minit mesyuratr ba 1 '08

4

Click here to load reader

Upload: fathi-tahir

Post on 03-Jul-2015

1.376 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: minit mesyuratr BA 1 '08

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA

11010 BALIK PULAU,

PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB KALI 1 2008

TARIKH : 2 Januari 2008

MASA : 12 tengahari

TEMPAT : Bilik Guru SKSR

KEHADIRAN : Guru Panitia Bahasa Arab

1 . Pn Haslinda Omar

2. Cik Nor Hafizoh abdul Aziz

3. Cik Mashithah Alwi

4. Encik Ahmad Nazahi Hamdan

5. Puan Hairulniza bt Mohamud

6. Puan Che Maznah bt Yahya

AGENDA :

1. Ucapan Ketua Panitia Bahasa Arab

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

3. Hal-hal lain

BIL AGENDA PERKARA TINDAKAN

1 Ucapan

Ketua Panitia

Bahasa Arab

1.1 Kata aluan daripada Ketua Panitia Bahasa

Arab ( Pn Haslinda Omar )

1.2 Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima

kasih atas kesudian guru yang hadir ke

mesyuarat

1.3 Sebelum memulakan mesyuarat, Ketua

Panitia mengingatkan kepada guru-guru

supaya menjalankan aktiviti melabelkan

kawasan sekolah dengan perkataan

bahasa arab.

Semua GBA

2 Pengesahan

minit

mesyuarat

kali 1

2.1 Minit mesyurat yang pertama telah

disahkan oleh Ustaz Ahmad Nazahi Hamdan

dan telah disokong oleh Ustazah Norhafizoh

Abdul Aziz.

Ustaz

Ahmad

Nazahi & Cik

Nor Hafizoh

Page 2: minit mesyuratr BA 1 '08

3 Perkara

berbangkit

-Tiada perkara berbangkit.

4 Analisa Ujian

Prestasi 2

4.1 Ketua Panitia mengumumkan penurunan

peratus ujian prestasi 2 mungkin disebabkan

masalah guru yang menjaga ujian tersebut

tidak dapat menerangkan dengan jelas dalam

bahasa arab.

4.2 Ketua panitia memutuskan setiap kali

peperiksaan bahasa arab tidak akan

dimasukkan dalam jadual peperiksaan.

Semua GBA

5 Laporan guru

yang

menghadiri

kursus

5.1 Ustazah Mashithah menjelaskan tentang

penukaran bahasa arab komunikasi kepada

bahasa arab sahaja pada tahun hadapan.

5.2 Guru j-Qaf diminta menyiapkan data

penilaian bahasa arab dan dimasukkan dalam

fail j-Qaf.

5.3 Semua guru bahasa arab diminta

menggunakan bahasa arab sepenuhnya di

dalam kelas semasa P&P berlangsung.

Semua GBA

6 Jadual

Penentu Ujian

6.1 Ketua Panitia meminta semua guru bahasa

arab menggunakan JSU bagi menyediakan

kertas soalan peperiksaan berdasarkan format

yang diberi dan penilaian perlu mengikut aras

murid-murid. (Mudah, Pertengahan dan

Susah)

6.2 Penilaian bahasa arab bagi tahun 1 dan 2

adalah dalam bentuk lisan ( komunikasi ),

namun perlu ada penilaian bertulis juga

sebagai bukti penilaian murid-murid.

Semua GBA

7 Laporan j-Qaf 7.1 Ketua Panitia memaklumkan Ustaz Azmi

akan turun memantau perjalanan j-Qaf di

sekolah dan semua maklumat dan fail j-Qaf

perlu dikemaskinikan.

Semua GBA

8 Hal-hal lain 8.1 Ustazah Maznah mengingatkan kepada

semua guru bahasa arab supaya sentiasa

Semua GBA

Page 3: minit mesyuratr BA 1 '08

membawa bersama sukatan pelajaran semasa

P&P.

8.2 Ustazah Mashithah mengingatkan guru-

guru j-Qaf menyiapkan data analisa bulanan

dan diserahkan kepada Ketua Panitia.

-Memaklumkan tentang buku pengkaedahan

bahasa arab dibekalkan untuk rujukan.

-Meminta pihak panitia menyediakan cop

panitia untuk kegunaan guru bahasa arab.

8.3 Ketua Panitia meminta Ustazah Hairulniza

membeli 1 set buku rujukan bahasa arab untuk

menambahkan lagi bahan rujukan guru.

- Mengingatkan kepada semua guru bahasa

arab supaya menyediakan resit setiap kali

pembeliaan bahan untuk kegunaan P&P.

4 Penutup 4.1 Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima

kasih

4.2 Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan

kifarah majlis dan surah Al-asr.

Semua GBA

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.50 petang

Disediakan oleh Disahkan oleh

…………………….. ………………………

( Mashithah Alwi ) ( Pn Haslinda bt Omar )

Setiausaha Panitia Bahasa Arab Ketua Panitia Bahasa Arab