mmi pentaksiran pbs

Upload: roszelan-majid

Post on 04-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 MMI Pentaksiran PBS

    1/13

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    1 | M u k a S u r a t

    PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN

    PENTAKSIRAN SEKOLAH

    PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif

    (intelek),afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah

    PendidikanKebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir

    bidang akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran

    Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada

    Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

    (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk

    melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

    Pentaksiran Sekolah (PS)

    Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah

    yang berkenaan. PS boleh dilaksanakan dalam bentuk formatif dan sumatif. Pentaksiran

    formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh instrumen

    yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan

    tugasan, ujian penggal. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for

    learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

    Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses pengajaran-pembelajaran

    (P&P) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran

    guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau

    dicapai dalam satu-satu proses P&P.

    PS adalah proses pentaksiran yang berterusan dan dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah

    sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen

    pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. PS amat

    penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan

    insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih

    komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untukmemperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

  • 7/29/2019 MMI Pentaksiran PBS

    2/13

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    2 | M u k a S u r a t

    Ciri- ciri Pentaksiran Sekolah:

    Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaianpengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.

    Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan

    murid.

    Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. PS bolehdilaksanakan secara:

    1.

    Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P2. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran,

    semester atau tahun

    Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan

    Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan

    pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia

    merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh

    buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang

    ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen

    kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid

    dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan

    tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada

    pernyataan standard. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam

    masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa

    dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang

    lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang

    diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali,

    memahami,menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna,

    penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa

    mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

  • 7/29/2019 MMI Pentaksiran PBS

    3/13

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    3 | M u k a S u r a t

    Dokumen Standard Prestasi dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian

    Pelajaran Malaysia. Ia mengandungi panduan untuk mentaksir pencapaian murid mengikut

    tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    STANDARDKURIKULUM

    STANDARD PRESTASI

    Matlamat

    ObjektifMP

    Standard Kandungan

    StandardPembelajaran

    Pernyataan Standard

    Deskriptor

    Evidens

    Instrumen

    Apa yang patut dipelajariApa yang dilaporkan

    tentangperkembangandan pencapaian murid

    PENTAKSIRAN

    Standard Prestasi

    Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau

    penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu Standard

    Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan

    secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.Standard Prestasi juga

    menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung

    dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk

    menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan. Dengan

    menggunakan Standard Prestasi ;

    Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dankualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.

  • 7/29/2019 MMI Pentaksiran PBS

    4/13

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    4 | M u k a S u r a t

    Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yangditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.

    Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepasmelalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.

    Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistempendidikan

    negara dan kualiti yang ada pada murid yang keluar daripada sistem pendidikan

    tersebut.

    Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan

    sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan negara lain. PernyataanStandard diletakkan dalam kategori mengikutBand(Band1,Band2,Band3,Band4,Band

    5 dan Band 6) yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang

    menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan

    prestasi individu.

    Kerangka Standard Prestasi

    Jadual 1: Kerangka Standard Prestasi

    BAND STANDARD

    6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

    5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

    4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

    3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

  • 7/29/2019 MMI Pentaksiran PBS

    5/13

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    5 | M u k a S u r a t

    2 Tahu dan Faham

    1 Tahu

    Deskriptor pula merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat

    berdasarkan standard pembelajaran yang diterangkan dalam Standard Kurikulum bagi

    matapelajaran berkenaan. Deskriptor setiap pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap

    tahun pembelajaran.

    Pernyataan evidens (murid) adalah pernyataan yang menerangkan bagaimana murid

    menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat. Kualiti ini juga merujuk kepada aspek aspek

    yang boleh dilaksana dan boleh ditadbir.Evidens (bahan) merujuk kepada bahan atau apa-apa

    bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens

    boleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan.

    Evidens juga boleh dalam bentuk verbal dan perubahan tingkah laku murid. Guru harus

    kreatif dalam memilih tugasan dan boleh menggunakan pelbagai jenis instrumen pentaksiran

    untuk menguji penguasaan / pencapaian murid bagi sesuatu domain. Antara contoh instrumen

    yang sesuai digunakan ialah ujian bertulis, demonstrasi atau kuiz.

    Dalam aspek pengurusan masa dalam PS, kita tidak boleh lari membincangkan perancangan

    pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Sejak kebelakangan ini banyak suara-suara

    sumbang yang mempersoalkan pelaksanaan PBS. Banyak pihak menyuarakan bahawa PBS

    menambahkan beban guru, PBS mengganggu P&P, pelaksanaan PBS akan menyebabkan

    tidak cukup masa untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran.

  • 7/29/2019 MMI Pentaksiran PBS

    6/13

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    6 | M u k a S u r a t

    Rajah 1: Proses Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran (3 P)

    Belum mencapai

    tahap penguasaan

    Telah mencapai

    Tahap penguasaan

    Pemulihan

    MULA

    Peranan Standard Prestasi dalam PS

    502012 L EMBAGA PEPERIKSAAN,

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Pentaksiran sekolah bukan suatu perkara yang baru dalam sistem pendidikan. Ianya berlaku

    sejak sekian lama. Pentaksiran sekolah dalam bentuk formatif berjalan sering dengan proses

    Pengajaran dan Pembelajaran. Kini, dalam PBS penekanan juga diberikan kepada perekodanpencapaian murid secara online. Lembaga Peperiksaan tidak pernah mencadangkan

    perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran, Cuma LP menekankan kepada

    kaedah pentaksiran baru yang sebenarnya telah pun dilaksanakan oleh guru di sekolah.

    Permulaan proses pengajaran-pembelajaran ialah perancangan guru menyediakan perkara

    yang perlu diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam Dokumen

    Standard Kurikulum. Guru akan merancang kaedah pengajaran, menyediakan bahan-bahan

    pengajaran dan seterusnya menyampaikan kandungan tersebut kepada murid dengan

    menggunakan pelbagai strategi, mengikut kreativiti guru.Guru kemudian akan mentaksir

    pemahaman murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiran juga boleh dilakukan dengan

    menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan perkara

    yang ditaksir. Guru juga boleh melakukan pentaksiran secara tidak formal, sebagai contoh

    menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu guru menilai setiap murid secara berterusan tentang

    apa yang mereka tahu, faham dan boleh buat. Guru juga boleh menilai pencapaian dengan

    cara penyoalan secara lisan, atau menggunakan pelbagai instrumen yang sesuai dengan

  • 7/29/2019 MMI Pentaksiran PBS

    7/13

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    7 | M u k a S u r a t

    kehendak standard prestasi. Setelah menilai pencapaian murid, guru akan merujuk dokumen

    standard prestasi untuk melaporkan pencapaian murid berdasarkan evidens yang

    dikemukakan oleh murid, sama ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu. Bagi

    murid yang telah mencapai standard yang ditetapkan, guru akan meneruskan pengajaran-pembelajaran kandungan yang berikutnya dalam dokumen Standard Kurikulum. Sekiranya

    murid tidak mencapai standard yang ditetapkan, guru akan membuat sesi pemulihan untuk

    membimbing murid tersebut. Guru menentukan strategi pengajaran berdasarkan pengalaman

    pembelajaran untuk membantu murid.

    Bagi murid yang telah menguasai standard yang ditetapkan, guru akan merekod dan

    melaporkan tahap penguasaan murid dalam aplikasi SPPBS. Bagi memudahkan dan

    menjimatkan masa, guru perlu merekodkan pencapaian tersebut di dalam borang prestasi

    transit terlebih dahulu. Kerja merekod ke dalam SPPBS mungkin boleh dilakukan bila-bila

    masa yang sesuai. Pelaporan tahap penguasaan murid yang dijana oleh aplikasi SPPBS perlu

    dikeluarkan oleh pihak sekolah pada bila-bila masa mengikut keperluan.

  • 7/29/2019 MMI Pentaksiran PBS

    8/13

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    8 | M u k a S u r a t

    PS memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid,ibu bapa dan pihak

    berkepentingan.

    1 Pentadbir Sekolah

    i. Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi

    aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS.

    ii Menyediakan peralatan, bahan dan jadual.

    iii Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS.

    iv Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod.

    Jadual 2 : Jadual Pengoperasian PBS

    BIL PERKARA TEMPOH TINDAKAN

    1. Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke

    JPN.

    Disember LP

    2. Mengedarkan Surat Pekeliling dan

    Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke

    PPD dan Sekolah.

    Disember JPN

    3. Mesyuarat Jawatankuasa PBS

    Sekolah.

    Januari - Mac,

    April - Jun,

    Julai - September

    Oktober - Disember

    JPN / PPD /

    Sekolah

    4. Pendaftaran SPPBS. JanuariFebruari Sekolah

    5. Tempoh pelaksanaan PBS. Sepanjang sesi

    persekolahan

    Sekolah

    6. Aktiviti Penjaminan Kualiti:

    Pementoran, Pemantauan,

    Penyelarasan dan Pengesanan.

    Sepanjang tahun dan

    mengikut keperluan

    Sekolah / PPD /

    JPN / LP /

    Bahagian KPM7. Pengumpulan skor murid dalam

    SPPBS.

    Sepanjang tahun Sekolah

    8. Pelaporan skor murid. Mengikut keperluan Sekolah

    Peranan Pihak yang Terlibat dalam Pelaksanaan PS

  • 7/29/2019 MMI Pentaksiran PBS

    9/13

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    9 | M u k a S u r a t

    v. Menjalankan pementoran, pemantauan dan penyelarasan.

    2 Guru

    i. Menjadi pentaksir / pemudah cara dalam proses pengajaran, pembelajaran danpentaksiran.

    ii Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan

    maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran.

    iii Menyediakan instrumen pentaksiran.

    iv Memberi maklum balas tentang pencapaian murid.

    v. Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang

    diperoleh.

    vi. Mengumpul rekod dan data penguasaan murid.

    vii. Melaporkan penguasaan murid.

    3 Murid

    i. Mengetahui dan memahami standard prestasi.

    ii Mengetahui perkara yang perlu dikuasai.

    iii Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai.

    iv Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan.

    4 Ibu Bapa

    i. Mengetahui dan memahami standard prestasi dalam sistem pentaksiran.

    ii Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak.

    iii Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual

    differences).

    iv Membantu anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan.

    5 Pihak Berkepentingan

    i. Mengetahui dan memahami transformasi pendidikan dalam aspek pentaksiran.

    ii. Memahami dan menyedari peranan yang boleh dimainkan dalam menjayakan

    pentaksiran di sekolah.

    iii. Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran.

  • 7/29/2019 MMI Pentaksiran PBS

    10/13

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    10 | M u k a S u r a t

    Evidens PS adalah bahan tau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid

    yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau prosesa. Penulisan

    i. Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentukntukperkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat.

    ii. Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan.

    b. Bahan cetakan

    Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.

    c. Persembahan

    Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui

    pelbagai aktiviti.

    d. Foto

    Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.

    e. Grafik

    i. Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaanseperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan

    jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah

    gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol,

    reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik

    selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.

    EvidensPS

  • 7/29/2019 MMI Pentaksiran PBS

    11/13

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    11 | M u k a S u r a t

    ii. Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik jugaboleh merupakan bayangan atau menggambakan perkara yang wujud

    dalam dunia sebenar.

    f. Artifak

    i. Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalansejarah atau telah dibuat sekian lama.

    ii. Bahan yang dihasilkan seperti arca.

    g. Laporan

    Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.

    h. Model

    Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar.

    i. Produk

    Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.

    j. Rakaman

    Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual.

    k. Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT)

    Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.

  • 7/29/2019 MMI Pentaksiran PBS

    12/13

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    12 | M u k a S u r a t

    l. Proses Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.

    m. Lisan / verbal.

    n. Perlakuan

    Penyediaan Fail Murid

    Sediakan dua fail untuk menyimpan evidens murid. Fail tersebut adalah

    berikut:

    a. Fail Perkembangan Murid (FPM)

    Setiap murid 1 FPM, menyimpan setiap evidens terkini untuk setipelajaran

    Evidence diserah kepada murid setelah direkodkan dalamdan pelaksanaan Penjaminan Kualiti

    b. Fail Showcase (FS)

    FS adalah untuk menyimpan evidens murid yang terbaik dan terpilih dala

    Fail ini boleh dijadikan bahan showcase. Fail ini boleh dibentukmengikut

    i. aliran (contoh: semua tingkatan 1) ; atau

    ii. kelas; atau

    iii. mata pelajaran.

  • 7/29/2019 MMI Pentaksiran PBS

    13/13

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    13 | M u k a S u r a t

    Nota:

    Pihak sekolah dikehendaki menyediakan FPM dan FS seperti perkara (a) dan (b) diatas di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun kaedah pelaksanaannya tertakluk

    kepada keputusan JK PBS sekolah.

    Pengurusan evidens oleh guru :

    a. Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasiSPPBS.

    b. Guru hendaklah memberi maklum balas kepada murid agar murid bolehmembuat penambahbaikan, pentaksiran semula dan pengayaan pembelajaran.

    c. Evidens yang terbaik dan terpilih pada tahun semasa dalam band boleh dijadikanbahan showcase.