miskonsepsi soalan (a)

7
MISKONSEP SI (PPG FEB 2012 ) PENGENALAN Miskonsepsi adalah andaian dan penerangan kurang tepat tentang sesuatu fenomena yang dibentuk oleh individu melalui pengalamannya (Martin et al,2002). Manakala Novak dan Gowin (1984) menyatakan bahawa miskonsepsi adalah merupakan suatu interprestasi konsep-konsep dalam sesuatu pernyataan yang tidak dapat diterima. Oleh sebab penerangan tentang sesuatu konsep tadi tidak sama dengan penerangan yang diberikan oleh ahli sains maka idea kanak-kanak tadi dikenali sebagai miskonsepsi. Miskonsepsi selalunya dipunyai oleh kanak-kanak, tapi apabila ianya tidak ditangani oleh guru-guru secara bijak miskonsepsi ini akan berterusan hingga dewasa. Juga bila ianya tidak ditangani segera, ianya akan digunakan untuk membentuk kefahaman konsep yang seterusnya. Tentunya dengan ujudnya miskonsepsi, ianya mempunyai impak yang serius terhadap pembelajaran. Miskonsepsi tidak hanya terjadi pada kanak-kanak tetapi juga terjadi pada guru. Hal ini menyebabkan miskonse psi pada kanak-kanak semakin besar. Miskonsepsi juga terjadi terhadap buku-buku yang dijual di pasaran. Jika buku tersebut digunakan oleh guru dan kanak-kanak sebagai sumber belajar maka guru dan kanak-kanak tersebut akan mengalami konsepsi dan bahkan makin memperkuat miskonsepsi yang sebelumya sudah terjadi. Oleh kerana itu, memang tidak mudah memperbaiki miskonsepsi namun guru hendaknya selalu berusaha untuk memperbaiki penguasaan konsep yang dipelajarinya sehingga dapat mengenali yang terjadi pada kanak-kanak. Secara umumnya kami telah sepakat untuk memilih tema menyiasat alam fizikal tahun 5 yang bertajuk membina litar bersiri d an juga litar sela ri serta perbandingan keceraha n mentol di antara kedua-dua litar tersebut. Tajuk ini dipilih kerana ramai murid yang miskonsepsi antara litar bersiri dan juga litar selari. Murid  juga miskonsepsi terha dap kecerahan men tol di antara kedua-dua litar ini. Miskonsepsi kami dijalankan ke atas murid-murid tahun 6 memandangkan murid- murid tahun 6 telah mempelajari tajuk tersebut. KONSEP LITAR BERSIRI DAN LITAR SELARI 1

Upload: aslina-awang

Post on 14-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Miskonsepsi Soalan (a)

7/29/2019 Miskonsepsi Soalan (a)

http://slidepdf.com/reader/full/miskonsepsi-soalan-a 1/7

MISKONSEPSI (PPG FEB 2012 )

PENGENALAN

Miskonsepsi adalah andaian dan penerangan kurang tepat tentang sesuatu

fenomena yang dibentuk oleh individu melalui pengalamannya (Martin et al,2002).

Manakala Novak dan Gowin (1984) menyatakan bahawa miskonsepsi adalah

merupakan suatu interprestasi konsep-konsep dalam sesuatu pernyataan yang tidak

dapat diterima. Oleh sebab penerangan tentang sesuatu konsep tadi tidak sama

dengan penerangan yang diberikan oleh ahli sains maka idea kanak-kanak tadi

dikenali sebagai miskonsepsi.

Miskonsepsi selalunya dipunyai oleh kanak-kanak, tapi apabila ianya tidak

ditangani oleh guru-guru secara bijak miskonsepsi ini akan berterusan hingga

dewasa. Juga bila ianya tidak ditangani segera, ianya akan digunakan untuk

membentuk kefahaman konsep yang seterusnya. Tentunya dengan ujudnya

miskonsepsi, ianya mempunyai impak yang serius terhadap pembelajaran.

Miskonsepsi tidak hanya terjadi pada kanak-kanak tetapi juga terjadi pada

guru. Hal ini menyebabkan miskonsepsi pada kanak-kanak semakin besar.

Miskonsepsi juga terjadi terhadap buku-buku yang dijual di pasaran. Jika buku

tersebut digunakan oleh guru dan kanak-kanak sebagai sumber belajar maka gurudan kanak-kanak tersebut akan mengalami konsepsi dan bahkan makin

memperkuat miskonsepsi yang sebelumya sudah terjadi. Oleh kerana itu, memang

tidak mudah memperbaiki miskonsepsi namun guru hendaknya selalu berusaha

untuk memperbaiki penguasaan konsep yang dipelajarinya sehingga dapat

mengenali yang terjadi pada kanak-kanak.

Secara umumnya kami telah sepakat untuk memilih tema menyiasat alam

fizikal tahun 5 yang bertajuk membina litar bersiri dan juga litar selari serta

perbandingan kecerahan mentol di antara kedua-dua litar tersebut. Tajuk ini dipilih

kerana ramai murid yang miskonsepsi antara litar bersiri dan juga litar selari. Murid

 juga miskonsepsi terhadap kecerahan mentol di antara kedua-dua litar ini.

Miskonsepsi kami dijalankan ke atas murid-murid tahun 6 memandangkan murid-

murid tahun 6 telah mempelajari tajuk tersebut.

KONSEP LITAR BERSIRI DAN LITAR SELARI

1

Page 2: Miskonsepsi Soalan (a)

7/29/2019 Miskonsepsi Soalan (a)

http://slidepdf.com/reader/full/miskonsepsi-soalan-a 2/7

MISKONSEPSI (PPG FEB 2012 )

Litar elektrik terbahagi kepada dua jenis iaitu litar bersiri dan litar selari. Litar 

bersiri merupakan litar di mana mentol-mentol disambungkan bersebelahan antara

satu sama lain dalam satu baris. Dalam litar bersiri, arus elektrik hanya boleh melalui

satu laluan sahaja. Di dalam litar bersiri kecerahan mentol bergantung kepada

bilangan sel kering dan juga bilangan mentol. Contohnya terdapat dua litar bersiri,

setiap litar mempunyai bilangan sel kering yang sama, cuma berbeza dari segi

bilangan mentol sahaja. Kecerahan mentol akan berkurangan sekiranya bilangan

mentol bertambah. Jika salah satu daripada mentol itu terbakar, mentol-mentol yang

lain tidak akan menyala. Ini adalah kerana litar elektrik tidak lengkap.

Litar selari pula merupakan litar di mana mentol-mentol disusun dalam dua

atau lebih laluan dan laluan-laluan ini adalah selari antara satu sama lain. Dalam litar 

selari, terdapat lebih daripada satu laluan bagi arus elektrik untuk mengalir. Di dalam

litar selari, kecerahan mentol-mentol adalah sama. Ini adalah kerana setiap laluan

dalam litar mendapat kuantiti arus elektrik yang sama daripada sel kering. Jika lebih

banyak mentol disambungkan secara selari dalam suatu litar, kecerahan mentol

tetap akan sama. Jika salah satu mentol terbakar, mentol-mentol yang lain masih

boleh menyala kerana arus elektrik masih boleh melalui laluan yang lain.

Gambarajah 1.1 menunjukkan litar bersiri dan litar selari.

Gambarajah 1.1: Litar bersiri dan litar selari

MENGENAL PASTI MISKONSEPSI DIKALANGAN MURID

2

Page 3: Miskonsepsi Soalan (a)

7/29/2019 Miskonsepsi Soalan (a)

http://slidepdf.com/reader/full/miskonsepsi-soalan-a 3/7

Page 4: Miskonsepsi Soalan (a)

7/29/2019 Miskonsepsi Soalan (a)

http://slidepdf.com/reader/full/miskonsepsi-soalan-a 4/7

MISKONSEPSI (PPG FEB 2012 )

 Jawab betul

 Jawab salah

Gambarajah1.2: Dapatan soalan 1 dan 2

Graf 1.3 di bawah menunjukkan dapatan hasil penyoalan murid mengenai soalan 3

dan 4 di mana soalan menunjukkan gambarajah litar dan murid-murid dikehendaki

menamakan litar sama ada litar bersiri atau litar selari. Daripada 10 orang murid , 8

orang didapati salah menjawab soalan dan hanya 2 orang sahaja yang betul

menjawab soalan.

0

1

2

3

45

6

7

8

 Jawab betul Jawab salah

murid

  Graf 1.3: Dapatan soalan 3 dan 4

4

Page 5: Miskonsepsi Soalan (a)

7/29/2019 Miskonsepsi Soalan (a)

http://slidepdf.com/reader/full/miskonsepsi-soalan-a 5/7

MISKONSEPSI (PPG FEB 2012 )

Graf 1.4 di bawah menunjukkan dapatan hasil penyoalan murid mengenai soalan 5

dan 6 di mana soalan menunjukkan gambarajah litar dengan menggunakan simbol

dan murid-murid dikehendaki menamakan litar sama ada litar bersiri atau litar selari.

Daripada 10 orang murid , 7 orang didapati salah menjawab soalan dan hanya 3

orang sahaja yang menjawab soalan dengan betul.

0

1

23

4

5

6

7

 Jawab betul Jawab salah

murid

  Graf 1.4: Dapatan soalan 5 dan 6

Gambarajah 1.5 menunjukkan carta pai dapatan hasil penyoalan murid mengenai

soalan 7 dan 8 di mana murid-murid dikehendaki menjawab soalan mengenai

kecerahan mentol berdasarkan gambarajah litar bersiri dan juga litar selari Daripada

10 orang murid , 7 orang didapati salah menjawab soalan dan hanya 3 orang sahaja

yang betul menjawab soalan.

 Jawab betul

 Jawab salah

Gambarajah 1.5: Carta pai dapatan soalan 7 dan 8

5

Page 6: Miskonsepsi Soalan (a)

7/29/2019 Miskonsepsi Soalan (a)

http://slidepdf.com/reader/full/miskonsepsi-soalan-a 6/7

MISKONSEPSI (PPG FEB 2012 )

Cara yang kedua untuk mengenal pasti miskonsepsi murid-murid ialah

melalui kaedah temubual. Kami telah menemubual seramai 5 orang murid. Daripada

5 orang murid telah ditemubual mengenai fahaman tentang litar bersiri dan juga litar 

selari serta kecerahan mentol bagi setiap litar, didapati hanya seorang sahaja yang

menjawab dengan tepat manakala 4 orang lagi murid hanya mengeleng-gelengkan

kepala tanda tidak tahu dan faham tentang litar litar bersiri dan juga litar selari.

Gambarajah 1.6 menunjukkan hasil dapatan temubual kami bersama-sama dengan

5 orang murid tersebut.

Faham

Tidak faham

Gambarajah 1.6: Carta pai dapatan daripada kaedah temubual

Seterusnya untuk mengenal pasti lagi miskonsepsi murid-murid terhadap litar 

bersiri dan juga litar selari serta mengkaitkannya dengan kecerahan mentol, kami

telah membuat pemerhatian terhadap murid-murid ini yang seramai 10 orang apabila

mereka berbincang sesama mereka. Terdapat 3 orang murid yang hanya berdiam

diri sahaja dan 5 orang murid yang teragak-agak untuk memberi pandangan dan

pendapat pada sesama mereka serta 2 orang murid yang menampakkan kepastian

dalam memberi pandangan dan pendapat masing-masing. Graf 1.7 menunjukkan

dapatan hasil daripada pemerhatian terhadap murid-murid semasa di dalam

kumpulan.

6

Page 7: Miskonsepsi Soalan (a)

7/29/2019 Miskonsepsi Soalan (a)

http://slidepdf.com/reader/full/miskonsepsi-soalan-a 7/7

MISKONSEPSI (PPG FEB 2012 )

0

1

2

3

4

5

Diam

Tidak pasti

Pasti

Graf 1.7: Dapatan hasil daripada pemerhatian terhadap murid-murid semasa di

dalam kumpulan

Setelah ketiga-tiga cara mengenal pasti miskonsepsi dijalankan, kami telah

berbincang di dalam kumpulan untuk menangani miskonsepsi tersebut.

7