model kurikulum taba

Upload: rina182

Post on 03-Jun-2018

3.021 views

Category:

Documents


48 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Model Kurikulum Taba

    1/4

    Model Kurikulum Taba

    Model Kurikulum Taba ( 1962 ) berlandaskan kepada Kurikulum Sekolah Dewey (

    1896 hingga 1904 ) dan Laporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum ( 1933 hingga

    1941 ) di USA.

    Objektif pelajaran Model Kurikulum Taba ditentukan berdasarkan falsafah

    pragmatisme yang mengandungi logik penyelesaian masalah melalui aktiviti inkuiri-

    penemuan.

    Hilda Taba bersetuju dengan Dewey bahawa kurikulum sekolah harus ditentukan

    berdasarkan logik penyelesaian masalah dan strategi berpusatkan pelajar sebagai

    objektif utama.

    Taba menekankan kurikulum seharusnya direka bentuk oleh pengguna program.

    Guru seharusnya memulakan proses pembangunan kurikulum dengan membina unit

    pengajaran dan pembelajaran khusus untuk pelajaran.

    MODELTABA

    Dikenali sebagaiModel Pembangunan

    Konsep

    Menekankan

    pendekatan induktifMenggunakan

    pendekatan grassroot ( guru )

    Melaksanakan

    pendekatan bawah keatas ( bottom-up )

    Dikenali sebagaimodel preskriptif

    Mengutamakanpenyusunan bahan-

    bahan pengajarandalam P & P

  • 8/12/2019 Model Kurikulum Taba

    2/4

    Hilda Taba telah mengusulkan suatu Model Kurikulum yang lebih lengkap dan

    mantap. Terdapat tujuh langkah dalam Kurikulum Taba :

    Pertama : Diagnosis atas permintaan kurikulumnya

    Kedua : Ringkasan objektif objektif kurikulum

    Ketiga : Pemilihan isi kandungan kurikulum

    Keempat : Organisasi isi kandungan kurikulum yang dipilih

    Kelima : Pemilihan pengalaman pembelajaran

    Keenam : Organisasi pengalaman pembelajaran yang dipilih

    Ketujuh : Pengukuran dan penilaian

  • 8/12/2019 Model Kurikulum Taba

    3/4

    KEKUATAN

    MODEL TABA

    Kurikulum sebagai rancangan untuk bertindak

    Berorientasi melalui cara-cara aktif dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran

    Membantu perkembangan kurikulum

    Objektif sebagai platform untuk aktiviti di sekolah

    Penyusunan bahan pengajaran yang sistematik

    membantu pembentukan konsep yang tepatKELEMAHAN

    MODEL TABA

    Tertakluk kepada perancangan dan penyusunan

    bahan oleh guru

    Bergantung sepenuhnya kepada guru kerana guru

    perlu memainkan peranan utama

    Pelajar hanya menunggu guru membuat

    perancangan

    Melatih kreativiti guru dan mengurangkan kreativiti

    pelajar

  • 8/12/2019 Model Kurikulum Taba

    4/4

    Rujukan :

    Mok Soon Sang ( 2008 ). Pengurusan Kurikulum . Selangor : Penerbitan Multimedia

    Sdn.Bhd

    Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Hj Abd Aziz ( 2004 ). Pedagogi Asas Pendidikan .

    Kuala Lumpur : Kayazano Enterprise

    Saedah Siraj ( 2005 ). Kurikulum Masa Depan . Kuala Lumpur : Universiti Malaya

    Publications

    Rujukan Laman Sesawang :

    http://en.wikipedia.org/wiki/Hilda_Taba

    http://en.wikipedia.org/wiki/Hilda_Tabahttp://en.wikipedia.org/wiki/Hilda_Tabahttp://en.wikipedia.org/wiki/Hilda_Taba