Download - Miskonsepsi Soalan (a)
7/29/2019 Miskonsepsi Soalan (a)
http://slidepdf.com/reader/full/miskonsepsi-soalan-a 1/7
MISKONSEPSI (PPG FEB 2012 )
PENGENALAN
Miskonsepsi adalah andaian dan penerangan kurang tepat tentang sesuatu
fenomena yang dibentuk oleh individu melalui pengalamannya (Martin et al,2002).
Manakala Novak dan Gowin (1984) menyatakan bahawa miskonsepsi adalah
merupakan suatu interprestasi konsep-konsep dalam sesuatu pernyataan yang tidak
dapat diterima. Oleh sebab penerangan tentang sesuatu konsep tadi tidak sama
dengan penerangan yang diberikan oleh ahli sains maka idea kanak-kanak tadi
dikenali sebagai miskonsepsi.
Miskonsepsi selalunya dipunyai oleh kanak-kanak, tapi apabila ianya tidak
ditangani oleh guru-guru secara bijak miskonsepsi ini akan berterusan hingga
dewasa. Juga bila ianya tidak ditangani segera, ianya akan digunakan untuk
membentuk kefahaman konsep yang seterusnya. Tentunya dengan ujudnya
miskonsepsi, ianya mempunyai impak yang serius terhadap pembelajaran.
Miskonsepsi tidak hanya terjadi pada kanak-kanak tetapi juga terjadi pada
guru. Hal ini menyebabkan miskonsepsi pada kanak-kanak semakin besar.
Miskonsepsi juga terjadi terhadap buku-buku yang dijual di pasaran. Jika buku
tersebut digunakan oleh guru dan kanak-kanak sebagai sumber belajar maka gurudan kanak-kanak tersebut akan mengalami konsepsi dan bahkan makin
memperkuat miskonsepsi yang sebelumya sudah terjadi. Oleh kerana itu, memang
tidak mudah memperbaiki miskonsepsi namun guru hendaknya selalu berusaha
untuk memperbaiki penguasaan konsep yang dipelajarinya sehingga dapat
mengenali yang terjadi pada kanak-kanak.
Secara umumnya kami telah sepakat untuk memilih tema menyiasat alam
fizikal tahun 5 yang bertajuk membina litar bersiri dan juga litar selari serta
perbandingan kecerahan mentol di antara kedua-dua litar tersebut. Tajuk ini dipilih
kerana ramai murid yang miskonsepsi antara litar bersiri dan juga litar selari. Murid
juga miskonsepsi terhadap kecerahan mentol di antara kedua-dua litar ini.
Miskonsepsi kami dijalankan ke atas murid-murid tahun 6 memandangkan murid-
murid tahun 6 telah mempelajari tajuk tersebut.
KONSEP LITAR BERSIRI DAN LITAR SELARI
1
7/29/2019 Miskonsepsi Soalan (a)
http://slidepdf.com/reader/full/miskonsepsi-soalan-a 2/7
MISKONSEPSI (PPG FEB 2012 )
Litar elektrik terbahagi kepada dua jenis iaitu litar bersiri dan litar selari. Litar
bersiri merupakan litar di mana mentol-mentol disambungkan bersebelahan antara
satu sama lain dalam satu baris. Dalam litar bersiri, arus elektrik hanya boleh melalui
satu laluan sahaja. Di dalam litar bersiri kecerahan mentol bergantung kepada
bilangan sel kering dan juga bilangan mentol. Contohnya terdapat dua litar bersiri,
setiap litar mempunyai bilangan sel kering yang sama, cuma berbeza dari segi
bilangan mentol sahaja. Kecerahan mentol akan berkurangan sekiranya bilangan
mentol bertambah. Jika salah satu daripada mentol itu terbakar, mentol-mentol yang
lain tidak akan menyala. Ini adalah kerana litar elektrik tidak lengkap.
Litar selari pula merupakan litar di mana mentol-mentol disusun dalam dua
atau lebih laluan dan laluan-laluan ini adalah selari antara satu sama lain. Dalam litar
selari, terdapat lebih daripada satu laluan bagi arus elektrik untuk mengalir. Di dalam
litar selari, kecerahan mentol-mentol adalah sama. Ini adalah kerana setiap laluan
dalam litar mendapat kuantiti arus elektrik yang sama daripada sel kering. Jika lebih
banyak mentol disambungkan secara selari dalam suatu litar, kecerahan mentol
tetap akan sama. Jika salah satu mentol terbakar, mentol-mentol yang lain masih
boleh menyala kerana arus elektrik masih boleh melalui laluan yang lain.
Gambarajah 1.1 menunjukkan litar bersiri dan litar selari.
Gambarajah 1.1: Litar bersiri dan litar selari
MENGENAL PASTI MISKONSEPSI DIKALANGAN MURID
2
7/29/2019 Miskonsepsi Soalan (a)
http://slidepdf.com/reader/full/miskonsepsi-soalan-a 3/7
7/29/2019 Miskonsepsi Soalan (a)
http://slidepdf.com/reader/full/miskonsepsi-soalan-a 4/7
MISKONSEPSI (PPG FEB 2012 )
Jawab betul
Jawab salah
Gambarajah1.2: Dapatan soalan 1 dan 2
Graf 1.3 di bawah menunjukkan dapatan hasil penyoalan murid mengenai soalan 3
dan 4 di mana soalan menunjukkan gambarajah litar dan murid-murid dikehendaki
menamakan litar sama ada litar bersiri atau litar selari. Daripada 10 orang murid , 8
orang didapati salah menjawab soalan dan hanya 2 orang sahaja yang betul
menjawab soalan.
0
1
2
3
45
6
7
8
Jawab betul Jawab salah
murid
Graf 1.3: Dapatan soalan 3 dan 4
4
7/29/2019 Miskonsepsi Soalan (a)
http://slidepdf.com/reader/full/miskonsepsi-soalan-a 5/7
MISKONSEPSI (PPG FEB 2012 )
Graf 1.4 di bawah menunjukkan dapatan hasil penyoalan murid mengenai soalan 5
dan 6 di mana soalan menunjukkan gambarajah litar dengan menggunakan simbol
dan murid-murid dikehendaki menamakan litar sama ada litar bersiri atau litar selari.
Daripada 10 orang murid , 7 orang didapati salah menjawab soalan dan hanya 3
orang sahaja yang menjawab soalan dengan betul.
0
1
23
4
5
6
7
Jawab betul Jawab salah
murid
Graf 1.4: Dapatan soalan 5 dan 6
Gambarajah 1.5 menunjukkan carta pai dapatan hasil penyoalan murid mengenai
soalan 7 dan 8 di mana murid-murid dikehendaki menjawab soalan mengenai
kecerahan mentol berdasarkan gambarajah litar bersiri dan juga litar selari Daripada
10 orang murid , 7 orang didapati salah menjawab soalan dan hanya 3 orang sahaja
yang betul menjawab soalan.
Jawab betul
Jawab salah
Gambarajah 1.5: Carta pai dapatan soalan 7 dan 8
5
7/29/2019 Miskonsepsi Soalan (a)
http://slidepdf.com/reader/full/miskonsepsi-soalan-a 6/7
MISKONSEPSI (PPG FEB 2012 )
Cara yang kedua untuk mengenal pasti miskonsepsi murid-murid ialah
melalui kaedah temubual. Kami telah menemubual seramai 5 orang murid. Daripada
5 orang murid telah ditemubual mengenai fahaman tentang litar bersiri dan juga litar
selari serta kecerahan mentol bagi setiap litar, didapati hanya seorang sahaja yang
menjawab dengan tepat manakala 4 orang lagi murid hanya mengeleng-gelengkan
kepala tanda tidak tahu dan faham tentang litar litar bersiri dan juga litar selari.
Gambarajah 1.6 menunjukkan hasil dapatan temubual kami bersama-sama dengan
5 orang murid tersebut.
Faham
Tidak faham
Gambarajah 1.6: Carta pai dapatan daripada kaedah temubual
Seterusnya untuk mengenal pasti lagi miskonsepsi murid-murid terhadap litar
bersiri dan juga litar selari serta mengkaitkannya dengan kecerahan mentol, kami
telah membuat pemerhatian terhadap murid-murid ini yang seramai 10 orang apabila
mereka berbincang sesama mereka. Terdapat 3 orang murid yang hanya berdiam
diri sahaja dan 5 orang murid yang teragak-agak untuk memberi pandangan dan
pendapat pada sesama mereka serta 2 orang murid yang menampakkan kepastian
dalam memberi pandangan dan pendapat masing-masing. Graf 1.7 menunjukkan
dapatan hasil daripada pemerhatian terhadap murid-murid semasa di dalam
kumpulan.
6
7/29/2019 Miskonsepsi Soalan (a)
http://slidepdf.com/reader/full/miskonsepsi-soalan-a 7/7
MISKONSEPSI (PPG FEB 2012 )
0
1
2
3
4
5
Diam
Tidak pasti
Pasti
Graf 1.7: Dapatan hasil daripada pemerhatian terhadap murid-murid semasa di
dalam kumpulan
Setelah ketiga-tiga cara mengenal pasti miskonsepsi dijalankan, kami telah
berbincang di dalam kumpulan untuk menangani miskonsepsi tersebut.
7