minit mesyurat kurikulum

9
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN , IPOH MINIT MESYUARATJAWATANKUASA KURIKULUM BILANGAN 2/2013 Tarikh : 2 April 2013 Masa : 2.15 petang Tempat : Bilik Gerakan Pengerusi : Cik Rusnani bt Sharuddin Kehadiran : Seperti di bawah BIL NAMA GURU 1 Cik Rusnani bt Sharuddin (Pengetua ) 2 Pn. Hjh. Robitah bt Alang Ahmad (Pen. Kanan Pentadbiran) 3 Pn. Hjh. Norhana bt Mohamed Hani (Pen. Kanan HEM) 4 Pn. Hjh. Raziah bt Abdul Manaf ( Pen. Kanan Petang) 5 Pn. Salina bt Salim (Pen. Kanan Kokurikulum) 6 En. Ahmad Khusairi bin Mohd Salleh ( Pen. Kanan Tingkatan 6) 7 Pn. Julaila bt Yahya (GK Bahasa / Setiausaha JKKS) 8 Pn. Chan May Fye (GK Vokasional Teknik) 9 Pn. Mashidah bt Hj Abu Bakar (GK Kemanusiaan) 10 S/U Kurikulum Tingkatan 6 – Pn. Asmawati bt Razali 11 Setiausaha Peperiksaan - Pn. Fong Ee Lin 12 Guru Perpustakaan & Media – Cik Buvana a/p Anandan 13 KP Kimia/GC/SU Kecemerlangan Akademik - Pn Umaimah bt Harith 14 KP Matematik/GC - Pn. Wong Nyook Ngor 15 KP Pendidikan Moral/GC - Pn. Rohana bt Adnan 16 KP Bahasa Melayu - Pn. Habsah bt Omar 17 KP Bahasa Inggeris - Pn. Adila bt Ahmad 18 KP Sejarah - Pn. Zaleha bt M. Saufi 19 KP Sains - Pn. Mah Yi Fun 20 KP Biologi - Cik Sellam a/p Paramanathan 21 KP Fizik - Pn. Anita Suganthi a/p Kolandasamy 22 KP Prinsip Akaun - Pn Rosnorliza bt Mohamed 23 KP Perdagangan - Cik Nor Maizura Ashikin bt Ibrahim 24 KP Sivik & Kewarganegaraan - Pn Noor Sazila bt Shaari 25 KP Geografi - Pn Jamidah bt Sandang 26 KP Pendidikan Islam - Pn Mariam Ismail 27 KP Kemahiran Hidup - Pn Umi Kalsom bt Mohamed 28 KP PJPK / Penyelaras RKS - Cik Radiatul Anin bt Rasli 29 KP Matematik Tambahan - Pn Noraini bt Nordin 1

Upload: aliah-mat-lazim

Post on 12-Nov-2015

27 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

minit

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN , IPOH

MINIT MESYUARATJAWATANKUASA KURIKULUM BILANGAN 2/2013Tarikh : 2 April 2013Masa : 2.15 petangTempat : Bilik Gerakan

Pengerusi : Cik Rusnani bt Sharuddin

Kehadiran : Seperti di bawah

BILNAMA GURU

1Cik Rusnani bt Sharuddin (Pengetua )

2Pn. Hjh. Robitah bt Alang Ahmad (Pen. Kanan Pentadbiran)

3Pn. Hjh. Norhana bt Mohamed Hani (Pen. Kanan HEM)

4Pn. Hjh. Raziah bt Abdul Manaf ( Pen. Kanan Petang)

5Pn. Salina bt Salim (Pen. Kanan Kokurikulum)

6En. Ahmad Khusairi bin Mohd Salleh ( Pen. Kanan Tingkatan 6)

7Pn. Julaila bt Yahya (GK Bahasa / Setiausaha JKKS)

8Pn. Chan May Fye (GK Vokasional Teknik)

9Pn. Mashidah bt Hj Abu Bakar (GK Kemanusiaan)

10S/U Kurikulum Tingkatan 6 Pn. Asmawati bt Razali

11Setiausaha Peperiksaan - Pn. Fong Ee Lin

12Guru Perpustakaan & Media Cik Buvana a/p Anandan

13KP Kimia/GC/SU Kecemerlangan Akademik - Pn Umaimah bt Harith

14KP Matematik/GC - Pn. Wong Nyook Ngor

15KP Pendidikan Moral/GC - Pn. Rohana bt Adnan

16KP Bahasa Melayu - Pn. Habsah bt Omar

17KP Bahasa Inggeris - Pn. Adila bt Ahmad

18KP Sejarah - Pn. Zaleha bt M. Saufi

19KP Sains - Pn. Mah Yi Fun

20KP Biologi - Cik Sellam a/p Paramanathan

21KP Fizik - Pn. Anita Suganthi a/p Kolandasamy

22KP Prinsip Akaun - Pn Rosnorliza bt Mohamed

23KP Perdagangan - Cik Nor Maizura Ashikin bt Ibrahim

24KP Sivik & Kewarganegaraan - Pn Noor Sazila bt Shaari

25KP Geografi - Pn Jamidah bt Sandang

26KP Pendidikan Islam - Pn Mariam Ismail

27KP Kemahiran Hidup - Pn Umi Kalsom bt Mohamed

28KP PJPK / Penyelaras RKS - Cik Radiatul Anin bt Rasli

29KP Matematik Tambahan - Pn Noraini bt Nordin

30KP Sains Sukan - Cik Zuridah bt Ahmad

31KP Ekonomi Asas - Pn. Norain bt Ali

32KP PSV - Pn Rozita bt Hassan

33Setiausaha JMPS Cik Norrohaniza bt Abdul Rahim

34Setiausaha Peperiksaan Tingkatan 6 / P.Kimia Pra U En Paramasivam

35Setiausaha Jadual Waktu - Pn Suriani bt Noordin

36Guru B & K - Pn Bibi Dayana bt Abdullah

37Guru B & K - Pn Zaiton bt Bakar

38Penyelaras RKA Pn. Hawa Nurliza bt Mohd Yusoff

39Penyelia Tingkatan 1 Pn. Noraihan bt Saleh

40Penyelia Tingkatan 2 / Pen. SU Kurikulum Pn. Amizah bt Abidin

41Penyelia Tingkatan 3 Pn. Mah Yi Fun

42Penyelia Tingkatan 4 Pn. Anita Suganthi

43Penyelia Tingkatan 6 Pra U Pn. Aziah bt Shamsuddin

44Penyelia tingkatan 5 Pn Saliza bt Othman

45P. Bahasa Melayu Pra U Pn. Mariam bt Mohd. Yasin

46P. Ekonomi Pra U Wakil: Cik Nurul Asyikin

47P. Biologi Pra U Pn. Santhi Nair a/p Baskaran Nair

48P. Matematik Pra U Cik Wong Lai Keen

49P.Pengajian Am Pn Lim Kay Lee

50P. Sejarah Pra U Pn. Victoria Arulupan

51P. Fizik Pra U Cik Nor Haniza bt Hamdi

52P.Pengajian Perniagaan En Shahrizan Abdul Wahab

53P.Kimia Pra U En. T J Pereira

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke mesyuarat kali kedua JKKS bagi tahun 2013. Pengerusi menegaskan bahawa semua individu di sekolah ini perlu bertanggung jawab untuk sama-sama menguruskan panitia dan bilik darjah masing-masing supaya prestasi peperiksaan awam dan dalaman dapat dipertingkatkan. Oleh yang demikian, setiap individu pelajar dalam kumpulan lemah, sederhana dan cemerlang perlu diberi perhatian sewajarnya. Tindakan : Semua Ahli Mesyuarat.

1.2 Pada tahun 2012 skor komposit sekolah meningkat tetapi kedudukan sekolah menurun dari 231 ke 235 daripada 2248 buah sekolah. PMR terbaik adalah PMR 2011 dengan GPS 1.59 bersamaan dengan 29.8% (SKPM). Pada tahun 2012, GPS PMR sekolah 1.76 bersamaan dengan 28.35% (SKPM). Oleh yang demikian, semua guru yang mengajar tingkatan 3 perlu berusaha keras untuk memperbaiki GPS PMR tanpa ada ruang untuk kecuaian dan kemerosotan. Tindakan : Semua Guru MP Tingkatan 3.1.3 SPM terbaik untuk sejarah sekolah ialah SPM 2012 dengan GPS 3.77 bersamaan dengan 34.86% (SKPM), lebih baik daripada SPM 2011 dengan GPS 3.98 bersamaan dengan 33.46% (SKPM). Keputusan ini jelas menunjukkan yang pencapaian kualiti perlu dipertingkatkan, manakala pencapaian kuantiti yang paling minimum untuk pelajar lemah ialah C. Keseluruhan pencapaian SKPM RPS 2012 ialah 75.78 (tersenarai di portal 77.07%). Tindakan : Semua Guru.

1.4 KP perlu membimbing guru-guru supaya mengajar pelajar menguasai kemahiran membaca agar dapat mengingati fakta-fakta MP. Tindakan : Semua Guru.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu.

2.1 Cadangan : Pn Fong Ee Lin. Sokongan : Pn Mashidah Abu Bakar. Tindakan : Makluman. 3.0 Perkara Berbangkit3.1 2.6.1.1 Rumusan dapatan Pemantauan Fail PBS oleh GK sewaktu cuti penggal persekolahan pertama dibentangkan: Semua fail Induk setiap MP telah lengkap berdasarkan senarai indeks yang diberikan. Walaubagaimanapun beberapa fail pentaksir waktu itu belum dimasukkan RPT PBS (Bahasa dan Sains), borang markah belum dilengkapkan (Votek) manakala GK Kemanusiaan baru selesai memeriksa dua panitia. Semua salinan borang pemantauan telah dimasukkan ke fail Pemantauan PBS dan Fail Induk setiap MP. Tindakan : Semua Guru. 2.6.1.2 Status almari PBS di dalam kelas-kelas tingkatan 1 dan 2 perlu sentiasa dikemaskini. Templet yang selaras perlu disediakan kerana RPS menjadi sekolah contoh PBS yang sentiasa dilawati oleh pelbagai pihak.

Tindakan : Penyelaras PBS Pn. Asmaton Nawawi.3.2 2.6.3 Kaunselor memaklumkan yang 16 orang pelajar lepasan PMR telah berjaya memasuki Kolej Vokasional walaupun sebenarnya ramai pelajar RPS yang telah menghantar permohonan. Tindakan : Makluman.3.3 2.7 Tiada seorang guru pun yang layak mengikuti kursus BI dalam program Pro-Elt. Walaubagaimanapun Pn Nur Akmal telah ditawarkan kursus ini secara berbayar dan beliau telah menolak. Tindakan : GK Bahasa & KP BI.

3.3 3.2 GK dan KP perlu tahu profil guru dalam panitia supaya kemahiran dan kekuatan mereka dapat dimanfaatkan untuk PdP berkualiti di dalam bilik darjah. Tindakan : GK dan KP.3.4 4.2 Jika terdapat guru yang tidak dapat hadir dalam Perbincangan Professional, tindakan KP ialah memberikan `coaching secara individu kepada guru tersebut supaya beliau tidak akan ketinggalan. Tindakan : Semua KP.

3.5 4.5 Sebahagian dapatan Pentaksiran Psikometrik cthnya Inventori Tret kerjaya adalah tidak sulit kepada guru supaya boleh digunakan dalam memilih pedagogi PdP yang bersesuaian.

Tindakan : Kaunselor.3.6 4.6 KP dan ahli panitia yang lain perlulah mengatur sendiri jadual waktu yang bersesuaian untuk klinik. Tindakan : semua KP dan Guru MP.

3.7 7.1 HEM perlu pastikan bahawa penyelaras RKA dan RKS membuat analisa lengkap setelah selesai setiap peperiksaan dalaman dan awam. Tindakan : HEM, Penyelaras RKA & RKS.

3.8 7.6 Program Learning Contract (PLC) belum dijalankan lagi kerana kekangan masa dan program yang penuh untuk pelajar asrama.

Tindakan : SU Kecemerlangan.4.0 Analisis Peperiksaan4.1 Analisis dijalankan secara am sahaja kerana ia akan dilakukan dengan terperinci di dalam Mesyuarat peperiksaan yang akan dijalankan secara berasingan. Untuk STPM PNGK yang dicapai ialah 2.53, manakala .untuk SPM risiko yang paling tinggi ialah pencapaian berkualiti untuk kelas-kelas kemanusiaan. Untuk kelas Sains SPM pula cabaran utama ialah untuk mencapai keputusan terbaik untuk semua subjek sains iaitu Biologi, Fizik dan Kimia, olehitu perancangan teliti PdP perlu dilakukan. Tindakan : GK, KP & Ahli Panitia MP Sains & Kemanusiaan.5.0 Perancangan dan Persediaan untuk PPT5.1 Kertas peperiksaan adalah mengikut format peperiksaan awam sepenuhnya untuk semua tingkatan kecuali tingkatan 1 dan 2. Tindakan : Semua Guru.5.2 Pengerusi juga mencadangkan supaya Pentaksiran Sumatif untuk setengah tahun pertama dijalankan untuk pelajar tingkatan 1 dan 2. Dapatan pentaksiran ini akan digunakan unutuk mengukuhkan PBS yang dijalankan sewaktu PdP di dalam kelas. Setiap GK perlu member garis panduan untuk pembinaan kertas atau instrument tersebut, dengan diselaraskan oleh PK 1 dan PK Petang. Tindakan : SU Kurikulum, PK Petang & PK 1.

6.0 Strategi Peningkatan Akademik Kelas Peperiksaan6.1 Bermula bulan April, semua Program Kecemerlangan akan dijalankan, oleh itu semua KP dikehendaki melihat semula semua Program Utama dan memilih serta

mengubahsuai mengikut keperluan MP atau panitia masing-masing. Berikut adalah

rumusan Pengerusi secara ringkas mengenai beberapa program yang telah dijalankan

sejak 2011 lagi.

6.1.1 Pembelajaran Masteri dan Kontekstual adalah pendekatan dalam PdP yang mesti diajar di dalam kelas. Penguasaan pelajar terhadap sesuatu topik itu akan diterjemahkan di dalam refleksi pembelajaran, oleh itu banyak perkara dalam mp boleh dikuasai dengan teknik ini. Tindakan : Semua KP dan Guru. 6.1.2 Ranking, Block dan Construct (RBC) dijalankan untuk kumpulan cemerlang (high flyers), manakala kumpulan sederhana dan lemah (low achievers) akan belajar di kelas masing-masing. RBC perlu dilakukan kerana pelajar memerlukan motivasi dalaman yang perlu ada untuk mewujudkankan semangat berlumba-lumba di kalangan pelajar. Tindakan : SU Peperiksaan.

6.1.3 Graf Prestasi yang diplot oleh pelajar sendiri di dalam buku latihan untuk pelajar membuat penilaian kendiri pencapaian setiap mp. Tindakan : Guru Kelas & Guru MP.6.1.4 Pendekatan Berfokus Dalam Headcount (NKRS + W) menjurus kepada tindakan setiap panitia dalam merancang strategi, teknik dan fokus PdP berdasarkan data headcount pelajar. Kumpulan pelajar yang berbeza memerlukan fokus PdP atau latih tubi yang berlainan untuk melonjakkan mereka ke arah pencapaian yang disasarkan.

Tindakan : KP dan Guru MP. 6.1.5 E-Learning menggunakan Moodle di mana pelajar melakukan latih tubi menjawab soalan aneka pilihan secara atas talian. Prestasi pelajar boleh diakses oleh pelajar dan guru untuk memastikan keberkesanan latihan yang telah dilakukan. Walaubagaimanapun, pelajar perlu mendaftar terlebih dahulu untuk mengakses kepada sistem ini. Penyelaras ICT En TJ Pereira memaklumkan yang pendaftaran pelajar boleh dibuat secara atas talian. Sehubungan itu beliau akan member taklimat memberi taklimat kepada pelajar dan jadual sesi moodle akan dikeluarkan. Tindakan : Penyelaras ICT.

6.1.6 Microscale Science merujuk kepada PdP menggunakan alat kit microscale . Sehubungan itu En TJ Pereira telah memaparkan alamat URL untuk pelbagai eksperimen berkaitan untuk kesemua mp sains iaitu Kimia, Biologi, Fizik dan Sains di laman sesawang rps/cluster. Walaubagaimanapun, Pengerusi mengingatkan guru-guru supaya memastikan eksperimen yang dilakukan mestilah selari dengan kehendak silibus mp. Tindakan : GK, KP dan Guru-guru MP Sains.

6.1.7 Sistem Kumulatif Pentaksiran dan Penilaian Sekolah (SKPPS) menggalakkan pelajar supaya sentiasa konsisten di dalam pembelajaran mereka. Ia juga memandu panitia untuk merancang dengan teliti pengajaran dan pentaksiran kemahiran tertentu yang diperlukan oleh pelajar berdasarkan pakej-pakej yang telah ditetapkan. Tindakan : Semua Guru MP.

6.1.8 Latih Tubi WPK akan bermula April ini untuk kesemua kelas peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Ia merangkumi tiga MP iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris / Bahasa Melayu. Tindakan : GK, KP dan Guru MP berkaitan.

6.1.9 KBKK dalam PdP dilakukan untuk menggalakkan minda pelajar berfikir secara sedar sewaktu proses pembelajaran berjalan. Tiga alat berfikir asas diperkenalkan iaitu `Graphic Organiser, `Mind Map dan `Circle of Questions. Untuk `Circle of Questions ia seharusnya merangkumi ketiga-tiga elemen isi/topik, individu/apa yang pelajar lakukan dan juga persekitaran/apa yang orang lain lakukan. Guru MP digalakkan menggunakan 10 minit pertama dalam PdP untuk tujuan ini, dan soalan-soalan yang digunkan mestilah soalan beraras tinggi (HOTS). Contoh modul KBKK yang boleh dijadikan contoh ialah Modul Fizik (Pn Anita Suganthi) dan Modul Sejarah (Pn Mariam Yassin). Tindakan : Semua Guru MP.

6.1.10Accelerated Learning berkait rapat dengan PBS Psikometrik yang mana maklumat atau dapatan inventori tret personaliti kumpulan pelajar digunakan oleh guru MP untuk merancang pedagogi di dalam kelas. Dapatan telah dibentangkan oleh kaunselor di dalam contact hour dengan menggunakan pelajar tingkatan 1AV, 1BE, 1J dan 1G sebagai sampel.

Tindakan : Kaunselor dan Guru MP.

7.0 Pelaporan Panitia7.1 Penyelaras MP Pengajian Perniagaan En Shahrizan Abd Wahab menyatakan ketiadaan buku teks yang khusus dan kebergantungan kepada buku-buku rujukan yang terhad di pasaran menjadi faktor utama 27 pelajar gagal dalam Kertas 1. Tambahan pula, soalan peperiksaan digubal oleh pensyarah universiti yang tidak terlibat secara langsung dengan PdP di bilik darjah. Tindakan : Panitia Pengajian Perniagaan.8.0 Tindakan Susulan dan Pengubahsuaian Program8.1 Pengerusi menegaskan kepada semua ahli mesyuarat supaya tindakan susulan dan

pengubahsuaian program panitia perlulah dirancang dengan teliti dan dilaksanakan

dengan penuh komitmen. Semua KP dan guru boleh menggunakan semua Program

Kecemerlangan Akademik seperti dalam minit 6.0 sebagai panduan pelakasanaan di

dalam PdP.

Tindakan : Semua KP.9.0 Rancangan Khas Akademik dan Sukan

9.1 Pengerusi mengingatkan supaya satu set analisis peperiksaan untuk pelajar RK Akademik dan Sukan perlu disediakan untuk Peperiksaan Dalaman dan Awam. Tindakan : Penyelaras RKA & RKS.10.0Hal-hal Lain

10.1Pn Chan May Fye (GK Votek) selaku Penyelaras Program I-Trim memaklumkan bahawa terdapat 33 orang pelajar tingkatan 5 yang terpilih untuk menjalani latih tubi secara atas talian untuk mp BM, BI, Sains dan Matematik. Guru-guru mp berkenaan akan memantau di bawah seliaan beliau sebagai Penyelaras dan Pn Mah Yi Fun sebagai Setiausaha. Tindakan : Penyelaras, Setiausaha, Guru MP Berkenaan.11.0Ucapan Penangguhan Pengerusi mengharapkan semua perkara yang telah dibincangkan di dalam mesyuarat kurikulum 2/2013 ini diambil serius dan menjadi panduan kepada semua ahli mesyuarat untuk menjalankan pengurusan kurikulum sekolah dengan berkesan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 ptg. Disediakan oleh, Disemak oleh,

JULAILA BINTI YAHYA RUSNANI BINTI SHARUDDIN, AMN

Setiausaha JKKS Pengerusi JKKS

SMK Raja Perempuan Ipoh Merangkap Pengetua

SMK Raja Perempuan Ipoh7