pengenalpastian kepada faktor mobiliti pekerja sufri …

26
PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA ASING 01 SEKTOR PERLADANGAN: KAHAN 01 MUKAH, SARAWAK SUFRI AKBAR BIN SUKARNO rERPUSTAMAN I\NWERSITI MAlAYSlA SA8At4 DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PERTANIAN DENGAN KEPUJIAN PROGRAM PENGELUARAN TANAMAN SEKOLAH PERTANIAN LESTARI UNIVERSm MALAYSIA SABAH 2011

Upload: others

Post on 05-Feb-2022

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA ASING 01 SEKTOR PERLADANGAN:

KAHAN 01 MUKAH, SARAWAK

SUFRI AKBAR BIN SUKARNO

rERPUSTAMAN I\NWERSITI MAlAYSlA SA8At4

DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA SAINS

PERTANIAN DENGAN KEPUJIAN

PROGRAM PENGELUARAN TANAMAN SEKOLAH PERTANIAN LESTARI UNIVERSm MALAYSIA SABAH

2011

Page 2: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

PUMS 99:1

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

BORANG PE~GESAHAN STATUS TESlS

JUDUL: P£tV~1;N~ L.?l1S II AN t-.J1~ TO.,... VV10!;\ L.I T\ 9 ,

IJAZAH: __ ~I~~~~Z~~_~_\ __ ~S_~~~_S_4~N_~ ____ ~ __ ~_O_A __ ~S_A_I_N_5 __ ~P~~~v~~_1~~ __ N~\~fr~N ______ __

SAYA: SV~~, A'f.<o~rt SVI< ~fUJ 0 SESI PENGAJIAN: 2..00 ~ /2. 0 11 (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis' (LPSMISarjIlRBlDel,ler F8lsafeh) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dengan syarat­syarat kegunaan sepertl berikut:-

I. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sabah. 2. Pcrpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengaJian tinggi. 4 . Sila tandakan ( I )

SULtT (Mengandungi maklumta yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di AKTA RAHSIA RASMI1972)

z TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oteh organisasilbadan di mana Penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

t'tK.t'~ I AI\AA/1· . "NWfRSlTI MALAYSIA SAM,.

Disahkan Oteh:

(TANDATANGAN PENULtS)

Atamat Tetap 1"'''' M~ U Nbt S~'t. ~ U ~r.."f:, \"'f\~

(NAMA PENYELIA dan cop)

Tarikh: 1..0 "'1;\ !LOll

Catatan: - • Potong yang tidak berkenaan. •• Jika tesis ini SULlT atau TERHAD. sila lampirkan surat daripada pihak yang

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu dike1askan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana Secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan Laporan Projek Sarjana Muda(LPSM)

. '~

Page 3: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Saya juga mengakui bahawa disertasi ini tidak pernah atau sedang dihantar untuk perolehi ijazah dari universiti inl atau mana-mana universiti yang lain.

t'c.nt'USlAKAAN IINIVERSITI MALAYSIA SARA"

Sufri Akbar bin Sukarno BR 0711 0057 20 April 2011

UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 4: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

DIPERAKUKAN OLEH

1. Encik Mohammad Amizi Ayob

PENYEUA

2. Encik Assis Kamu

PENYEUA BERSAMA

3. Dr. Jamal @ Anuar Kastari

PEMERIKSA 1

4. Dr. Abdul Rahim Awang

PEMERIKSA 2

5. Professor Madya Dr. Mahmud din Sudin

DEKAN

ii

MOHAMA DAM IZI of,. A Y't:~~ Iknior Lecturer I Academic Adria ~I Suatainable Aijrlcultu..'"

-wr;~ ASSIS t<AMU

Lecture I ,Academic Advisor ;chool Of Su~tainab'e ~(yicultur6

I I "iver,.i.tj 1II1;;1la..,".d .5'i\bal'l

tJR JAMAL 0 ANUAR BIN KASTARI PENSYARAH KANAN

SEKOLAH PERTANIAN LESTARI UNIVERS ALAYSIA SARA'"

DR A DUL ~~WAHG Pensyarah I Penasihat Akademik

Sekolah Pertantan L.esiaIt Universiti Malaysia SabaIIt if/JI

~~ PROF.MADYADR~ OEKAN

SEKOLAH PERTANIAN LESTARI UNIVERSIll MALAYSIA SABAH

UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 5: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmannirahim ..

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah, dengan limpah kurnia dan inayatnya, dapatJah saya melengkapkan projek disertasi tahun akhir saya ini.

Pertama sekali, setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia saya, Encik Mohammad Amizi Ayob dan penyelia bersama, Encik Assis Kamu di atas usaha dan kerjasama mereka sepanjang saya menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah Sekolah Pertanian Lestari yang sedikit sebanyak memberi nasi hat dan pedoman dalam usaha saya menyiapkan projek Ini.

Jutaan terima kasih juga saya ueapkan kepada pihak lain yang banyak membantu saya dalam menyiapkan projek ini. Khasnya buat Eneik Ahmad Khaiddir, Eksekutif FELCRA Kawasan Mukah, yang banyak semasa saya menjalankan soal selidik. Tidak lupa juga kepada pihak mandur dan peladang-peladang keeil Sahagian Mukah.

Buat Ayahanda, Sukarno bin Idris dan Ibunda, Hamsiah binti Abang Salus, tiada kata yang dapat disimpulkan di atas segala pengorbanan dan sokongan mereka dalam memberikan peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah ini. Dari hati yang keeil ini, hanya mampu merangkapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga.

Penghargaan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu saya dalam menjayakan projek ini. Begitu juga kepada dua orang sepupu saya, Suhada dan Shazwan yang juga banyak bekerja keras membantu dalam projek ini.

Semoga Sekolah Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah akan terus maju di masa depan. Segala kenangan dan harapan yang ada akan terus bersemadi dl hati Ini.

Sekian ... Terima Kasih ..

iii UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 6: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

ABSTRAK

Masalah mobiliti pekerja asing dari satu ladang ke ladang lain dalam sektor

perladangan telah menjadi isu yang mula merungsingkan pelbagai pihak dalam sektor

perladangan termasuk pihak berkuasa. Masalah ini juga telah dikaitkan dengan

pelbagai isu sosial seperti jenayah dan pendatang tanpa izin (PTI). Kajian ini telah

dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor dan modus operandi mobiliti pekerja asing.

Kajian yang telah dijalankan di Bahagian Mukah, Sarawak menggunakan kaedah

temuduga bersemuka kepada para pekerja asing dengan menggunakan borang soal

selidik. Kajian telah mendapati bahawa faktor-faktor utama yang menyumbang kepada

mobiliti adalah isu gaji, pengaruh luar dan masalah kebajikan pekerja asing. Masalah

gaji dan pengaruh luar mendapat peratusan tertinggi melebihi 90 peratus dan diikuti

isu-isu kebajikan pekerja asing dengan respon melebihi 70 peratus. Masa pergerakan

yang menjadi pilihan pekerja asing pula adalah semasa cuti perayaan. Pemahaman

kepada faktor-faktor dan modus operandi ini penting untuk mencari jalan penyelesaian

terhadap masalah ini selain memahami persepsi dan kehendak pekerja aSing sendiri.

iv UMS UNIVERSITI MALAYSIA SA BAH

Page 7: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

IDENTIFICATION OF FOREIGN WORKER MOBILITY FACTORS IN THE

PLANTATION SECTOR: STUDY AT MUKAH, SARAWAK

ABSTRACT

Foreign worker mobility in the plantation sector has been becoming a worrying issue

to the plantation management and the authority. This issue lead to other related social

issues, such as, crimes committed by these foreign workers. This study was to identify

and understand factors contributing to foreign worker mobility in the plantation sector

and the modus operandi of foreign worker mobility. The study was conducted in the

Mukah Division of Sarawak and involved 50 respondents in a number of plantations

located in the area by using questionnaire. The findings of the study showed that the

main factor contributing to foreign worker mobility were wage issue, outside offer and

welfare problem. Wage issue and outside influence received the highest responses

(more than 90.0 percent) followed by welfare issue (more than 70.0 percent). Time of

mobility chosen by the foreign worker was during festival holidays. The modus

operandi was important because this can be used in finding a concrete solution to the

problem.

v UMS UNIVEASITI MALAYSIA SA BAH

Page 8: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

SENARAlKANDUNGAN

Kandungan PENGAKUAN PERAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAlKANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SIMBOL, UNIT DAN SINGKATAN SINGKATAN

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Objektif 1.4 Skop Kajian

BAB 2 TINJAUAN KEPUSTAKAAN 2.1 Terminologi

2.1.1 Pekerja Asing 2.1.2 Mobiliti

2.2 Sejarah pekerja aSing di Malaysia 2.3 Sektor perladangan di Sarawak

2.3.1 Perkembangan sektor perladangan 2.3.2 Mukah

2.4 Isu dan cabaran dalam guna tenaga kerja asing 2.4.1 Sosial 2.4.2 Ekonomi 2.4.3 Politik

2.5 Faktor pemilihan pekerja asing sebagai pekerja 2.5.1 Kesukaran mendapat buruh tempatan 2.5.2 Pekerja tempatan 2.5.3 Pekerja asing

2.6 Faktor-faktor pekerja lari dari majikan 2.6.1 Gaji yang keeil 2.6.2 Kemudahan asas yang tidak lengkap 2.6.3 Penyalahgunaan pas 2.6.4 Penderaan

BAB 3 METODOLOGI 3.1 Rekabentuk kajian 3.2 Kaedah pengumpulan data 3.3 Lokasi kajian 3.4 Kaedah persampelan 3.5 Instrumen kajian 3.6 Prosedur kajian

vi

Muka surat

ii iii iv v vi ix x xi

1 3 3 3

5 5 5 6 8 8 8 9

10 10 11 12 12 13 14 14 15 15 15 15

16 16 16 17 17 18

UMS UNIVERSITI MAlAYSIA SA BAH

Page 9: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

BAB 4 KEPUTUSAN 4.1 Pengenalan 4.2 Maklumat Demografi

4.2.1 Ciri-ciri umum respondan 4.2.2 Pekerjaan dan pengalaman pekerja asing 4.2.3 Analisis demografi respondan

4.3 Faktor mobiliti 4.3.1 Faktor secara keseluruhan 4.3.2 Masalah gaji 4.3.3 Pengaruh luar 4.3.4 Pengaruh rakan 4.3.5 Masalah hutang 4.3.6 Masalah sosial 4.3.7 Faktor lain 4.3.8 Analisis faktor mobiliti

4.4 Modus operandi mobiliti 4.4.1 Kaedah mobiliti 4.4.2 Khidmat pergerakan 4.4.3 Masa pergerakan 4.4.4 Waktu pergerakan 4.4.5 Analisis modus operandi

BAB 5 PERBINCANGAN 5.1 Pengenalan

5.1.1 Sumber buruh ladang 5.2 Pengaruh demografi terhadap mobiliti

5.2.1 Status 5.2.2 Umur 5.2.3 Etnik 5.2.3 Status pendidikan

5.3 Faktor mobiliti pekerja asing 5.3.1 Gaji 5.3.2 Pengaruh luar 5.3.2 Masalah kebajikan 5.3.2 Isu sosial

5.4 Modus operandi 5.4.1 Cara pergerakan 5.4.2 Khidmat pergerakan 5.4.3 Masa pergerakan 5.4.4 Waktu pergerakan

5.5 Isu berbangkit 5.6 Limitasi kajian

BAB 6 KESIMPULAN 6.1 Kesimpulan 6.2 Cadangan

6.2.1 Pengenalpastian faktor mobiliti 6.2.2 Penetapan gaji minimum 6.2.3 Kebajikan 6.2.4 Kerjasama masyarakat

vii

21 21 21 22 23 25 25 26 27 28 28 29 29 30 32 32 33 33 34 35

38 38 39 39 39 40 40 40 40 41 41 42 43 43 43 44 44 44 45

46 47 47 47 47 48

UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 10: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

RU1UKAN LAMPlRAN

viii

49 51

UMS UNIVERSITI MALAYSIA SA BAH

Page 11: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

SENARAIJADUAL

Jadual Muka surat

2.1 Pengambilan Pekerja Asing Mengikut Negara Sumber dan 6 Sektor-Sektor yang Dibenarkan Oleh Imigresen Malaysia

4.1 Maklumat demografi respondan 23

4.2 Pekerjaan dan pengalaman respondan 24

4.3 Hubungan status perkahwinan dengan pengalaman kerja 25

4.4 Tempoh bekerja mengikut etnik 25

4.5 Pengalaman kerja mengikut etnik 26

4.6 Hubungan antara umur dan pengalaman bekerja 26

4.7 Hubungan antara taraf pendidikan dengan pengalaman kerja 26 c::: :z ;:

Faktor rakan yang mempengaruhi mobiliti 30 ,..,

4.8 :;10""(' ~,.. -I~ -"'l;

4.9 Masalah-masalah hutang yang memepengaruhi mobiliti 30 ~c:: >Vl ~~ »

4.10 Masalah-masalah sosial yang mempengaruhi mobiliti 31 ~~ -> >a CII >

4.11 Faktor lain yang dibangkitkan pekerja asing 31 o:J • c

4.12 Hubungan antara masalah gaji dan masalah hutang 32

4.13 Hubungan masalah gaji dan pengalaman kerja 32

4.14 Hubungan pengaruh luar dengan pengalaman kerja 33

4.15 Isu kebajikan dan pengalaman kerja 33

4.16 Hubungan masa dan kaedah pergerakan 36

4.17 Hubungan waktu dan kaedah pergerakan 37

4.18 Hubungan kaedah pergerakan dan pengalaman kerja 37

4.19 Hubungan waktu pergerakan dan pengalaman kerja 38

4.20 Hubungan masa pergerakan dan pengalaman kerja 38

Ix UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 12: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

SENARAI RAJAH

Rajah Muka surat

2.1 AnaJisis pekerja asing dan tempatan 13

3.1 Peta negeri Sarawak dan Bahagian Mukah yang akan dijadikan tempat kajian 18

4.1 Faktor-faktor mobiliti pekerja asing 27

4.2 Masalah-masalah gaji yang mempengaruhi mobiliti 28

4.3 Pengaruh-pengaruh luar yang mempengaruhi mobiliti 29

4.4 Kaedah mobiliti pekerja asing 34

4.5 Khidmat pergerakan yang sering digunakan oleh pekerja asing 34

4.6 Masa pergerakan pili han pekerja asing 35

4.7 Waktu mobiliti pekerja asing 36

x UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 13: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

FELCRA JTK MPOA MPOB PAT! PELITA SPAD SPSS TKI

SENARAI SIMBOL, UNIT DAN SINGKATAN

Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority Jabatan Tenaga Kerja Malaysian Palm Oil Association Malaysian Palm Oil Board Pendatang Asing Tanpa Izin Lembaga Pembangunan Lindungan Tanah Sarawak Plantation and Agriculture Development Statistical Package for Social Science Tenaga Kerja Indonesia

xi UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 14: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

BABl

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan sektor pertanian di Malaysia telah membawa kepada perkembangan

pesat sektor perladangan di Malaysia. Walau bagaimanapun, perkembangan pesat

industri perladangan telah membawa kepada kekurangan tenaga kerja dan

peningkatan kadar gaji (Mohammad Amizi et at., 2009).

Beberapa tahun kebelakangan ini, wujud kesedaran yang tinggi dalam

kalangan pengeluar Malaysia untuk mengefisienkan pengurusan sumber yang akan

digunakan dalam industri bagi mengurangkan kos pengeluaran dalam sawit di

Malaysia. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) (2003) menyatakan bahawa

pasaran utama minyak sawit Malaysia pad a tahun 2002 ialah China (1.8 juta tan),

India (1.7 juta tan), Kesatuan Eropah (1.5 juta tan), Pakistan (1.1 juta tan), Mesir (0.5

juta tan) dan Jepun (0.4 juta tan). Jumlah ini meliputi 64 % daripada jumlah ekport

minyak sawit Malaysia pada tahun tersebut.

Keperluan kepada tenaga buruh telah membawa kepada pengambilan tenaga

buruh asing ke dalam negara. Dianggarkan lebih kurang dua juta orang pekerja asing

berada di Malaysia dalam tahun 2007 (Buku Perangkaan Pertanian, 2008). Jumlah

tersebut mungkin tidak tepat jika mengambil kira terdapatnya ramai pendatang aSing

tanpa izin (PT!) yang sedang berada di negara Ini.

Pekerja asing telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan

ekonomi Malaysia sejak tahun 1970-an lagi. Tenaga kerja tempatan lebih suka

berpindah ke kawasan bandar yang mana menawa~n ~wa: k~~UM S UNIVEFISITI MALAYSIA SABAH

Page 15: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

menarik dan mudah dalam dekad terakhir ini. Kini, sektor ekonomi seperti

perladangan, pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan mula bergantung sepenuhnya

kepada pekerja asing. (Inglis, 2002).

Pekerja merupakan input utama dalam penanaman sawit di Malaysia. Pada

pertengahan 1990-an, harga sawit telah naik dengan mendadak dan menyebabkan

masalah buruh atau pekerja dilupakan seketika (The Planter, 2000). Dua dekad telah

berlalu sejak Malaysia menyedarl potensi kepada permasalahan kekurangan tenaga

buruh dalam sektor perladangan (Pebrian dan Yahya, 2000). Walau bagaimanapun,

pemasalahan kekurangan tenaga buruh ini masih lagi berlaku, malah lebih buruk lagi

dengan kebergantungan kepada pekerja asing dalam banyak sektor industri di negara

kita (Nasution, 2003).

Sebagai penyelesaian kepada masalah tersebut, rekrut tenaga kerja asing telah

dibenarkan bagi memenuhi keperluan buruh negara. Walau bagaimanapun, pekerja

adalah sumber penting dalam industri perladangan. Dalam peringkat industri,

kekurangan pekerja boleh membawa kepada penurunan kualiti untuk segala aspek

agronomi (The Planter, 2000). Kebergantungan kepada pekerja aSing telah

menyebabkan kebanjiran warga asing dalam negara.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kebimbangan terhadap masalah pekerja dan

kenaikan gaji yang tinggi telah mengurangkan keuntungan dan melambatkan

perkembangan industri sawit di Malaysia (Thiam, 1990). Pekerja tempatan sendiri

dilihat menjauhkan diri dari menceburi sektor perladangan. Sektor perladangan sendiri

dilihat terpaksa bersaing dengan sektor pembuatan yang mana menawarkan gaji dan

fasiliti yang lebih baik (The Planter, 2000).

cabaran utama dalam pengurusan pekerja asing lalah masalah mobiliti.

Masalah mobiliti ini ialah masalah pekerja yang melarikan diri dari ladang atau

'melompat' dan satu ladang ke satu ladang. Semua ini berlaku secara haram oleh

pekerja asing itu sendiri ataupun telah dirancang oleh sesetengah pihak yang ingin

mengaut keuntungan (Daud, 2004).

2 UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 16: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

1.2 Pernyataan Masalah

Sejak kebelakangan ini, terdapat peningkatan kepada masalah sosial di kalangan

pendatang asing di Malaysia. Saban tahun, masalah ini terus meningkat dan ini tidak

mustahil berlaku disebabkan oleh masalah PATI dan pekerja aSing yang melarikan diri

dari ladang. Berdasarkan statistik dari Polis Oiraja Malaysia (PORM) pada tahun 1992,

7.95 % daripada kadar jenayah di Malaysia disebabkan oleh pekerja aSing (Oaud,

2004).

Selain itu, kerugian dari aspek ekonomi juga merupakan masalah yang timbul

daripada permasalahan mobiliti pekerja asing ini. Pihak kerajaan boleh dikatakan

mengalami kerugian dari segi kutipan levi pekerja asing dan kos pengurusan

pendatang tanpa izin. Pihak majikan pula mengalami kerugian dari banyak aspek

terutama sekali kos untuk latihan dan pembawaan pekerja asing. Kos lain juga seperti

levi kepada kerajaan, bayaran kepada agen dan juga mungkin wang pendahuluan

pekerja yang terpaksa ditanggung oleh pihak majikan (James, 2004). Justeru, kajian

ini penting untuk melihat kepada modus operandi dan faktor yang mendorong pekerja

asing melarikan diri atau melompat dari satu ladang ke satu ladang yang lain.

1.3 Objektif

Objektif bagi kajian ini adalah:

1. Untuk mengenalpasti faktor-faktor dan modus operandi kepada mobiliti pekerja

asing di sektor perladangan; dan

2. Untuk mengkaji dan menyiasat isu mobiliti dari pekerja asing sendiri

1.4 Skop Kajian

Skop kajian ini meliputi kawasan perladangan sawit di Bahagian Mukah, Sarawak.

Kajian telah melibatkan pekerja aSing sendiri untuk memahami faktor-faktor dan

modus operandi pekerja asing berdasarkan pendapat dan pengalaman mereka.

Kaedah pengumpulan data yang telah digunakan ialah melalui borang soal selidik.

Melalui kaedah ini, ketepatan data yang diperolehi adalah sangat bergantung kepada

kerjasama dan ketulusan responden semasa mengisi borang soal selidik tersebut.

Walau bagaimanapun, penyelidik telah memberi

3 s UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 17: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

responden sebelum mereka mengisi borang tersebut agar respon yang diberi lebih

tepat dan sahih.

4 UMS UNIVEASITI MALAYSIA SA BAH

Page 18: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

BAB2

TINlAUAN KEPUSTAKAAN

2.1 Terminologi

2.1.1 Pekerja Asing

Pekerja asing boleh dikatakan sebagai kumpulan rakyat asing yang mempunyai hak

yang sah untuk bekerja di sesuatu negara di mana mereka telah direkrut (Karim et aI.,

1999). Light (2004), menyatakan buruh asing sebagai tenaga kerja terdiri dari buruh

asing yang masuk melalui saluran yang sepatutnya dan juga yang masuk melalui

saluran haram.

2.1.2 Mobiliti

Hacker (2000), menyatakan setiap pergerakan manusia dari suatu tempat ke tempat

lain mempunyai tujuan dan agenda tersendiri. Berdasarkan aspek ekonomi, pergerakan

populasi atau mobiliti populasi ini adalah untuk meningkatkan pendapatan dan mencari

pasaran baru bagi populasi tersebut.

Hassink (1996), menyatakan mobiliti boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu

yang pertama boleh dikatakan mobiliti dalaman syarikat itu sendiri iaitu untuk kebaikan

bersama pekerja dan pihak atasan. Syarikat berbuat demikian adalah untuk mengatur

kembali struktur atau organisasi dalam syarikat. Jenis kedua, ialah dari segi mekanikal.

Ini boleh dikatakan seseorang itu ingin memajukan diri dengan mencari peluang luar.

,UMS UNIVEFISITI MALAYSIA SABAH

Page 19: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

2.2 Sejarah Pekerja Asing di Malaysia

Kerajaan Malaysia telah memilih beberapa negara sebagai sumber rekrut untuk

memastikan sistem pengurusan pekerja asing yang lebih cekap. Sembilan buah negara

pilihan kerajaan Malaysia ialah Indonesia, Filipina, Bangladesh, Thailand, Kemboja,

Nepal, Laos, Vietnam dan India. Walau bagaimanapun, pekerja dari Indonesia adalah

lebih menjadi pilihan kerana mudah berkomunikasi, cepat beradaptasi dan keupayaan

mereka dalam bekerja (Nasution, 2003).

Pihak industri juga sangat berhati-hati dalam merekrut pekerja asing. Berikut

merupakan antara cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pihak majikan terhadap

negara sumber dalam merekrut pekerja asing (Daud, 2004):

i. Indonesia

Sejak kebelakangan ini, kemasukan mend adak pekerja asing dan Indonesia

menyebabkan mereka mula mendominasi tenaga kerja asing dalam sektor

perladangan. Pengumpulan kelompok yang besar pekerja Indonesia di sesebuah

ladang, juga telah menggalakkan pembentukan kumpulan-kumpulan tertentu.

Kumpulan-kumpulan ini mula menunjukkan kuasa dan pandai pula meminta-minta dari

pihak majikan, dan mula menimbulkan masalah baru kepada pihak industri

perladangan (Daud, 2004).

Mereka juga mula memilih-milih kerja di mana hanya akan membuat kerja yang

bergaji tinggi. Inl sekaligus akan menimbulkan masalah kepada pihak pengurusan darl

segi pengurusan kerja. Sikap suka melarikan diri dari ladang juga terkenal di kalangan

pekerja Indonesia, yang mana mereka mempunyai jalinan komuniikasi yang baik dan

memudahkan pergerakan mereka di dalam negara. Mereka bersedia menjadi pekerja

haram sekiranya mendapat pekerjaan yang mempunyai pulangan yang baik. Mereka

percaya, jika ditangkap sekalipun, mereka hanya akan dihantar pulang semula ke

negara mereka tanpa sebarang hukuman (Daud, 2004).

6 ,UMS UNIVEFISITI MALAYSIA SABAH

Page 20: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

ii. Filipina

Filipina merupakan salah satu negara sumber utama bagi tenaga kerja yang disahkan

oleh kerajaan Malaysia. Walau bagaimanapun tenaga kerja dari negara ini tidak begitu

sesuai dengan sektor perladangan tetapi lebih kepada sektor pembinaan. Lebih-Iebih

lagi, tenaga kerja yang bersesuaian berasal Kepulauan Mindanau, yang mana akhir­

akhir ini bergolak dan menjadi ancaman dari segi keselamatan negara (Daud, 2004).

iii. Bangladesh

Bangladesh juga sekian lama telah menjadi sumber tenaga kerja bagl Malaysia. Walau

bagaimanapun, pekerja dari negara ini lebih sesuai digunakan di sektor pembinaan.

Sejak dahulu lagi, sememangnya pekerja dari negara ini telah direkrut dan mahir

dengan kerja pertukangan dan pembinaan.

iv. India

Pekerja asing dari negara India merupakan tenaga kerja utama di sektor perladangan

terutamanya getah. Tetapi terdapat syarat dalam kontrak yang menetapkan gaji

minimum sebanyak RM600 yang harus dipenuhi oleh majikan (Daud, 2004).

Jadual 2.1: Pengambilan Pekerja Asing Mengikut Negara Sumber dan Sektor yang Dibenarkan oleh Imigresen Malaysia

Negara sumber

• Thai • Kemboja • Nepal • Myanmar • Laos • Vietnam • Filipina • Pakistan • Turkmenistan • Uzsbekistan • Kazakhtan • India

Sektor dibenarkan .Perkilangan ·Pembinaan .Perladangan dan pertanian ·Perkhidmatan

.Perkilangan

.Pembinaan ·Perkhidmatan .Perkhidmatan

-tukang masak - perniagaan runcit dan borong - perniagaan tekstil - barangan logam

7 ,OMS UNIVEFISITI MALAYSIA SABAH

Page 21: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

• Sri lanka • Ladang Teh • Getah

• Indonesia • Perkilangan (Perempuan) • Pembinaan • Perladangan dan pertanian • Perkhidmatan-Pilihan Terakhir

Sumber: www.concepts-groups.com. 2010

2.3 Sektor Perladangan di Sarawak

2.3.1 Perkembangan Sektor Perladangan

Saban hari, sektor perladangan di Sarawak kian berkembang seiring dengan

perkembangan pertanian di Malaysia dan persaingan dengan negeri-negeri lain. Pada

tahun 1991, tanah sektor perladangan di Malaysia adalah sekitar 250 ribu ekar persegi

(Buku Perangkaan Pertanian, 2008). Ini telah meningkat kepada satu juta lebih dan

600 ribu ekar sendiri hanyalah untuk Ladang Sawit (Raynore, 2007).

Oi Sarawak penanam sawit telah mengalami kerugian besar sehingga RM 1

billion dari segi buah tandan segar (Full Fruit Bunch, FFB) sawit yang tidak dikutip

disebabkan kekurangan tenaga kerja (Jack Wong, 2010). Sektor perladangan sawit kini

menggaji lebih kurang 100 000 pekerja asing yang mana 70% daripadanya adalah

pekerja Indonesia (Jack, 2010).

2.3.2 Mukah

Mukah merupakan salah satu daripada sebelas buah bahagian di Sarawak. Dengan

keluasan tujuh ribu kilometer persegi, Bahagian Mukah dibahagikan kepada empat

daerah iaitu Mukah, Dalat, Matu dan Daro. Majoriti penduduknya adalah dari etnik

Melanau.

Beberapa syarikat besar telah membuka kawasan ladang di bahagian Mukah.

Sebagai contoh, Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA)

sendiri telah membuka tiga buah ladang di tiga buah daerah yang berlainan iaitu

FELCRA Kawasan Mukah, FELCRA Matu dan FELCRA Igan Jaya. Sarawak Plantation and

Agriculture Development (SPAD) juga telah membuka ladang sawit di bahagian ini.

Lembaga Pembangunan Lindungan Tanah Sarawak (PEUTA) juga tidak ketinggalan

8 UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 22: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

dalam pelaburan sektor perladangan di Mukah dengan membuka sebuah ladang iaitu

Rinwood PELITA Mukah.

Terdapat juga beberapa syarikat lain yang mula membuka ladang baru di

bahagian ini contohnya Ta Ann Plantation, Sinong Plantation, KUB Sepadu Plantation

dan lain-lain.

2.4 Isu dan cabaran dalam Guna Tenaga Pekerja Asing

Antara cabaran utama dalam pengurusan pekerja asing ialah isu suka melarikan diri

secara haram atau rahsia daripada majikan dan mereka ini akan dilabel sebaga\

pelarian (Abscondel) (Oaud, 2004). Apabila berlakunya masalah pekerja melarikan din

dari ladang, majikan terpaksa membuat laporan kepada pihak polis. Salinan kepada

laporan polis tersebut akan dibawa bersama semasa membuat laporan di pejabat

imigresen sebagai bukti kepada keterangan mereka (Oaud, 2004).

Setelah mengambil langkah-Iangkah tersebut, masalah yang dihadapi oleh

pihak majikan tidak akan selesai begitu sahaja. Kekosongan yang ditinggalkan oleh

pekerja asing tersebut tidak akan diganti secara (1:1) dari kerajaan, sebaliknya mereka

terpaksa mencari dan merekrut pekerja baru. Majikan terpaksa membuat pemohonan

dan merekrut pekerja baru, yang mana mengambil kos yang tinggi dan masa yang

lama. Malah, pihak majikan tersebut mungkin menghadapi risiko disenaraihitamkan

oleh pihak Jabatan Imigresen atas sebab tidak mampu menangani pekerja asing

(Oaud, 2004).

Walau bagaimanapun, majikan adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap

kepentingan pekerja asing di bawahnya (Oaud, 2004). Segala permasalahan yang

berlaku kepada pekerja asing akan dipertanggungjawabkan kepada pihak majikan

sendiri.

Terdapat pro dan kontra dalam guna tenaga pekerja asing seperti yang

diamalkan di negara kita. Ini terutamanya dalam tiga aspek utama iaitu dan segi

sosial, ekonomi dan politik.

9 UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 23: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

2.4.1 Sosial

Dari segi sosial, terdapat bantahan bagi penggunaan fasiliti awam oleh sebahagian

besar pekerja asing dari rakyat tempatan. Ini terutamanya penggunaan hospital awam

oleh pekerja asing sedangkan kos adalah ditanggung oleh kerajaan yang mana dibayar

oleh rakyat tempatan melalui cukai kerajaan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Malaysia

telah mula mengenakan eaj kepada pekerja asing yang menggunakan kemudahan

awam seperti ini (Yap, 2004).

Pemasalahan sosial seperti gejala samseng juga kian berleluasa. Ini disebabkan

oleh kuantiti pekerja aSing yang besar di sesuatu kawasan.

Masalah lain yang timbul ialah peningkatan jenayah di kalangan pekerja asing.

Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), jenayah di kalangan pekerja asing pada

tahun 2002 adalah 7.95 peratus melibatkan semua jenis jenayah. 21.51 peratus

daripadanya adalah kesalahan membunuh dan jenayah sebegini meningkat saban

tahun (Daud, 2006).

Mekanisasi dalam ladang juga sedikit sebanyak telah menyumbang kepada

perkara ini. Akibat penerapan mekanisasi, pekerja asing akan kehilangan kerja dan

menimbulkan banyak masalah sosial (Yap, 2004).

2.4.2 Ekonomi

Banyak pengusaha merasakan adalah lebih efektif untuk menggaji pekerja asing

daripada menggaji pekerja tempatan. Ini berdasarkan kepada pekerja asing yang lebih

produktif daripada pekerja tempatan, dan ini menjadikan kos seunit produk akan

menjadi lebih keeil. Kos untuk mendapatkan dan merekrut pekerja asing ini dianggap

lebih berbaloi berbanding kos yang terpaksa dikeluarkan kerana permasalahan yang

disebabkan oleh pekerja tempatan (James, 2004).

Walau bagaimanapun, kadar wang keluar negara meningkat saban tahun

kerana pekerja asing menghantar hasil titik peluh mereka ke luar negara. Tanpa

kawalan, ekonomi negara pasti akan merundum sekiranya perkara ini berterusan atau

berkembang (yap, 2004).

10 UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Page 24: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

Dari segi ekonomi juga, majikan mungkin akan mengalami kerugian sekiranya

wujud masalah pekerja asing yang melarikan diri. Daud (2004), telah menyatakan

bahawa apabila pekerja asing melarikan diri dari kawasan ladang, majikan mungkin

akan mengalami kerugian dari segi:

i. Kos pembawaaan masuk pekerja asing ke Malaysia

ii. Pembayaran kepada agen di negara sumber

iii. Levi kepada kerajaan

iv. Bayaran perubatan

v. Bayaran pendahuluan (advances) yang diberi kepada pekerja

Kerajaan juga menghadapi kerugian dari segi levi yang diterima dari pekerja

asing. Jika terlalu ramai warga asing masuk secara haram, kerajaan tidak akan

mendapat levi yang sepatutnya.

2.4.3 Politik

Baru-baru ini kita ada mendengar tentang Kumpulan Hindraf yang telah cuba untuk

membuat onar dalam negara. Kumpulan haram ini telah cuba membangkitkan isu-isu

dari kaum India di negara ini untuk memperjuangkan hak-hak mereka. Namun, telah

disedari tentang penglibatan buruh asing India dalam kumpulan ini yang cuba untuk

mendapatkan hak saksama dengan warganegara sedia ada. Ini sekaligus menunjukkan

tentang penglibatan pekerja asing dalam hal ehwal politik negara (Thaindian News,

2008).

Malah seringkali juga kita dengar perbalahan di antara negara kita dengan

Indonesia. Konfrontasi ini telah berlarutan sejak zaman kemerdekaan lagi. Ini

diburukkan lagi dengan isu-isu berbangkit berkenaan pekerja Indonesia di negara kita.

Negara sumber bagaikan tidak bersyukur di atas kemurahan hati Malaysia menerima

rakyat mereka untuk bekerja di negara ini.

11 UMS UNIVEASITI MALAYSIA SABAH

Page 25: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

RU1UKAN

Anonymous. 2010. Googlemaps: Malaysia. http://maps.google.com.my/m?. Dilayari pad a 4 Oktober 2010.

Anonymous. 2010. Pengambilan Pekerja Asing Mengikut Negara sumber Dan Sektor­sektor Yang Dibenarkan Oleh Imigresen Malaysia. http://www.concepts­groups.com. Dilayari pad a 17 September 2010

Buku Perangkaan Pertanian. 2008. GUNATENAGA 16: 182 - 186 Daud Amatzin. 2004. Migrant Worker and The Plantation Sector. Proceedings of

Seminar on Public Response to Foreign WorkelS in Sabah. 11 May 2004. Universiti Malaysia sabah, Malaysia: 1

Daud Amatzin. 2006. Labor Constraints in the Plantation Industry. Oil Palm Industry Economic Journal 6(2): 37 - 38

Hacker, R. S. 2000. Mobility and Regional Economic Downturns. Journal Of Regional SCience40(1): 45 - 65

Hassink W. H. J. 1996. An Empirical Note on Job Turnover and Internal Mobility of Workers. Economics LettelS 51: 339-344

Inglis C. 2002. Malaysia Waves on Labor Crackdown. Migration Information Source. Frresh Thought, Autocrative Data, Global Reach. http://www.migrationinformation.org. Dilayari pada 17 September 2010

Jabatan Tenaga Kerja Sarawak. 2010. Data dan statistik Januari - September 2010: Jabatan Tenaga Kerja sarawak Kementerian Sumber Manusia

Jack Wong. 2010. Sarawak Planter Lose RM 1 Billion Annually. The Star 9 Mac 2010 James Gatidis. 2004. Recruitment and Hiring of Foreign Worker: Experience of sawit

Kinabalu Berhad. Proceedings of Seminar on Public Response to Foreign WorkelS in Sabah. 11 May 2004. Universiti Malaysia Sabah, Malaysia: 27

Karim Z., Moha Asri A. dan Mohd Isa H. B. 1999. Foreign Worker in Malaysia: Issues and Implications. Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd: 128

Kolya Abramsky. 2008. Energy And Labor In The World Economy. The Commoner 13(9)

Lembaga Minyak Saw it Malaysia (MPOB). 2003. Annual Report 2002. Malaysian Palm Oil Association MPOA

Light Nanis. 2004. Foreign Workers: Problems and Prospects. Proceedings of Seminar on Public Response to Foreign Workef.S" in Sabah. 11 May 2004. Universiti Malaysia Sabah, Malaysia: 55

Mohammad Amizi Ayob, BalaKrishnan P. dan Balan K. 2009. Non Dependence of Foreign Labor in Plantation Industry: Sabah Perspective. The?' Human Resource Economics Seminar 2009 Proceeding

Nasution, M. A. 2000. International Migration in South East-Asia: A Case Study of Indonesian Workef.S" in the Malaysian Peninsula. Labor Migration In Indonesia: Policies and Practices, Population Studies Center, Gadjah Mada University, Indonesia.

Nasution, Z. 2003. Recruitment Procedure of Indonesian Workef.S" in Kertau Estate. Disertasi Sarjana Sains. Universiti Putra Malaysia

EI Pebrian, D. dan Yahya, A. 2000. Design Concept of a Trailed Type Transplanter for Oil Palm Seedling. The Planter 76(886): 15-28

Pg. Abdul Halim Pg. Rambang. 2004. Pengambilan Tenaga Kerja Asing: Pengalaman Agensi Pekerjaan Negeri Sabah. Proceedings of Seminar on Public Response to Foreign Workef.S" in Sabah. 11 May 2004. Universiti Malaysia Sabah, Malaysia: 65

Raynore Mering. 2007. Plantation Land Bank to Increase. Borneo Post30 J

49 UNIV£RSITI MALAYSIA SABAH

Page 26: PENGENALPASTIAN KEPADA FAKTOR MOBILITI PEKERJA SUFRI …

Soijah likin. 2008. Pekerja Asing Oi Malaysia - Keperluan Atau Pembaziran Modal Insan Tempatan. Malaysia Labour Review 2 (2)

Sylvia, K. N., carma, I W. dan Tanumiharja, S. 2002. Komunikasi Antara Budaya dalam Perusahaan dan Produktivitas Kerja. Asosiosi Psikologi Industri dan Organisasi (APIO): Indonesia

Thaindian News. 2008. Malaysia's Hindraf leader opposes 'only Indians' deal. Thaindian News 24 Mac 2008

The Planter. 2000. Mechanization, Where are We? The Planter 76(893): 453-456 Thiam, T.B. 1990. Trends in Labor Wages and Productivity in Palm Cultivation. The

Planter, Kuala Lumpur. 66: 392-400 Utusan Malaysia. 2011. Gaji Minimum: Tiada Oiskriminasi Pekerja Asing. Utusan

Malaysia 15 Februari 2011 Utusan Malaysia. 2010. 5000 Pekerja Asing Bertindak Agresif. Utusan Malaysia 15

Ogos 2010 Utusan Malaysia. 2010. Jaga Kebajikan Pekerja Asing Elak Jenayah. Utusan Malaysia

17 April 2010 Utusan Malaysia. 2010. Tingkatkan Kefahaman Insurans Pekerja Asing. Utusan

Malaysia 30 November 2010 Yap, C. B. 2004. Immigarant Workers in Sabah: Perspective of the Federation of Sabah

Manufactures. Proceedings of Seminar on Public Response to Foreign Workef.5' in Sabah. 11 May 2004. Universiti Malaysia Sabah, Malaysia: 19

so UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH