modul oum edu 3053

16
OUM 157 TOPIK 10 ALAT BERFIKIR TOPIK 10 ALAT BERFIKIR PENGENALAN Andaian penyelidik bidang pemikiran ialah kemahiran berfikir individu boleh diajar, diasuh dan dipertingkatkan melalui latihan dan amalan yang dibantu dengan alat berfikir. Semua orang boleh berfikir, tetapi ada yang boleh berfikir dengan lebih baik lagi berbanding dengan yang lain. Bagaimana untuk berfikir dengan lebih baik? Alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda kita dengan lebih sistematik dan berkesan. Topik ini menerangkan dan menunjukkan beberapa jenis alat berfikir yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh juga dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Perbincangan tentang alat ini dimulakan dengan alat peta minda dan diikuti pula dengan pengurusan grafik, alat CoRT 1 dan akhir sekali soalan dan penyoalan. OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menghuraikan empat alat berfikir yang dicakup; 2. membincangkan bagaimana alat berfikir dapat membantu proses berfikir; dan 3. merancang penggunaan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.

Upload: corrine-chan

Post on 02-Oct-2015

104 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

modul

TRANSCRIPT

  • OUM 157

    TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

    TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

    PENGENALAN

    Andaian penyelidik bidang pemikiran ialah kemahiran berfikir individu boleh diajar, diasuh dandipertingkatkan melalui latihan dan amalan yang dibantu dengan alat berfikir. Semua orangboleh berfikir, tetapi ada yang boleh berfikir dengan lebih baik lagi berbanding dengan yanglain. Bagaimana untuk berfikir dengan lebih baik?

    Alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda kita denganlebih sistematik dan berkesan. Topik ini menerangkan dan menunjukkan beberapa jenis alatberfikir yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh jugadipraktikkan dalam kehidupan seharian. Perbincangan tentang alat ini dimulakan denganalat peta minda dan diikuti pula dengan pengurusan grafik, alat CoRT 1 dan akhir sekalisoalan dan penyoalan.

    OBJEKTIF

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. menghuraikan empat alat berfikir yang dicakup;

    2. membincangkan bagaimana alat berfikir dapat membantu proses berfikir; dan

    3. merancang penggunaan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.

  • 158 OUM

    ALAT BERFIKIR TOPIK 10

    PETA MINDA TOPIK

    Jenis jenis Soalan

    TOPIK 10:ALAT-ALAT BERFIKIR

    Peta Minda

    Pengurusan Grafik

    CoRT I

    Soalan dan Penyoalan

    10.1 PETA MINDA

    Anda tentu biasa dengan perkataan 'peta minda'. Apakah sebenarnya peta minda ini?

    Peta minda adalah suatu lakaran grafik sebagai satu cara untuk mencatat nota dengan ringkasdan berkesan. Peta minda merupakan satu binaan di atas suatu satah (kertas) di mana isi-isipenting tentang sesuatu diletakkan di tengah-tengah dan idea-idea lain yang berkaitandikembangkan di luar idea utama. Konsep peta minda ini dipelopori oleh Tony Buzan.

    Dengan melakar peta minda, seseorang dapat mengorganisasikan fikirannya dalam bentukgambar ataupun kata kunci yang dapat menjimatkan masa belajar dan terbukti dapatmeningkatkan daya ingatan. Peta minda dibentuk berdasarkan alasan bahawa otak lebihmudah menerima rangsangan yang berbentuk pola.

    Rupa bentuk peta minda biasanya penuh kreatif dan tidak formal. Penggunaan warna, anakpanah, rajah dan kod dibuat untuk menunjukkan kaitan penting. Di samping membantu prosesingatan, peta minda juga dapat membantu mempertingkatkan kreativiti seseorang.Penggunaan peta minda dapat membantu kita mencatat nota atau membentuk gambaranmental yang lengkap daripada perkara yang didengar, dilihat atau dibaca dan apa yang

  • OUM 159

    TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

    sedang difikirkan. Sekaligus kita dapat merancang dan menyusun idea dalam bentuk kerangkapemikiran untuk digunakan kemudian dalam bentuk penulisan esei, atau dalam persembahanlisan.

    (a) Kegunaan Peta MindaBiasanya peta minda digunakan sebagai:

    (i) teknik mencatat nota syarahan, taklimat atau bahan bacaan;

    (ii) teknik merancang dalam membina kerangka penulisan seperti laporan, esei, ataupersembahan;

    (iii) teknik membuat sinopsis atau rumusan apabila membaca buku;

    (iv) alat grafik dalam persembahan untuk lebih menarik dan ringkas; dan

    (v) bantuan untuk kita mengingat sesuatu tanpa merujuk semula pada bahan asal.

    (b) Cara Membina Peta MindaMari kita lihat cara atau langkah membina peta minda.

    (i) Tuliskan tajuk di tengah-tengah kertas. Buatkan bentuk yang unik.

    (ii) Lukiskan beberapa garisan yang menarik bersesuaian dengan tajuk. Lebih uniklebih baik. Tuliskan sub-tajuk yang penting di atas garisan-garisan ini.

    (iii) Wujudkan pula beberapa kelompok atau kategori kata pada akhir garisan-garisantadi.

    (c) Ciri-ciri Peta MindaPeta minda perlulah ringkas, unik dan menarik. Untuk itu kita perlu:

    (i) gunakan kata kunci atau imej, atau perkataan yang ringkas dan padat;

    (ii) gunakan warna warni yang menarik;

    (iii) jadikan corak yang unik;

    (iv) gunakan anak panah atau kod; dan

    (v) jadikannya sesuatu yang kreatif dan menyeronokkan anda.

    (d) Contoh-contoh Peta MindaUntuk mendalamkan lagi pemahaman anda tentang peta minda, lihat contoh-contohdalam Rajah 10.1 dan 10.2 di bawah.

  • 160 OUM

    ALAT BERFIKIR TOPIK 10

    (ii) Senaraikan kegunaan televisyen

    Rajah 10.2: Contoh peta minda

    Sabu

    t

    Tempur

    ung

    Isi

    Air

    bekas tanaman

    mainan

    alat muzik

    bahan api

    hiasantabungtabung

    makansantan

    kuih

    ubat

    agenpenaik

    minuman

    minyak

    bunga

    kusyen kereta

    tilam

    KEGUNAANTELEVISYEN

    FilemDrama

    Muzik

    Kartun

    Jenaka

    Berita Terkini

    Buletin 1.30

    Berita Mutakhir

    Berita Larut Malam

    Buletin Pagi BERITA I K

    LA

    N

    DRAM

    A

    SUKA

    N

    Rumah

    Kereta

    MakananMinuman

    Bola Sepak

    Hoki

    Badminton

    Golf

    Agama

    Bahasa

    Sastera

    Sains

    PENDIDIKAN

    Rajah 10.1: Peta minda kegunaan buah kelapa

    (i) Senaraikan kegunaan buah kelapa

  • OUM 161

    TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

    Setelah mempelajari dan melihat beberapa contoh peta minda, sekarang cuba latihan dibawah untuk mempertajamkan lagi pemahaman anda.

    10.2 PENGURUSAN GRAFIK

    (a) Apakah Dia Pengurusan Grafik?Cuba anda jawab soalan ini. Terangkan bahagian yang terdapat pada sebatang pokokdan huraikan fungsinya. Apakah gambaran yang wujud dalam minda anda? Pastinyaanda akan melihat gambaran pokok, daun, akar, buah, bunga dan lain-lain lagi. Adapula yang menggambarkan pokok dari akar ke pucuk, ada yang akan menggambarkandari pucuk ke akar dan ada yang mungkin menggambarkan pokok dari peringkat bijibenih sehingga mati. Soalan kedua, anda ingin membeli-belah di pasaraya,bagaimanakah cara untuk menyenaraikan barangan yang hendak dibeli? Satu caraialah dengan mengetahui susunan barangan di pasaraya berkenaan dan menyenaraikanbarangan mengikut susunan tersebut.

    Dalam dua situasi di atas, kita mengawal pemikiran berdasarkan ciri-ciri atau kumpulantertentu. Sekiranya kita tidak membina gambaran atau kumpulan ini, idea atau jawapanyang kita cari akan berada dalam keadaan bersepah-sepah. Pemikiran yang sistematiksebegini boleh dilatih menggunakan pengurusan grafik. Dengan latihan minda, kita secaraspontan akan menguruskan maklumat dengan cara yang lebih sistematik. Alat yangboleh digunakan dipanggil alat pengurusan grafik.

    Pengurusan Grafik (PG) atau Graphic Organizer (GO) merupakan pemetaan atau polapenyusunan yang mewakili perhubungan antara maklumat-maklumat tentang sesuatuidea. Ia merupakan illustrasi bergambar/grafik yang mewakili sesuatu pernyataan.Mengikut Som dan Mohd Dahalan (1998), pengurusan grafik ialah satu bentuk ilustrasiatau lakaran yang digunakan sama ada untuk merancang, mengurus, meneliti,menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea atau pemikiran dengan lebih sistematik,jelas dan berkesan.

    (b) Bagaimana Pengurusan Grafik Membantu Pemikiran?Pengurusan grafik dapat membantu kita dalam:

    melihat perbezaan sesuatu perkara atau idea dengan lebih tepat;

    membentuk sistem pengkelasan atau klasifikasi dengan lebih tersusun;

    menerangkan satu-satu proses atau aliran dengan lebih sistematik;

    mengelakkan tercicir maklumat-maklumat penting yang dibincangkan;

    menjadikan kita supaya lebih fokus kepada apa yang sedang difikirkan;

    menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan lebih tepat; dan

    mengelakkan daripada berfikiran sempit, kabur, terburu-buru dan berkecamuk.

    Latihan 10.1

    Bentukkan peta minda tentang faedah membaca.

  • 162 OUM

    ALAT BERFIKIR TOPIK 10

    Rajah 10.3: Pengurusan grafik dan pengurusan lisan membanding dan membeza

    (c) Jenis-jenis Pengurusan GrafikPengurusan Grafik (PG) terdiri dari bentuk atau lakaran grafik dan Pengurusan Lisan.Lakaran grafik berbentuk seperti borang dan jaringan yang perlu diisi dengan maklumatyang berkaitan. Terdapat beberapa bentuk PG yang telah sedia ada dan bila andatelah mahir dalam menggunakan grafik, anda boleh mencipta sendiri lakaran yang andaingini dan sesuai dengan keperluan anda.

    Perlu diingat bahawa alat PG hanya membantu kita dalam proses berfikir tetapi PGtidak boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan untuk kita. PengurusanLisan pula merupakan soalan-soalan atau arahan yang boleh memandu kita mengenalpasti, menyusun dan boleh digunakan sebagai satu cara untuk kita membuat refleksidan metakognisi.

    Berikut adalah contoh pengurusan grafik yang sesuai digunakan untuk kemahiran dalamberfikir:

    Membanding membeza.

    Membuat kategori.

    Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan.

    Menerang sebab.

    Membuat ramalan.

    Mengusul periksa andaian.

    Membuat keputusan.

    Menyelesai masalah.

    Carta aliran, pusingan, kitaran.

    Beberapa contoh PG akan dijelaskan seterusnya dalam Rajah 10.3 dan 10.4. Bagicontoh-contoh yang lain, sila rujuk kepada buku rujukan oleh Som dan Mohd Dahalan(1998).

    PENGURUSAN LISAN

    Apakah persamaan yang terdapat antara kedua-dua benda tersebut?

    Apakah aspek-aspek yang berbeza?

    Nyatakan perincian bagi setiap aspek yangberbeza itu?

    Apakah perbezaan yang paling ketara danapakah kepentingan perbezaan tersebut?

    Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada persamaan dan pembezaan tersebut?

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    BORANG PENGURUSAN GRAFIK

    Persamaan

    Rumusan & kesimpulan

    Kesimpulan &Pentakrifan

    Perbezaandari segi

  • OUM 163

    TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

    Rajah 10.4: Pengurusan grafik dan pengurusan lisan membuat kategori

    Latihan 10.2

    Anda perlu membeli kereta sekarang. Pilihan yang ada adalah Waja atauIswara. Gunakan pengurusan grafik banding beza dalam membantu andamembuat keputusan ini.

    PENGURUSAN LISAN

    Apakah objek-objek atau perkara-perkarayang hendak dikategorikan?

    Apakah tujuan anda mengkategorikanobjek-objek atau perkara-perkara itu?

    Apakah ciri-ciri yang penting pada objek-objek atau perkara-perkara yang dikategorikan

    Bagaimanakah objek-objek atau perkara-perkara dapat dikelompokkan mengikuttujuan?

    Apakah kategori yang anda buat mengikut tujuan yang dikehendaki?

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    BORANG PENGURUSAN GRAFIK

    Anda telah bersedia? Sekarang kita teruskan pelajaran kita.

    Setelah mempelajari peta minda dan pengurusan grafik, mari kita lihat yang dikatakan CoRT I.

    10.3 CoRT I

    Istilah CoRT ialah singkatan kepada perkataan Cognitive Research Trust yang dipeloporioleh Edward De Bono. Terdapat sebanyak enam bahagian dalam program CoRT. Bahagian-bahagian tersebut adalah:

    CoRT I Keluasan persepsi

    CoRT II Organisasi proses berfikir

    CoRT III Pemikiran kritis

    CoRT IV Pemikiran kreatif

    CoRT V Maklumat dan perasaan

    CoRT VI Tindakan

  • 164 OUM

    ALAT BERFIKIR TOPIK 10

    Rajah 10.5: Teknik-teknik CoRT I

    Modul ini menjurus penerangan tentang alat CoRT I. Alat ini bertujuan untuk menilai keluasanpersepsi terhadap sesuatu yang sedang difikirkan supaya apa jua keputusan yang dibuatakan lebih berkesan lagi.

    Alat CoRT I mengandungi tujuh teknik. Teknik-teknik tersebut adalah seperti yang dapatdilihat pada Rajah 10.5.

    CORT 1

    Baik, Buruk, Menarik (PMI)

    Pandangan OrangLain (OPV)

    Ambil Kira Semua Faktor (CAF)

    Kesan MengikutJangka Masa (C&S)

    Tujuan, Matlamat, Objektif (AGO)

    Kepentingan Utama(FIP)

    Alternatif, Kemungkinan,Pilihan (APC)

    Sekarang mari kita teliti setiap teknik dengan lebih mendalam.

    (a) Baik, Buruk, Menarik (Plus, Minus, Interesting -PMI)Teknik ini dipanggil PMI. Teknik ini digunakan untuk meluaskan sudut pandanganseseorang. Minda dilatih untuk berfikir berbagai-bagai arah seperti berfikir tentangkebaikan, keburukan dan yang menarik tentang sesuatu sebelum membuat keputusan.Ini amat bertepatan dengan konsep berfikir di mana sesuatu keputusan ditangguhkansehingga mendapat maklumat yang lengkap.

    Langkah perlaksanaan:

    (i) Perdengarkan isu atau masalah.

    (ii) Katakan "Mari kita lakukan PMI"

    (iii) Sumbang saran tentang kebaikan.

    (iv) Sumbang saran tentang keburukan.

    (v) Sumbang saran tentang yang menarik.

    (vi) Buat keputusan berdasarkan maklumat terkumpul di atas.

  • OUM 165

    TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

    (b) Ambil Kira Semua Faktor (Consider all Factors-CAF)Teknik ini disebut CAF. Kita perlu sedar bahawa setiap keputusan yang dibuat akanmempengaruhi kita dan individu di sekeliling kita. Adakalanya, sesuatu keputusan ituakan memberi kesan negatif kepada individu lain. Oleh itu, amalan melakukan CAFdalam mencapai sesuatu keputusan dapat memastikan semua individu atau faktor laindiambil kira terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.

    Langkah perlaksanaan:

    (i) Perdengarkan isu atau masalah.

    (ii) Katakan "Mari kita lakukan CAF"

    (iii) Sumbangsaran semua faktor yang terlibat.

    (iv) Membuat pertimbangan setiap faktor.

    (v) Membuat keputusan.

    (c) Kesan Mengikut Jangka Masa (Consequences & Sequal-C&S)Teknik ini dipanggil C&S. Kita tahu bahawa sesuatu tindakan yang diambil selepaskeputusan dibuat mengakibatkan kesan-kesan tertentu sama ada serta-merta, dalammasa terdekat (5 tahun) atau jangka panjang (lebih daripada lima tahun). Kita mungkinmendapat satu atau beberapa alternatif keputusan yang perlu dipilih. Teknik C&S dapatmembantu kita mengenal pasti kesan-kesan ini terlebih dahulu sebelum kita membuatkeputusan. Dengan ini kita juga dapat bersedia menangani akibat yang akan terjadipada masa hadapan.

    Langkah perlaksanaan:

    (i) Perdengarkan tindakan yang dipilih.

    (ii) Katakan "Mari kita lakukan C&S".

    (iii) Senaraikan kesan-kesan serta-merta daripada tindakan tersebut.

    (iv) Senaraikan kesan-kesan jangka pendek (5 tahun) yang diramalkan.

    (v) Senaraikan kesan-kesan jangka panjang yang diramalkan.

    (vi) Lakukan C&S lagi untuk tindakan alternatif yang lain.

    (vii) Nilai akibat-akibat dan buat keputusan.

    (d) Tujuan, Matlamat, Objektif (Aims, Goals, Objectives-AGO)Teknik ini dipanggil AGO. Teknik ini membantu kita menentukan hala tuju atau fokussesuatu yang sedang dilakukan. Ia dapat membantu individu memikirkan tujuan asaldan mengelaknya daripada menyeleweng dari tujuan asal semasa perbincangan ataupemikiran sedang berjalan.

    Langkah perlaksanaan:

    (i) Ketengahkan isu atau masalah.

    (ii) Katakan "Mari kita lakukan AGO".

    (iii) Sesi perbincangan berjalan.

    (iv) Sekali-sekala sedarkan diri kita atau semua ahli yang terlibat dalam perbincangantersebut dengan mengulangi sebutan "Apakah AGO kita?"

    (v) Teruskan sehingga keputusan dibuat.

  • 166 OUM

    ALAT BERFIKIR TOPIK 10

    (e) Kepentingan Utama (First Important Priorities-FIP)Teknik ini dipanggil FIP. Teknik ini membantu kita mengenal pasti keutamaan, yangterpenting dan yang memerlukan tindakan. Dalam hal-hal yang kita mesti membuatpilihan, FIP boleh digunakan. FIP juga biasanya digunakan dengan teknik yang lain.

    Langkah perlaksanaan:

    (i) Buat pilihan atau keputusan berdasarkan kepentingan utama. Suarakan isu ataumasalah.

    (ii) Katakan "Mari kita lakukan FIP".

    (iii) Senaraikan semua perkara yang penting dan utama.

    (f) Alternatif, Kemungkinan, Pilihan (Alternatives, Possibilities, Choices- APC)Teknik ini dipanggil APC. Teknik ini membantu individu menyenaraikan alternatif dankemungkinan-kemungkinan yang ada sebelum ia buntu dengan satu pilihan keputusan.Dengan mengamalkan teknik ini, kita memaksa diri kita untuk mencari beberapa alternatifdan pilihan sebelum kita membuat keputusan. Teknik ini juga melatih kita berfikir serentaktentang pilihan dan kemungkinan yang kita ada.

    Langkah perlaksanaan:

    (i) Suarakan masalah.

    (ii) Katakan "Mari kita lakukan APC".

    (iii) Janakan sebanyak mungkin pilihan dan alternatif.

    (iv) Buat keputusan dan pilihan.

    (g) Pandangan Orang Lain (Other People's View-OPV)Teknik ini dipanggil OPV. Ia memerlukan kita mementingkan pandangan dan pendapatorang lain tentang apa jua keputusan yang akan diambil. Oleh itu, sebelum kita membuatkeputusan, kita perlu terlebih dahulu mengkaji akibat atau pengaruh yang wujud daripadakeputusan terhadap orang lain. Setiap orang yang terlibat dengan apa jua tindakanatau keputusan yang kita buat, mempunyai pandangan yang berbeza kerana merekamelihat dari sudut atau kedudukan yang sudah tentunya berbeza.

    Kita perlu sedar dan menerima hakikat bahawa perbezaan pendapat wujud. Ia disebabkanoleh latar belakang, status, pengetahuan, pengalaman dan sistem nilai yang berbeza dikalangan individu. Kaedah OPV ini sesuai digunakan apabila terdapat kemungkinanperbalahan pendapat daripada berbagai-bagai pihak. Semasa menggunakan kaedah ini,kita harus bersikap terbuka dalam mendengar pendapat atau idea orang lain dan jadikanpendapat itu sebagai panduan dalam membuat keputusan yang akan diambil.

    Langkah perlaksanaan:

    (i) Nyatakan masalah.

    (ii) Sebutkan keputusan yang akan diambil.

    (iii) Kenal pasti individu yang mungkin menerima kesan akibat keputusan tersebut.

    (iv) Minta pendapat individu tersebut tentang keputusan yang akan diambil.

    (v) Buat keputusan selepas meneliti pendapat individu terlibat.

    (vi) Ulang semula sekiranya keputusan itu tidak sesuai.

  • OUM 167

    TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

    Sehingga ini anda telah membaca tentang teknik-teknik dalam alat CoRT. Walaupunpenerangan tentangnya dibuat berasingan, beberapa teknik boleh digunakan sekaligus dalammenyelesaikan satu-satu masalah dan akhirnya membuat keputusan. Contohnya, dalammenyelesaikan masalah pengaruh budaya kuning dari internet, kita boleh gabungkan teknikPMI, C&S dan OPV supaya penyelesaian yang terhasil itu adalah yang terbaik.

    Sekarang, cuba selesaikan latihan di bawah. Semoga dengan latihan ini, anda akan lebihmemahami apa yang dikatakan CoRT I.

    10.4 SOALAN DAN PENYOALAN

    Soalan merupakan alat dalam bentuk pertanyaan yang boleh digunakan untuk mencungkildan mendapatkan maklumat, meninjau kefahaman dan memperoleh pendapat dari seseorang.Penyoalan pula merupakan teknik soalan itu dikemukakan.

    Perbincangan dalam bahagian ini termasuklah penerangan tentang tujuan menyoal, jenis-jenis soalan, persediaan dan perlaksanaan penyoalan. Kalau ditanya mengapa kita menyoal,banyak jawapan yang akan diterima. Sebagai ringkasan tentang ini, berikut disenaraikanbeberapa tujuan seseorang itu menyoal:

    Memperkembangkan proses berfikir secara kritis dan kreatif.

    Mengumpul dan menganalisis maklumat.

    Meningkatkan tingkah laku metakognitif dan reflektif .

    Merangsang penglibatan aktif.

    Berkongsi idea.

    Menguji kebolehan dan menilai kemajuan.

    10.4.1 Jenis-jenis Soalan

    Soalan juga telah dikategorikan dalam pelbagai cara. Antaranya soalan dikategorikan sebagaisoalan bertumpu dan bercapah. Ada juga kita dengar orang menyebut soalan Socrates.Pada guru-guru pula, soalan aras Taksonomi Bloom merupakan sesuatu yang tidak asinglagi. Apakah sebenarnya jenis atau kategori yang diperkatakan tadi?

    (a) Soalan SocratesTeknik penyoalan ini bukanlah satu teknik yang baru. Teknik ini telah diperkenalkan olehseorang ahli falsafah Greek bernama Socrates, lebih 2500 tahun dahulu. Beliau

    Latihan 10.3

    Selesaikan masalah yang dinyatakan di bawah menggunakan teknik baik-buruk-menarik dalam alat CoRT di atas secara individu dan kemudiansecara kumpulan. Perhatikan hasil penyelesaian tersebut.

    Kementerian Pendidikan Malaysia ingin melanjutkan jangka waktu sekolahsehingga jam 5.00 petang. Bincangkan. Lakukan PMI.

  • 168 OUM

    ALAT BERFIKIR TOPIK 10

    menegaskan bahawa soalan amat penting dalam menjana seseorang untuk berfikir denganlebih kritis lagi. Teknik "deep questioning" yang kadang-kadang juga dikenali sebagaiperbincangan Socratic merupakan teknik yang diketengahkan oleh beliau.

    Melalui perbincangan Socratic, pemikiran pelajar dicabar dan diperkembangkan. Denganitu, isu yang dibincangkan akan menjadi lebih jelas lagi. Di samping itu, seseorang akansedar dan dapat menilai cara ia sendiri berfikir. Contoh-contoh soalan dalamperbincangan Socratic adalah seperti berikut:

    (i) Soalan untuk mendapatkan penjelasan: Apakah yang anda maksudkan dengan ? Bagaimana berkait dengan ? Bolehkah anda beri contoh? Apakah yang anda maksudkan dengan jawapan tadi? Mengapa anda berpendapat sedemikian?

    (ii) Soalan yang menyiasat andaian: Apakah andaian anda tentang kejadian tersebut? Apakah andaian yang dibuat oleh penulis cerpen tersebut? Mengapakah seseorang akan membuat andaian yang serupa?

    (iii) Soalan menyiasat sebab dan bukti: Mengapa anda kata benar? Apakah buktinya? Bagaimana kita dapat memastikan ia benar?

    (iv) Soalan yang mendapatkan pandangan /pendapat: Mengapa anda membuat pilihan tersebut? Apakah pandangan alternatif? Apakah yang akan dikatakan oleh pihak pembangkang?

    (v) Soalan yang menyiasat implikasi dan kesan: Apakah implikasi daripada tindakan yang anda buat? Apakah kesannya?

    (vi) Soalan mengenai soalan: Mengapakah soalan ini penting? Bolehkah kita perincikan lagi soalan ini? Sejauh manakah kita bersetuju dengan soalan ini?

    Setelah meneliti bentuk-bentuk soalan yang disarankan oleh Socrates, mungkin andaakan lebih sedar tentang perkara dan tindakan yang ingin kita lakukan. Soalan Socratesini lebih dikaitkan dengan soalan bercorak kritis. Mungkin anda telah biasamenggunakannya tetapi sekurang-kurangnya soalan ini akan membuat kita sedar denganproses berfikir yang berlangsung dalam minda kita.

    (b) Soalan Bertumpu dan Soalan BercapahSoalan bertumpu atau bercapah merupakan jenis soalan yang memberi penumpuankepada sama ada sesuatu soalan itu berkehendakkan jawapan respon yang terhadatau tidak terhad.

    Soalan bertumpu mempunyai respon atau jawapan yang terhad. Respon atau jawapanterhad untuk soalan bertumpu bermaksud, soalan itu mempunyai satu atau beberapabilangan jawapan yang boleh diterima yang dikatakan betul. Jawapan kepada soalan

  • OUM 169

    TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

    juga terhad kepada fakta yang terdapat dalam teks bacaan dan ia tersurat. Soalanbentuk ini pada kebiasaannya memerlukan individu mengingat kembali maklumatdan mengembalikannya sebagai jawapan. Jawapan yang diberi juga lebih objektif iaitujelas betul salahnya.

    Contoh soalan bertumpu: Namakan ibu negara Malaysia. Namakan sungai terpanjang di Malaysia. Senaraikan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.

    Soalan bercapah merupakan soalan yang memerlukan jawapan yang lebih subjektif,terbuka dan luas malah tersirat. Ini bermakna jawapan yang dijemput adalah pelbagaitidak terhad kepada isi yang terdapat dalam teks bacaan yang dirujuk. Soalan jenisini sering dikaitkan dengan soalan aras tinggi.

    Contoh soalan bercapah: Apakah pandangan anda tentang remaja masa kini? Apakah perbezaan masalah remaja masa kini berbanding dengan masa dulu? Jika anda berpeluang menjadi remaja semula, apakah perkara yang anda ingin

    lakukan?

    Ringkasan tentang soalan jenis ini boleh dilihat dalam Rajah 10.6.

    SOALAN

    Bertumpu

    TersuratJawapanTerhad

    LebihObjektif Tersirat

    JawapanTidak Terhad

    Soalan ArasTinggi

    Bercapah

    (c) Soalan Berasaskan Taksonomi BloomPenyoalan yang menggunakan Taksonomi Bloom lebih menitikberatkan aspek kognitifatau pengetahuan. Aras-aras soalan dalam taksonomi ini bercorak hieraki, iaitu bermuladari tahap rendah ke tahap yang tertinggi. Aras-aras ini dikenal pasti untuk membantuguru atau pendidik membuat soalan pelbagai aras yang dikatakan dapat menguji tahapberfikir, dari aras rendah ke aras yang lebih tinggi. Aras-aras soalan yang dikemukakanoleh Bloom adalah seperti dalam Rajah 10.7.

    Sekarang kita teliti penerangan tentang aras-aras taksonomi dan contoh soalan.

    (i) Aras 1: PengetahuanSoalan yang dibina pada aras ini menjemput jawapan yang berbentuk mengingatkembali fakta, definisi, atau perkara yang telah dipelajari.

    Rajah 10.6: Soalan bertumpu dan bercapah

  • 170 OUM

    ALAT BERFIKIR TOPIK 10

    Rajah 10.7: Aras soalan Taksonomi Bloom

    Contoh: Berikan definisi KBKK

    (ii) Aras 2: PemahamanSoalan yang dibina pada aras ini memerlukan pelajar menerangkan idea atauperkara yang telah difahami. Aras ini lebih tinggi dari aras pengetahuan di manapelajar bukan sahaja mampu meluahkan kembali fakta, tetapi juga dapatmenjelaskan dengan contoh-contoh berkaitan yang boleh menunjukkan yang iatelah benar-benar faham tentang apa yang telah dipelajari.

    Contoh: Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan grafik?

    Penilaian

    Sintesis

    Analisis

    Aplikasi

    Kefahaman

    Pengetahuan

    (iii) Aras 3: AplikasiSoalan yang dibina pada aras ini boleh menguji pelajar untuk menggunakanpengetahuan dan kefahaman yang telah diperolehi dalam situasi yang baru. Iamerupakan proses memindahkan penggunaan sesuatu pengetahuan kepada suatukeadaan yang baru.

    Contoh: Nisbah dalam membuat kek asas ialah 1:1:1 untuk lemak, tepung dangula. Kirakan keperluan bahan untuk membuat tiga adunan.

    (iv) Aras 4: AnalisisSoalan yang dibina pada aras ini memerlukan pelajar untuk mengasingkan ideaatau perkara utama. Ia juga disebut sebagai mencerakinkan sesuatu maklumatkepada komponen-komponen yang lebih kecil, yang menunjukkan merekamemahami kaitan dan hubungan antara komponen tersebut.

  • OUM 171

    TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

    Contoh: Huraikan faktor yang mempengaruh masalah remaja masa kini.

    Soalan analisis ini memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan danpemahaman tentang sesuatu situasi dan dapat mengasingkan komponen. Contohdi sini ialah faktor rakan, faktor keluarga, faktor media dan faktor pendidikan. Setelahboleh mengenal pasti faktor-faktor tersebut, ia boleh menerangkan bagaimanafaktor-faktor tersebut menjadi penyebab kepada masalah remaja.

    (v) Aras 5: SintesisSoalan yang dibina pada aras ini memerlukan pelajar untuk menggabungkan ataumencantumkan unsur-unsur yang terdapat dalam sesuatu perkara untukmenghasilkan sesuatu yang baru.

    Contoh: Rancangkan satu program untuk menyelesaikan masalah sosial dikalangan remaja.

    Untuk menjawab soalan aras sintesis ini, pelajar perlu terlebih dahulu membuatanalisis tentang faktor-faktor yang mempengaruhi masalah sosial di kalanganremaja. Kemudian, cadangkan aktiviti yang mengambil kira faktor-faktor tersebutyang boleh digunakan bagi mengatasi masalah keruntuhan moral remaja. Misalnya,satu faktor yang telah dikenal pasti ialah keluarga. Maka salah satu sesi programyang bakal dirancang harus melibatkan ibu bapa seperti mengadakan sesi pelajarankeibubapaan. Jelas kita lihat di sini, aras sintesis ini sendiri lebih tinggi dari arasanalisis.

    (vi) Aras 6: PenilaianSoalan yang dibina pada aras ini memerlukan murid melakukan pemilihan, membuatdiskriminasi, memberi rasional, memberi penghakiman, memberi alasan padapendapat yang diaju, menentukan baik-buruk, betul-salah dan kekuatan-kelemahanterhadap sesuatu isu atau idea.

    Contoh: Pada pendapat anda, haruskah sistem berkurung dipraktikkan kepadaremaja dalam usaha menangani masalah sosial di kalangan remaja? Beri rasionalkepada jawapan anda.

    Soalan aras penilaian ini memerlukan pelajar untuk menunjukkan yang merekatelah menguasai soalan aras rendah dalam taksonomi Bloom dan segalapengetahuan dan kefahaman dirumuskan untuk menjadi rasional pada pilihanjawapan yang dibuat.

    Untuk memastikan anda faham, sila jawab soalan di bawah.

    Latihan 10.4

    Baca soalan berikut dan kenal pasti aras soalan tersebut.

    Nyatakan peraturan berpakaian pelajar universiti.

  • 172 OUM

    ALAT BERFIKIR TOPIK 10

    RUMUSAN

    Topik 10 membincangkan alat berfikir. Ahli penyelidik otak mengandaikan bahawa kemahiranberfikir merupakan sesuatu yang boleh dipelajari oleh individu. Alat berfikir adalah instrumenyang dapat membantu kita berfikir dengan lebih sistematik dan berkesan. Beberapa alatberfikir seperti peta minda, grafik, penyoalan dan alat CoRTS telah pun dikaji danperlaksanaannya telahpun dibincangkan dengan contoh yang relevan. Walaupun topik inidibincangkan sebagai satu topik yang berasingan, perlu diingatkan sekali lagi bahawa alat-alat ini perlu diaplikasikan dalam proses berfikir kita sama ada berfikir secara kritis ataukreatif.

    GLOSARI

    CoRT Istilah CoRT ialah singkatan perkataan Cognitive Research Trustyang dipelopor oleh Edwad De Bono. Terdapat sebanyak enambahagian dalam program CoRT, iaitu keluasan persepsi, organisasiproses berfikir, pemikiran kritis, pemikiran kreatif, maklumat danperasaan dan tindakan.

    Pengurusan Grafik Ia merupakan pemetaan atau pola penyusunan yang mewakiliperhubungan antara maklumat- maklumat tentang sesuatu idea. Iaterdiri daripada bentuk atau lakaran grafik dan pengurusan lisan.

    Peta Minda Peta Minda adalah suatu lakaran grafik sebagai satu cara untukmencatat nota dengan ringkas dan berkesan.

    UJIAN 1

    Anda tentu biasa dengan pita minda. Apakah sebenarnya peta minda ini? Adakah peta mindamembolehkan kita mendalami konsep dengan jelas dan memahaminya dengan baik?

    UJIAN 2

    Huraikan aras taksonomi Bloom pada peringkat teratas dan terbawah, iaitu pada tahappengetahuan dan penilaian.