berita kemajuan nov-dec 2014

4
Edisi November – Disember 2014 Edisi November – Disember 2014 8 mukasurat PENCAPAIAN 2014 MEMBERANGSANGKAN RM148.377 j DIVIDEN SUDAH DIAGIHKAN L embaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) telah membayar dividen berjumlah RM148.377 juta kepada peneroka dan pesertanya dari tahun 2003 hingga Julai 2014. Jumlah tersebut termasuk bayaran dividen terbaharu bagi suku pertama tahun 2014 berjumlah RM3.6 juta. Perkara ini dinyatakan oleh Pengerusi SLDB, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail, ketika menjelaskan komitmen dan tanggungjawab korporat agensi itu sebagai salah sebuah agensi pelaksanana projek pembangunan pertanian berkonsepkan pembasmian kemiskinan di Sabah. “SLDB memang memperoleh keuntungan tetapi wang itu digunakan untuk manfaat rakyat, terutama sekali untuk peserta dan peneroka dalam projek pembangunan pertanian dikendalikan SLDB yang kebanyakannya di kawasan pedalaman Sabah. “Para pegawai dan kakitangan SLDB bekerja demi kepentingan peneroka dan peserta dan usaha murni ini patut kita banggakan,” katanya. Rahim, yang juga Adun Pantai Manis, berkata ramai orang tidak mengetahui bahawa ekoran penstrukturan semula organisasi korporat SLDB pada tahun 2000, 99 peratus aktiviti perladangan sawitnya melibatkan peneroka dan peserta, sementara pegangan perladangan komersilnya hanya 9 peratus. Katanya, meskipun suasana harga pasaran global minyak sawit mentah (CPO) menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, SLDB bekerja keras untuk memastikan para peneroka dan peserta dalam semua skim perladangannya terus mendapat manfaat. Datuk Haji Abdul Rahim juga turut mengalu- alukan langkah agensi itu menganjurkan seminar dua hari di Kundasang, Ranau, pada Ogos lepas, yang merupakan inisiatif pro-aktif di bawah pengurusan baharu SLDB. Perhimpunan yang dihadiri 44 pegawai- pegawai kanan SLDB itu, bertujuan sebagai satu pletfom untuk percambahan minda antara pengurus-pengurus dan kumpulan pengurusan demi memperkasakan syarikat. Seminar yang dirasmikan oleh Datuk Haji Abdul Rahim, juga bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan berbelanja berhemah, inisiatif-inisiatif pengurangan kos serta pematuhan dasar-dasar dan prosedur syarikat. “SLDB bergerak pada landasan yang tepat dan saya lihat para pegawai dan kakitangan mempunyai kesedaran dan kesungguhan untuk menghadapi cabaran-cabaran kritikal yang melibatkan kelangsungan syarikat dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya. Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, YAB Datuk Seri Penglima Musa Haji Aman, telah melantik SLDB sebagai agen utama melaksanakan beberapa projek pembangunan pertanian di kawasan luar bandar, terutama sekali penanaman kelapa sawit, bertujuan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar, sekaligus mengimbangi pertumbuhan pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar. Skim-skim pembasmian kemiskinan tajaan kerajaan Negeri dengan bantuan Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan SLDB termasuklah Mini Estet Sejahtera (MESEJ) dan Agropolitan. Setakat ini terdapat 6,221 peserta dan peneroka terlibat dalam projek-projek pembangunan pertanian SLDB di kawasan Pedalaman dan ramai lagi peserta baharu dijangka akan mendapat faedah apabila projek-projek baharu SLDB siap kelak. Pegawai, kakitangan SLDB bekerja demi kepentingan peserta dan peneroka. Usaha murni ini patut dibanggakan – Rahim KOTA KINABALU: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) mencatatkan prestasi memberangsangkan dalam operasi pengurusan dan kewangan pada tahun 2014, terutama sekali peningkatan pembayaran dividen kepada 6,221 peserta dan penerokanya. Pengerusi SLDB, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail, berkata jumlah dividen yang diagihkan kepada peserta dan peneroka dalam suku ketiga tahun 2014 ialah RM15.7 juta berbanding RM14.05 juta bagi keseluruhan tahun lepas. Katanya, keuntungan sebelum cukai yang diperolehi daripada ladang SLDB yang telah matang bagi suku ketiga tahun ini direkodkan pada RM29.9 juta berbanding rugi RM9 juta pada tahun 2013. “Hasil daripada pelaksanaan pelbagai langkah penjimatan kos pada tahun 2014, perbelanjaan sebenar SLDB berjumlah RM13.9 juta pada suku ketiga, berbanding RM24.5 juta pada tahun 2013,” katanya. Rahim, yang juga Adun Pantai Manis, berkata dalam tempoh hampir dua tahun SLDB telah meningkatkan beberapa langkah pro-aktif untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan dan operasinya. Pelantikan Haji Jazuli W. Sunarto sebagai Pengurus Besar SLDB pada awal tahun 2014 menyaksikan beberapa langkah penstrukturan dalam pengurusan peringkat tertinggi agensi itu. Bergerak ke hadapan, pihak pengurusan SLDB juga memperkenalan inisiatif-inisiatif baharu, seperti pengagihan tanggungjawab (decentralizing) sebahagian daripada fungsi perniagaan, bertujuan memperkasakan syarikat- syarikat subsidiari dan unit perniagaan strategik, sekaligus mempermudahkan membuat keputusan bagi melicinkan operasi. “Memandangkan kejatuhan harga minyak sawit mentah (CPO) dan pengeluaran hasil yang menjejaskan industri minyak sawit seluruh Negara, maka tumpuan utama kami ialah meningkatkan produktiviti dan kecekepan pengurusan bagi menangani isu tersebut, terutama sekali menjaga kepentingan peserta dan peneroka SLDB,” katanya. Pengerusi SLDB itu juga mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah telah bersetuju memberikan 2,773 hektar tanah kepada SLDB di Lumiri, Nabawan, yang akan dibangunkan sebagai entiti komersil agensi itu. Pada ketika ini kira-kira 89% daripada keseluruhan aktiviti penanaman sawit SLDB melibatkan peserta dan peneroka. Lebih ramai lagi penduduk luar bandar dijangka akan mendapat manfaat daripada projek-projek pembangunan tanah pertanian yang sedang dilaksanakan SLDB. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, terutama sekali Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, kerana bersetuju menyediakan 2,773 hektar tanah itu kepada SLDB. “Pemberian ini sudah tentu merupakan sumbangan besar dari segi menjaga kepentingan dan masadepan SLDB,” katanya. Mengenai masadepan SLDB, Datuk Abdul Rahim berkata agensi itu akan memperkenalkan Inisiatif Pelaburan Swasta (Private Investment Initiative) kepada pelabur yang ingin mengadakan usahasama dengan SLDB untuk membangunkan projek-projek pembangunan tanah pertanian di Sabah. Di bawah konsep ini, SLDB tidak akan meminjam wang daripada bank-bank untuk membiayai projek pembangunan pertanian, sebaliknya kos itu ditanggung oleh pelabur. Kerajaan Negeri telah melantik SLDB untuk melaksanakan beberapa projek pembangunan pertanian, terutama sekali penanaman ladang sawit untuk meningkatkan taraf hidup penduduk miskin luar bandar. Skim-skim pembasmian kemiskinan berimpak tinggi itu termasuklah projek berasaskan pertanian seperti Mini Estet Sejahtera (MESEJ), skim Agropolitan dan tanah-tanah bergeran komunal. M enarik Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Basmi Kemiskinan Dipergiatkan – Muka Surat 7 Merungkai ‘Misteri’ SLDB – Muka Surat 2 Projek MESEJ Terus Dapat Pengiktirafan – Muka Surat 3 Pengerusi SLDB, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail, menyampaikan amanat pada Seminar Tahunan Pengurus-Pengurus SLDB di Kundasang, Ranau. Para pegawai kanan SLDB yang menghadiri Seminar Tahunan Pengurus-Pengurus SLDB di Kundasang, Ranau. Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) terus melakar sejarah tersendiri apabila menerima penarafan empat bintang Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti tahun 2013 daripada Ketua Audit Negara Malaysia, Tan Sri Dato’ Ambrin Buang. Pengerusi SLDB YB Datuk Haji Abdul Rahim Ismail menerima anugerah itu pada satu majlis di Kota Kinabalu yang disampaikan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Upload: vuongdang

Post on 04-Feb-2017

288 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berita Kemajuan Nov-Dec 2014

Edisi November – Disember 2014

Edisi November – Disember 2014

8 muk

asur

at

PENCAPAIAN 2014MEMBERANGSANGKAN

RM148.377 j DIVIDENSUDAH DIAGIHKAN

Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) telah membayar dividen berjumlah RM148.377 juta kepada peneroka dan

pesertanya dari tahun 2003 hingga Julai 2014.Jumlah tersebut termasuk bayaran dividen

terbaharu bagi suku pertama tahun 2014 berjumlah RM3.6 juta.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengerusi SLDB, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail, ketika menjelaskan komitmen dan tanggungjawab korporat agensi itu sebagai salah sebuah agensi pelaksanana projek pembangunan pertanian berkonsepkan pembasmian kemiskinan di Sabah.

“SLDB memang memperoleh keuntungan tetapi wang itu digunakan untuk manfaat rakyat, terutama sekali untuk peserta dan peneroka dalam projek pembangunan pertanian dikendalikan SLDB yang kebanyakannya di kawasan pedalaman Sabah.

“Para pegawai dan kakitangan SLDB bekerja demi kepentingan peneroka dan peserta dan usaha murni ini patut kita banggakan,” katanya.

Rahim, yang juga Adun Pantai Manis, berkata ramai orang tidak mengetahui bahawa ekoran penstrukturan semula organisasi korporat SLDB

pada tahun 2000, 99 peratus aktiviti perladangan sawitnya melibatkan peneroka dan peserta, sementara pegangan perladangan komersilnya hanya 9 peratus.

Katanya, meskipun suasana harga pasaran global minyak sawit mentah (CPO) menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, SLDB bekerja keras untuk memastikan para peneroka dan peserta dalam semua skim perladangannya terus mendapat manfaat.

Datuk Haji Abdul Rahim juga turut mengalu-alukan langkah agensi itu menganjurkan seminar dua hari di Kundasang, Ranau, pada Ogos lepas, yang merupakan inisiatif pro-aktif di bawah

pengurusan baharu SLDB.Perhimpunan yang dihadiri 44 pegawai-

pegawai kanan SLDB itu, bertujuan sebagai satu pletfom untuk percambahan minda antara pengurus-pengurus dan kumpulan pengurusan demi memperkasakan syarikat.

Seminar yang dirasmikan oleh Datuk Haji Abdul Rahim, juga bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan berbelanja berhemah, inisiatif-inisiatif pengurangan kos serta pematuhan dasar-dasar dan prosedur syarikat.

“SLDB bergerak pada landasan yang tepat dan saya lihat para pegawai dan kakitangan

mempunyai kesedaran dan kesungguhan untuk menghadapi cabaran-cabaran kritikal yang melibatkan kelangsungan syarikat dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.

Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, YAB Datuk Seri Penglima Musa Haji Aman, telah melantik SLDB sebagai agen utama melaksanakan beberapa projek pembangunan pertanian di kawasan luar bandar, terutama sekali penanaman kelapa sawit, bertujuan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar, sekaligus mengimbangi pertumbuhan pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Skim-skim pembasmian kemiskinan tajaan kerajaan Negeri dengan bantuan Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan SLDB termasuklah Mini Estet Sejahtera (MESEJ) dan Agropolitan.

Setakat ini terdapat 6,221 peserta dan peneroka terlibat dalam projek-projek pembangunan pertanian SLDB di kawasan Pedalaman dan ramai lagi peserta baharu dijangka akan mendapat faedah apabila projek-projek baharu SLDB siap kelak.

Pegawai, kakitangan SLDB bekerja demi kepentingan peserta dan

peneroka. Usaha murni ini patut dibanggakan – Rahim

KOTA KINABALU: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) mencatatkan prestasi memberangsangkan dalam operasi pengurusan dan kewangan pada tahun 2014, terutama sekali peningkatan pembayaran dividen kepada 6,221 peserta dan penerokanya.

Pengerusi SLDB, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail, berkata jumlah dividen yang diagihkan kepada peserta dan peneroka dalam suku ketiga tahun 2014 ialah RM15.7 juta berbanding RM14.05 juta bagi keseluruhan tahun lepas.

Katanya, keuntungan sebelum cukai yang diperolehi daripada ladang SLDB yang telah matang bagi suku ketiga tahun ini direkodkan pada RM29.9 juta berbanding rugi RM9 juta pada tahun 2013.

“Hasil daripada pelaksanaan pelbagai langkah penjimatan kos pada tahun 2014, perbelanjaan sebenar SLDB berjumlah RM13.9 juta pada suku ketiga, berbanding RM24.5 juta pada tahun 2013,” katanya.

Rahim, yang juga Adun Pantai Manis, berkata dalam tempoh hampir dua tahun SLDB telah meningkatkan beberapa langkah pro-aktif untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan dan operasinya.

Pelantikan Haji Jazuli W. Sunarto sebagai Pengurus Besar SLDB pada awal tahun 2014 menyaksikan beberapa langkah penstrukturan dalam pengurusan peringkat tertinggi agensi itu.

Bergerak ke hadapan, pihak pengurusan SLDB juga memperkenalan inisiatif-inisiatif baharu, seperti pengagihan tanggungjawab (decentralizing) sebahagian daripada fungsi perniagaan, bertujuan memperkasakan syarikat-syarikat subsidiari dan unit perniagaan strategik, sekaligus mempermudahkan membuat keputusan bagi melicinkan operasi.

“Memandangkan kejatuhan harga minyak sawit mentah (CPO) dan pengeluaran hasil yang menjejaskan industri minyak sawit seluruh Negara, maka tumpuan utama kami ialah meningkatkan produktiviti dan kecekepan pengurusan bagi menangani isu tersebut, terutama sekali menjaga kepentingan peserta dan peneroka SLDB,” katanya.

Pengerusi SLDB itu juga mengumumkan bahawa

Kerajaan Negeri Sabah telah bersetuju memberikan 2,773 hektar tanah kepada SLDB di Lumiri, Nabawan, yang akan dibangunkan sebagai entiti komersil agensi itu.

Pada ketika ini kira-kira 89% daripada keseluruhan aktiviti penanaman sawit SLDB melibatkan peserta dan peneroka.

Lebih ramai lagi penduduk luar bandar dijangka akan mendapat manfaat daripada projek-projek pembangunan tanah pertanian yang sedang dilaksanakan SLDB.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, terutama sekali Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, kerana bersetuju menyediakan 2,773 hektar tanah itu kepada SLDB.

“Pemberian ini sudah tentu merupakan sumbangan besar dari segi menjaga kepentingan dan masadepan SLDB,” katanya.

Mengenai masadepan SLDB, Datuk Abdul Rahim berkata agensi itu akan memperkenalkan Inisiatif Pelaburan Swasta (Private Investment Initiative) kepada pelabur yang ingin mengadakan usahasama dengan SLDB untuk membangunkan projek-projek pembangunan tanah pertanian di Sabah.

Di bawah konsep ini, SLDB tidak akan meminjam wang daripada bank-bank untuk membiayai projek pembangunan pertanian, sebaliknya kos itu ditanggung oleh pelabur.

Kerajaan Negeri telah melantik SLDB untuk melaksanakan beberapa projek pembangunan pertanian, terutama sekali penanaman ladang sawit untuk meningkatkan taraf hidup penduduk miskin luar bandar.

Skim-skim pembasmian kemiskinan berimpak tinggi itu termasuklah projek berasaskan pertanian seperti Mini Estet Sejahtera (MESEJ), skim Agropolitan dan tanah-tanah bergeran komunal.

Menarik

Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

Basmi Kemiskinan Dipergiatkan – Muka Surat 7

Merungkai ‘Misteri’SLDB– Muka Surat 2

Projek MESEJ Terus Dapat Pengiktirafan– Muka Surat 3

Pengerusi SLDB, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail, menyampaikan amanat pada Seminar Tahunan Pengurus-Pengurus SLDB di Kundasang, Ranau.

Para pegawai kanan SLDB yang menghadiri Seminar Tahunan Pengurus-Pengurus SLDB di Kundasang, Ranau.

Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) terus melakar sejarah tersendiri apabila menerima penarafan empat bintang Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti tahun 2013 daripada Ketua Audit Negara Malaysia, Tan Sri Dato’ Ambrin Buang. Pengerusi SLDB YB Datuk Haji Abdul Rahim Ismail menerima anugerah itu pada satu majlis di Kota Kinabalu yang disampaikan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Page 2: Berita Kemajuan Nov-Dec 2014

2 Edisi November – Disember 2014muk

asur

at

Edisi November – Disember 2014 7m

ukasurat

MERUNGKAI ‘MISTERI’ SLDB

Pengurus Besar, Tuan Haji Jazuli W. Sunarto

Pengerusi, Datuk Haji Abdul Rahim

Wakil Rakyat kawasan Kuamut,

YB Masiung Banah, berpuashati

dengan tahap pencapaian

pembangunan projek pertanian Agropolitan

di Lalampas yang dilaksanakan oleh Lembaga

Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB).

Beliau yang juga Pembantu Menteri

Kebudayaan, Belia dan Sukan Sabah melawat

projek itu pada Oktober dan menghabiskan

masa lebih enam jam meninjau kawasan

pembangunan pertanian berimpak tinggi

itu, termasuklah pejabat operasi Teraju Hijau,

syarikat yang mengendalikan projek tersebut.

Masiung juga melawat Rumah Warisan,

sebuah rumah rehat yang dibina sebagai

penghargaan kepada penduduk setempat.

Pengurus ladang Agropolitan Lalampas, Encik

Romeo Hildore, dalam taklimatnya kepada

rombongan pelawat itu berkata pelaksanaan

projek itu sudah mencapai 70 peratus.

Sementara itu, Masiung menyeru penduduk

setempat yang terlibat dengan projek itu

agar memberi kerjasama penuh kepada

SLDB, demi memastikan kelancaran proses

pembangunannya.

Projek Agropolitan Lalampas dilaksanakan

susulan pengeluaran geran komunal bagi

kawasan tersebut pada 2 Februari 2011

melibatkan kawasan seluas 3,691 hektar (9,120

ekar).

Geran komunal Lalampas, yang terletak di Ulu

Sungai Tongod, melibatkan 16 buah kampung,

manakala projek Agropolitan dimulakan sejak

2009.

Projek itu dilaksanakan selepas Institut

Pembangunan Sabah (IDS) dengan kerjasama

SLDB memulakan kajian pembangunan dan

kajian impak sosial, termasuklah menganjurkan

beberapa sesi penerangan kepada penduduk

asal di kawasan Ulu Tongod.

Komitmen Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri untuk meningkatkan program pembasmian kemiskinan di negeri ini terus diperhebatkan

sepertimana yang disasarkan di bawah Bajet 2015.Bagi tempoh kewangan itu, sejumlah RM18.5 juta

diperuntukkan bagi membasmi kemiskinan melalui Mini Estet Sejahtera (MESEJ) dan Program Ekonomi Setempat (PPES).

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh dalam ucapan penggulungnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) November 2014, kerajaan tetap komited bagi membasmi kemiskinan menerusi pelbagai langkah untuk meningkatkan pendapatan isu rumah penduduk luar bandar.

MESEJ merupakan salah satu program yang diberi tumpuan utama Kerajaan untuk mencapai matlamat itu.

Menteri itu berkata, sejak pewujudannya pada 2004, 48 buah program MESEJ telah dijalankan di seluruh Sabah, membabitkan 2,000 ketua keluarga.

Bagi kategori MESEJ pertanian (penanaman kelapa sawit), kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) telah melantik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) sebagai agen pelaksana.

Radin berkata, sejak Januari 2010, seramai 1,167 peserta program pembasmian kemiskinan di Tongod dan Tawau menikmati sehingga RM400 dalam bentuk dividen setiap bulan.

KPLB juga memperuntukkan RM10 juta untuk menjalankan projek infrastruktur asas kecil seperti pemyambungan jambatan, jeti, jalan kampung, bekalan air graviti dan kemudahan sosial seperti pusat komuniti.

Untuk tahun depan, lapan lagi kampung di lapan daerah akan menerima RM2.2 juta untuk inisiatif Kampung Sejahtera.

Usaha meningkat dan menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar di Sabah juga diperkasakan dengan komitmen Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM4.5 bilion bawah Bajet Negara 2015, untuk memastikan pembangunan Sabah dan

kemakmuran rakyatnya.Kerajaan Persekutuan juga akan mula membina

Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 km melibatkan jajaran Sabah 727 km dan Sarawak 936 km dengan kos pembinaan RM27 bilion.

Apabila siap kelak projek mega itu dijangka dapat membuka peluang kepada masyarakat luar bandar

untuk menyertai aktiviti sosio-ekonomi.Bajet Persekutuan 2015, yang dibentangkan Perdana

Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak, di Parlimen 10 Oktober 2014, juga memperuntukkan RM660 juta kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi memperkukuhkan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah

(ESSZONE).Seperti kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri

Panglima Musa Haji Aman, Bajet itu membuktikan Perdana Menteri sentiasa mengutamakan rakyat dengan menekankan kemakmuran rakyat secara keseluruhan terutamanya golongan miskin.

BASMI KEMISKINAN DIPERGIATKAN

MASIUNG PUASHATI PELAKSANAAN AGROPOLITAN LALAMPAS

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh (duduk bertopi merah) meneliti kertas maklumat mengenai projek MESEJ Bunang, Keningau, semasa lawatan beliau ke tapak projek itu.

Pembantu Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Sabah, Datuk Masiung Banah (tiga dari kiri) bersama-sama pegawai SLDB di tapak projek Agropolitan Lalampas, bagi meninjau perkembangan pelaksanaan projek berimpak tinggi itu.

Tema seminar tahunan Pengurus-pengurus Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) iaitu ‘Striving for Survival and Sustainability’

atau ‘bekerja demi kelangsungan serta lestari’ di Kundasang pada Ogos 2014 mengundang persoalan seolah-olah ada suatu ‘misteri’ mengenai kedudukan atau reputasi agensi Kerajaan Negeri itu.

Lima kertas kerja yang dibentangkan pada seminar yang julung kali diadakan sejak pengurusan tertinggi syarikat itu mengalami perubahan pada tahun 2012, akhirnya menceritakan keadaan sebenar.

‘Misteri’ yang melingkari entiti korporat itu adalah berbentuk cabaran-cabaran kritikal, yang jika tidak ditangani dengan bijaksana dan sungguh-sungguh atau tidak diberi keutamaan, boleh mengancam kelangsungan syarikat yang banyak menyumbang kepada industri minyak sawit di Sabah itu.

Ia juga boleh memberi bebanan kepada kerajaan andainya SLDB gagal menyempurnakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya, iaitu sebagai agen pelaksana beberapa program pembasmian kemiskinan, terutamanya projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) dan Agropolitan, yang diperkenalkan Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Ucapan Pengerusi SLDB, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail ketika merasmikan seminar itu menyifatkan cabaran-cabaran kiritikal yang hadapi SLDB itu sebagai satu panggilan amaran (wake-up call), namun bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah itu tidak menggelabah. Menyedari peranan dan tanggungjawab beliau sebagai ‘nahkoda’ kapal, Pengerusi SLDB itu tidak menyalahkan ombak yang membadai kapal, sebaliknya berikhtiar dengan mengumpul kekuatan dan pengalaman semua anak-anak kapal, supaya kapal itu keluar daripada kepungan lautan yang bergelora.

Dalam menghadapi realiti yang melanda SLDB, Datuk Haji Abdul Rahim memberi kata-kata pembakar semangat semangat kepada kumpulan pengurus serta seluruh warga SLDB, seterusnya memberi kesimpulan bahawa cabaran-cabaran itu sebagai suatu perjalanan melalui terowong gelap yang akhirnya menemui cahaya di penghujungnya.

Perubahan teraju kepimpinan dalam SLDB yang melibatkan dua jawatan utama iaitu Pengerusi pada 2012 dan Ketua Pegawai Eksekutif 2014 memberi ruang kepada SLDB untuk memperkukuhkan semula halatuju agensi kerajaan itu, dan seminar pengurus-pengurus di Kundasang itu dilihat sebagai salah satu usaha serius ke arah mencapai matlamat tersebut.

Rumusan-rumusan yang dicapai pada mesyuarat itu banyak memfokaskan kepada usaha memperkukuh dan memperkasakan SLDB, terutama sekali dari segi pematuhan prosedur, pengurusan dana dan sebagainya.

SHAPE UP OR SHIP OUT

SLDB adalah sebuah entiti korporat yang tiada kaitan dengan cara pengendalian sebuah pasukan ketenteraan, namun apabila Pengurus Besar, Tuan Haji Jazuli W. Sunarto menggunakan ungkapan ‘shape up or ship out’ ketika menutup seminar pengurus-pengurus itu, maka ia dilihat suatu bentuk arahan atau amaran ala-tentera walaupun ia ditujukan khusus kepada pegawai-pegawai kanan sebuah badan korporat, iaitu SLDB. Pengurus Besar itu tentunya mempunyai alasan munasabah yang mendorong beliau menggunakan bahasa tersebut.

Perkataan ‘shape up or ship out’ asalnya merupakan satu arahan (command) yang digunakan oleh angkatan tentera Amerika Syarikat semasa perang dunia kedua, iaitu apabila seorang perajuritnya diberi kata dua dalam bahasa tersebut, yang bermaksud mengarahkan beliau supaya memperbaiki prestasi kerjanya atau dia dihantar belayar ke luar negara di

kawasan zon perang. Dalam kes SLDB, bahasa yang digunakan oleh

Pengurus Besar itu juga adalah tepat berdasarkan kepada cabaran-cabaran dan situasi semasa yang melanda agensi itu. Ia bukan satu ugutan dan bukan juga satu gurauan, tetapi lebih afdal bersifat diagnosis, iaitu bertujuan ‘mengenalpasti dan seterusnya merawat dan mengubati penyakit atau kekurangan’ (treatment of illness or disability).

Untuk menterjemahkan matlamat ‘shape up or ship out’ itu, Pengurus Besar itu berkata: “sekarang adalah masa untuk mengumpul semua maklumat, kita akan teliti dan pertimbangkan segala perspektif untuk menentukan (diagnose) apa sebenarnya punca isu-isu berbangkit (yang melanda SLDB), kita mesti bergerak ke hadapan mengikut strategi yang ditetapkan dan seterusnya melaksanakan pelan tindakan (plan your work, work your plan)”.

“Seminar pengurus-pengurus bukan berhenti setakat di sini, bahkan ia adalah permulaan perjalanan kita (the beginning of our journey),” jelasnya sambil memetik kenyataan bekas Ketua Eksekutif Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Idris Jala bahawa: “our past has been coloured, now it’s time for us to paint our future (masa silam kita telah diwarnai, sekarang tiba masanya untuk kita melukis masa depan kita)”.

Pengurus Besar mengakhiri taklimatnya dengan kata-kata yang agak menyentuh perasaan: “Hari ini kita melakar sejarah sebagai generasi pertama yang menganjurkan persidangan selepas penysusunan semula SLDB pada tahun 2001. Alhamdulillah ianya telah terlaksana setelah hampir beberapa tahun diwar-warkan dan dirancang. Tahniah kepada Unit Sumber Manusia selaku penganjur dan semua peserta persidangan.

Dengan tema “Striving for survival and sustainability”, tidak perlu diulas lebih lanjut untuk memahami maksud yang tersirat, kita pasti semua yang hadir seminar ini faham akan kehendak tema tersebut.

YB Datuk Pengerusi mengingatkan: Pertama, kita semua harus bergerak ke hadapan dengan semangat berpasukan, bekerja secara harmoni dan berintegriti; kedua, alignment iaitu mempunyai satu arah, berkongsi satu wawasan dan komited untuk mencapai objektif yang sama.

Setelah mendengar pembentangan daripada pengurusan kanan yang merangkumi Unit Operasi, Kewangan dan lain-lain, maka yang terang lagi bersuluh, semua isu dari aspek kewangan, prestasi unit-unit operasi malah proses dan prosedur sistem penyampaian (delivery system) yang kita hadapi pada masa lalu telah dibentangkan kepada semua individu penting dalam organisasi ini.

Dalam sesi yang berikut, kita telah memberi peluang kepada para pengurus serta pegawai penguasa unit-unit operasi untuk memberi pandangan dan cadangan berkaitan dengan penyelesaian isu-isu

yang dibentangkan. More or less we have completed the top bottom and bottom top processes.

Saya ingin mengimbas kembali beberapa perkara penting yang dibangkitkan pada sesi pagi.

Pertama: Ketua Pegawai Kewangan membentang sambil mengingatkan tempoh kritikal mengenai unjuran aliran tunai dalam tahun-tahun mendatang yang mencabar.

Kedua: Kertas kerja disediakan oleh Ketua Pegawai Operasi memaklumkan tentang keadaan ladang-ladang yang perlu dibaikpulih termasuk keadaan pokok sawit yang amat memerlukan nutren.

Ketiga: Pengurus kumpulan sebuah anak syarikat iaitu SLDBSB melaporkan bahawa projek tenusu contohnya, yang telah menelan belanja pembangunan tinggi namun masih memerlukan suntikan dana.

Persidangan ini juga menjadi wadah kepada para pengurus untuk berbincang, mengenalpasti

‘root cause’ sesuatu isu dan seterusnya berkongsi komitmen untuk menangani setiap permasalahan yang timbul bagi memastikan agar warna merah dalam penyata untuk rugi setiap unit operasi bertukar menjadi hitam, dengan kata lain supaya setiap projek mencapai keuntungan.

Pendapatan yang dijana inilah yang menjadi asbab survival SLDB serta berupaya diagihkan kepada setiap peneroka dan peserta projek.

Oleh itu, sudah sampai masanya kita bersama-sama merangka strategi dan melaksanakan pelan tindakan untuk perancangan masa depan SLDB. Di kesempatan ini, mari merenung sejenak kata-kata hikmat Datuk Idris Jala, “our past has been coloured, now it’s time for us to paint our future.”

Sebagai penggulungan, saya ingin menyentuh aset terpenting iaitu setiap individu dalam organisasi ini, iaitu, kita semua. Setiap orang harus terus belajar, tingkatkan kecekapan (dari segi pengetahuan dan kemahiran) dan bersikap positif.

Kita mahu jadikan SLDB sebagai ‘learning organization’. Setiap diantara kita, sebagai contoh, kakitangan yang bertugas di ladang harus mahir tentang prosedur kewangan dan perolehan, polisi pertanian, spesifikasi pembangunan ladang baharu.

Mereka juga harus mempunyai pengetahuan asas kerja-kerja berkaitan dengan pembinaan jalan padang, pembinaan kuarters perumahan dan pengendalian kendeeraan. Demikian juga ditujukan kepada kakitangan Unit Sumber Manusia, Akaun dan unit-unit lain.

Semangat kerja berpasukan harus dipupuk. Bukanlah bilangan ramai menjamin kekuatan sesebuah pasukan. Pasukan yang baik terdiri daripada individu-individu dengan kemahiran berbeza tetapi melengkapi satu dengan yang lain untuk mencapai objektif yang sama.

Inilah antara intipati aspirasi SLDB. Semua kakitangan mestilah berubah kepada budaya korporat. Produktiviti ditingkatkan, kos dijimatkan. Setiap ringgit yang dibelanjakan harus memberi pulangan dalam bentuk keuntungan.

Peserta persidangan yang juga merupakan pengurus-pengurus unit operasi mempunyai peranan untuk menyampaikan (cascade down) resolusi yang disepakati kepada kakitangan masing-masing.

Persidangan ini bukan berhenti setakat di sini, namun ianya adalah permulaan langkah perjalanan (the beginning of our journey). Kita mahu agar semua individu di dalam organisasi komited untuk melaksanakan pelan strategi yang telah dirangka. Pastikan tiada penumpang dalam pengembaraan ini, kita mengambil pendekatan “shape-in or ship-out”.

Penutup kata, seperti yang dibentangkan oleh Ketua Pegawai Kewangan, “jika ladang terus mengeluarkan hasil rendah dengan kos melambung tinggi, kita semua akan ditimpa kesusahan.”

Maka dengan itu masa berbulan madu telah tamat, telah tiba masa untuk bekerja dan bergerak ke khadapan. Ingatlah masa berharga ini..beberapa tahun lagi bila kita telah bersara esok, nostalgia mengingatkan .. wah semasa SLDB hampir nazak, pada masa itu saya terlibat dalam membangunkan semula SLDB. Saya adalah sebahagian dari krew kakitangan yang telah menyelamatkan 372 kakitangan yang hampir kehilangan kerja dan lebih 6 ribu peneroka/peserta yang hampir kehilangan punca rezeki.

Sebenarnya, banyak perkara lagi yang perlu kita sentuh. Tetapi cukuplah buat masa ini, perkara-perkara yang telah disebutkan tadi kita anggap sebagai permulaan dalam usaha kita untuk memperbaiki kapal yang sedang uzur, tetapi sedang mengharungi perjalanan yang jauh dan mencabar, “dimana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

Page 3: Berita Kemajuan Nov-Dec 2014

6 Edisi November – Disember 2014muk

asur

at

Edisi November – Disember 2014 3m

ukasurat

Program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan Sabah seperti Projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) terus mendapat

pengiktirafan dari negeri-negeri lain. Terbaharu ialah Ahli Mesyuarat Focus Group Negeri

Perak yang melawat MESEJ Bunang, Keningau, pada September 2014.

Pegawai Kemajuan Negeri Perak, Dato’ Hasim Hj Hassan, yang mengetuai rombongan seramai 46 itu, menyifatkan MESEJ sebagai projek pertanian pembasmian kemiskinan yang berjaya.

“Projek (MESEJ) ini berjaya kerana kita dapat melihat pokok-pokok kelapa sawit tumbuh segar dan diurus dengan baik.

“Saya juga tertarik dengan MESEJ kerana ia berkonsepkan strategi lautan biru (blue ocean strategy) seperti wujudnya kerjasama dan koordinasi pelbagai jabatan dan agensi kerajaan,” katanya.

Dato’ Hasim juga bersetuju dengan konsep pengurusan MESEJ yang mensyaratkan pesertanya bekerja di ladang.

“Ia satu pendekatan betul. Kita jangan beri ikan tetapi pancing (untuk menanam semangat berusaha dan berdaya saing di kalangan peserta),” katanya.

Dato’ Hasim berkata lawatan itu bertujuan memberi pendedahan serta mewujudkan satu pletform sesi kongsi ilmu bagi Ahli Mesyuarat Focus Group Negeri Perak dan Sabah dari segi amalan-amalan terbaik (best practices) dalam merancang, membangun dan mengawal selia projek-projek pembasmian kemiskinan.

Pegawai-pegawai yang menyertai lawatan itu terlibat secara langsung dalam program-program pembasmian kemiskinan di negeri Perak.

Dato’ Hasim juga mempelawa pegawai-pegawai SLDB berkunjung ke Perak untuk meninjau dan bertukar-tukar pendapat mengenai usaha-usaha pembasmian kemiskinan.

Pada Februari 2014, seramai 22 orang anggota Pasukan Petugas Mengkaji Laporan Inkuiri Nasional mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal telah melawat MESEJ Bunang.

Rata-rata peserta rombongan pelawat itu berpuashati dengan pengendalian projek MESEJ Bunang, yang dilaksanakan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) dan dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB).

MESEJ merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan di Sabah yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dan dibangunkan melalui KPLBS.

Menurut Menteri KPLBS, Datuk Radin Malleh, MESEJ mempunyai pendekatan holistik, dimana peserta bukan sahaja menerima rumah tetapi menikmati pendapatan yang tetap.

Sejak pewujudannya pada tahun 2004, sebanyak 48 program MESEJ telah dijalankan di seluruh Sabah membabitkan 2,000 ketua keluarga.

MESEJ terbahagi kepada empat kategori iaitu Pertanian (kelapa sawit dan getah) Akuakultur, Mikro dan Bersepadu.

Bagi MESEJ Pertanian (kelapa sawit) pengurusan

ladang diurus melalui Akaun Amanah yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri, yang dikendalikan di bawah KPLBS, manakala purata setiap MESEJ Pertanian menempatkan 33 Ketua Isi Rumah.

Hanya penduduk miskin yang berdaftar dengan e-Kasih, iaitu bank data kemiskinan nasional, layak memohon menyertai projek MESEJ tetapi dengan syarat perlu menghadiri taklimat dan temuduga pemilihan program MESEJ di peringkat Pejabat Daerah.

Pembangunan ladang MESEJ Bunang melihatkan tiga fasa – Bunang 1, Bunang 2 dan Bunang 3 – dengan jumlah kawasan tanah keseluruhan seluas 294 hektar.

Menurut pengurus ladangnya, Encik Asangkul Mosuri, selain mendapat bayaran dividen, sebahagian besar daripada seramai 33 peserta projek MESEJ Bunang 1 memperolehi pendapatan bekerja di ladang melebihi RM1,000 sebulan.

KESIBUKAN YANG BERSEBAB PROJEK MESEJ TERUS

DAPAT PENGIKTIRAFANCiri Tanah Sesuai Sederhana sesuai Tidak sesuaii. Kecuraman 0° - 12° 12° - 25° > 25°ii. Saliran Tidak sempurna salir ke baik Agak sangat salir ke Sangat salir dan sangat kurang salir kurang saliriii. Kedalaman > 100 cm 50-100 cm <50 cmiv. Tekstur dan struktur Kecuali pasir tidak berstruktur Lempung masif Pasir tak berstruktur lempung masifv. Kemasinan < 2 mmhos 2-4 mmhos > 4mmhosvi. Kedalaman lapisan asid > 50cm 25-50cm < 25cmvii. Ketebalan gambut < 75cm 75-300cm > 300cmviii.Kandungan < 25% tersebar sama rata 25%-75% tersebar sama rata > 75cm atau terletak di bawah 75cm atau terletak di bawah 75cm dari permukaan tanah dari permukaan tanahix. Nutrien (CEC) > 24 cmol dan tanpa nutrien 16-24 cmol dan tanpa nutrien < 16 cmol serta keracunan mikro berlebihan mikro berlebihan nutrien mikro

IklimIklim mempengaruhi pertumbuhan tanaman sawit dan potensi pengeluaran hasil. Faktor utama iklim ialah suhu, sinaran matahari dan hujan.Bersandar pada kedudukan latitud, pokok sawit sesuai di kawasan yang mempunyai sinaran matahari lebih dari 6 jam sehari, suhu antara 22°C-32°C, hujan tahunan antara 1500mm dan 3500mm dan kelembapan udara 80%.

TanahKesesuaian tanah dan pengurusan untuk sawit banyak dipengaruhi oleh sifat pengakarannya. Tanaman sawit mempunyai sistem akar adventitius di mana kebanyakan akar yang aktif terdapat di antara 5-35cm dari permukaan tanah. Ini menyebabkan tanaman sawit sangat sensitif kepada perubahan keadaan persekitaran tanah dan memerlukan tanah yang subur serta pembajaan yang mencukupi dan cekap untuk menentukan tanaman sawit mendapat bekalan nutrien yang mencukupi.

AGRO IKLIM DAN TANAH UNTUK TANAMAN SAWIT

Dari sudut definisinya integriti ialah kualiti dan ciri positif keseluruhan yang wujud pada individu atau organisasi, Ciri ini berkaitan kecekalan

pematuhan kepada kod moral dan kod etika, kualiti ciri positif keseluruhan (wholesome) dan suci (pure). Ciri ini berkait rapat dengan sifat mulia seperti kejujuran, ketulusan, amanah, kebolehpercayaan, ketegasan, kesatuan, kesucian, kebaikan, dan pengakuran kepada kod nilai. Terdapat beberapa aspek dalam integriti, yang merangkumi ;

a) Integriti dan individu

Integriti dicerminkan dalam harmoni antara apa yang dikata dan yang di kotakan. Tindakan individu itu sejajar dengan prinsip moral dan etika, undang-undang dan peraturan, serta tidak bertentangan dengan kepentingan awam.

b) Integriti dan organisasi

Integriti dalam organisasi dicerminkan dalam penggubalan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan, sistem atau peraturan kerja, yang mengikut amalan terbaik. Kod etika organisasi sentiasa diterapkan, dihayati, dan diamalkan oleh anggota organisasi sehingga ia menjadi amalan dan budaya keseluruhan organisasi.

c) Integriti dan penjawat awam / swasta

Penjawat awam dan swasta yang berintegriti menjalankan tugas yang dimanahkan mengikut kepentingan awam. Mereka tidak dibenarkan untuk menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri, keluarga, atau saudara mara. Jika terdapat pertentangan antara kepentingan peribadi dan kepentingan awam, kepentingan awam lebih diutamakan.Namun kini dunia dilanda dengan isu-isu yang menyentuh integriti samada terhadap individu mahupun sistem pentadbiran sesebuah negara. Antara

isu integriti ialah masalah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Sistem pentadbiran sesebuah organisasi samaada dalam sektor Perkhidmatan Awam mahupun sektor swasta juga tidak terkecuali dalam permasalahan ini.

IKRAR INTEGRITI LKTNSPerbuatan rasuah merupakan suatu perlakuan jenayah yang unik kerana dalam kebanyakan keadaan pelaku dan mangsanya, sebenarnya adalah dua pihak yang berkepentingan (interested party). Dengan sebab itu, perlakuan jenayah rasuah sememangnya sukar untuk dikesan. Sebagai langkah untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang wujud yang boleh membuka ruang kepada perlakuan rahsuah, salahguna kuasa, penyelewengan serta kelemahan pentadbiran, pihak SPRM telah menjalankan pemeriksaan pelaksanaan Integriti di LKTNS. Pihak SPRM telah mengesyorkan perwujudan Kod Etika, Konfllik Berkepentingan, polisi “Whistle Blowing”, polisi Penerimaan & Pemberian Hadiah, Perlakuan Perisytiharan harta dan Aku Janji yang harus ditandatangani dan dipatuhi oleh setiap ahli Pengurusan Tertinggi dan kakitangan di LKTNS. Sejajar dengan ini, LKTNS juga telah menghantar Ketua Korporat Komunikasi, Encik Syaheddrul R Joddari untuk menghadiri kursus selama 5 bulan di Akademi SPRM, Kuala Lumpur pada Febuari 2014.

OBJEKTIF PERWUJUDAN INTEGRITI DI LKTNS

• Mempromosikan nilai-nilai ketelusan. Integrity & tadbir urus yang baik ;• Pengukuhan system dalaman yang menyokong pencegahan rasuah ;• Pematuhan undang-undang serta peraturan- peraturan yang berkaitan dengan rasuah ;• Membanteras sebarang bentuk amalan rasuah ;• Sokongan kepada inisiatif pencegahan rasuah oleh Kerajaan Malaysia & SPRM.

APAKAH ITU INTEGRITI?

Tidak menghairankan kenapa Jupri bin Damit (gambar), 32, sentiasa sibuk sebaik keluar dari rumah kediamannya di Kg Tajau, Tuaran.

Setiap hari Jupri menunggang motosikalnya dari rumahnya seawal 6.30 pagi untuk menyelusuri jalanraya sejauh kira-kira 28 km dan tiba di pejabat majikannya, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB), di Kota Kinabalu, sebelum jam 8.00 pagi.Setakat ini Jupri tidak pernah datang lewat kecuali satu insiden kemalangan jalanraya yang membabitkannya beberapa tahun lalu.“Saya rasa bersalah kalau lewat datang ke pejabat,” kata Jupri, sambil menceritakan bahawa ketika mendapatkan rawatan doctor mengesyorkan supaya dia mengambil cuti tiga hari.“Saya berehat satu hari sahaja kerana bimbang kerja-kerja penghantaran surat di pejabat akan terbengkalai,” katanya.Cita-cita Jupri ialah bekerja bersungguh-sungguh serta berharap dapat meningkat daripada jawatan yang dipegangnya sekarang sebagai pembantu kerani.Sebelum menyertai SLDB, Jupri yang sudah berumah tangga dan mempunyai empat orang anak, pernah bekerja sebagai pemandu disalah sebuah pusat peranginan terkenal di Tuaran selama 10 tahun.

Rombongan Ahli Mesyuarat Focus Group Negeri Perak bersama pegawai-pegawai dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dan SLDB semasa lawatan kerja delegasi Perak itu ke projek MESEJ Bunang, pada September 2014

Page 4: Berita Kemajuan Nov-Dec 2014

4 muk

asur

at

Edisi November – Disember 2014 5m

ukasurat

PENASIHAT

Jazuli W. Sunarto

Pengurus Besar

SIDANG PENGARANG

Syaheddrul Rahman Joddari,

Ketua Komunikasi Korporat

Norazirahaniz Hj. Nunong

Pemangku Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat

Alzreena KhamisPengurus Perundangan

Emin Madi

(Perunding Media)

Ibrahim John Othman

(Penyumbang)

Mokhtar Mohamad

(Penyumbang)

REKA BENTUK

Farrell Design

TERBITAN

Sabah Land Development Board,

Lot 47 & 48, Block H

KK Times Square

Signature Office

Off Coastal Highway

88100 KOTA KINABALU, SABAH

Tel: 088-520800

Sidang Pengarang

Pengerusi SLDB, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail, (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah SLDB di pejabat agensi itu di KK Times Square, Kota Kinabalu pada Disember 2014. (Gambar oleh John Arshad).

Serombongan pegawai dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) Persekutuan, yang diketuai Tuan Haji Mohd Shafie bin Jusoh, telah melawat tapak projek pembangunan tanah pertanian di Kabintaluan, Tenom, pada 24 November 2014. Projek yang akan dilaksanakan SLDB itu akan dibiayai Kerajaan Pusat melalui KKLBW. Turut serta dalam lawatan itu ialah pegawai-pegawai dari Pejabat Setiausaha Kewangan Sarawak, Jabatan Pertanian Sarawak, SALCRA dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Taklimat diberikan oleh pegawai kanan SLDB, En. Budiratna Sunarto.

YB Datuk Masiung Banah (tengah) menanyakan sesuatu kepada Pengurus SLDB Wilayah Pantai Timur, En Dionysius Benjamin, semasa lawatan Pembantu Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Sabah ke projek Agropolitan, Lalampas.

Pengerusi SLDB, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail (dua dari kanan) sedang meneliti sekeping dokumen semasa menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah pada November 2014. Turut kelihatan ialah YB Datuk Ghulam Haidar Khan (kanan), Datuk Ramlee Marhaban (kiri sekali) dan YB Datuk Bobbey A. Suan. (Gambar oleh John Arshad).

PRIHATIN..ADUN Kawasan Pantai Manis, yang juga Pengerusi SLDB, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail, menziarahi seorang warga emas yang terlantar sakit di rumah kediamannya di Kg Buang Sayang Dua, Papar. (Gambar oleh John Arshad).

TURUN PADANG…Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh (bertopi merah) meninjau kawasan pejabat operasi projek pertanian MESEJ Bunang, Keningau, semasa lawatan menteri itu ke kawasan projek itu.

RAKAMAN AKTIVITI SLDB, KPLB