model pendidikan tinggi dan universiti untuk malaysia (1).pdf

16
27

Upload: mohdzamrimurahgmail

Post on 02-Oct-2015

238 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 27

  • Mohd. Azhari Karim, Lee Lik Meng, dan Morshidi Sirat

    28

  • Model untuk Malaysia: Pertimbangan

    29

    MOHD. AZHARI ABDUL KARIM, LEE LIK MENG, DAN MORSHIDI SIRAT

    Pengenalan: Pengaruh yang Berperanan Perubahan dalam landskap pendidikan tinggi pada masa depan berkemungkinan akan dipengaruhi oleh beberapa perkembangan penting semasa yang akan diperhebatkan lima atau sepuluh tahun dari sekarang (Inayatullah dan Gidley, 2000). Tidak kurang penting juga ialah perkembangan baharu yang akan muncul pada masa akan datang dan perkembangan ini akan kukuh-mengukuh antara satu sama lain. Antara beberapa pengaruh semasa yang sering dikaitkan dengan perubahan landskap pendidikan tinggi pada masa depan ialah:

    i. Perkembangan dan kecanggihan ICT ii. Transformasi pendidikan tinggi daripada sesuatu yang dianggap sebagai

    barangan awam menjadi barangan persendirian iii. Pasaran pendidikan tinggi selaras dengan perubahan peranan dan

    matlamat pemerintah dalam arena pendidikan tinggi sesebuah negara iv. Pengglobalan, pengantarabangsaan, dan pewilayahan (kemunculan blok

    yang lebih mantap di Eropah, Asia, dan Amerika) v. Integrasi pendidikan tinggi dalam struktur perundangan perdagangan

    antarabangsa vi. Pemantapan pelbagai bentuk masyarakat (sebagai contoh, masyarakat

    berangkaian) dan ekonomi (sebagai contoh, ekonomi transnasional) vii. Pemantapan masyarakat atau ekonomi yang dipacu atau berteraskan

    pengetahuan viii. Trend sosiobudaya

    ix. Trend demografi Perubahan landskap pendidikan tinggi yang berpunca daripada pengaruh-pengaruh ini tentu sekali berbeza mengikut negara. Menurut Altbach (2004), negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris akan memanfaatkan perkembangan ilmu sains dan kesarjanaan melalui bahasa ini. Seterusnya, paling menarik, Task Force on Higher Education and Society (2000) menjangkakan bahawa sebahagian besar daripada perkembangan pendidikan

    Model Pendidikan Tinggi dan Universiti untuk Malaysia: Pertimbangan Utama 3

  • Mohd. Azhari Karim, Lee Lik Meng, dan Morshidi Sirat

    30

    tinggi dalam dekad akan datang akan berlaku di negara-negara membangun. Oleh hal yang demikian, sebagai sebuah negara yang berintegrasi dengan ekonomi global, Malaysia turut mengalami perubahan pendidikan tinggi yang berpunca dari dalam dan luar negara. Senario Masa Depan Usaha untuk mereka bentuk suatu model sistem pengajian atau universiti untuk Malaysia mementingkan kajian kemungkinan yang berlaku pada masa hadapan, terutamanya yang berkaitan dengan trend pengglobalan, pengantarabangsaan, perkembangan teknologi, falsafah pendidikan, mod dan kaedah penyampaian, demografi, pola sosioekonomi, dan tuntutan industri serta pasaran. Pembangunan senario ialah satu-satunya kaedah untuk menghayati kemungkinan yang berlaku kepada sistem pendidikan tinggi sekiranya sesuatu atau beberapa peristiwa dan perkembangan berlaku, dan setiap satunya kukuh-mengukuh antara satu sama lain. Satu contoh kajian yang pernah dijalankan untuk membangunkan senario universiti dilaporkan oleh Miller (2003) dengan menggunakan Kaedah Empat Kuadrat (Rajah 3.1). Miller mengkaji dua variabel, iaitu intensiti pembelajaran masyarakat (paksi-y), dan cara ilmu dikawal dan diagihkan kepada masyarakat (paksi-x). Seterusnya, Miller mencadangkan enam senario (Rajah 3.2) yang boleh dihuraikan seperti berikut:

    1. Senario pertama (tradisional) merupakan keadaan sekarang dengan kerajaan memainkan peranan yang aktif dan dominan dalam pembiayaan kewangan, kawalan, dan pengurusan universiti. Keupayaan untuk menjana pendapatan sendiri dan penglibatan di arena antarabangsa adalah terhad.

  • Model untuk Malaysia: Pertimbangan

    31

    RAJAH 3.1: Lakaran ruang kemungkinan senario untuk masyarakat berilmu

    Sumber: Diadaptasi daripada Miller (2003)

    2. Senario kedua (keusahawanan) membayangkan bahawa universiti awam dan swasta berupaya memperoleh wang daripada pelbagai sumber (awam dan swasta), tetapi kebanyakan pelajar ialah golongan muda yang memasuki IPT sebagai persediaan untuk berkerjaya dan mendapat pekerjaan. Penekanan senario ini ialah kepada aktiviti penyelidikan yang dianggap semakin penting, kawalan terhadap harta intelek yang lebih ketat, dan pengajaran yang akan menjadi elitis.

    3. Senario ketiga (pasaran bebas), menggambarkan bahawa syarikat swasta akan mengawal universiti swasta, kewangan akan dijana oleh mekanisme pasaran, dan pelajar juga merupakan pekerja syarikat yang memiliki universiti berkenaan. Kuasa pasaran pula akan menentukan pengkhususan universiti (misalnya, universiti penyelidikan, pengajaran, perniagaan, dan pengkhususan-pengkhususan lain).

    4. Senario keempat (pendidikan sepanjang hayat dan bersifat terbuka) mengambil kira trend populasi yang semakin berusia dan tua.

    Senario 4 Ambien

    Senario 3 Elitis Pinggiran

    Senario 2 Terbuka Pinggiran

    Senario 1 Berterusan

    Intensiti pembelajaran masyarakat

    Kawalan ke atas pengetahuan distratifikasi/ketelusan, pengesahan kompetens

    Intensiti Tinggi

    Ambien, huru-hara, berterusan, terbuka

    Intensiti Rendah

    Berpetak, berhierarki, terasing, eksklusif

  • Mohd. Azhari Karim, Lee Lik Meng, dan Morshidi Sirat

    32

    Universiti akan memfokus kepada pembangunan profesional (pekerja dibiayai syarikat untuk belajar) dan peningkatan ilmu dengan penekanan kepada akses universal oleh semua golongan tanpa mengira umur. Oleh hal yang demikian, dalam senario ini, universiti akan hanya memberi sedikit tumpuan kepada penyelidikan dan lebih mementingkan tuntutan pasaran.

    5. Senario kelima (rangkaian institusi sedunia) merupakan tindak balas terhadap tuntutan pasaran. Pelajar akan dapat mereka bentuk kursus sendiri dan boleh memilih kursus daripada mana-mana institusi di seluruh dunia. E-pembelajaran menjadi kaedah penyampaian yang dipilih dan kursus akan menjadi terpiawai. Oleh sebab teknik pengajaran dan teknologi sentiasa berubah, sebilangan besar ahli akademik akan ketinggalan dan hanya sebilangan kecil profesor akan mencapai status bintang handalan.

    RAJAH 3.2: Enam senario universiti

    Sumber: Diadaptasi daripada Miller (2003)

    6. Senario keenam (kepelbagaian pembelajaran yang diakui) membayangkan keadaan apabila sistem pendidikan tinggi secara formal akan lenyap. Pembelajaran akan menjadi satu proses yang bersifat sepanjang hayat, dilaksanakan di pejabat atau di rumah,

    Ijazah ditawarkan oleh pelbagai institusi

    Ijazah ditawarkan oleh beberapa buah institusi sahaja

    Pendidikan Permulaan

    4 Sepanjang Hayat

    Terbuka

    5 Rangkaian

    6 Kepelbagaian

    1 Tradisi

    2 Keusahawanan

    3 Pasaran Bebas

    Pembelajaran Sepanjang Hayat

  • Model untuk Malaysia: Pertimbangan

    33

    berdasarkan pembangunan kendiri, berlaku melalui pengalaman, dan sebagainya. Jadi, 'sumber terbuka' menjadi model pembelajaran utama dan sebahagian besarnya adalah percuma.1

    Membina Model Pengajian Tinggi dan Universiti untuk Malaysia: Pendekatan Pembinaan Senario Pengenalan Model sistem pengajian tinggi dan universiti untuk Malaysia sewajarnya dibangunkan selaras dan selari dengan perubahan pendidikan tinggi pada peringkat global. Jadual 3.1 menjelaskan pengalaman Malaysia dalam meluaskan sempadan pendidikan pada peringkat universiti untuk merangkumi respons kerajaan kepada tuntutan pengglobalan dan pengantarabangsaan pendidikan tinggi (Morshidi, 2007). Antara tahun 1981 hingga 2006, kerajaan telah memperkenalkan tiga model yang berbeza, iaitu universiti pengajaran tradisional, kolej universiti atau politeknik berdasarkan kemahiran dan pembelajaran amali, dan universiti intensif penyelidikan (RIU). Bentuk-bentuk lain seperti dalam Jadual 3.1 mungkin perlu diperkenalkan setelah mengambil kira beberapa opsyen yang melibatkan isu universal, seperti meningkatkan akses dan jaminan kualiti kepada pendidikan tinggi (Morshidi, 2006). Sehubungan dengan ini, dalam usaha untuk mereformasi sektor pendidikan tinggi, kerajaan perlu memberi keutamaan kepada perkara-perkara yang akan memastikan universiti terus berperanan sebagai kustodian pengetahuan, penyelidikan, dan kecemerlangan. Antara isu penting yang perlu diberi keutamaan ialah isu pendanaan dan pembiayaan yang mencukupi untuk universiti, dan prosedur tadbir urus universiti yang efisien dan berkesan.

    1 The Open University di United Kingdom menyediakan semua bahan pembelajaran

    mereka sendiri untuk kegunaan orang ramai mulai Oktober 2006. [The Open University (OU) announces 5.6m project to make learning material free on the internet. Retrieved 10 Mac 2006 from http://www3.open.ac.uk/media/ fullstory.aspx?id=8573/]

  • Mohd. Azhari Karim, Lee Lik Meng, dan Morshidi Sirat

    34

    JADUAL 3.1: Pengalaman Malaysia dalam membangunkan model universiti

    Tahun Perihalan era Model universiti

    19571980 Intelektual Tradisional Universiti pengajaran

    19812004 Campur tangan kerajaan Berasaskan kemahiran Kolej universiti atau politeknik

    Pengkorporatan Korporat

    2006 Pasaran Intensif penyelidikan Universiti penyelidikan

    20072020 Teknologi universiti-industri

    Limunan Ala carte Visi

    Kaedah senario Pada dekad terakhir sebelum sampai kepada Visi 2020, kerajaan perlu ada keupayaan untuk mengawal ketidakpastian yang akan mempengaruhi aras pencapaian visi ini. Suatu kaedah yang perlu dilaksanakan ialah menjana beberapa kemungkinan masa depan atau gambaran masa depan. Gambaran ini boleh membantu pembuat dasar menentukan hala tuju atau fokus strategik sesuatu lakaran dasar yang akan diwujudkan. Kaedah senario akan merumuskan kefahaman tentang trend dan isu yang muncul, selain menjelaskan pilihan dan jangkaan yang akan mempengaruhi masa depan. Penghasilan kaedah ini akan bermula dengan suatu idea, iaitu beberapa aspek masa depan seperti masa depan yang dapat dipercayai, munasabah, mungkin, dan diidamkan yang boleh dikawal melalui penindanan huraian atau gambaran yang telah dibina berdasarkan nilai yang telah diberi kepada sesuatu isu yang dipertimbangkan (Miller, 2003). Senario boleh dihasilkan melalui cara mudah, kompleks, dan strategik. Senario mudah terdiri daripada dua bentuk, iaitu:

    1. Trend dan pembangunan yang sentiasa berubah. Sebagai contoh, kadar enrolmen pelajar wanita boleh berubah kepada rendah, sederhana atau tinggi mengikut masa dan tempat.

    2. Jangkaan, trend, dan nilai amat bermakna kepada kita. Sebagai contoh, tahap autonomi universiti mungkin pada tahap yang diidamkan atau

  • Model untuk Malaysia: Pertimbangan

    35

    yang paling tidak diidamkan, dan mungkin juga pada tahap yang paling diidamkan.

    Senario kompleks pula menggabungkan aspek trend dan jangkaan dan seterusnya menghasilkan beberapa variasi yang berbeza. Dua versi yang mungkin wujud ialah:

    1. Mencampurkan trend enrolmen pelajar wanita di universiti dengan nilai spesifik yang berhubung kait dengan pembelajaran di universiti yang bersifat pacuan pasaran atau pengetahuan. Senario yang berkemungkinan wujud boleh diperlihatkan dalam bentuk matriks. Jadual 3.2 memperlihatkan 12 senario berbeza yang boleh dijana dan dijadikan pilihan sebagai senario suatu model universiti yang akan berkemampuan menerima pelajar wanita atau sebaliknya. Model yang dipilih boleh dijustifikasikan berdasarkan keperluan universiti, sama ada pacuan pasaran atau pengetahuan. Hakikatnya, pada ketika ini hanya kerajaan yang mempunyai kuasa untuk menentukan keperluan terhadap sesuatu senario yang telah disenaraikan.

    2. Beberapa variasi lain juga boleh dijana dengan mencampurkan senario yang terdapat dalam Jadual 3.2. Sebagai contoh, dengan mencampurkan S1 dan S3, akan terjana suatu imej keperluan yang rendah bagi enrolmen pelajar wanita dalam kalangan dua jenis universiti itu, yang seterusnya menghasilkan enrolmen yang rendah sebagai sesuatu yang diingini atau sebaliknya.

    Jadual 3.2: Matriks memperlihatkan julat kemungkinan senario

    Enrolmen

    Universiti pacuan pasaran

    Universiti pacuan pengetahuan

    Keperluan rendah

    Keperluan tinggi

    Keperluan rendah

    Keperluan tinggi

    Rendah S1 S2 S3 S4 Sederhana S5 S6 S7 S8 Tinggi S9 S10 S11 S12

    Konteks membina model untuk Malaysia Senario strategik dibina berdasarkan versi mudah dan kompleks gambaran masa depan, iaitu berdasarkan kemungkinan yang berlaku berbanding dengan

  • Mohd. Azhari Karim, Lee Lik Meng, dan Morshidi Sirat

    36

    gambaran yang mudah dan kompleks. Gambaran mudah dan kompleks hanya sekadar menyampaikan trend dan jangkaan atau pilihan berdasarkan nilai. Sebaliknya, senario strategik ini boleh meluaskan julat kemungkinan yang 'boleh difikirkan' dan 'diidamkan'. Senario ini hanya boleh dijana daripada kemungkinan ini dengan memperkenalkan elemen konteks (Miller, 2003). Usaha membina suatu model universiti untuk Malaysia memerlukan pengenalpastian isu sebagai asas untuk mengubah landskap pendidikan tinggi di Malaysia pada masa depan. Isu yang telah dikenal pasti ialah isu pendidikan tinggi sebagai barangan persendirian dan barangan di pasaran. Kedua-dua isu ini secara langsung ada kaitan dengan isu kualiti dalam pendidikan tinggi. Kedua-duanya juga telah dikenal pasti sebagai pemacu kepada pengubahan landskap pendidikan tinggi pada peringkat global. Isu berteraskan kualiti ini seterusnya akan membabitkan elemen daya saing, sistem pendanaan dan pembiayaan berdasarkan prestasi, dan mod tadbir urus universiti yang cekap. Terdapat tiga mod tadbir urus universiti, iaitu tadbir urus birokratik, tadbir urus yang dikawal arah, dan tadbir urus pasaran masyarakat. Tadbir urus pasaran masyarakat dirasakan akan menyumbangkan sesuatu secara positif kepada kualiti dan daya saing universiti pada masa depan. Oleh hal yang demikian, untuk menghasilkan mod tadbir urus yang berbentuk pasaran masyarakat, dasar pengkorporatan dan seterusnya devolusi perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen; dan bergerak daripada bentuk devolusi terarah kepada devolusi pembangunan. Satu pilihan boleh dibuat daripada 18 senario yang berkemungkinan (Jadual 3.3), yang berupaya menggabungkan pelbagai aspek tadbir urus dan devolusi untuk dijadikan asas kepada model universiti untuk Malaysia. Pilihan tersebut juga mengambil kira kualiti, daya saing, dan sistem pendanaan sebagai pemacu utama sistem universiti. JADUAL 3.3: Matriks beberapa senario berkemungkinan model universiti berdasarkan mod tadbir urus

    Mod tadbir urus Model universiti

    Berpusat Penyahpusatan Berunsur pasaran

    Rendah Tinggi Rendah Tinggi Rendah Tinggi

    Devolusi Rendah S1 S2 S3 S4 S5 S6 Devolusi Sederhana S7 S8 S9 S10 S11 S12 Devolusi Tinggi S13 S14 S15 S16 S17 S18

  • Model untuk Malaysia: Pertimbangan

    37

    Suatu model universiti yang boleh dijadikan contoh ialah model Visi 2020. Model ini mencerminkan hasrat pemimpin untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dari sudut ekonomi, sosial, politik, kerohanian, psikologi, dan budaya. Namun begitu, hasrat dan harapan ini perlu diketengahkan mengikut keutamaan dalam konteks integrasi Malaysia dengan dunia luar juga. Oleh sebab itu, visi universiti pada masa depan sewajarnya merangkumi dua komponen: pertama, komponen yang terdiri daripada dua aspek yang diidamkan; dan kedua, komponen yang mengandungi tiga aspek yang ada kaitan dengan keadaan yang akan berlaku pada masa depan. Komponen pertama, iaitu aspek yang diidamkan, mewakili nilai masyarakat Malaysia, khususnya perkara yang dianggap sebagai aspirasi nasional dan perlu diutamakan. Sementara komponen kedua merujuk kepada bentuk dan kehebatan impak pengantarabangsaan atau pengglokalan kepada Malaysia, khususnya dalam arena pendidikan tinggi. Momentum impak ini boleh dikategorikan kepada perlahan, sederhana, dan laju bergantung kepada respons kerajaan terhadap perubahan yang berlaku. Perubahan yang digambarkan sebelum ini memerlukan kerajaan berhadapan dengan tiga pilihan dari segi bentuk universiti: pertama, 'universiti mengutamakan bumiputera' dengan segala bentuk dasar searah yang berkaitan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan; kedua, 'universiti kebangsaan Malaysia' yang menggabungkan aspek terbaik universiti mengutamakan bumiputera dengan elemen utama Visi 2020; dan ketiga, 'universiti berorientasikan global' atau wadah tumpuan yang akan menyokong hasrat Malaysia menjadi hab pendidikan tinggi antarabangsa, bermula dengan kewibawaannya pada peringkat serantau (Jadual 3.4). JADUAL 3.4: Matriks beberapa senario berkemungkinan model universiti berdasarkan bentuk universiti dan kelajuan pengglokalan

    Bentuk universiti

    Kelajuan pengglokalan

    Universiti mengutamakan

    bumiputera

    Universiti kebangsaan

    Malaysia

    University wadah tumpuan

    Kurang/paling

    diidamkan Kurang/paling

    diidamkan Kurang/paling

    diidamkan

    Perlahan S1 S2 S3 S4 S5 S6 Sederhana S7 S8 S9 S10 S11 S12 Laju S13 S14 S15 S16 S17 S18

  • Mohd. Azhari Karim, Lee Lik Meng, dan Morshidi Sirat

    38

    Senario yang berkemungkinan ini jika disusun akan menghasilkan beberapa pilihan tindakan seperti berikut:

    i. Dapat difikirkan: S5 + S9; S4 + S8 ii. Munasabah: S7 + S4; S6 + S8

    iii. Mungkin: S8; S10; S12 iv. Diidamkan: S2 + S14; S4 + S16; S6 + S18

    Sebagai contoh, sekiranya S5 dan S9 dijadikan landasan untuk membentuk satu model universiti, gabungan ini akan merangkumi aspek berikut: kelajuan pengglokalan bergerak daripada perlahan hingga sederhana, dan menjadikan pilihan universiti kebangsaan Malaysia dan universiti wadah tumpuan kurang diminati. Oleh hal yang demikian, pilihan yang bermakna ialah pilihan yang menggabungkan ciri kedua-dua universiti itu. Rupa bentuk yang akan terhasil terpulang kepada kerajaan atau penaja universiti tertentu. Sebaliknya, pilihan S4 ialah satu pilihan yang 'ideal'; sedangkan pilihan yang boleh diterima ramai ialah S8, S10, dan S12, iaitu pilihan tengah. Implikasi pilihan senario Pilihan senario berkemungkinan menimbulkan persoalan tentang implikasi senario-senario ini kepada model IPT dan universiti untuk Malaysia. Persoalan lain ialah bentuk dan masa depan IPT dan universiti yang menjadi impian masyarakat Malaysia. Selain itu, diajukan juga persoalan sama ada terdapat atau tidak peristiwa atau trend yang tidak dapat dielakkan dan akan memandu pendidikan tinggi ke arah atau trajektori tertentu. Misalnya, mungkin teknologi maklumat (IT) dan Internet akan membuka ruang kepada sektor swasta untuk menguasai pendidikan tinggi sehingga mengancam kedudukan universiti awam dari segi kos, cara penyampaian, dan kaedah pendidikan. RMK-9 dan Laporan Wan Zahid telah mengupas sebahagian besar persoalan yang diajukan di atas. Oleh hal yang demikian, berdasarkan perkara-perkara yang telah dihuraikan dalam dokumen-dokumen ini dan merujuk kepada Jadual 3.4, kombinasi senario yang membentuk senario besar yang diidamkan ialah trajektori perubahan pendidikan tinggi yang perlu dijadikan panduan kepada tindakan. Langkah logik seterusnya adalah menjadikan pertimbangan ini sebagai prinsip aturan untuk merangka model universiti untuk Malaysia.

  • Model untuk Malaysia: Pertimbangan

    39

    Idea Teras atau Pemacu Model Sistem Pendidikan Tinggi dan Universiti untuk Malaysia Model sistem pendidikan tinggi dan universiti untuk Malaysia dibangunkan berdasarkan beberapa idea asas. Pertama, idea tentang perbezaan peranan, yang bermaksud setiap kelompok atau kategori IPT di Malaysia mempunyai peranan dan tanggungjawab tertentu berdasarkan perlembagaan atau/dan statut masing-masing. Walau bagaimanapun, perlembagaan atau/dan statut ini perlu dikemas kini agar selaras dan selari dengan tuntutan dan cabaran pendidikan tinggi yang berdepan dengan isu pasaran dan kualiti. Idea kedua, IPT sama ada IPTS atau IPTA, dan sama ada kedua-duanya memainkan pelbagai peranan atau bersifat satu tujuan, intensif penyelidikan atau tidak, tidak boleh dijadikan asas untuk membezakan IPT Malaysia pada masa akan datang. Masa depan Malaysia pada peringkat antarabangsa dalam konteks senario yang telah dihuraikan sebelum ini bergantung kepada model IPT yang terdiri daripada dua kategori sahaja, iaitu yang menganugerahi ijazah dan tidak menganugerahi ijazah. Berdasarkan idea ini, semua IPT yang menawarkan ijazah akan dikenali sebagai universiti. Sehubungan dengan ini, undang-undang yang berkaitan dengan pendidikan tinggi di Malaysia mungkin perlu dikaji semula. Dalam hal ini IPT di Malaysia tidak lagi perlu dibezakan berdasarkan sumber dana atau pembiayaan; iaitu perbezaan dalam undang-undang dan pelaksanaan, hanya perlu dibezakan sama ada IPT itu berstatus menganugerahi ijazah atau sebaliknya. Idea ketiga pula berdepan dengan proses pengglobalan dan pengantarabangsaan yang semakin pesat dan meluas. Persaingan akan menjadi lebih sengit; dan dalam hal ini kualiti pendidikan tinggi, khususnya pemantapan kualiti, akan menjadi penentu utama kepada kemunculan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi antarabangsa. Umumnya, penekanan kepada kualiti dalam pendidikan tinggi berpunca daripada beberapa perubahan dan pengaruh berikut (Cecelia Tsui, 2002):

    i. Perubahan konteks pendidikan tinggi (sebagai contoh, profil demografi

    pelajar yang semakin berbeza, pengantarabangsaan pendidikan tinggi, dan pasaran tenaga kerja)

    ii. Kuasa dan pengaruh pasaran yang semakin meningkat dan persaingan yang semakin sengit

    iii. Ketidakpuasan dalam kalangan pelajar dan majikan iv. Pengembangan pendidikan tinggi dalam keadaan dana yang terhad v. Tuntutan akauntabiliti dalam kalangan institusi pendana atau pembiaya

  • Mohd. Azhari Karim, Lee Lik Meng, dan Morshidi Sirat

    40

    Semua pengaruh ini juga adalah relevan dalam konteks perubahan landskap pendidikan tinggi Malaysia pada masa depan. Konsep Model Pendidikan Tinggi dan Universiti Model pengajian tinggi dan universiti untuk Malaysia yang berdasarkan idea teras yang dijelaskan sebelum ini, perlu mengandungi beberapa komponen penting seperti berikut:

    i. Tujuan atau matlamat IPT dan universiti ii. Falsafah pengajaran dan pembelajaran

    iii. Sistem tadbir urus, pentadbiran, dan kewangan Tujuan dan matlamat pengisian IPT dan universiti banyak bergantung kepada kedudukan IPT dan universiti dalam konteks senario perubahan landskap pendidikan tinggi negara dan global. Tujuan dan matlamat ini boleh ditentukan melalui suatu proses pewawasan yang melibatkan semua pemegang taruhan (Morshidi, 2007). Dalam era perindustrian, IPT berfungsi untuk membangunkan negara dan pendidikan lebih menjurus kepada kaedah mengajar (Rajah 3.3). Matlamat utama IPT adalah untuk menghasilkan siswazah yang mempunyai kemahiran dan ilmu tertentu yang sesuai untuk mengisi jawatan dalam industri. Paradigma objektivis pula menjadi asas kepada tingkah laku profesor dan pelajar, dengan ilmu dianggap sebagai sesuatu yang benar dan hanya terdapat satu kebenaran. Ilmu yang ada pada atau diwujudkan oleh para profesor akan diturunkan kepada pelajar melalui kaedah mengajar, iaitu bersifat sehala daripada profesor kepada pelajar. Oleh hal yang demikian, dalam situasi begini, budaya mengulas, merungkai, mengupas, dan mungkin juga mencabar pandangan, pendapat dan ilmu dalam kalangan masyarakat kampus IPT bukan sesuatu yang lumrah. Situasi begini menimbulkan keadaan yang menunjukkan bahawa penilaian hanya bersifat 'lulus-gagal' dan pelajar hanya perlu menunjukkan pemahaman ilmu untuk lulus pengajian. Ringkasnya, pelajar tidak diberi peluang dan galakan untuk meneroka minat atau bakat masing-masing. Selain itu, dalam era perindustrian ini juga umpamanya, kursus-kursus diatur dan ditawarkan mengikut disiplin dan pelajar hanya bertumpu kepada disiplin masing-masing. Oleh sebab itu, senario paling penting ketika ini ialah pendidikan di IPT dilihat sebagai elitis kerana hanya institusi yang mampu sahaja berpeluang melalui dan memanfaatkan pendidikan tinggi.

  • Model untuk Malaysia: Pertimbangan

    41

    RAJAH 3.3: Model universiti era perindustrian

    Sumber: Diadaptasi daripada Conway (2005)

    RAJAH 3.4: Model pembelajaran terkini

    Sumber: Diadaptasi daripada Conway (2005)

    Pembangunan ilmu

    Pengajaran

    Gedung ilmu

    Disiplin dan subjek

    Subordinat pelajar

    Peperiksaan lulus atau gagal

    Profesional dan kelas sosial elit

    Monopoli: pencapaian ilmu penganugerahan ijazah

    Kebenaran objektif, fakta

    Sarjana

    Bayaran penyumbang

    Wadah ilmu (perpustakaan)

    Bina negara Bina kekuatan industri negara

    Jaringan global

    Memudahkan dan memandu pembangunan insan selengkapnya

    Bina kekuatan industri pasaran bebas Persekitaran tepu

    pengetahuan

    Pembiayaan berasaskan negara dan pasaran

    Pembelajaran sepanjang hayat

    Modul dan kompetens

    Pelajar sebagai pelanggan, berpusatkan pelajar

    Penjenamaan dalam persekitaran bersaing, monopoli terhakis

    Fokus vokasional, tauliah sedia kerja, semua 'belajar atau berpendapatan'

    Penyampaian dan penilaian fleksibel

    Wacana pembelajaran melalui penyertaan

    Makna yang subjektif, kualitatif

  • Mohd. Azhari Karim, Lee Lik Meng, dan Morshidi Sirat

    42

    Model baharu universiti yang muncul kini (Rajah 3.4) dilihat dari sudut 'pembelajaran' (berbanding dengan 'pengajaran'). Para profesor tidak lagi menjadi fokus dalam kelas kerana proses pembelajaran telah beralih daripada pengajar kepada pelajar (berpusatkan pelajar). Pendidikan bersifat dua hala ini ialah satu proses tunjuk ajar dan fasilitasi untuk menghasilkan seorang siswazah yang holistik. Selain itu, paradigma objektivis sebelum ini menggantikan paradigma konstruktivis, iaitu ilmu dianggap mempunyai makna yang subjektif dan kualitatif. Oleh itu, pembelajaran memerlukan penyertaan yang tinggi dalam kalangan pelajar dan profesor. Oleh sebab itu, disiplin pengajian tidak lagi penting dan pelajar digalakkan untuk mengambil kursus daripada pelbagai disiplin (merentas disiplin). Model universiti pada masa depan juga perlu mengambil kira perkembangan pada peringkat global, mempunyai hubungan erat dengan institusi luar, dan mesti mudah dicapai oleh semua lapisan masyarakat yang berbeza kemampuan kewangan, bakat, dan intelek (pelbagai kepintaran). Senario ini telah digariskan dalam RMK-9 dan Laporan Wan Zahid.

    Kesimpulan Beberapa hal penting yang perlu diambil kira dalam usaha untuk menjana sistem model IPT dan universiti untuk Malaysia telah dibentangkan dan terbukti bahawa pertimbangan ini ada kaitan dengan perubahan dan perkembangan pada peringkat global dan lokal yang rancak dan amat berpengaruh. Model sistem pendidikan tinggi dan universiti untuk Malaysia boleh dijana berdasarkan pembinaan senario dengan menggunakan Kaedah Empat Kuadrat. Kaedah ini memperlihatkan penghasilan beberapa kemungkinan atau gambaran masa depan dan keputusan akhir tentang senario yang dipilih bergantung kepada keutamaan kerajaan. Perkara paling penting ialah gambaran ini boleh membantu pembuat dasar menentukan hala tuju atau fokus strategik bagi sesuatu lakaran dasar yang akan diwujudkan. Senario yang telah dibina itu membolehkan beberapa idea model sistem IPT dan universiti yang mengandungi elemen perbezaan peranan, kategori (sama ada menganugerahi atau tidak menganugerahi ijazah), dan kualiti pendidikan tinggi keseluruhannya diteroka. Seterusnya, model universiti untuk Malaysia perlu mengandungi beberapa komponen utama yang terdiri daripada tujuan atau matlamat IPT dan universiti; falsafah pengajaran dan pembelajaran; dan sistem tadbir urus, pentadbiran, dan kewangan.