model mentoring

3
1.4 MODEL PEMENTORAN Pementoran merupakan satu pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor (pegawai yang terlatih, berkemahiran dan beretika) bagi pembangunan diri menti (pegawai yang memerlukan bimbingan). Pendekatan ini melibatkan aktiviti perhubungan, pemindahan kemahiran peribadi dan profesional seorang pegawai dalam jangka masa yang ditetapkan. Mentor merupakan seorang pegawai yang dilantik untuk membimbing dalam perkembangan kerjaya seorang pegawai. Biasanya mentor adalah seorang yang lebih kanan atau berpengalaman dan boleh dijadikan sebagai role model dalam kalangan rakan-rakan sekerja. Menti bermaksud pegawai yang dibantu oleh mentor dalam proses perhubungan pementoran dan biasanya merupakan seorang yang memerlukan bantuan dalam pembangunan diri, perkembangan dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam kehidupan. 1.4.1 Competency-based   Model Modul ini menggunakan dua model pementoran utama iaitu competency-based model dan reflective model. Pementoran competency-based  model merupakan pembelajaran wujud melalui pemerhatian dan modelling. Proses ini dilakukan untuk menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang diperlukan sebagai seorang guru (Zachary, 2012). Dalam modul Buddy Support  ini, model ini digunakan pada fasa kedua. Pemerhatian dilakukan oleh para mentor yang dikenal sebagai buddy  mentor sewaktu buddy  mentee melaksanakan pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Pemerhatian ini dilakukan untuk mengetahui sejauh mana kompetensi buddy  mentee dalam pengurusan masa, pengurusan kelas dan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Dalam model competency-based  ini, mentor berperanan sebagai pelatih yang sistematik (systematic trainer ) kepada mentee. Disamping itu, model ini juga memfokuskan objektif yang khusus dan kompetensi yang berkaitan dengan kemahiran

Upload: donorich-joseph-anson

Post on 10-Feb-2018

261 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Model Mentoring

7/22/2019 Model Mentoring

http://slidepdf.com/reader/full/model-mentoring 1/3

1.4 MODEL PEMENTORAN

Pementoran merupakan satu pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan

bantuan secara profesional oleh mentor (pegawai yang terlatih, berkemahiran dan

beretika) bagi pembangunan diri menti (pegawai yang memerlukan bimbingan).

Pendekatan ini melibatkan aktiviti perhubungan, pemindahan kemahiran peribadi dan

profesional seorang pegawai dalam jangka masa yang ditetapkan.

Mentor merupakan seorang pegawai yang dilantik untuk membimbing dalam

perkembangan kerjaya seorang pegawai. Biasanya mentor adalah seorang yang lebih

kanan atau berpengalaman dan boleh dijadikan sebagai role model dalam kalangan

rakan-rakan sekerja. Menti bermaksud pegawai yang dibantu oleh mentor dalam proses

perhubungan pementoran dan biasanya merupakan seorang yang memerlukan

bantuan dalam pembangunan diri, perkembangan dan pemantapan kerjaya serta

penyesuaian dalam kehidupan.

1.4.1 Competency-based  Model 

Modul ini menggunakan dua model pementoran utama iaitu competency-based

model dan reflective model. Pementoran competency-based   model merupakan

pembelajaran wujud melalui pemerhatian dan modelling. Proses ini dilakukan untuk

menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang diperlukan sebagai seorang guru

(Zachary, 2012). Dalam modul Buddy Support   ini, model ini digunakan pada fasa

kedua. Pemerhatian dilakukan oleh para mentor yang dikenal sebagai buddy   mentor

sewaktu buddy   mentee melaksanakan pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.

Pemerhatian ini dilakukan untuk mengetahui sejauh mana kompetensi buddy  mentee

dalam pengurusan masa, pengurusan kelas dan mencapai objektif pengajaran danpembelajaran didalam kelas.

Dalam model competency-based   ini, mentor berperanan sebagai pelatih yang

sistematik (systematic trainer ) kepada mentee. Disamping itu, model ini juga

memfokuskan objektif yang khusus dan kompetensi yang berkaitan dengan kemahiran

Page 2: Model Mentoring

7/22/2019 Model Mentoring

http://slidepdf.com/reader/full/model-mentoring 2/3

(mengajar) dimana latihan serta prosedur adalah terancang. Dalam modul ini, buddy

mentor berperanan sebagai rakan buddy  mentee untuk bersama-sama merancang satu

rancangan pengajaran harian untuk dikendalikan didalam kelas buddy  mentee.

Selepas itu, buddy   mentee akan melaksanakan rancangan pengajaran harian

tersebut didalam kelasnya sambil diperhatikan (observe) oleh buddy   mentor. Buddy  

mentor akan mengenalpasti kekuatan dan kekurangan pengajaran dan pembelajaran

tersebut. Proses ini sangat penting kerana ianya dapat membantu buddy   mentee

meningkatkan kualiti pengajaran didalam kelas serta dapat memperbaiki

kemahiran/kompetensi yang diperlukan sebagai seorang guru.

1.4.2 Reflective Model

Reflective model merupakan model pementoran yang banyak digunakan dalam

bidang pendidikan. Model ini penting kerana pembelajaran akan lebih bermakna apabila

seseorang individu itu dapat melihat kekuatan dan kekurangan pada diri sendiri. Dalam

modul Buddy Support ini buddy   mentee akan dapat membuat refleksi terhadap

pengajaran dan pembelajaran didalam kelas berdasarkan dapatan pemerhatian

daripada para buddy   mentor. Sesi refleksi dalam modul ini dijalankan sebaik sahaja

pengajaran dan pembelajaran didalam kelas selesai. Ini kerana, sesi refleksi akan lebih

bermakna jika berlangsung sebaik sahaja aktiviti selesai. Semua ahli buddy boleh

memberi pendapat dan respon yang lebih berkesan kerana mereka lebih mengingati

peristiwa yang baru sahaja berlaku.

Dalam model ini terdapat dua jenis refleksi iaitu reflection-in-action  dan

reflection-on-practice. Reflection-in-action  merupakan guru akan membuat refleksi

keatas keberkesanan pengajaran dan pembelajaran didalam kelasnya. Seterusnya,akan membuat penambahbaikan keatas kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti

semasa proses refleksi (Ghaye & Ghaye, 1998). Dalam modul Buddy Support ini,

reflection-in-action ini dapat kita lihat pada sesi refleksi pertama dimana buddy mentee

membuat refleksi keatas pengajarannya didalam kelas dan membuat penambahbaikan

pada rancangan pengajaran harian yang telah dihasilkan bersama-sama dengan buddy

Page 3: Model Mentoring

7/22/2019 Model Mentoring

http://slidepdf.com/reader/full/model-mentoring 3/3

mentor. Seterusnya, buddy mentee tersebut akan mengulang semula rancangan

pengajaran yang telah diubah suai didalam kelas yang sama atau pun dalam kelas

yang berbeza tetapi tahap akademik murid serupa dengan kelas sebelum ini.

Reflection-on-practice adalah refleksi yang dilakukan akan membantu guru untuk

membuat keputusan dengan bijaksana. Refleksi yang dilakukan lebih kepada melihat

apa yang sedang berlaku didalam dan disekeliling persekitaran kelas mahupun sekolah

guru tersebut (Schön, 1987; Ghaye & Ghaye, 1998). Dalam modul ini, reflection-on-

 practice dapat kita lihat pada sesi penentuan matlamat pengajaran. Pada sesi ini,

semua ahli buddy berbincang permasalahan pembelajaran yang berlaku dalam

kalangan murid mereka. Seterusnya, semua ahli buddy akan berkolaborasi membina

satu rancangan pengajaran harian yang lengkap bagi mengatasi masalah pembelajaran

murid tersebut.

Keseluruhannya, dalam fasa kedua iaitu program Buddy Mentoring

menitikberatkan penggunaan dua model pementoran yang telah dibincangkan.

Gambaran penggunaan model-model tersebut boleh dilihat pada rajah dibawah.

Rajah 1.4: Penggunaan Model-model Pada Fasa Kedua. 

Fasa Kedua:

Buddy Mentoring

Competency-based  

model

Reflective model