mira linakpr 5063

18
LAPORAN PENILAIAN “Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Matapelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua” DISEDIAKAN OLEH: NOR AMIRA BINTI NOOR ALI L20101006107 NOR HASLINA BINTI ROSLI L20101006101

Upload: linamira

Post on 20-Jul-2015

194 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mira linakpr 5063

LAPORAN PENILAIAN “Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan

Pencapaian MatapelajaranSejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua”

DISEDIAKAN OLEH:

NOR AMIRA BINTI NOOR ALI L20101006107NOR HASLINA BINTI ROSLI L20101006101

Page 2: Mira linakpr 5063

PENGENALAN

Kajian ini dijalankan oleh Zahara Aziz dan Nurliah Jair

Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada 37 orang pelajar Tingkatan

2H dan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Cheras,

Selangor

Isu kajian adalah untuk meningkatkan pencapaian pelajar

berpencapaian rendah dengan menggunakan peta konsep di dalam

pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Tempoh pelaksanaan kajian adalah selama 8 minggu

Page 3: Mira linakpr 5063

OBJEKTIF KAJIANKajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan peta konsep bagi meningkatkan pencapaian mata pelajaran sejarah bagi pelajar tingkatan dua.kajian ini juga ingin melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian pelajar yang diajar dengan menggunakan peta konsep. Seterusnya, kajian ini juga mengkaji tahap penerimaan pelajar terhadap peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah,Sejauh mana kesan penggunaan peta konsep dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah

Page 4: Mira linakpr 5063

METODOLOGI & PROSEDUR KAJIAN

Dari segi metodologi yang digunakan, guru telah memperkenalkan dahulu teknik peta konsep. Peta konsep digunakan kerana ia menepati objektif setiap subtopik pengajaran. Peta konsep menggunakan simbol, bentuk dan warna yang menghubungkan tajuk-tajuk utama dan isi penting.

Reka bentuk kajian ini ialah kajian tindakan meninjau sejauh mana penggunaan peta konsep untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah dengan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif untuk mendapatkan data kajian. Pengkaji ini telah menggunakan model tindakan iaitu berdasarkan model Kemmis dan model Mc Taggart.

Page 5: Mira linakpr 5063

Model Kemmis dan McTaggart (1988)Terdapat 4 elemen utama dalam

model ini iaitu:•Mereflek (reflect)•Merancang (plan)•Bertindak (action)

•Memerhati (observe)

Page 6: Mira linakpr 5063

Setting dan sampel kajianSeterusnya tempat kajian dilakukan di sebuah sekolah menengah di Cheras, Selangor yang membabitkan pelajar tingkatan 2 sahaja. Sampel pula terdiri daripada 37 orang pelajar daripada 500 orang pelajar. Kelas yang terpilih sebagai kumpulan rawatan adalah Kelas 2H berjumpah 37 orang pelajar iaitu 20 orang pelajar perempuan dan 17 orang pelajar lelaki. Bagi sampel guru pula hanya seorang guru yang dipilh oleh pengkaji ini yang banyak pengalaman mengajar subjek Sejarah.

Instrumen Kajian Bagi instrumen kajian pula, pengkaji menggunakan berbagai jenis instrumen iaitu terdiri daripada soal selidik, ujian pencapaian subjek Sejarah( ujian pra dan ujian pasca), persediaan mengajar, protokol temu bual dan borang pemerhatian bagi mendapatkan maklum balas samada penggunaan peta konsep membantu mereka mengusai topik-topik yang diajar.

Page 7: Mira linakpr 5063

PENGUMPULAN DATA

pelajar-pelajar telah diberikan ujian pencapaian dalam mata pelajaran sejarah sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.Ujian ini dikenali sebagai ujian pra yang bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaian awal pelajar-pelajar sebelum kajian dijalankan.pengkaji menggunakan guru pembantu pengkaji yang merupakan guru matapelajaran Sejarah kelas 2H dan diberi penerangan dan dilatih untuk melaksanakan pengajaran seperti yang ditetapkan dalam kajian ini. Tempoh pengajaran yang dilaksanakan adalah selama 8 minggu yang mana pemerhatian terhadap pengajaran guru juga dikaji oleh pengkaji sepanjang kajian ini dijalankan.

Page 8: Mira linakpr 5063

PENGUMPULAN DATA (samb..)

Pada minggu kelapan, pelajar-pelajar akan diberikan ujian pasca pula untuk melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian selepas pengajaran peta konsep dilaksanakan dan soal selidik berkaitan tentang tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep.Pengkaji juga telah mengadakan temubual secara separa berstruktur ke atas dua orang pelajar yang dipilih secara rawak dan juga guru pembantu pengkaji pada minggu terakhir kajian ini iaitu minggu kelapan bagi mendapatkan respon dan maklum balas tentang pengajaran peta konsep dalam matapelajaran sejarah.

Page 9: Mira linakpr 5063

PENGANALISAAN DATAoDilakukan dengan dua jenis statistik iaitu statistik inferensi dan statistik deskriptif. oStatistik inferensi yang digunakan oleh pengkaji di dalam kajian ini iailah Ujian-t iaitu bagi menguji hipotesis kajian yang telah dikemukakan. Ujian-t ini digunakan bagi menguji perbezaan dari segi min ujian pra dan pasca bagi menentukan sama ada perbezaan itu berlaku secara sebenar atau kebetulan.oStatistik deskriktif pula, ia menggunakan min dan sisihan lazim bagi menjawab persoalan-persoalan berkaitan tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep ini di dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah.oKaedah analisis temubual dan pemerhatian dilakukan dengan membuat rumusan secara deskriptif manakala analisis keputusan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca dilakukan secara peratusan.

Page 10: Mira linakpr 5063

MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN

oLangkah 1 : Guru mengemukakan tajuk pelajaran yang akan dipelajaridengan menggunakan peta konsep

oLangkah 2 : Guru memperkenalkan secara umum bahan pengajaran dan idea-idea utama dalam topik yang akan diajar. Guru mengemukakan sebarang pertanyaan kepada pelajar bagi meningkatkan kesedaran pelajar. Pelajar disusun dalam kumpulan mengikut kriteria yang ditetapkan oleh guru.

oLangkah 3: Pelajar-pelajar diminta menyiapkan peta konsep dalam kumpulan yang telah ditetapkan oleh guru mengikut topik yang diberikan oleh guru. Guru membimbing dan memantau para pelajar semasa menghasilkan peta konsep.

oLangkah 4: Pembentangan peta konsep yang dihasilkan oleh para pelajar secara kumpulan dan penilaian guru.

Page 11: Mira linakpr 5063

CONTOH PETA KONSEP

Page 12: Mira linakpr 5063

DAPATAN KAJIAN

oDapatan pertama yang diperolehi oleh pengkaji yang berdasarkan ujian statistik inferensi iaitu ujian –t bagi menguji hipotesis kajian yang dikemukakan ialah pengkaji menyatakan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca.

oJadual 1: Ujian-t menentukan perbezaan min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca

Ujian N Min Sp Dk. t. Sig

Pra 37 39.675 11.023 36 -10.77 .ooo

Pasca 37 52.702 11.108 36 -10.77 .000

Page 13: Mira linakpr 5063

DAPATAN KAJIAN (samb...)oDapatan kajian yang kedua iaitu pengkaji menyatakan data-data diperolehi dalam bentuk skor min item yang berdasarkan analisis soal selidik. Didapati 6 daripada 10 item mempunyai skor min tinggi adalah item berkaitan dengan pengajaran menggunakan peta konsep

Item Min Sisihan Piawaio1 Pengajaran menggunakan peta konsep membuatkan 3.84.9863 saya lebih ingin

belajar dan berjaya dalam matapelajaran sejarah.o2 Saya suka mengikuti mata pelajaran sejarah menggunakan 3.68.9145 peta

konsepo3 Kadang-kadang penggunaan peta konsep menyusahkan 2.621.0891 saya mempelajari sejaraho4 Setiap pelajar harus tahu menggunakan peta konsep 4.11.6086 dalam pelajaran

merekao5 Penggunaan peta konsep kurang berguna dalam proses 3.01.016 pembelajarano6 Pembelajaran berbantukan peta konsep amat 3.78.8861 menyeronokkan ,

mudah dan realistik

Page 14: Mira linakpr 5063

Item Min Sisihan Piawai

o7 Saya dapat meningkatkan penguasaan konsep dan 3.70.9388 fakta dalam sejarah dengan menggunakan peta konsepo8 Saya suka membuat latihan menggunakan peta konsep 3.431.0419o9 Pengajaran guru dengan menggunakan peta konsep 4.00.8499 lebih berkesano10 Saya lebih mudah mengingati fakta dalam sejarah 3.78.9468 dengan penggunaan peta konsep dalam PNP sejarah.

oJadual 2: Analisis soal selidik tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep.

Page 15: Mira linakpr 5063

DAPATAN KAJIAN (samb...)oDapatan kajian ketiga pula pengkaji menyatakan dapatan dalam bentuk jadual yang dilakukan secara peratusan dengan menggunakan instrumen ujian pencapaian sejarah tingkatan dua menunjukkan peningkatan daripada 59% lulus (ujian Pra) meningkat 86.5% lulus (Ujian Pasca)

oJadual 3 : Keputusan Ujian Pra dan Pasca

Gred/Markah Ujian Pra (%) Ujian Pasca(%)

A(80-100) 0 2.7

B(65-79)C(50-64)

2.713.5

13.545.90

D(40-49) 43.3 24.4

E(0-39) 40.50 13.5

Jumlah 100 100

Page 16: Mira linakpr 5063

IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi daripada kajian yang dijalankan menunjukkan kaedah penggunaan peta konsep memberikan impak positif dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam menguasai topik mata pelajaran Sejarah.Dapatan kajian ini jelas menunjukkan pelajar-pelajar berpencapaian rendah dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Sejarah dengan penggunaan teknik peta konsep sebagai satu teknik pembelajaran dan pengajaran Sejarah di sekolah.

Page 17: Mira linakpr 5063

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, kajian yang dilakukan adalah bersesuaian dengan maksud kajian itu sendiri di mana sebelum penggunaan peta konsep, pelajar tidak dapat menguasai topik yang dipelajari dan selepas menggunakan kaedah peta konsep tersebut jelas menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian pelajar bagi yang berpencapaian rendah.

Page 18: Mira linakpr 5063

S EK IAN TER IM AKAS IH

Sila layari blog kami iaitu miralinakpr5063.blogspot.com