minit mesyuarat sc 1 2015.doc

11
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU MUDA SESI 2015 TARIKH : 10 JANUARI 2015 HARI : SABTU MASA : 10.00 pg TEMPAT : BILIK MESYUARAT BAIDURI KEHADIRAN GURU : 1. Pn.Asiah Bt Haji Yusoff Pengerusi - Ketua Panitia Sains 2. Pn. Hjh Faridah Bt Salleh - Pengetua SMK Batu Muda 3. Pn. Norbaya Bt Katan - Ketua Bidang Sains dan Matematik 4. Pn.Faridah Bt. Muhamad 5. Pn. Farrah Juliana Bt Abdul Wahab 6. En. Khairuzi B. Md Nor 7. Pn.Hasimah Bt Ismail 8. En. Mohd Syahir B. Samsudin 9. Pn.Nazlah Bt Sulaiman 10. Pn. Norhafizah Bt Bisni 11. Pn. Nur Akhilah Bt Hussin 12. Pn. Sabarina Bt Abu Bakar 13. Pn.Syuhaida Bt Ibrahim 14. Cik Wahida Bt. Hussein 15. Pn. Azizah Bt Wan Ismail Setiausaha TIDAK HADIR BERSEBAB 1

Upload: anthony-hunt

Post on 14-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU MUDA

SESI 2015TARIKH :10 JANUARI 2015HARI : SABTU

MASA :10.00 pg

TEMPAT :BILIK MESYUARAT BAIDURIKEHADIRAN GURU :

1. Pn.Asiah Bt Haji Yusoff

Pengerusi

Ketua Panitia Sains

2. Pn. Hjh Faridah Bt Salleh

Pengetua SMK Batu Muda

3. Pn. Norbaya Bt Katan

Ketua Bidang Sains dan Matematik

4. Pn.Faridah Bt. Muhamad

5. Pn. Farrah Juliana Bt Abdul Wahab

6. En. Khairuzi B. Md Nor

7. Pn.Hasimah Bt Ismail

8. En. Mohd Syahir B. Samsudin

9. Pn.Nazlah Bt Sulaiman

10. Pn. Norhafizah Bt Bisni

11. Pn. Nur Akhilah Bt Hussin

12. Pn. Sabarina Bt Abu Bakar

13. Pn.Syuhaida Bt Ibrahim

14. Cik Wahida Bt. Hussein 15. Pn. Azizah Bt Wan Ismail

Setiausaha

TIDAK HADIR BERSEBAB

1. Pn. Nur Maslina Bt. Alias1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pn. Asiah Bt. Yusoff, Ketua Panitia Sains selaku Pengerusi mesyuarat mengalu-alukan kedatangan guru ke Mesyuarat Panitia Sains kali pertama sesi 2015.2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Cik Wahida Bt. Hussein mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh Pn. Sabarina Bt. Abu Bakar.Makluman

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Ringkasan Pengajaran (RP) mengikut tingkatan telah disiapkan dan telah diberikan kepada semua guru kecuali Sains Tingkatan 2. Pn. Nazlah akan emailkan RPT dan RP Sains Tingkatan 2 ke email sekolah ([email protected]).Tindakan: Pn. Nazlah

3.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa analisis pencapaian PBS telah selesai bagi tahun 2014. Pelan Taktikal dan Operasi 2015 juga telah selesai dibuat.Makluman3.3 Pn. Norbaya Bt Katan, Guru Kanan Sains dan Matematik memaklumkan penggunaan i- THINK dan KBAT dalam PdP perlu diteruskan. Bahagian catatan buku rekod perlu ada soalan-soalan KBAT yang digunakan sepanjang minggu tersebut.Tindakan: Semua Guru3.4 Ahli mesyuarat bersetuju mengikut berikut:Subjek

:

Tingkatan

:

Masa

:

Topik

:

Objektif

:

Hasil Pembelajaran:

Aktiviti

:

ABM/ICT

:

KBAT

:

i-THINK

:

Refleksi

: peratus pelajar yang mencapai objektif

Tindakan: Semua Guru3.5 Pn. Norbaya juga memaklumkan, buku rujukan luar seperti Sains Proses Skill tidak boleh digunakan secara langsung. Guru boleh fotostat atau menaip semula sebagai lembaran kerja sahaja.Buku rujukan Tingkatan 3 dan 4 akan dibeli selepas mendapat peruntukan.

Makluman dan Tindakan Semua Guru

4.0 Analisis dan Post Mortem Peperiksaan / Pentaksiran Akhir Tahun4.1 Tingkatan 1

4.1.1 Pengerusi memaklumkan Gred purata (GP) bagi Tingkatan 1 ialah 4.06. Murid yang menguasai seramai 145 orang (54.31%) manakala murid tidak menguasai seramai 122 orang (45.69%).Makluman4.1.2 Pengerusi juga memaklumkan, hanya 2 orang murid mendapat Gred A, Gred B seramai 19 orang, Gred C seramai 61 orang, Gred D seramai 63 orang dan Gred E seramai 122 orang.

Makluman4.2 Tingkatan 2

4.2.1 Pn. Asiah memaklumkan, bagi murid Tingkatan 2 GP ialah 3.71. Murid yang menguasai seramai 220 orang (71.20%) manakala murid tidak menguasai seramai 89 orang (28.80%).Makluman4.2.2 Beliau juga menjelaskan, tiada murid yang mendapat Gred A. Gred B seramai 39 orang, Gred C seramai 101 orang, Gred D seramai 80 orang,dan Gred E seramai 89 orang,

Makluman4.3 Tingkatan 3 (PT3)4.3.1 Pengerusi memaklumkan, bagi murid Tingkatan 3 yang menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) GP ialah 4.33. Hanya 137 orang murid (43.63%) menguasai daripada jumlah murid seramai 327 orang yang mendaftar. Makluman4.3.2 Pengerusi juga memaklumkan, tiada murid mendapat Gred A. Gred B seramai 11 orang, Gred C seramai 51 orang, Gred D seramai 75 orang dan Gred E seramai 177 orang.Makluman4.3.3 Pn. Sabarina mencadangkan supaya bengkel perlu dibuat bagi penandaan PT3 secara berfokus supaya semua guru tahu dan telah dipersetujui oleh semua ahli. Bengkel penandaan boleh bermula dengan ujian intervensi 1.Tindakan: Ujian Intervensi 14.4 Tingkatan 4

4.4.1 Pengerusi menjelaskan bahawa, bagi murid Tingkatan 4 GP ialah 7.17. Peratus murid lulus ialah 59.36% iaitu seramai 111 orang manakala peratus murid gagal sebanyak 40.64% iaitu seramai 76 orang.Makluman

4.4.2 Pengerusi memaklumkan, tiada murid mendapat Gred A+. 2 orang murid mendapat Gred A, Gred A- seramai 7 orang, Gred B+ seramai 5 orang, Gred B seramai 8 orang, Gred C+ seramai 11 orang, Gred C seramai 33 orang, Gred D seramai 19 orang, Gred E seramai 26 orang dan Gred G seramai 76 orang.Makluman4.5 Tingkatan 5 (Percubaan SPM)4.5.1 Pn. Asiah menjelaskan, bagi murid Tingkatan 5 yang menduduki Peperiksaan Percubaan SPM GP ialah 7.11. Peratus murid lulus ialah 56.68% iaitu seramai 123 orang manakala peratus murid gagal sebanyak 43.32% iaitu seramai 94 orang.Makluman

4.5.2 Beliau juga memaklumkan, tiada murid mendapat Gred A+. 6 orang murid mendapat Gred A, Gred A- seramai 3 orang, Gred B+ seramai 8 orang, Gred B seramai 13 orang, Gred C+ seramai 16 orang, Gred C seramai 36 orang, Gred D seramai 15 orang, Gred E seramai 26 orang dan Gred G seramai 94 orang.

Makluman4.6 Subjek Sains Tulen4.6.1 Pn. Norhafizah memaklumkan GP bagi ketiga-tiga subjek iaitu Fizik, Kimia dan Biologi adalah tinggi. Gred tertinggi bagi Fizik ialah Gred B (seorang murid), Biologi Gred A- dan Kimia Gred B+.Makluman

4.6.2 Beliau juga menjelaskan, peratus murid lulus masing-masing Fizik ialah 78.95%, Biologi sebanyak 81.25% dan Kimia sebanyak 64.91%.

Makluman4.6.3 Pn. Norhafizah juga menjelaskan, satu topik Fizik bagi kelas 4 Garnet yang diajar Pn. Maslina tidak dapat dihabiskan ekoran masalah kesihatan. En. Syahir diminta dapat menghabiskan satu topik tersebut.

Tindakan: En. Syahir

5.0 Head Count (HC)5.1 Pengerusi meminta HC bagi 2014 perlu dikemaskini dan HC 2015 perlu dimulakan. HC 2014 perlu dihantar kepada KP untuk disimpan ke dalam fail. Bagi HC 2015 perlu dimasukkan TOV dan ETR sebagai permulaan.Makluman

5.2 Pengerusi melantik Penyelaras setiap tingkatan dan ditugaskan membuat HC. Penyelaras tingkatan seperti yang berikut:PENYELARAS

SAINSSAINS TULEN

TINGKATAN 1AZIZAHKIMIAFARIDAH

TINGKATAN 2WAHIDABIOLOGINORHAFIZAH

TINGKATAN 3SABARINAFIZIKSYAHIR

TINGKATAN 4AKHILAH

TINGKATAN 5ASIAH

Makluman Semua Guru

Tindakan Semua Guru yang Terlibat

6.0 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa PBS pada tahun ini dijalankan seperti yang telah dilaksanakan pada tahun 2014.6.2 Pn. Asiah juga memaklumkan bahawa, PBS Tingkatan 4 dan 5 ialah PEKA bagi Sains manakala Sains Tulen ialah amali. Ujian amali akan dilaksanakan pada Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan sebagai latihan sebelum peperiksaan sebenar SPM.

Tindakan Semua Guru7.0 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

7.1 Pn. Norbaya Bt. Katan memaklumkan, semua pentadbir akan masuk ke kelas 2 minggu sekali untuk melihat pelaksanaan SOP dalam menjalankan PdP. Pencerapan juga akan dijalankan pada waktu tersebut.Tindakan: Semua Guru

7.2 Pn. Faridah Bt Salleh, Pengetua SMK Batu Muda memaklumkan, penilaian hasil kerja murid adalah melalui latihan, laporan amali, peta i-THINK, isi tempat kosong dan sebagainya. Nota tidak boleh dinilai sebagai hasil kerja murid dan tidak digalakkan guru memberi nota tetapi murid membuat nota sendiri.Tindakan: Semua Guru

7.3 Beliau menggalakkan murid menggunakan peta i-THINK sebagai contoh prosedur di dalam laporan boleh dibuat sebagai peta alir.Tindakan: Semua Guru

7.4 Pn. Norbaya juga memaklumkan, hasil kerja murid akan diambilkira sebagai 10%. Oleh itu, guru-guru perlu merekod penghantaran hasil kerja murid.Makluman dan Tindakan Semua Guru

8.0 Belanjawan8.1 En. Khairuzi menyarankan supaya membeli pasu bunga, tanah yang berbaja dan biji benih untuk digunakan dalam eksperimen fotosintesis Tingkatan 2. Dalam masa yang sama turut dijadikan sebagai aktiviti Persatuan Sains.

Tindakan: KP Sains

8.2 Pengetua memaklumkan bahawa, LCD boleh dibeli melalui duit PCG manakala printer perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu.Tindakan: KP Sains

8.3 Ahli mesyuarat bersetuju bahawa, Buku teks untuk kegunaan guru-guru akan dibeli menggunakan duit PCG.Tindakan: KP Sains

9.0 Karnival Sains9.1 Pn. Norbaya memaklumkan bahawa, Karnival Sains akan dilaksanakan pada awal bulan Mac. Satu mesyuarat akan diadakan sebelum berlangsungnya karnival tersebut.Tindakan: Semua Guru10.0 Hal-hal Lain

10.1 Pn. Sabarina menyeru supaya panitia Sains menjadi Panitia yang aktif bermula dengan VLE frog. Sehubungan dengan itu satu bengkel akan diadakan pada:Guru sesi petang

Tarikh:23 Januari 2015

Hari:Jumaat

Masa: 10.00 pagi -11.20 pagi

Guru sesi pagiTarikh:22 Januari 2015

Hari:Khamis

Masa: 2.00 ptg -2.30 ptg

Tindakan : Semua Guru

10.2 Pn Hjh Faridah memaklumkan 82 buah netbook akan diberikan kepada sekolah untuk digunakan oleh murid.

Makluman10.3 Pengerusi memohon agar, salinan jadual waktu 2015 dan maklumat diri guru perlu dihantar kepada KP pada minggu pertama persekolahan. Tindakan Semua Guru

.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.05 tengahari. Tarikh mesyuarat panitia kali kedua akan dimaklumkan kemudian.Disediakan oleh :

Disemak oleh:Pn. Azizah Binti Wan IsmailSetiausaha Setiausaha Panitia Sains

SMK Batu Muda Kuala Lumpur.

1