model id : didea

13
1

Upload: laili-farhana-mi

Post on 22-Jan-2015

1.555 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • 1.

2. Rajah 1: Elemen di dalam model DIDEA Teori & Rekabentuk Instruksional ASSESSMENT ASSESSMENT 3.

  • Model DIDEAmerupakan salah satu model yang boleh diguna pakai di dalam bidang pendidikan dan latihan contohnya untuk menghasilkan koswer. Model ini adalah ciptaan kami sendiri yang diadaptasi dari model ADDIE dan model DDD-E
  • Model ini mengandungi 5 (lima) fasa utama iaitu fasa penentuan, fasa penciptaan, fasa pembinaan, fasa perlaksanaan dan fasa penilaian.
  • Setiap fasa saling berhubung kait diantara satu sama lain.

Teori & Rekabentuk Instruksional 4.

  • Bagi fasa pertama hingga ke fasa keempat, ia perlu melakukan proses penilaian apabila setiap pembangunan proses selesai dilaksanakan.
  • Apa yang menjadikan setiap fasa ini harus dinilai sebelum membolehkan mereka meneruskan pembangunan ke atas fasa yang berikutnya adalah bagi memastikan setiap sub aktiviti benar-benar memenuhi apa yang dikendaki oleh pembangun.
  • Konsep yang diterapkan ke atas model ini mampu mencapai objektif yang diperlukan oleh para pembangun.

Teori & Rekabentuk Instruksional 5. Teori & Rekabentuk Instruksional

  • Fasa ini menentukan keutamaan dan kepentingan untuk sesuatu projek yang hendak dibangunkan. Mengandungi 4 sub aktiviti iaitu:
  • Menentukan objektif: Matlamat, spesifikasi dan skop sesuatu projek ditentukan.
  • Mengenalpasti pengguna: latar belakang, tahap sosial, tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan persekitaran.
  • Mengenalpasti keperluan: Mendefinisikan dan menstrukturkan keperluan pengguna dari segi ciri-ciri, fungsi, antaramuka, platform, perkakasan dan perisian pembinaan.
  • Merancang strategi: jadual, tempoh pembinaan, kos (tangible & intangible), alternatif koswer jika berlaku kerosakan atau kesilapan

6.

  • Fasa ini merupakan fasa merekabentuk koswer yang terdiri daripada rekabentuk logikal dan rekabentuk fizikal. Rekabentuk logikal ialah ciri fungsian dan perisian yang terlibat manakala rekabentuk fizikal ialah perkakasan. Mengandungi 3 sub aktiviti iaitu:
  • Rekabentuk Carta alir: di gambarkan ke dalam bentuk diagram carta alir yang mengandungi fungsi utama dan ciri-ciri.
  • Rekabentuk Papan cerita: gambaran secara visual dengan mengambil kira susun atur simbol, rekabentuk instruksional, penggunaan elemen multimedia dan navigasi. Ciri-ciri bukan fungsian seperti ketepatan, waktu tindak balas (respond time), kebolehgunaan, kepuasan pengguna dan sebagainya
  • Urutan kandungan: dipilih dan disusun mengikut ketegori dan maklumat yang ingin disampaikan.

Teori & Rekabentuk Instruksional 7.

  • Fasa ini adalah fasa pembinaan koswer berdasarkan hasil dari fasa penciptaan. Segala carta alir, papan cerita dan urutan kandungan diikuti dengan selari. Jika terdapat perubahan, ia mestilah dirujuk terlebih dahulu sebelum dibina. Ia mengandungi 4 sub aktiviti:
  • Pembinaan Fungsian: dibina berdasarkan objektif yang telah ditetapkan. Ia lebih kepada bahagian teknikal.
  • Pembinaan Bukan Fungsian: Bukan fungsian adalah sokongan kepada fungsian. Contohnya ketepatan, konsisten, mesra pengguna dan boleh dipercayai.

Teori & Rekabentuk Instruksional 8.

  • Pembinaan Arahan: Bagi koswer yang mempunyai skop besar, pengguna yang pelbagai peringkat (pentadbir,guru,pelajar,ibubapa) atau kandungan yang agak rumit, pembina harus membina satu kod arahan, panduan dan syarat. Contohnya, pelajar tidak boleh menggunakan fungsi yang digunakan oleh guru atau pun pentadbir.
  • Prinsip Rekabentuk: perlu mengikut prinsip-prinsip rekabentuk seperti disiplin Interaksi Manusia-Komputer (HCI) bagi menjamin adanya hubungan interaksi diantara pengguna dan koswer.

Teori & Rekabentuk Instruksional 9.

  • Fasa ini adalah fasa pengujian setelah sesuatu prototaip koswer selesai dibina. Fasa ini penting bagi memastikan sama ada objektif tercapai atau tidak, fungsian berfungsi atau tidak dan sama ada koswer ini boleh diterima oleh pengguna atau tidak. Ia mengandungi 3 sub aktiviti iaitu:
  • Pemasangan: Sesuatu koswer yang memerlukan perisian khusus perlu dipasang pada komputer. Jika ia adalah web base, komputer mestilah dilengkapi dengan kemudahan internet. Kadang-kadang melibatkan kepada perkakasan seperti alat pengimbas, projektor, mesin pencetak dan sebagainya.

Teori & Rekabentuk Instruksional 10. Teori & Rekabentuk Instruksional

  • Konfigurasi: untuk mengawal pengguna dan keperluannya. Sebagai contoh, terdapat beberapa fungsian yang boleh digunakan untuk semua pengguna dan terdapat beberapa fungsian yang hanya boleh digunakan oleh pentadbir/ pembina koswer ini sahaja.
  • Latihan: Sesuatu koswer yang baru haruslah diperkenalkan, didedahkan dan diberi latihan kepada penggunanya. Menyediakan kursus untuk penggguna supaya pengguna boleh memanfaatkan keseluruhan fungsi dan ciri koswer sebaik mungkin dan perlu dilengkapi dengan manual pengguna sebagai sokongan.

11.

  • Fasa ini adalah fasa yang meliputi keempat-empat fasa yang lain dimana setiap fasa akan dinilai sepanjang tempoh pembinaan koswer ini. Pembangun koswer perlu membuat penilaian kebolehsanaan (feasibility evaluation) dimana juga menekankan hal ekonomi, teknikal, operasi, jadual dan politik bagi memastikan koswer ini sah dan sesuai digunakan.Fasa ini juga melibatkan pengubahsuaian, penambahbaikan dan dokumentasi koswer yang dibangunkan .

Teori & Rekabentuk Instruksional ASSESSMENT ASSESSMENT 12.

  • Sebagai kesimpulan, model ID amat diperlukan dalam semua jenis pembangunan koswer tanpa mengira sama ada ia melibatkan skop pengguna besar atau kecil bagi menjamin kualiti sesebuah koswer dan mencapai objektif.
  • Model DIDEA adalah diyakini amat sesuai kerana ia mencakupi kesemua elemen asas dalam sesebuah pembangunan sistem ataupun koswer.

Teori & Rekabentuk Instruksional