model akibat logikal dreikurs 1

3
a) Model Akibat Logikal Dreikurs. Model ini telah diasaskan oleh Rudolf Dreikurs (1897-1972). Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel di dalam bukunya yang bertajuk Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, model yang telah diasaskan oleh Rudolf Dreikurs telah menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga displin di dalam bilik darjah. Malah, murid-murid juga harus diberi autonomi untuk membincangkan salah laku di dalam bilik darjah serta membantu menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah. Selain itu, murid-murid juga boleh dibimbing untuk saling mengingati antara satu sama lain berkaitan peraturan yang telah ditetapkan. Ini adalah kerana jika mereka mengamalkan peraturan tersebut, masalah displin di kalangan murid-murid dapat dikurangkan. Displin dapat dilihat melalui kawalan kendiri murid-murid itu sendiri terhadap kepentingan persekitaran mereka. Oleh itu, displin yang berkualiti terbentuk di dalam bilik darjah yang mengamalkan sistem demokrasi melalui peranan guru dan murid itu sendiri iaitu adakah mereka dapat bekerjasama untuk membuat keputusan dalam pengurusan bilik darjah. Oleh itu, pengurusan displin yang baik tidak boleh terbentuk di dalam suasana yang bersifat autokratik atau permisif. Bersifat autokratik bermaksud guru membuat semua keputusan terhadap murid-murid tanpa memberikan ruang kepada murid untuk memberikan pandangan mereka. Manakala suasana bilik darjah yang bersifat permisif pula adalah guru gagal memastikan murid mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Di samping itu, rasa kepunyaan murid-murid terhadap bilik darjah juga merupakan matlamat utama kepada pembentukan tingkah 1

Upload: cyti-wawa

Post on 13-Nov-2015

111 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

a) Model Akibat Logikal Dreikurs.Model ini telah diasaskan oleh Rudolf Dreikurs (1897-1972). Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel di dalam bukunya yang bertajuk Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, model yang telah diasaskan oleh Rudolf Dreikurs telah menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga displin di dalam bilik darjah. Malah, murid-murid juga harus diberi autonomi untuk membincangkan salah laku di dalam bilik darjah serta membantu menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah. Selain itu, murid-murid juga boleh dibimbing untuk saling mengingati antara satu sama lain berkaitan peraturan yang telah ditetapkan. Ini adalah kerana jika mereka mengamalkan peraturan tersebut, masalah displin di kalangan murid-murid dapat dikurangkan. Displin dapat dilihat melalui kawalan kendiri murid-murid itu sendiri terhadap kepentingan persekitaran mereka. Oleh itu, displin yang berkualiti terbentuk di dalam bilik darjah yang mengamalkan sistem demokrasi melalui peranan guru dan murid itu sendiri iaitu adakah mereka dapat bekerjasama untuk membuat keputusan dalam pengurusan bilik darjah. Oleh itu, pengurusan displin yang baik tidak boleh terbentuk di dalam suasana yang bersifat autokratik atau permisif. Bersifat autokratik bermaksud guru membuat semua keputusan terhadap murid-murid tanpa memberikan ruang kepada murid untuk memberikan pandangan mereka. Manakala suasana bilik darjah yang bersifat permisif pula adalah guru gagal memastikan murid mengikut peraturan yang telah ditetapkan.Di samping itu, rasa kepunyaan murid-murid terhadap bilik darjah juga merupakan matlamat utama kepada pembentukan tingkah laku seseorang murid. Contohnya, seseorang murid akan berasa dipunyai apabila guru dan rakan-rakan memberikan perhatian dan menghormati hak mereka dengan melibatkan diri dalam melakukan aktiviti bilik darjah. Manakala seseorang murid akan merasakan diri mereka gagal mendapat rasa kepunyaan apabila guru dan rakan-rakan tidak memberikan perhatian kepada diri mereka. Oleh itu mereka akan menggunakan cara yang salah untuk memenuhi keperluan tersebut. Misalnya, mereka akan cuba menarik perhatian guru dan rakan, mencabar tahap kesabaran guru, membalas dendam kepada rakan dan menunjukkan kelemahan diri mereka. Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel di dalam bukunya yang bertajuk Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, Dreikurs mendapati bahawa tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam dan mempamerkan kekurangan. Tingkah laku yang berpunca daripada motif mendapatkan perhatian adalah apabila murid sering membuat kesalahan yang menundang kepada kemarahan guru. Antaranya adalah mengetuk meja tanpa sebab, bercakap dengan murid lain semasa guru sedang mengajar, tidak memberikan tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, malas dan tidak membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru. Tidakan-tindakan ini akan mengundang kemarahan guru dan sakit hati guru dan rakan sekelas. Oleh itu, bagi menangani masalah ini, guru perlu mencari punca kepada salah laku murid tersebut. Motif yang kedua yang menjadi punca kepada masalah tingkah laku murid adalah mencabar kuasa iaitu perebutan kuasa diantara murid dan guru.

2