mnit msyuarat jss kali ke-2 jun-nov 2013

24
JABATAN SAINS SOSIAL MINIT MESYUARAT KALI KEDUA 2013 -------------------------------------------------------------- ●TARIKH: 03 MEI 2013 ●HARI: JUMAAT ●JAM: 02.30 PTG ●TEMPAT: BILIK MESYUARAT UMAR AL-KHATTAB KEHADIRAN : 1. En. Shaiful Bahari bin Bachik, SMP - KJ SS/Pensyarah PSV 2. En. Mohamad Fauzi bin Ngah - Timb. KJ SS/Pensyarah PS 3. En. Teoh Eng Seah - Pensyarah Kanan/Pensyarah PS 4. Pn. Sam Foong - Pensyarah Kanan/Pensyarah PS 5. En. Syamrul Nizam bin Abdul Malek - SU Jabatan/Pensyarah PSV 6. En. Zolpatai bin Elias - KU PS/Pensyarah PS 7. En. Johan bin Kadis - KU PSV/Pensyarah PSV 8. En. Zamani bin Ibrahim - KU KH & RBT/Pensyarah KH & RBT 9. En. Ariff Fadillah bin Khalil, AAP - KU Muzik/Pensyarah Muzik 10.Tn. Hj. Mohd Sahardi bin Ismail - Pensyarah PS 11.En. Mazuki bin Abd. Razak - Pensyarah PS 12.En. Mohamad Kasasi bin Abd Majid - Pensyarah PS 13.En. Rhozisham bin Abd Rashid - Pensyarah PS 14.En. Yusri bin A Ghani - Pensyarah PS 15.Pn. Hajah Nurul ‘Amilin binti Abdullah - Pensyarah PS 16.Cik Zuraidah binti Baharuldin - Pensyarah PS 17.En. Mohd Zamani bin Mohd Nor Peah - Pensyarah PSV 18.En. Umran bin Samsudin, AMP - Pensyarah Muzik 19.En. Mahadi bin Hussin - Pensyarah Muzik 20.En. Norshamsuri bin Sapiai @ Shafie - Pensyarah Muzik 21.En. Syahariman bin Hamid - Pensyarah Muzik TIDAK HADIR BERSEBAB : 1

Upload: mohd-zamani-mnp

Post on 28-Sep-2015

33 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

mesyuarat lagi

TRANSCRIPT

JABATAN SAINS SOSIALMINIT MESYUARAT KALI KEDUA 2013--------------------------------------------------------------TARIKH: 03 MEI 2013 HARI: JUMAATJAM: 02.30 PTG TEMPAT: BILIK MESYUARAT UMAR AL-KHATTAB

KEHADIRAN:

1. En. Shaiful Bahari bin Bachik, SMP- KJ SS/Pensyarah PSV2. En. Mohamad Fauzi bin Ngah- Timb. KJ SS/Pensyarah PS3. En. Teoh Eng Seah- Pensyarah Kanan/Pensyarah PS4. Pn. Sam Foong- Pensyarah Kanan/Pensyarah PS5. En. Syamrul Nizam bin Abdul Malek- SU Jabatan/Pensyarah PSV6. En. Zolpatai bin Elias- KU PS/Pensyarah PS7. En. Johan bin Kadis- KU PSV/Pensyarah PSV8. En. Zamani bin Ibrahim- KU KH & RBT/Pensyarah KH & RBT9. En. Ariff Fadillah bin Khalil, AAP- KU Muzik/Pensyarah Muzik10. Tn. Hj. Mohd Sahardi bin Ismail- Pensyarah PS11. En. Mazuki bin Abd. Razak- Pensyarah PS12. En. Mohamad Kasasi bin Abd Majid- Pensyarah PS13. En. Rhozisham bin Abd Rashid- Pensyarah PS14. En. Yusri bin A Ghani- Pensyarah PS15. Pn. Hajah Nurul Amilin binti Abdullah- Pensyarah PS16. Cik Zuraidah binti Baharuldin- Pensyarah PS17. En. Mohd Zamani bin Mohd Nor Peah- Pensyarah PSV18. En. Umran bin Samsudin, AMP- Pensyarah Muzik19. En. Mahadi bin Hussin- Pensyarah Muzik20. En. Norshamsuri bin Sapiai @ Shafie- Pensyarah Muzik21. En. Syahariman bin Hamid - Pensyarah Muzik

TIDAK HADIR BERSEBAB:

- Tiada

1. Aluan dan Perutusan Pengerusi (En. Shaiful Bahari bin Bachik, SMP - KJ SS)

1.1 Ucapan salam, Mukadimah dan Alu-Aluan.

1.2 Penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Ketua Jabatan, Pensyarah Kanan, Ketua-Ketua Unit dan semua pensyarah Jabatan Sains Sosial (JSS) atas komitmen dan kerjasama yang jitu dalam memastikan segala urusan JSS lancar dan sukses. Berharap senario baik ini akan berterusan dan meningkat kualitinya. Makluman

1.3 Ucapan syukur, rakaman penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Jabatan Sains Sosial (JSS) atas kerjasama menjayakan Audit Pematuhan MQA. Makluman

1.4 Mohon pensyarah selalu merujuk papan kenyataan tentang makluman-makluman terkini daripada IPGM dan IPGK. Bagi pensyarah kanan, usul telah dipanjangkan kepada pentadbir agar menghantar juga salinan ke bilik pensyarah kanan. Makluman

1.5 Dipanjangkan hasrat Dato Pengarah agar semua pensyarah membudayakan penyediaan Minit Curai apabila terlibat dalam sesuatu mesyuarat penting. Minit curai perlu disampaikan kepada pensyarah-pensyarah lain yang terlibat. Terdapat juga warga JSS yang telah pun mempraktikkannya. Tindakan: Semua Pensyarah

1.6 Minit Curai: Mesyuarat M3P Bilangan 1, Tahun 2013 pada 8-9 Januari 2013

1.6.1 Pegawai Unit Peperiksaan dan Penilaian, Cik Zuraidah dilantik sebagai pensyarah DG44 dan dipertanggungjawabkan mengajar di JSS. Atas keperluan mendesak beliau diminta meneruskan tugas di UPP dan mengajar kursus di JSS. Makluman

1.6.2 Teguran Auditor Kewangan tentang Tuntutan (TnT). Ketua Jabatan (KJ) perlu mengesahkan semua helaian salinan surat panggilan, resit hotel, resit tol dan lain-lain. Tindakan: Pensyarah & Ketua Jabatan

1.6.3 Tutor mesti mengadakan perjumpaan setiap waktu pertama pada hari isnin dan diisi dengan teguran dan nasihat berterusan tentang tatalaku termasuk perkara-perkara kecil seperti larangan membawa kenderaan untuk menghadiri kuliah. Tindakan: Semua Tutor1.7 Minit Curai: Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan Bil. 1, 2013 pada 15 Januari 2013.

1.7.1 Papan Hijau Bilik Kuliah Muzik akan ditukar kepada Papan Putih. Makluman

1.7.2 Komputer lama dari Makmal Komputer yang dinaikkan gred menjadi Makmal PSV akan dilupuskan dengan kaedah menyerahkan kepada sekolah yang memerlukannya. Makluman

1.7.3 Majlis meluluskan Permohonan Unit PSV bagi membina setor kayu di bawah tangga dan setor peralatan dan karya seni di bucu bangunan tingkat C2. Makluman

1.8 Minit Curai: Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Bil. 4, 2012 pada 23.1.2013

1.8.1 Kesalahan-Kesalahan yang sering berlaku dalam Tuntutan Perjalanan; Senarai kongsi kereta yang diubah tidak disahkan pengarah Resit-resit bersaiz kecil tidak ditampal pada kertas A4 Masa pergerakan dengan resit tol tiak selaras. Kesilapan maklumat akibat copy n paste Tidk menyatakan dengan jelas sebagai penumpang atau pembawa kereta dalam kenyataan tuntutan. Kenyataan tuntutan tidak logik seperti masa perjalanan yang terlalu lama walaupun jarak perjalanan dekat. Tidak menyatakan alamat tempat menginap (lojing)dengan lengkap. Tindakan: Semua Pensyarah

1.8.2 Mohon semua warga IPGKTAA berjimat dalam perbelanjaan pembelian kerana Tahun 2013 perbelanjaan agar besar diperlukan untuk majlis konvokesyen. Tindakan: Semua Pensyarah

1.9 Minit Curai: Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Institut Bil. 1, 2013 pada 31 Januari2013.

1.9.1 Permohonan Unit PSV untuk pembinaan Tapak Kerja Berbumbung belum dapat diluluskan kerana kedudukan kewangan yang meruncing. Anggaran Kos RM80,000. Sebagai meringankan sedikit masalah, pembinaan setor kayu bawah tangga dan setor peralatan di bucu tingkat C2 akan disegerakan. Makluman

1.9.2 Dato Pengarah mohon dilihat semula Arca di tepi jalan masuk ke dewan utama.Boleh dibaiki jika perlu atau mengantikannya dengan yang baru. Tindakan: Unit PSV

1.10Minit Curai: Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Akademik Bil. 1, 2013 pada 5 Februari 2013

1.10.1 Kuatkuasa serta merta peraturan Ketua Jabatan menyemak dan menandatanganiRancangan Mingguan sebulan sekali pada hujung bulan. Tindakan: Pensyarah & Ketua Jabatan 1.10.2 Penyediaan Arahan Kerja Kursus (JPT / PMM) mesti mengikut format terbarudalam Buku Panduan yang dikeluarkan IPGM. Pastikan juga disemak dan ditandatangani Subject Matter Expert (SME) sebelum di semak dan ditandatangani Ketua Jabatan. SME Jabatan Sains Sosial adalah seperti berikut; Muzik: i) En. Ariff Fadillah Bin Khalil ii) En. Umran Bin Samsudin Pengajian Sosial : i) En. Zolpatai Bin Elias ii) En. Teoh Eng Seah iii) Pn. Sam Foong Pen. Seni Visual: i) En. Johan Bin Kadis ii) En. Mohd Zamani Bin Mohd Nor Peah K. Hidup & RBT: i) En. Zamani Bin Ibrahim ii) En. Mohd Fauzi Bin Ngah

Surat Lantikan Rasmi akan dikeluarkan oleh pentadbir IPGKTAA. Makluman

1.11 Minit Curai: Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Bil. 1. 2013 pada 11 March 2013

1.11.1 Berdasarkan teguran Auditor Kewangan, telah dilakukan penstrukturan semula kategori Setor seperti berikut; Setor Pusat (IPGM) Setor Utama (IPGK) Setor Unit (Jabatan & Unit di IPGM/IPGK) Aspek pengurusan, setiap Jabatan perlu Pegawai Pelulus dan Pegawai Setor. Pegawai Pelulus: Ketua Jabatan Pegawai Setor Unit (Di JSS): En. Zolpatai Bin Elias Pegawai Setor Unit (Di PSV): En. Mohd Zamani Bin Mohd Nor Peah Aspek dokumentasi, penggunaan Borang KEW.PS-10 dan Kad Petak (KEW.PS-4) Borang (KEW.PS-10) untuk mohon barang dari Setor Utama. Kad Petak (KEW.PS-4) untuk keluar barang dari setor Unit. Oleh ditampal pada Buku Stok Keluar/Masuk yang sedia ada. Tindakan Semua Pensyarah

1.12 Minit Curai: Mesyuarat M3P Bilangan 3, Tahun 2013 pada 4 April 2013

1.12.1 Dato Pengarah menyatakan bagi tuntutan perjalanan penyeliaan praktikum yang kurang daripada 100 km, tuntutan lojing boleh dilakukan dengan alasan yang munasabah seperti jadual waktu pelajar yang awal pagi, penyelian pertama yang ada taklimat kepada pentadbir terlebih dahulu dan melibatkan masa perjalanan yang panjang. Tindakan: Semua Pensyarah

1.12.2 Dr. Wong Ben Siang dan Dr. Mohd Azahar dilantik secara rasmi sebagai IEE. Makluman

1.12.3 Berasaskan aspek implikasi pengurusan kewangan, pensyarah yang tidak dapat menghadiri kursus atau Latihan Pembangunan Staf (LPS) perlu digantikan dengan pensyarah lain. Disarankan pensyarah berkenaan menguruskan sendiri pengantian seperti atas dasar tukar suka sama suka atau dasar mohon bantuan dan dimaklumkan kepada Ketua Jabatan. Makluman

1.13 Minit Curai: Mesyuarat / Taklimat Verifikasi Kerja Kursus pada 16 April 2013.

1.13.1 Pembinaan JPT / PMM mesti mematuhi sepenuhnya spesifikasi Kerja Kursus mengikut Buku Panduan Kerja Kursus Jun 2012, kemaskini Januari 2013.1.13.2 Ketua Jabatan perlu memberi arahan kepada pensyarah untuk melaksanakan kerja kursus dalam mesyuarat jabatan terawal dan dibuktikan dalam catatan minit mesyuarat.

1.13.3 Pensyarah perlu memberi taklimat kepada pelajar tentang kerja kursus dan ada bukti bertulis.

1.13.4 Kerja kursus yang diberikan mesti selaras dengan Hasil Pembelajaran yang telah ditetapkan dalam kursus berkenaan.

1.13.5 Borang Maklumbalas pemeriksa terhadap tugasan (Lampiran 6) perlu ditampal pada tugasan. Tindakan: Semua Pensyarah

1.14 Minit Curai: Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan Bil. 2, 2013 pada 23 April 2013.

1.14.1 Perabot Kerusi dan meja akan dinomborkan dan tutor bertanggungjawab kepada aset alih kerajaan berkenaan di bilik kuliah kumpulan tutorial yang ditetapkan. Tindakan: Tutor

1.14.2 Kebenaran membawa kenderaan mesti dihantar sebelum keluar. Boleh dicatat banyak seperti untuk sebulan. Jika tidak dapat keluar pada hari yang dirancang, boleh dibatalkan dan ditandatangani.Tindakan: Semua Pensyarah

1.14.3 En. Mazuki Bin Abdul Razak dilantik sebagai Pegawai Pemeriksa Aset IPGKTAA. Makluman

1.14.4 Setor bawah tangga bersebelahan Unit Peperiksaan & Penilaian diberi kepada Jab. Pengajian Melayu. Majlis berkompromi kerana keperluan mendesak JPM yang hanya mempunyai bilik jabatan yang sangat kecil dengan ahli yang ramai. Makluman

1.15 Minit Curai: Mesyuarat M3P Bil. 4, 2013 pada 30 April 2013.

1.15.1 Kertas Kerja bagi aktiviti pelajar yang dinyatakan sebagai mengikut Proforma Kursus perlu dikepilkan bersama Proforma kursus berkenaan. Makluman

1.15.2 Prosedur bagi mengambil Cuti Rehat Khas (CRK) hanya dibolehkan sehari dalam tempoh dua bulan. Dalam kes tertentu dibolehkan atas budi bicara Pengarah berasaskan sebab yang munasabah. Makluman

1.15.3 Dato Pengarah meminta KJ memberi perhatian serius kepada pergerakan pensyarah. Melalui pemerhatian beliau, didapati terdapat kecenderungan segelintir pensyarah yang datang untuk Punch In kemudian hilang dan muncul pula semasa Punch Out. Dato Pengarah mengesyorkan penggunaan borang semakan format excel yang telah dibangunkan oleh KJ JPM. Makluman

1.15.4 Dato Pengarah mengumumkan perlantikan KJ JPM, En. Rasdi Bin Abdul Samah sebagai Setiausaha Akademik IPGKTAA. Makluman

1.15.5 Pemantauan P&P pensyarah akan dilaksanakan bermula bulan Jun 2013. Makluman

1.15.6 Penilaian Pelajar terhadap pensyarah perlu diselesaikan dan dirumuskan seminggu sebelum minggu persediaan peperiksaan. Tindakan: Semua Pensyarah

1.16 Makluman Ketua Jabatan agar pensyarah JSS sudah boleh mula merancang bagi melaksanakan Kerja Kursus untuk semester hadapan, Semester 2, Sesi pengajian Tahun 2013. Rentetan daripada agihan jadual telah pun dilaksanakan. Makluman dan arahan KJ juga merupakan suatu kemestian dalam prosedur kerja berkaitan.Tindakan: Semua Pensyarah

2. Pengesahan Minit Mesyuarat.

2.1Setiausaha JSS, En. Syamrul Nizam bin Abdul Malek membentangkan minit mesyuarat JSS kali pertama bertarikh 03 Mei 2013 (Jumaat), bertempat di Bilik Mesyuarat Umar Al-Khattab, IPGKTAA.Makluman

2.2Pembetulan ejaan:En. Rhozisham bin Abd Rashid meminta supaya ejaan JABATAN SAINA SOSIAL ditukarkan kepada JABATAN SAINS SOSIAL.Tindakan: SU, JSS2.2Pembetulan Jawatan Pensyarah:En. Rhozisham bin Abd Rashid meminta supaya jawatan Cik Norsidah binti T Mohamed sebagai Pensyarah KH ditukarkan kepada Pensyarah PS.Tindakan: SU, JSS

2.3Pembetulan perkara 1.5:En. Teoh Eng Seah meminta supaya gelaran Tokoh Go Green IPGKTAA ditukarkan kepada Wakil Go Green IPGKTAA.Tindakan: SU, JSS

2.4En. Yusri bin A Ghani mencadangkan Minit Mesyuarat Kali Pertama, 2013 diterima dan disahkan dengan sedikit pindaan. Disokong oleh: Tn. Hj. Mohd Sahardi bin Ismail.Makluman

3. Perkara Berbangkit.

3.1Perkara 9.2:En. Syahariman bin Hamid meminta KJ, JSS membangkitkan semula cadangan dalam Mesyuarat M3P berkenaan dengan keperluan seorang staf sokongan bagi membantu menguruskan pengurusan JSS dari segi:i)inventori (tempat simpanan alat dan barang),ii)Bilik Muzik,iii)Studio PSV,iv)dan Bilik KH & RBT. Masih menjadi usul dalam M3P.Makluman

3.2Perkara 9.3:En. Syahariman bin Abdul Hamid meminta agar AJK Perabot JSS mengambil rak di Pusat Sumber, IPGKTAA untuk tujuan urusan fail di JSS. Telah diambil tindakan.Makluman

3.3Perkara 9.4:En. Syahariman bin Hamid juga meminta supaya KJSS memaklumkan dalam M3P bahawa Unit Stor, IPGKTAA sepatutnya yang mendapatkan sebut harga barang-barang dan peralatan dan ianya bukan tugas pensyarah. Telah diambil tindakan.Makluman

4. Laporan Ketua Unit.

4.1Unit Pendidikan Seni Visual (PSV) En. Johan bin Kadis.

4.1.1Dalam M3P, Dato Pengarah IPGKTAA meminta supaya arca publik di hadapan Dewan Darul Makmur, IPGKTAA ditukar kepada arca yang lebih baharu sebelum majlis konvokesyen berlangsung kerana arca tersebut sudah rosak dan usang. Telah diambil tindakan.Makluman

4.1.2Markah kerja kursus untuk Unit PPISMP Sem. 2 dan 3 serta Unit PISMP Sem. 3, 2 dan 7 adalah lulus keseluruhannya. Makluman

4.1.3Agihan kursus Sem. 2, Jun November 2013:

i)PSV 3115 Penyelidikan Tindakan II (PISMP Sem. 8 PSV 1 & PSV 2)Penyelaras: En. Mohd Zamani bin Mohd Nor Peah:Tenaga Pengajar:- En. Johan bin Kadis (11 orang pelajar).- En. Shaiful Bahari bin Bachik (10 orang pelajar).- En. Mohd Zamani bin Mohd Nor Peah (10 orang pelajar).- En. Syamrul Nizam bin Abdul Malek (10 orang pelajar).

ii)PSV 3114 Seni & Pengurusan (PISMP Sem. 8 PSV 1 & PSV 2).Penyelaras: En. Mohd Zamani bin Mohd Nor Peah.Tenaga Pengajar:- En. Mohd Zamani bin Mohd Nor Peah.

iii)PSV 3111 Pentaksiran PSV (PISMP Sem. 6 BM1/PJ/PSV Elektif/Minor).Penyelaras: En. Johan bin Kadis.Tenaga Pengajar:- En. Shaiful Bahari bin Bachik.

iv)PSV 3105 P&P PSV (PISMP Sem. 4 PC/PJ/PSV Elektif/Minor).Penyelaras: En. Johan bin Kadis.Tenaga Pengajar:- En. Johan bin Kadis.

v)PS 3311 P4 Pend. Seni Visual 1PSV(PPISMP Sem. 3 PC/PJ/PSV Elektif/Minor).Penyelaras: En. Syamrul Nizam bin Abdul Malek.Tenaga Pengajar:- En. Syamrul Nizam bin Abdul Malek.Makluman

4.1.4Terdapat 2 buah penghawa dingin dalam Makmal Komputer PSV telah rosak dan perlu diperbaiki dengan kadar segera agar p&p dapat dijalankan dengan selesa dan berjalan lancar. Makluman

4.1.5Kembara Seni Visual (Lawatan Sambil Belajar) telah berlangsung dengan jayanya, disertai oleh pelajar-pelajar minor PISMP Sem. 5 dan PPISMP Sem. 2 dan 3. Di antara tempat-tempat yang dilawati ialah:- Pusat Kraftangan Rawang, Selangor Darul Ehsan.- Galeri-galeri Swasta sekitar Kuala Lumpur.- Balai Seni Visual, Kuala Lumpur.- Pusat Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur.Makluman

4.1.6Praktikum Fasa III pelajar-pelajar PISMP Sem. 7, Major PSV berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Unit Praktikum. Semua pelajar iaitu seramai 41 orang lulus dengan jayanya.Makluman

4.1.7Pelajar-pelajar PISMP Sem. 7, Major PSV akan mengadakan satu Pameran Seni Visual pada semester hadapan dan akan melibatkan penyertaan guru-guru pelatih PISMP Sem. 4, PC/Minor PSV dan PPISMP Sem. 3, PC/Minor PSV. Pameran ini bakal melibatkan seramai 77 orang guru pelatih dan 4 orang Pensyarah PSV.Makluman

4.1.8Tenaga pengajar bagi PPG semester hadapan:i)PPG Ambilan Jun 2011:- PSV 3109 (Multimedia Kreatif Dalam PSV).- Tenaga Pengajar: En. Mohd Zamani bin Mohd Nor Peah.ii)PPG Ambilan Jun 2011:- PSV 3110 (Sejarah & Apresiasi Seni)- Tenaga Pengajar: En. Syamrul Nizam bin Abdul Malek.iii)PPG Ambilan Jun 2012:- PSV 3107 (Pedagogi PSV KBSR).- Tenaga Pengajar: En. Johan bin Kadis.iv)PPG Ambilan Jun 2012:- PSV 3108 (PSV KBSR Membentuk & Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional).- Tenaga Pengajar: En. Shaiful Bahari bin Bachik.Makluman4.1.9Meminta penyelaras memanjangkan keperluan amali PSV, PPG ke peringkat IPGM. Di antara perkara-perkaranya adalah seperti berikut:i)mengikut pro-forma terdapat amali.ii)jam interaksi mingguan tidak mencukupi untuk kerja-kerja amali.iii)perlu diselaraskan di seluruh IPG yang terdapat kursus PSV PPG.Tindakan: KJ, JSS

5. Laporan Ketua Unit.

5.1Unit Kemahiran Hidup & Reka Bentuk Teknologi (KH & RBT) En. Zamani bin Ibrahim.

5.1.1Memaklumkan pertukaran Cik Nor Sazila binti Zakaria ke IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah Darul Aman yang berkuat kuasa pada 14 April 2013. Antara tugas yang diambil alih oleh beliau:i)Interaksi RBT 3119 (Sem. 5) Unit BM1 dan BM2 (baki bilangan jam yang perlu dihabiskan).ii)Penyediaan kertas soalan RBT 3119 telah dihantar pada 2 Mei 2013.iii)Penyemakan kertas jawapan RBT 3119 (selepas Peperiksaan Mei 2013).iv)Interaksi PPG Ambilan 2012 RBT 3117 (27 April 2013).v)Penyemakan kertas jawapan RBT 3117 (selepas Peperiksaan Mei 2013).Makluman

5.1.2Memohon jasa baik KJ, JSS untuk mendapatkan persetujuan Ahli-ahli M3P agar tidak membenarkan Bilik Kemahiran Hidup dijadikan kelas kuliah sepertimana yang berlaku sebelum ini atas sebab-sebab berikut:i)Untuk menjaga keselamatan alatan dan bahan di bengkel.ii)Bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan alatan.iii)Tujuan kemaskini stok dari masa ke semasa.iv)Bilik yang perlu ditutup dan berkunci jika tidak dijalankan p&p.v)Memudahkan urusan pengesanan alatan keluar dan masuk secara rekod.Tindakan: KJ, JSS

5.1.3Memohon jasa baik KJ, JSS untuk mengemukakan dalam Mesyuarat M3P bagi mendapatkan pensyarah baharu untuk Unit KH & RBT bagi menggantikan pensyarah KH & RBT yang telah bertukar dan cuti belajar.Tindakan: KJ, JSS

5.1.4Tenaga pengajar bagi Interaksi Sem. 2, Jun Nov 2013:i)- PISMP Sem. 6 (Unit BM1 dan BM2).- RBT 3120.- Tenaga Pengajar: En. Zamani bin Ibrahim.ii)- PISMP Sem. 4 (Unit BM1, BM2 dan BT).- RBT 3118.- Tenaga Pengajar: En. Zamani bin Ibrahim.Makluman

5.1.5Penyelia Praktikum KDPM KDC Ambilan Nov 2010 Unit PT untuk Minor KH & RBT (24 Jun 13 Sept 2013)i)1 orang pensyarah KH:- En. Zamani bin Ibrahim.ii)4 orang pensyarah PSV:- En. Johan bin Kadis.- En. Shaiful Bahari bin Bachik.- En. Mohd Zamani bin Mohd Nor Peah.- En. Syamrul Nizam bin Abdul Malek.iii)5 orang pensyarah Muzik:- En. Ariff Fadillah bin Khalil.- En. Umran Samsudin.- En. Mahadi bin Hussin.- En. Syahariman bin Abd Hamid.- En. Norshamsuri bin Sapiai @ Shafie.Makluman

6. Laporan Ketua Unit.

6.1Unit Pengajian Sosial (PS) En. Zolpatai bin Elias.

6.1.1Matapelajaran dan tenaga pengajar bagi Interaksi Sem. 2, Jun Nov 2013:i)- PSS 3114 (Wacana dan Masyarakat).- Tenaga pengajar: En. Rhozisham bin Abd Rashid.- Penyelaras: En. Rhozisham bin Abd Rashid.- 3 jam.ii)- PSS 3115 (Penyelidikan & Tindakan II). Pengajian Sosial Pendidikan Rendah (Perlaksanaan dan Pelaporan) Sem. 8.- Tenaga pengajar: Tn. Hj. Mohd Sahardi b. Ismail.- 3 jam.iii)- SJH 3102 (Pensejarahan Malaysia).- Tenaga pengajar: En. Mazuki b. Abd Razak.- Penyelaras: En. Mazuki b. Abd Razak.- 3 jam.iv)- SJH 3101 (Tranformasi Sejarah Perkembangan Pendidikan di Malaysia)- Tenaga pengajar: En. Yusri bin A Ghani.- Penyelaras: En. Yusri bin A Ghani.- 3 jam.v)- PSS 3107 (Nilai dan Etika Pengajian Sosial). - Tenaga pengajar: En. Teoh Eng Seah.- Penyelaras: En. Teoh Eng Seah.- 3 jam.vi)- PSS 3112 (Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi).- Tenaga pengajar: Pn. Sam Foong.- Penyelaras: Pn. Sam Foong.- 3 jam.vii)- SJH 1105 (Ketamadunan Manusia).- Tenaga pengajar: En. Zolpatai bin Elias.- Penyelaras: En. Zolpatai bin Elias.- 3 jam.viii)- SJH 1107 (Sejarah Malaysia Moden 1945-1969).- Tenaga pengajar: En. Mohamad Fauzi bin Ngah.- Penyelaras: En. Mohamad Fauzi bin Ngah.- 3 jam.Makluman6.1.2Lebihan tenaga pengajar:i)En. Mohamad Kasasi bin Abd Majid.ii)Pn. Hjh. Nurul Amilin binti Abdullah.iii)Cik Zuraidah binti Baharuldin.Makluman

6.1.4Semua guru pelatih Sem. 5 dan Sem. 7 yang telah selesai menjalani praktikum mendapat markah yang baik dan semua keputusan telah diserahkan kepada KU Pratikum.Makluman

6.1.5Mengucapkan terima kasih kepada semua Pensyarah Pengajian Sosial kerana berjaya dengan cemerlang dalam penyediaan Folio dan Fail MQA.Makluman

7. Laporan Ketua Unit.

7.1Unit Muzik En. Ariff Fadillah bin Khalil.

7.1.1Mengucapkan terima kasih kepada semua Pensyarah Muzik kerana membantu beliau dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai KU.Makluman

7.1.2Mata pelajaran dan tenaga pengajar bagi Interaksi Sem. 2, Jun Nov 2013:i)PISMP Sem. 4/Pra 1/Major:- PRM 3102/Apresiasi Muzik dengan Pergerakan Prasekolah.- Tenaga pengajar: En. Norshamsuri bin Sapiai @ Shafie.- Penyelaras: En. Norshamsuri bin Sapiai @ Shafie.- 4 jam.

ii)PISMP Sem. 4/Pra 2/Major:- PRM 3102/Apresiasi Muzik dengan Pergerakan Prasekolah.- Tenaga pengajar: En. Mahadi bin Hussin.- Penyelaras: En. Mahadi bin Hussin.- 4 jam.

iii)PISMP Sem. 3/MU/PJ/BC/Major:- MU 3311P/Pendidikan Muzik 1.- Penyelaras: En. Ariff Fadillah bin Khalil.- Tenaga pengajar: En. Syahariman bin Abd. Hamid. Teori Muzik I/1 jam. En. Mahadi bin Hussin. Vokal dan Kemahiran Muzik Asas I/1 jam. En. Ariff Fadillah bin Khalil. Apresiasi Muzik I/1 jam. En. Ariff Fadillah bin Khalil. Kemahiran Instrumental I/2 jam.

iv)PISMP Sem. 3/MU/PJ/BC/Major:- PRM 3312P/Pendidikan Muzik 2.- Penyelaras: En. Syahariman bin Abd. Hamid.- Tenaga pengajar: En. Syahariman bin Abd. Hamid. Teori Muzik I/1 jam. En. Mahadi bin Hussin. Vokal dan Kemahiran Muzik Asas I/1 jam.

En. Ariff Fadillah bin Khalil. Apresiasi Muzik I/1 jam. En. Ariff Fadillah bin Khalil. Kemahiran Instrumental I/2 jam.

v)PISMP Sem. 3/Pemulihan/Elektif:- MU 3311P/Pendidikan Muzik 1.- Penyelaras: En. Ariff Fadillah bin Khalil.- Tenaga pengajar: En. Umran bin Samsudin. Teori Muzik I/1 jam. En. Ariff Fadillah bin Khalil. Vokal dan Kemahiran Muzik Asas I/1 jam. En. Ariff Fadillah bin Khalil. Apresiasi Muzik I/1 jam. En. Ariff Fadillah bin Khalil. Kemahiran Instrumental I/2 jam.

vi)PISMP Sem. 4:- WAJ 3107/Seni Dalam Pendidikan.- Penyelaras: En. Umran bin Samsudin.- Tenaga pengajar: Semua Pensyarah Muzik.

(Akan berlaku perubahan dari masa ke semasa dan akan dimaklumkan kelak)Makluman

8.Laporan Kewangan.

8.1Bendahari JSS - En. Rhozisham bin Abd Rashid.(Rujuk lampiran)

9.Hal-hal Lain.

9.1Pn. Hjh. Nurul Amilin bin Abdullah mengingatkan setiap Pensyarah JSS supaya peka dengan kehadiran guru-guru pelatih di dalam bilik kuliah. Kelayakan guru pelatih untuk menduduki peperiksaan akhir berdasarkan keseluruhan kehadiran mereka ke kuliah.Makluman

9.2En. Syahariman bin Hamid memaklumkan terdapat 3 kursus Muzik dalam PPG. Terdapat 2 Bilik Kuliah Muzik terbuka untuk p&p. Manakala Bilik Gamelan akan dijadikan Bilik Muzik. Oleh itu, beliau meminta sedikit peruntukan untuk menaiktaraf bilik-bilik tersebut menjadi bilik amali dan bilik stor penyimpanan alat dan barang.Tindakan: KJ, JSS

9.3En. Syahariman bin Hamid memerlukan tambahan Pensyarah Muzik yang berbangsa Cina kerana kebanyakan pelajar Major Muzik adalah SJKC. Beliau memohon agar KJ, JSS membawa usul ini dalam Mesyuarat M3P. Tindakan: KJ, JSS

9.4En. Yusri bin A Ghani mengingatkan kepada semua Pensyarah JSS supaya menghantar BKKP dan sampel KK dengan segera ke UPP untuk tujuan ISO dan MQA.Tindakan: Semua Pensyarah JSS

9.5En. Zamani bin Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada SU, JSS kerana mengemaskini Carta Organisasi JSS. Selain itu, beliau memohon agar SU, JSS memastikan borang-borang rasmi seperti Borang Permohonan Meninggalkan Pejabat, Borang Permohonan CRK, dan lain-lain borang sentiasa mencukupi di dalam rak di JSS. Tindakan: SU, JSS

9.6En. Mohd Zamani bin Mohd Nor Peah memaklumkan bahawa Major PSV, Sem. 8 adalah yang terakhir pada tahun ini.Makluman

9.7En. Teoh Ng Seah memohon jasa baik mana-mana pihak bagi menyediakan senarai nama pensyarah-pensyarah yang mengikuti kursus di luar untuk makluman beliau.Tindakan: SU, JSS

9.8En. Syamrul Nizam bin Abdul Malek, (SU, JSS) meminta kerjasama kepada semua pensyarah JSS supaya mengedarkan sendiri Borang Lam-PT-05-04 kepada para pelajar. Apabila borang tersebut telah siap diisi, beliau memohon jasa baik semua Pensyarah JSS meletakkannya di atas meja beliau agar proses penilaian dan penyimpanan data berjalan dengan lancar dan mengikut tarikh yang ditetapkan.Tindakan: Semua Pensyarah JSS

9.9En. Syamrul Nizam bin Abdul Malek (SU, JSS) mengucapkan terima kasih kepada En. Zamani bin Ibrahim kerana membantu beliau membuat salinan Borang Lam-PT-05-04 untuk edaran kepada semua pensyarah JSS.Makluman

9.10En. Shaiful Bahari bin Bachik (KJ, JSS) mengucapkan taniah kepada En. Syahriman bin Hamid kerana dilantik sebagai Pengerusi Staf Akademik yang baharu.Makluman

9.11En. Shaiful Bahari bin Bachik (KJ, JSS) memaklumkan bahawa Borang Kolaborasi perlu disertakan dalam kerja kursus.Makluman

9.12En. Shaiful Bahari bin Bachik, SMP (KJ, JSS) amat berharap agar hubungan akrab sesama semua Pensyarah JSS dapat dikekalkan sepanjang masa agar dapat melancarkan proses pentadbiran dan pengurusan JSS demi menjaga nama baik JSS dan IPGKTAA.Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 05.00 petang.

Disediakan oleh: Disahkan Oleh:

................ ........................(EN. SYAMRUL NIZAM B. ABDUL MALEK) (EN. SHAIFUL BAHARI B. BACHIK, SMP)Setiausaha Jabatan, Ketua Jabatan, Jabatan Sains Sosial, Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Tarikh:10 Mei 2013 Tarikh:17