Calar ialah goresan pada bahagian epidermis yang mungkinmenyebabkan sedikit pendarahan.Luka terbuka ialah kecederaran yang melibatkan koyakan kulit dan berlaku pendarahan luaran.

Terseliuh ialah kecederaan pada sendi akibat sentakan yang kuat dan mengejut pada bahagian tersebut.Lebam ialah luka akibat hentakan.Bahagian yang tercedera akan menjadi bengkak.

SAINS DALAM PENDIDIKAN MORAL

Praven Singh terbaca keratin akhbar tentang anak jirannya,Khairul,yang menghidap penyakit jantung.Praven Singh berasa simpati.Dia ingin membantu untuk meringankan beban keluarga Khairul. Jika kamu jiran Khairul,nyatakan cara kamu dapat membantu keluarga tersebut.MELAKA,30 MEI-Khairul,kanak-kanak lelaki berumur 10tahun mengidap penyakit jantung berlubang dan keadaanya dilaporkan kritikal.Keluarga Khairul,iaitu Encik Omar dan Puan Zainab,sentiasa berada di sisi anak mereka.Khairul memerlukan bantuan kewangan bagi menjalani pembedahan.Pesakit Jantung Perlukan Bantuan

SAINS DAN SEJARAH

Orang Paleolitik menggunakan api untuk memanaskan badan,menakutkan binatang liar dan memasak daging.Mereka mendapat pengetahuan penggunaan api daripada fenomena kebakaran hutan yang dihasilkan akibat pokok-pokok disambar kilat.Pada permulaan mereka tidak tahu membuat api.Lama-kelamaan,mereka mengetahui bahawa api boleh dihasilkan dengan kaedah geseran batu.Selain itu,ada kemungkinan juga api dihasilkan secara tidak langsung.Api juga di hasilkan dengan mengumpulkan daun-daun dan lumut-lumut ke dalam sebatang kayu yang berlubang dan kemudiannya pusing sebatang kayu tajam ke atas sehingga terbakar.

SAINS DAN PENDIDIKAN MORALBetul Fino,Saya pun hendak makan sampai kenyang.Lepas itu,saya hendak bawa rumpai ini balik ke rumah.

Wah,banyaknya rumpai laut di sini!Saya hendak makan banyak-banyak

Fino,Dani,kita tidak boleh tamak.Kita patut memikirkan jiran kita dan perlu bersikap sederhana

Sata tidak peduli,Bani.Saya mesti habiskan rumpai ini

Betul tu,Jeli.Apabila kita bersikap sederhana,jiran yang lain berpeluang menikmati rumpai laut ini.

Maafkan saya.Mulai hari ini saya tidak akan memetingkan diri sendiri tetapi akan mengambil kira keperluan jiran.

Tetapi,jika kita habiskan ini,bagaimanakahperasaan jiran kita yang lain?

LATIHAN-LATIHAN Sains dan matematik1.Berapakah panjang pensel berdasarkan rajah di bawah?

2.Anggarkan luar permukaan daun dalam rajah di sebelah.

3.Kira luar rajah di bawah.7 cm

2cm

4.Cari isipadu dua biji guli dengan menggunakan kaedah sasaran air.SAINS DAN SEJARAHZAMAN DAHULU DAN ZAMAN SEKARANGZaman dahulu

Zaman Kini

Zaman akan datang

SAINS DAN BAHASA INGGERIS

The bee is an insect.It has a head,a thorax,and an abdomen.It has a pair of antennae,two compound eyes,two pairs of wings,and three pairs of jointed legs.Its body is covered with fine hair.

Describe the mosquito and the beetle below.Use the description of the bee above as your guide.

1.8 RINGKASAN DAN PETA KONSEPSAINS DAN AGAMANAJISMAKSUD NAJISBAHASA Benda-benda kotor dan jijikISTILAH- Tidak sah solat-hadir pada badan-pakaian-tempat untuk solat.

NAJIS MUGHALLAZAH- najis berat- anjing dan babi- sekali air tanah- 6 kali air mutlak-hilang rasa, warna dan bau.

NAJIS MUKHAFAFFAH- najis ringan air kencing bayi basuh bahagian terkena najis- percikan air- lap dengan kain sehingga kering.

1.8.1 LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN PIC MELALUI GELAS

1.8.2 SAINS DENGAN SENI VISUALLANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHASILKAN TEKNIK ASEMBLAJAPLIKASI SENI1.8.3 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHASILKAN TEKNIK ASEMBLAJ

1.8.4 SAINS DENGAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGILANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN PROJEKMengenal pasti projek berpandukan manualMembuat anggaran kos projekMenyatakan bahan bukan logam

Menyelenggarakan dan menyimpan peralatanMembuat penyambungan litar elektrik pada projekMenyatakan nama, simbol dan fungsi komponen elektrikMengukur, menanda dan memotong bahan projekMenguji kefungsian projekMembaca litar skematik dan litar bergambarMenyambung litar elektrikMemasang bahan projekMembuat kemasan projekMenyediakan alatan dan bahanMenyediakan bahan pengikat dan pencantumMenyatakan nama dan fungsi alatan tangan

1.8.5 KEMAHIRAN PROSES SAINSMengeksperimenMembuat hipotesisMengawal pemboleh ubah.Mendefinisi secara operasiMentafsir maklumatGuna Ruang dan MasaBerkomunikasiMeramalMembuat inferensMengukur dan mengguna nombor.MengelasMemerhati

1.8.6 SAINSKARNIVORHERBIVOR

1.8.7 SAINS DAN PENDIDIKAN MORAL * Jawapan berpandukan petikan pada muka surat

1.9 KATA KUNCI

Penggabungjalinan merupakan proses penyampaian beberapa kemahiran dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Penggabungjalinan IlmuAdalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk membina dan mengukuhkan minat murid-murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka supaya bersedia menerima pelajaran seterusnya berupaya pula meneruskannya sendiri.

Kemahiran Manipulatif

Penguasaan kemahiran manipulatif melibatkan pelajar dalam mengendalikan sesuatu alat dengan teknik operasi yang betul dan menggunakan sesuatu bahan dengan cara yang selamat.

Penggabungjalinan bahanPenggabungjalinan bahan terdiri daripada bahan utama dan bahan sokongan.

Penggabungjalinan AktivitiMenggabungkan dua atau lebih mengikut keperluan dan kesesuian tahap murid dalam kelas.

Kemahiran Proses Sains

Terdiri daripada kemahiran memerhati,megelas,mengukur dan menggunakan nombor,membuat inferens,meramal,berkomunikasi dan menggunakan ruang dan masa.

1.10 PENILAIAN AKHIR UNITArahan; Soalan ini menerangkan tatacara pelaksanaan penggabungjalinan.Tiap-tiap soalan perlu dijawab dengan memberikan jawapan yang sesuai.Selamat Mencuba.1.Jelaskan maksud penggabungjalinan.

(2markah)2.Apakah maksud penggabungjalinan ilmu.

(2markah)

3.Nyatakan 3 bentuk penggabungjalinan kemahiran.a.__________________________________________b.__________________________________________c.__________________________________________(3 markah)4.Apakah maksud pengabungjalinan bahan?

(3 markah)5.Jelaskan prinsip-prinsip penggabungjalinan

(3markah)6.Berikan beberapa aktiviti yang melibatkan penggunakan penggabungjalinan.

(8 markah)7.Nyatakan 4 kebaikan penggabungjalinan.a.______________________________________________________b.______________________________________________________c._______________________________________________________d._______________________________________________________(4 markah)8.Senaraikan langkah-langkah penggabungjalinan di sekolah.

(12 markah)9.Tunjang sains dan teknologi memberi penekanan kepada penguasaan a._______________________________________________________

b._______________________________________________________

c._______________________________________________________(6 markah)10.Jelaskan elemen merentas kurikulum

(10markah)

SELAMAT MENCUBA

1.11 RUMUSAN Unit ini telah membincangkan tentang topic Penggabungjalinan ilmu dengan matapelajaran sains:sains dan bahasa,sains dan matematik,sains dan sejarah,sains dan seni dan lain-lain subjek.Topik ini adalah salah satu tajuk utama yang menjadi tajuk utama di peringkat kebangsaan dimana pelbagai warga pendidik membincangkan topic ini demi pembangunan Negara.Lantaran itu pada 2011 kurikulum sekolah rendah mula menggunakan kurikulum standard sekolah rendah (KSSR Rendah).Tugas seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan kerana ia bukan sahaja bertugas untuk menyampaikan isi pengajaran secara berkesan, tetapi dalam masa yang sama ia juga berperanan untuk menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa murid-murid. Guru adalah pendidik dan pengasuh generasi muda yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa hadapan. Oleh itu, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik dan murni.

Penggabungjalinan merupakan strategi pengajaran yang mampu untuk menghasilkan sebuah sesi pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti. Guru perlu mempertimbangkan kemahiran-kemahiran, unsur-unsur daripada mata pelajaran lain, serta bahan-bahan yang sesuai untuk digabungjalin dalam sesebuah pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu bahan pengajaran yang disampaikan akan menjadikan murid-murid memahaminya dan boleh dimanfaatkan dalam kehidupannya (Omardin Ashaari, 1999). Strategi yang menggabungjalinkan kemahiran, bahan dan aktiviti dapat digunakan oleh guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memperkaya, memperjelas dan menimbulkan keseronokan dalam mempelajari subjek bahasa Malaysia. Strategi penggabungjalinan membolehkan murid-murid melihat perkaitan di antara disiplin diri. Isi-isi pelajaran yang dipelajari oleh murid-murid tidak terpisah dan dengan itu proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah, luas dan bermakna bagi diri mereka. Hasil daripada gabungan yang mantap di antara proses penggabungjalinan dan kemahiran seorang guru mengolah isi pelajaran dengan bantuan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, maka terhasillah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan objektif yang telah disasarkan oleh guru akan dapat dicapai. Hanya guru yang mempunyai komitmen, iltizam dan kompetensi yang tinggi terhadap tugasnya serta mempunyai akhlak, budi pekerti dan tatasusila yang tinggi sahaja mampu untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Ia juga akan berjaya menjalankan tugas sebagai seorang pendidik dengan sempurna dan efektif. RUJUKANAbd. Aziz Abd. Talib. (2000).Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip, Kaedah dan Teknik.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Faridah Nazir. (2010).Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu.Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia.

Johnson & Johnson. (1991).Learning Together and Alone: Cooperative, Competitiveand Individualistic Learning.Upper Saddle River: Prentice Hall.

Juriah Long, et al. (1992).Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Kamarudin Haji Husin, et al. (1998).Pedagogi Bahasa: Perkaedahan.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Koh Boh Boon. (1989).Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahzan Arshad. (2003).Pendidikan Literasi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: UtusanPublications & Distributors Sdn Bhd:

Marohaini Yusoff. (1999).Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mook Soon Sang, Lee Shok Mee. (1986).Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Tahap I.Siri Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Heineman Malaysia Sdn. Bhd

Nik Safiah Karim et. al. (2009).Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omardin Ashaari. (1999).Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003).Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa MelayuTahun Lima, Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

S. Nathesan. (1999).Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu.SelangorDarul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yahya Othman. (2003).Mengajar Membaca Teori dan Aplikasi.Pahang DarulMakmur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

1 | Page