minit mesyuarat jawatankuasa kurikulum & pbs...

16
1 MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.2/2019 DAERAH KINTA UTARA Bil. Mesyuarat : 2 Tahun 2019 Tarikh : 9 April 2019 ( Selasa ) Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Wijaya Perkasa, SMK Ulu Kinta Pengerusi : Tuan Haji Hasni bin Hasshim Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kehadiran : Seperti di lampiran I PERUTUSAN PENGERUSI 1. Kata Alu-aluan 1.1 YBhg. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Menengah Daerah Kinta Utara Bil 2/2019 . 1.2 Mesyuarat ini adalah sangat penting kerana ianya adalah bagi mengurus dan menyelaraskan segala maklumat yang dihasratkan oleh pucuk pimpinan diperingkat tertinggi. 1.3 Fokus mesyuarat kali ini adalah bagi melihat pengurusan akademik di peringkat sekolah bagi memastikan ianya berjalan dengan baik dan lancar. 1.4 Keputusan SPM bagi tahun 2018 adalah sangat baik.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Pengetua bagi peningkatan yang diperolehi.Walaupun peningkatan adalah kecil tetapi daerah-daerah lain tidak dapat mencapai apa yang telah kita perolehi pada kali ini. 1.5 Daerah Kinta Utara telah mencapai tempat teratas bagi keputusan SPM dalam negeri Perak.Pencapaian Kinta Utara juga telah melebihi pencapaian peringkat negeri dan kebangsaan.Walaubagaimanapun, pencapaian peratus lulus telah berlaku penurunan.Antara punca penurunan peratus lulus ini ialah:

Upload: ngonguyet

Post on 12-Jul-2019

356 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.2/2019

DAERAH KINTA UTARA

Bil. Mesyuarat : 2 Tahun 2019 Tarikh : 9 April 2019 ( Selasa ) Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Wijaya Perkasa, SMK Ulu Kinta Pengerusi : Tuan Haji Hasni bin Hasshim Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kehadiran : Seperti di lampiran

I PERUTUSAN PENGERUSI

1. Kata Alu-aluan 1.1 YBhg. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan

mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Menengah Daerah Kinta Utara Bil 2/2019 .

1.2 Mesyuarat ini adalah sangat penting kerana ianya adalah bagi mengurus dan menyelaraskan segala maklumat yang dihasratkan oleh pucuk pimpinan diperingkat tertinggi.

1.3 Fokus mesyuarat kali ini adalah bagi melihat pengurusan

akademik di peringkat sekolah bagi memastikan ianya berjalan dengan baik dan lancar.

1.4 Keputusan SPM bagi tahun 2018 adalah sangat

baik.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Pengetua bagi peningkatan yang diperolehi.Walaupun peningkatan adalah kecil tetapi daerah-daerah lain tidak dapat mencapai apa yang telah kita perolehi pada kali ini.

1.5 Daerah Kinta Utara telah mencapai tempat teratas bagi

keputusan SPM dalam negeri Perak.Pencapaian Kinta Utara juga telah melebihi pencapaian peringkat negeri dan kebangsaan.Walaubagaimanapun, pencapaian peratus lulus telah berlaku penurunan.Antara punca penurunan peratus lulus ini ialah:

2

i) Terdapat 7 buah sekolah yang memperoleh GPS

pada nilai 6 ke atas. ii) Terdapat 11 buah sekolah yang memperoleh GPS

pada nilai hampir-hampir 6. iii) Ada terdapat sekolah-sekolah yang berlaku

penurunan prestasi selama 3 tahun berturut-turut. iv) Terdapat sekolah-sekolah yang sepatutnya

menyumbang iaitu sekolah-sekolah premier tetapi tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Makluman

1.6 Setiap sekolah perlulah mempunyai halatuju tersendiri yang merangkumi GPS sekolah,status akademik,sukan dan ko kurikulum.Pengetua-pengetua perlulah menyebarluaskan kepada seluruh warga sekolah tentang halatuju sekolah.Setiap sekolah perlulah ada dokumen halatuju masing-masing.

Tindakan : Pengetua

1.7 YBhg Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada 13 buah sekolah yang ada kelas Tingkatan 6 termasuk 2 buah Kolej Tingkatan 6 iaitu Kolej Tingkatan 6 Seri Ipoh dan Kolej Tingkatan 6 Seri Putera.Ada juga calon cemerlang dalam STPM dari SMK St Michael dan SMK Jalan Tasek yang mendapat anugerah terbaik. Kolej Tingkatan 6 Sri Ipoh pula telah menduduki tempat ke 5 terbaik dalam keputusan STPM bagi seluruh negara.

Makluman

II. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Menengah Kinta Utara Bil 01/2019 pada 24 Januari 2019 diterima sebulat suara.

3

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada

IV. PEMBENTANGAN UNIT

2. Dialog Prestasi

2.1 Kluster 1 – Enrolmen Murid

2.1.1 Mesyuarat mengambil maklum

a) Akan pembentangan Ketua Unit Pembangunan

Kemanusiaan, En Zaherein bin Rahmat tentang KPI kehadiran murid bagi Daerah Kinta Utara adalah sebanyak 94.05%.Ianya adalah KPI bagi daerah sahaja kerana KPI kehadiran sekolah ditetapkan sendiri oleh sekolah dengan mengambil purata kehadiran tiga tahun. Purata kehadiran murid bagi tahun 2018 dan 3 bulan pertama 2019. Senarai 10 sekolah menengah yang mempunyai data kehadiran terendah dan intervensi daerah menangani masalah kehadiran bagi 3 bulan pertama 2019 juga dibentangkan. (Rujuk Lampiran slide Kehadiran dan Keciciran)

b) Akan makluman daripada En. Zaherein tentang isu e-kehadiran bagi tahun 2019 iaitu jumlah hari persekolahan adalah tidak sama dengan kehadiran.

Makluman

2.1.2 Mesyuarat memutuskan supaya

c) Bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan e-kehadiran maka pengisian e-kehadiran hendaklah melalui sistem APDM dan bukannya melali aplikasi e-kehadiran yang ada dijual dipasaran.

Tindakan : PK HEM/Guru Kelas

4

d) Pengetua perlu memantau pengisian data e-kehadiran di sekolah masing-masing.Tanggungjawab untuk memantau pengisian ini adalah dibawah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. PK HEM juga perlu memaklumkan kepada pengetua sekiranya wujud sebarang kesilapan atau ketidakakuran dalam proses pengisian.Semua sekolah mestilah menggunakan sistem e-kehadiran ini.Pengetua tidak dibenarkan mengarahkan guru-guru di sekolah untuk mengisi Buku Jadual Kehadiran Murid kerana nanti akan timbul isu beban tugas guru.

Tindakan : Pengetua/PK HEM

e) YBhg Pengerusi meminta maklumbalas dari

Pengetua SMK Bercham mengenai data kehadiran yang rendah bagi bulan Januari hingga Mac 2019.Tuan Pengetua memaklumkan bahawa masalah timbul dari kelas-kelas peralihan dan kelas Tingkatan 3.Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyusun program-program tertentu bagi menarik minat pelajar. Kebanyakan kes ponteng adalah melibatkan kes pelajar-pelajar yang bekerja selepas sekolah, mereka akan bangun lewat dan tidak hadir ke sekolah. Makluman

2.2 Kluster 2 – Kemenjadian Murid

2.2.1 Mesyuarat mengambil maklum

a) Akan pembentangan oleh Encik Zuhair Azuar

bin Arifin, Ketua Unit Pengurusan Akademik tentang pencapaian Peperiksaan SPM 2018 dan status semasa iaitu perbandingan dengan daerah-daerah lain. (Rujuk lampiran slide Kluster 2 Kemenjadian Murid)

5

b) Akan penjelasan YBhg Pengerusi, secara keseluruhannya keputusan pencapaian SPM 2018 adalah bagus tetapi jika diperhalusi pencapaian peratus lulus bagi matapelajaran BM dan Sejarah adalah jauh kebawah dari pencapaian peratus lulus negeri dan kebangsaan.

c) Akan YBhg Pengerusi meminta maklumbalas dari

Pengetua SMK Wira Jaya mengenai penurunan peratus kelulusan bagi matapelajaran Bahasa Melayu.Pengetua memaklumkan bahawa berdasarkan hasil perbincangan bersama Ketua Panitia bahawa penguasaan BM pelajar adalah lemah terutama bagi pelajar-pelajar Cina.Masalah pelajar adalah dari segi tatabahasa dan Komsas.Pengetua juga memaklumkan telah berlaku peningkatan bagi pencapaian pelajar ini berbanding sewaktu mereka di tingkatan 4 tetapi peningkatan tersebut masih tidak melepasi sasaran yang ditetapkan.Bagi matapelajaran sejarah pula, pelajar-pelajar tidak dapat memahami soalan dan tidak berminat untuk belajar.

2.2.2 Mesyuarat memutuskan supaya

d) Pentadbir perlu memastikan guru-guru kena

menggunakan cara yang kreatif bagi menarik minat pelajar terhadap matapelajaran yang kritikal.Pengetua perlu memikirkan cara tertentu untuk mengatasi masalah ini.

Tindakan : Pengetua SMK Wira Jaya

e) Akan penjelasan SMK Bercham bahawa faktor utama yang membawa kepada penurunan peratus lulus adalah masalah bahasa kerana pelajar perlu menguasai Bahasa Melayu untuk memahami dan menjawab soalan bagi kedua-dua matapelajaran ini. Faktor guru juga memainkan peranan kerana guru bertukar dan ada guru yang mengajar Sejarah menggunakan Bahasa Cina.

f) YBhg Pengerusi menyatakan pengajaran secara

‘Project Based Learning’ adalah sangat bagus

6

kerana ia adalah salah satu kaedah pdpc abad ke 21. Pentadbir haruslah juga merangka program-program yang berpusatkan pelajar. Pelajar akan lebih berminat untuk belajar sekiranya strategi,cara dan kaedah diubah.

g) Akan penjelasan SMK Menglembu bahawa ada

diantara pelajar-pelajar cemerlang yang bertukar ke sekolah lain.Pihak pentadbir juga berdepan dengan masalah kehadiran dan pelajar-pelajar yang tidak memahami Bahasa Melayu.

Makluman

2.2.3 Mesyuarat memutuskan supaya

h) Pengajaran Bahasa Melayu sepatutnya menggunakan 100% Bahasa Melayu tetapi ianya tidak berlaku dalam keadaan sebenar.Pentadbir diminta mencari penyelesaian bagi masalah murid-murid Cina yang tidak menguasai Bahasa Melayu ini.

Tindakan : Pengetua

2.2.4 Mesyuarat mengambil maklum i) Akan perkongsian Encik Ahmad Tarmizi bin Zainal

Abidin, Penolong Pengarah Kemanusiaan (wakil Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Perak) bahawa hasil kunjung bantu unit akademik ke SMK Seri Keledang. Guru sejarah disana membuat Glosari Sejarah didalam Bahasa Melayu ke Bahasa Cina dan memberi penerangan di dalam bahasa Cina.Ini bagi memudahkan murid untuk menguasai konsep sejarah sekaligus menarik minat murid terhadap matapelajaran sejarah.

j) Akan penjelasan Pn Khamsiah bt Muda, Pegawai

SISC+ PPD Kinta Utara bahawa pelajar-pelajar perlu didedahkan dengan teknik menjawab soalan yang betul bagi memudahkan mereka menjawab soalan.

7

k) Akan penjelasan En. Ahmad Salehin bin Shaari,

Pegawai SISC+ PPD Kinta Utara bahawa guru perlu lebih kreatif dalam menyampaikan isi kandungan matapelajaran.

l) Akan penjelasan SMK Poi Lam bahawa, perancangan untuk meningkatkan peratus lulus Bahasa Melayu dan Sejarah telah disusun. Antara program tersebut ialah program Guru Muda dan kelas tambahan.

m) Akan pembentangan oleh Encik Zuhair Azuar

bin Arifin, Ketua Unit Pengurusan Akademik tentang pencapaian Peperiksaan STPM 2018 dan status semasa iaitu perbandingan dengan daerah-daerah lain. (Rujuk lampiran slide Kluster 2 Kemenjadian Murid)

Makluman

2.3 Kluster 3 – Kes Salah Laku dan Penyalahgunaan Dadah

2.3.1 Mesyuarat mengambil maklum:

a) Akan pembentangan Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan, En Zaherein bin Rahmat tentang rumusan analisis disiplin dan salah laku bagi bulan Januari hingga Mac 2019. Data menunjukkan masalah ponteng menjadi penyumbang utama bagi kes disiplin di daerah Kinta Utara.Senarai sekolah-sekolah mengikut kes ponteng yang telah dicatatkan .Pembentangan jumlah amalan baik yang dicatat didalam SSDM bagi bulan Januari hingga Mac 2019.Data ini sekolah-sekolah boleh ambil dan paparkan kepada pelajar-pelajar di sekolah sebagai motivasi.

8

(Rujuk lampiran)

b) Akan pembentangan data dadah daerah Kinta Utara pada 3 bulan pertama 2019, seramai 65 orang murid telah disaring dan 4 orang daripadanya positif ujian saringan dadah. Walaubagaimanapun tiada sebarang kes positif ujian klinikal dan tangkapan berkaitan kes dadah.

Makluman

2.3.2 Mesyuarat memutuskan supaya

c) Pengetua menggunakan pelbagai cara yang inovatif bagi menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah.

d) Bagi pelajar yang telah dibuang sekolah, kemasukan semula pelajar-pelajar ini diuruskan oleh pihak PPD.Bagi kes dibuang sekolah untuk kali pertama, pelajar akan masuk semula ke sekolah asal dan diberi sesi kaunseling.

e) Masalah disiplin yang paling tinggi adalah

masalah ponteng, walaubagaimanapun kes-kes lain perlu juga diambil berat oleh pentadbir kerana nanti ianya akan menjadi kes besar dan akhirnya menjadi kes jenayah.

f) Pentadbir sekolah perlulah tahu dan

faham bagaimana cara untuk mengatasi dan mengambil tindakan yang sepatutnya.Pentadbir perlu mengikut prosedur dan SOP yang betul.

g) Bagi kes penyalahgunaan dadah,kes

yang telah dikesan adalah kecil bilangannya kerana saringan dibuat secara rawak dan peruntukannya adalah dari pihak AADK.Pengetua bersama

9

kaunselor sekolah perlulah merangka program dan memperhebatkan aktiviti-aktiviti untuk menangani kes-kes dadah di sekolah.

Tindakan : Pengetua/PK HEM

h) Pengetua SMK Bercham memaklumkan bahawa 85% dari pelajar sekolahnya adalah tediri dari pelajar-pelajar Cina. SMK Bercham sekarang mempunyai 2 orang kaunselor Melayu. Jadi terdapat jurang dan masalah komunikasi diantara kaunselor dan pelajar di sekolah tersebut.

i) YBhg Pengerusi memaklumkan waran untuk jawatan Kaunselor di PPD telah penuh. Pihak PPD menghadapi kesukaran untuk mencari kaunselor yang boleh berbahasa Mandarin.

j) En Jamaluddin b. Abu Kassim (Penolong

PPD Menengah), memaklumkan PPD Kinta Utara kekurangan Kaunselor berketurunan Tionghua tetapi sekiranya ada permohonan untuk bertukar masuk ke dalam Daerah Kinta Utara dari Kaunselor berketurunan Tionghua ini pertimbangan akan diberikan.

Makluman

10

3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

3.1 Mesyuarat mengambil maklum: Pembentangan daripada En Mohd Roslan bin Mohd Nor, Penolong PPD Kokurikulm (Akademik) tentang isu-isu dalam PAJSK seperti di bawah:

a) Tarikh akhir pengisian pendaftaran PBB, kelab

dan persatuan sekolah: 31 Mei 2019 (peringkat KPM) 25 Mei 2019 (peringkat negeri Perak) 15 Mei 2019 (peringkat daerah Kinta Utara)

b) Pelajar-pelajar yang menjadi penyokong semasa MSSM boleh mengisi maklumat Penglibatan III dengan merujuk kepada skor penglibatan dalam sistem PAJSK. Penglibatan pelajar perlu disokong dengan surat daripada PPD, JPN atau KPM.

c) Pelajar yang terlibat menjadi penyokong dalam Hoki Piala Sultan Azlan Shah boleh mengisi penglibatan mereka dalam Pelibatan II dalam Tugas-tugas Khas. Skor boleh diberikan dengan merujuk kepada jadual ekstra kurikulum dalam sistem PAJSK.

d) Pelajar yang membuat persembahan semasa

menyambut kedatangan pelajar dari luar negara hanya mendapat penglibatan di peringkat sekolah sahaja.

e) Dokumentasi bagi mendapat markah untuk

pengisian ektstra kurikulum khidamat masyarakat perlu mempunyai perkara-perkara dibawah:

Nama aktiviti: Rekod Kehadiran: Ulasan Pencapaian:

11

Pengesahan & perakuan :

Makluman

3.2 Mesyuarat memutuskan supaya

a) Pentadbir sekolah mengambil maklum tarikh akhir pengisian markah PAJSK.

b) Pentadbir sekolah lebih maklum dan telus dalam pengisian markah pelajar dalam sistem PAJSK. Sebarang masalah boleh berhubung dengan En Mohd Roslan bin Mohd Nor.

Tindakan: Pengetua/ PK Kokurikulum

4. Pembentangan SEGAK

4.1 Mesyuarat mengambil maklum: Pembentangan oleh Encik Norzahrul bin Zanadanan, Penolong PPD Kurikulum (Kemanusiaan) dengan menyatakan perkara-perkara berikut:

a) Jadual Operasi Sistem PAJSK tahun 2019 b) Pengisian Data SEGAK bulan Mac c) Carta alir pengisian dan perekodan SEGAK

dan BMI dalam aplikasi sistem PAJSK

Makluman

4.2 Mesyuarat memutuskan

a) Pelaporan pengisian data SEGAK perlu telus dan boleh dipercayai.

b) Pihak sekolah perlu ada satu sistem semakan bagi memastikan data yang dilaporkan itu tepat dan boleh dipercayai.

Tindakan : Pengetua/PK Pentadbiran

12

5. Pentaksiran Berasaskan Sekolah

5.1 Mesyuarat mengambil maklum: Pembentangan oleh Cik Farah Hafiza bt Mohd Yusop, Penolong PPD PBS (Menengah) bagi Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

a) Jadual Pendaftaran PT3 bagi calon sekolah. b) Tindakan bagi pembetulan maklumat tanpa

bayaran. c) Dokumen rujukan rasmi bagi PT3 d) Lain-lain rujukan bagi PT3 e) Panduan Tugasan PBD bagi PT3

Makluman

5.2 Mesyuarat memutuskan a) Pihak pentadbir perlu menjaga integriti dalam

melaksanakan pentaksiran tingkatan tiga di peringkat sekolah.

Tindakan : Pengetua/PK Pentadbiran

6. Pembentangan Pentaksiran Bilik Darjah(PBD)

6.1 Mesyuarat mengambil maklum:

Pembentangan oleh Puan Juma’ayah Ibrahim, Penolong PPD Sains dan Matematik dengan menyatakan perkara-perkara berikut:

a) Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah b) Panduan Pelaksanaan PBD bagi PT3 c) Pentaksiran Kemahiran Saintifik (PKS) d) Rumusan

Makluman

6.2 Mesyuarat memutuskan:

a) Pihak sekolah lebih peka dan merujuk panduan dalam melaksanakan PBD dan PKS di peringkat sekolah.

Tindakan : Pengetua/PK Pentadbiran

13

7. Pembentangan Professional Learning Community (PLC)

7.1 Mesyuarat mengambil maklum a) Pembentangan oleh Encik Norzahrul bin

Zanadanan, Penolong PPD Kurikulum (Kemanusiaan) tentang perkara-perkara berikut: i) Status pelaksanaan PLC di daerah Kinta

Utara. ii) Rumusan kekerapan penggunaan alat

kolaboratif iii) Rumusan pelaksanaan sekolah dalam

penggunaan alat kolaboratif iv) Rumusan analisis penyertaan PLC dalam

sistem SPLKPM v) Pelaksanaan dan pembudayaan PLC di

semua sekolah di negeri Perak.

b) Pembentangan oleh Pn. Norhaini bt Abd. Aziz, SISC+ tentang perkara-perkara berikut: i) Idea utama dalam PLC ii) Pendekatan proses dalam PLC iii) Proses PLC iv) PLC dalam platform dalam pelaksanaan

PBD v) Pelaksanaan dialog prestasi melalui

PLC

Makluman: Pengetua

7.2 Mesyuarat mengambil keputusan

a) Pihak sekolah perlu meningkatkan pelaksanaan dan membudayakan PLC di peringkat sekolah sejajar dengan naratif baru oleh KPPM.

Tindakan : Pengetua/PK Pentadbiran

14

8. Pembestarian sekolah

8.1 Mesyuarat mengambil maklum:

Pembentangan oleh Puan Shamsiah binti Bugiman, Pegawai Teknologi Pendidikan , PKG Manjoi berkaitan perkara-perkara berikut:

a) Verifikasi Program Khidmat Bantu Bersepadu (PKBB) tahun 2019

b) Isu dan masalah PSS c) Isu dan masalah ICT d) SSQS e) Aktiviti pembestarian tahun 2019

Makluman

8.2 Mesyuarat bersetuju

a) Pihak PKG perlu bersedia dalam membantu sekolah menghadapi pertandingan pembestarian di peringkat kebangsaan.

Tindakan : PKG

V HAL-HAL LAIN

9. 1 Mesyuarat mengambil maklum:

a) Ketua Unit Pengurusan Akademik i) Ralat dalam slide. Seorang pelajar

cemerlang STPM adalah SMK Seri Kledang dan SMK Jalan Tasek

Makluman

ii) Sekolah-sekolah yang menghadapi masalah dalam penghantaran borang bai’ah boleh berhubung terus dengan Unit Pengurusan Akademik.

Tindakan : Pengetua

iii) Persidangan Kleaps akan berlangsung pada 13 April 2019 bertempat di

15

Universiti Tun Abdul Razak (UTAR), Kampar.

iv) Semua pengetua diminta mengambil perhatian, mengenalpasti murid-murid yang memperoleh semua E (UPSR 2017 & 2018) bagi meningkatkan tahap penguasaan murid tersebut. Murid tersebut telah berada di tingkatan 1 dan tingkatan 2 di sekolah menengah.

Makluman

b) Penolong PPD Menengah i) Penambahan atau penutupan kelas bagi

mata pelajaran elektif perlu mengikut kelulusan ABM dan BSKG yang telah diluluskan. Pentadbir perlu lebih prihatin dan patuh kepada kelulusan tersebut kerana ia berkait rapat dengan PCG sekolah.

Tindakan : Pengetua

ii) Isu keciciran murid terutama pelajar dari tahun 6 ke tingkatan 1 dan tingkatan 3 ke tingkatan 4. Pihak sekolah perlu mengenalpasti masalah murid dan melaksanakan intervensi di peringkat sekolah. Bagi masyarakat orang asli perlu ada satu program atau tindakan yang dapat mengubah penerimaan masyarakat ornag asli terhadap sistem pendidikan.

Tindakan : Pengetua/ PK HEM

iii) Aduan kurikulum berkenaan dendaan guru kepada pelajar. Pentadbir perlu memantau dan mengingatkan guru supaya lebih berhati-hati dan rasional dalam mendenda pelajar.

Tindakan : Pengetua/ PK HEM

16

iv) Terdapat aduan ketidakpuasan hati dengan penilaian pentadbir dalam PBPPP. Pentadbir perlu menjelaskan kepada guru-guru bahawa penilaian adalah berdasarkan tahun semasa. Tiada aplikasi tertentu dalam pemberian markah.

Tindakan : Pengetua/ PK HEM

v) Daerah Kinta Utara masih mengalami masalah kekurangan guru. Tindakan akan dilakukan dengan menjalankan redeployment mengikut keperluan sekolah.

Makluman

9.2 Penyampaian Sijil Watikah Perlantikan Sekolah TS25 Kohort 4/2019

9.3 Penyampaian Sijil Anugerah Kecemerlangan Akademik 2018

9.4 Bai’ah Sasaran Calon SPM/STPM 2019

VI. UCAPAN PENANGGUHAN

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.10 petang.

Makluman

Urus Setia, Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah Sekolah Menengah Bil 2/2019 Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara 15 April 2019