mobiliti sosial

13
[BBD 30502 SOSIOLOGI PENDIDIKAN ] MOBILITI SOSIAL 1.1 PENGENALAN Mobiliti sosial bermaksud pergerakan individu atau kumpulan antara kedudukan yang berbeza dalam hierarki stratifikasi sosial masyarakat. Paul B. Horton mentakrifkan mobiliti sosial sebagai pergerakan perpindahan dari satu kelas ke kelas sosial yang lain. Kimball Young Raymond W. Mack pula mentakrifkan mobiliti sosial sebagai struktur sosial yang melihat wujudnya pola-pola yang mengatur kelompok berkenaan. Mobiliti sosial adalah peluang yang diberikan kepada status sosial seseorang untuk menaikkan taraf diri daripada tahap rendah ke aras yang lebih tinggi. Di Malaysia, ciri-ciri kelas sosial dalam masyarakat semakin berkembang. Masyarakat menilai kedudukan dan status individu melalui pencapaian pendidikan, kemahiran, pendapatan, harta yang dipunyai, keturunan, kedudukan politik, kuasa yang dimiliki dan lain yang berkaitan. Persepsi atau pandangan terhadap kelas sosial begitu ketara kini. Individu yang mempunyai kuasa atau duit yang banyak dipandang lebih tinggi di dalam masyarakat berbanding individu yang bekerja di ladang getah atau makan gaji. Senario ini disebabkan oleh ketidakseimbangan pencapaian di antara individu di dalam masyarakat yang telah mewujudkan pengkelasan sosial. Dalam kehidupan moden ini, melalui pendidikan anak-anak dari kelas sosial yang rendah berupaya meningkatkan kelas sosial mereka ke tahap yang lebih tinggi. Dalam pada itu, ibu bapa moden bergantung kepada pendidikan bagi mewujudkan nasib yang lebih baik bagi anak- anaknya berbanding diri mereka dahulu. Oleh itu, ibu bapa moden kian berusaha memberi pendidikan yang lebih tinggi dalam usaha meningkatkan tahap sosial anak mereka. Pendidikan, pekerjaan dan mobiliti sosial berkisar serta menyentuh perkara yang sama iaitu berkaitan dengan peluang, sosialisasi serta kelangsungan hidup. Hakikatnya, sosialisasi seorang anak bergantung kepada mobiliti sosial yang berupaya meningkatkan taraf hidup dan kelangsungan hidup seseorang (Abdul Razaq, Rozita Abdul Latif dan Didin Saripudin 2008). Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri 1

Upload: juniyatie-aqilah-mat-jusoh

Post on 07-Dec-2015

355 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

mobiliti sosial

TRANSCRIPT

Page 1: mobiliti sosial

[ ] MOBILITI SOSIAL

1.1 PENGENALAN

Mobiliti sosial bermaksud pergerakan individu atau kumpulan antara kedudukan yang

berbeza dalam hierarki stratifikasi sosial masyarakat. Paul B. Horton mentakrifkan mobiliti

sosial sebagai pergerakan perpindahan dari satu kelas ke kelas sosial yang lain. Kimball

Young Raymond W. Mack pula mentakrifkan mobiliti sosial sebagai struktur sosial yang

melihat wujudnya pola-pola yang mengatur kelompok berkenaan. Mobiliti sosial adalah

peluang yang diberikan kepada status sosial seseorang untuk menaikkan taraf diri daripada

tahap rendah ke aras yang lebih tinggi.

Di Malaysia, ciri-ciri kelas sosial dalam masyarakat semakin berkembang. Masyarakat

menilai kedudukan dan status individu melalui pencapaian pendidikan, kemahiran,

pendapatan, harta yang dipunyai, keturunan, kedudukan politik, kuasa yang dimiliki dan lain

yang berkaitan. Persepsi atau pandangan terhadap kelas sosial begitu ketara kini. Individu

yang mempunyai kuasa atau duit yang banyak dipandang lebih tinggi di dalam masyarakat

berbanding individu yang bekerja di ladang getah atau makan gaji. Senario ini disebabkan

oleh ketidakseimbangan pencapaian di antara individu di dalam masyarakat yang telah

mewujudkan pengkelasan sosial.

Dalam kehidupan moden ini, melalui pendidikan anak-anak dari kelas sosial yang

rendah berupaya meningkatkan kelas sosial mereka ke tahap yang lebih tinggi. Dalam pada

itu, ibu bapa moden bergantung kepada pendidikan bagi mewujudkan nasib yang lebih baik

bagi anak-anaknya berbanding diri mereka dahulu. Oleh itu, ibu bapa moden kian berusaha

memberi pendidikan yang lebih tinggi dalam usaha meningkatkan tahap sosial anak mereka.

Pendidikan, pekerjaan dan mobiliti sosial berkisar serta menyentuh perkara yang sama iaitu

berkaitan dengan peluang, sosialisasi serta kelangsungan hidup. Hakikatnya, sosialisasi

seorang anak bergantung kepada mobiliti sosial yang berupaya meningkatkan taraf hidup dan

kelangsungan hidup seseorang (Abdul Razaq, Rozita Abdul Latif dan Didin Saripudin 2008).

Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas

pertama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Pembangunan modal insan

berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti yang dapat menghasilkan individu yang

mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan

dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu

1

Page 2: mobiliti sosial

[ ] MOBILITI SOSIAL

membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran

menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta

kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.

Pada masa kini, kukurikulum aliran pendidikan teknikal dan vokasional mendukung

cita-cita murni dan unggul selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menghadapi

cabaran era globalisasi dalam abad 21. Selaras dengan matlamat pendidikan teknikal dan

vokasional iaitu untuk melahirkan tenaga kerja yang kompeten bagi memenuhi keperluan

industri, kukurikulum ini juga dapat menyediakan seorang insan yang mempunyai nilai murni,

etika kerja yang cemerlang dan bertanggungjawab terhadap persekitarannya.

2

Page 3: mobiliti sosial

[ ] MOBILITI SOSIAL

2.1 SUSUN LAPIS KELAS SOSIAL

• Golongan atasan

• Pertengahan atasan

• Kelas pertengahan bawah

• Kelas pekerja

• Golongan bawahan

2.1.1 Golongan Atasan

Golongan ini terdiri daripada orang yang kaya raya dan ahli korporat. Mereka

mendapat kekayaan hasil daripada usaha gigih mereka

2.1.2 Pertengahan Atasan

Terdiri daripada orang yang mempunyai pendidikan tinggi dan berprofesional.

Mereka biasanya mempunyai jawatan penting seperti hakim, jurutera, pengurus

syarikat,doktor dan professor. Gaji yang diterima adalah tinggi dan berupaya untuk

menduduki di rumah yang mewah dan berkereta besar.

2.1.3 Kelas Pertengahan Bawah

Golongan yang bukan daripada lulusan universiti tetapi dalam lingkungan

kelulusan sekolah menengah dan sedikit yang berkelulusan diploma. Mereka b ekerja

sebagai guru, kerani, pembantu tadbir, polis, juruteknik, posmen, dan jururawat.

2.1.4 Kelas Pekerja

Terdiri daripada kolar biru atau yang bekerja dengan kemahiran tangan dan

mempunyai kelulusan PMR sehingga SPM. Antaranya ialah pekerja beruniform,

buruh binaan, tukang paip, pekerja kilang, pemandu kenderaan.

2.1.5 Golongan Bawahan

Golongan yang terdiri daripada mereka yang berkelulusan amat rendah atau

tidak menpunyai pendidikan formal langsung. Antaranya ialah bekerja sebagai petani,

nelayan, dan penjaja kecil.

3

Page 4: mobiliti sosial

[ ] MOBILITI SOSIAL

3.1 CORAK MOBILITI SOSIAL

• Mobiliti menegak dan menurun

• Mobiliti mendatar

• Mobiliti dalam satu organisasi

• Mobiliti antara generasi

• Mobiliti ditaja

• Mobiliti tandingan

3.1.1 Mobiliti Menegak Dan Menurun

Contoh contoh mobiliti menegak ialah seorang polis biasa dinaikkan pangkat

menjadi seorang inspektor. Seorang vekerja buruh di sebuah kilang dinaikkan pangkat

menjadi seorang penyelia kilang. Perubahan jawatan ini menyebabkan kuasa, status,

dan pendapatannya semakin bertambah tinggi. Sementara itu mobility menurun ialah

guru besar diturunkan pangkat menjadi guru biasa. Akibatnya kuasa dan pangkatnya

mulai menurun.

3.1.2 Mobiliti Mendatar

Jawatan dan gaji tidak berlaku perubahan dalam mobility mendatar. Sebagai

contoh, seorang guru sekolah telah bertukar ke maktab perguruan yang bertugas

sebagai seorang pensyarah tetapi gajinya adalah di tahap yang sama. Pertukaran jenis

kerja dan tempat kerja tetapi tidak melibatkan perubahan gaji dan pangkat ia dianggap

mobiliti merndatar.

3.1.3 Mobiliti Dalam Satu Generasi

Mobiliti dalam satu generasi ialah perubahan yang berlaku pada jangka hayat

seseorang individu. Sebagai contoh, seorang kerani yang bekerja selama 10 tahun di

sebuah pejabat kerajaan telah menjadi pengawal kewangan. Jadi perubahan ini juga

menjadi perubahan menegak dalam satu organisasi.

4

Page 5: mobiliti sosial

[ ] MOBILITI SOSIAL

3.1.4 Mobiliti Antara Generasi

Mobiliti antara generasi melibatkan perubahan taraf hidup antara satu generasi

ke satu generasi yang seterusnya. Sebagai contoh, seorang ayah yang bekerja sebagai

sorang kerani telah dapat memberi pendidikan kepada anaknya sehingga menjadi

seorang doktor perubatan. Ini juga sebagai satu contoh mobiliti menegak dalam satu

generasi ke satu generasi. Sebaliknya seorang doktor perubatan tetapi anaknya bekerja

sebagai seorang kerani, ia dianggap sebagai mobility menurun antara generasi.

3.1.5 Mobiliti Ditaja

Mobiliti ini berlaku di mana ada pihak tertentu dan juga pihak kerajaan telah

menaja atau memberi biasiswa pelajar pelajar yang mendapat pencapaian yang agak

baik dalam peperiksaan untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. Ia tidak kira

samaada pelajar itu berasal dari keluarga kaya atau miskin.

3.1.6 Mobiliti Tandingan

Mobiliti ini merupakan satu pertandingan di kalangan pelajar di sesebuah

institusi untuk mendapat pencapaian yang terbaik. Dengan pencapaian yang diperolehi

mereka akan mendapat ganjaran atau hadiah dari pihak pihak tertentu.

5

Page 6: mobiliti sosial

[ ] MOBILITI SOSIAL

4.1 FAKTOR FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MOBILITI SOSIAL

4.1.1 PENDIDIKAN DAN PEKERJAAN

Pendidikan merupakan faktor penting yang boleh menggerak dan

meningkatkan taraf hidup seseorang. Di mana mana Negara di dunia ini memang

mahukan rakyat mereka maju di dalam bidang pendidkan. Sebgai contoh, Negara

Negara yang berkembang maju di dunia ini seperti amerika syarikat dan juga England

adalah mempunyai system pendidikan yang teguh seperti mempunyai pakar pakar

dalam pelbagai bidang.

Begitu juga di Malaysia vada masa kini, boleh dikatakan bidang pendidikan

telah mengalami perubahan yang pesat lebih lebih lagi apabila menjelang wawasan

2020. Dengan adanya dasar pendekmorasian pendidikan, boleh dikatakan semua

rakyat berhak untuk mendapat pendidikan sehinggalah ke peringkat universiti. Sebagai

contoh anak anak daripada golongan petani yang miskin berpeluang melanjutkan

pelajaran ke universiti, mereka berpeluang untuk mengubah mobiliti diri dan keluarga

ke arah yang lebih tinggi melalui pendapatan dan kemahiran diri yang diperolehi.

Jadi orang orang yang tidak mempunyai pendidikan yang cukup, biasanya

mereka susah untuk mendapatkan pekerjaan yang mempunyai gaji yang besar. Lebih

lebih lagi pekerjaan seseorang melambangkan status dan kebolehan seseorang.

Pekerjaan sebagai seorang operator pengeluaran memang tidak sama dengan pegawai

di sebuah bank. Begitu juga pekerjaan nelayan adalah tidak sama dengan ahli

perniagaan. Oleh itu orang yang tidak mempunyai pekerjaan yang tinggi biasanya

kurang diberi penghargaan daripada masyarakat keliling. Berdasarkan hakikat tersebut

menunjukan nilai pendidikan adalah tinggi, berkualiti dan ia berkait rapat dengan

pekerjaan.

4.1.2 KEBOLEHAN INDIVIDU DAN BAKAT SMULAJADI

Faktor individu atau bakat semulajadi perku diambil kira dalam penentuan

mobiliti sosial. Dengan adanya bakat, seseorang itu boleh menjadi terkenal, kaya dan

disanjung tinggi. Sebagai contoh mereke berkebolehan untuk menyanyi, bermain

sukan, berpidato, dan mencipta sesuatu alat yang baru . Jadi jika seseorang itu

mempunyai bakat dan berasal daripada keluarga miskin sudah tentu dengan bakat

yang ada padanya dapat meningkatkan mobiliti diri dan keluarga.

6

Page 7: mobiliti sosial

[ ] MOBILITI SOSIAL

4.1.3 PERKAHWINAN

Perkahwinan juga boleh mengubah mobiliti seseorang. Sebagai contoh seorang

gadis kampung yang miskin apabila berkahwin dengan orang yang memunyai harta

sedikit atau yang yang berpangkat sekurangkurangnya dapat menaikkan taraf

kedudukan keluarganya.

4.1.4 PELABURAN

Penglibatan dalam bidang peniagaan boleh meningkatkan imej seseorang

dalam masyarakat. Penglibatan dalam bidang ini akan menyebabkan sesorang menjadi

kaya dan memiliki Pelbagai kemewahan dan Pengumpulan harta yang banyak. Ini

menunjukkan kejayaan dalam bidang pelaburan adalah perkara yang penting dalam

menaikkan identiti dan lambang kedudukan seseorang.

4.1.5 KUASA

Orang yang mempunyai kuasa ialah penghulu, pegawai atasan di sesenuah

pejabat, JKKK, ketua unit dalam sesuatu jabatan, wakil rakyat, polis, dan pekerja

beruniform yang lain. Walaupun sesetengah jenis pekerjaan tersebut bukanlah

mempunyai pekerjaan yang berpangkat tinggi, namun kuasa yang ada pada mereka

menyebabkan mereka dihormati. Isteri dan keluarga mereka akan dapat menumpang

rasa ego dan megah dengan kuasa yang dimiliki itu.

4.1.6 KEMAJUAN NEGARA

Masayarakat yang menduduki negara yang mundur dengan negara yang maju

adalah berbeza. Masyarakat yang menduduki negara yang maju biasanya merasa

megah dan besar diri apabila mereka berada bersama sama dengan masyarakat yang

mendiami di negara yang mundur. Sebagai contoh orang melayu brunei akan merasa

megah dengan kekayaan yang ada pada sebahagian besar masyarakat mereka dan

memandang rendah dengan orang melayu di negeri negeri lain.

7

Page 8: mobiliti sosial

[ ] MOBILITI SOSIAL

4.1.7 PENGHORMATAN DIRI

Orang yang berpendapatan sederhana tetapi apabila dia mendapat

penghormatan diri atau menerima sesuatu anugerah secara tidak langsung boleh

menaikkan mobiliti diri mereka.

4.1.8 DESAKAN HIDUP GOLONGAN PENDATANG

Sesuatu golongan boleh memajukan diri mereka apabila mereka berhijrah ke

tempat lain. Sebagai contoh, orang Cina sebelum sampai ke Tanah Melayu pada

zaman dahulu adalah golongan miskin tetapi disebabkan desakan hidup semasa berada

di Tanah Melayu, kebanyakkan mereka telah bertambah kaya dan dapat hidup dengan

selesa.

8

Page 9: mobiliti sosial

[ ] MOBILITI SOSIAL

5.1 KESAN MOBILITI SOSIAL KE ATAS INDIVIDU DAN MASYARAKAT

Mobiliti sosial boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan semakin maju negara

semakin mudah masyarakat untuk mendapatkan pelbagai peluang. Orang orang yang

memasuki zon mobiliti menegak mereka boleh menikmati pebagai kemudahan untuk

diri dan keluarga. Tetapi, mereka tidak semestinya berkeadaan selamat, sebaliknya,

mereka juga merasa bimbang sekiranya kuasa, kekayaan, dan pangkat akan tergugat.

Sebagai contoh, jawatan seorang ketua jabatan di sesebuah pejabat tidak semestinya

kekal dan kemungkinan jawatannya diambil alih oleh orang lain atas sebab tertentu.

Sementara orang yang mengalami mobiliti menurun tidak semestinya mereka akan

kekal begitu sahaja. Mereka boleh meningkatkan semula dengan bersungguh sungguh,

tabah hati dan mencari punca kelemahan. Jika mereka tidak berupaya, anak anak

mereka yang akan berjuang melalui ilmu pelajaran yang diberikan. Pada zaman

sekarang peluang untuk individu dan masyarakat bergerak ke mobiliti lebih tinggi

adalah terbuka luas. Maksudnya, sesiapa yang berusaha, ia boleh berjaya lebih lebih

lagi kebanyakan negara mengamalkan prinsip demokrasi, kesamaan peluang dan dasar

terbuka.

9

Page 10: mobiliti sosial

[ ] MOBILITI SOSIAL

6.1 KESIMPULAN MOBILITI SOSIAL

Secara umumnya, setiap masyarakat mesti mengalami perubahan sosial

berdasarkan perkembangan ekonomi dan dasar yang dibuat oleh sesebuah negara.

Kelompok yang berada, peluang untuk mereka memajukan kumpulan mereka adalah

lebih baik berbanding masyarakat kurang berada. Walau bagaimanapun, dalam dunia

yang semakin maju dan berteknologi tinggi ini nampaknya semua rakyat menunjukkan

sikap yang positif dan mereka sentiasa berusaha walau apa cara pun untuk mencapai

perubahan dan kejayaan mobiliti sosial mereka.

10

Page 11: mobiliti sosial

[ ] MOBILITI SOSIAL

7.1 RUJUKAN/BIBLIOGRAFI

BUKU

Mohd Salleh Lebar. 1998. Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah & Pendidikan

Selangor Darul Ehsan: Thinker’ S Library Sdn. Bhd.

11