minit mesyuarat3 (ledang)

2
MINIT MESYUARAT OPKIM 10 PENJURU (LEDANG) KALI KETIGA PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) SESI 2013/2014 Tarikh :13 November 2013 Masa : 8.15 malam Tempat : Bilik 3f301fssk AGENDA 1 Kata alu-aluan ketua pengarah Ketua pengarah saudari Nurul Najiha Ahmad mempengerusikan mesyuarat. Memulakan majlis dengan Ummul Kitab. AGENDA 2 Pemberitahuan perubahan program Saudari Nurul Najiha Ahmad, Ketua pengarah Opkim 10 Penjuru Permaj bahagian Ledang, memaklumkan bahawa beliau telah berjumpa dengan Ketua Kampung dan berlaku gabungan 3 buah kampung. Beliau memaklumkan bahawa program rewang dan kerohanian bertukar pada hari ahad. Saudari Nurul Najiha Ahmad memberitahu bahawa Plan B yang akan dilakukan ialah aktiviti mengacau dodol di kampung tersebut. AGENDA 3 Pembentangan gerak kerja Ketua pengarah memaklumkan kepada program kerohanian supaya mencari senarai dan bilangan ustaz yang diperlukan untuk program ceramah. Ajk kebudayaan Nurulain che mohd yusoff memberitahu bahawa aktivit malam kebudayaan akan dilakukan sketsa pendek dan nyanyian. Ajk khidmat sosial bertanya kepada ketua pengarah mengenai lokasi gotong- royong yang akan dilakukan. Ketua program protokol, saudara Muhammad Syafiq Samruzlan menyatakan bahawa beliau memerlukan tentatif program. Saudari Nurul Najiha Ahmad memaklumkan kepada program publisiti supaya membuat banner dan pamplet perasmian dan penutup. Ajk sijil dan cenderamata memberitahu bahawa beliau memerlukan bilangan VIP, keluarga angkat, dan penceramah. Saudari Nurul Najiha Ahmad memberitahu program pengangkutan supaya mengikuti Majlis Tertinggi Pemasaran ke syarikat bas untuk membuat pemasaran. Beliau juga menyatakan kepada post teknikal bahawa ketua kampung ingin membuat kugiran pada hari program. AGENDA 4 Makluman Ketua Pengarah Saudari Nurul Najiha Ahmad memberitahu ajk jamuan dan makanan, Nur syazwani Mohd Sudin supaya membuat senarai makanan peserta dan VIP. Beliau memaklumkan kepada setiap pengarah program supaya perlu membuat mesyuarat bersama ajk-ajk bawahnya. Beliau juga memaklumkan kepada semua ajk bahawa sesiapa yang ingin membuat persembahan pada malam kebudayaan boleh memberitahu kepadanya. AGENDA 5 Kata-kata penutup

Upload: arizanmasli

Post on 10-Aug-2015

28 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat3 (Ledang)

MINIT MESYUARAT OPKIM 10 PENJURU (LEDANG)KALI KETIGAPERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) SESI 2013/2014

Tarikh :13 November 2013Masa : 8.15 malamTempat : Bilik 3f301fssk

AGENDA 1Kata alu-aluan ketua pengarah

Ketua pengarah saudari Nurul Najiha Ahmad mempengerusikan mesyuarat. Memulakan majlis dengan Ummul Kitab.

AGENDA 2Pemberitahuan perubahan program

Saudari Nurul Najiha Ahmad, Ketua pengarah Opkim 10 Penjuru Permaj bahagian Ledang, memaklumkan bahawa beliau telah berjumpa dengan Ketua Kampung dan berlaku gabungan 3 buah kampung.

Beliau memaklumkan bahawa program rewang dan kerohanian bertukar pada hari ahad. Saudari Nurul Najiha Ahmad memberitahu bahawa Plan B yang akan dilakukan ialah aktiviti

mengacau dodol di kampung tersebut.

AGENDA 3 Pembentangan gerak kerja

Ketua pengarah memaklumkan kepada program kerohanian supaya mencari senarai dan bilangan ustaz yang diperlukan untuk program ceramah.

Ajk kebudayaan Nurulain che mohd yusoff memberitahu bahawa aktivit malam kebudayaan akan dilakukan sketsa pendek dan nyanyian.

Ajk khidmat sosial bertanya kepada ketua pengarah mengenai lokasi gotong-royong yang akan dilakukan.

Ketua program protokol, saudara Muhammad Syafiq Samruzlan menyatakan bahawa beliau memerlukan tentatif program.

Saudari Nurul Najiha Ahmad memaklumkan kepada program publisiti supaya membuat banner dan pamplet perasmian dan penutup.

Ajk sijil dan cenderamata memberitahu bahawa beliau memerlukan bilangan VIP, keluarga angkat, dan penceramah.

Saudari Nurul Najiha Ahmad memberitahu program pengangkutan supaya mengikuti Majlis Tertinggi Pemasaran ke syarikat bas untuk membuat pemasaran.

Beliau juga menyatakan kepada post teknikal bahawa ketua kampung ingin membuat kugiran pada hari program.

AGENDA 4Makluman Ketua Pengarah

Saudari Nurul Najiha Ahmad memberitahu ajk jamuan dan makanan, Nur syazwani Mohd Sudin supaya membuat senarai makanan peserta dan VIP.

Beliau memaklumkan kepada setiap pengarah program supaya perlu membuat mesyuarat bersama ajk-ajk bawahnya.

Page 2: Minit mesyuarat3 (Ledang)

Beliau juga memaklumkan kepada semua ajk bahawa sesiapa yang ingin membuat persembahan pada malam kebudayaan boleh memberitahu kepadanya.

AGENDA 5Kata-kata penutup

Saudari Nurul Najiha Ahmad menutup mesyuarat opkim 10 Penjuru (Ledang) kali ketiga dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

NOOR AZLINA BINTI RASWAN NURUL NAJIHA BINTI AHMAD

Setiausaha Ketua PengarahOperasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru Darul Operasi Khidmat Masyarakat 10 PenjuruTakzim (Ledang) Darul Takzim (Ledang)Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)Universiti Kebangsaan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.