model bunker and thorpe

9
MODEL BUNKER AND THORPE [TGFU ( Teaching Games For Understanding )] MODEL BUNKER AND THORPE PENGENALAN TGfU dihasilkan oleh Bunker and Thorpe pada tahun 1982 untuk pelajar-pelajar sekolah menengah TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan: Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan Meningkatkan tahap aktiviti fizikal Menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan pendidikan jasmani sehingga masa kini FAKTOR-FAKTOR Terdapat beberapa isu timbul di kalangan pelajar-pelajar Britain pada 1980-an yang mendorong Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGfU: Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan Kekurangan pengetahuan tentang permainan Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat keputusan Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjolkan MATLAMAT Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

Upload: nixzal

Post on 30-Dec-2015

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Model Bunker and Thorpe

MODEL BUNKER AND THORPE [TGFU ( Teaching Games For Understanding )]

MODEL BUNKER AND THORPE

PENGENALAN

TGfU dihasilkan oleh Bunker and Thorpe pada tahun 1982 untuk pelajar-pelajar sekolah

menengah

TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan:

Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan

Meningkatkan tahap aktiviti fizikal

Menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan,

motivasi serta bersuka ria

Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan pendidikan jasmani sehingga masa kini

FAKTOR-FAKTOR

Terdapat beberapa isu timbul di kalangan pelajar-pelajar Britain pada 1980-an yang

mendorong Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGfU:

Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan

Kekurangan pengetahuan tentang permainan

Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat keputusan

Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan

Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjolkan

MATLAMAT

• Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

• Menurut falsafah TGfU, pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk

menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang

sesuai ketika permainan berjalan

• Model TGfU juga menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan

Page 2: Model Bunker and Thorpe

PERKEMBANGAN

• Selepas kajian Bunker dan Thorpe, falsafah dan teori dalam TGfU masih diubahsuai dan

diperkembang dari semasa ke semasa

• Secara mendalam dan tepat, TGfU adalah lebih pratikal dan mudah diaplikasikan dalam

permainan bola

• Pada tahun 2004, Webb and Pearson telah mengkategorikan permainan kepada empat

kategori utama:

– Target

– Striking / Fielding

– Net / Wall

– Invasion

KATEGORI PERMAINAN

• Target

– Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata

– Contoh: bowling, archery, golf

• Striking / Fielding

– Perlawanan yang melibatkan dua pihak: pasukan striking dan pasukan fielding

– Mengumpul mata melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan

– Contoh: baseball , softball, cricket

• Net / Wall

– Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding

– Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang

Page 3: Model Bunker and Thorpe

– Contoh: badminton, squash, table tennis

• Invasion / Serangan

– Permainan berpasukan

– Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpul mata

– Contoh: soccer, basketball, handball

TUJUAN MENGKATEGORIKAN PERMAINAN

• Setiap permainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan peraturan yang mirip

atau seiras

• TGfU bertujuan untuk menggalakkan palajar-pelajar melibatkan diri dalam pelbagai

permainan

• Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori, pelajar akan memperoleh

pengetahuan asas atas peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori tersebut

• Oleh itu, pelajar akan bermampu untuk menyertai permainan lain dalam kategori yang sama

• Contoh:

Pelajar yang telah belajar bola keranjang atau bola sepak dapat main bola baling

TGFU ( Teaching Games For Understanding )

TGFU diperkenalkan dan diperkembangkan oleh Bunker dan Thorpe pada tahun 1982.yang

kemudiannya dikembangkan secara esktensifnya.

Beliau telah memeperkenalkan satu perdekatan yang berlainan dan tersendiri dalam pengajaran

permainan. Dalam model TGFU tumpuan terletak pada pelajar di dalam permainan,di mana pelajar

perlu bertindak untuk membuat keputusan dan pemyelesaian masalah dengan bijak dalam

permainan. Ini bermakna pelajar mesti dibekalkan dengan game sense �, play practice � dan game

centerd approach � iaitu keseronokan permainan , latihan simulasi dan tumpuan permainan., yang

mengaplikasikan konsep, prinsip, strategi dan taknik dalam aktiviti fizikal.

Page 4: Model Bunker and Thorpe

Dalam pendekatan TGFU terdapat empat kategori permainan iaitu

1. Jaring/ gelanggang (net/court or wall)

2. Penyerangan (invasion)

3. Pemukulan dan padang (striking/fielding) dan

4. Permainan Target /sasaran ( target games )

Jaring / Gelanggang ( net/ wall)

Permainan melibatkan aktiviti menghantar satu objek ke kawasan pihak lawan dan berusaha

menghalang pihak lawan menghantar balik ,untuk mendapat mata. Contoh permainan kategori ialah

seperti tenis ,bola tampar, dan squash.

Penyerangan ( Invasion )

Penyerangan ialah permainan yang bertujuan menceroboh kawasan pihak lawan untuk

mendapatkan mata dalam masa yang ditentukan. Objek atau bola dibawa bersama untuk lontar ke

targetnya atau gol pihak lawan untuk mendapat mata. Contoh: hoki, soccer, bola keranjang dan bola

jarring.

Pemukulaan dan Padang

Permainan yang melibatkan pukulan dan padang.Ia bertujuan untuk mengutip mata dengan

membuat larian dalam masa yang dibenarkan atau sebelum pihak lawan Berjaya menangkap bola

atau objek. Contoh permainan tersebut ialah seperti kriket,softball dan baseball

Permainan Target

Bentuk permainan ini melibatkan sasaran ditentukan dan pelancar digunakan untuk mengena

sasaran setepat mungkin untuk mendapat mata. Contoh permainan tersebut ialah golf, memanah ,

tenpin bowling.

Dalam model TGFU terdapat tiga pendekatan,iaitu kumpulan bilangan besar, kumpulan bilangan sikit

dan menentuan matlamat permainan.( Webb,Pearson dan Forest 2006]

Page 5: Model Bunker and Thorpe

6 peringkat Model TGFU:

1. Bentuk Permainan ( Game Form )

Nama permainan

Kawasan permainan

Bilangan pemain

Alatan

2. Keseronokan Permainan ( Appreciation Game)

Peraturan permainan

Ubahsuai permainan asal

Variasi

3. Kepekaan Taktik ( Tactical Awareness)

Prinsip pergerakan

Ruang dan masa

Situasi lanjut

Kesan kelemahan lawan

4. Bijak Membuat Keputusan ( Appropriate Decisions )

Page 6: Model Bunker and Thorpe

Apa yang perlu dilakukan?

- Nilai situasi

- Kenalpasti dan menjangka kemungkinan

Bagaimana melakukannya?

- Pilihan tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan.

5. Kemahiran Praktikal ( Skill Practice )

· Butiran mengajar untuk menghasilkan pergerakan sebenar dalam situasi permainan.

6. Keberkesanan Pencapaian Dalam Permainan ( Game Play to Determine Effectiveness of Game

Play)

Penilaian kebolehan berasaskan kriteria.

Selain itu Pendekatan TGFU mempunyai 4 prinsip pedagoginya, iaitu:

i. Contoh ( Sampling)

Di mana pengumpulan koleksi permainan yang hampir sama cirinya untuk meningkat pemahaman

mereka dalam penggunaan taknik dan mengambil keputusan dalam penyelesaian masalah.

ii. Persembahan Melalui Pengubahsuaian ( Modifiction Through Representation)

Membimbing murid dalam penggunaan pelbagai kemahiran taknik dalam penyelesaian masalah.

iii. Perkembangan Melalui Pengubahsuaian ( Modifaction Through Exaggeration )

Membentuk focus permainan yang spesifik

iv. Taktik Yang Komplek ( Tactical Complexity )

Perkembang secara proses dalm penyelesaian masalah taktik dengan kemahiran pergerakan bola

atau tanpa bola dari senang ke sukar.

Page 7: Model Bunker and Thorpe

Kelebihan Pendekatan atau Model TGFU

•TGFU sangat inovatif,pendekatan ini benar-benar sangat cerdas sebagai sebuah pedagogi di mana

murid diajar konsep bermain dan tekniknya.

•TGFU focus dari bagaimana kepada apa, bila, mana sehingga pada pemahaman mengapa. Ini dapat

menjana pemikiran yang kritis murid dan kemampuan menyelesaikan masalah.

•Murid sentiasa perlu membuat keputusan dalam membuat bandingan, analisis dan sintesis.

•Murid sentiasa berada dalam situasi membuat keputusan seterusnya dapat meningkatkan kreativiti

dan kesanggupan mereka dalam penyoalan.

•Murid belajar menghargai keadilan dan kerjasama dalam perlawanan.

•Murid dilatih dalam pengawalan diri dan belajar bertanggungjawab terhadap peraturan.

•Murid dapat menghadapi cabaran mengikut kemampuan mereka.

•Murid digalakkan membina peta kognitif sendiri.

•Murid dapat meningkat kepekaaan pencapaian mereka dalam perlawanan serta penglibatan

mereka yang berterusan.

•Murid akan mendapat keseronokan dalam permainan.

Implikasi Terhadap Guru

•Guru perlu mempunyai pemahaman yang mendalam tentang keempat-empat kategori tersebut

dalam sukan aktiviti yang dirancangkan.

•Guru perlu memahami penggunaan teknik masing-masing yang terdapat dalam keempat-empat

kategori tersebut

•Guru boleh mengintergrasikan keempat-empat kategori antara satu sama lain